Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: TAHUN 2024 DI ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU
WA-45A-106-12/2021 & WA-45-19--03/2022
High Court of Malaysia31 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oin dan Monoacetylmorphines; dan d) Tertuduh-Tertuduh mempunyai niat bersama untuk masing-masing mengedar dan memiliki dadah berbahaya tersebut. [23] Di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17, Hakim Thompson menyatakan: “Possession” itself as regards the criminal law is described”
“rangan yang terdapat di dalam siasatan, benefitnya perlu diberi kepada Tertuduh. Di atas sebab ini sahaja Tertuduh-Tertuduh sebenarnya tidak perlu dipanggil membela diri. [54] Di dalam kes Mat v. PP [1963] MLJ 263 Mahkamah menyatakan jika Mahkamah tidak percaya dengan keterangan yang diberikan bagi pihak Tertuduh sekal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: TAHUN 2024 DI ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU
1
1.
2
LAVANEIA A/P GUNASEKARAN ... RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Dalam Perkara Perbicaraan Jenayah No.: WA-45A-106-12/2021 & WA-45-19-03/2022) Di Antara
1
1.
2
LAVANEIA A/P GUNASEKARAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-Tertuduh (suami isteri) telah dituduh dengan 4 pertuduhan di mana pertuduhan pindaan pertama dan kedua masing-masing melibatkan pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine [berat bersih: 18,462 gram dan 7,816.5 gram], satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Selain daripada itu, kedua-dua mereka juga menghadapi 2 pertuduhan lain iaitu bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis Heroin [berat bersih: 13.5 gram] dan Monoacetylmorphines [berat bersih: 4.9 gram]. [2] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah mendapati kedua-dua Tertuduh tidak bersalah dan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan tersebut. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Perayu/Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut. 3 B. FAKTA KES VERSI PENDAKWAAN [4] Bertindak diatas maklumat di terima mengenai aktiviti pengedaran dadah yang akan berlaku di kawasan parking Aras 2A, Tiara Mutiara Apartment, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pada 20.02.2021 pukul 08:00 hours, Inspektor Mohd Faisal Ibrahim (SP11) telah mengetuai anggota kumpulan ke tempat serbuan tersebut selepas taklimat. [5] Sesampai ditempat serbuan pada pukul 13:40 hours SP11 dan pasukan telah membuat pemerhatian terhadap saspek lelaki dan perempuan India yang membawa bungkusan keluar dari pintu keluar/masuk Aras 2A pangsapuri tersebut. [6] Lebih kurang jam 14:00 hrs, SP11 dan pasukan telah melihat (1) lelaki India keluar dari pintu keluar/masuk lif aras 2A sambal menjinjit beg plastik berwarna oren di kedua-dua belah tangannya. Ketika itu, kedua-dua lelaki dan perempuan India tersebut (Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua) kelihatan pucat dan gelisah. [7] SP11 telah memulakan pemeriksaan ke atas kedua-dua beg plastik berwarna oren yang ditemui bersama-sama Tertuduh Pertama dan hasil pemeriksaan mendapati di dalam beg plastik berwarna oren yang di tangan kanan Tertuduh Pertama mengandungi (5) bungkusan plastik warna hijau bertulis ‘Qing Shan’ berisi serbuk dan ketulan kecil dadah yang kemudianya disahkan sebagai methamphetamine, manakala plastik oren yang dijinjit di tangan sebelah kiri Tertuduh pula mengandungi (6) bungkusan bungkusan 4 plastik warna hijau bertulis ‘Qing Shan’ berisi serbuk dan ketulan kecil dadah yang kemudianya disahkan sebagai methamphetamine. [8] SP 11 juga medapati beg sandang yang dipakai oleh Tertuduh Pertama mengandungi (1) kunci berlogo ‘H’ dan serangkai kunci mengandungi (5) batang anak kunci serta kad akses. Setelah disoal mengenai kunci tersebut, Tertuduh Pertama memaklumkan ianya adalah kunci kereta Honda serta kad akses dan kunci rumah dan telah membawa SP11 dan pasukan ke kereta tersebut. [9] Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan Honda Accord nombor pendaftaran WNL 2398 tidak menemui apa-apa barang salah. SP11 turut merampas (2) unit telefon bimbit jenama Samsung dan (1) unit telefon bimbit jenama Nokia dari