Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (4) KLANG DALAM NEGERI SELANGOR KES JENAYAH NO: BL-62D-38-07/2023 DAN BL-62D-66-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN VINOTH KUMAR A/L MUNIANDY (NO. KP: 920609-10-5155) ALASAN PENGHAKIMAN
BL-62D-66-12/2023
Sessions Court of Malaysia16 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“alam PP v Khoo Boo Hock & Anor [1990] 1 CLJ 971, [1990] 2 CLJ 716. Ringkasan kes sepertimana berikut – “The two accused in this case were charged with trafficking in heroin under s. 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. The police party, on information received, raided two dwelling houses known as '153' and '215'.”
“s, the raiding party recovered drugs. The prosecution's case depended mainly on the evidence of purported information from the two accused which led to the discovery of the drugs, under s. 27 of the Evidence Act 1950. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docum”
“otally rejected. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject (see Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] CLJU 52; [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209 FC…” [penekanan ditambah]”
“61. Merujuk situasi 2 versi ini, dalam kes Muralitharan Muniandy v. PP [2021] CLJU 754 Mahkamah Tinggi memutuskan – [14] In sum total, there are two versions of case against accused - Firstly, that the accused was caught with the impugned drugs in a sling bag with his IC inside. Anothe”
“20. Mengenai pemakaian Seksyen 27 Akta Keterangan, dalam kes Magendran Mukunthan v PP [2025] CLJU 1147, Mahkamah Rayuan memutuskan – [55] Menyentuh mengenai pemakaian seksyen 27 Akta Keterangan 1950, sewajarnya diulangi bahawa tertuduhlah yang telah memandu arah SP4 dan pasukannya ke kereta tersebut s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (4) KLANG DALAM NEGERI SELANGOR KES JENAYAH NO: BL-62D-38-07/2023 DAN BL-62D-66-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN VINOTH KUMAR A/L MUNIANDY (NO. KP: 920609-10-5155) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Pada 5.7.2023, no. kes BL-62D-38-07/2023 (“kes 38”), pendakwaan telah menuduh Vinoth Kumar A/L Muniandy, no. K/P: 920609105155 (“Tertuduh”) di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan pada 8.12.2023 telah meminda pertuduhan sepertimana berikut – S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag “PERTUDUHAN: BAHAWA KAMU, PADA 27.06.2023 JAM LEBIH KURANG 10.45 PAGI BERTEMPAT DI TEPI JALAN KAKAK TUA, TAMAN ENG ANN 41150 KLANG DALAM DAERAH KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIDAPATI DALAM KAWALAN DAN MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA IAITU JENIS CANNABIS BERAT BERSIH KASAR (84.64 79.89 GRAM) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A (2) AKTA YANG SAMA. HUKUMAN: JIKA SABIT KESALAHAN KAMU BOLEH DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN HINGGA SEUMUR HIDUP DAN SEBATAN TIDAK KURANG 10 SEBATAN”
2
Pada 7.12.2023, no. kes BL-62D-66-12/2023 (“kes 66”), pendakwaan telah menuduh Tertuduh di bawah Seksyen 39A (2) ADB sepertimana yang berikut – “BAHAWA KAMU PADA 27.06.2023 JAM LEBIH KURANG 10.00 PAGI BERTEMPAT DI ALAMAT NO. 102 JALAN KASAWARI 4 TAMAN ENG ANN, 41150 KLANG, DALAM DAERAH KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIDAPATI DALAM KAWALAN DAN MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA IAITU JENIS METHAMPHETAMINE (BERAT BERSIH 46.13 GRAM) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 (2) AKTA DADAH S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A (2) AKTA YANG SAMA. HUKUMAN: JIKA SABIT KESALAHAN KAMU BOLEH DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN HINGGA SEUMUR HIDUP DAN SEBATAN TIDAK KURANG 10 SEBATAN.”
3
Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut dan minta bicara.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil lima (5) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut – SP1- Harlisa binti Haidhir Harminder, Ahli Kimia SP2- Chew Kok Chin, Wakil Pemilik Rumah SP3- ASP Nurul Hafiz bin Mohamad, Pengadu/Pegawai Tangkapan SP4- Inspektor Zunaidi bin Abdul Aziz Pegawai Penyiasat Asal SP5- Inspektor Solomon anak Talip, Pegawai Penyiasat Warisan
5
Pada 16.7.2025, Mahkamah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan bagi kedua-dua kes.
