the judge must have in the forefront of his mind that the remedy that he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for the period between the date of the application and the trial proper and intended to maintain the status quo…” [39] Selanjutnya, berkenaan dengan faktor imbangan kebarangkalian, Mahkamah Rayuan dalam kes Keet Gerald Francis Noel John memutuskan bahawa “All matters that guide a court of equity in determining where the justice of the case lies are compendiously called 'the balance of convenience’” [40] Mahkamah dalam kes Alor Janggus Soon Seng Trading Sdn Bhd & Ors v Sey Hoe Sdn Bhd & Ors [1995] 1 MLJ 241 yang mana telah diterima pakai dalam banyak kes undang-undang, telah memutuskan seperti yang berikut:- "Having regard to our observations above, it can be seen that at one end of the spectrum of possibilities if the plaintiffs fail at the trial, all that the defendants would suffer because of the injunction is the loss of profits and costs of the litigation which can be quantified and the defendants could Page 28 of 48 adequately be compensated and at the other end if the injunction is refused and the plaintiffs should succeed, they would suffer unquantified monetary loss, harm and inconvenience which could not be adequately recompensed. In that case, more injustice would be done to the plaintiffs." [41] Berbalik kepada permohonan di hadapan Mahkamah ini, adalah perlu ditekankan di sini bahawa pihak Plaintif telah bertindak untuk memfailkan tindakan Writ terhadap Defendan atas dakwaannya antara lainnya bahawa Plaintif telah dihalang oleh Defendan daripada melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Perjanjian Utama dan/atau Sub-kontrak. Ekoran daripada tindakan Defendan ini, Plaintif dikatakan telah mengalami kerugian. [42] Bukan itu sahaja, Defendan telah didakwa beberapa kali mengancam Plaintif untuk menamatkan Perjanjian Utama melalui Surat Tuntutan Pertama Defendan dan Surat Tuntutan Kedua Defendan. Perkara ini telah mendorong Plaintif untuk memfailkan permohonan injunksi terhadap Defendan. Justeru itulah Plaintif telah memohon relif-relif berupa deklarasi yang telah diperincikan di perenggan 48 pernyataan tuntutannya. Page 29 of 48 [43] Berdasarkan Afidavit Sokongan dan Afidavit Balasan Plaintif dan juga Afidavit-afidavit lain yang dirujuk oleh Plaintif, Plaintif telah menjelaskan dengan panjang lebar kronologi pertelingkahan antara Plaintif dan Defendan yang mendorong kepada permohonan injunksi di sini. [44] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa terdapat banyak surat yang dihantar oleh pihak-pihak bagi menjelaskan pendirian masing-masing berkenaan dengan pelaksanaan Perjanjian Sub-Kontrak tersebut khususnya mengenai isu petak khas sehinggalah pihak Defendan mengeluarkan Notis untuk Membaiki Keingkaran yang mana menyatakan bahawa kegagalan Plaintif untuk membaiki keingkaran mereka akan menyebabkan Notis Penamatan dikeluarkan. [45] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini perlu menegaskan di sini bahawa sebelum Mahkamah ini menentukan sama ada Plaintif melalui keterangan-keterangan afidavitnya telah berjaya memuaskan hati Mahkamah ini akan kewujudan keadaan-keadaan atau faktor-faktor yang membolehkan Mahkamah ini memberikan satu perintah Page 30 of 48 injunksi, terdapat satu isu yang utama dan jelas yang perlu dibuktikan terlebih dahulu iaitu sama ada pernyataan tuntutan telah menyerlahkan / mempamerkan satu tuntutan yang berasas yang membolehkan atau menjustifikasikan dan/atau memerlukan satu injunksi diperintahkan oleh Mahkamah ini ke atas Defendan. [46] Mahkamah ini telah meneliti permohonan dipohon oleh Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutannya. Secara dasarnya Plaintif telah memohon perintah-perintah deklarasi di dalam perenggan 48 Pernyataan Tuntutan Plaintif dengan dakwaan bahawa surat-surat yang dikeluarkan oleh Defendan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) adalah tidak munasabah dan surat-surat tersebut adalah merupakan pelanggaran perjanjian utama menurut seksyen 41 Akta Relif