Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: AB-12BNCvC-3-03/2025 VERTEX PALMS SDN BHD (NO. SYARIKAT 1145266-U) … PERAYU
AB-12BNCvC-3-03/2025
High Court of Malaysia10 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: AB-12BNCvC-3-03/2025 VERTEX PALMS SDN BHD (NO. SYARIKAT 1145266-U) … PERAYU
1
MARAPUTRA SDN BHD
2
PKEINPK SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1007854-W) … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO. AG-B52NCvC-1-05/2023 ANTARA VERTEX PALMS SDN BHD (NO. SYARIKAT 1145266-U) … PLAINTIF
1
MARAPUTRA SDN BHD
2
PKEINPK SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1007854-W) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 31/05/2026 22:17:30 AB-12BNCvC-3-03/2025 Kand. 37 S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
1
Ini adalah suatu rayuan oleh Vertex Palms Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Plaintif) terhadap Maraputra Sdn Bhd dan PKEINPK Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Defendan Pertama dan Defendan Kedua) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menolak tuntutan Vertex Palms Sdn Bhd terhadap Maraputra Sdn Bhd dan PKEINPK Sdn Bhd untuk suatu jumlah RM700,000.00 yang merupakan suatu bayaran berkaitan Cadangan Pajakan Projek Ladang Sungai Siput di dua bidang tanah dengan keluasan 2550 ekar. Plaintif juga menuntut gantirugi tort konspirasi untuk mencederakan kontrak terhadap kedua-dua Defendan.
2
Mahkamah ini setelah meneliti rayuan Plaintif tersebut telah memutuskan untuk menolak rayuan Plaintif dengan kos RM6,000.00 tertakluk kepada alokatur. Mahkamah kini akan memberikan alasannya terhadap keputusan tersebut.
3
Kes Plaintif secara ringkasnya menyatakan bahawa Defendan Pertama telah mendapat satu tawaran tender dari Defendan Kedua untuk mengambil alih pajakan 2 bidang tanah seluas 2,550 ekar di Kuala Kangsar seperti yang ditulis dalam surat tawaran bertarikh 25.6.2015 (rujuk mukasurat 196 Rekod Rayuan Bahagian C (Jilid 2B)). Surat tersebut menyatakan: S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA “SURAT TAWARAN UNTUK CADANGAN PAJAKAN PROJEK LADANG SUNGAI SIPUT DENGAN KELUASAN 2550 EKAR Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas dan tender yang telah dijalankan pada 15 Oktober 2014.
2
Sukacíta dimaklumkan bahawa sebagai balasan bagi persetujuan pihak tuan untuk membayar Ringgit Malaysia Lapan Belas Juta (RM18,000,000.00) sahaja, untuk membeli tanaman yang telah ditanam di atas dua (2) bidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik
i
HS(D) 12908, PT 12381, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak, dan (ii) HS(D) 12909, PT 12382, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak (dirujuk secara kolektif sebagai "Tanah"), iaitu pokok kelapa sawit ("Harga Belian Tanaman"), kami ingin menawarkan pajakan Tanah tersebut kepada pihak tuan berdasarkan kepada 'as-is-where-is' tertakluk kepada semua syarat-syarat wajib* diendorskan pada dokumen hamilik Tanah tersebut bagi tempoh lima puluh (50) tahun yang bermula dari tarikh pendaftaran pajakan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:-
a
sewa tahunan yang dikira pada RM305.00 seekar ("Sewa Tahunan"); dan
b
terma-terma dan yarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak kami ("Terma yang Ditetapkan").
3
3.Kesemua balasan bagi tujuan pajakan Tanah tersebut hendaklah dibuat seperti berikut:- S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA Bil. Perkara Syarat Bayaran Amaun
3
3.1 Harga Belian Tanaman
i
Sewaktu penyerahan surat penerimaan tawaran pajakan Bayaran perlu disertakan 300,000.00 bersama-sama surat penerimaan tawaran pajakan (dalam masa 14 hari dari tarikh tawaran pajakan ini). 500,000.00
II
(ii) Sewaktu menandatangani Perjanjian Pajakan. 20% dari jumlah Harga Belian Tanaman 3,600,000.00
III
(iii) Selepas pendataran pajakan Baki dari Harga Belian Tanaman untuk diselesaikan dalam masa empat belas (14) hari selepas pendaftaran pajakan 13,900,000.00 S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
3
3.2 Deposit sewaan (3 tahun) Deposit sewaan dalam bentuk jaminan bank hendaklah dikemukakan kepada kami dalam masa empat belas
14
hari selepas pendaftaran pajakan 2,333,250.00 3.3 Sewa Tahunan Sewa tahunan adalah sebanyak RM305.00 bagi setiap ekar (RM305.00 x 2,550 ekar) 777,750.00
3
Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan dikehendaki untuk menandatangani perjanjian untuk pajakan berdasarkan Terma Yang Ditetapkan ("Perjanjian Pajakan") dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pihak tuan menerima tawaran pajakan ini (*Tarikh Akhir Perlaksanaan").