6
Pada 27.6.2023 jam lebih kurang 9.00 pagi di JSJN IPK Selangor, SP3 menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah oleh S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag satu lelaki India di alamat no.102 Jalan Kasawari 4, Taman Eng Ann 41150 Klang Selangor.
7
Pada lebih kurang 9.45 pagi, SP3 dan 9 anggota serbuan telah sampai dan membuat pemerhatian lebih kurang 15 min, mendapati Tertuduh telah keluar rumah melalui pintu hadapan rumah. SP3 menahan Tertuduh di perkarangan rumah. SP3 memperkenalkan diri dan memeriksa badan Tertuduh dan dalam rumah tersebut dan menjumpai di atas katil bilik no.1 sebelah kanan rumah, 1 beg silang hitam bertulis BG FUTURE ASTHETHICS yang mengandungi –
i
5 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 64.63g;
II
(ii) 2 anak kunci bertulis Proton;
III
(iii) kad pengenalan Tertuduh;
IV
(iv) lesen memandu Tertuduh dan
v
kad bicara Mahkamah Majistret Sepang atas nama Tertuduh. SP3 merampas kesemua barang kes, menangkap Tertuduh kerana memiliki bahan disyaki dadah, mengisi borang senarai geledah ekshibit P14 di tempat kejadian dan menyerahkan sesalinan kepada Tertuduh.
8
Pada lebih kurang 10.45 pagi, SP3 bersama pasukan serbuan yang sama dipandu arah oleh Tertuduh telah tiba di Jalan Kakak Tua, Taman Eng Ann 41150 Klang. Setibanya di lokasi, Tertuduh telah tunjukkan sebuah motorkar Proton Satria kuning WHB 5407 yang diletak di tepi jalan kepada SP3 dan pasukan serbuan. SP3 telah membuka pintu motorkar sebelah pemandu menggunakan kunci yang dirampas ekshibit P25(A-B) dan memeriksa motorkar. SP3 menyatakan Tertuduh menunjukkan SP3 S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag di bawah pelapik kaki bahagian pemandu terdapat 5 paket lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja. SP3 telah merampas motorkar proton Satria warna kuning WHB 5407 dan 5 paket lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja, mengisi borang senarai geledah ekshibit P16 di tempat kejadian dan menyerahkan sesalinan kepada Tertuduh.
9
SP3 membawa kesemua barang kes dan Tertuduh ke Pejabat BSJN IPD Klang Utara, menimbang semula berat dadah dan membuat tandaan setiap barang kes iaitu “ZA1-ZA5” iaitu 5 peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dijumpai dalam beg silang BG Future Asthethics (“’dadah dalam beg silang”) dan tandaan “ZAA6- ZAA10” iaitu 5 peket lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja di bawah pelapik kaki bahagian pemandu motorkar Proton Satria warna kuning WHB 5407 (“dadah dalam kereta”).
10
SP3 membuat laporan polis dalam ekshibit P17, P18, P19 berkaitan tangkapan dan rampasan barang kes dan menyerahkan kesemuanya kepada pegawai penyiasat SP4 untuk siasatan lanjut. SP4 menyimpan barang kes dalam laci besi berkunci rapi di pejabatnya dan hanya SP4 yang boleh akses kunci tersebut.
11
Pada 6.7.2023, SP4 telah menghantar barang kes kepada Ahli Kimia, SP1 dan menerima resit rasmi ekshibit P3. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
12
Pada 5.12.2023 SP1 menyerahkan laporan kimia ekshibit P11 dan barang kes kepada SP5.
13
Pemilik rumah Jalan Kasawari ialah bapa saudara SP2 yang telah meninggal dunia. SP2 cam Tertuduh sebagai penyewa rumah dan menguruskan kutipan sewa bulanan. Bil air rumah dalam ekshibit P13A dan P13B.
