Bahawa Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam tidak mempuyai tangggungjawab berjaga-jaga sama ada secara common law atau secara tanggungjawab statutori kepada Plaintif kerana Polisi insuran yang diisukan terhadap bas AFX 2266 adalah suatu hubungan kontrak di antara Plaintif sebagai ‘insurer’ dan Defendan Pertama sebagai ‘insured’ yang telah membayar premium insuran di bawah Polisi insuran tersebut. Hujahan Perayu/Defendan: [27] Berdasarkan kepada alasan-alasan rayuan dan hujahan pihak-pihak, isu utama yang perlu diputuskan oleh kami ialah sama ada Plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam. Jika jawapan kami terhadap isu ini memihak kepada Defendan-Defendan maka isu dan alasan-alasan lain rayuan ini tidak lagi menjadi signifikan untuk diputuskan. [28] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) bagi pihak Defendan Keempat, Kelima dan Keenam berhujah, dan diterima pakai bersama oleh peguamcara bagi pihak Defendan Ketiga (Puspakom), bahawa berdasarkan pernyataan tuntutan terpinda dan pliding, Plaintif tidak membawa tindakan ini di bawah subrogasi Defendan Pertama (Sri Murni Tours & Travel Sdn Bhd) yang merupakan pemegang Polisi insuran untuk bas AFX 2266. PKP berhujah kausa tindakan Plaintif dalam tuntutan ini adalah jelas berasaskan kepada “Claim Discharge Receipt and Indemnity” di antara Plaintif dan penumpang-penumpang atau waris 35 penumpang-penumpang bas AFX 2266. PKP selanjutnya menghujahkan ‘assignment’ melalui “Claim Discharge Receipt and Indemnity” pada perenggan 4 tidak memberikan hak mutlak atau secara formal kepada Plaintif tetapi sebaliknya menghendaki Plaintif membawa tindakan atas nama penumpang-penumpang atau waris penumpang-penumpang. Dengan kata lain “assignment” tersebut adalah “conditional assignment” bukan “absolute assignment”. PKP menghujahkan oleh kerana “assignment” tersebut tidak formal dan bersyarat, maka “assignment” sedemikian tidak sempurna dan tidak sah untuk memberi hak kepada Plaintif. PKP selanjutnya menghujahkan bahawa Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan Plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tuntutan ini berdasarkan penyerahanhak (assignment) oleh penumpang-penumpang dan waris penumpang-penumpang sedangkan “Claim Discharge Receipt and Indemnity” tersebut menyebutkan bahawa Plaintif diberikan hak untuk membawa tindakan atas nama penumpang-penumpang atau waris penumpang-penumpang dan bukan atas nama Plaintif sendiri (lihat hujahan bertulis di perenggan 41 peguamcara Defendan Ketiga dan perenggan 36 hujahan PKP untuk Defendan Keempat, Kelima dan Keenam). PKP merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Teo Kim Kien & Ors v Lai Sen & Anor [1980] 2 MLJ 125 untuk menyokong hujahannya yang memutuskan bahawa pihak insuran tidak mempunyai kausa tindakan atas namanya sendiri di bawah doktrin subrogasi. [29] Kami meneliti kandungan “Claim Discharge Receipt and Indemnity” yang diperturunkan oleh Hakim bicara di perenggan 69 alasan penghakiman beliau (muka surat 40 Ikatan Teras Bersama (Jilid 1) seperti berikut: 36 CLAIM DISCHARGE RECEIPT AND INDEMNITY I, Mr. Somchai Polanan (Thailand Passport No. 1707721) hereby agree to accept and acknowledge receipt of the sum of RM33,000.00 (RINGGIT MALAYSIA THIRTY THREE THOUSAND ONLY)(“the Settlement Amount”) from MULTI-PURPOSE INSURANS BERHAD (“the Company”), the insurer of the bus bearing registration number AFX 2266 (“the Vehicle”) under insurance policy No. V0638890 (“the Policy”), in full and final settlement of all claims and demands that I have, could have or might have had in any way whatsoever directly or indirectly against the Company for or in respect of or in any way related to the injuries, loss and damage whatsoever suffered by me, arising directly from the motor accident on 20.12.2010 involving or caused howsoever by the Vehicle on the road leading from Cameron Highlands to Simpang Pulai (“the Accident”). In consideration of the payment of the Settlement Amount, I hereby unconditionally release and discharge the Company from all claims, demand, actions, causes