kedua-dua Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua. [10] Kemudian, pada jam Iebih kurang 14:15 hrs, semasa SP11 menemubual Tertuduh Pertama, Tertuduh Pertama telah memberitahu SP11 bahawa terdapat ‘ais’ di dalam rumah yang mana kad akses dan kunci dirampas dari Tertuduh Pertama. SP11 telah mencatit temubual tersebut di atas sekeping kertas (Ekshibit P70). [11] Dengan dipandu arah oleh Tertuduh Pertama, SP11 dan pasukannya telah pergi ke alamat No. 5-16, Tiara Mutiara, Jalan Puchong, Off JIn Klang Lama, Brickfields. Apabila sampai di alamat tersebut, SP11 telah mengarahkan Tertuduh Pertama membuka pintu gril dan pintu rumah tersebut. Keterangan SP11 menyatakan gari telah dibuka dan SP11 mengarahkan anggota untuk menggari pada bahagian 5 hadapan dan melonggarkan sedikit gari bagi tujuan membuka kunci rumah tersebut. [12] Tertuduh Pertama kemudiannya telah menunjukkan biiik pertama di dalam rumah tersebut dan membuka bilik tersebut. Hasil pemeriksaan, SP11 dan pasukannya telah menemui sejumlah dadah iaitu (1) bekas berwarna biru berisi bahan serbuk dan ketulan kecil kristal dadah methamphetamine; (24) bungkusan plastik bertulis ‘Qing Shan’ mengandungi methamphetamine, (1) bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan berwarna perang dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines. SP11 turut merampas alat-alat (parafanilia) yang disyaki digunakan bagi tujuan pengedaran dadah di dalam bilik yang sama. [13] Setelah selesai segala dokumentasi, SP11 seterusnya telah membawa dadah-dadah yang dirampas dan kedua-dua Tertuduh serta barang-barang rampasan lain ke pejabat dan menyerahkan kepada Pegawai Penyiasat Kes (SP12), Inspektor Azhanizam bin Ahmad. [14] Pada 3.3.2021, Pegawai Penyiasat Kes (SP12) telah menghantar dadah-dadah yang dirampas tersebut ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisa yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan-bahan yang ditemui tersebut merupakan dadah berbahaya seperti berikut: 6
i
(i)
5
peket plastik bertanda AA1a hingga AA5e mengandungi dadah jenis methamphetamine berat bersih berjumlah 3,555.3 gram;
II
(ii)
6
peket plastik bertanda BB1a hingga BB6f mengandungi dadah jenis methamphetamine berat bersih berjumlah 4,261.2 gram;
III
(iii)
1
peket plastik bertanda C3 mengandungi dadah jenis methamphetamine berat bersih 1,243.9 gram;
IV
(iv)
24
bungkusan plastik bertanda DD1a hingga DD24x mengandungi dadah jenis methamphetamine berat bersih berjumlah 17,218.1 gram; dan
v
(v)
1
bungkusan plastik bertanda DD25 mengandungi dadah jenis heroin berat bersih 13.5 gram dan monoacetylmorphines berat bersih berjumlah 4.9 gram. [15] Selain dari eksibit-eksibit dadah, beberapa eksibit lain yang dijumpai didalam Unit tersebut oleh Pegawai Penyiasat seperti tuala telah juga dihantar untuk di analisa DNA di mana ianya adalah positif. Versi Pembelaan yang dicadangkan semasa kes Pendakwaan [16] Pembelaan telah mencadangkan bahawa walaupun plastik oren dilihat dipegang oleh Tertuduh Pertama mengandungi dadah namun, Tertuduh Pertama (apatah lagi Tertuduh Kedua) tidak memilikinya 7 dan tidak mengetahui ianya mengandungi dadah kerana ianya adalah kepunyaan Dinesh yang dikaburi dengan bungkusan hijau yang bertulis kandungan adalah sejenis teh cina. Begitu juga dadah-dadah yang berada di Unit berkenaan. [17] Dinesh telah meminta Tertuduh Pertama supaya datang ke Unit berkenaan (No 5-16) iaitu Unit yang telah disewa Dinesh dengan meggunakan nama teman wanitanya iaitu Kesavathini dan mengambil kedua-dua plastik oren tersebut di unit tersebut. Dinesh meminta Tertuduh Pertama menghantar kandungan tersebut kepada kawan Dinesh, Sivakumaran kerana Dinesh hendak pergi out station selama hampir sebulan. Dinesh memberitahu Tertuduh Pertama bahawa bungkusan tersebut mengandungi teh cina. C. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [18] PERTUDUHAN PINDAAN 1 Bahawa kamu bersama-sama pada 26/2/2021 jam lebih kurang 2.30 petang bertempat di alamat No. 5-16, Tiara Mutiara, Jalan Puchong, Off Jln Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine [berat bersih: 18,462 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 8 Jika disabitkan dengan kesalahan hendaklah dihukum dengan hukuman mati, atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada lima belas sebatan. [19] PERTUDUHAN PINDAAN 2 Bahawa kamu bersama-sama pada 26/2/2021 jam lebih kurang 2.00 petang bertempat di hadapan pintu masuk dan keluar lif Aras 2A Tiara Mutiara, Jalan Puchong, Off JIn Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine [berat bersih: 7,816.5 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 9 Jika disabitkan dengan kesalahan hendaklah dihukum dengan hukuman mati, atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada lima belas sebatan. [20] PERTUDUHAN PINDAAN 3 Bahawa kamu bersama-sama pada 26/2/2021 jam Iebih kurang 2.30 petang bertempat di alamat No. 5-16, Tiara Mutiara, Jalan Puchong, Off Jln Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memiliki dadah berbahaya jenis Heroin [berat bersih: 13.5 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau untuk tempoh tidak kurang daripada 5 tahun, dan juga akan dikenakan dengan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. [21] PERTUDUHAN PINDAAN 4 10 Bahawa kamu bersama-sama pada 26/2/2021 jam lebih kurang 2.30 petang bertempat di alamat No. 5-16, Tiara Mutiara, Jalan Puchong, Off Jln Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memiliki dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines [berat bersih: 4.9 gram], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun, dan juga akan dikenakan dengan sebatan tidak kurang dari 3 sebatan tetapi tidak Iebih dari 9 sebatan. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH
a
Di Peringkat Pendakwaan/Prima Facie [22] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie telah berjaya diwujudkan. Ke arah itu, pihak Pendakwaan perlu membuktikan intipati-intipati pertuduhan seperti berikut: 11 a) Tertuduh-Tertuduh mempunyai milikan (possession), atau jagaan dan kawalan (‘control and custody’) dan pengetahuan terhadap dadah tersebut; b) Tertuduh-Tertuduh telah pada tempat, masa dan tarikh brkenaan telah melakukan kesalahan mengendar dadah atau ‘trafficking’ setelah beratnya berjumlah melebihi had statutori; c) ‘Subject matter’ yang terlibat dalam kesalahan mengedar ialah Methamphetamine serta memiliki dadah Heroin dan Monoacetylmorphines; dan d) Tertuduh-Tertuduh mempunyai niat bersama untuk masing-masing mengedar dan memiliki dadah berbahaya tersebut. [23] Di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17, Hakim Thompson menyatakan: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” 12 [24] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan untuk membuktikan elemen pengetahuan dimana keterangan secara terus memang sukar diperolehi. Akhirnya pihak Pendakwaan perlu bergantung kepada keterangan mengikut keadaan contohnya Tertuduh cuba lari apabila mendengar “Polis, Polis”, atau kelihatan takut dan gelisah atau cuba membuang barang yang dipegangnya apabila ditahan Polis. (Lihat Parlan Dadeh [2008] 6 MLJ 19 (FC). Lain-lain termasuk barang-barang dadah ditutup rapat atau dikaburi dengan bungkusan khas contohnya “Milo”, teh cina dan lain-lain untuk mengelak daripada dikesan Pihak Penguatkuasa. [25] Memandangkan dadah-dadah tersebut dijumpai didalam pegangan kedua-dua tangan Tertuduh Pertama, dan juga dirumah yang mana Tertuduh Pertama mempunyai kunci dan akses, dan berdasarkan penilaian maksima seperti yang ternyata di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] dan PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, mahkamah mendapati Tertuduh-Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut. Berdasarkan reaksi kedua-dua Tertuduh tersebut yang terperanjat apabila ditahan oleh SP11 dan pasukan dan juga hasil soal-siasat SP11 di mana OKT1 membawa SP11 dan pasukan ke Unit di mana dadah-dadah lain dijumpai maka, inferensi yang ditimbulkan ialah kedua-dua Tertuduh bersama-sama mempunyai pengetahuan mengenai kehadiran dadah-dadah tersebut. [26] Justeru itu, maka terbukti kedua-dua Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut (mens 13 rea possession). Memandangkan dadah-dadah dipertuduhan pindaan pertama dan kedua adalah melebihi had statutori maka, anggapan statutori dibawah Seksyen 37(da) tertimbul dan kedua-dua Tertuduh telah dipanggil untuk membela diri untuk kesemua pertuduhan.