14
Pada 20.1.2025 atas permohonan pembelaan, pihak Mahkamah, pendakwaan dan pembelaan telah membuat suatu lawatan ke Balai Polis Kapar untuk memeriksa motorkar Proton Satria WHB 5407. Hasil pemeriksaan mendapati 2 anak kunci Proton ekshibit P25 (A-B) hanya boleh membuka pintu motorkar sebelah penumpang, manakala anak kunci lain yang dibekalkan oleh pembelaan gagal membuka pintu motorkar tersebut.
15
Tertuduh dituduh dengan 2 pertuduhan, pertama di bawah Seksyen 6 ADB dalam kes 38 dan kedua di bawah Seksyen 12(2) ADB dalam kes
66
Sabit kesalahan, Tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan bagi setiap pertuduhan selaras dengan Seksyen 39A (2) ADB. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
16
Beban pembuktian akhir kes pendakwaan
i
Seksyen 173(f) KTJ Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie, jika tidak buktikan, mahkamah rekod pembebasan.
II
(ii) Seksyen 173 (h) (i) KTJ jika kesalahan dibuktikan, Mahkamah hendaklah memanggil Tertuduh untuk membuat pembelaannya.
III
(iii) Seksyen 173(h)(iii) KTJ jika pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan, jika tidak disangkal akan mewajarkan satu sabitan. Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan memutuskan “A prima facie is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer”. Elemen kesalahan telah dibuktikan oleh pendakwaan iaitu Tertuduh ada dalam milikan, jagaan atau kawalan dadah berbahaya dan Tertuduh ada pengetahuan mengenai dadah tersebut.
17
Bagi kes 66, Tertuduh ada kawalan dan milikan ke atas dadah dalam beg silang. Bagi kes 38, Tertuduh ada kawalan dan milikan dadah dalam kereta. Bagi elemen milikan, dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237, Mahkamah Tinggi memutuskan – S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th edition, page 304) – “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” [penekanan ditambah]
18
Walaupun sijil milikan kenderaan WHB 5407 ekshibit P28 atas nama Muniandy A/L Masilamoni, Tertuduh ada anak kunci yang boleh membuka pintu motorkar. Ini bermakna Tertuduh mempunyai kawalan penuh ke atas motorkar. Menurut SP4, bapa Tertuduh telah memberikan kunci kepada Tertuduh dan tiada kunci pendua. Lawatan pemeriksaan motorkar pada 20.1.2025 mengukuhkan fakta hanya Tertuduh ada S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag kawalan dan akses kepada motorkar apabila kunci-kunci lain gagal membuka motorkar tersebut.
19
Elemen pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferens. Dalam kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 Mahkamah Persekutuan memutuskan – “[19] The issue of knowledge necessary to establish possession came to be considered by the English House of Lords in the case of Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356, which was considered and relied upon by the Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v. PP (supra). In Warner the following question was posed to their Lordships: Whether for the purpose of section 1 of the Drugs (Prevention of Misuse) Act, 1964, a defendant is deemed to be in possession of a prohibited substance when to his knowledge he is in physical possession of the substance but is unaware if its true nature. [20] At p. 367 Lord Reid addressed the issue as follows: The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they should be used improperly. And it is commonplace that, if the accused had a S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. So it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result.” [penekanan ditambah]
Preamble
Menurut pendakwaan apabila seseorang itu ditemui memiliki beg yang mengandungi dadah, maka dia hendaklah dianggap mempunyai pengetahuan ke atas dadah dalam beg tersebut. Begitu juga penemuan dadah dalam kereta daripada kunci dalam beg silang yang dirampas daripada Tertuduh.
20
Mengenai pemakaian Seksyen 27 Akta Keterangan, dalam kes Magendran Mukunthan v PP [2025] CLJU 1147, Mahkamah Rayuan memutuskan – [55] Menyentuh mengenai pemakaian seksyen 27 Akta Keterangan 1950, sewajarnya diulangi bahawa tertuduhlah yang telah memandu arah SP4 dan pasukannya ke kereta tersebut sehingga membawa kepada penemuan dadah-dadah berbahaya di dalam pembesar suara. Justeru itu, kami mendapati tiada apa-apa kekhilafan yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bila beliau memutuskan untuk menerima masuk keterangan tersebut yang secara langsung membuktikan S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag pengetahuan tertuduh terhadap dadah-dadah yang disembunyikan di dalam bonet kereta tersebut. … [58] Keadaan dadah-dadah yang tersorok di dalam pembesar suara kereta Proton Waja tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya disembunyikan bagi tujuan untuk mengelak daripada mudah dikesan oleh pihak berkuasa. Tanpa maklumat dan pandu arah oleh tertuduh sudah pasti mustahil untuk dadah-dadah tersebut ditemui oleh SP4 dan pasukan serbuannya.”
