Ini adalah permohonan pihak Plaintif di Lampiran 12 untuk satu penghakiman terus dimasukkan di bawah Aturan 14 Kaedah (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (‘KKM 2012’) ke atas Defenden. Notis Permohonan Plaintif memohon untuk perintah-perintah seperti berikut : a) Bahawa Defenden hendaklah mengosongkan hartanah yang dipegang di bawah geran mukim No. Hakmilik 6460 No. Lot 1115, tempat Kelang Lama, Bandar Kulim, Daerah Kulim, Negeri Kedah, yang beralamat di No. 50-M, Jalan Jelawat, Taman Seluang, 09000 Kulim Kedah (“Hartanah tersebut”) dan 27/10/2025 00:12:16 KF-A72NCvC-18-05/2024 Kand. 31 memberikan milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut; b) Bahawa Defenden adalah dihalang dari memasuki dan terus menduduki di atas hartanah tersebut; c) Bahawa sekiranya Defenden gagal dan/atau enggan dan/atau cuai mematuhi perintah ini, Plaintif berhak untuk memasuki hartanah tersebut dengan apa jua cara sekalipun termasuk menggunakan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan dan kekerasan yang munasabah di mana Plaintif tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan harta benda yang bukan kepunyaan Plaintif di atas Hartanah tersebut; d) Kos; dan e) Lain-lain perintah atau relief selanjutnya yang difikirkan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.