b
Kes Pembelaan [27] Kedua-dua Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah. Seperti yang telah dibentangkan di dalam kes Pendakwaan, kedua-dua Tertuduh menafikan dadah-dadah tersebut adalah milikan mereka, sebaliknya milikan seorang bernama Dinesh. (Dinesh Kumar) sebelum kedua-dua mereka ditangkap, Dinesh telah meminta pertolongan kedua-dua mereka menghantar kedua-dua plastik oren yang dipegang oleh Tertuduh Pertama tersebut kepada seorang bernama Sri Kumaran. Dinesh tidak memberitahu kedua-dua Tertuduh bahawa kandungan kedua-dua plastik tersebut adalah dadah dan bukan teh herba (teh cina). Dinesh telah meminjamkan keretanya dan juga kunci-kunci untuk memasuki Unit Dinesh iaitu Unit 5-16 Tiara Mutiara. Tertuduh Pertama baru ambil kedua-dua plastik oren tersebut dari Unit berkenaan dan ditangkap setelah ditahan SP11 dan pasukannya di pintu keluar/masuk Lif di Aras 2A Pangsapuri. [28] Versi Pembelaan ini telah dikemukakan seawal kes Pendakwaan lagi dan ianya adalah konsisten dengan keterangan mereka dimahkamah. 14 [29] Dinesh telah datang memberi keterangan sebagai SD3 yang juga konsisten dengan keterangan yang diberikan Tertuduh-Tertuduh. Dia mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut bukan kepunyaan kedua-dua Tertuduh tetapi milikannya. Kedua-dua Tertuduh tidak terlibat di dalam urusan ini dan tidak mengetahui menghadiri kehadiran dadah-dah tersebut. [30] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa kes Pembelaan dan Pendakwaan di akhir kes sebelum membuat apa-apa keputusan berdasarkan kehendak Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah dan telah membuat penganalisaan dan dapatan seperti di bawah:
a
Sama ada kedua-dua Tertuduh mempunyai milikan (mens rea possession) terhadap dadah-dadah tersebut
i
Jagaan dan kawalan serta pengetahuan [31]
Preamble
Mengikut keterangan SP11, semasa SP11 bersama-sama pasukannya menyerbu tempat kejadian, SP11 sendiri melihat Tertuduh Pertama sedang menjinjit (2) plastik bewarna oren pada kedua-dua belah tangan Tertuduh Pertama (Eksibit P25 & P26 dan P25B & P30) serta Tertuduh Kedua mengikut Tertuduh Pertama dari belakang, sebelum mereka diserbu SP11 dan pasukannya. 15 [32] Hasil pemeriksaan oleh SP11 dan pasukannya ke atas kedua-dua plastik berwarna oren yang sedang dipegang oleh Tertuduh Pertama, menemui sejumlah peket-peket plastik bertulis teh cina ‘Qing Shan’ yang kemudiannya setelah analisa, disahkan sebagai dadah jenis methamphetamine berat bersih 7,816.5 gram. [33] Keterangan terus tersebut menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama mempunyai milikan fizikal (‘physical possession’) terhadap barang-barang kes tersebut, manakala Tertuduh Kedua yang mengikut Tertuduh Pertama dari belakang juga mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes tersebut kerana berada bersama dengannya. [34] Fakta bahawa kad Access, kunci rumah yang dijumpai bersama Tertuduh Pertama dan Tertuduh Pertama boleh membuka Unit tersebut dengan menggunakan kad Access dan kunci tersebut menunjukkan Tertuduh Pertama mempunyai jagaan dan kawalan terhadap Unit tersebut dan dadah-dadah yang dijumpai di dalamnya. Fakta bahawa hasil soal-siasat terhadap Tertuduh Pertama oleh SP11 dan Tertuduh Pertama telah membawa SP11 dan pasukannya ke rumah/Unit berkenaan dan mereka kelihatan terkejut dan gelisah menunjukkan pengetahuan mereka terhadap dadah-dadah tersebut. Justeru pemilikan dan pengetahuan (mens rea possession) telah berjaya dibuktikan dan bagi pertuduhan Pertama dan Kedua, anggapan di bawah Seksyen 37 (da) bahawa kedua-dua Tertuduh telah mengedar dadah tercetus. Maka mereka diperintahkan untuk membela diri untuk semua pertuduhan. 16