21
Anggapan pengetahuan di bawah Seksyen 37(d) ADB terpakai kepada Tertuduh. Seksyen 37(d) memperuntukkan – “any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, is deemed to have known the nature of such drug.” Pendakwaan berhujah elemen kedua bagi kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan. Isu lain 22. Dakwaan kewujudan orang lain di tempat kejadian. Nama Maniraj dan bayi kecil, tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana tiada percanggahan dalam keterangan saksi pendakwaan. SP3 tidak mengecam Maniraj semasa ditunjukkan dalam Mahkamah pada 11.6.2025. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
23
Semasa pemeriksaan balas SP4 mengenai kandungan rakaman percakapan Tertuduh, pembelaan tidak membangkitkan sama ada Maniraj ada disebut dalam rakaman percakapan tersebut. Jelas kewujudan penama ini direka oleh pembelaan semasa bicara.
24
Merujuk isu percanggahan dalam keterangan saksi, dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 Mahkamah Persekutuan memutuskan – “[9] … Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but what a judge has to determine is whether they are minor or material discrepancies. It would be wrong to say just because a witness may have contradicted in his evidence or even told lies on one or two points, his evidence should be totally rejected. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject (see Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] CLJU 52; [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209 FC…” [penekanan ditambah]
25
SP3 dan SP4 mengakui ada tangkapan lain pada hari yang sama Tertuduh ditangkap dan pada tarikh bicara 11.6.2025, SP3 mengecam tangkapan tersebut sebagai Gobinath A/L Muniandy iaitu abang Tertuduh. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
26
SP3, SP4 dan SP5 merupakan saksi polis yang menjalankan tugas masing-masing untuk mendapatkan keterangan mencukupi bagi mengaitkan Tertuduh dengan pertuduhan.
27
Ketiadaan keterangan forensik DNA dan penimbulan cap jari tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana rampasan dadah dibuat ke atas Tertuduh bersifat milikan terus atau direct possession.
28
Dalam kes Cheu Kok Choon v PP [2017] 1 LNS 1477, Mahkamah Rayuan menolak rayuan OKT berhubung dengan penemuan 560.1g meth dalam seluar sendat (tights) yang dipakainya. “[12] …It is only in a situation where the identity of the culprit is in question or required to be proved, fingerprint or DNA evidence will greatly help the prosecution in proving the identity of the offender…” Tangkapan dan rampasan bersifat direct possession, Tertuduh bersama dadah di tempat kejadian, ketiadaan keterangan forensik tidak menjejaskan kes pendakwaan.
29
Dalam hujahan balas pendakwaan, pembelaan membangkitkan, pertama, keterangan SP3 tidak boleh dipercayai kerana tidak menyatakan mengenai rampasan wang dan barang kemas daripada Tertuduh. Pendakwaan berpendapat ia tidak relevan kerana rampasan dibuat untuk siasatan kes berlainan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Prosiding jenayah dan prosiding S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag pelucuthakan harta adalah berbeza dan tidak relevan untuk membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh.
30
Kedua, kegagalan memanggil anggota pasukan SP3 dan Muniandy A/L Masilamoni sebagai saksi pendakwaan menjejaskan kes pendakwaan. Pendakwaan berpendapat saksi yang tidak dipanggil bukanlah material dan tidak membangkitkan anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. SP4 menjelaskan siasatan mengenai bapa Tertuduh yang memberi kunci kepada Tertuduh dan tiada kunci pendua yang lain. Tertuduh dijumpai dengan anak kunci yang hanya boleh membuka motorkar tersebut.
