Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BL-12ANCvC-6-05/2024 RAYUAN SIVIL NO.: BL-12BNCvC-3-05/2024 ANTARA VIJAYALETCHUMY A/P SAMYKANNU PERAYU DAN M. NAGIRAJAN A/L MUNISAMY RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO GUAMAN SIVIL: BL-A52NCvC-56-07/2023 ANTARA M. NAGIRAJAN A/L MUNISAMY PLAINTIF DAN VIJAYALETCHUMY A/P SAMYKANNU DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 21/11/2024 14:32:52 BL-12ANCvC-6-05/2024 Kand. 23 BL-12ANCvC-6-05/2024 Ini adalah rayuan oleh Perayu/ Defendan terhadap keputusan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 3 Mei 2024 yang membenarkan permohonan Responden/ Plaintif untuk membatalkan pembelaan dan tuntutan balas bertarikh 30.8.2023 dan Jawapan kepada pembelaan balas Perayu bertarikh 27.9.2023 oleh Responden dibenarkan. BL-12BNCvC-3-05/2024 Ini adalah rayuan oleh Perayu/ Defendan terhadap keputusan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 3 Mei 2024 yang membenarkan tuntutan Responden dimana Perayu diperintahkan keluar dan memberikan milikan kosong atas Bahagian Tanah Milikan Plaintif yang didudukinya. Perayu juga dikehendaki membayar faedah seantara pada kadar RM 3000 sebulan daripada 26.4.2023 sehingga tarikh Perayu memberikan milikan kosong. Responden juga dibenarkan untuk menuntut gantirugi khas bagi keseluruhan bayaran utility yang tertunggak dan gantirugi atas kerosakan yang berlaku atas tanah tersebut. A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [1] Kanthen s/o Karupa Kounden (“selepas ini dirujuk sebagai Kanthen) merupakan pemilik benefisiari 2/36 bahagian tanah di bawah Geran Mukim 1267, Lot 2398, Mukim Klang, Daerah Klang Negeri Selangor yang dikenali sebagai Lot 2398, Mukim Klang berkeluasan 91 x 112 kaki persegi (“selepas ini dirujuk sebagai Bahagian Tanah Milik Penjual”).