b
Sama ada Pembelaan Tertuduh-Tertuduh bahawa dadah tersebut adalah bukan milikan mereka tetapi milikan seorang bernama Dinesh berjaya dibuktikan [35] Perlu ditekankan di sini bahawa tanggungjawab Tertuduh-Tertuduh apabila diperintah untuk membela diri hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja terhadap kes Pendakwaan sambil mematahkan anggapan pengedaran yang dikenakan terhadap mereka. Di dalam hal ini, setelah mengambil kira semua keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati mereka berjaya membuktikan lebih dari itu. Proposisi “Radhi’s direction” telah dipenuhi di mana dibuktikan bahawa Dinesh bukanlah karektor yang direka tetapi dia memang wujud malahan telah hadir memberi keterangan bahawa dadah tersebut adalah milikannya. Ini akan dibincangkan di para-para seterusnya.
II
(ii) Sama ada Pembelaan Tertuduh-Tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dan mematahkan anggapan Pengedaran.? [36] Kedua-dua Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2 masing-masing. Antara lain, kedua-dua Tertuduh menafikan bahawa dadah-dadah tersebut kepunyaan mereka. Namun ianya adalah kepunyaan seorang bernama Dinesh, yang meminta Tertuduh Pertama menghantarnya kepada seorang bernama Sri Kumaran iaitu pelanggannya kerana Dinesh ingin pergi 17 ke luar stesen selama sebulan. Tertuduh Pertama telah diberitahu oleh Dinesh bahawa beg-beg plastik oren tersebut (yang mengandungi teh cina) boleh diambil dengan mudah kerana ianya berada dekat dengan pintu masuk Unit tersebut. Pada hari kejadian mereka berdua baru sahaja turun dari Unit/rumah sewa Dinesh di tingkat atas di nombor 5-16 Pangsapuri tersebut dengan Tertuduh Pertama memegang kedua-dua plastik oren yang hendak dihantarnya kepada Sri Kumaran apabila kedua-dua mereka diserbu dan ditangkap oleh SP11 dan pasukannya. Mereka berdua tidak tinggal di situ tetapi di Bukit Jalil.
III
(iii) Saksi sokongan Pembelaan [37] Keterangan pembelaan bukan berakhir disitu sahaja. Pembelaan telah memanggil saksi sokongannya iaitu SD3, Dinesh Kumar a/l Prakasam. (Dinesh) Seperti yang diterangkan sebelum ini, Dinesh telah dipanggil dan telah memberi pengakuan seperti yang telah Pembelaan cadangkan di dalam kes Pendakwaan iaitu dadah-dadah tersebut adalah milikannya dan dialah yang meminta bantuan supaya Tertuduh Pertama menghantar barang-barang tersebut kepada seorang bernama Sri Kumaran. Dinesh mengesahkan kedua-dua Tertuduh tidak mengetahui kandungan di dalam kedua-dua beg plastik oren tersebut adalah dadah. Ringkasnya, Dinesh bukan hadir untuk memberi keterangan-keterangan secara “membuta tuli” bagi pihak kedua-dua Tertuduh ini tetapi demi keadilan untuk mematahkan keterangan-keterangan pihak Pendakwaan yang telah dikemukakan terhadap kedua-dua Tertuduh ini di peringkat Pendakwaan. Malahan Dinesh mengesahkan 18 bahawa kehadirannya di Mahkamah adalah untuk menceritakan secara ikhlas fakta yang sebenar iaitu mengesahkan bahawa Tertuduh Pertama dan Kedua tidak terlibat dengan dadah-dadah ini dan dadah-dadah ini bukan milikan mereka. [38] Persoalannya ialah sama ada pihak Pembelaan telah berjaya atau sebaliknya didalam pembelaan mereka Ini melibatkan Mahkamah meneliti dan menilai semula keterangan-keterangan saksi Pendakwaan dengan dibandingkan dengan saksi-saksi Pembelaan khususnya keterangan kedua-dua Tertuduh ini dan saksi sokongannya. (Lihat Seksyen 182 A, KAJ). [39] Pihak Pendakwaan telah menyatakan bahawa dadah-dadah tersebut adalah milikan