of action, suits, costs whatsoever which I have, have had or may have had, directly or indirectly, against the Company (including but not limited through the Policy) arising from or in any way related to the Accident. And, I hereby agree to indemnify and hold harmless the Company and their successors in title, against any claim or loss they may suffer as a result of the Settlement Amount being paid to me. In further consideration of payment of the Settlement Amount, I unconditionally subrogate and/or assign to you, to the event of the Settlement Amount stated above, my rights and remedies in law to recover from any party liable for the loss or damage and you have my authority to, at your own costs, use my name to extent necessary to effectively exercise such rights and remedies and I will furnish you with any and all assistance that you may reasonably require from me. It is understood and agreed that you will indemnify me against any liability 37 costs expenses arising as a direct result of such exercise. (emphasis added). [30] YA Hakim bicara setelah membuat rujukan kepada “Claim Discharge Receipt and Indemnity” “Claim Discharge Receipt and Indemnity” memutuskan di perenggan 68 alasan penghakiman beliau seperti berikut: “68. In respect of the Defendant’s argument that there was no formal assignment of the right of action by the Passengers, I am of the view that the Discharge forms executed by the claimants constitute valid formal assignment of the rights of the claimants.” [31] Selanjutnya pada perenggan 71 alasan penghakiman beliau, Hakim bicara memutuskan: “71. The Plaintiff, in my view, is clearly clothed with the authority by virtue of the Policy and the Discharge vouchers.” [32] PKP bagi pihak Defendan Keempat, Kelima dan Keenam selanjutnya menghujahkan bahawa Plaintif telah memilih merekodkan perintah penghakiman persetujuan terhadap tuntutan oleh penumpang-penumpang dan waris penumpang-penumpang secara sukarela walau pun mempunyai pengetahuan bahawa Polisi insuran yang diisukan atas bas AFX 2266 diperolehi oleh Defendan Pertama secara salahnyataan (misrepresentation) di mana bas AFX 2266 tersebut telah diubahsuai tempat duduk penumpang daripada muatan 19 penumpang kepada 43 penumpang dan nombor chasis bas telah ditukar usik (tampered). PKP 38 oleh itu menghujahkan bahawa Plaintif sepatutnya mempertikaikan tanggunggannya di bawah Polisi insuran tersebut yang diisukan di bawah salahnyataan dan telah mengambil risiko sendiri apabila membayar gantirugi secara sukarela. PKP juga menghujahkan oleh kerana Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam tidak menjadi pihak-pihak dalam kes tuntutan gantirugi oleh penumpang-penumpang dan waris penumpang-penumpang dan Plaintif juga tidak membawa sama Defendan-defendan sebagai pihak-pihak ketiga dalam kes di Mahkamah Sesyen Ipoh, maka persetujuan merekodkan perintah penghakiman persetujuan membayar gantirugi telah dibuat oleh Plaintif sendiri secara unilateral tanpa melibatkan Defendan-defendan untuk berpeluang mempertikaikan tuntutan tersebut dan jumlah gantirugi yang dibayar yang menjadi tuntutan Plaintif dalam tindakan ini berasaskan ‘subrogasi’ atau ‘assignment’ oleh penumpang-penumpang atau waris penumpang-penumpang. Hujahan Responden/Plaintif [33] Peguamcara terpelajar bagi pihak Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa Plaintif mempunyai kausa tindakan dan locus standi membawa tindakan ini berdasarkan ‘assignment’ oleh penumpang-penumpang atau waris penumpang-penumpang yang telah melepaskan hak mereka kepada Plaintif. Peguamcara menghujahkan bahawa berasaskan kepada ‘assignment’ yang diberikan di bawah “Claim Discharge Receipt and Indemnity”, Plaintif boleh membawa tindakan ini atas nama Plaintif sendiri. Peguamcara selanjutnya menghujahkan terdapat hubungan kontraktual Plaintif selaku penanggung insuran (insurer) dan Defendan Pertama selaku pihak yang dilindungi (insured) di mana Plaintif bertanggungan membayar gantirugi kepada mangsa kemalangan 39 berdasarkan terma-terma Polisi insurans yang diisukan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama untuk bas AFX 2266. Peguamcara merujuk kepada keputusan Mahkamah Agong dalam kes Malaysian Nasional Insurance Sdn Bhd v Lim Tiok [1977] 2 MLJ 165 yang memutuskan penghakiman mahkamah terhadap penanggung insuran adalah “a liability in law”. Peguamcara selanjutnya menghujahkan Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam yang tidak menjadi pihak-pihak dalam Polisi insuran tersebut tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan penyelesaian tuntutan yang dimasuki di antara Plaintif dan mangsa kemalangan. Peguamcara juga menghujahkan oleh kerana kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam diasaskan kepada tort kecuaian maka tidak timbul isu locus standi Plaintif untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan-defendan. Peguamcara oleh itu menghujahkan bahawa Hakim bicara tidak melakukan kekhilafan apabila memutuskan di perenggan 68 alasan penghakiman beliau bahawa Plaintif mempunyai kausa tindakan dan locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam. Keputusan kami [34] Kami bersetuju dengan hujahan oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Defendan Keeempat, Kelima dan Keenam serta hujahan oleh peguam terpelajar bagi pihak Defendan Ketiga.. Penelitian kami ke atas dokumen penyerahanhak bertajuk “Claim Discharge Receipt and Indemnity” yang diberikan oleh penumpang atau waris penumpang terdapat pengataan yang bertulis “you have my authority to, at your own costs, use my name” dalam perenggan 4 dokumen tersebut. Kewujudan pengataan sedemikian dalam dokumen “assignment” atau 40 penyerahanhak oleh penumpang-penumpang dan waris penumpang-penumpang jelasnya adalah bersyarat (conditional) yang menghendaki bahawa sebarang tindakan yang hendak dibawa oleh Plaintif hendaklah dibawa atas nama penumpang atau waris penumpang. Kami bersetuju dengan hujahan Defendan-defendan bahawa penyerahanhak atau assignment yang mempunyai syarat sedemikian tidak boleh membentuk satu penyerahanhak atau assignment yang mutlak atau ‘absolute’ ke atas Plaintif. Plaintif oleh itu tidak mempunyai hak atau ‘vested rights’ untuk membawa tindakan ini atas nama Plaintif sendiri. Kes-kes keputusan mahkamah atasan seperti Nouvau Mont Dor (M) Sdn Bhd v Faber Development Sdn Bhd (1984) 2 MLJ 268 FC; Malaysia International Merchant Bank Bankers Bhd v Malaysian Airlines System Bhd [1982] 2 MLJ 59 FC; Hipperion (M) Sdn Bhd v Chung Khiaw Bank Ltd [1989] 2 MLJ SC, adalah otoriti yang mengatakan dalam memutuskan sama ada sesuatu dokumen penyerahanhak atau assignment tersebut adalah mutlak (absolute) atau sebaliknya “to be gathered only from the four corners of the document itself”. Hanya jika penyerahanhak tersebut mutlak (absolute) maka Plaintif sebagai “assignee” boleh membawa tindakan di atas nama Plaintif sendiri mahupun atas nama penyerahhak (assignor). Hakim bicara, dengan hormatnya, telah gagal memberi perhatian dan menimbangkan perkara ini yang sangat signifikan dalam menentukan sama ada Plaintif mendapat “assignment” secara formal/mutlak atau bersyarat. Jelasnya kandungan “Claim Discharge Receipt and Indemnity” yang mengandungi perkataan “you have my authority to, at your own costs, use my name” oleh penumpang-penumpang atau waris penumpang adalah bersyarat (conditional) dan bukan satu assignment yang mutlak (not an absolute assignment) di bawah maksud seksyen 4(3) Civil Law Act 1956. Kami berpendapat Plaintif oleh itu tidak boleh membawa tindakan ini atas nama Plaintif 41 sendiri yang bertentangan dengan kandungan “Claim Discharge Receipt and Indemnity” yang menjadi dokumen pegangan Plaintif dalam membawa tindakan ini. Kesemua dokumen “Claim Discharge Receipt and Indemnity” sejumlah 28 baucar pelepasan mempunyai perkataan yang sama iaitu “you have my authority to, at your own costs, use my name”. [35] Adalah juga fakta yang jelas bahawa kausa tindakan Plaintif ini bukan dan tidak diasaskan oleh Plaintif di bawah doktrin subrogasi dalam mana Plaintif mengambilalih hak-hak daripada Defendan Pertama (step into the First Defendant’s shoes) iaitu pemegang Polisi insuran bas AFX