Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN JENAYAH NO: KA-42S-1-03/2021 ANTARA WAHAB BIN AHMAD … PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
KA-42S-1-03/2021
High Court of Malaysia6 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“or just warned to speak the truth. This was necessary since, on the learned President’s own finding, she was “mentally retarded” and thus a person of “immature age” within section 8 of the Oaths and Affirmations Act, 1949: see Ng Kwee Piow v Regina [1960] MLF 278, 279. To determine this question the learned President w”
“4] 1 MLJ 306 seperti berikut; “In these circumstances, the first question the learned President should have determined was the competence of the witness to testify for purposes of section 118 of the Evidence Act 1950: A v Lal Sahai (1889) 11 All 183; R v Shava (1891) 16 Bom 359, 364, and this, having regard to the circ”
“ent was given in consequence of such fear or misconception. The authors of Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crime, 25th edn. vol. 2, in commenting on the phrase " without her consent " in s. 375 of the Indian Penal Code, state the law as follows: S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the”
“. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Abdul Rahman Mohamad [2005] 1 CLJ 700 seperti berikut; “In any event the central issue here is consent. Section 375(b) of the Penal Code (PC) stipulates that a man commits rape if he has sexual intercourse with a woman without her consent. And s.”
“the act. It is no defence that the woman consented after the act. Consent given on a misrepresentation of fact is one given under misconception of fact within the meaning of s. 90. In R v. Flattery [1877] QBD 410, the 5 men Bench unanimously upheld a conviction of rape where a 19 year old prosecutrix, on consulting the”
“sary since, on the learned President’s own finding, she was “mentally retarded” and thus a person of “immature age” within section 8 of the Oaths and Affirmations Act, 1949: see Ng Kwee Piow v Regina [1960] MLF 278, 279. To determine this question the learned President would have had to be satisfied that the witness ha”
“rabagaran v. PP [1966] 1 MLJ 64 that corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. It may be circumstantial as well as direct (see R v. Tripodi [1961] VR 186). In Doney v. R [1990] 171 CLR 207 it S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to veri”
“tu laporan polis tidaklah perlu untuk menceritakan keseluruhan keterangan tetapi ia haruslah mengandungi elemen pertuduhan bagi kesalahan yang dikatakan berlaku. (Rujuk kes; Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52). [48] Laporan polis bukanlah satu keterangan substantif (substantive evidence). Sebaliknya, siasatan sel”
“ketika itu) di dalam kes Aziz bin Muhammad Din [1996] 5 MLJ 473 seperti berikut; “Corroboration is not a technical term. It simply means "confirmation" (see Director of Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296). The locus classicus on what amounts to corroborative evidence is the celebrated case of R v. Baskerville [”
“nding is plainly wrong (see China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn (and Another Appeal) [1996] 3 CLJ 163; [1996] 2 AMR 2233; [1996] 2 MLJ 517; Zaharah bt A. Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] CLJU 1015 [2011] 1 LNS 1015; [2012] 1 AMR 209; Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [”
“ial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” [8] Manakala di dalam kes P’ng Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] CLJU 320; [2013] 2 AMCR 350; [2013] 6 MLJ 523, Hakim Mohd Zawawi Salleh HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan se”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN JENAYAH NO: KA-42S-1-03/2021 ANTARA WAHAB BIN AHMAD … PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
1
Ini adalah merupakan satu rayuan oleh Perayu yang telah disabitkan oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar (Tuan HMS) bagi satu pertuduhan di bawah seksyen 376(e) Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 KK. Perayu telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dari tarikh sabitan dan 10 kali sebatan. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
2
Pertuduhan ke atas Perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada hujung bulan September 2015 antara jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di sebuah rumah alamat No. 25 Kampung Petani Mukim Guar Kepayang, dalam daerah Pendang di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah melakukan perbuatan merogol terhadap Norhaliza binti Ramli KPT: 830823-02-5368 dan adalah dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 375(e) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 361(1) Kanun yang sama.”
3
Pada asalnya kes ini telah dibicarakan di hadapan Tuan HMS Tuan Azman bin Abu Hassan yang kemudiannya telah bertukar. Kes ini selanjutnya telah diambil alih oleh Tuan HMS yang lain iaitu Tuan HMS Murtazadi bin Amran.
4