Tertuduh-Tertuduh. Manakala, pihak Pembelaan menafikan dan adalah menjadi kes Pembelaan bahawa dadah-dadah di dalam kedua-dua beg plastik oren ini adalah milikan Dinesh, orang yang menyewa Unit Pangsapuri yang material ini di mana dadah-dadah selebihnya dijumpai. Tertuduh Pertama telah diminta untuk menghantar kedua-dua plastik beg oren dengan kandungnya kepada Sri kumaran kemudiannya dimaklumkan Polis bahawa ianya mengandungi dadah. [40] Pihak Pembelaan telah melepaskan 1 bom jangka apabila dengan beraninya memanggil Dinesh yang dirinya sendiri menghadapi pertuduhan pengedaran dadah. Dinesh yang menurutnya memberi keterangan bukan untuk menyokong Tertuduh Pertama dan Kedua, menyatakan Ruban (Tertuduh Pertama) bukanlah kawan rapatnya 19 dan beliau hadir ke Mahkamah bukan untuk mereka reka cerita untuk menyokong Kedua-dua tertuduh ini tetapi untuk keadilan dan untuk memberitahu Mahkamah perkara yang sebenar. Malahan Dinesh ini tidak kenal rapat dengan Tertuduh Pertama dan tidak kenal langsung dengan Tertuduh Kedua. [41] Dinesh memberitahu Mahkamah bahawa Kesavarthini adalah teman wanitanya dan Unit berkenaan adalah disewa olehnya namun perjanjian ditandatangani oleh Kesavarthini (SP5) dengan tuan punya Unit tersebut. [42] Dinesh juga memberitahu Mahkamah bahawa 2 telefon yang dikatakan oleh pihak Pendakwaan dipunyai oleh kedua-dua Tertuduh yang dirampas Polis sebenarnya adalah kepunyaan Dinesh. Telefon-telefon inilah yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ejen rumah. Ini adalah konsisten dengan keterangan saksi Pendakwaan iaitu Pegawai Penyiasat (SP5) dan Agen (SP4) bahawa telefon ini telah digunakan untuk urusan penyewaan Unit tersebut. [43] Dinesh juga mengakui beliau mendapat satu set Access Card untuk rumah, parkir dan lain-lain tetapi dibuat Salinan 2 set lagi untuk kecemasan. Mahkamah mendapati bahawa tidak hairanlah satu set dipinjamkan kepada Tertuduh Pertama bagi maksud urusan penyewaan ini. [44] Yang paling menggemparkan Mahkamah ialah Dinesh dengan beraninya mengakui bahawa dialah yang meminta pertolongan 20 Tertuduh Pertama untuk menghantar paket-paket ‘teh herba cina’ tersebut yang sebenarnya mengandungi dadah kepada Sri Kumaran tanpa pengetahuan Tertuduh Pertama yang mana ianya dibalut dan dibungkus dalam 2 beg plastik Oren. Dinesh menyatakan bahawa dia menyuruh Ruban (Tertuduh Pertama) hantar beg-beg plastik tersebut kepada Sri Kumaran di alamat Batu Complex Murni kerana Sri Kumaran adalah pelanggannya dan Dinesh hendak ke out station selama sebulan. Walaupun Dinesh mengetahui beg-beg tersebut mengandungi dadah, namun Dinesh memberitahu Ruban (Tertuduh Pertama) bahawa ianya mengandungi teh cina. [45] Dinesh juga mengakui dan mendedahkan bahawa lain-lain dadah selain daripada 2 bungkusan tersebut yang dijumpai di Unit tersebut adalah kepunyaannya juga. Mana-mana DNA kedua-dua Tertuduh yang terdapat contohnya di bantal, tuala pink dan putih adalah kepunyaan Dinesh juga. [46] Lagi menggemparkan adalah pendedahan Dinesh (SD3) bahawa dia dengan Sri Kumaran adalah anggota sindiket aktiviti pengedaran dadah dan kedua-dua Tertuduh bukan anggota sindiket tersebut dan tidak terlibat dengan dadah-dadah tersebut. [47] Mahkamah mendapati bahawa tidak ada sebab untuk Mahkamah tidak mempercayai keterangan Dinesh kerana keterangannya adalah keterangan di atas sumpah dan juga merupakan pengakuannya sendiri yang ikhlas. Dinesh juga hadir memberi keterangan kerana keadilan, kerana beliau merasakan kedua-dua Tertuduh ditangkap 21 disebabkan olehnya justeru dia terpanggil untuk memberi keterangan yang sebenar.