31
Ketiga, keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan tidak boleh diterima kerana soalan-soalan yang dikemukakan kepada Tertuduh tidak dicatitkan. Pendakwaan berpendapat peruntukan tersebut tidak mewajibkan soalan yang dikemukakan kepada Tertuduh dicatitkan dan dalam apa jua keadaan, perbuatan menunjuk arah Tertuduh masih boleh diterima masuk sebagai subsequent conduct di bawah Seksyen 8 Akta yang sama. Kenyataan dan perbuatan Tertuduh sendiri adalah mencukupi untuk diterima masuk sebagai keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan.
32
Keempat, kegagalan SP4 menyiasat kandungan rakaman percakapan Tertuduh. Pendakwaan berpendapat versi pembelaan Tertuduh hanyalah penafian kosong dan bukanlah suatu Notis Alcontara S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag yang mewajarkan siasatan lanjut oleh SP4. Tertuduh gagal mengemukakan maklumat lanjut dan gagal memberi Notis Alcontara yang sempurna.
33
Terdapat dua intipati pertuduhan iaitu barang rampasan ialah dadah yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952 dan Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan bahawa barang rampasan ialah dadah berbahaya.
34
Pembelaan berhujah bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan barang rampasan dari bilik rumah dan motorkar merupakan dadah berbahaya, namun terdapat keraguan sama ada dadah telah berada dalam milikan dan pengetahuan Tertuduh.
35
Pembelaan membahagikan keterangan saksi pendakwaan kepada 2 bahagian. Pertama, tangkapan Tertuduh di rumah dan dadah dikatakan dijumpai dalam beg silang yang terletak dalam bilik pertama rumah tersebut. Kedua, rampasan dadah dalam kereta proton Satria. Dadah yang dikatakan dijumpai dalam beg silang 36. Dadah dijumpai dalam poket zip bahagian depan beg silang hitam BG FUTURE ASTHETICS di atas katil dalam bilik no.1. Dalam poket zip bahagian tengah ada 2 anak kunci kereta Proton, kad pengenalan Tertuduh, lesen memandu Tertuduh, poket zip bahagian belakang ada kad bicara MM Sepang. SP3 merampas semua barang kes, menangkap S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag Tertuduh kerana memiliki dadah, mengisi borang geledah di tempat kejadian dan menyerahkan sesalinan kepada Tertuduh.
37
SP3 tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan pembelaan bahawa terdapat seorang lelaki bernama Maniraj A/L Rajendran bersama seorang bayi kecil semasa serbuan dan SP3 telah melepaskan Maniraj kerana ada bayi kecil semasa serbuan. SP3 juga tidak mengecam Maniraj.
38
Walaupun pendakwaan boleh memanggil mana-mana saksi, pendakwaan sepatutnya memanggil saksi polis lain untuk menyokong keterangan SP3 bukan setakat menawarkan saksi polis memandangkan pembelaan mencabar keterangan SP3.
39
Kredibiliti SP3 disyaki tatkala menyatakan tidak menjumpai benda lain seperti duit dan barang kemas. Setelah diasak oleh pembelaan, SP3 mengakui rampasan duit dan barang kemas. Alasan tidak memasukkan rampasan duit dan barang kemas dalam borang geledah kerana tiada kaitan dengan kes adalah tidak masuk akal dan merupakan keterangan tidak jujur SP3. SP3 tidak menyatakan jumlah wang dan butiran barang kemas dalam borang geledah bertanda ekshibit P17.
40
Semasa pemeriksaan semula, SP3 menyatakan dia telah membuat satu laporan polis dan borang bongkar berkenaan rampasan duit dan barang kemas disyaki diperolehi daripada aktiviti pengedaran dadah dan Tertuduh menandatangani borang bongkar tersebut. Namun pendakwaan S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag gagal mengemukakan keterangan laporan polis dan borang bongkar sekiranya ia wujud. Jawapan teragak-agak SP3 membuat pembelaan mencurigai kredibiliti SP3. Dadah dijumpai dalam kereta 41. Cadangan pembelaan kepada SP3 bahawa tidak ada pada bila-bila masa semasa soal siasat bahawa Tertuduh menyatakan ada menyimpan dadah dalam motorkar tersebut dan kehadiran Maniraj semasa SP3 memeriksa motorkar. SP3 tidak setuju cadangan Maniraj mengikut pasukan SP3 ke tempat kereta tersebut. Cadangan pembelaan sepatutnya tidak diambil sebagai cadangan meremehkan dan pendakwaan seharusnya membawa keterangan yang boleh menyokong keterangan SP3.
