i
(i) satu papan pemotong yang digunakan oleh Perayu Kedua untuk memotong daun-daun ganja (Eksibit P19).
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/e1a70524-7442-4d71-82e6-cd91a64a83cf
Court of Appeal of Malaysia8 Jan 2018W-05(M)-24-01/2017 berkaitan dengan W-05(M)-26-01/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fakta ini sebenarnya berlaku. Laporan polis telah dibuat oleh SP3 tidak berapa lama selepas peristiwa serbuan berlaku. (Lihat Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 6 MLJ 1; Jagdip Singh v State of Haryana [1974] SC 1978; Ram Swaroop & 2 Ors v State of Rajasthan [2004] 2 CRI 130). [14] Perayu Pertama telah memberi keterangan a”
“cution had not made out a prima facie case against the second accused and accordingly acquitted and discharged him without calling upon him to enter his defence.”. [23] Dalam Kes PP v Lai Ching Chong [1997] JCR 234, K.C Vohrah H (sebagaimana beliau ketika itu) berkata – “Even if there was a ‘slight struggle’ as stated”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.W-05(M)-24-01/2017 ANTARA SELVA KUMAR A/L SUPRAMANIAM ... PERAYU DAN PENDAKWARAYA ... RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO. W-05(M)-26-01/2017 ANTARA SUNDARA RAJ A/L PERIASAMY … PERAYU DAN PENDAKWARAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: 45A-14-2 Tahun 2016 Antara Pendakwaraya Dan
section
1. Selva Kumar a/l Supramaniam
section
2. Sundara Raj a/l Periasamy) KORAM MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR ALASAN KEPUTUSAN (MENENTANG) (PERAYU PERTAMA) Pendahuluan [1] Saya tidak bersetuju dengan keputusan majoriti (Ahmadi Haji Asnawi dan Kamardin Hashim, HHMR) yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah terhadap Perayu Pertama. Saya berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah tidak mencukupi untuk membolehkan sabitan dan hukuman terhadap Perayu Pertama dikekalkan. [2] Berhubung dengan Perayu Kedua, saya bersetuju, atas alasan-alasan yang dinyatakan oleh Kamardin Hashim, HMR, bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan sabitan yang dibuat terhadap Perayu Kedua adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang kukuh. Justeru, sabitan dan hukuman yang dibuat terhadap Perayu Kedua wajar dikekalkan. Pertuduhan [3] Kedua-dua Perayu telah dituduh, dengan niat bersama, mengedar seberat 2917.41 gram cannabis pada 16.5.2015, jam lebih kurang 5.00 petang, di sebuah rumah kosong tidak bernombor, Jalan Tenggiri off Jalan Riong, Bangsar, Brickfields, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Fakta Ringkas Kes [4] Aspek-aspek penting keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu Pertama bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
section
4.1. Saksi penting pihak pendakwaan ialah ASP Mohd Nazri bin Ismail (SP3). Dalam keterangannya, SP3 menyatakan bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, beliau telah mengetuai satu pasukan polis untuk membuat pemerhatian di sebuah rumah beralamat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil Hindu.
section
4.2. Selepas membuat pemerhatian selama 15 minit, SP3 dan anggotanya telah menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut. SP3 melihat dua orang lelaki India berada di dalam rumah tersebut – lelaki India yang dicamkan sebagai Perayu Pertama sedang duduk di atas sebuah katil dan lelaki India yang dicamkan sebagai Perayu Kedua dilihat sedang berdiri sambil memotong bahan-bahan tumbuhan yang disyaki ganja.
section
4.3. SP3 menyatakan bahawa semasa serbuan dilakukan, kedua-dua Perayu cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap. Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan takut dan cemas.
section
4.4. Pemeriksaan telah dijalankan di dalam rumah tersebut. Di atas sebuah meja kayu, dijumpai lima peket plastik lutsinar yang berisi daun-daun kering yang telah dipotong, disyaki sebagai ganja. Di bawah meja di mana Perayu Kedua dilihat sedang memotong bahan-bahan tumbuhan kering, dijumpai satu plastik besar berwarna hitam (Eksibit P9A) yang di dalamnya terdapat tiga peket plastik lutsinar yang setiap satunya berisi ketulan mampat disyaki sebagai ganja. Barang-barang kes lain yang dijumpai ialah:-
i
(i) satu papan pemotong yang digunakan oleh Perayu Kedua untuk memotong daun-daun ganja (Eksibit P19).