Spesifik 1950. [47] Persoalannya adakah surat-surat tesebut khususnya Surat Tuntutan Pertama bertarikh 17.6.2019 dan Surat Tuntutan Kedua bertarikh 4.7.2019 terjumlah kepada suatu surat dan/atau notis penamatan yang telah mengakibatkan suatu penamatan kepada perjanjian utama tersebut. Page 31 of 48 [48] Bagi Mahkamah ini, tidak ada suatu suratpun yang telah dirujuk oleh Plaintif di dalam afidavit-afidavitnya yang menunjukkan bahawa Defendan telahpun mengeluarkan surat atau notis penamatan perjanjian utama atau Defendan telah mengambil tindakan positif untuk menamatkan perjanjian utama yang mana notis atau tindakan Defendan ini adalah terjumlah kepada suatu pelanggaran kepada perjanjian utama mahupun perjanjian sub kontrak. [49] Pada masa yang sama, Mahkamah ini perlu menekankan bahawa Plaintif di dalam kes ini telah memplidkan bahawa walaupun terdapat surat-surat yang didakwa berbaur amaran dan ugutan sehingga ke tarikh hari ini, Plaintif masih terus melaksanakan obligasi dan tanggungjawabnya di bawah perjanjian utama. [50] Dalam hal yang demikian, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa perjanjian utama masih lagi terus berjalan dan belum lagi ditamatkan. Apa yang sebenarnya diadukan oleh Plaintif di dalam kes ini adalah, Defendan telah mengeluarkan arahan-arahan penggantungan petak-petak khas / pembaharuan petak-petak khas yang telah menjadikan kutipan Plaintif telah berkurangan. Page 32 of 48 [51] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, selagi mana Defendan belum menamatkan perjanjian utama/perjanjian sub kontrak, maka tidak timbul atau tidak wujud sebarang pelanggaran di pihak Defendan yang membolehkan Plaintif mendapatkan relif injunksi yang dipohon yakni memohon Mahkamah ini mengeluarkan perintah untuk menghalang Defendan untuk tidak menamatkan dan/atau mengeluarkan apa-apa Notis/Surat Penamatan bagi perjanjian utama, walhal surat-surat yang dikeluarkan oleh Defendan hanyalah surat-surat amaran. [52] Di samping itu juga, setakat tarikh writ dan pernyataan tuntutan difailkan, dakwaan yang dikemukakan oleh Plaintif adalah Defendan telah mengeluarkan surat-surat yang tidak munasabah. Namun, dakwaan ketidakmunasabahan surat-surat tersebut belum membangkitkan satu penamatan perjanjian utama / perjanjian sub-kontrak yang boleh menjadi asas kepada pemfailan tindakan Plaintif terhadap Defendan. [53] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes AV Asia Sdn Bhd v Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd [2014] 3 MLJ 61 Page 33 of 48 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperi yang berikut:- “[12] We are of the view the mere existence of cl. 15 of the MNDA to the effect that damages may not be an adequate remedy does not ipso facto entitle the appellant to an interim injunctive relief. We agree with the contention of the respondent that the test as enunciated in the American Cyanamid regarding the grant of an injunction case must still be satisfied. The existence of such a clause as in cl. 15 of the MNDA does not as a matter of law fetter the jurisdiction and the discretion of a court of law to decide whether to grant an interim injunctive relief. The justice of the case must be considered in determining whether an interim injunctive relief ought to be granted. With respect, we cannot agree with the position taken by the appellant that a negative covenant existing in a contract would obviate the need for the court to consider the balance of convenience test as enunciated in American Cyanamid. [13] We also noted that the said cl. 15 of the MNDA does not provide that the parties have agreed or consented to the fact that the granting of an injunction is automatic and as of right. We further find that the alleged breach of the confidential information as contended by the appellant had not yet been established. This is an issue to be tried by the learned judge of the High Court as the respondent had disputed receiving the confidential information. The discretion, whether to grant the injunctive relief, is Page 34 of 48 therefore still