Seramai 14 orang saksi telah dikemukakan oleh pihak PR manakala di peringkat pembelaan, Perayu telah memberi keterangan secara bersumpah dan turut memanggil 4 saksi yang lain. Secara amnya, fakta kes di peringkat pendakwaan telah diringkaskan oleh Tuan HMS seperti berikut: a) pada suatu tarikh yang tidak diketahui, adik kepada mangsa (SP11) iaitu SP2 yang bekerja sebagai Pembantu Wad di Kedah Medical Centre (KMC) telah diberitahu oleh seorang lagi kakaknya iaitu Nor Fazlina binti Ramli yang mengesyaki SP11 sedang mengandung. Nor Fazlina mengesyaki SP11 S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengandung apabila dia tersentuh pada perut SP11 dan merasa sesuatu yang pelik pada perut SP11. SP2 diminta balik dari tempat kerja SP2 di KMC dan menceritakan apa yang berlaku pada SP11. SP2 balik dari KMC dan membawa balik bersama alat ujian penghamilan (pregnancy kit test) bagi tujuan membuat ujian ke atas SP11 untuk mengetahui sama ada SP11 telah hamil atau tidak; b) setelah dibuat ujian ke atas SP11 dengan alat ujian penghamilan di dapati SP11 memang telah hamil. Kemudian dari itu, SP2 bersama kakaknya telah membawa SP11 ke sebuah klinik swasta iaitu Klinik Dr. Azhar di Pendang, Kedah untuk dibuat pemeriksaan lanjut; c) SP11 telah diperiksa oleh SP1 dan hasil pemeriksaan ke atas SP11 oleh SP1, di dapati SP11 telah hamil lebih kurang selama 26 minggu. SP1 telah menggunakan kaedah “ultra sound” untuk membuat ujian ke atas kehamilan SP11; d) semasa pemeriksaan itu dibuat ke atas SP11, SP1 lebih banyak bercakap dengan SP2 dan Nor Fazlina. SP11 banyak berdiam diri dan tidak banyak bercakap. Semasa disoal balas oleh Peguam, SP1 menyatakan SP11 hanya akan “respond” arahan yang diberikan olehnya melalui peneman kepada SP11 iaitu SP2 dan Nor Fazlina. Selepas dari hari itu mereka tidak lagi datang ke klinik itu untuk rawatan lanjut; S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) setelah balik ke rumah SP2 dan kakaknya berbincang dan perkara SP11 mengandung kemudian baru diberitahu kepada ayah dan ibu SP11. Selepas perbincangan dibuat oleh ahli keluarga, dipersetujui oleh semua ahli keluarga termasuk ayah kepada SP11 iaitu SP3 serta ayah saudara pada SP11, supaya satu laporan polis dibuat setelah SP11 didapati mengandung. SP2 telah membawa SP1 untuk membuat satu laporan polis pada 16.03.2016 jam lebih kurang 1.41 pagi dan laporan polis tersebut telah dijadikan Pendang Rpt 1157/16 (P1); f) di dalam P1, SP11 sebagai mangsa dan pengadu telah menceritakan dia telah dirogol oleh seorang lelaki yang bernama Abdul Wahab atau Mat Jean dalam lingkungan umur 70an (yang kemudiannya dikenal pasti sebagai OKT) di rumahnya dan kemudiannya telah disahkan telah mengandung pada masa itu telah 7 bulan; g) SP11 telah kemudiannya dihantar oleh pihak polis untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada hari yang sama iaitu pada 16/3/2016. Hasil pemeriksaan yang dibuat oleh Dr. Nabilah binti Azman (SP8), didapati SP11 telah mengandung 25 bulan dan disyaki telah dirogol. Terdapat koyakan pada hymen SP11 pukul 4 dan 6 serta sepertimana di Laporan Perubatan oleh SP8 (P10). OKT telah ditangkap pada 17/3/2016 jam lebih kurang 4.00 petang seperti mana Pendang Rpt. 1182/16 (P5); S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal h) telah melahirkan anak perempuan yang dikandungnya pada 30/6/2016 sepertimana Sijil Kelahiran (P3). Satu ujian DNA telah dibuat ke atas bayi berkenaan dan didapati OKT adalah merupakan bapa kandung kepada bayi itu dan SP11 adalah ibu kandung kepada bayi tersebut; i) keterangan Pegawai Penyiasat (SP14) menyatakan bahawa semasa merakam percakapan dari SP11, SP14 telah diberitahu oleh SP11 yang dia dirogol oleh OKT. Secara spesifik SP11 memberitahu, semasa SP11 berada diruang dapur dirumahnya, OKT telah datang (masuk ke dalam rumah SP11) dan terus meraba-raba SP11 di bahagian perut. Kemudian meraba pula pada bahagian punggungnya. Selepas itu OKT yang telah membawa SP11 ke dalam bilik tidur dan menanggalkan pakaian SP11. Seterusnya OKT telah melakukan persetubuhan atau rogol ke atas SP11. Kejadian rogol ini berlaku sekali sahaja pada ketika itu. Pada masa kejadian tiada sesiapa lain di rumah tersebut; j) pada hari yang sama SP14 telah membawa SP11 ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dengan dieskot oleh LKpl Noor Qurratu’ Aini untuk dibuat pemeriksaan. SP11 telah diperiksa oleh SP8. Hasil pemeriksaan di dapati ada kesan koyakan pada hymen SP11 pada jam 4 dan 6 dan juga di dapati SP11 telah mengandung. SP14 juga menerima sampel darah SP11 untuk tujuan buat DNA. Kemudiannya darah bayi yang dilahirkan oleh SP11 dan darah OKT telah diambil untuk tujuan DNA; dan S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal k) pada 11/10/2016, SP14 telah membawa SP11 untuk pemeriksaan tahap mental SP11 di Hospital Bukit Mertajam. Pegawai Perubatan Kerajaan yang memeriksa keadaan SP11 ialah Dr. Suri Nurtharwa Tuan Kamauzaman (SP10) iaitu seorang Clinical Psychologist. SP10 telah melakukan 3 sesi ujian. Satu laporan perubatan (P8) berkaitan tahap mental SP11 telah disediakan oleh Dr. Omar bin Ali dari Klinik Psikiatrik dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang mengesahkan bahawa SP1 sememangnya mengalami “Severe Intelectual Disability (Mental Age 6 Tahun)”.
5
Manakala pembelaan Perayu telah diringkaskan oleh Tuan HMS seperti berikut: a) OKT pada semasa kejadian berumur lebih kurang 67 tahun. OKT telah berkahwin dan mempunyai 10 orang anak serta bekerja sebagai pesawah. OKT memang mengenali SP11 dan SP3, ayah kepada SP11 dan mereka berdua berkawan baik selama lebih kurang 40 tahun. OKT juga sering kali pergi ke rumah SP3 yang didiami juga oleh SP11. OKT juga memang mengenali SP11; b)
Preamble
mengikut keterangan OKT, dikatakan SP11 ini merupakan seorang anak SP3 yang dipandang rendah oleh keluarganya akibat pergerakannya atau kecacatannya.
Preamble
Mengikut OKT, SP11 merupakan seorang anak dan wanita yang tidak diambil berat tentang keinginannya; S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w c) OKT mengetahui tentang SP11 yang mempunyai masalah pertuturan yang menyebabkan orang di sekelilingnya tidak mengendahkan keinginannya.