subparagraph
(ii) Sebilah pisau (Eksibit P20).
subparagraph
(iii) Satu alat penimbang digital Pocket Scale berjenama “Zero” (Eksibit P21).
subparagraph
(iv) Satu alat “sealer” berjenama “Panalux” (Eksibit P22);
v
(v) Satu rangkai tiga batang anak kunci yang dirampas dari poket seluar Perayu Pertama;
subparagraph
(vi) Satu telefon bimbit berjenama iPhone, milik Perayu Pertama (Eksibit P23);
subparagraph
(vii) Satu telefon bimbit berjenama Samsung, milik Perayu Kedua (Eksibit P24);
subparagraph
(viii) Satu telefon bimbit berjenama Nokia, milik Perayu Kedua (Eksibit P25); dan
subparagraph
(ix) Wang tunai sebanyak RM900.00.
section
4.5. Ahli kimia, Norhaya binti Jaafar (SP2), selepas menjalankan analisis yang diperlukan, mengesahkan bahawa bahan-bahan tumbuhan dan daun-daun kering berkenaan ialah cannabis seberat 2,917.41 gram. Keputusan Hakim Bicara [5] Hakim Bicara, dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan yang Perayu Pertama didapati memiliki dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan, bersandar kepada keterangan berikut:-
a
(a) Kehadiran Perayu Pertama di dalam rumah tersebut;
b
(b) Pelakuan Perayu Pertama yang kelihatan pucat dan cemas dan cuba untuk melarikan diri; dan
c
(c) Bau cannabis/ganja yang kuat. (Lihat muka surat 41 RR Jilid 1). [6] Dengan hormat, fakta-fakta di atas, dalam keadaan yang wujud dalam kes ini, kepada minda yang tidak prasangka (to unprejudiced mind), tidak mencukupi untuk membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa sesungguhnya Perayu Pertama memiliki cannabis yang menjadi perkara pertuduhan dalam makna undang-undang. [7] Tidak ada kaitan positif (affirmative link) antara Perayu Pertama dengan cannabis yang menjadi perkara pertuduhan. Ini ialah kerana –
i
(i) Tidak ada secebis keterangan pun yang boleh menunjukkan terdapatnya hubungan fizikal antara Perayu Pertama dan cannabis berkenaan;
subparagraph
(ii) Perayu Pertama bukanlah penghuni rumah tersebut dan tiada barangan peribadinya dijumpai dan/atau dirampas dari dalam rumah tersebut;
subparagraph
(iii) Jarak berdekatan (proximity) semata-semata tanpa keterangan tambahan lain, adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Perayu Pertama mempunyai jagaan dan kawalan, iaitu elemen penting dalam membuktikan milikan;
subparagraph
(iv) Fakta bahawa Perayu Pertama sedang tidur di atas katil adalah versi yang lebih munasabah untuk diterima oleh Mahkamah kerana Pegawai Penyiasat (SP4) semasa disoal balas menyatakan bahawa Perayu Pertama sedang berbaring dan tidak duduk di atas katil seperti yang didakwa oleh SP3. Perhatikan apa yang dikatakan oleh SP4 di muka surat 125 RR Jilid 2 – “A: Saya hanya dapat pastikan hanya baring tapi tidak dapat pastikan sama ada dia tidur lena ataupun hanya pejamkan mata tapi dia baring dalam keadaan baringlah.”. [8] Jurispruden mengenai jarak kedekatan (proximity) dalam hubungannya dengan pembuktian milikan adalah mantap dan telah berakar umbi dalam perbendaharaan undang-undang kita. Dalam kes Roslan bin Hanapi v P.P [2015] 6 CLJ, Mahkamah ini menyatakan di muka surat 474 – “23. On the evidence we found that neither custody nor control had been established against the appellant. Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of the imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the beg ... .”. (Penekanan ditambah). [9] Sebagai perbandingan, mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat telah membangunkan satu konsep yang lengkap mengenai konsep kedekatan (proximity) dalam membuktikan milikan dadah berbahaya. Misalnya, dalam kes Ledckev State [1973] 260 Ind. 382, 296 N.E 2nd 412, Mahkamah Rayuan Indiana berkata – “In the case of simple possession: ‘[M]erely being or having been present in a place where marijuana is found is not sufficient proof that such person is in possession of the drug where he is not in exclusive possession of the place’. Arant v. State (1972), Fla.App., 256 So. 2d 515, 516. The reason is that normally, without more, no ‘natural probative force’ can be placed upon mere presence at a place where narcotics are found. One could just as easily be present innocently as guiltily. Although evidence of presence would certainly be relevant, it alone would not be sufficient to sustain a conviction.”