vested with the court. It is the inalienable duty and power of the court to exercise such a discretion and it will not be exercised lightly. There are a number of decided cases from foreign jurisdiction to support such a proposition as follows.” (penekanan ditambah) [54] Mengaplikasi kes di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pada setiap masa yang material, tiada pelanggaran perjanjian utama / Perjanjian Sub-Kontrak telah dilakukan oleh pihak Defendan telah ditunjukkan oleh Plaintif. Pada tahap ini, apa yang wujud adalah surat-surat yang Defendan berbentuk amaran. Defendan tidak pada bila-bila masa telah mengeluarkan notis penamatan atau menamatkan perjanjian utama tersebut. [55] Adalah menjadi satu ketetapan dan prinsip undang-undang yang mantap dan jitu bahawa objektif pelaksanaan perintah injunksi ini adalah untuk mengekalkan status quo pihak-pihak. [56] Dalam kes Hj Md Radzi B Ismail v Mesti Unggul Sdn Bhd [2016] 4 MLJ 122, Mahkamah Persekutuan telah membuat perbandingan antara keperluan kaveat dan injunksi yang mana kedua-duanya Page 35 of 48 merupakan satu bentuk equitable remedy. Mahkamah Persekutuan telah menyentuh berkenaan dengan status quo sebagai objektif dalam pelaksanaan perintah injunksi sebagaimana yang berikut:- “[34] Next, we remind ourselves that a caveat is neither final nor conclusive. It is in essence a temporary equitable remedy, just like an interim injunction, provided to maintain the status quo of the parties. As such, the balance of convenience factor should be considered and determined upon any application for its removal.” (penekanan ditambah) (Sila lihat American Cyanamid Co. Appellants v. Ethicon Ltd. Respondents [1975] A.C. 396 & Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor Bin Abdullah [1995] 1 MLJ 193) [57] Merujuk kembali kepada permohonan Plaintif di sini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa setakat pendengaran Kandungan 4 di sini, tiada sebarang pelanggaran perjanjian oleh Defendan telah dibuktikan/ditunjukkan oleh Plaintif melainkan dakwaan ancaman dan/atau ugutan Defendan untuk menamatkan Perjanjian. Page 36 of 48 [58] Dalam keadaan ini, Mahkamah juga berpandangan pihak-pihak masih dalam keadaan asal masing-masing dan berada dalam status quo kerana pada setiap masa yang material, Perjanjian Utama dan Sub-Kontrak masih berjalan dan tiada Notis Penamatan telah dikeluarkan oleh Defendan. [59] Adalah menjadi satu fakta yang jelas bahawa Defendan hanya mengisukan kepada Plaintif Notis untuk Membaiki Kemungkiran yang mana Defendan juga sekadar mengingatkan Plaintif bahawa Notis Penamatan akan dikeluarkan sekiranya Plaintif gagal meremedikan kemungkiran yang mana tidak menjejaskan kedudukan pihak-pihak dalam perjanjian yang dimeterai. Pada tahap ini, fakta menunjukkan bahawa Plaintif telah gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Defendan selaras Klausa 6.11 (Pematuhan kepada Arahan-arahan Datuk Bandar) dan Klausa 10.1(h) (Kemungkiran Operator) Perjanjian Utama. [60] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan, tiada alasan kukuh dan wajar untuk Mahkamah membenarkan perintah injunksi Page 37 of 48 terhadap Defendan sebagaimana yang dipohon di perenggan 1(i) hingga (vii) penghakiman ini kerana tidak wujud sebarang isu-isu serius yang perlu dibicarakan. Malahan, pemberian perintah injunksi pada tahap ini hanya menjadikan ianya satu perintah injunksi yang bersifat pra-matang selain memprejudiskan Defendan. [61] Seterusnya, Mahkamah juga berpendapat bahawa, dakwaan kemungkiran tanggungjawab adalah menurut satu ikatan kontrak antara Plaintif dan Defendan. Malah, berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Plaintif, Plaintif menekankan faktor kewangan sebagai alasan utama dalam permohonan injunksi di sini. Perkara ini jelas menunjukkan ganti rugi kewangan (monetary damages) adalah remedi yang mencukupi untuk memampas kerugian dan/atau kehilangan Plaintif. [62] Plaintif menyatakan Defendan tidak melaburkan sebarang wang ke dalam pelaksanaan Perjanjian Utama sebaliknya kos-kos ditanggung