5
Sekiranya pihak tuan bersetuju terhadap terma-terma dan syarat-syarat di atas, pihak tuan perlu membayar sebanyak RM500,000.00 sebagai sebahagian daripada Harga Belian Tanaman ("Cengkeram") apabila pihak Tuan menerima tawaran pajakan ini. S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
6
Sila ambil perhatian bahawa:-
a
tawaran untuk pajakan ini hanya sah untuk tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tawaran pajakan iní ("Tempoh Sah"). Sekiranya pihak tuan gagal untuk menerima tawaran pajakan ini sewaktu Temph Sah, tawaran pajakan ini akan luput secara automatik selepas 9 Julai 2015; dan
b
sekiranya pihak tuan telah menerima tawaran pajakan ini dan Cengkeram telah dibayar kepada kami sewatu Tempoh Sah tetapi gagal untuk menandatangani Perjanjian Pajakan sebelum Tarikh Akhir Perlaksanaan, kami berhak untuk membatalkan bayaran Cengkeram tersebut dan segala kos berkaitan perlaksanaan tawaran pajakan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pibak tuan. Terima kasih. t.t. НAJI МОНАМAD TARMIZI BIN TAIB
4
Defendan Pertama kemudiannya telah membuat cadangan secara lisan dengan Plaintif untuk berkontrak dengan berkaitan tawaran tender tersebut di mana Defendan Pertama berjanji untuk menamakan Plaintif sebagai anak syarikat sekiranya Plaintif bersetuju untuk memenuhi terma-terma dalam surat tawaran tersebut. S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
5
Defendan Pertama berjanji untuk menamakan Plaintif sebagai anak syarikat sekiranya Plaintif bersetuju untuk memenuhi terma-terma dalam surat tawaran tersebut. Berdasarkan surat-surat tawaran dan komunikasi antara pihak-pihak, Plaintif telah membuat pembayaran keseluruhan berjumlah RM700,000.00, iaitu RM500,000.00 kepada Defendan Kedua dan RM200,000.00 kepada Defendan Pertama. Bayaran ini dibuat untuk tujuan pelaksanaan perjanjian pengambilalihan pajakan 2 bidang tanah tersebut.
6
Plaintif menegaskan bahawa bayaran ini dinyatakan sebagai "part payment" bagi tujuan pembelian pajakan tanah dan bukan deposit atau wang cengkeram, seperti yang disahkan dalam resit rasmi Defendan Kedua bertarikh 9 Julai 2017. Resit-resit bayaran tersebut jelas menyatakan bahawa wang tersebut adalah sebahagian daripada harga pajakan tanah sahaja dan akan dipulangkan jika perjanjian pajakan tidak dapat disempurnakan.
7
Namun begitu, selepas bayaran dibuat, pada 13.8.2015 Defendan Kedua telah secara sebelah pihak (unilateral) mengenakan syarat baru yang tidak pernah dimaklumkan sebelumnya, iaitu bahawa syarikat yang mengambil alih pajakan mesti dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Perayu bukanlah syarikat Bumiputera, dan syarat ini adalah satu perubahan ketara yang menyebabkan kegagalan pelaksanaan perjanjian tersebut.
8
Tindakan mengenakan syarat baru selepas bayaran dibuat adalah tidak adil dan bertentangan dengan prinsip kontrak. Lebih memburukkan keadaan, kedua-dua Defendan enggan memulangkan S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA bayaran tersebut, walaupun kontrak tidak dapat dilaksanakan atas sebab yang bukan disebabkan oleh kesilapan Plaintif.
9
Oleh itu, Plaintif berhujah bahawa tindakan Defendan-Defendan merupakan satu bentuk pengayaan tidak wajar (unjust enrichment). Wang RM700,000.00 telah diterima oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua tanpa sebarang balasan atau pelaksanaan kontrak, dan oleh itu, ia wajib dipulangkan kepada Plaintif.