Preamble
Mengikut OKT lagi, sekiranya semasa dia berada di rumah SP3, SP11 dikatakan akan dengan sengaja mengambil kesempatan untuk menyentuh OKT tatkala SP11 menghidangkan minuman dengan cara menyentuh tangan dan mengeselkan badan kepada OKT semasa SP11 berlalu pergi. SP11 juga telah beberapa kali menjemput OKT ke rumahnya semasa ibubapanya tiada di rumah sebelum tarikh kejadian berlaku sepertimana pertuduhan. Apa yang berlaku apabila OKT pergi ke rumah SP11 ialah, SP11 akan menggoda dan melakukan gangguan seksual ke atas OKT; d) pada masa kejadian “mengoda” ini dikatakan berlaku, OKT menyatakan tiada lagi berlaku persetubuhan di antara mereka berdua. Sehinggakan menurut OKT, ada ketika pernah menanggalkan pakaiannya untuk merangsang OKT tetapi OKT tidak berbuat apa-apa ke atas SP11; dan e) SP11 dikatakan pernah bercerita kepada OKT bahawa ibubapanya tidak memahami akan keinginan seksualnya dan beranggapan SP11 ini tidak normal. Keinginan seksnya bermula sejak SP11 berumur 23 tahun dan setelah melihat program dalam televisyen serta perubahan pada tubuh badannya. Dikatakan SP11 akan mengesel jarinya ke kemaluannya sendiri apabila terangsang. OKT tidak S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w jelaskan bagaimana OKT mengetahui tentang perkara-perkara ini. Prinsip undang-undang berkaitan rayuan [6] Mahkamah di dalam mendengar rayuan ini berpandukan kepada prinsip undang-undang yang mantap di mana Mahkamah di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah perbicaraan melainkan ternyata keputusan tersebut mempunyai salaharah, tidak menurut undang-undang dan terdapat keterangan yang kuat yang menunjukkan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf di dalam menilai keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan. [7] Di dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” [8] Manakala di dalam kes P’ng Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] CLJU 320; [2013] 2 AMCR 350; [2013] 6 MLJ 523, Hakim Mohd Zawawi Salleh HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w “When the finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finding is plainly wrong (see China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn (and Another Appeal) [1996] 3 CLJ 163; [1996] 2 AMR 2233; [1996] 2 MLJ 517; Zaharah bt A. Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] CLJU 1015 [2011] 1 LNS 1015; [2012] 1 AMR 209; Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 3 CLJ 813; [2013] 1 LNS 1; [2013] 4 AMR 55; [2013] 2 MLJ 650). The findings of fact of the trial judge can only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that:
a
by reason of some non-direction of mix-direction of otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or
b
in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or
c
it unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for accepting it, that he or she cannot have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses; or S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w
d
insofar aside judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witness which he or she accepted is not credible, as for instance. Where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” Analisis dan dapatan Mahkamah [9] Bagi membuktikan satu kes di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, intipati-intipati yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut: a) Perayu telah melakukan persetubuhan dengan mangsa; b) terdapat kemasukan kemaluan Perayu ke dalam kemaluan mangsa; dan c) persetubuhan itu berlaku tanpa kerelaan mangsa. [10] Bagi rayuan ini, teras rayuan oleh Perayu adalah berkaitan kerelaan mangsa iaitu SP11. Intipati-intipati lain secara amnya tidak dipertikaikan apatah lagi laporan DNA ke atas bayi yang dilahirkan oleh SP11 adalah disahkan berpadanan dengan DNA Perayu. [11] Fakta yang tidak dipertikaikan adalah, SP11 merupakan seorang yang telah berumur 32 tahun dan dikatakan seorang yang lembam (slow learner). Peguam Perayu menghujahkan bahawa keterangan SP11 adalah dipenuhi dengan percanggahan serta S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w ketidakpastian yang secara khususnya berkaitan kejadian “rogol” ini berlaku tanpa izinnya atau SP11 tidak faham sebab dan akibat izin yang telah diberikan. [12] Ini bersandakan kepada beberapa faktor seperti berikut: a) laporan polis (P1) yang dibuat oleh SP11 hanya menyatakan bahawa telah berlaku satu insiden hubungan seks di antara SP11 dan Perayu tanpa dinyatakan insiden tersebut adalah suatu perbuatan rogol; b) P1 hanya dibuat selepas SP11 didapati mengandung 7 bulan; c) tiada sebarang keterangan berkaitan trauma serta kecederaan yang dialami oleh SP11; d) semasa sesi pemeriksaan ke atas SP11, jawapan-jawapan yang diberi kebanyakkannya adalah tidak tahu termasuk ke atas soalan-soalan penting; dan e) tiadanya keterangan SP11 berkaitan apa yang sebenarnya berlaku di antara Perayu dan SP11. [13] Peguam selanjutnya menyatakan bahawa keterangan SP11 ini tidak disokong oleh keterangan-keterangan lain secara khususnya oleh SP1 (kakak) dan SP3 (bapa). Peguam berhujah bahawa keterangan-keterangan SP1 dan SP3 ini tidak sewajarnya diterima oleh Mahkamah kerana ia jelas tidak menyokong keterangan SP11 S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w dengan membuat rujukan ke atas keputusan Hakim Augustine Paul HMT (pada ketika itu) di dalam kes Aziz bin Muhammad Din [1996] 5 MLJ 473 seperti berikut; “Corroboration is not a technical term. It simply means "confirmation" (see Director of Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296). The locus classicus on what amounts to corroborative evidence is the celebrated case of R v. Baskerville [1916] 2 KB 658 where Lord Reading CJ said at p. 667: “We hold that evidence in corroboration must be independent testimony which affects the accused by connecting or tending to connect him with the crime. In other words, it must be evidence which implicates him, that is, which confirms in some material particular not only the evidence that the crime has been committed, but also that the prisoner committed it.” The word "implicate" does not necessarily mean "incriminate" or "inculpate"; it may mean only "involve" (see R v. Kerim [1988] 1 Qd R 426). Ong CJ (Malaya) said in Brabagaran