oleh Plaintif. Plaintif juga terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM40,000,000.00 bagi tujuan melaksanakan Perjanjian Utama tersebut dan masih berhutang sebanyak RM14,076,348.51 kepada Page 38 of 48 Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) setakat 30.4.2019 dengan komitmen ansuran sebulan sebanyak RM1,100,000.00. [63] Plaintif menyatakan pihaknya telah menandatangani satu surat ikatan serah hak hasil kutipan (assignment of proceeds/collections) bertarikh 28.8.2015 dengan MDV bagi tujuan pembayaran bayaran ansuran sebelum bakinya dipulangkan kepada Plaintif. [64] Pengarah Eksekutif Plaintif, Nik Haidi bin Nik Mohamad dan isteri beliau telah memberikan jaminan peribadi untuk membayar balik sendiri pinjaman sekiranya Plaintif gagal menjelaskan pinjaman. [65] 9 tanah kepunyaan Pengarah Eksekutif Plaintif, Nik Haidi bin Nik Mohamad dan isteri beliau turut digadaikan kepada MDV untuk tujuan pinjaman tersebut termasuk rumah yang dihuni oleh mereka sekeluarga. [66] Bagi menyokong pendirian Mahkamah di atas, Mahkamah merujuk kepada kes PEKELILING TRIANGLE SDN BHD & ANOR v Page 39 of 48 CHASE PERDANA BHD [2003] 1 MLJ 130 yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut:- “The relevant matters under the balance of convenience must be considered step by step. First, the learned judge must be satisfied that the plaintiff would suffer an irreparable injury or that the plaintiff could not be adequately compensated in damages before proceeding to consider other relevant matters on the balance of convenience. This step is in consonance with what was said by Gopal Sri Ram JCA in Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor bin Abdullah & Ors in para (2) cited above, couched in the phrase 'He must take into account all relevant matters, including practical realities of the case before him ….' It must be so since American Cyanamid v Ethicon Ltd is the locus classicus on the subject, and the learned judge in that case was not making new law but adopting the basic principles. The second step is if damages would not provide an adequate remedy for the plaintiff in the event of it succeeding at the trial, the learned judge should then consider whether that if the defendants were to succeed at the trial in establishing their rights to do that which was sought to be restrained, they would be adequately compensated under the plaintiff's undertaking as to damages to the loss they would have sustained by being prevented from doing so between the time of the application and the time of the trial. If damages in the measure recoverable under such an undertaking would be an adequate remedy and the plaintiff would be in a financial position to pay them, there would be no reason on this ground to refuse an Page 40 of 48 interlocutory injunction. The third step is if there was doubt as to the adequacy of the respective remedies in damages available to either party or to both then only the judge should proceed to consider the question of balance of convenience. And the last step is where other factors appeared to be evenly balanced the question of the preservation of the status quo would then come into play. ……. As to that, the governing principle is that the court should first consider whether if the plaintiff were to succeed at the trial in establishing his right to a permanent injunction he would be adequately compensated by an award of damages for the loss he would have sustained as a result of the defendant's continuing to do what was sought to be enjoined between the time of the application and the time of the trial. If damages in the measure recoverable at common law would be adequate remedy and the defendant would be in a financial position to pay them, no interlocutory injunction should normally be granted, however strong the plaintiff's claim appeared to be at the stage. If, on the other hand, damages would not provide an adequate remedy for the plaintiff in the event of his succeeding at the trial, the court should then consider whether, on the contrary hypothesis that