. [10] Timbalan Pendakwa Raya (“TPR”) terpelajar berhujah bahawa selain dari kehadiran Perayu Pertama di dalam rumah di mana cannabis dijumpai, terdapat keterangan tambahan bagi membuktikan Perayu Pertama memiliki cannabis tersebut secara bersama (“joint possession”) dengan Perayu Kedua. Keterangan tersebut ialah Perayu Pertama kelihatan pucat dan cemas dan cuba melarikan diri apabila SP3 dan pasukannya menyerbu rumah tersebut. Dihujahkan, sekiranya Perayu Pertama tidak memiliki cannabis tersebut, tidak ada apa-apa sebab untuk dia cuba melarikan diri. [11] Fakta bahawa Perayu kelihatan takut, cemas dan cuba melarikan diri sebenarnya telah dicabar oleh pihak pembelaan semasa SP3 disoal balas – “Q: Sebentar tadi ASP kata OKT-OKT telah beraksi takut, cemas dan cuba melarikan diri, betul? A: Betul. Q: Adakah ini satu fakta penting? A: Ya. Q: Setuju dengan saya fakta ini tidak tertulis atau dimaklumkan dalam aduan kamu sendiri, setuju? A: Setuju. Q: Saya cadangkan, reaksi takut, cemas dan cuba melarikan diri, ini merupakan satu rekaan kamu semata-mata setuju? A: Tidak setuju.”. (Lihat muka surat 63 – 64 RR Jilid 2). [12] Keterangan lisan SP3 mengenai pelakuan Perayu Pertama cuba melarikan diri tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain, termasuklah laporan polis yang dibuat oleh SP3 sendiri. (Lihat Eksibit P15 di muka surat 75 RR Jilid I). Penjelasan yang diberikan oleh SP3 ialah beliau terlepas pandang mengenai perkara ini. [13] Dengan hormat, pada hemat saya, SP3 tidak akan terlepas pandangan untuk menyatakan fakta bahawa Perayu Pertama telah cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat di dalam laporan polisnya sekiranya fakta ini sebenarnya berlaku. Laporan polis telah dibuat oleh SP3 tidak berapa lama selepas peristiwa serbuan berlaku. (Lihat Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 6 MLJ 1; Jagdip Singh v State of Haryana [1974] SC 1978; Ram Swaroop & 2 Ors v State of Rajasthan [2004] 2 CRI 130). [14] Perayu Pertama telah memberi keterangan atas sumpah. Keterangannya boleh diuji dengan senjata yang paling berkesan – soal balas. Malangnya, tidak ada satu soalan pun dikemukakan kepada Perayu Pertama mengenai penyataan SP3 bahawa Perayu Pertama kelihatan takut, cemas dan cuba melarikan diri. Memandangkan pelakuan ini merupakan fakta yang penting kepada pihak pendakwaan, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan sebarang soalan mengenainya kepada Perayu Pertama agak memeranjatkan dan menimbulkan pelbagai persoalan. [15] Jika sekiranya diterima keterangan SP3 mengenai pelakuan Perayu Pertama ini sekali pun, di mana dinafikan, pada hemat saya, ia tidak dapat secara pasti membuktikan milikan di pihak Perayu Pertama. Saya telah berpeluang menjelaskan perkara ini secara terperinci dalam kes Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng dan Satu Lagi [2015] 1 LNS 1226 di mana sabitan terhadap Perayu Pertama telah disahkan dan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan dan sabitan terhadap Perayu Kedua diketepikan. Di muka surat 19 – 21, saya mengatakan – “[35] Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264]. [36] Inference is a question of fact. Each case must depend on its own peculiar facts. In the case of Kural [1987] 70 ALR 658, the Court stated – “[T]he requisite intention is a question of fact and that in most cases the outcome will depend on an inference to be drawn from primary facts found by the tribunal of fact. In this, as in other areas of the law, it is important not to succumb to the temptation of transforming matters of fact into propositions of law.”. [37] In Abdullah Zawawi bin Yusoff v P.P [1993] 3 MLJ 1, the then Supreme Court did not consider the accused’s flight as amounting to guilt even after the discovery of the drugs. Edger Joseph Jr SCJ observed as follows – “We now come to what does seem to us to be evidence of a potent kind against the appellant, namely his conduct in taking to his heels upon Inspector Mat Yusoff announcing the discovery of the drugs in the box. This conduct of the appellant was consistent with his having known of the presence of the drugs in the box before their discovery, indicating thereby a sense of guilt. On the other hand, it was conduct equally consistent with the appellant being in a state of pure panic. An innocent man faced with the prospect of arrest on a capital charge might foolishly react in that way.”