Content
1
AC-83D-1448-11/2025
Magistrates Court of Malaysia17 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n drug trafficking cases the sentence should be proportionate to the gravity of the offence, which is the quantity of the drugs that was being trafficked. This is also manifested by the fact that the Dangerous Drugs Act 1952 (the Act) itself prescribes different penalties for drug offences depending on the weight of dr”
“ity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).” [16] Di dalam kes ini, (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah yang dirampas oleh pihak”
“iate sentence for each drug offence depends on its own peculiar circumstances. In particular the weight of the drugs found on a person plays a significant role in assessing sentence. In Oloofen v. PP [1964] MLJ 305 Wee Chong Jin CJ emphasised the consideration to be given to the quantity of drugs involved in drug offen”
“e witnesses.” [19] Walaubagaimanpun, pengakuan salah hendaklah diseimbangkan dengan fakta kes yang ada di hadapan mahkamah bicara sepertimana yang diputuskan di dalam kes Melvani v Public Prosecutor [1971] CLJU 78: "In principle I consider it proper that where an accused person pleads guilty the court in assessing sent”
“o be lenient or severe.” [25] Mahkamah juga hendaklah sentiasa menimbang tara antara kepentingan Tertuduh dengan kepentingan awam dalam menentukan sesuatu hukuman. Di dalam kes, PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256, Mahkamah memutuskan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“r there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh pada asalnya telah dituduh di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar 56.68 gram heroin di dalam kes AC-81-23- 08/2025. Pada 17 November 2025 setelah laporan kimia diterima, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana telah memohon supaya kes terhadap Tertuduh di DNAA (lepas tanpa dibebaskan) kerana Tertuduh akan dituduh semula bagi pertuduhan seksyen 12(2) Akta yang sama di dalam kes AC-83D-1448-11/2025 dan Mahkamah telah melepas tanpa membebaskan Tertuduh dari pertuduhan sepertimana permohonan TPR.
2
Pada hari yang sama, Tertuduh seterusnya telah dituduh di dalam kes AC-83D- 1448-11/2025 bagi 2 kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki 0.78 gram heroin dan 1.63 gram monoacetylmorphines. Pertuduhan-pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada 15/08/2025 jam lebih kurang 04:00 petang di tepi jalan, Lorong Perwira M1/5, Taman Cicely, Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak Darul Ridzuan, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu dengan berat bersih 0.78 gram heroin. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta yang sama. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada 15/08/2025 jam lebih kurang 04:00 petang di tepi jalan, Lorong Perwira M1/5, Taman Cicely, Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak Darul Ridzuan, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu dengan berat bersih 1.63 gram monoacetylmorphines. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta yang sama. Hukuman: Barang siapa yang disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-dua sekali.
3
Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan, Tertuduh telah mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dan Mahkamah telah mendapati Tertuduh bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan. Mahkamah kemudiannya telah mensabitkan Tertuduh ke atas kedua-dua pertuduhan dan Tertuduh telah dihukum penjara 16 bulan dari tarikh tangkap (15.08.2025) bagi setiap pertuduhan dan hukuman pemenjaraan diarahkan untuk berjalan serentak.
4
Terkilan dengan keseluruhan keputusan Mahkamah, Tertuduh telah memfailkan rayuan ke atas sabitan dan hukuman yang diberikan pada 27.11. 2025.
5
Sebelum pertuduhan dibacakan ke atas Tertuduh, Tertuduh telah memohon untuk pertuduhan dibacakan di dalam Bahasa Tamil. Jurubahasa Tamil yang bertugas iaitu Puan Shamala a/p Simanturi telah membacakan kedua-dua pertuduhan kepada Tertuduh di dalam Bahasa Tamil dan Tertuduh mengaku salah bagi kedua-dua pertuduhan. Kemudiannya, hukuman yang diperuntukkan di dalam undang-undang 3 telah diterangkan kepada Tertuduh dan Tertuduh mengakui faham sebab dan akibat pengakuan dan masih mengaku salah.
6
Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh telah mengaku salah dengan rela hati dan tanpa sebarang paksaan atau pujukan dan faham sebab dan akibat pengakuan. Tertuduh juga telah mengakui fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan Mahkamah seterusnya telah mendapati Tertuduh bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan.
7
Tertuduh di dalam rayuan mitigasi melalui peguam YBGK iaitu Encik Francis a/l Sinnappan telah memohon untuk dikenakan hukuman penjara yang singkat dari tarikh tangkap atas alasan Tertuduh berumur 37 tahun, seorang yang bujang, tidak bekerja dan menanggung bapanya. TPR yang terpelajar pula telah memohon untuk hukuman setimpal dikenakan ke atas Tertuduh.
8
Setelah mengambil kira fakta kes, rayuan mitigasi Tertuduh dan hujahan pemberatan TPR, Tertuduh telah disabitkan ke atas kedua-dua pertuduhan dan dihukum penjara 16 bulan dari tarikh tangkap (15.08.2025) bagi setiap pertuduhan dan hukuman pemenjaraan diarahkan untuk berjalan serentak.