the defendant were to succeed at the trial in establishing his right to do that which was sought to be enjoined, he would be adequately compensated under the plaintiff's undertaking as to damages for the loss he would have sustained by being prevented from Page 41 of 48 doing so between the time of the application and the time of the trial. If damages in the measure recoverable under such an undertaking would be an adequate remedy and the plaintiff would be in a financial position to pay them, there would be no reason on this ground to refuse an interlocutory injunction.” (sila lihat jua kes V BEVERAGES HOLDINGS SDN BHD & ORS v KICKAPOO (M) SDN BHD [2008] 4 MLJ 187) [67] Selain itu, alasan bahawa 108 pekerja akan kehilangan pekerja bukanlah satu justifikasi yang kukuh kerana ianya tidak disokong dengan apa-apa bukti melainkan sekadar satu overstretched ground oleh Plaintif. [68] Seterusnya, dakwaan Plaintif tentang kesan buruk terhadap reputasi baik Plaintif, dalam hal ini, Mahkamah ini berpendirian bahawa tiada di mana-mana dalam Afidavit-afidavit Plaintif mahupun hujahan Plaintif yang menyokong dakwaan ini. Apatah lagi, menerusi aduan-aduan oleh orang awam, orang awam telah mengadu tentang Defendan dan tidak langsung mengetahui tentang Plaintif sebagai pembekal perkhidmatan tempat meletakkan kenderaan. Oleh itu, Page 42 of 48 tiada sebarang dokumen menunjukkan reputasi Plaintif di ambang kemusnahan disebabkan tindakan yang diambil oleh Defendan. [69] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan bahawa hujahan-hujahan Plaintif bagi menyokong pemberian injunksi tidak dapatkan dipertahankan. [70] Walaupun Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Plaintif adalah tidak berhak kepada perintah yang dipohonnya dalam Kandungan 4, namun bagi tujuan kesempurnaan, Mahkamah ini ingin menyentuh berkenaan dengan isu kepentingan awam yang dibangkitkan oleh Defendan. Dalam hal ini, Defendan telah bersandarkan pada fakta bahawa Defendan merupakan pihak berkuasa tempatan. Dalam menyokong hujahan Defendan itu, Defendan telah merujuk kepada kes GANAD MEDIA SDN BHD v DATO’ BANDAR KUALA LUMPUR (NO 2) [2002] 1 MLJ 508 dan DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM & ANOR v. YUSUF AWANG & ORS [2007] 4 CLJ 253. Page 43 of 48 [71] Merujuk kepada isu ini, walaupun Mahkamah ini bersetuju bahawa injunksi interim tidak wajar dibenarkan, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa injunksi dalam kes ini tidak wajar dibenarkan atas dasar kepentingan awam. [72] Berdasarkan afidavit-afidavit yang difailkan dan/atau dirujuk oleh Defendan dalam menentang permohonan injunksi di sini, Mahkamah tidak jelas akan fakta yang menunjukkan terdapat kepentingan awam yang diprejudiskan dan/atau terjejas daripada permohonan Plaintif di sini. [73] Dalam memahami isu berkenaan dengan kepentingan awam, Mahkamah ini merujuk kepada kes Bursa Malaysia Securities Bhd v Gan Boon Aun [2009] 4 MLJ 695 yang mana Mahkamah Rayuan telah membincangkan perihal litigasi berkepentingan awam dengan membuat rujukan kepada kes Mahkamah Agung India, Malik Brothers v Narendra Dadhich AIR 1999 SC 3211. Mahkamah Rayuan dalam kes Bursa Malaysia telah memutuskan seperti yang berikut:- Page 44 of 48 “At the other end of the spectrum are cases where the nexus between the applicant and the legality of the action under challenge is so tenuous that the court may be entitled to disregard it as de minimis. In the middle of the spectrum are cases which are in the nature of a public interest litigation. The test for determining whether an application is a public interest litigation is that laid down by the Supreme Court of India in Malik Brothers v Narendra Dadhich AIR 1999 SC 3211, where, when granting leave, it was said: Public interest litigation is usually entertained by a court for the purpose of redressing public injury, enforcing public duty, protecting social rights and vindicating public interest. The real purpose of entertaining such application is the vindication of the rule of law, effective access to justice to the