42
Memandangkan tiada keterangan sokongan lain, Mahkamah perlu meneliti keterangan SP4 yang merupakan pegawai penyiasat kes ini. Tugas pegawai penyiasat adalah suatu tugas berkecuali tanpa berbelah bagi. Terdapat 2 versi berlainan iaitu versi SP3 dan versi Tertuduh melalui rakaman percakapan dalam pemeriksaan Tertuduh dan merupakan dokumen sah semasa siasatan. Mahkamah harus memberi pertimbangan kepada keterangan yang dapat disokong dan keterangan siasatan awal adalah percakapan kosong yang menjurus kepada afterthought.
43
SP4 terpengaruh dengan percakapan SP3 dan langsung tidak memberi pertimbangan percakapan Tertuduh semasa siasatan. SP4 gagal mengambil timbulan kesan cap jari pada paket dadah yang dijumpai. SP4 mengakui timbulan cap jari dan ujian DNA atau forensic S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag terhadap kereta adalah penting namun tidak dilakukan. SP4 menyatakan barang kes telah tercemar adalah keterangan tidak jujur. SP4 bukan orang yang layak untuk menyatakan barang kes tercemar tetapi laporan pakar menunjukkan barang kes didapati tercemar ataupun tidak. SP4 mempercayai SP3 memprejudiskan Tertuduh dan siasatan.
44
Pembelaan berhujah bahawa SP4 telah prejudge dan membuat andaian kes ini kes direct possession dan tidak perlu membuat siasatan lanjut. Dalam pemeriksaan balas, SP4 setuju telah mengambil pernyataan SP3 dalam hasil siasatan dan pernyataan bertulis PSP4. SP4 mengaku bahawa Tertuduh tidak mengaku milikan dadah dalam beg dan dalam motorkar.
45
SP4 mengaku terdapat 2 versi iaitu versi Tertuduh dan SP3, namun tidak membuat siasatan lanjut dan tiada keterangan bebas lain dalam kes ini. Keterangan SP4 berkenaan pengakuan awal Tertuduh tidak boleh diterima pakai dalam mana-mana perbicaraan melainkan pengakuan tersebut diperolehi di hadapan Majistret.
46
Penemuan dadah sekiranya daripada maklumat dan pandu arah Tertuduh tidak semestinya secara automatik dianggap dalam milikan Tertuduh dan memerlukan keterangan sokongan lain untuk membuktikan milikan. Bagaimana SP3 boleh mendapatkan jawapan dalam repot polis ekshibit P18 dan P19 daripada Tertuduh – “Tuan, itu kunci kereta Satria saya no. plat: WHB 5407 saya letak di rumah ibu saya di Taman Eng Ann. Saya ada simpan lagi ganja di S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag dalam kereta itu dan saya boleh tunjukkan kepada tuan.” ekshibit P18. “Saya telah membuka pintu bahagian pemandu dan saspek telah menunjukkan kepada saya di bawah pelapik kaki bahagian pemandu terdapat (5) peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 84.64 gram)” ekshibit P19.
47
Soalan spesifik kepada Tertuduh perlu dinyatakan dalam laporan polis dan dalam perbicaraan ini untuk jawapan Tertuduh diterima sebagai maklumat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan dan selaras dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi dalam PP v Khoo Boo Hock & Anor [1990] 1 CLJ 971, [1990] 2 CLJ 716. Ringkasan kes sepertimana berikut – “The two accused in this case were charged with trafficking in heroin under s. 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. The police party, on information received, raided two dwelling houses known as '153' and '215'. The two accused persons were found in house No. 153. As a result of questioning the two accused persons, the raiding party recovered drugs. The prosecution's case depended mainly on the evidence of purported information from the two accused which led to the discovery of the drugs, under s. 27 of the Evidence Act 1950. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag What is significant in this case is that although the police witness who questioned the accused did make a record of what transpired in a book, it was never produced in Court nor was any reason given for the glaring omission.
