OKT berbuat demikian dengan niat curang. DAPATAN DAN PENEMUAN MAHKAMAH Elemen Pertama: Harta tersebut adalah harta boleh alih [23] SP1 telah memberikan keterangan bahawa beliau telah membeli cincin tersebut yang ditandakan sebagai P5 untuk suaminya dan mengemukakan resit pembelian sebagaimana di eksibit P1 dan keterangan ini disokong juga dengan keterangan SP6 iaitu suami kepada SP1. [24] Keterangan berkenaan penyerahan cincin emas ini kepada OKT juga telah dibuktikan berdasarkan kepada keterangan lisan SP1 dan disokong dengan keterangan SP5 yang hadir bersama dengan SP1 di tempat penyerahan cincin tersebut kepada OKT. [25] Mahkamah juga menerima pengecaman cincin ini yang merupakan subject matter dalam kes ini oleh semua saksi pendakwaan walaupun peguambela mempersoalkan ketiadaan tandaan spesifik pada cincin tersebut. Pengecaman semua saksi pendakwaan terhadap cincin tersebut adalah positif dan ia dapat dicam dengan bentuk dan huruf yang terdapat pada cincin tersebut. S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw [26] Ekoran itu, Mahkamah berpuashati bahawa cincin milik SP1 telah diberikan kepada OKT dan mendapati elemen pertama pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua: OKT telah menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri [27] Dalam kes terhadap OKT, berdasarkan pertuduhan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT telah menyalahgunakan cincin milik SP1 secara curang. Tindakan penyalahgunaan OKT yang pihak pendakwaan ingin buktikan terhadap OKT adalah OKT telah menggadaikan cincin tersebut tanpa kebenaran SP1. [28] Berdasarkan keterangan lisan SP1, SP4 dan disokong dengan keratan resit pajakan (eksibit P8), resit pajak gadai (eksibit P14) dan daftar pajak gadai (eksibit P15), Mahkamah berpuas hati bahawa OKT telah menggadaikan cincin milik SP1 di Kedai Tai On Pawnshop Sdn. Bhd. pada 03.01.2019. [29] Dalam kes Public Prosecutor v. Yam Wee Siong [2021] CLJU 2124, Hakim Duncan Sikodol JC, memutuskan seperti berikut: “[11] In this case, one of the most vital element that the prosecution needs to prove in order to sustain a charge under Section 403 of Penal Code is that the accused had misappropriated or converted the property dishonestly to the use of the Accused. According to Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes (32th edn. 1988) which was cited with approval in the case of PP v. Muhammed Eruan Yakob [2018] 5 LNS 199, there are two ingredients necessary before an offence under section 403 Penal Code can be established. Firstly, that the property must be misappropriated or converted to the use of the Accused and secondly, that he/she must misappropriate or convert it dishonestly. [12] In the case of Sohan Lai v. Emperor, it was stated that misappropriate means to set apart for or assign to the wrong person or a wrong use and this act must be S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw done dishonestly. Dishonest is defined under section 24 as where doing anything with the intention of causing wrongful loss and wrongful gain under section 23, is gain by unlawful means of property and person is said loss wrongfully when he is wrongfully kept out of any property.” [30] Berdasarkan kes di atas, pada hemat Mahkamah, perkara pokok yang perlu diputuskan oleh Mahkamah dalam kes ini adalah sama ada tindakan OKT menggadaikan cincin tersebut merupakan satu penyalahgunaan harta milik SP1. [31] Bagi menentukan sama ada tindakan OKT menggadaikan cincin tersebut adalah suatu penyalahgunaan harta milik SP1, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu menentukan apakah niat/ tujuan