. [16] Sama ada reaksi takut, cemas dan pelakuan melarikan diri dapat digunakan untuk membuktikan pengetahuan seseorang tertuduh adalah banyak bergantung kepada fakta atau keadaan yang wujud dalam sesuatu kes. Aksiom (axiom) undang-undang jenayah: “the wicked flee when no man pursueth; but the righteous are bold as a lion” tidak terpakai secara universal. [17] Adalah perlu ditekankan bahawa sama ada inferen pengetahuan boleh dibuat berdasarkan reaksi dan/atau pelakuan seseorang tertuduh adalah banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud di dalam sesuatu kes. Justeru, seperti dinyatakan di dalam kes Kural (supra), “it is important not to succumb to temptation of transforming matters of fact into propositions of law”. [18] Dalam hubungan ini, barangkali bermanfaat jika kita melihat pendekatan mahkamah-mahkamah dalam bidang kuasa lain mengenai hal ini. Mahkamah Filipina dalam kes People v Mores, G.R No. 1898846, Jun 26, 2013 memetik kes People v Asilan, G.R No. 188322, April 11, 2012, 669 SCRA 405, 419 seperti berikut – “Flight is indicative of guilt, but its converse is not necessarily true. Culprits behave differently and even erratically in externalizing and manifesting their guilt. Some may escape or flee – a circumstance strongly illustrative of guilt – while others may remain in the same vicinity so as to create a semblance of regularity, thereby avoiding suspicion from other members of the community.”. [19] Mahkamah Atasan (Superior Court) Pennsylvania dalam kes Commonwealth v Bruce, Ogos 26, 1998, menyatakan – “ A person may flee or hide for some other motive and may do so even though innocent. Whether the evidence of flight or concealment in this case should be looked at as tending to prove guilt, depends upon the facts and circumstances of this case and especially upon motives which may have prompted the flight or concealment. You may not find [appellant] guilty solely on the basis of evidence of flight or concealment.”. [20] Dalam kes Matru Alias Girish v The State of UP AIR 1971 SC 1050; 1971 Cri L.J 913, Mahkamah Agung India berkata – “Mere absconding by itself does not necessarily lead to a firm conclusion of guilty mind. Even an innocent man may feel panicky and try to evade arrest when wrongly suspected of a grave crime: such is the instinct of self-preservation. The act of absconding is no doubt relevant piece of evidence to be considered along with other evidence but its value would always depend on the circumstances of each case. Normally the courts are disinclined to attach much importance to the act of absconding, treating it as a very small item in the evidence for sustaining conviction. It can scarcely be held as a determining link in completing the chain of circumstantial evidence which must admit of no other reasonable hypothesis than that of the guilt of the accused.”. [21] Jika saya boleh menambah, dalam kehidupan harian kita, kita mendapati reaksi seseorang terhadap serbuan atau tangkapan oleh pihak polis adalah berbeza antara satu sama lain. Adakalanya seseorang yang tidak bersalah akan melarikan diri dari tempat berlakunya jenayah kerana khuatir ditangkap sebagai yang disyaki dan ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, dan/atau kadangkala mereka melarikan diri kerana enggan untuk hadir sebagai saksi atau tidak ingin terlibat dengan proses penyiasatan yang berlarutan. [22] Perkara ini nampaknya telah diambil perhatian oleh mahkamah-mahkamah Malaysia. Dalam kes P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 AMR 3457, Augustine Paul H (sebagaimana beliau ketika itu) berkata:- “But evidence of mere absconding or flight is not such a vital circumstance which can be considered to show that the absconder was having any guilty mind (see Bhagat Bahadur v State (1996) Cri LJ 2001). Such conduct must be considered in the totality of the evidence adduced (see Mansor bin Mohd Rashid’s case). For it to be capable of amounting to an admission of guilt there must be a nexus between his conduct, his flight and the offence in question.” Judged against the background of what I have said with regard to the first fact, there is no nexus between the drugs seized and the act of the second accused in running away. In the absence of such evidence, the second fact is also consistent with the innocence of the second accused as he could have been in a state of pure panic (see Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 2 AMR 2121). Therefore there is no evidence, either direct or by way of inference, of any relationship between the two accused persons with regard to the offence they had been charged with. In the circumstances, I ruled that the prosecution had not made out a prima facie case against the second accused and accordingly acquitted and discharged him without calling upon him to enter his defence.”