1
The prosecution must prove beyond reasonable doubt that the actual questions put to the accused in order to final out precisely what information was intended to be conveyed by the accused, which led to the discovery of the drug.
2
A contemporary record of what really passed between the police and accused was of particular importance.
3
There was doubt as to whether the accused had mere knowledge of the presence of the drugs or had hidden them.”
48
Dalam kes PP v Tau Mei Yuen [1990] 1 CLJ 1208, Mahkamah Tinggi memutuskan – “Now, it is trite law that although there is no legal requirement that statements under Section 27 of the Evidence Act must be taken down in writing, prudence demands that this is highly desirable...” [penekanan ditambah]
49
Kegagalan SP4 mengeluarkan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37A ADB menyebabkan apa-apa percakapan Tertuduh tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan. Pembelaan telah merujuk kes PP v Kanapathy Kuppusamy & Anor [2001] 1 CLJ 61, “Whether conduct Amounts to Information”. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
50
Penemuan kunci kereta Proton dalam beg silang Tertuduh tidak menunjukkan Tertuduh mempunyai milikan eksklusif motorkar tersebut. Tiada keterangan bahawa Tertuduh saja menggunakan kereta tersebut. Keterangan SP4 bahawa bapa Tertuduh menyerahkan motorkar kepada Tertuduh tidak disokong oleh keterangan saksi bebas iaitu pemilik kereta Muniandy A/L Masilamoni.
51
Kegagalan memanggil atau mengemukakan rakaman percakapan Muniandy di bawah Seksyen 32 Akta Keterangan menyebabkan lompang besar kes pendakwaan dalam menentukan sama ada Tertuduh mempunyai milikan eksklusif kereta tersebut dan ini menimbulkan adverse inference terhadap kes pendakwaan. Keterangan Muniandy adalah penting untuk menyokong keterangan SP4 bahawa motorkar tersebut tiada kunci pendua.
52
Hasil pemeriksaan bersama Proton Satria pada 20.1.2024 mendapati kunci Proton yang dirampas tidak dapat membuka pintu pemandu dan dapat membuka pintu penumpang. Ini merupakan isu penting kerana SP3 menyatakan dia menggunakan kunci yang dirampas daripada Tertuduh untuk membuka pintu pemandu.
53
Pembelaan mahu Mahkamah membuat inferens memandangkan kunci asal tidak dapat membuka pintu sebelah pemandu, kunci-kunci lain mungkin dapat membuka pintu tersebut pada hari kejadian. Wujud keterangan bercanggah siapa yang membuka pintu hadapan bahagian pemandu menggunakan kunci yang dirampas. Menurut SP3, SP3 sendiri S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag membuka pintu bahagian pemandu. Namun SP4 tidak setuju cadangan pembelaan bahawa SP3 telah membuka pintu hadapan pemandu dan menyatakan kunci motorkar yang membuka motorkar tersebut.
54
Siasatan SP4 begitu lemah dan hanya bergantung sepenuhnya keterangan SP3, mudah membuat andaian direct possession. SP4 mengaku ada 2 versi dan keterangan Tertuduh semasa siasatan tidak langsung diberi perhatian.
55
Dalam hujahan balas, isu berkenaan tiada siasatan mengenai keterangan forensik DNA dan penimbulan cap jari tidak menjejaskan kes pendakwaan, pembelaan setuju ia keterangan sokongan apabila terdapat keterangan mantap dan ini jelas tidak menjejaskan kes pendakwaan. Dalam kes ini hanya ada keterangan SP3 yang tidak disokong oleh keterangan bebas yang lain. Dadah tidak dijumpai pada badan Tertuduh tetapi dalam beg silang yang dijumpai di atas katil bilik di rumah Tertuduh.
56
SP4 setuju Tertuduh tidak mengaku dalam rakaman percakapan Tertuduh bahawa Tertuduh tiada pengetahuan dan dadah bukan miliknya. SP4 sepatutnya melakukan siasatan DNA dan forensik pada dadah tersebut. Pembelaan membezakan kes Cheu Kok Choon kerana dadah dijumpai dalam seluar sendat (tights) yang dipakai oleh OKT dalam kes tersebut.