10
Bukan itu sahaja, Plaintif kemudian mendapati bahawa Defendan Kedua telah memberikan kontrak tersebut kepada sebuah syarikat lain yang juga bukan sebuah syarikat dengan pegangan 100% Bumiputera. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa alasan Defendan Kedua mengenakan syarat tambahan tersebut adalah tidak benar, dan hanya bertujuan untuk menafikan hak Plaintif serta merampas deposit yang telah dibayar.
11
Hakim Mahkamah Sesyen mendapati bahawa Plaintif telah berdiam diri walaupun dimaklumkan oleh Defendan Pertama melalui beberapa peringatan untuk meneruskan dengan pembayaran sebanyak RM3,600,000.00 yang perlu dijelaskan untuk menandatangani perjanjian pajakan.
12
Di perenggan 26 sehingga 33 Alasan Penghakiman, Hakim Mahkamah Sesyen telah menyatakan: S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA “[26] Berkenaan dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama pula, mengikut kronologi kejadian serta dokumentasi dokumentasi yang dikemukakan di sepanjang perbicaraan ini, mahkamah dapati bahawa Plaintif sedar dan faham syarat dan terma yang ditetapkan di dalam surat tawaran pajakan Defendan Kedua yang dikeluarkan untuk Defendan Pertama. [27] Plaintif juga telah bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh Defendan Pertama melalui faks bertarikh 8 Julai 2015 sekiranya ingin mengambil alih pajakan hartanah tersebut. Adalah jelas di dalam surat tawaran Defendan Kedua dan juga di dalam faks tersebut bahawa wang RM500,000.00 akan dirampas sekiranya perjanjian pajakan gagal ditandatangani dalam tempoh 60 hari ia diterima. Telah juga dinyatakan di dalam faks tersebut bahawa wang RM200,000.00 yang diberikan kepada Defendan Pertama juga tidak akan dipulangkan. [28] Melalui surat jawapan Plaintif bertarikh 9 Julai 2015 adalah jelas dinyatakan bahawa Plaintif bersetuju dengan syarat syarat yang ditetapkan oleh Defendan Pertama di dalam faks bertarikh 8 Julai 2015 tersebut dan bukti persetujuan Plaintif itu juga adalah dengan pembayaran wang RM500,000.00 melalui bank deraf Al Amin. [29] Daripada surat surat yang dirujuk ke mahkamah ini, mahkamah dapat Defendan Pertama telah cuba sedaya upaya memenuhi janji mereka untuk membolehkan Plaintif mengambil alih hak pajakan ladang itu. Malah Defendan Pertama juga telah menyampaikan hasrat Plaintif kepada Defendan Kedua iaitu S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA cadangan supaya syarikat lain menguruskan pajakan ini (iaitu syarikat Plaintif). [30] Syarat berkenaan syarikat lain tersebut juga telah diambil maklum oleh Defendan Kedua dan mereka juga bersetuju dengan Hasrat Defendan Pertama tetapi dengan syarat bahawa syarikat baru itu mestilah merupakan anak syarikat Defendan Pertama dan dimiliki pegangan oleh 100% bumiputera. Syarat yang dikemukakan oleh Defendan Kedua ini juga telah dimaklumkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan Plaintif juga maklum mengenainya. [31] Selepas dari syarat ini dimaklumkan kepada Plaintif, mahkamah dapati Plaintif sendiri tidak memberikan apa apa maklum balas dan memilih untuk tidak meneruskar dengan pembayaran sebanyak RM3,600,000.00 yang perlu dijelaskan untuk menandatangani perjanjian pajakan. Mahkamah juga dapati Defendan Pertama telah memberi beberapa peringatan kepada Plaintif berkenaan perkara ini dengan menghantar surat surat tetai tidak ada maklum balas daripada Plaintif. Daripada dokumen dokumen yang dikemukakan juga, mahkamah dapati Plaintif sedar dan tahu tentang tindakan seterusnya yang perlu diambil untuk memenuhi syarat tawaran pajakan tersebut tetapi beliau sendiri yang berdiam diri. [32] Berkenaan wang R500,000.00 itu, mahkamah dapati Defendan Kedua juga telah mengambil tindakan memaklumkan dan memberi peringatan beberapa kali kepada Defendan Pertama supaya mematuhi syarat yang ditetapkan di dalam surat tawaran. Defendan Pertama juga kemudiannya telah memberi peringatan pula kepada S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA Plaintif. Defendan Pertama tidak menjawab kepada peringatan yang diberikan oleh Defendan Kedua kerana mereka menunggu maklum balas dari Plaintıf tetapi Plaintif sendiri berdiam diri. Akhirnya tempoh 60 hari yang ditetapkan telah tamat dan wang tersebut dan oleh kerana tidak ada maklum balas, wang deposit tersebut telah dirampas oleh Defendan Kedua mengikut syarat yang telah ditetapkan. Defendan Pertama juga tidak membuat permohonan untuk pengembalian wang tersebut keranam sedar dengan syarat yang ditetapkan di dalam surat tawaran Defendan Kedua. [33] Oleh itu berdasarkan semua penilaian keterangan di atas, mahkamah memutuskan bahawa Plaintif sendiri membuat pilihan untuk tidak menandatangan perjanjian pajakan tersebut walaupun beliau sedar dan tahu bahawa wang RM500,000.00 tidak akan dikembalikan. Melalui perjanjian diantara Defendan Pertama juga, telah jelas dimaklumkan wang RM200,000.00 yang diberikan juga tidak akan dikembalikan dan Plaintif sendiri telah bersetuju dengan terma terma tersebut.”