IV
(iv) Apakah significant/kesan dari keterangan dan pengakuan Dinesh ini? [48] Banyak signifikan terzahir dari pengakuan dan keterangan Dinesh ini seperti berikut:
a
Pertamanya dengan pengakuan Dinesh ini, sejajar dengan kehendak “Radhi’s Direction” Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Dinesh bukanlah watak yang direka-reka oleh pihak Pembelaan. Pengakuan Dinesh ini mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut bukan milikan kedua-dua Tertuduh tersebut. Mereka berdua juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut memandangkan paket-paket tersebut dibungkus sebagai teh cina dan dimasukkan ke dalam 2 plastik oren tersebut. Tertuduh Pertama hanyalah “innocent carrier” sahaja. Tertuduh Kedua pula tidak mempunyai apa-apa nexus dengan dadah-dadah tersebut. Mereka berdua ini juga disahkan bukan ahli sindiket pengedaran dadah dan tidak terlibat dengan dadah yang menjadi “subject matter” kes ini.
b
Keduanya, dadah-dadah ini adalah sah milikan eklusif Dinesh untuk diserahkan kepada Sri Kumaran (melalui Tertuduh Pertama). Ini juga termasuk dadah-dadah yang dijumpai di dalam Unit itu. Dinesh mengaku beliau dan Sri Kumaran 22 adalah anggota sindiket pengedaran dadah dan Sri Kumaran telah ditangkap. Dinesh pula sedang menghadapi tuduhan pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
c
Ketiganya, Unit berkenaan adalah disewa oleh Dinesh dengan menggunakan nama Kesavarthini a/p Manokara (SP5) iaitu teman wanita Dinesh yang tinggal bersama dengannya di Unit tersebut. Justeru itu, dadah-dadah yang dijumpai di dalam Unit tersebut adalah milikan Dinesh seperti pengakuannya. Ini bermakna dadah-dadah tersebut bukan milikan kedua-dua Tertuduh. Ini sekaligus mengesahkan tentang ketidakterlibatan mereka berdua di dalam kes ini dan mereka perlu dilepas dan dibebaskan.
d
Agen Hartanah (SP4) telah sahkan bahawa Kesavarthini (SP5) telah datang untuk “viewing” Unit tersebut bersama seorang lelaki India yang bukan Tertuduh Pertama. Inferens yang memihak kepada Tertuduh ialah Dinesh adalah lelaki yang dimaksudkan dan Dinesh (dan Kesavarthini) yang menyewa Unit tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan keterangan Pegawai Penyiasat yang mengesahkan hasil siasatannya mendapati kedua-dua Tertuduh tidak tinggal di Unit tersebut.
e
Doktrin “willful blindness” tidak terpakai kerana tidak ada “suspicious situation” timbul dan keterangan Dinesh (SD3) menolak keperluan pemakaian doktrin ini. 23
v
Apakah pendekatan Mahkamah mengenai kesan dari perkembangan ini? [49] Dengan perkembangan ini Mahkamah memutuskan bahawa keterangan Dinesh ini perlu diterima kerana ini adalah keterangan bersumpahnya dan tidak ada sebab untuk Dinesh menipu. Malahan dia bersusah payah walaupun beliau mengetahui beliau akan berhadapan dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang terhadapnya (stick his neck out). Dinesh berpendapat dia bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku terhadap Tertuduh Pertama dan isterinya, Tertuduh sekali lagi Kedua. Justeru, sekali lagi tidak ada sebab untuk Mahkamah menolak pengakuan dan keterangannya. [50] Mahkamah juga mempercayai Dinesh kerana keterangannya adalah konsisten dengan apa yang berlaku, iaitu konsisten dengan kes Pendakwaan dan selari dengan unjuran Pembelaan ketika di peringkat Pendakwaan lagi dan keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh. Malahan, keterangan Dinesh ini adalah ikhlas, logik, reasonable dan amat probabel hingga berupaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [51] Mengambil kira alasan-alasan di atas khususnya pengakuan dan keterangan Dinesh (SD3), berpandukan otoriti-otoriti atasan terdahulu, Mahkamah terpaksa membuat dapatan bahawa Tertuduh-Tertuduh perlu dilepas dan dibebaskan kerana pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes 24 Pendakwaan dan sekaligus telah berjaya mematahkan anggapan yang telah dikenakan terhadap mereka. [52] Di dalam kes Chow Kok Keong v. PP [1998] 2 MLJ 337, Mahkamah Persekutuan telah menegur Hakim bicara kerana gagal mengambil kira keterangan yang diberikan oleh saksi Pembelaan yang menyokong kes Pembelaan sehingga menyebabkan satu “misdirection” yang serius dan berkata: “It is obvious, that in making these strong findings of fact adverse to the defence, the Judge had overlooked the earlier testimony of Dzuraidi (quote above) which corroborated the testimony of the Appellant that it was at the time and place of his arrest that the Appellant had disclosed his defence. In our view, this indicated a lack of ‘due appreciation’ of the evidence (See R v Bundy 5 Cr App R 270, per Pickford J, applied in Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 at p 142) and so, was a serious misdirection by way of non-direction for, had the Judge correctly directed himself in this regard, he might well have looked at the defence more sympathietically.” D. LAIN-LAIN [53] Mahkamah juga mendapati kegagalan Pegawai Penyiasat untuk menyiasat Dinesh ini menyebabkan Pendakwa Raya gagal memanggil Dinesh untuk memberi keterangan di peringkat Pendakwaan. Ini telah mewujudkan satu kelompangan di dalam kes Pendakwaan. Begitu juga kegagalan mengesan dan memanggil Sri Kumaran untuk memberi keterangan di dalam kes Pendakwaan 25 sedangkan Sri Kumaran disahkan oleh Pegawai Penyiasat sebagai orang yang telah ditangkap selepas tangkapan terhadap Tertuduh-Tertuduh dibuat. Ini juga telah menyebabkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan. Terdapat juga beberapa lagi kelemahan Pegawai Penyiasat di dalam melengkapkan siasatannya dan adalah menjadi undang-undang yang ketat bahawa apa-apa kekurangan yang terdapat di dalam siasatan, benefitnya perlu diberi kepada Tertuduh. Di atas sebab ini sahaja Tertuduh-Tertuduh sebenarnya tidak perlu dipanggil membela diri. [54] Di dalam kes Mat v. PP [1963] MLJ 263 Mahkamah menyatakan jika Mahkamah tidak percaya dengan keterangan yang diberikan bagi pihak Tertuduh sekalipun, Tertuduh wajar dilepas dan dibebaskan jika alasan itu berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. Mahkamah memutuskan: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” Didalam kes ini, mahkamah sendiri yakin dengan keterangan pihak pembelaan. 26 [55] E. KESIMPULAN Diakhir kes setelah mengambil kira keseluruhan keterangan yang diberikan saksi pembelaan dan juga saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran yang telah dikenakan terhadap mereka dan sekaligus berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah keatas kes Pendakwaan . [56] Diatas alasan-alasan yang dinyatakan tersebut kedua-dua Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Bertarikh: 30 Mei 2024 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Kuala Lumpur Pihak-Pihak: Pendakwa Raya/ Puan Anis Wahidah 27 Perayu: TIMBALAN PENDAKWA RAYA Kamar Peguam Negara Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4 Persiaran Perdana 62100 PUTRAJAYA Tertuduh/Responden: Datuk Sivananthan (Cik Nabila with him) TETUAN SIVANANTHAN L17-01. PJX Tower No. 16A, Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya SELANGOR
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.