57
Isu sama ada Mahkamah patut membuat inferens kepada Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan dadah yang dijumpai dalam Proton S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag Satria, Pembelaan membezakan kes PP v Abdul Rahman. Dalam kes Abdul Rahman, Tertuduh berada dalam kereta di mana 1 bungkusan dijumpai di bawah tempat duduk pemandu dan 2 bungkusan di bawah tempat duduk penumpang. Dalam kes itu, tuan punya kereta PW8 telah dipanggil memberi keterangan dan menyatakan kereta dalam milikan Tertuduh lebih dari 7 bulan sebelum ditangkap.
58
Dalam kes ini dadah dijumpai dalam kereta statik terletak di tepi jalan di hadapan rumah ibu Tertuduh. Tuan punya kereta tidak dipanggil memberi keterangan bahawa kereta diserahkan kepada Tertuduh dan tiada kunci pendua dalam kes ini. Tiada ujian forensik atau timbulan cap jari.
59
Secara keseluruhan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan barang rampasan dari bilik rumah dan motorkar merupakan dadah berbahaya, namun terdapat keraguan sama ada dadah telah berada dalam milikan dan pengetahuan Tertuduh.
60
Merujuk rampasan dadah di dalam beg silang dalam bilik rumah Tertuduh, terdapat 2 versi. SP3 mendakwa dadah itu milik Tertuduh dan Tertuduh menafikannya. Beg silang tersebut tidak berada pada badan Tertuduh tetapi di atas katil dalam bilik Tertuduh untuk establish direct possession. SP4 sewajarnya menyiasat pembelaan Tertuduh S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag memandangkan keterangan SP3 tidak disokong oleh keterangan bebas yang lain dan dicabar dengan sepenuhnya oleh pihak pembelaan.
61
Merujuk situasi 2 versi ini, dalam kes Muralitharan Muniandy v. PP [2021] CLJU 754 Mahkamah Tinggi memutuskan – [14] In sum total, there are two versions of case against accused - Firstly, that the accused was caught with the impugned drugs in a sling bag with his IC inside. Another is that the drugs were in fact found in a basket in front of a motorcycle parked at the vicinity of the crime. One person had fled the scene. This was confirmed by Prakash, a co-arrestee on the same day and time. In this regard, it is duty of prosecution to resolve the doubt by calling material witness, which was not done in the case. In the circumstance, benefit of doubt shall be given to the accused person, thus entitling him to an acquittal. [penekanan ditambah]
62
Selain itu, menurut siasatan SP4, hanya Tertuduh saja yang tinggal di rumah tersebut dan hanya Tertuduh sahaja yang menggunakan motokar tersebut. Dalam hal ini Mahkamah ini menemui botol air kanak-kanak di tingkap dalam gambar ekshibit P12 (D); adakah ia milik Tertuduh atau milik orang lain yang tinggal bersama Tertuduh dalam rumah no.102 itu.
63
Merujuk rampasan dadah di bawah pelapik tempat duduk pemandu kereta Proton Satria WHB 5407, tiada keterangan membuktikan dadah itu dalam milikan atau kawalan Tertuduh. Ini kerana Tertuduh tidak berada dalam kereta semasa kejadian. Dengan kata lain Tertuduh berada di S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag rumah dan kereta tersebut berada di rumah ibu Tertuduh dan bukan rumah Tertuduh. Terdapat kemusykilan siapakah pengguna terakhir kereta tersebut.
64
Maka atas alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh, maka Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. Tarikh alasan penghakiman disediakan: 22 Ogos 2025 t.t (Sharifah Hascindie Binti Syed Omar) Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (4) Klang Selangor Darul Ehsan Timbalan Pendakwa Raya: Puan Siti Bahiyah binti Amir Haidi, Puan Annur Athira binti Amran, Puan Husna binti Abdul Halim Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Darul Ehsan S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag Peguambela: Encik S Narasimhan Tetuan Narasimhan & Associates Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. S/N rLfwMuxcc0uWlpu9ERzpag
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.