(ii) Pelesapan harta per se tidak sempurna kecuali pemohon boleh dengan jayanya menunjukkan perbuatan melesapkan harta itu adalah perbuatan yang diniatkan untuk mencegah penghakiman yang mungkin akan diperoleh daripada dilaksana. [39] Mahkamah ini turut terpandu dengan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes S & F International Ltd v Trans-Con Engineering Sdn Bhd (supra) yang memutuskan bahawa – “(2) Before such relief is granted the plaintiff must secondly show that there is a risk that assets will be dissipated: he must demonstrate this by solid evidence, eg that the defendant’s previous actions show his probity is not to be relied upon or that the corporate structure of the defendants infers that it is not to be relied upon, but mere proof that the defendants is incorporated abroad will not suffice; …, and that a refusal of an injunction would involve a real risk that a judgment or award in his favour would remain unsatisfied because of the defendant’s removal of assets from the jurisdiction or dissipation of assets within the jurisdiction”. [40] Merujuk kepada panduan yang diberikan dalam kes Menk Sdn Bhd v Joerg Hugo Schmidt (supra), saya telah meneliti afidavit-afidavit yang difailkan oleh kedua-dua pihak dalam permohonan injunksi mareva ini. Isu berkaitan risiko sama ada harta akan dipindahkan keluar dari bidang kuasa Mahkamah di Malaysia sebelum penghakiman lebih sukar untuk dibuktikan. Tingkah laku defendan-defendan dan keadaan yang meliputi pemindahan aset wajar diperhatikan oleh Mahkamah ini. [41] Dalam menimbangkan elemen ketiga ini, saya juga mengambil panduan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes S & F International Ltd v Trans-Con Engineering Sdn Bhd (supra) yang mana Abdoolcader HMP memutuskan bahawa- “a Mareva injunction was never intended to put a plaintiff in the position of a secured creditor”. [42] Defendan-defendan telah menyingkapi bahawa tiada risiko pelepasan aset ditunjukkan secara prima facie oleh plaintif dengan menyatakan asas pengiraan keuntungan sebenar Ace dan Krusher yang dikira oleh plaintif adalah tidak tepat. Selain itu, tiada pencerahan diberikan oleh plaintif tentang cara bagaimanakah defendan-defendan selepas dari ini melesapkan harta-harta dan sekaligus menidakkan hak plaintif. [43] Dalam permohonan di sini, plaintif menekankan terdapat risiko sebenar pelesapan aset oleh defendan-defendan kerana wujudnya elemen dishonesty atau ketidakjujuran pada defendan-defendan kerana afidavit-afidavit pematuhan yang difailkan oleh defendan-defendan masih gagal membuat pendedahan yang sepenuhnya. [44] Dalam menyokong penegasan tersebut, plaintif merujuk kepada kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd & Anor v Lorrain Osman & Anor [1985] 2 MLJ 236. Pada hemat Mahkamah ini, untuk mengikuti keputusan Mahkamah dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd & Anor v Lorrain Osman & Anor (supra) yang membenarkan perintah injuksi mareva, Mahkamah ini perlu mengamati fakta kes yang berlaku dan membuat perbandingan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. [45] Defendan dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd & Anor v Lorrain Osman & Anor (supra) ialah pengarah kepada plaintif pertama dan Pengerusi kepada Lembaga Pengarah plaintif kedua. Defendan tersebut juga mempunyai saham-saham dalam 75 buah syarikat. Selain itu, defendan didapati telah tidak menyimpan kesemua hartanya di Malaysia sebaliknya disimpan dengan peguamnya di London. Mahkamah dalam kes tersebut turut dikemukakan dengan fakta defendan merancang menjual saham-sahamnya melalui firma broker saham di Kuala Lumpur. Usaha pihak bank mengesan defendan di alamat kediaman dan alamat syarikat juga menemui kegagalan. Maka wajarlah bagi Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan – “[8] there was sufficient evidence before the court in this case for it to conclude that there is a risk that the defendant’s assets would be disposed off thus frustrating or nullifying any judgment that the plaintiffs may obtain against him”. [46] Berbanding dengan defendan-defendan di sini, fakta sedemikian tidak ditemui oleh Mahkamah ini melalui afidavit-afidavit plaintif. Bahkan tiada fakta dikemukakan oleh plaintif tentang cara bagaimana harta-harta milik defendan-defendan akan dipindahkan atau dirancang untuk dilesapkan. Justeru, bagi elemen ketiga dalam permohonan untuk perintah injunksi mareva Mahkamah ini menerima hujahan peguam cara defendan-defendan ketimbang hujahan pihak plaintif. [47] Plaintif melalui hujahan bertulis juga telah mendedahkan fakta bahawa defendan ketujuh secara tidak sah mengeluarkan wang sejumlah RM20,000.00 dari akaun Amanah Saham Bumiputera pada 8.4.2024 iaitu 5 hari selepas perintah injunksi mareva ex parte diserahkan. Peguam cara plaintif telah memaklumkan peguam cara defendan dan penjelasan telah diberikan berhubung perkara ini termasuk permintaan maaf oleh defendan ketujuh. Mahkamah ini mengambil maklum suatu permohonan pengkomitan telah difailkan oleh peguam cara plaintif terhadap defendan ketujuh dan menunggu pendengaran. Mahkamah ini enggan untuk memberi pertimbangan terhadap isu tersebut yang telah dibawa ke perhatian Mahkamah melalui suatu prosiding pengkomitan yang sedang menunggu untuk diputuskan. [48] Meneliti pernyataan tuntutan plaintif dan afidavit sokongan, tuntutan plaintif pada hakikatnya berpaksi kepada tingkahlaku defendan pertama dan kedua yang telah dikatakan memperoleh pendapatan rahsia daripada plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada elemen ketidakjujuran yang dihujahkan oleh plaintif dan membandingkan fakta kes ini dengan fakta kes Bumi Armada Navigation Sdn Bhd v Mirza Marine Sdn Bhd [2015] 5 CLJ 562. [49] Peguam cara plaintif dalam kes Bumi Armada Navigation Sdn Bhd (supra), telah menggunakan alasan risiko sebenar pelesapan aset oleh defendan dengan merujuk tingkahlaku defendan dan tiadanya kejujuran dan integriti pada defendan. Defendan dalam kes tersebut telah menerima bayaran daripada TMS iaitu pihak ketiga berhubung vessel yang disewa oleh defendan daripada plaintif. Defendan kemudiannya gagal membayar ansuran yang dipersetujui kepada plaintif dengan alasan terdapat ‘major mechanical and software defects on the vessel’ meski pun pemeriksaan telah dilakukan dan vessel telah tiba di Labuan Achorage. Fakta yang sangat ketara tentang ketidakjujuran defendan telah ditunjukkan melalui afidavit dalam kes tersebut iaitu atas pengakuan defendan sendiri. Maka, wajarlah dalam kes Bumi Armada Navigation Sdn Bhd (supra), memutuskan wujudnya risiko sebenar pelesapan aset oleh defendan. [50] Mengambilkira fakta kes di sini dan fakta kes dalam Bumi Armada Navigation Sdn Bhd (supra), ia adalah dibezakan. Dalam kes di sini, berdasarkan keterangan affidavit, Mahkamah ini tidak menemui a real risk of assets being dissipated or removed. Perbezaan fakta yang gagal disingkapi di sini adalah plaintif telah pun menikmati perkhidmatan yang diberikan oleh Ace dan Krusher dengan balasan. Isu sama ada kadar harga tersebut adalah melebihi nilai pasaran sehingga memprejudiskan plaintif tidaklah diputuskan pada peringkat ini. [51] Setelah meneliti Notis Permohonan perenggan 1-5 berhubung permohonan injunksi mareva, Mahkamah ini mendapati meski pun selepas defendan-defendan menzahirkan nombor akaun bank dan harta masing-masing kepada Mahkamah ini, tiada usaha dilakukan oleh plaintif untuk mengubahsuai takat jumlah bagi setiap akaun bank dan setiap harga bagi tujuan menentukan takat had pembekuan secara spesifik bagi setiap harta defendan pertama, defendan kedua, defendan kelima, defendan keenam, defendan ketujuh dan defendan kelapan. Ini menjadikan perintah injunksi mareva yang dimohon dalam perenggan 1 dan 2 Kandungan 3 adalah luas. [52] Mahkamah ini juga mendapati – plaintiff have not shown irreparable damage (kemudaratan teruk yang tidak boleh diperbaiki). Jika pun penegasan plaintif dipertimbangkan iaitu, plaintif telah membayar sejumlah wang kepada Ace dan Krusher, namun secara tidak langsung dapat difahami ia adalah untuk perkhidmatan yang diberikan kepada plaintif. Lain-lain isu berhubung pemecahan tugas dan seumpamanya tidaklah wajar dipertimbangkan pada tahap ini. PERINTAH NORWICH PHARMACAL [53] Perenggan 14-16 Notis Permohonan Kandungan 3 tidak terangkum dalam perintah injunksi ex parte bertarikh 29.3.2024. Manakala perenggan 17 Notis Permohonan (Kandungan 3) yang telah diperintahkan secara ex parte menjadi perenggan 15 Perintah bertarikh 29.3.2024. Mahkamah ini bersetuju dengan penghujahan defendan-defendan bahawa tiada asas bagi relief dalam perenggan 17. Mahkamah ini terpandu dengan kes Malaysia Building Society Bhd v Tan Sri General Ungku Nazaruddin bin Ungku Mohamed [1998] 2 MLJ 425 yang antara lain telah merujuk keputusan dalam kes Goldsmith v Sperrings Ltd & Ors [1977] 1 WLR 478 dan menyatakan – “The position has neatly summed up by Lord Denning MR in his dissenting judgment in Goldsmith v Sperrings Ltd & Ors [1977] 1 WLR 478, where at p 489 he said: In a civilized society, legal process is the machinery for keeping and doing justice. It can be used properly or it can be abused. It is used properly when it is invoked for the vindication of men’s rights or the enforcement of just claims. It is abused when it is diverted from its true course so as to serve extortion or oppression: or to exert pressure so as to achieve an improper end. When it is so abused, it is a tort, a wrong known to the law. The judges can and will intervene to stop it. They will stay the legal process, if they can, before any harm is done. If they cannot stop it in time, and harm is done, they will give damages against the wrongdoer. [54] Mahkamah ini bersetuju dengan defendan-defendan bahawa tiada justifikasi diberikan oleh plaintif dalam menjelaskan keperluan perintah Norwich Pharmacal diberikan oleh Mahkamah ini. KESIMPULAN [55] Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Mahkamah ini memutuskan permohonan plaintif untuk injunksi mareva dan perintah Norwich Pharmacal ditolak dengan kos dalam kausa. Bertarikh pada 23 Oktober 2024. Ditandatangani ......................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Bagi Pihak Plaintif : Brian Ernest Cumming & Joanne Ng Tetuan Gideon Tan Razali Zaini (Petaling Jaya, Selangor) Bagi Pihak Defendan : Wan Zafran Pawancheek Tetuan Wan Marican Hamzah & Shaik (Ampang, Selangor)