pemberian cincin tersebut kepada OKT. Jika niatnya dilanggar atau diingkar, barulah Mahkamah dapat memutuskan bahawa tindakan gadaian ini merupakan suatu penyalahgunaan harta oleh OKT. Apakah tujuan SP1 memberikan cincin tersebut kepada OKT? [32] Keterangan SP1 adalah jelas bahawa sebelum kejadian ini, SP1 mengenali OKT untuk tempoh masa yang lama dan SP1 mempercayai OKT kerana pernah memberikan wang kepada OKT sebagai pinjaman beberapa kali dan OKT akan memulangkan wang tersebut kepada SP1. [33] Bagi kes ini, dari awal perbicaraan, SP1 telah menyatakan bahawa tujuan beliau memberikan cincin yang dibelikan kepada suaminya kepada OKT adalah OKT sendiri yang ingin meminjam cincin tersebut untuk pergi ke suatu birthday party. SP1 menyatakan ada perbualan whatsapp daripada OKT yang membuktikan OKT sendiri yang ingin meminjam cincin tersebut. Semasa pemeriksaan utama, SP1 menyatakan seperti berikut: S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw : Boleh bagitahu sebab apa dia pinjam duit itu? : Saya ada whatsapp dia, dia kata dia nak pergi ke birthday party, ada function, so dia nak cincin itu.” [34] Kemudian, semasa pemeriksaan balas di peringkat awal iaitu semasa OKT tidak diwakili peguam, apabila OKT mengutarakan soalan berkenaan whatsapp OKT yang ingin meminjam cincin tersebut, SP1 menyatakan: : Tadi kamu bagitahu saya tanya cincin itu melalui whatsapp, ada apa-apa bukti tak? : Saya ada voicenote OKT yang kata nak cincin itu nak pergi ke function.” [35] Mahkamah mendapati walaupun SP1 menyebut tentang perbualan whatsapp antara OKT dan SP1, pihak pendakwaan pada masa ini tidak mengemukakan sebarang perbualan yang dimaksudkan. [36] Seterusnya, pada tarikh lain, semasa SP1 dipanggil semula oleh peguam YBGK, peguam telah mempersoalkan isu yang sama berkenaan tujuan pemberian cincin tersebut kepada OKT dan SP1 lagi sekali menyatakan cincin tersebut dipinjamkan sebab OKT yang ingin meminjamnya. Ini dapat dilihat semasa pemeriksaan balas seperti berikut: : Tetapi sebelum ini kamu katakan kamu pinjamkan cincin kepada Vikneswaran kerana dia minta untuk pinjamkan cincin? : Betul.” [37] SP1 juga pada masa ini telah mengemukakan satu keterangan yang baru bahawa pinjaman yang dibuat kepada OKT adalah pinjaman bersyarat di mana OKT hendaklah memulangkan cincin tersebut dalam masa 2 minggu selepas OKT menggunakan cincin tersebut untuk majlis. Keterangan SP1 adalah seperti berikut: : Bila kamu katakan pinjam, dia kata kamu hadiahkan, adakah apa-apa syarat letak di situ, apa perlu buat selepas pinjam cincin? S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw : Saya tak faham soalan. : Soalan saya adalah semasa pinjamkan cincin kepada dia, adakah apa-apa syarat any condition attached dengan pemberian cincin? : Ya, selepas dia gunakan untuk function yang dia pinjam itu, dia akan pulangkan cincin itu dekat saya. : Adakah syarat itu juga katakan berapa lama selepas function itu dia perlu pulangkan cincin? : Dia kata function itu… : Tak, soalan saya adakah condition to say how long after the function dia kena bagi balik? : Saya tidak faham soalan. : Soalan saya adakah apa-apa syarat after the function itu berapa lama dalam masa berapa lama pulangkan cincin? : Ya. : Berapa lama? : Selepas habis function. : Berapa lama? : Selepas 2 minggu.” [38] Semasa pemeriksaan semula juga, SP1 telah sekali lagi mengulangi bahawa OKT telah menghantar whatsapp kepadanya dan telah ‘call’ SP1 untuk meminjam cincin tersebut. Keterangan SP1 adalah seperti berikut: : Tadi peguam tanya setuju bahawa OKT tak curi cincin dari kamu, puan jawab tidak, dia tak mencuri, boleh