9
Sabitan terhadap Tertuduh berdasarkan pengakuan salah Tertuduh adalah sah dan selaras dengan peruntukkan undang-undang. SAMA ADA HUKUMAN YANG DIBERIKAN ADALAH WAJAR, SETIMPAL DAN ADIL
10
Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa memberikan hukuman yang bersesuaian kepada Tertuduh iaitu: i. hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang; ii. hukuman pemenjaraan berjalan serentak; iii. pengakuan salah Tertuduh; iv. kesalahan pertama Tertuduh; dan v. kepentingan awam.
11
Seksyen 173(b) Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa apabila seseorang Tertuduh telah disabitkan ke atas pertuduhan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
12
Di dalam kes ini, Tertuduh telah memohon untuk dikenakan hukuman penjara yang singkat dari tarikh tangkap dan Mahkamah telah memerintahkan agar Tertuduh dipenjara 16 bulan dari tarikh tangkap 15.08.2025 bagi setiap pertuduhan dan di dalam lingkungan yang diperuntukkan oleh seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya. Oleh yang demikian, hukuman yang dijatuhkan ke atas Tertuduh adalah teratur dan mengikut undang-undang.
13
Amnya, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Tertuduh hendaklah bermula pada tarikh mahkamah memerintahkan sedemikian. Namun begitu, Mahkamah turut mempunyai budi bicara untuk menentukan tarikh permulaan pelaksanaan hukuman penjara bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes. Seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa setiap hukuman pemenjaraan hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh hukuman itu dijatuhkan, melainkan mahkamah yang menjatuhkan hukuman tersebut mengarahkan sebaliknya.
14
Tertuduh pada asalnya dituduh di dalam kes AC-81-23-08/2025 bagi kesalahan mengedar 56.68 gram heroin dan sejurus laporan kimia diperolehi, Tertuduh telah dilepas tanpa dibebaskan dari pertuduhan sepertimana permohonan TPR terpelajar dan seterusnya dituduh di dalam kes ini. Tertuduh tidak pernah pada bila-bila masa dijamin dan telah berada dalam tahanan reman semenjak 15.08.2025. Atas faktor di atas, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan dari tarikh tangkap 15.08.2025 bagi kedua-dua pertuduhan.
15
Dalam memutuskan sama ada tempoh hukuman penjara hendaklah dijalankan secara berturutan atau bermula pada tarikh lain, mahkamah akan dipandu arah oleh keadaan kes sama ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan merupakan satu transaksi dan prinsip keseluruhan (totality principle). Di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).”
16
Di dalam kes ini, (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah yang dirampas oleh pihak polis telah dianalisa oleh Ahli Kimia, Gunalan a/l Varatharajan mendapati berat bersihnya mengandungi dadah seberat 0.78 gram heroin dan 1.63 gram monoacetylmorphines. Kedua-dua berat dadah ini kemudiannya menjadi asas kepada pertuduhan-pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh.
17
Memandangkan kedua-dua jenis dadah yang dipertuduhkan berada dalam milikan Tertuduh merupakan dadah yang berasal dari (1) paket plastik yang dirampas daripada Tertuduh, Mahkamah mendapati kedua-dua pertuduhan tersebut merupakan satu transaksi dan oleh yang demikian, kedua-dua pertuduhan telah diperintahkan untuk berjalan serentak.
18
Tertuduh telah mengaku salah pada kali pertama sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah telah mengambil kira pengakuan salah Tertuduh diperingkat 6 awal telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 di mana telah diputuskan seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
19
Walaubagaimanpun, pengakuan salah hendaklah diseimbangkan dengan fakta kes yang ada di hadapan mahkamah bicara sepertimana yang diputuskan di dalam kes Melvani v Public Prosecutor [1971] CLJU 78: "In principle I consider it proper that where an accused person pleads guilty the court in assessing sentence ought to consider such a plea as a mitigating factor. What weight ought to be given by the court depends on the other facts made known to the court at the time the sentence is considered."
20
Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh merupakan kesalahan kali pertama bagi Tertuduh. Pihak pendakwaan pada sepanjang masa tidak pernah mengemukakan sebarang rekod lampau kesemua penama. Walaupun faktor bahawa ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh mewajarkan hukuman atau perintah ringan diberikan ke atas Tertuduh, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta kes di dalam kes ini tidak mewajarkan sedemikian.
21
Sepertimana yang diputuskan di dalam kes PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614, berat dadah memainkan peranan semasa Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: “…The seriousness of the drug menace must be reflected in the sentence, depending on the circumstances of the case so that the requirements of public 7 interest can be served effectively. The corollary is a determination of whether the quantity of drugs involved in cases of drug abuse ought to affect the sentence to be passed in view of the fact that different penalties are prescribed in the Act dependent on the weight involved.… … The appropriate sentence for each drug offence depends on its own peculiar circumstances. In particular the weight of the drugs found on a person plays a significant role in assessing sentence. In Oloofen v. PP [1964] MLJ 305 Wee Chong Jin CJ emphasised the consideration to be given to the quantity of drugs involved in drug offences in assessing sentence. The same guideline applies even to more serious drug offences. InPP v. Ang Soon Huat (Mallal's Digest 4th Ed 1994 Reissue Vol 5 No 2378) it was held that in drug trafficking cases the sentence should be proportionate to the gravity of the offence, which is the quantity of the drugs that was being trafficked. This is also manifested by the fact that the Dangerous Drugs Act 1952 (the Act) itself prescribes different penalties for drug offences depending on the weight of drugs involved. … … As the penalties for drug offences under the Act vary dependent on the weight of drugs involved the imposition of the maximum sentence in a particular case will be guided by the weight though it cannot be the yardstick in all cases. In saying this I refer to R v. Laurentiu and Bechru [1992] 63 A Crim R 402 where Wood J observed that it is not entirely appropriate to place too much emphasis on the precise quantity of the drug involved, because in some cases the possession relates to that of an intermediary or principal in the course of an enterprise that is judged particularly criminal, whereas in other cases the possession may be that of the end user. Be that as it may, I must immediately observe that these mitigating circumstances may be displaced in a particular case where the quantity of drugs involved is large. This is because quantity can in fact supply evidence of motive (personal need versus greed), degree of involvement, and potential for damage to community as well as being an indicator of the gravity of the offence (see Sentencing: State and Federal Law in Australia, 2nd Edn by Fox and Freiberg p. 1009). A claim of possession for mere personal consumption may also be not sustainable if the 8 street value of the drugs is disproportionate to the financial standing of an accused. The mitigating effect of merely being an intermediary may also be weakened if the quantity of drugs is large thereby indicating active involvement in the enterprise. The absence of any of these circumstances in favour of an accused would be an indication of his heinous intention and thereby militate against innocent possession with the result that the imposition of the maximum sentence may be justified. It is illogical to quantify the precise amount that would warrant such a sentence as it would only invite an endless permutation of hypotheses. It depends on the facts of each case. Thus even in cases where the quantity of drugs involved is the minimum prescribed by the Act, the maximum sentence may be appropriate if, inter alia, the drugs were not for personal consumption and the person charged is not an intermediary. If there are any further mitigating factors in favour of the accused, like a guilty plea, then they will have to be balanced against the public interest to be served. However, as I said earlier even if there are mitigating circumstances, such as a plea of guilty and co-operation with the authorities, if the circumstances of the offence are sufficiently heinous, a court is still warranted in imposing the maximum penalty (see also R v. Wangsaimas, Vanit and Tensakum [1996] 6 NTLR 14; R v. Short [1994] 49 FCR 556).”
22
Fakta kes di dalam kes ini menunjukkan bahawa pada masa ditahan, berat bersih dadah yang dirampas daripada Tertuduh adalah 0.78 gram heroin dan 1.63 gram monoacetylmorphines. Berat dadah monoacetylmporhines di dalam kes ini adalah hampir kepada julat berat dadah 2.0 gram monocaetylmorphines yang mana boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya yang membawa kepada hukuman pemenjaraan mandatori tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun. Berdasarkan berat dadah, Mahkamah mendapati adalah wajar dan memadai untuk Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan dari tarikh tangkap 15.08.2025 bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara adalah berjalan serentak.
23
Jika berat kedua-dua dadah heroin dan monoacetylmorphines di dalam kes ini dicampurkan beratnya akan menjadi 2.33 gram heroin dan monoacetylmorphines yang mana hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Tertuduh adalah di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya. Namun begitu, di dalam kes ini Mahkamah menghormati keputusan TPR terpelajar yang menuduh Tertuduh di dalam dua pertuduhan berasingan selaras dengan kuasa perogatif Pendakwa Raya yang diperuntukkan di dalam Artikel 145 Perlembangaan Persekutuan dan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah.
24
Kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman atau perintah. Di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, mahkamah telah mumutuskan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
25
Mahkamah juga hendaklah sentiasa menimbang tara antara kepentingan Tertuduh dengan kepentingan awam dalam menentukan sesuatu hukuman. Di dalam kes, PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256, Mahkamah memutuskan: ""Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps finds it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This is in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interest of the accused."
26
Mahkamah berpendapat bahawa isu penyalahgunaan dadah merupakan suatu masalah yang serius dan semakin menular di negara ini. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi mengekang penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia supaya gejala ini tidak berkembang menjadi ancaman yang menjejaskan negara. Realitinya, hampir setiap hari kita disajikan dengan berita berkaitan kes-kes penyalahgunaan dadah yang berlaku. Sehubungan itu, Mahkamah memandang berat dan serius terhadap kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah.
27
Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. LING LEH HOE [2015] 4 CLJ 869 memutuskan: "... abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drug offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence."
28
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman penjara 16 bulan dari Tarikh tangkap 15.08.2025 bagi setiap pertuduhan dan hukuman pemenjaraan diperintahkan untuk berjalan serentak yang diperintahkan oleh Mahkamah adalah setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukakan oleh Tertuduh serta selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 16 Januari 2026 Disediakan oleh, ………………………………………….. (NAIDATUL ATHIRAH BINTI AZMAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.