i
(i) SP1 - D/Kpl Amirul Asyraf bin Mohd Fisol - penjaga stor barang kes
/akn/my/judgment/high-court/2026/fa71607f-f53d-4a8f-bf65-49421f37083c
High Court of Malaysia20 May 2026BL-45-5-10/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“nal S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 liberlty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person o”
“versi berkenaan milikan dan kawalan atas barang kes tersebut. [23] Adakah OKT 1 dikatakan mempunyai pemilikan ke atas barang kes tersebut? Mahkamah merujuk kepada Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 dan di mukasurat 239: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s”
“riginality of this document via eFILING portal 18 [24] Di dalam kes ini barang kes iaitu dadah dijumpai dalam beg silang yang dipakai oleh OKT 1. Mahkamah merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v Regina [1956] MLJ 28: - “The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that “possession must be”
“ang keraguan yang timbul di dalam kes pendakwaan khususnya berkaitan dengan isu membuktikan pemilikan dan kawalan barang kes oleh OKT diputuskan didalam Vinod Raj a/l Uthavyakumar lawan Pendakwa Raya [2019] CLJU 845 di mana diputuskan: - “ [37] Ironinya, pihak pendakwaan berpeluang untuk mengenepikan segala keraguan at”
“gan sendirinya. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 [38] Mahkamah Rayuan di dalam Legentheraj a/l Asogan [2023] CLJU 273; [2023] MLJU 343 yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung didalam Mohamad Radhi b Yaakob v Public Prose”
“S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 [38] Mahkamah Rayuan di dalam Legentheraj a/l Asogan [2023] CLJU 273; [2023] MLJU 343 yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung didalam Mohamad Radhi b Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 M”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-1-02/2024 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-13-10/2024 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45-5-10/2024 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN
section
1. VENAIGARAJ A/L KRISHNAN
section
2. YOGAPRETIP A/L SUBRAMANIAM
section
3. GANESAN A/L MURUGASU
section
4. SHARATHSELVAM A/L GANAPATHY ALASAN PENGHAKIMAN 26/05/2026 15:35:37 BL-45-5-10/2024 Kand. 19 S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 A. LATAR BELAKANG [1] OKT 1 telah dituduh dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama iaitu telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 68.3 gram dan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama iaitu memiliki dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 0.98 gram. Kesalahan dilakukan pada 7.11.2023 pada jam lebih kurang 10.15 pagi di tepi Jalan Imam Ayub 5A/KU13, Taman Seri Kapar, di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. [2] OKT 2, 3 dan 4 di dalam pertuduhan pertama di tuduh bersama-sama pada 7.11.2023, jam lebih kurang 10.40 pagi bertempat di alamat Lot 3965-M, Jalan Kapar, Batu 11, Kapar, di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah 284.6-gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, telah didapati melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Bagi pertuduhan kedua pula, OKT 2,3 dan 4 pada tarikh dan masa yang sama di tempat yang sama dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 35.3-gram Heroin dan Monoacetylmorphines. Oleh itu, kesemua mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Kesemuanya terdapat 3 kes yang didaftarkan iaitu BL-45A-12- 10/2024 dan BL-45-5-10/2024 yang melibatkan OKT 1 manakala BL-45A-13-10/2024 melibatkan OKT 2,3 dan 4. Pihak pendakwaan memohon ketiga-tiga kes ini dibicarakan bersama dan pihak pembelaan tiada bantahan kerana ianya melibatkan saksi-saksi pendakwaan yang sama. [4] OKT-OKT tidak mengaku salah atas pertuduhan-pertuduhan ini dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai lapan (8) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mereka adalah: -
i
(i) SP1 - D/Kpl Amirul Asyraf bin Mohd Fisol - penjaga stor barang kes
subparagraph
(ii) SP2 - D/Kpl Helter Kondu - Jurugambar S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
subparagraph
(iii) SP3 - DSP Noor Azman bin Adnan - Pegawai Serbuan
subparagraph
(iv) SP4 - D/Sarjan Ezez bin Johari - Anggota Serbuan
v
(v) SP5 - D/Sarjan Mohd Hilmi bin Abdul Hamid - Anggota Serbuan
subparagraph
(vi) SP6 - Mohd Fuad bin Maarif - Pemilik tanah
subparagraph
(vii) SP7 - Puan Harlisa binti Haidhir Harminder - Ahli Kimia
subparagraph
(viii) SP8 - Insp Solomon anak Talip - pegawai Penyiasat B. FAKTA KES [5] Pada 16.11.2023, ketika berada di pejabatnya telah menerima satu maklumat aktiviti pengedaran dadah di sekitar Taman Seri Kapar Klang, Selangor. Maklumat diterima pada jam sekitar 3 petang. Aktiviti pengedaran dadah itu melibatkan satu lelaki India yang mengedar dadah jenis syabu dan heroin di kawasan tersebut. [6] SP3 kemudiannya membentuk satu pasukan serbuan yang terdiri dari lima orang anggota. SP3 dan pasukan serbuan kemudiannya bergerak dari pejabat mereka ke kawasan Taman Seri Kapar, Klang Selangor dengan menggunakan dua buah kenderaan persendirian. [7] Apabila sampai di satu kawasan barisan rumah kedai di Taman Seri Kapar, Klang, Selangor dalam jam lebih kurang 8.30 malam, SP3 S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 dan pasukan serbuan telah membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut untuk tempoh 1 jam 30 minit. SP3 kemudian nampak satu motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki India dalam keadaan memakai beg silang warna coklat (ekshibit P36A) dalam keadaan mencurigakan melalui lorong jalan tepi barisan rumah kedai di Taman Seri Kapar, Klang, Selangor. [8] SP3 dan pasukannya telah menghampiri motosikal suspek dan apabila suspek menyedari kehadiran SP3 dan pasukannya, dia telah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh SP3 dan pasukannya di tepi Jalan Imam Ayub 5A/Ku 13 Taman Seri Kapar, Klang. SP3 kemudiannya menunjukkan kad kuasa dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. Butiran suspek diambil dan dicamkan sebagai OKT 1 di Mahkamah. SP3 telah mengarahkan OKT 1 mengeluarkan semua barang-barang yang ada didalam beg silangnya (ekshibit P36A) yang dipakai olehnya dan mendapati di dalamnya terdapat beberapa bungkusan plastik lutsiunar mengandungi dadah jenis syuabu dan heroin. [9] Barang-barang yang dirampas dari OKT 1 adalah seperti berikut: a. Motosikal jenis Yamahan 135LC, warna hitam No.: BKR 4230 (ekshibit P11 (gambar 1 - 5) S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 b. Sebatang anak kunci motosikal c. Beg Silang jenama Jeep warna coklat (ekshibit P36A) d. 1-unit telefon bimbit jenama Nokia (ekshibit P31) e. 1-unit telefon bimbit jenama Redmi (ekshibit P34) f. 1 ikatan getah mengandungi 11 bungkusan plastik lutsinar kecil (ekshibit P40) g. 1 ikatan getah mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P50) h. 1 ikatan getah mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P58) i. 1 ikatan getah mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P55) j. 1 ikatan getah mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P57) k. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P56) l. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P53) S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 m. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P51) n. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P52) o. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P43) p. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P42) q. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P41) r. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P44) s. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P45) S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 t. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket plastik kecil lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P46) u. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P47) v. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P49) w. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P48) x. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P38) y. 1 ikatan getah yang mengandungi 10 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu (ekshibit P39) [10] SP3 kemudiannya telah menahan OKT 1 dan merampas semua bahan yang disyaki dadah jenis syabu dan heroin. Seterusnya, dengan dipandu arah oleh OKT 1, pada jam lebih kurang 10.40 pagi, SP3 dan pasukannya telah pergi ke sebuah rumah di tepi kendang S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 kambing beralamat Lot 3965-M (ekshibit P12 gambar 7 -12) dan mendapati ada (4) lelaki India sedang mengelilingi sebuah meja yang berada di hadapan rumah tersebut. Setelah menyedari kehadiran SP3 dan pasukannya mereka semua cuba melarikan diri dan berjaya ditangkap. Keempat-empat lelaki ini dicamkan oleh SP3 sebagai OKT 2, 3 dan 4. [11] Hasil pemeriksaan atas meja tersebut dijumpai: a. 1 plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 25 paket kecil plastik lutsinar disyakidadah jenis Heroin (ekshibit P60) b. 25 paket plastik lutsinar yang di dalamnya ada dadah disyaki Heroin (ekshibit A1 -A25) c. 1 plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 12 paket kecil plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu (ekshibit P62) d. 12 paket plastik lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis syabu (ekshibit P63) e. 12 paket plastik lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis syabu (ekshibit P62A (1-12) f. 1 paket plastik lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis syabu (ekshibit P63) g. 1 paket plastik lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis Heroin (ekshibit P64) S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 h. 1 paket plastik lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis Heroin (ekshibit P61) [12] Hasil siasatan SP3 atas OKT 2, 3 dan 4, telah dirampas: a. 1-unit telefon jenama Samsung dan 1-unit telefon jenis Vivo dari OKT 2 b. 1-unit telefon jenama Nokia dari OKT 3 dan; c. 1-unit telefon bimbit jenema Alcatel dari OKT 4. Barang-barang kes ini telah dirampas dan telah mengeluarkan borang bongkar (ekshibit P19, P20, P21, P22, P23 ). Kesemua barang-barang kes dan OKT telah diserahkan kepada SP8 (pegawai penyiasat). [13] Pada 7.11.2023 jam lebih kurang 11.30 malam, SP8 telah menerima dari SP3 sesalinan borang bongkar dan borang serah menyerah (ekshibit P71). SP8 turut menerima OKT-OKT dari SP3. SP8 kemudian menimbang semula barang kes yang disyaki dadah di hadapan SP3 dan beliau membuat penandaan dan meletakkan tarikh pada barang kes. Seterusnya, SP8 menyimpan semula barang-barang kes dadah dalam almari besi di pejabatnya di Bahagian Narkotik IPD Klang Utara yang hanya dia mempunyai akses. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [14] Pada 8.11.2023 pada jam lebih kurang 2 petang, SP8 bersama SP3 dan jurugambar telah pergi ke (2) lokasi tempat kejadian iaitu di tepi Jalan Imam Ayub 5A/KU13, Taman Seri Kapar, Klang dan di sebuah rumah di tepi kendang kambing di alamt Lot 3965-M, Jalan Kapar, Batu 11, Kapar,42200 Klang. SP8 turut merampas bil elektrik TNB (ekshibit P67) di Lot 3965- M, Jalan Kapar, Batu 11, Kapar, Klang. Bil elektrik itu adalah atas nama Mohammad Rizal bin Maarif. [15] Pada 15.11.2023, jam lebih kurang 1.30 petang, SP8 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya dan ianya telah diserahkan kepada ahli kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (SP7). Paada 8.3.2024, jam lebih kurang 9.30 pagi, SP8 telah pergi ke Jabatan Kimia dan menerima kembali barang kes yang siap dianalisi oleh SP7 dan beliau menerima (1) kotak bertanda “ST” dalam keadaan baik dan berseal Jabatan Kimia Malaysia serta laporan kimia (ekshibit P70). [16] Pada 14.12.2023, jam lebih kurang 10.35 pagi, SP8 telah menghantar (1) sampul surat bertanda “ST” bersil PDRM yang di dalamnya mengandungi (1) telefon bimbit jenis Nokia, (1) telefon bimbit jenis Redmi, (1) telefon bimbit jenama Samsung Model A03S,
subsection
(1) telefon bimbit jenama Vivo, (1) telefon bimbit jenama Nokia dan S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12
subsection
(1) telefon bimbit jenama Alcate ke Makmal Forensik PDRM. Pada 27.2.2024 jam lebih kurang 4.25 petang, SP8 telah pergi ke Makmal Forensik PDRM untuk mengambil kembali telefon-telefon bimbit tersebut dan juga laporan forensik (ekshibit P73). Hasil pemeriksaan forensic atas telefon-telefon bimbit itu, tiada data dikeluarkan untuk menunjukkan adanya aktiviti dadah. [17] Semakan terhadap pemilik tanah di alamat Lot 3965-M, Jalan Kapar, Batu 11, Kapar, Klang adalah Maarif bin Samsuddin. Penyewaan tanah kandang kambing itu diuruskan oleh Mohd Fuad bin Maarif (SP6). Tanah itu disewakan kepada seorang individu bernama Kumar @ Deva. SP6 tidak mengenali OKT-OKT dan urusan kutipan sewa di buat dengan seorang individu bernama Pauraj. Semakan atas pemilik motosikal jenis Yamaha 135LC warna hitam No.: BKR 4230 adalah Deva Kumaran a/l Maruthamuthu dan motosikal itu dijual kepada OKT 1 dengan harga RM 6000 pada 3.11.2021. Penukaran milikan belum dibuat di JPJ. C. BEBAN PEMBUKTIAN [18] Undang-undang berkaitan beban pembuktian diakhir kes pendakwaan adalah jelas iaitu samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 pendakwaan menurut Seksyen 180 (1) Kanun Tatacara Jenayah, di mana satu penilaian maksimum perlu dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan oleh Mahkamah sebelum membuat keputusan samada satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT dan OKT sewajarnya diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapi. [19] Didalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1CLJ 85 Augustine Paul HMR memutuskan: “[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case whilst Section 182(A) (1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof of the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ‘prima facie’ in section 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out, the accused shall be called to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turns means that the evidence must be such that it S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 can be overthrown only by evidence in rebuttal…” (penekanan oleh Mahkamah) D. ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN [20] Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut: -
i
(i) Dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk didalam takrifan dadah di bawah Jadual Pertama ADB 1952;
subparagraph
(ii) Dadah-dadah itu di dalam kawalan dan jagaan OKT-OKT
subparagraph
(iii) OKT-OKT mempunyai milikan dan pengetahuan berkenaan dadah; dan
subparagraph
(iv) OKT-OKT mengedar dadah tersebut. D. ANALISA DAN DAPATAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN. I. Dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk dalam
schedule
Jadual Pertama ADB. [21] Pendakwaan perlu membuktikan dadah-dadah dijumpai merupakan dadah berbahaya. Keterangan SP7 jelas menunjukkan bahawa dadah yang dianalisa olehnya adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 ADB yang disenaraikan dalam
schedule
Jadual Pertama. SP7 telah mengesahkan analisisnya atas barang S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 kes yang diserahkan oleh SP8 kepadanya melalui satu laporan kimia yang disediakan olehnya (P70). [22] SP7 adalah seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisis atas dadah tersebut berdasarkan kelulusan, pengalaman dan kepakarannya. Mahkamah menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP7 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah yang dinyatakan. Adalah menjadi keputusan Mahkamah dan hasil penelitian, dadah yang dirampas adalah dadah sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB. Mahkamah juga mendapati tidak ada putusnya rantaian keterangan dari waktu barang kes dijumpai oleh SP3 sehingga diserahkan kepada SP8 dan seterusnya SP8 menghantar kepada SP7 untuk dianalisis di Jabatan Kimia Malaysia dan barang kes diambil semula dari Jabatan Kimia oleh SP8. II. Dadah itu di dalam kawalan dan jagaan OKT [23] Menurut SP3, OKT 1 ditahan di tepi Jalan Imam Ayub 5A/KU 13, Taman Seri Kapar, Klang. Penahanan OKT 1 adalah hasil maklumat yang diterima oleh SP3 di pejabatnya. Sebelum penahanan OKT 1, SP3 dan pasukannya telah membuat pemanatauan di kawasan tersebut untuk selama 1 jam 30 minit. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 Tidak lama kemudian kelihatan OKT 1 sedang menunggang sebuah motosikal dengan sebuah beg silang bewarna coklat (ekshibit P36A). Apabila SP3 menghampiri OKT 1 dan memperkenalkan diri, SP3 telah membuat pemeriksaan dan menjumpai telefon bimbit dan dadah didalam ikatan plastik-plastik kecil di dalam beg silang itu dan SP3 kemudiannya merampas barang-barang kes dan menahan OKT 1. Versi OKT 1 pula adalah ketika dia ditahan, ada 2 lelaki melayu bernama Mohd Azral Shafik bin Rosli dan Mohd Aznizan bin Arifin bersamanya. Menurut versi pembelaan, kedua-dua lelaki melayu itu ada ketika serbuan tetapi dihalau oleh SP3. Ketika SP8 (pegawai penyiasat) memberi keterangan, versi yang sama juga diletakkan kepada SP8. SP8 bersetuju dengan cadangan peguambela OKT 1 bahawa Mohd Azral Shafiq ada meminta rokok dari OKT 1 dan OKT 1 meminta dia mengambil rokok dari beg galas. Mohd Azral telah membuka beg galas itu dan melihat kandungan beg itu sebelum OKT 1 ditangkap dan dia melihat pihak polis hanya mengeluarkan telefon bimbit dan dompet dari beg OKT 1 dan bukan dadah. [24] Kedua-dua saksi awam ini telah memberikan penyataan mereka kepada SP8 dan juga telah membuat 2 akuan bersumpah (ekshibit IDD 76 dan IDD 77). Menurut SP8, kedua-dua akuan bersumpah S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 ini sama seperti penyataan kedua-dua mereka yang diberikan kepada SP8. Jelas ada 2 versi berkenaan milikan dan kawalan atas barang kes tersebut. [23] Adakah OKT 1 dikatakan mempunyai pemilikan ke atas barang kes tersebut? Mahkamah merujuk kepada Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 dan di mukasurat 239: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edn, p 304):- “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need”. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accussed must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words , that he had some animus possimdendi”. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 [24] Di dalam kes ini barang kes iaitu dadah dijumpai dalam beg silang yang dipakai oleh OKT 1. Mahkamah merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v Regina [1956] MLJ 28: - “The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that “possession must be exclusive”. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that “possession must be exclusive” is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions”.(penekanan ditambah) [25] Persoalannya ada 2 versi mengenai dadah itu iaitu SP3 mendakwa dadah-dadah itu dijumpai dalam beg silang yang disilang oleh OKT di badannya; dan versi pembelaan pula tiada apa-apa dadah dijumpai di dalam beg silang tersebut. Ini boleh disahkan oleh 2 S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 saksi bebas. Mahkamah ini mendapati versi pembelaan ini bukan sekadar versi yang diada-adakan tetapi disokong oleh akuan bersumpah yang diberi oleh (2) individu ini yang mana kedua-dua mereka disahkan wujud oleh SP8 (pegawai penyiasat) kerana mereka ada memberikan penyataan kepada SP8. Oleh itu, saksi-saksi ini adalah penting untuk dipanggil untuk mengesahkan keterangan yang diberikan kepada SP8. Walaubagaimanapun saksi-saksi awam ini tidak dipanggil cuma ditawarkan sahaja kepada pihak pembelaan. [26] Dalam konteks kes yang mempunyai 2 versi berbeza atas milikan dan kawalan untuk dadah didalam beg silang yang dibawa OKT 1, maka cap jari adalah penting untuk diambil bagi memastikan bahawa OKT 1 ada memegang barang kes tersebut dan menyangkal dakwaan 2 saksi bebas itu bahawa di dalam beg silang itu tiada dadah cuma ada rokok dan telefon bimbit sahaja. Malangnya menurut keterangan SP8, kesan cap jari tidak boleh ditimbulkan kerana permukaan plastik itu sendiri menyukarkan untuk timbulkan kesan cap jari OKT 1. [27] Apa kepentingan penimbulan cap jari OKT 1 di dalam kes ini. Jawapannya adalah maka siasatan dari segi mendapatkan DNA S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 atau percubaan menimbulkan cap jari hendaklah dibuat bagi menolak segala kemungkinan bahawa barang kes itu adalah sentiasa dalam milikan dan kawalan OKT pada setiap masa sehinggalah dia ditangkap dan dadah-dadah itu ada di dalam beg silang seperti didakwa oleh SP3 dan bukan seperti versi pendakwaan [28] Mahkamah Rayuan didalam kes Legentheraj a/l Asogan v Public Prosecutor [Criminal Appeal: B-05(M)-6-01/2020] memutuskan: “[41] The fact that the unit was rented by many personal who can go in and out without any control and supervision should not be taken for granted. Besides, there is no fingerprint analysis been conducted by the police with regard to the drug seized which in our opinion such analysis is very important to show the nexus of the drugs with the Appellant and that will help the prosecution case in eliminating the possibility of access by others to the place of discovery….” [penekanan ditambah]. Walaupun dadah-dadah di dalam kes ini dijumpai dalam beg silang yang dipakai oleh OKT 1 seperti keterangan SP3, namun dalam membuktikan milikan dan kawalan OKT 1 atas barang kes adalah atas pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan perlu membuktikan S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 melampui keraguan munasabah bahawa dadah-dadah itu adalah di dalam kawalan dan milikan OKT dan mengenepikan sebarang kemungkinan bahawa orang lain mempunyai akses pada beg silang itu. Dalam kes ini bukan sahaja OKT 1 tiada akses tapi dadah-dadah yang didakwa oleh SP3 tidak dijumpai di dalam beg silang itu seperti yang didakwa oleh 2 saksi awam yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan. [29] Satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan isu keterangan forensik di dalam kes dadah bagi mengenepikan sebarang keraguan yang timbul di dalam kes pendakwaan khususnya berkaitan dengan isu membuktikan pemilikan dan kawalan barang kes oleh OKT diputuskan didalam Vinod Raj a/l Uthavyakumar lawan Pendakwa Raya [2019] CLJU 845 di mana diputuskan: - “ [37] Ironinya, pihak pendakwaan berpeluang untuk mengenepikan segala keraguan atau sebarang kemungkinan yang telah dibangkitkan pihak pembelaan dengan mengemukakan keterangan sokongan iaitu melalui keterangan forensik yang dapat menunjukkan perayu sememangnya memegang beg plastik bewarna merah tersebut ataupun timbangan sekurang-kurangnya memanggil salah seorang S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 daripada anggota serbuan yang turut sama melihat perayu memegang beg plastik berwarna merah yang mengandungi Cannabis tersebut. [38] Malangnya, pihak pendakwaan gagal merebut peluang tersebut. Dengan itu, sudah tentulah akan timbul keraguan atau kemungkinan lain dalam situasi keterangan satu lawan satu. Faedah daripada keraguan atau kemungkinan tersebut sudah tentulah akan memihak kepada Perayu. Dalam isu ini, kami bersetuju dengan hujahan peguam perayu yang menegaskan HMT gagal memberikan pertimbangan sewajarnya atas keterangan pembelaan perayu yang dibina daripada kes pendakwaaan lagi. Kami mendapati bahawa berlaku salah arahan serius dipihak HMT apabila gagal mengambil kira keraguan atau kemugkinan yang memihak kepada Perayu tersebut.” [penekanan ditambah] [30] Bagi OKT 2 hingga OKT 4, SP3 memberitahu Mahkamah bahawa keempat-empat mereka telah ditahan di sebuah kawasan ternakan kambing dimana dadah-dadah itu dijumpai di atas meja dan ketika serbuan dibuat kesemua OKT-OKT sedang mengelilingi meja itu dan OKT-OKT 2 hingga OKT 4 telah melarikan diri arah ke belakang rumah yang ada di kawasan kandang kambing itu sebelum ditahan oleh SP3 dan pasukannya. Versi pembelaan pula adalah dadah-dadah itu tidak dijumpai atas meja seperti keterangan SP3 tetapi dijumpai di dalam semak di S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 sebelah kanan kambing itu. Fakta ini boleh disahkan melalui seorang saksi awam bernama Manikandan. Saksi ini juga diambil rakaman percakapannya oleh SP8 dan dia juga ada membuat akuan bersumpah (ekshibit IDD 78) memberitahu melihat SP3 membawa OKT 1 ke sebelah kandang kambing dan kemudian membawa barang kes dan meletakkannya di atas meja yang ada di hadapan rumah itu (ekshibit P12 gambar nombor 11 dan 12). Meja itu tiada di tempat itu lagi kerana didakwa telah dibakar apabila SP8 pergi semula ke kawasan rumah itu semula. [31] Saya tidak akan mengulangi dapatan saya berkenaan isu yang melibatkan OKT-OKT 2 hingga 4 berkenaan dadah yang dijumpai di kawasan kandang kambing tersebut kerana isu milikan dan kawalan atas barang kes sama seperti barang kes yang dikatakan dijumpai dalam beg silang OKT 1. Saksi bernama Manikandan sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk mengesahkan versi yang sebenarnya berkenaan kedudukan barang kes dan bukan sekadar menawarkan dia kepada pihak pembelaan. SP8 sendiri mengesahkan keterangan Manikandan n di dalam penyataannya dan akuan bersumpahnya adalah sama. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 III. Adakah OKT mempunyai pengetahuan atas dadah tersebut? [32] Adakah OKT juga boleh dikatakan mempunyai pengetahuan atas sesuatu benda dan bebas untuk mengendalikan benda berkenaan dengan mengecualikan orang lain dari menguruskan benda itu berdasarkan versi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. Versi pihak pembelaan ini bukan sekadar percakapan kosong tetapi disokong oleh percakapan yang diambil SP8 dan juga adanya akuan bersumpah ketiga-tiga mereka. [33] Versi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan melibatkan OKT 1 hingga OKT 5 bukan sekadar penafian semata-mata tetapi perlu disiasat dengan lebih teliti. Ketiga-tiga saksi awam hendaklah dikemukakan sebagai saksi pendakwaan untuk disoal balas oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan untuk memastikan milikan dan kawalan dadah-dadah itu adalah memihak kepada versi pendakwaan seperti yang dimaklumkan kepada Mahkamah oleh SP3. Versi pembelaan menyangkal sepenuhnya bagaimana dadah-dadah itu dijumpai dan SP8 ketika ditanya berkenaan keterangan SP3 bagaimana dadah itu dijumpai, beliau sendiri menjawab tidak pasti. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 [34] Walaupun otoriti mengatakan cap jari bukanlah keterangan konklusif tetapi merupakan keterangan sokongan; namun dalam keadaan seperti kes ini ianya amat penting. Mahkamah Persekutuan didalam Chan King Yu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 457 telah membuat anggapan bertentangan kepada pihak pendakwaan atas kegagalan mereka membuat pengesanan cap jari kerana pihak pendakwaan mendakwa OKT telah memegang beg hitam tersebut dan menyerahkannya kepada SP3. “[105] Learned counsel for the appellant had also raised in this appeal on the issue of exh P24 and the contents found therein which the prosecution contended were thrown into the dustbin outside Hotel Nova by the appellant. The complaint of the appellant on this issue is that P24 was not sent to the fingerprint department for analysis at all. P24 contains a very vital piece of evidence, that the cover or lid that is placed on top of the cylinder in which the drugs were placed. P24 is a material prosecution exhibit imputing the appellant has knowledge of the drugs, and his power to dispose off the same. Despite this, the learned judge of the High Court never once considered the failure of the police to send such a vital piece of evidence in P24 for finger print analysis. If this has been done, it would have pointed to the fact as to whether or not that the appellant had dealt with and handled the drugs exhibits. On this point it would not be far fetched to say that S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 the police had not sent P24 for fingerprint analysis because they knew so well P24 was never handled by the appellant and it would be futile exercise as the appellant’s fingerprints will never be found in P24….” [penekanan ditambah] [35] Namun begitu, dalam menentukan pemilikan dan pengetahuan OKT-OKT ke atas dadah di dalam kes ini, Mahkamah ini perlu melihat kepada gambaran yang lebih besar. Kebenaran kandungan percakapan dan akuan bersumpah saksi-saksi bebas itu tidak dibuktikan sebaliknya di Mahkamah oleh pihak pendakwaan; jalan mudah untuk mereka adalah menawarkan saksi-saksi bebas ini kepada pihak pembelaan dan seolah-olah menjadi tugas pihak pembelaan untuk membuktikan sebaliknya dan ini bukan sepatutnya terjadi. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Mohd Noor bin Ramli lwn Pendakwa Raya [2020] 3 MLJ 386 di mana diputuskan: - “[34] Walaupun kes pendakwaan telah diletakkan dari awal lagi semasa kes pendakwaan, namun penyiasatan lengkap gagal dilakukan oleh pegawai penyiasat. Kegagalan ini termasuklah gagal untuk sebarang siasatan dan tindakan untuk membawa Iskabelah bin Islahuddin ke Mahkamah walaupun saksi itu, seorang anggota S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 tentera adalah mudah didapatkan. Tiada sebarang usaha dibuat untuk mengesan dan mendapatkan saksi itu”. [35] …. Siasatan pegawai penyiasat sangat tidak bermakna dan tidak dapat membantu menutup beberapa kelompangan yang timbul dalam kes pendakwaan… ……………… [47] Adalah menjadi tugas SP8 untuk membuat penyiasatan yang menyeluruh, bukan sahaja terhadap keterangan yang menunjukkan kebersalahan tertuduh, tetapi juga keadaan yang boleh menyelamatkan tertuduh daripada pertuduhan. Kedudukan ini dinyatakan oleh Abdul Wahab Patail HMR didalam kes Bunya ak Jalong v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 72 di ms 81 -82 seperti berikut: - [9] The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrong doers may be brought to justice. The completed investigation, complied in the investigation paper is referred to the public prosecutor if an offence is disclosed. A completed investigation