v. PP [1966] 1 MLJ 64 that corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. It may be circumstantial as well as direct (see R v. Tripodi [1961] VR 186). In Doney v. R [1990] 171 CLR 207 it S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w was held that consistent with its role of confirming other evidence rather than amounting itself to evidence which necessarily leads to conviction, the corroborative evidence does not need to be proved beyond reasonable doubt.” [14] Hujahan selanjutnya Peguam Perayu adalah ke atas keterangan pakar yang telah dikemukakan oleh pihak PR melalui SP7 iaitu Perunding Psikiatrik serta SP10 yang merupakan Perunding Psikologi Klinikal dan Kaunseling. Peguam menghujahkan bahawa keterangan SP10 adalah berkecenderungan untuk berat sebelah kepada SP11 dan sepatutnya ditolak manakala keterangan SP7 dihujahkan sebagai tidak mempunyai nilai memandangkan SP7 tidak menjalankan pemeriksaan ke atas SP11. [15] Bagi Puan TPR, pihak PR telah mengemukakan keterangan yang memadai di dalam membuktikan bahawa SP11 tidak memahami sifat serta akibat ke atas kerelaan yang telah diberikan olehnya terhadap perbuatan seks oleh Perayu ke atasnya. Ini berpaksikan kepada keterangan-keterangan berikut: a) SP11 merupakan seorang dewasa yang OKU dan pemegang kad OKU berdaftar sepertimana di ekshibit P4; b) perolehan dan pendaftaran kad kurang upaya atas nama SP11 telah disahkan oleh SP6 (Pegawai JKM Daerah Pendang). SP6 juga mengecam kad OKU yang dikemukakan ke atas SP11 (P4); S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w c) SP6 juga di dalam keterangannya mengesahkan permohonan SP11 diproses setelah SP11 mendapatkan pengesahan doktor yang menentusahkan keadaan mental SP11 yang merupakan OKU Pembelajaran iaitu “Slow Learner”, dalam keterangan yang sama SP6 juga mengesahkan proses permohonan kad OKU ni perlu melalui pemeriksaan doktor dan pengesahan Doktor Izah Zainab binti Abdul Kadir telah mengesahkan kategori ketidakupayaan pemohon iaitu SP11; d) terdapat keterangan sokongan lain yang menyokong status mental SP11 sebagai orang kurang upaya. Keterangan SP7 (Pakar Perunding Psikiatri) telah mengesahkan SP11 mengalami “moderate to severe mental retiration”. Dalam penjelasan SP7, SP11 boleh menjaga kebersihan diri. Dari segi akademik SP7 sahkan SP11 “moderate severe” tidak boleh diharapkan untuk memasak dan dari segi keselamatan. Dari segi fungsi orang yang keadaan seperti ini memerlukan bantuan keluarga dan tidak boleh berdikari kerana orang yang moderate ini memerlukan bantuan keluarga untuk seumur hidup sebab dia tidak akan boleh membuat keputusan sendiri untuk apa-apa pun. e) SP7 juga telah membuat dapatan bahawa SP11 adalah seorang OKU Lembam setelah meminta Pegawai Psikologi untuk menjalankan ujian IQ terhadap SP11. Ujian IQ telah dijalankan oleh SP10 dan hasil pemeriksan SP10 mengesahkan mengalami “severe intellectual disability”. Kesimpulan atau dapatan yang diperolehi S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w setelah menjalankan ujian CTONI dan WAIS ke atas SP11 dengan SP10 menyatakan tahap IQ bagi seseorang yang berada dalam “severe intellectual disability” iaitu seseorang itu mempunyai kesukaran membezakan dan mengenalpasti baik dan buruk sesuatu perkara, sukar memahami persekitaran dan mempelajari sesuatu yang baru. Mereka juga mempunyai masalah untuk membuat keputusan dan mudah dimanipulasi dan tidak mampu untuk berfikir secara logikal dan mempertahankan diri, mempunyai masalah memori dan pemprosesan maklumat yang lemah. Malah keadaan mental SP11 adalah sama seperti pemikiran kanak-kanak berumur 6 tahun; f) SP10 selanjutnya mengesahkan bahawa seseorang pada tahap IQ yang seperti ini yang tidak pernah diajar atau tanpa sesorang itu diberitahu tentang seks atau tidak mengalaminya, dia tidak akan tahu apa itu seks. SP10 turut menjelaskan bahawa maksud mudah dimanipulasi adalah keputusan dan tindakannya mudah dipengaruhi oleh orang lain mahupun persekitaran; g) Keterangan saksi SP3 dan SP5 juga menjelaskan keperluan SP11 perlu diuruskan oleh SP5. SP11 hanya boleh melakukan tugas-tugas yang minimal seperti makan dan mandi sendiri. Tetapi SP11 masih tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dan tidak bergaul dengan orang. Butir pertuturan SP11 juga hanya boleh difahami oleh SP3, SP5, SP1 dan ahli keluarga. Orang luar dari keluarga sangat sukar untuk memahami pertuturan SP11. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Bukan sahaja itu, pergerakan SP11 juga terbatas kerana keadaan kakinya yang lemah dan berjalan senget; dan h) sewaktu SP11 memberikan keterangan juga dapat dilihat tingkah laku SP11 yang menghadapi kesukaran memahami soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak TPR dan Peguambela. SP11 juga gagal menjawab kebanyakkan soalan yang diajukan. Keadaan ini mengesahkan dapatan yang dibuat oleh SP10 adalah tepat. SP11 tidak mampu memahami apa yang sedang dihadapinya dan oleh itu, lebih tepatnya SP11 tidak mampu memberikan sebarang persetujuan atau kerelaan mahupun membuat keputusan untuk dirinya sendiri apatah lagi faham akan sifat dan akibat perbuatan, persetujuan dan keputusan yang dibuat. Pembuktian jenayah “rogol” [16] Mahkamah menegaskan bahawa seksyen 375 KK memperuntukkan bahawa; “A man is said to commit “rape” who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions: ……….. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w
e
with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent.” [17] Peruntukan ini dengan nyata menyediakan satu peruntukan khusus situasi di mana mangsa sesuatu perbuatan rogol yang tidak memahami keizinan yang diberikan kerana mangsa itu tidak dapat memahami sifat dan akibat keizinan tersebut. [18] Pembuktian elemen keizinan oleh mangsa adalah merupakan suatu elemen teras di dalam pembuktian sesuatu kes yang melibatkan pertuduhan di bawah seksyen 376 KK. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Abdul Rahman Mohamad [2005] 1 CLJ 700 seperti berikut; “In any event the central issue here is consent. Section 375(b) of the Penal Code (PC) stipulates that a man commits rape if he has sexual intercourse with a woman without her consent. And s. 90(a) provides that a consent is not such a consent as is intended by any section of the PC if the consent is given by a person under fear of injury, or under a misconception of fact and if the person doing the act knows, or has reason to believe, that the consent was given in consequence of such fear or misconception. The authors of Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crime, 25th edn. vol. 2, in commenting on the phrase " without her consent " in s. 375 of the Indian Penal Code, state the law as follows: S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Consent is an act of reason coupled with deliberation, after the mind has weighed the good and evil on each side in a balanced manner. Consent denotes an active will in the mind of a person to permit the doing of the act complained of. See pg 1847 A woman is said to consent only when she freely agrees to submit herself, while in free and unconstrained possession of her physical and moral power to act in a manner she wanted. Consent implies the exercise of free and untramelled right to forbid or withhold what is being consented to, it is always a voluntary and conscious acceptance of what is proposed to be done by another and concurred by the former. See pg 1848 It is also said that the consent of a woman should have been obtained prior to the act. It is no defence that the woman consented after the act. Consent given on a misrepresentation of fact is one given under misconception of fact within the meaning of s. 90. In R v. Flattery [1877] QBD 410, the 5 men Bench unanimously upheld a conviction of rape where a 19 year old prosecutrix, on consulting the prisoner who professed to give medical and surgical advice with respect to her ill-health, was advised that a surgical operation should be performed, and under pretense of performing it, had carnal connection with her. She submitted to what was done under the belief that he was merely treating S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w her medically and performing a surgical operation, that belief being wilfully and fraudulently induced by the prisoner. All the judges there saw nothing in the case amounting to consent, either in fact or in law, to the act of carnal connection. As suggested by Dunn LJ in R v. Olugboja (supra), the emphasis should be on the state of mind of the victim immediately before the act of sexual intercourse. The Court of Criminal Appeal in R v. Williams [1922] 1 KB 340 dismissed the appeal against conviction where the appellant, who was engaged to give lessons in singing and voice production to a 16 year old girl, had sexual intercourse with her under the pretense that her breathing was not quite right and that he had to perform an operation to enable her to produce her voice properly. He did that to her twice. The following summary by the trial judge is said to be a correct statement of the law: " The law has laid it down that where a girl's consent is procured by the means which the girl says this prisoner adopted, that is to say, where she is persuaded that what is being done to her is not the ordinary act of sexual intercourse but is some medical or surgical operation in order to give her relief from some disability from which she is suffering, then that is rape although the actual thing that was done was done with her consent, because she never consented to the act of sexual intercourse. She was persuaded to consent to what he did because she thought it was not sexual intercourse and because she thought it was a surgical operation.” [penekanan ditegaskan] S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w [19] Di dalam kes ini, persoalan yang menjadi isu adalah sama ada SP11 adalah seorang yang boleh memberikan keizinan kerana SP11 dikatakan seorang yang mempunyai masalah mental dan oleh itu SP11 dikatakan tidak berupaya memahami sifat dan akibat daripada keizinan jika diberikan sekalipun. [20] Di dalam kes Sirajul Islam lawan PR [2014] 1 LNS 724, fakta yang hampir sama berlaku sepertimana di dalam kes semasa dan Hakim Zamani A. Rahim HMT telah membincangkan perkara ini seperti berikut; “Consent is the main issue in this appeal. Consent involves mental element. As her mental age falls within s. 90(c) of the Penal Code, her consent, if any, should not be construed as a consent under the descriptions of rape in s. 375, particularly s. 375(e) of the Penal Code. ……….. SP9's reply obviously showed that she did not understand the concept of sex. That being the case, how could she give the consent on matters which she did not understand or unsure. In two Indian cases of Munnalai v. State of Madya Pradesh, Criminal Appeal No. 2593/2008 and Tunda @ Bharat Singh v. State of Madya Pradesh, Criminal Appeal No. 2674/2008, N.K Gupta J said: "..... It is established by Dr. Shalu Johri (P.W.9) that the prosecutrix was a mentally retarded person. On examination S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w of the prosecutrix before the Court this fact was very well established. Therefore, looking to the mental condition of the prosecutrix her consent could not be obtained by anyone. She was unable to understand the act of that crime so that she could give her consent for that act and therefore, if it is established that any intercourse was done with the prosecutrix by any of the appellant then certainly it is a case of rape." In another Indian case of Khoja Ram v. State of Himachad Pradesh, 2006 Cri. LJ 2093, tried and convicted for an offence of rape punishable under s. 376 of the Indian Penal Code. KC Sood J said at para 9 of his judgment inter alia, ".......... It is now well settled that consent on the part of woman, as a defence to allegation of rape, requires voluntary participation, not only after the excise of intelligence based on the knowledge of the significance and the moral quality of the act, but also out of free exercise of choice between resistance and assent. In the present case, the victim was mentally retarded from mild to moderate extent and therefore, was not in a position to exercise, her option for sexual intercourse freely as she was unable to understand the significance and morality of the same." His Lordship went on to conclude at para 15 as follows: "15. The evidence discussed above when tested on probability factor, clearly proves that the victim, who was mentally retarded from mild to moderate