Mahkamah Tinggi dalam PP v. Chean Wei Chung [2025] 2 CLJ Dalam kes PP v. Leong Ying Ming (supra), Mahkamah Agung memutuskan bahawa kesalahan di bawah seksyen 39A(2) ADB – yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun – tertakluk kepada larangan mutlak di bawah seksyen 41B(1)(b) ADB. Maka, jika kesalahan di bawah seksyen 39A(2) ADB pun tidak boleh dijamin, apatah lagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum mati. [18] Seksyen 41B(1)(a) ADB dibaca bersama seksyen 41B(2) ADB secara jelas memperuntukkan bahawa tiada jaminan boleh dibenarkan bagi kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati dan larangan ini bersifat mutlak. Prinsip pentafsiran statut yang mantap menyatakan bahawa apabila perkataan sesuatu statut itu adalah jelas dan tidak kabur, kaedah pentafsiran harfiah (literal) hendaklah dipakai. Prinsip ini juga diterima pakai dalam kes Kumaran Suppiah v. Dato' Noh Hj Omar & Anor [2006] 4 CLJ 675. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan— “It is a rule of construction that where the terms of an enactment are clear, precise and unambiguous it must be applied and enforced 8 | P a g e according to its plain meaning and it is not the function of the court to speculate as to what might have been in the mind of the enacting authority as it may appear to the court from the preamble or otherwise.”. [19] Berbalik kepada permohonan di hadapan Mahkamah ini, adalah jelas bahawa seksyen 41B ADB secara nyata tidak memperuntukkan ruang budi bicara kepada Mahkamah bagi membenarkan permohonan jamin ini. [20] Selanjutnya, dalam kes PP v. Chean Wei Chung [2025] 2 CLJ 983, Mahkamah Tinggi memperkukuh prinsip ini dengan menyatakan bahawa pemakaian seksyen 41B ADB mengatasi pemakaian seksyen 388 KTJ. Pandangan peribadi tentang seksyen 41B tidak boleh mengaburi prinsip duluan kehakiman yang sudah menjadi sebahagian daripada tunggak sistem kehakiman. [21] Mahkamah ini mengakui bahawa dalam kes yang dirujuk oleh pihak Pemohon iaitu Puan Saad v. PP [2021] 1 CLJ 121, jaminan dibenarkan atas alasan kesihatan dan umur, tambahan pula OKT merupakan seorang wanita berusia 68 tahun. Mahkamah dalam kes PP vs Puan Saad telah membenarkan jaminan ke atas OKT dengan menggunakan seksyen 388 KTJ. Mahkamah ini dengan hormatnya berbeza pandangan dengan YA Hakim di dalam kes PP vs Puan Saad dan Mahkamah ini berpendapat bahawa kes PP vs Puan Saad tidak boleh dijadikan precedent untuk menafsir seksyen 41B secara longgar. [22] Selanjutnya di dalam sistem stare decisis, Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan. Walaupun keadaan pemohon menimbulkan simpati kepada Mahkamah, namun prinsip undang-undang mesti ditegakkan. Sekiranya Mahkamah membenarkan jaminan dalam 9 | P a g e keadaan wujudnya larangan yang jelas, ianya akan mencipta precedent yang bercanggah dengan struktur kehakiman dan menjejaskan ketertiban undang-undang. [23] Namun demikian, Mahkamah ini tidak menutup mata terhadap hak asasi Pemohon untuk mendapatkan rawatan. Larangan terhadap jaminan tidak bermaksud Pemohon hilang hak untuk dirawat. Di bawah seksyen 37 Akta Penjara 1995 [Akta 537], Pegawai Perubatan Penjara mempunyai kewajipan memastikan tahanan yang sakit dirujuk ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan sewajarnya. Seksyen 37 Akta Penjara menyatakan seperti berikut: “Section 37 Illness of prisoner