. [23] Dalam Kes PP v Lai Ching Chong [1997] JCR 234, K.C Vohrah H (sebagaimana beliau ketika itu) berkata – “Even if there was a ‘slight struggle’ as stated by PW3 when the accused was being arrested or that he tried to ‘run away’ (as PW3 stated under cross-examination), I would not read too much into these actions as these actions could be actions of an innocent man reacting to an unexpected and sudden confrontation.”. [24] Saya bersetuju dengan hujahan TPR terpelajar bahawa Perayu Pertama perlu memberi penjelasan terhadap pelakunya yang melarikan diri semasa serbuan dibuat oleh pasukan polis yang diketuai oleh SP3, jika pelakuan tersebut benar berlaku. (Lihat Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19, 1 CLJ 717, Ibrahim bin Mohamed v P.P [2011] 4 CLJ 133). Namun dalam kes ini, Perayu Pertama telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau cuba melarikan diri seperti yang didakwa oleh SP3. [25] Saya tidak bersetuju dengan penemuan hakim bicara bahawa terdapat bau yang kuat cannabis yang terdapat di dalam rumah tersebut dan dengan demikian Perayu Pertama mengetahui kewujudan cannabis yang menjadi hal perkara petuduh. Tidak terdapat secebis keterangan pun daripada mana-mana saksi yang mengesahkan perkara ini, termasuklah SP3. Ia merupakan spekulasi yang tidak berasas. Jika dilihat kepada gambar-gambar cannabis yang dirampas di muka surat 13 RR Jilid 3, adalah jelas bahawa kesemua cannabis tersebut berada di dalam peket plastik yang tidak mengeluarkan bau. Pada hemat saya, penemuan hakim bicara mengenai perkara ini adalah bertentangan dengan keberatan keterangan dan telah memprejudiskan Perayu Pertama. Adalah tidak berlebihan, dalam hal ini, hakim bicara “engaged in surmise fanciful conjecture”. [26] Walau apapun jua, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa tanpa bukti mengenai jagaan dan kawalan milikan tidak dapat dibuktikan. Dalam kes P.P v Lin Lian Chen [2991] 2 MLJ 561, Mahkamah Agung menyatakan – “In this context, mere knowledge of the presence of the seven newspaper packages or the cigarette packet in the Honda without more would not be sufficient to constitute custody or control thereof though it would constitute an essential step in that direction. But the position here was that there was not even proof of such knowledge much less proof of knowledge of the presence of the offending exhibits in the seven newspaper packages or the cigarette packet. For example, there was nothing to indicate for how long in all the respondent had been in charge of the Honda and such evidence as had been adduced indicated that he was seen only briefly at the wheel. No evidence was adduced as to whether the seven packages or the cigarette box had been dusted for fingerprints or as to whether the respondent's hands or fingernail clippings were examined for traces of heroin nor was there anything even suspicious about the behaviour of the respondent before or at the time of his arrest; for example, he made no difficulties when arrested. We consider that it would not be an unfair summary of the case for the prosecution against the respondent, on the question whether it was proved that he was in custody or control of the seven packages or the cigarette packet, containing the offending exhibits, if we said that the evidence against him in relation thereto was, essentially, of juxta position. It goes without saying that such evidence, which amounts to nothing more than grave suspicion, is totally inadequate for purposes of inferring, control or even custody of the containers concerned, sufficient to attract the presumption under s. 37(d). Accordingly, on this ground alone, the learned Judge was perfectly entitled to rule, at the close of the case for the prosecution, that the respondent had no case to answer and to acquit and discharge him. “. Rumusan Perbincangan [27] Rumusan dari perbincangan di atas ialah bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah tidak memadai untuk membuktikan bahawa Perayu Pertama memiliki cannabis yang menjadi hal pekara pertuduhan dalam makna undang-undang. [28] Perlu diambil perhatian bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah dituduh dengan niat bersama, melakukan perbuatan mengedar cannabis seperti yang dipertuduhkan. [29] Kes Sabaruddin Non v P.P [2005] 1 CLJ 466 dan Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v P.P [2010] 1 CLJ 17, menyatakan bahawa bagi membuktikan niat bersama –