13
Terdapat beberapa isu yang perlu diputuskan berkaitan kes ini. Antaranya adalah: a. Isu kemungkiran kontrak antara Plaintif dan Defendan Pertama, b. Isu pemulangan deposit RM700,000.00, c. Isu tort konspirasi, dan d. Isu kekayaan tidak patut. S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
14
Berkaitan isu ini, saya telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Di dalam keterangan mereka, dinyatakan bahawa setelah menerima surat tawaran dari Defendan Kedua, Defendan Pertama telah memasuki persetujuan dengan Plaintif bagi tujuan mengambilalih pengurusan pajakan hartanah tersebut. Terma-terma persetujuan antara Plaintif dan Defendan Pertama adalah sama sepertimana terma-terma di dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh Defendan Kedua. Rujuk eksibit D14 di mukasurat 245 dan 246 Rekod Rayuan Jilid 2B.
15
Merujuk kepada klausa 4 eksibit D14, Plaintif akan bertindak di bawah nama Defendan Pertama sebagai pemajak tanpa apa-apa sub pajakan dan semua operasi akan dijalankan atas nama sendiri dengan mana-mana pihak ketiga di mana apa-apa komunikasi dengan Defendan Kedua berkenaan pajakan akan dibuat di bawah nama Defendan Pertama.
16
Berdasarkan klausa 5, Plaintif hendaklah membayar kepada Defendan Pertama dan kemudiannya Defendan Pertama akan membayar Defendan Kedua jumlah-jumlah berikut:
a
RM500,000.00 sebagai wang deposit kepada Defendan Kedua bagi pihak Defendan Pertama di mana wang ini adalah “non-refundable”; dan S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
b
Membayar sejumlah RM200,000.00 kepada Defendan Kedua termasuk RM500,000.00 sebagaimana sub perenggan (a) di atas sebagai sekuriti di mana wang ini adalah juga “non-refundable”.
17
Seterusnya mengikut klausa 6, Plaintif dalam masa 60 hari dari tarikh penerimaan surat tawaran Defendan Kedua untuk membayar RM3,600,000.00 pada ketika perjanjian pajakan ditandatangani. Tempoh menandatangani pajakan ini sepertimana syarat klausa 6 tersebut adalah pada 9.9.2015. Secara ringkasnya Plaintif bersetuju dengan terma ini dan terma-terma lain yang dinyatakan di para 15 (a) dan (b) di atas.
18
Di atas permintaan Plaintif, Defendan Pertama seterusnya telah menulis kepada Defendan Kedua berkaitan cadangan untuk menubuhkan sebuah syarikat lain bagi Defendan Pertama untuk menjalankan projek perladangan di atas hartanah Defendan Kedua tersebut. Atas balasan cadangan tersebut, Defendan Kedua telah membalas melalui surat mereka bertarikh 13.8.2015 (rujuk mukasurat 208 Rekod Rayuan Jilid 2B di mana mereka bersetuju dengan syarat tersebut tetapi mensyaratkan “syarikat baru tersebut mestilah merupakan anak syarikat atau subsidiary Defendan Pertama dengan pegangan saham dimiliki 100% kepentingan Bumiputera dalam syarikat berkenaan. Syarat ini dimaklumkan dan diketahui oleh Plaintif.
19
Disebabkan tempoh masa untuk menandatangani pajakan ini akan luput pada 9.9.2015, maka Defendan Pertama telah menulis beberapa kali kepada Plaintif berkenaan dengan pembayaran komitmen kedua sebanyak RM3,600,000.00 semasa perjanjian pajakan ditandatangani S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA kerana terdapat risiko wang deposit yang telah dibayar Plaintif dilucuthak (forfeited) oleh Defendan Kedua.
20
Mengikut rekod, 8 kali Defendan Pertama telah menulis kepada Plaintif berkenaan isu ini seperti berikut: i.
29
29.8.2015 (mukasurat 215-216 Rekod Rayuan Jilid 2B), ii.
1
1.9.2015 (mukasurat 217-218 Rekod Rayuan Jilid 2B), iii.
3
3.9.2015 (mukasurat 219 Rekod Rayuan Jilid 2B), iv.
4
4.9.2015 (mukasurat 220 Rekod Rayuan Jilid 2B), v.
14
14.9.2015 (mukasurat 221-222 Rekod Rayuan Jilid 2B), vi.
17
17.9.2015 (mukasurat 223-224 Rekod Rayuan Jilid 2B), vii.
3
3.10.2015 (mukasurat 225 Rekod Rayuan Jilid 2B), dan viii.
2
2.10.2015 (mukasurat 226-227 Rekod Rayuan Jilid 2B).
21
Apakah yang terkandung di dalam 8 surat di atas?
22
Fakta juga menunjukkan melalui surat bertarikh 29.8.2015, dinyatakan bahawa 2 deraf perjanjian telah diemelkan pada 25.8.2015 kepada Plaintif untuk diteliti dan dibuat apa-apa komentari berkenaan pada 27.8.2015 namun Plaintif gagal berbuat demikian.
23
Defendan Pertama seterusnya menyatakan terdapat perbualan di antara Plaintif dan Defendan Pertama untuk Plaintif membuat komentari kepada deraf perjanjian tersebut pada atau sebelum 1.9.2015 atas kesegeraan memandangkan perjanjian pajakan perlu ditandatangani pada atau sebelum 9.9.2015 di mana pembayaran komitmen kedua sebanyak RM3,600,000.00 mesti dibuat. Defendan S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA Pertama turut mencadangkan diadakan pertemuan bagi membincangkan isu ini pada 1.9.2015 dengan dihadiri peguam. Namun Plaintif gagal hadir.
24
Pada 1.9.2015, Defendan Pertama sekali lagi telah menulis kepada peguamcara Plaintif, Tetuan Abdul Malek & Co, menyatakan terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan terma-terma perjanjian tersebut dan tarikh 4.9.2015 dicadangkan untuk diadakan pertemuan.
25
Pada 3.9.2015, peguamcara Plaintif menyatakan telah meneliti deraf perjanjian dan menyatakan mempunyai cadangan berkaitan pindaan dan mencadangkan pertemuan diadakan pada 8.9.2015. Defendan Pertama bersetuju dan dipersetujui untuk satu pertemuan diadakan di pejabat Defendan Pertama pada 7.9.2015.
26
Pertemuan telah diadakan pada 8.9.2015 dan Plaintif dikehendaki memberikan komen selewatnya pada Khamis 10.9.2015. Namun Plaintif gagal berbuat demikian dan mencadangkan tarikh akhir memberikan komen pada 14.9.2015. Ini dinyatakan di dalam surat Defendan Pertama kepada peguamcara Plaintif bertarikh 14.9.2015.
27
Pada 17.9.2015, Defendan Pertama sekali lagi menulis kepada peguamcara Plaintif memaklumkan tidak menerima apa-apa komen atau cadangan yang dipersetujui untuk diberikan pada 14.9.2015. sekali lagi tarikh dilanjutkan ke 18.9.2015 kepada Plaintif untuk berbuat demikian.
28
Pada 2.10.2015 dan 3.10.2015, Defendan Pertama melalui peguamcara mereka dan juga secara sendiri telah menulis kepada S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA peguamcara Plaintif dan Plaintif sendiri memaklumkan penamatan semua urusan yang telah dilakukan sebelum ini.