extent, was subjected to S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w sexual assault by the accused and committed the offence of rape under Section 376 of the Indian Penal Code. The judgment of the trial Judge is not visited with any illegality." [penekanan ditegaskan] [21] Menggunapakai pendekatan yang sama, Mahkamah ini kini bertanggungjawab untuk menilai secara fakta dan keterangan, sama ada SP11 sebenarnya termasuk di dalam kategori seseorang yang tidak dapat memahami sifat dan akibat daripada keizinan yang diberikan jika ada sekalipun. Kredibiliti keterangan SP11 [22] Di dalam menganalisis isu ini, pertamanya Mahkamah tertarik untuk menilai dapatan Tuan HMS di dalam menilai keterangan yang diberikan oleh SP11. Tuan HMS telah bertindak memanggil SP11 sekali lagi memberi keterangan dan telah menilai serta mendengar sendiri bagaimana SP11 memberi keterangan. [23] Di atas penilaiannya Tuan HMS mendapati SP11 tidak dapat memahami sumpah yang dibacakan serta kelihatan gelisah dan takut serta tidak mahu memandang Perayu semasa memberi keterangan. Di atas alasan ini Tuan HMS memutuskan bahawa keterangan SP11 diberikan secara tidak bersumpah. [24] Secara amnya keupayaan seseorang untuk memberi keterangan di peruntukkan di bawah seksyen 118 Akta Keterangan 1950. Ia menyatakan: S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w “All persons shall be competent to testify unless the court considers that they are prevented from understanding the questions put to them or from giving rational answers to those questions by tender years, extreme old age, disease, whether of body or mind, or any other cause of the same kind. Explanation - A mentally disordered person or a lunatic is not incompetent to testify unless he is prevented by his condition from understanding the questions put to him and giving rational answers to them.” [25] Di bawah peruntukan ini, terdapat dua perkara yang memerlukan perhatian mana-mana Hakim yang mendengar perbicaraan iaitu pertamanya sama ada seseorang itu kompeten untuk memberikan keterangan dan keduanya sama ada seseorang itu dapat memahami sumpah bercakap benar. Perkara ini pernah diulas oleh Hakim Edgar Joseph HMT (pada ketika itu) di dalam kes Kee Lik Tian v PP [1984] 1 MLJ 306 seperti berikut; “In these circumstances, the first question the learned President should have determined was the competence of the witness to testify for purposes of section 118 of the Evidence Act 1950: A v Lal Sahai (1889) 11 All 183; R v Shava (1891) 16 Bom 359, 364, and this, having regard to the circumstances, he should have done with the aid of expert medical opinion which would have been admissible under the provisions of section 45(1) of the Evidence Act. To be eligible to testify the witness must be able to understand the questions S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w put and to give rational answers to them: Ah Phut v King AIR 1939 Rang 402; Jalwanti Lodhin v State AIR 1953 Pat 246. Although it is not essential for the Trial Court to make a record of such satisfaction (Krishna Kahar v Emperor 1940 Cal 182), it is desirable for it to do so as this would assist the Appellate Court. Had this procedure been followed and the learned President found as a result that P.W. 3 was incompetent, then she would have been rejected as a witness. If, on the other hand, the witness was found to be competent to testify, then the second question to be determined was whether she should be affirmed or just warned to speak the truth. This was necessary since, on the learned President’s own finding, she was “mentally retarded” and thus a person of “immature age” within section 8 of the Oaths and Affirmations Act, 1949: see Ng Kwee Piow v Regina [1960] MLF 278, 279. To determine this question the learned President would have had to be satisfied that the witness had a sufficient appreciation of the seriousness of the occasion and a realization that taking the oath involves something more than the duty to tell the truth in ordinary day-to-day life: R v Hayes [1977] 1 WLR 234; R v Campbell [1983] Crim LR 174. If not so satisfied, then, the learned President should not have allowed the witness to give evidence on oath or affirmation but should, in the words of section 8 of the Oaths and Affirmations Act, 1949, have cautioned her to speak the truth, the whole truth and nothing but the truth. Furthermore, appropriate questions may also be necessary to ascertain whether the S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w child “understands the duty of speaking the truth or not” and the Supreme Court of India has held that it is desirable that judges should record their opinions and reasons for so thinking, otherwise I may be necessary to reject the evidence altogether: Rameshwar v State of Rajasthan AIR 1952 SC 54. It follows, therefore, that the learned President should have granted the defence applications to have P.W. 3 examined by a psychiatrist of medical officer from Hospital Bahagia. Similarly, I consider the reasons advanced by the defence for the recall of P.W. 3 for further cross-examination were sufficient to justify the making of an order for recall under section 118(4) of the Evidence Act.” [26] Ujian kekompetenan untuk memberikan keterangan adalah bergantung sepenuhnya ke atas kapasiti intelek seseorang saksi. Ini perlu diuji oleh seseorang Hakim semasa saksi tersebut memberi keterangan. Di dalam kes Sidek bin Ludan v PP [1995] 3 MLS 178, Hakim Abdul Malik Ishak, HMT (pada ketika itu) telah menyentuh berkaitan ujian yang perlu dilaksanakan seperti berikut; “In determining the question of competency, the court acting under s.118 of the Act, is entitled to test the capacity of a witness by putting proper questions. The court has to ascertain the intellectual capacity and understanding of the witness (child witness included) to give a rational account of what he has seen or heard or done on a particular occasion.” [27] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa walaupun ianya tidak dinyatakan secara spesifik sama ada di dalam Nota S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Keterangan maupun Alasan Penghakiman Tuan HMS, ujian ke atas kapasiti intelek SP11 telah dijalankan apabila Tuan HMS telah mengarahkan TPR yang menjalankan