a
(a) tertuduh mestilah dibuktikan telah melakukan sesuatu yang mempunyai hubungan (nexus) dengan kesalahan; dan
b
(b) terdapat pra-perancangan sebelum kesalahan tersebut dilakukan. [30] Saya telah menyemak Rekod Rayuan dengan teliti dan mendapati Rekod Rayuan gersang dan tandus (barren) keterangan yang boleh menunjukkan bahawa –
a
(a) Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah mengenali satu sama lain sebelum 1.5.2015;
b
(b) Mereka telah datang ke rumah tersebut secara bersama; dan
c
(c) Perayu Pertama telah melakukan tindakan positif dan/atau mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan pengedaran, misalnya, Perayu Pertama membungkus, memotong daun-daun atau perbuatan lain yang berkaitan dengan cannabis. (Lihat kes Lee Chez Kee v Public Prosecutor [2008] 3 SLR 447) [31] Pada pandangan saya, terdapat salah arah serius di pihak hakim bicara apabila beliau memutuskan bahawa dalam keadaan yang wujud dalam kes ini niat bersama telah dibuktikan tanpa terdapatnya keterangan-keterangan seperti yang dinyatakan di atas. [32] Dalam penghujahannya, TPR mengingatkan Mahkamah ini bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh hakim bicara tidak wajar diganggu (lihat kes Harchan Singh & Ors. V P.P [1969] 1 LNS 52; [1969] 1 MLRA 382(MP)). [33] Saya bersetuju dengan proposisi undang-undang di atas sekiranya penemuan fakta yang dibuat oleh hakim bicara tidak ketara salah (“not plainly wrong”) dan/atau tidak bertentangan dengan keberatan keterangan (“not against the weight of evidence”). [34] Dalam kes Yap Gian Beng Terrace v P.P [1998] 3 SLR 656, Ketua Hakim Singapura Yong Pung How berkata di muka surat 24 – “It is trite law that an appellate court should be slow to overturn the trial judge’s findings of fact, especially where they hinge on the trial judge’s assessment of credibility and veracity of witnesses, unless they can be shown to be plainly wrong or against the weight of the evidencen.”. [35] Beliau seterusnya menyatakan di muka surat yang sama – “[W]hen it comes to inferences of facts to be drawn from the actual findings which have been ascertained, a different approach will be taken. In such cases, it is again trite law that an appellate judge is as competent as any trial judge to draw any necessary inferences of fact from the circumstances of the case.”. [36] Dalam kes ini, apa yang dipertikaikan oleh Perayu Pertama bukanlah penemuan fakta hakim bicara semata-mata tetapi sebahagian besarnya adalah berkisar kepada inferen yang dibuat oleh hakim bicara dalam mencapai keputusannya bahawa Perayu Pertama didapati memiliki cannabis yang menjadi hal perkara pertuduhan. [37] Di akhir rayuan, saya telah bertanya kepada diri saya soalan yang perlu ditanya oleh setiap orang hakim yang mendengar kes jenayah – “Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adakah keterangan tersebut apabila dilihat secara keseluruhan adalah mencukupi dan selamat untuk mensabitkan Perayu Pertama dengan pertuduhan yang dikemukakan?”. [38] Saya tiada ragu-ragu bahawa jawapannya ialah “tidak” – tidak cukup keterangan dan tidak selamat. Kesimpulan [39] Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya tidak teragak-agak untuk membenarkan rayuan Perayu Pertama. Sabitan dan hukuman hakim bicara dengan ini diketepikan dan Perayu Pertama dibebas dan dilepaskan serta merta. Bertarikh: 8hb Mac 2018 sgd. (DATO’ SETIA MOHD ZAWAWI SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu Pertama: Hisyam Teh Poh Teik Messrs. Teh Poh Teik & Co., Advocates & Solicitors Suite 11.08, Level 11, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru. Peguamcara Perayu Kedua: Rajpal Singh (Harpal Singh, Siti Anis binti Che Ab Wahab bersamanya) Messrs. Rajpal, Firah & Vishnu No. 42-1A, First Floor Jalan Medan Batu Caves 1 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan. Peguamcara Responden: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Aras 5, Jabatan Peguam Negara No 45, Blok 4G7 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.