economically weaker class and meaningful realisation of the fundamental rights. The directions and commands issued by the courts of law in public interest litigation are for the betterment of the society at large and not for benefiting any individual. But if the court finds that in the garb of a public interest litigation actually an individual's interest is sought to be carried out or protected, it would be bounden duty of the court not to entertain such petition as otherwise the very purpose of innovation of public interest litigation will be frustrated.” Page 45 of 48 [74] Seterusnya, Mahkamah ini merujuk kepada kes oleh House of Lords, UK, Attorney General v Guardian Newspapers and others (No 2) [1988] 3 All ER 545. Dalam kes ini, Perayu telah merayu sehingga ke House of Lords untuk mendapatkan perintah lanjutan injunksi terhadap Responden daripada menyiarkan atau menerbitkan. Perayu telah membangkitkan isu kepentingan awam untuk menyokong permohonan mereka. Dalam memahami konsep kepentingan awam, Mahkamah ini mengambil potongan daripada penghakiman dalam kes tersebut sebagaimana yang berikut:- “The third limiting principle is of far greater importance. It is that, although the basis of the law's protection of confidence is that there is a public interest that confidences should be preserved and protected by the law, nevertheless that public interest may be outweighed by some other countervailing public interest which favours disclosure. This limitation may apply, as the judge pointed out, to all types of confidential information. It is this limiting principle which may require a court to carry out a balancing operation, weighing the public interest in maintaining confidence against a countervailing public interest favouring disclosure.” Page 46 of 48 [75] Berdasarkan dapatan kes-kes di atas, boleh difahami di sini bahawa konsep kepentingan awam adalah bersangkutan dengan perlindungan dan pemeliharaan ke atas keyakinan orang awam (public confidence) terhadap Kerajaan secara amnya. Justeru, wajar untuk dikatakan bahawa isu kepentingan awam perlu dipertimbangkan apabila kesan daripada suatu perintah itu akan memberi impak dan kesan terhadap tahap keyakinan orang awam terhadap pentadbiran Kerajaan termasuklah badan-badan/institusi-institusi di bawah kerajaan. [76] Merujuk kepada permohonan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan dan isu berkenaan kepentingan awam yang disandarkan oleh Defendan bagi menentang permohonan injunksi di sini. [77] Melalui penelitian Mahkamah, Defendan tidak membentangkan dengan jelas dengan cara bagaimanakah keyakinan orang awam terhadap DBKL akan terjejas dengan pemberian perintah injunksi terhadap mereka. Page 47 of 48 [78] Tiada bukti dikemukakan kepada Mahkamah ini yang menunjukkan orang awam mempertikaikan secara tegar kredibiliti pihak Defendan sebagai pihak berkuasa tempatan. Aduan-aduan yang dirujuk oleh Defendan pula kebanyakkannya adalah aduan berkenaan dengan kegagalan mesin tiket parking untuk berfungsi dan juga aduan berkaitan pengurusan kapit tayar serta penyewa yang menggunakan petak khas di luar waktu rasmi yang mana telahpun dijawab dan diuruskan. [79] Selamat untuk Mahkamah ini menyatakan bahawa aduan-aduan sebegini adalah sebahagian daripada proses pembaikan dan penaikan taraf dan mutu perkhidmatan Defendan. Malah, saluran aduan tersebut juga berfungsi sebagai satu akses kepada keadilan. Justeru, alasan Defendan sebagai pihak berkuasa tempatan tidak boleh menjadi satu-satunya alasan untuk menafikan satu perintah injunksi terhadapnya. [80] Sehubungan dengan itu, atas alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah dengan ini menolak permohonan Plaintif di Kandungan 4 dengan kos sebanyak RM5,000.00 dibayar kepada Defendan. Page 48 of 48 ………………………………………………………………………. (AZIMAH BINTI OMAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bertarikh 27 November 2019 Peguam Plaintif - Tetuan Haizan Choo & Co. Majdah Muda bersama Noorhafiza Izura Ab Ilah Peguam Defendan - Tetuan Thangaraj & Associates Thangaraj Balasundram bersama