terangkan. S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw : Mencuri itu dia ambil tanpa kesedaran saya, tapi ini dia pinjam, dia hantar whatsapp dekat saya lepas itu dia ada call saya untuk pinjamkan cincin itu.” [39] Selain daripada keterangan lisan SP1, tiada keterangan lain dikemukakan untuk membuktikan bahawa transaksi pemberian cincin ini kepada OKT adalah atas dasar pinjaman bersyarat kerana OKT sendiri yang ingin meminjamnya. [40] Jika diteliti, keterangan SP5 dan SP6 dalam kes ini berkenaan tujuan pemberian cincin tersebut oleh SP1 kepada OKT hanya merupakan keterangan hearsay kerana keterangan mereka di Mahkamah adalah berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh SP1. SP5 hanya melihat SP1 memberikan cincin tersebut kepada OKT dan menurut SP5, dia hanya diberitahu oleh SP1 bahawa OKT ingin meminjamnya dan tiada personal knowledge tentang perbualan antara SP1 dan OKT. Manakala, menurut SP6, dia diberitahu oleh SP1 bahawa OKT ingin meminjam cincin tersebut dan semua urusan pinjaman dibuat oleh SP1 sendiri. Didapati kedua-dua saksi SP5 dan SP6 tiada pengetahuan secara sendiri berkenaan perbualan antara SP1 dan OKT/ whatsapp yang dimaksudkan oleh SP1. [41] Seterusnya, SP7 sebagai pegawai penyiasat juga didapati gagal untuk mengemukakan apa-apa perbualan whatsapp di antara SP1 dan OKT berkenaan tujuan pemberian cincin SP1 kepada OKT. Keterangan SP7 didapati hanya bergantung kepada keterangan yang diberikan oleh SP1 secara lisan sahaja. [42] Di Mahkamah, semasa peringkat pemeriksaan utama, apabila SP1 merujuk kepada isi kandungan dalam telefon bimbit, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana sendiri telah menanyakan apakah yang dirujuk dan SP1 menjawab whatsapp yang OKT hantar kepadanya dan TPR telah memohon kebenaran Mahkamah untuk melihat kepadanya dan seterusnya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau tiada makluman tentang whatsapp tersebut dan tidak berniat untuk menandakannya sebagai dokumen. [43] Apabila peguam YBGK semasa peringkat pemeriksaan balas pada tarikh yang lain bertanya tentang syarat pinjaman dan apa yang ada dalam whatsapp, barulah TPR S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw memohon ke Mahkamah untuk SP1 kemukakan telefon bimbit yang mengandungi perbualan ini pada tarikh lain kerana SP1 tidak membawa telefon bimbit tersebut pada tarikh itu. [44] Namun, Mahkamah tidak membenarkan permohonan ini pada masa tersebut kerana dokumen tersebut tidak pernah dikemukakan di peringkat awal perbicaraan dan merupakan dokumen yang baru yang mana TPR sendiri tiada makluman tentang dokumen itu. Sepatutnya, dokumen tersebut jika ada, telahpun dikemukakan kepada pihak pembelaan semasa serahan dokumen di bawah seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah sebelum perbicaraan bermula dan bukannya hanya disediakan dan dikemukakan selepas permulaan perbicaraan. [45] Perkara ini membawa maksud bahawa perbualan whatsapp antara OKT dan SP1, jika ada, langsung tidak diambilkira semasa proses siasatan kes ini oleh SP7. SP7 langsung tidak menyatakan apa-apa mengenai kewujudan perbualan ini dalam whatsapp. Ini menunjukkan kegagalan di pihak SP7 dalam membuat siasatan yang lengkap dan menyeluruh. [46] Kegagalan penyiasatan yang lengkap ini juga berpunca daripada SP1 sendiri. Ini kerana, jika benar terdapat perbualan whatsapp yang dimaksudkan, kenapa SP1 tidak memaklumkan perkara tersebut kepada SP7 semasa siasatan dan menunggu beberapa tahun sehingga kes dibicarakan di Mahkamah? Timbul keraguan di sini sama ada benar atau tidak keterangan SP1 berkenaan transaksi pemberian cincin tersebut kepada OKT sama