is one that includes investigation of the defence that emerged from the investigation. This includes such gaps or weaknesses emerging from the statement of witnesses and of defences from the statement of accused person. Such investigations may eliminate the gaps S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 or weaknesses, and provide substance to be tested against defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution. …. [54] Apa yang jelas, penyiasatan SP8 tidk menyeluruh, khususnya selepas pendedahan SP2 di Mahkamah. Tiada siasatan lanjutan dibuat. Tidak keterlaluan jika dikatakan siasatan SP8 adalah secara sambil lewa. [penekanan ditambah] [36] Siasatan di dalam kes yang melibatkan hukuman mati atau hukuman seumur hidup seperti kes ini hendaklah dilakukan dengan teliti dan tanggungjawab seorang pegawai penyiasat adalah besar untuk kes-kes sebegini. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 menyatakan: - “Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that the investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 liberlty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s.302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was reasonable to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard. [penekanan ditambah] Selain itu seperti yang diputuskan didalam keputusan Mahkamah Agong didalam Pang Chee Meng v public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137 “…………the accused cannot be penalized for lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time-honoured benefit of doubt….” (c) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [37] Oleh kerana elemen milikan, kawalan dan pengetahuan gagal dibuktikan maka elemen ini juga gugur dengan sendirinya. S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 [38] Mahkamah Rayuan di dalam Legentheraj a/l Asogan [2023] CLJU 273; [2023] MLJU 343 yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung didalam Mohamad Radhi b Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ: - “ it is a well - established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [penekanan oleh Mahkamah] [39] Mahkamah ini boleh membuat pelbagai inferens terhadap kawalan, jagaan dan pemilikan terhadap dadah yang ditemui samada milik OKT-OKT atau oleh sesiapa jua yang tidak diketahui kerana keterangan adalah tidak konklusif untuk ditujukan kepada OKT-OKT sebagai pemilik dadah tersebut. [40] Mahkamah ini tidak wajar memanggil OKT-OKT untuk memasukkan pembelaan hanya kerana ingin mengetahui versinya. Saya berpuas hati bahawa sekiranya OKT-OKT dipanggil untuk membela diri dan mereka memilih untuk berdiam diri, Mahkamah ini tidak akan mensabitkan semua OKT-OKT atas keterangan yang sedia ada disebabkan keraguan dan kelompangan dalam kes pendakwaan kerana adanya saksi awam yang tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Adalah benar pihak pendakwaan boleh memilih saksi mana yang ingin mereka panggil tetapi apabila timbul 2 versi yang berbeza yang akhirkan akan menimbulkan keraguan pada kes pendakwaan maka pihak pendakwaan tidak mempunyai pilihan dan perlu memanggil saksi-saksi awam ini untuk membuktikan S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 sebaliknya, lebih-lebih lagi dalam keadaan keterangan saksi-saksi awam ini bertentangan dengan keterangan pegawai serbuan iaitu SP3. [41] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan atas penilaian maksimum atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie atas OKT-OKT untuk pertuduhan-pertuduhan ini. Oleh itu, Mahkamah melepas dan membebaskan OKT-OKT tanpa perlu dipanggil membela diri dari pertuduhan-pertuduhan dibawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 1952 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 12(2) dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta yang sama untuk kesemua pertuduhan-pertuduhan di bawah BL-45A-12-10/2024; BL-45A-13-10/2024 dan BL-45-5-10/2024. Bertarikh 20 Mei 2026 S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Nurul Ashiqin Binti Zulkifli Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan S Sidhu & Co. Peguambela & Peguamcara Suite 3.02D (East Wing), Menara BDRB, 285 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur S/N 31wm6nv5M0CzQvw0JRWcow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.