29
Berdasarkan kepada fakta di atas, sesuatu yang jelas bahawa kegagalan usaha pengambilalihan pajakan 2 bidang tanah Defendan Kedua ini adalah disebabkan ketiadaan tindakan oleh Plaintif sendiri untuk memastikan ianya berjaya. Mahkamah mendapati segala ruang dan peluang telah diberikan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk Plaintif memuktamadkan projek ini namun ia nyata disia-siakan oleh Plaintif. Oleh itu, dimanakah kemungkiran kontrak oleh Defendan Pertama terhadap Plaintif.
30
Berkaitan isu ini, saya telah membuat rujukan kepada beberapa dokumen yang terlibat di dalam kes ini. Pertamanya adalah terma-terma tawaran oleh Defendan Kedua kepada Defendan Pertama. Terma-terma yang sama kemudiannya telah dipersetujui di antara Plaintif dan Defendan Pertama.
31
Di dalam surat tawaran oleh Defendan Kedua, secara jelas dinyatakan bahawa bayaran pertama sebanyak RM500,000.00 perlu dijelaskan sewaktu penyerahan surat penerimaan tawaran pajakan. Ini adalah bayaran pertama yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama sebagai memenuhi tanggungjawab Defendan Pertama terhadap Defendan Kedua. S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
32
Seterus perenggan (b) surat tawaran Defendan Kedua ini secara jelas menyatakan: “(b) sekiranya pihak tuan telah menerima tawaran pajakan ini dan Cengkeram telah dibayar kepada kami sewatu Tempoh Sah tetapi gagal untuk menandatangani Perjanjian Pajakan sebelum Tarikh Akhir Perlaksanaan, kami berhak untuk membatalkan bayaran Cengkeram tersebut dan segala kos berkaitan perlaksanaan tawaran pajakan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pibak tuan.” Daripada syarat di atas, jelas sekali bayaran RM500,000.00 yang telah dibayar kepada Defendan Kedua tersebut boleh dilucuthak atas kegagalan Defendan Pertama dan Plaintif menjelaskan bayaran RM3,600,000.00 dan seterusnya menandatangani perjanjian pajakan.
33
Atas sebab itu, maka Defendan Pertama tidak menuntut daripada Defendan Kedua supaya jumlah RM500,000.00 tersebut dipulangkan.
34
Berkaitan jumlah RM200,000.00 pula, keadaannya adalah sama dengan kedudukan jumlah RM500,000.00 tersebut. Plaintif gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam kontrak dengan Defendan Pertama dan dengan demikian memberi hak kepada Defendan Pertama untuk melucuthak deposit RM200,000.00 tersebut. C. ISU TORT KONSPIRASI S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
35
Melihat kepada fakta yang dibentangkan di atas, bagaimana boleh kita katakan terdapat tort konspirasi dibuat terhadap Plaintif. Plaintif telah diberikan segala ruang dan peluang untuk memastikan perjanjian pajakan ini ditandatangani dan projek diteruskan. Jika dilihat, tempoh akhir pembayaran RM3,600,000.00 adalah pada 9.9.2015, namun selepas tempoh akhir tersebut, Defendan Pertama masih berusaha berbincang dengan Plaintif berkenaan dengan terma-terma perjanjian untuk dimasuki dengan Defendan Kedua.
36
Seterusnya, saya melihat bahawa hakikat perjanjian kemudiannya dimasuki bersama sebuah syarikat yang bukan 100% bumiputera juga adalah bukti nyata bahawa syarat pegangan 100% bumiputera yang dikemukakan oleh Defendan Kedua pada awalnya bukan suatu syarat yang muktamad dan masih boleh diubah atau dirundingkan.
37
Isu ini tidak timbul sama sekali berdasarkan fakta bahawa pelucuthakan wang RM700,000.00 ini telah dipersetujui antara semua pihak dan dalam keadaan ini, pihak Plaintif sendiri yang mengambil tindakan mendiamkan diri dan tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan projek pajakan ini berjaya.
38
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, maka saya mendapati tidak terdapat kekhilafan di pihak Hakim Mahkamah S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA Sesyen dalam memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Atas sebab itu, mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut dengan kos sebanyak RM6,000.00 tertakluk kepada alokatur. Bertarikh pada 27.5.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Perak Darul Ridzuan Peguam bagi pihak Perayu : Harshini Veena A/P Ananthan [Tetuan Gibb & Co.] Peguam bagi pihak Responden Pertama : Norazali bin Nordin [Tetuan Maxwell Kenion Cowdy & Jones] Peguam bagi pihak Responden Pertama : Ahmad Syateer Izzat [Tetuan Izzat Othman & Co] S/N zfvrodmb0WmbbvF522GoA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.