Berhubung elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan, Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Bicara telah dengan tepatnya memutuskan bahawa Perayu sememangnya mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah berkenaan. Dalam memutuskan sedemikian, Mahkamah ini juga bersetuju dengan penilaian dan dapatan YA HMT yang memutuskan sebagaimana berikut: i) Keterangan Ketua Serbuan (SP8) dan SP10 (anggota serbuan) adalah konsisten dalam mengesahkan bahawa dadah telah dijumpai di dalam bilik kedua (dan bukannya di ruang tamu); ii) Di dalam bilik dadah dijumpai (bilik kedua), terdapat kesan DNA Perayu ditemui pada puntung rokok, beberapa pakaian dan berus gigi. Tidak ada DNA Tertuduh Kedua atau DNA mana-mana orang ketiga yang dikatakan menghuni bilik kedua tersebut ditemui, selain hanya DNA Perayu; iii) Atas hasil analisis forensik berkenaan, YA HMT mendapati ianya menunjukkan bahawa Perayu tidak sahaja mempunyai akses kepada bilik kedua di mana dadah dijumpai tersebut, tetapi juga telah menghuni bilik itu; iv) Kedua-dua tertuduh juga telah menamakan seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama "Ah Ee" di dalam percakapan beramaran mereka (masing-masing dikemukakan sebagai ekshibit D62 dan D63) seawal kes pendakwaan lagi, di mana "Ah Ee" dikatakan oleh mereka sebagai penyewa rumah tersebut. Dalam hal ini, walaupun kedua-dua tertuduh menyatakan bahawa mereka telah mengenali dan berjumpa dengan "Ah Ee", YA HMT mendapati tidak ada keterangan lain yang telah dikemukakan oleh mereka yang dapat membuktikan kewujudan "Ah Ee". Sama ada Perayu mahupun Tertuduh Kedua, kedua-duannya gagal memberi maklumat bagi membolehkan pihak polis untuk membuat siasatan mengenai "Ah Ee" tersebut. Oleh itu, YA HMT tidak mendapati "Ah Ee" itu adalah seorang yang benar wujud; dan v) Selain "Ah Ee", Tertuduh Kedua telah membangkitkan isu seorang wanita India bernama "Malathi" yang juga dikatakan merupakan penyewa premis tersebut. Mengenai "Malathi" ini, keterangan Perayu sendiri di dalam ekshibit D62 telah menyatakan bahawa tidak ada orang selain dirinya, Tertuduh Kedua dan "Ah Ee" yang biasa datang ke premis itu. Oleh itu, HMT berpuas hati bahawa keterangan Perayu itu sendiri telah mengecualikan "Malathi" sebagai orang yang