kes menanyakan soalan-soalan berkaitan pemahaman SP11 serta kebolehannya memberi jawapan yang munasabah. Ia juga dapat dilihat melalui pemeriksaan yang dijalankan di dalam kesemua peringkat yang dapat menunjukkan bahawa SP11 walaupun telah disahkan mengalami kelembapan mental, masih berupaya untuk memberi jawapan yang munasabah. [28] Tuan HMS turut dalam dapatan Mahkamah ini menjalankan ujian bagi menentukan sama ada SP11 memahami sumpah untuk bercakap benar. Di dalam ujian yang dijalankan tersebut, Tuan HMS telah membuat keputusan bahawa SP11 tidak memahami sumpah dan oleh itu Tuan HMS telah meneruskan pemeriksaan ke atas SP11 secara tidak bersumpah. [29] Mahkamah ini berpandangan bahawa tiada apa yang salah serta janggalnya ke atas prosedur yang dijalankan oleh Tuan HMS dan oleh itu tiada khilafnya untuk Tuan HMS selanjutnya menimbang keterangan SP11 serta merumuskan untuk menerima kredibiliti keterangan SP11 secara khususnya berkenaan dengan keizinan yang telah diberikan oleh SP11. [30] Mahkamah turut mendapati bahawa sebelum keterangan SP11, pihak PR telah mengemukakan keterangan melalui SP7 serta SP10 dan mengemukakan laporan di P9 bagi mengesahkan tahap mental SP11. Ini mengukuhkan pendirian Mahkamah ini berkaitan S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w pendekatan yang di ambil oleh Tuan HMS di dalam menerima serta menimbang keterangan SP11. [31] Selain itu, Mahkamah turut mendapati pihak Perayu tidak pernah membuat sebarang bantahan ke atas pendekatan Tuan HMS atau membuat permohonan agar SP11 tidak memberi keterangan. Malahan Peguam SP11 telah mengemukakan pemeriksaan balas yang panjang lebar dan bertubi-tubi ke atas SP11. [32] Oleh itu, ia kini tertakluk kepada Tuan HMS untuk menilai kredibiliti keterangan tersebut secara keseluruhannya. Di dalam aspek ini, Mahkamah berpandangan bahawa Tuan HMS perlu mengambilkira kesemua aspek keterangan termasuk keterangan-keterangan saksi lain untuk menentukan kredibiliti keterangan SP11. Ini telah dilaksanakan apabila Tuan HMS telah antara lain merumuskan seperti berikut; a) SP11 di dapati tidak berkebolehan atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan serta tidak berupaya menjawab soalan pihak PR dan Peguam seperti seorang yang normal; b) telah mengangkat sumpah dengan bantuan jurubahasa dengan mengikut apa yang dibacakan oleh jurubahasa walaupun tidak jelas sebutannya. Tuan HMS turut mendapati SP11 tidak begitu memahami sumpah yang diikrarnya; dan S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w c) Tuan HMS berkesempatan melihat SP11 mengangkat sumpah serta cara bercakap dan mendapati bahawa SP11 tidak berupaya mengemukakan keterangan tentang apa yang telah berlaku di antara Perayu dan dirinya selain hanya Perayu memegang kemaluannya. [33] Mahkamah ini berpandangan bahawa Tuan HMS adalah tidak terkhilaf di dalam pendekatannya untuk menerima keterangan SP11. Keterangan SP11 ini pada pandangan Mahkamah perlu di nilai dalam konteks keadaan mentalnya serta penilaian secara fizikal oleh Tuan HMS. Mahkamah tidak mendapati sebarang kekhilafan oleh Tuan HMS yang mewarankan campurtangan Mahkamah ini. Keterangan pakar [34] Secara faktanya, pihak PR telah membuktikan bahawa pada 11/10/2016, Pegawai Penyiasat iaitu SP14 telah membawa SP11 untuk pemeriksaan tahap mental SP11 di Hospital Bukit Mertajam. Pakar Klinikal Psikologi iaitu SP10 telah melakukan 3 sesi ujian. Selanjutnya satu Laporan Perubatan iaitu P8 telah disediakan oleh SP7 dari Klinik Psikiatrik dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang telah mengesahkan bahawa SP11 mengalami “Severe Intellectual Disability Mental (age 6 years)”. [35] Penelitian ke atas keterangan SP7 mengesahkan bahawa SP11 mengalami “moderate to severe mental reiteration”. Di dalam penjelasan SP7, SP11 boleh menjaga kebersihan diri namun dari segi akademik SP7 sahkan SP11 moderate severe dan tidak boleh S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w diharapkan untuk memasak dan keselamatan. Dari segi fungsi, seseorang yang berkeadaan seperti ini, menurut SP7, memerlukan bantuan keluarga dan tidak boleh berdikari untuk seumur hidup kerana ketidakupayaan untuk membuat keputusan sendiri untuk apa-apa pun. SP7 juga telah membuat dapatan bahawa SP11 adalah seorang OKU lembam setelah meminta Pegawai Psikologi untuk menjalankan ujian IQ terhadap SP1. [36] Ujian IQ selanjutnya telah dijalankan oleh SP10 dan hasil pemeriksaan SP10 mengesahkan SP11 mengalami “severe intellectual disability”. SP10 telah menjelaskan dapatan yang diperolehi setelah menjalankan ujian CTONI dan WAIS ke atas SP11 di mana SP10 menyatakan tahap IQ bagi seseorang yang berada dalam “severe intellectual disability” iaitu seseorang itu mempunyai kesukaran membezakan dan mengenalpasti baik dan buruk sesuatu perkara, sukar memahami persekitaran dan mempelajari sesuatu yang baru. SP11 juga mempunyai masalah untuk membuat keputusan dan mudah dimanipulasi dan tidak mampu untuk berfikir secara lojik dan mempertahankan diri, mempunyai masalah memori dan pemprosesan maklumat yang lemah. Malah keadaan mental SP11 adalah sama seperti pemikiran kanak-kanak berumur 6 tahun. [37] SP10 selanjutnya mengesahkan bahawa seseorang pada tahap IQ yang seperti ini yang tidak pernah diajar atau tanpa seseorang itu diberitahu tentang seks atau tidak mengalaminya, dia tidak akan tahu apa itu seks. SP10 turut menjelaskan bahawa maksud mudah dimanipulasi adalah keputusan dan tindakannya mudah dipengaruhi oleh orang lain mahupun persekitaran. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w [38] Keterangan-keterangan ini adalah jelas dan memadai bagi Tuan HMS untuk merumuskan seperti berikut; “Keterangan ke atas mental atau tahap pemikiran SP11 menunjukkan yang SP11 walaupun berumur 32 tahun ketika kejadian itu dia masih berfikiran seperti kebudak-budakan. Hasil pemeriksaan mental atau tahap pemikiran ke atas SP11, didapati dia merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang di kategorikan sebagai mengalami kecacatan akal fikiran tahap rendah atau “Masalah Lembam Yang Teruk (Umur 6 akal 6 tahun)” sepertimana laporan Perubatan P8 dan keterangan SP10. Oleh itu setakat ini, secara prima facie, Mahkamah menerima keterangan tersebut. SP11 dalam keadaan mentalnya sebegitu, dia tidak berupaya atau tidak akan dapat memberikan kerelaan dan mengizinkan OKT melakukan hubungan seks dengannya. SP11 sebenarnya mungkin tidak menghalang atau pun hanya membiarkan OKT menyetubuhinya pada ketika itu. Persoalannya adakah orang seperti SP11 yang mempunyai mental yang tidak selari dengan umurnya itu telah benar-benar memberikan keizinan dari segi undang-undang. Saya percaya tiada keizinan yang telah diberikan oleh SP11. Dia telah merelakan OKT melakukan hubungan seks itu tetapi sebenarnya dia tidak mengetahui kesan dan akibat dari kerelaan yang diberikan itu.” S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Kad Pengesahan OKU [39] Suatu lagi fakta dan keterangan yang tidak dipertikaikan adalah SP11 merupakan seorang pemegang kad OKU sepertimana di P4. Ianya diperolehi dari Pegawai Jabatan Kebajikan iaitu SP6. Oleh itu, keterangan SP6 adalah wajar untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah di dalam menilai kapasiti mental SP11. [40] SP6 di dalam keterangannya mengesahkan permohonan SP11 diproses setelah SP11 mendapatkan pengesahan doktor yang menentusahkan keadaan mental SP11 yang merupakan OKU Pembelajaran iaitu “Slow Learner”. Di dalam keterangan yang sama SP6 juga mengesahkan proses permohonan kad OKU ini perlu melalui pemeriksaan doktor dan pengesahan Doktor Izah Zainab binti Abdul Kadir telah mengesahkan kategori ketidakupayaan pemohon iaitu SP11. Keterangan ahli keluarga [41] Selain dari keterangan-keterangan ini, pihak PR turut telah mengemukakan keterangan daripada SP3 iaitu bapa SP11 dan SP5 iaitu ibu SP11 yang telah menjelaskan keperluan SP11 yang perlu diuruskan oleh SP5. SP11 hanya boleh melakukan tugas-tugas yang minimal seperti makan dan mandi sendiri sahaja. [42] SP11 masih tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dan tidak bergaul dengan orang. Butir pertuturan SP11 juga hanya boleh difahami oleh SP1, SP3 dan SP5 serta ahli keluarga. Orang luar dari keluarga sangat sukar untuk memahami pertuturan SP11. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Bukan sahaja itu, pergerakan SP11 juga terbatas kerana keadaan kakinya yang lemah dan berjalan senget. [43] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah diulas oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa perlakuan seks yang dilakukan ke atas SP11 oleh Perayu adalah dilakukan tanpa keizinan SP11 memandangkan SP11 adalah seorang yang tidak dapat memahami sifat dan akibat ke atas sesuatu keizinan. [44] Mahkamah tidak diyakinkan oleh hujahan Peguam Perayu kewujudan sebarang unsur kekhilafan oleh Tuan HMS di dalam dapatanya berkaitan isu. Laporan Polis (P1) oleh SP11 [45] Peguam Perayu turut membangkitkan isu berkaitan laporan polis di P1 dengan mempertikaikan kandungan laporan polis yang menyatakan bahawa Perayu telah merogol SP11. Fakta menunjukkan bahawa SP2 telah membantu menterjemahkan perkataan-perkataannya dalam bahasa yang boleh difahami oleh pihak polis iaitu penerima laporan dan juga Pegawai Penyiasat. Ini disebabkan perkataan yang digunakan oleh SP11 adalah sukar difahami oleh orang luar dan SP11 bercakap secara berkelainan (telo) yang hanya boleh difahami oleh ahli keluarganya sahaja. [46] Di dalam masa yang sama, keterangan SP14 telah menjelaskan bahawa SP14 turut mengalami kesukaran untuk memahami S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w pertuturan SP11. Rakaman percakapan daripada SP11 diperolehi oleh SP14 dengan kehadiran SP2 bagi membantu untuk terjemahkan perkataan-perkataan yang tidak boleh difahami oleh SP14 semasa merakam keterangan SP11. Selain itu, SP14 telah menjelaskan walaupun dalam laporan polis tidak menyatakan ia dirogol namun sewaktu SP14 menjalankan siasatan dan merakam keterangan SP11, SP11 memaklumkan Perayu telah masukkan kemaluan Perayu ke dalam kemaluannya sepertimana keterangan SP2. [47] Laporan polis adalah bertujuan untuk memboleh satu siasatan dimulakan. Satu laporan polis tidaklah perlu untuk menceritakan keseluruhan keterangan tetapi ia haruslah mengandungi elemen pertuduhan bagi kesalahan yang dikatakan berlaku. (Rujuk kes; Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52). [48] Laporan polis bukanlah satu keterangan substantif (substantive evidence). Sebaliknya, siasatan selanjutnya perlu dilaksanakan dan keterangan-keterangan ini selanjutnya dikemukakan di Mahkamah bagi menentukan sama ada ia adalah material (rujuk kes; PP v Foong Chee Cheong [1969] 1 LNS 128). [49] Sehubungan dengan itu, walaupun P1 tidak mempunyai keterangan lengkap sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Perayu, namun ia memadai kerana yang lebih utama adalah keterangan-keterangan lisan dan dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Kesimpulan [50] Secara keseluruhannya Mahkamah ini berpuashati bahawa pihak PR telah membuktikan melampaui sebarang keraguan bahawa SP11 adalah seorang yang tidak mampu memberikan keizinan di atas alasan SP11 tidak dapat memahami sifat dan akibat dari keizinan. Oleh itu, dapatan Tuan HMS mensabitkan Perayu adalah tepat. [51] Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tiada sebarang kekhilafan ke atas keputusan serta dapatan Tuan HMS yang mewajarkan campurtangan Mahkamah ini. Sehubungan dengan itu, rayuan Perayu adalah ditolak. Sabitan serta hukuman Tuan HMS adalah dikekalkan. Bertarikh: 14hb. Ogos 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : Puveneswaran a/l Mohanasundram The Chambers of Kumar & Puven Peguambela & Peguamcara No. 142, 1st Floor, Dato Keramat Road 10150 Georgetown Pulau Pinang Bagi Pihak Responden : Fatin Farahiyah binti Nadzri Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Tarikh Bicara : 18hb. April, 2024 Tarikh Keputusan : 6hb. Jun, 2024 S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Kanun Keseksaan ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617 ➢ P’ng Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] CLJU 320; [2013] 2 AMCR 350; [2013] 6 MLJ 523 ➢ Aziz bin Muhammad Din [1996] 5 MLJ 473 ➢ PP v Abdul Rahman Mohamad [2005] 1 CLJ 700 ➢ Sirajul Islam lawan PR [2014] 1 LNS 724 ➢ Kee Lik Tian v PP [1984] 1 MLJ 306 ➢ Sidek bin Ludan v PP [1995] 3 MLS 178 ➢ Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52 ➢ PP v Foong Chee Cheong [1969] 1 LNS 128 S/N 6d0x0wbT0ml0gVriSSo/w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.