ada pinjaman bersyarat atau tidak. [47] Mahkamah berpendapat, sekiranya perbualan-perbualan tersebut wujud, ia perlu dikemukakan kepada SP7 semasa siasatan dan barulah SP7 dapat menjalankan satu siasatan yang adil. Namun, dalam kes ini, hasil siasatan SP7 didapati hanya tertumpu kepada apa yang diberitahu oleh SP1. [48] Adalah menjadi tugas pegawai penyiasat bagi menyiasat keseluruhan kes dan tidak sekadar bergantung kepada keterangan pengadu semata-mata. Kebanyakan keterangan SP7 hanya merupakan keterangan yang diperolehi daripada SP1 dan S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw bukannya berdasarkan siasatan yang menyeluruh oleh SP7 bagi mengukuhkan kes pendakwaan. [49] Mahkamah setelah meneliti keseluruhan keterangan SP7 telah mendapati siasatan yang dilakukan adalah amat prejudis kepada OKT di dalam kes ini di mana OKT berhak mendapatkan satu siasatan yang lengkap sebelum pertuduhan dibuat ke atas OKT. [50] Melihat kepada kes pendakwaan secara keseluruhannya, sehingga akhir kes pendakwaan tiada bukti perbualan whatsapp yang dikatakan oleh SP1 dikemukakan ke Mahkamah untuk membuktikan OKT sendiri yang ingin meminjam cincin tersebut daripada SP1. [51] Sama ada ianya telah dipinjamkan sepertimana transaksi-transaksi pinjaman sebelum ini atau dihadiahkan kepada OKT sebagaimana dicadangkan oleh pihak pembelaan adalah fakta yang material kerana barulah Mahkamah boleh tentukan bagaimana OKT boleh berurusan dengan cincin tersebut dan sama ada tindakan OKT menggadaikan cincin terjumlah kepada suatu penyalahgunaan harta SP1. [52] Keterangan yang diberikan oleh SP1 mengenai perbualan dengan OKT adalah penting bagi menyokong keterangan bahawa OKT telah mempunyai niat curang apabila menggadaikan cincin yang hanya dipinjamkan kepadanya. Perbualan-perbualan ini merupakan keterangan material yang gagal dikemukakan ke Mahkamah. [53] Mahkamah berpendapat perbualan-perbualan ini akan mengukuhkan kes pendakwaan dalam membuktikan OKT telah menyalahgunakan cincin tersebut dengan niat curang. Kelompangan ini wujud dan kekal tidak dapat ditutup oleh pihak pendakwaan. [54] Tidak terhenti di situ, keterangan SP1 sendiri adalah meragukan sama ada benar pinjaman cincin tersebut dibuat dengan syarat untuk dipulangkan dalam masa 2 minggu. Ini kerana, SP1 pada awal perbicaraan langsung tidak menyebut tentang syarat yang dikenakan kepada OKT untuk memulangkan cincin tersebut dalam masa 2 minggu selepas majlis. Hanya di peringkat pemeriksaan balas, SP1 menyatakan bahawa S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw pinjaman ini adalah bersyarat untuk OKT memulangkan dalam masa 2 minggu selepas majlis. [55] Namun, keterangan ini tidak dikemukakan oleh mana-mana saksi termasuk SP5 dan SP6 dan juga pegawai penyiasat dalam kes ini. Jika benar terdapat syarat ini, persoalannya kenapa SP1 tidak memberitahu kepada SP7 dan dalam laporan polisnya di eksibit P6? [56] Selain itu, timbul juga keraguan di sini sama ada cincin tersebut sebenarnya telah dipinjamkan dengan syarat kerana SP1 sanggup menunggu dan memberikan masa yang agak panjang kepada OKT untuk memulangkan cincin yang baru dibeli walaupun SP1 menyatakan dia telah menetapkan syarat untuk pulangkan iaitu 2 minggu. [57] Kemudian, SP1 juga telah menyatakan setelah beberapa lama OKT tidak memulangkan cincinnya dan apabila SP1 kerap bertanyakan cincinnya, OKT telah menghantar 1 gambar surat pajak gadai dengan hidekan nama kedai pajak melalui whatsapp pada bulan Januari 2019 kepada SP1. Walaupun perbualan whatsapp ini juga tidak dikemukakan ke Mahkamah, namun SP1 mengakui telah mendapat tahu daripada OKT bahawa cincinnya telah digadai sejak bulan Januari 2019. [58] SP1 juga telah menyatakan beliau telah memberikan peluang kepada OKT untuk mengeluarkan cincin tersebut dari pajak gadai. SP1 masih tidak membuat laporan polis walaupun tempoh pajakan 6 bulan telah tamat pada bulan Julai 2019. Didapati SP1 masih menunggu sehingga bulan 11, 2019 iaitu 4 bulan selepas tamat tempoh tarikh tebus untuk membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan cincinnya oleh OKT. [59] SP1 juga telah menyatakan hanya bertindak untuk membuat laporan polis terhadap OKT kerana OKT telah membuat laporan polis terhadap SP1 yang mengatakan SP1 mengganggu OKT untuk memulangkan duit. Keterangan ini jelas semasa pemeriksaan utama seperti berikut: : Seterusnya apa tindakan puan bila puan minta tapi dia tak pulangkan dan setelah puan bagi beberapa chance kepada dia? : Sudah bagi chance, ada sekali saya dan suami pergi ke kedai gunting dia untuk tanya pasal cincin ini, dia pergi buat laporan polis yang S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw mengatakan saya kacau dia pasal duit, baru saya buat tindakan untuk melaporkan kes ini dekat polis.” [60] Setelah mendengar keseluruhan kronologi dan keterangan SP1, Mahkamah berpendapat SP1 sebenarnya telah membenarkan tindakan OKT untuk menggadaikan cincinnya pada Januari 2019 dan sebab itulah SP1 tidak membuat laporan polis terhadap OKT walaupun OKT tidak menebus cincin tersebut sebelum tamat tempoh menebus pada bulan Julai 2019 lagi. [61] SP1 hanya bertindak untuk membuat laporan polis selepas OKT membuat laporan polis terhadap SP1. Ini bermaksud SP1 membuat laporan polis hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan OKT yang membuat laporan polis terhadapnya dan bukannya disebabkan OKT telah menyalahgunakan cincin tersebut. Berdasarkan kepada kronologi yang dikatakan oleh SP1 sendiri dan tindakan-tindakannya selepas pemberian cincin ini adalah meragukan sama ada benar cincin tersebut dipinjamkan kepada OKT. [62] Jadi, Mahkamah tidak dapat memutuskan bahawa tindakan OKT menggadaikan cincin tersebut adalah satu penyalahgunaan harta kerana tujuan pemberian cincin yang sebenarnya gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Di samping itu, Mahkamah juga berpendapat tindakan gadaian ini telah diketahui dan dibenarkan secara tidak langsung oleh SP1 sendiri. [63] Berikutan itu, Mahkamah juga terpaksa bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan perbualan-perbualan melibatkan OKT dengan SP1 dan siasatan yang lengkap telah membangkitkan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang telah memberikan keraguan memihak kepada OKT. [64] Dengan ini, elemen kedua iaitu OKT menyalahgunakan harta milik SP1 gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Apabila elemen kedua gagal dibuktikan, maka secara jelasnya elemen ketiga juga gagal dibuktikan kerana tiada elemen penyalahgunaan yang dibuktikan untuk menunjukkan OKT bertindak dengan niat curang. S/N 7DcEqF2ZkkyjzEdaSvdrfw [65] Maka, Mahkamah memutuskan pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT telah menyalahgunakan cincin pengadu untuk kegunaan sendiri dengan niat curang melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri. KESIMPULAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [66] Dalam kes Mahkamah Persekutuan yang sering digunapakai, PP v. Mohd. Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, [2006] 1 CLJ 45 pembuktian kes prima facie telah dijelaskan seperti berikut: “For the guidance of the courts below, we summaries as follows the steps that should be taken by a trial courts at the close of the prosecution's case: