Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-A53KJ-74-01/2024 ANTARA WAN ABDUL MUHAIMIN BIN WAN IZU … PLAINTIF
DA-A53KJ-74-01/2024
Sessions Court of Malaysia16 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an memandangkan SP3 berusia kurang daripada 30 tahun ketika kemalangan berlaku, maka multiplier yang seharusnya digunakan adalah 16 tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 28A (2)(d)(i) Civil Law Act 1956 dan berikut adalah pengiraan untuk partial loss of future earning untuk SP3: **Note : Serial number w”
“r split memandangkan Plaintif mengalami kepatahan jenis comminuted fracture with intercondylar split berserta pelbagai keilatan. [ 4 ] Mahkamah dirujuk kepada kes KOVALAN RAJOO v. HANIF MUHAMAD PAUZI [2015] CLJU 1063. Mahkamah Tinggi Alor Setar telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai perkara ini sebagaimana ber”
“)-Limited Range of Movement and movement (severe) vi)-Motor power of shoulder, elbow, wrist at Grade 4/5 [ 2 ] Mahkamah merujuk kepada kes SRIRAJ HOLDINGS SDN BHD & SATU LAGI v. MOHAMAD HAFIZ GHOZALI [2024] CLJU 132 di mana Mahkamah Tinggi Temerloh telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan jumlah seb”
“vere) vi)- Motor power of shoulder, elbow, wrist at Grade 4/5 [ 3 ] Mahkamah dirujuk kepada otoriti yang berikut bagi kecederaan ini:- ABDUL RAHMAN SALLEH & SATU LAGI v. SULISAH ZAINUDDIN & YANG LAIN [2024] CLJU 403 ,Mahkamah Tinggi Seremban telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan jumlah sebanyak R”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-A53KJ-74-01/2024 ANTARA WAN ABDUL MUHAIMIN BIN WAN IZU … PLAINTIF
1
1.
2
NIZAM BIN MOHAMAD NAWI SITI NOR SALMIAH BINTI HASSAN … DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN (KUANTUM) ISU KUANTUM [ 1 ] Mahkamah dirujuk kepada kes WONG LI FATT WILLIAM (AN INFANT) v HAIDAWATI BT BOLHEN & ANOR [1994] 2 MLJ 497, YAA Richard Malanjum J menyatakan: “In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that there must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained. In Lim Poh Choo v. Camden and Islington Area Health Authority, Lord Scarmen said this at p 917: - ‘the principle of the law is that compensation should as nearly as possible put the party who has suffered in the same position as he would have been in if he had not sustained the wrong. There is no room here for considering the consequence of a high award on the wrongdoer or those who finance him’.” [ 2 ] Berdasarkan kes di atas, Mahkamah ini akan mempertimbangkan faktor-faktor kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi, kadar inflasi, kedudukan nilai matawang dan ekonomi semasa, serta lain-lain faktor dalam memberikan awad yang paling munasabah dan wajar kepada Plaintif bagi kecederaan yang dialami akibat daripada kemalangan jalan raya yang menimpa. [ 3 ] Berdasarkan laporan-laporan perubatan awal dan laporan-laporan pakar yang telah difailkan oleh pihak Plaintif dan pihak Defendan-Defendan, Plaintif telah mengalami beberapa kecederaan dan Gantirugi Am dan Khas untuk Plaintif atas dasar 100% liabiliti adalah seperti berikut: GANTI RUGI AM 1) HUMERUS FRACTURES a) CLOSED COMMUNITED FRACTURE PROXIMAL LEFT HUMERUS i)-Malnited fracture ii)- Open reduction and philos plating left proximal iii)-Reduced strength left shoulder and elbow iv)-Unable to perform overhead activities using left arm v)-Limited Range of Movement and movement (severe) vi)-Motor power of shoulder, elbow, wrist at Grade 4/5 [ 2 ] Mahkamah merujuk kepada kes SRIRAJ HOLDINGS SDN BHD & SATU LAGI v. MOHAMAD HAFIZ GHOZALI [2024] CLJU 132 di mana Mahkamah Tinggi Temerloh telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan jumlah sebanyak RM25,000.00 untuk kecederaan closed fracture proximal 3rd Left Humerus. Mahkamah bersetuju awardkan RM25,000.00 b) CLOSED COMMINUTED FRACTURE DISTAL LEFT HUMERUS WITH INTERCONDYLAR SPLIT i)- United fracture ii)- Bi-plating of supracondylar humerus fracture iii)- Reduced strength left shoulder and elbow iv)- Unable to perform overhead activities using left arm v)- Limited Range of Movement and movement (severe) vi)- Motor power of shoulder, elbow, wrist at Grade 4/5 [ 3 ] Mahkamah dirujuk kepada otoriti yang berikut bagi kecederaan ini:- ABDUL RAHMAN SALLEH & SATU LAGI v. SULISAH ZAINUDDIN & YANG LAIN [2024] CLJU 403 ,Mahkamah Tinggi Seremban telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan jumlah sebanyak RM40,000.00 untuk kecederaan closed comminuted fracture of distal 1/3 of right humerus. Mahkamah ini bersetuju bahawa jumlah award sebanyak RM 40,000.00 adalah amat sesuai dan berpatutan bagi kecederaan closed comminuted fracture distal left humerus with intercondylar split memandangkan Plaintif mengalami kepatahan jenis comminuted fracture with intercondylar split berserta pelbagai keilatan. [ 4 ] Mahkamah dirujuk kepada kes KOVALAN RAJOO v. HANIF MUHAMAD PAUZI [2015] CLJU 1063. Mahkamah Tinggi Alor Setar telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai perkara ini sebagaimana berikut: “[21]... Although pubic ramus and pubic tubercle are adjacent, they are distinct in terms of their positions. The injury of symphysis pubic diastasis (diastasis symphysis pubis) is a distinct injury from the fractured left sacral and left pubic tubercle. They are not the same kind of injury although they occur within the same areas. Just because the injuries happened to be in the same part of the pelvis bone, that could not be the reason to grant a global sum for an award of damages. [23] A global award should be discouraged. I refer to the judgment of Raja Azlan Shah CJ in the case of Yang Salbiah & Anor v. Jamil bin Harun [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292, at 293, where his Lordship says: A global award has the distinct advantage of covering a multitude of sins. It does not show where or how the judge had erred on the side of over generosity or on the side of parsimony. But there is at least one good reason why a global sum should be discouraged. [24] With regard to the injuries in items (iv) to (ix), I have considered the reasoning of the SCJ in his judgment in coming to the award of damages granted (pages 19- 22 of the Rekod Rayuan Tambahan). I could not find the learned SCJ had acted on a wrong principle of law, neither could I find the awards of damages are extremely high or low to make them entirely erroneous estimates of damages, in other words plainly unreasonable. In fact, each award of damages was supported by case law. The award of the said damages could not in any manner be considered as entirely erroneous estimate of damages.”
b
CHEVRON OSTEOTOMY OF THE OLECRANON [ 5 ] Berdasarkan REVISED COMPENDIUM OF PERSONAL INJURY AWARDS 2018 Mahkamah bersetuju untuk awardkan sebanyak RM 25,000.00 untuk chevron osteotomy of the olecranon. SP2,,pakar ortopedik Plaintif ketika perbicaraan, menerangkan bahawa chevron osteotomy of the olecranon merujuk kepada proses dimana tulang olecranon tersebut dipotong atau dipatahkan ketika pembedahan untuk membuka laluan bagi memudahkan pembedahan kerana kecederaan closed comminuted fracture distal left humerus with intercondylar split terhalang disebalik tulang olecranon.
c
MULTIPLE ABRASION WOUNDS - Left elbow - Left 5th toe - Left knee [ 6 ] Mahkamah dirujuk kes SATESH KUMAR A/L JOHNSON & ANOR V AMINUDDIN BIN MOHD ZAIN & 2 ORS [2021] 1 PIR [59] Mahkamah Sesyen Seremban telah mengawadkan RM 12,000.00 untuk kecederaan multiple abrasion wounds. Mahkamah bersetuju untuk awardkan jumlah sebanyak RM 8,000.00 adalah munasabah dan berpatutan bagi kecederaan abrasion wounds yang dialami oleh SP3 kerana mengambil kira bahagian tubuh badan yang terkena abrasion tersebut agak banyak iaitu tiga tempat berbeza..
d
MULTIPLE SOFT TISSUE INJURIES - Extensive soft tissue swelling and contusion over left arm - Left elbow, left 5th toe and left knee . [ 7 ] Berdasarkan kes ZAINUDDIN IBRAHIM v. MUHAMMAD ARMAN MOHD RADZIF & ANOR [2018] 5 LNS 190 Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar telah membenarkan jumlah awad sebanyak RM 10,000.00 untuk kecederaan soft tissue injury at right pelvis and right lower limb. Mahkamah bersetuju untuk awardkan sebanyak RM 10,000.00 sebagai berpatutan dan munasabah memandangkan SP3 mengalami multiple soft tissue injuries yang mana terdapat pada bahagian tubuh badan yang berbeza.
e
PERMANENT SCARS - Hyperpigmented scar left shoulder(16x2cm) - Hyperpigmented scar left elbow (17x5cm) [ 8 ] Mahkamah dirujuk kepada kes JONATHAN DE'CRUZ @ MAHESH & ANOR V LEONG POH CHOK & ANOR [2022] 2 PIR [24] di mana Mahkamah Sesyen Johor Bharu telah mengawadkan RM 20,000.00 untuk kecederaan scars. (1 cm surgical scar over the right wrist, 9 cm scar over the right wrist and 15 cm scar over the forehead) Mahkamah ini bersetuju sebanyak RM 18,000.00 adalah bersesuaian dan munasabah memandangkan SP3 mengalami parut-parut hodoh yang mempunyai ukuran lebih besar berbanding otoriti yang dirujuk diatas. Parut-parut ini semestinya menyebabkan ketidakselesaan dan rendah diri dengan mengambil kira usia beliau yang masih muda. 6) MUSCLE WASTING UPPER LIMB - upper limb: 1cm over arm, 1cm over forearm Berdasarkan kes NOR AZIZAH BINTI MISKAN V NOOR FADHILAH BINTI NISMAN & ANOR [2022] 1 PIR [26] Mahkamah Sesyen Sepang telah membenarkan jumlah awad sebanyak RM 10,000.00 untuk muscle wasting in the left thigh and left calf. Mahkamah bersetuju awardkan RM 10,000.00 bagi kecederaan ini adalah bersesuaian dan berpatutan 7) PAIN & SUFFERING DURING FUTURE PROCEDURE Di dalam kes NOR AZIZAH BINTI MISKAN V NOOR FADHILAH BINTI NISMAN & ANOR [2022] 1 PIR [26] Mahkamah Sesyen Sepang telah membenarkan jumlah awad sebanyak RM 10,000.00 untuk pain and suffering during two future surgeries. Mahkamah bersetuju untuk awadkan sebanyak RM5,000.00 adalah bersesuaian dan munasabah dengan mengambil kira pelbagai future procedure yang perlu dijalani oleh SP3. 8) PARTIAL LOSS OF FUTURE EARNING DAN ACTUAL LOSS OF EARNING Mahkamah merujuk kes WAN AHMAD MUHSIN BIN WAN HAMDAN V MUHD NAZZIM BIM RASDI & ANOR (2021) 1 PIR [50] di mana Mahkamah Sesyen Pasir Mas telah membenarkan jumlah sebanyak RM 384,000.00 untuk loss of partial future earning capacity dengan kiraan RM2,000.00 × 16 years × 12. Seterusnya di dalam kes MOHAMAD ASRI BIN MANSOR V WAN NOR AZMAN BIN WAN SALLEH [2021] 1 PIR [37] Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah membenarkan jumlah sebanyak RM 299,520.00 untuk loss of future earning capacity dengan kiraan RM60.00 × 26 days x 16 years × 12 (without interest). [The High Court on August 18, 2019 dismissed the appeal against liability and allowed the appeal against quantum only as regards loss of future earning capacity in that the award was reduced to RM230,400.00 (RM1,200.00 × 16 years × 12). A further appeal was lodged by the defendant at the Court of Appeal against the High Court’s decision. The Court of Appeal on November 13, 2020 dismissed the appeal.] [ 9 ] Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan ketika perbicaraan, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa SP3 adalah layak dan telah berjaya membuktikan bahawa beliau selayaknya menuntut bagi partial loss of future earning berdasarkan faktor berikut: a) SP3 telah berjaya membuktikan pada waktu yang material bahawa beliau merupakan seorang mekanik di Wzul Services yang menerima gaji bulanan sebanyak RM 2,300.00 yang dibayar secara tunai pada hujung bulan. Skop tugas SP3 di perniagaan tersebut merangkumi tugasan membaiki enjin kenderaan, tayar, menukar alat-alat ganti kenderaan dan semua kerja-kerja am yang lain yang berkaitan. b) Perkara ini telah disahkan oleh majikan SP3, iaitu SP4 yang hadir memberi keterangan ketika perbicaraan. Perniagaan SP4 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia c) Sejak kemalangan pada 20/05/2023, SP3 tidak dapat bekerja dan tidak dibayar gaji sehingga kembali bekerja pada bulan April 2024. Pada bulan April 2024, beliau telah kembali untuk bekerja tetapi hanya mampu membuat kerja ringan kerana tangan beliau tidak mampu untuk mengangkat berat. Sejak kembali bekerja, beliau tidak dapat melakukan tugas-tugas seperti sebelum kemalangan. Beliau tidak dapat bekerja seperti sebelumnya kerana kecederaan yang dialami telah menyukarkan dan menghadkan pergerakan tangan beliau kerana berasa sakit. Beliau tidak mampu bekerja untuk waktu yang lama kerana akan mengalami kesakitan sekiranya banyak menggunakan tangan dan beliau terpaksa balik kerja awal dari sepatutnya. Sebelum kemalangan, beliau bekerja dari jam 9 pagi sehingga jam 7 petang. Namun begitu, setelah kemalangan berlaku, beliau hanya bekerja dari jam 9 pagi sehingga jam 4 petang. Oleh itu, akibat kecederaan yang dialami oleh SP3, beliau hanya dibayar sebanyak RM 1,700.00 sahaja sebulan. d) Semasa perbicaraan, SP3 menyatakan beliau tidak lagi dapat bekerja seperti biasa untuk waktu yang lama dan terpaksa kurangkan waktu bekerja akibat kecederaan yang dialami . e) Ketidakupayaan SP3 untuk meneruskan pekerjaan beliau turut disokong oleh keterangan pakar ortopedik Plaintif yang turut menyatakan bahawa : “The injury has affected his ability to continue his work as a mechanic, perform household chores and undertake any physical activities or involve in physical sports. His residual disabilities will be permanent. The residual disabilities also might affect his ability to find and perform strenous employment in the future”. f) Mahkamah mendapati SP3 telah berjaya membuktikan bahawa akibat kecederaan yang dialami dan terdapat pengurangan gaji setelah beliau kembali bekerja, maka beliau adalah layak untuk menuntut bagi partial loss of future earning. h) SP3 telah berjaya membuktikan multiplicand sebanyak RM 600.00 sebulan (RM2,300.00- RM1,700.00) dan memandangkan SP3 berusia kurang daripada 30 tahun ketika kemalangan berlaku, maka multiplier yang seharusnya digunakan adalah 16 tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 28A (2)(d)(i) Civil Law Act 1956 dan berikut adalah pengiraan untuk partial loss of future earning untuk SP3: ii) Bagi partial loss of future earning: RM 600.00 x 12 bulan x 16 tahun = RM 115,200.00 . Oleh itu, berdasarkan pengiraan di atas, jumlah sebanyak RM 115,200.00 untuk partial loss of future earning bagi SP3. f) Bagi kes ini, peguamcara Defendan menghujahkan bahawa 1/3 daripada jumlah pendapatan SP3 perlu ditolak untuk living expenses, namun Plaintif menghujahkan bahawa tiada sebarang potongan yang perlu dilakukan. Ini kerana berdasarkan Seksyen 28A (2)(c)(iii) Civil Law Act 1956, “(c) in awarding damages for loss of future earnings, the Court shall take into account-
III
(iii) any diminution of any such amount as foresaid by such sum as is proved or admitted to be living expenses of the Plaintiff at the time when he was injured;” Perkara ini jelas mensyaratkan bahawa potongan living expenses hanya boleh diambil kira oleh Mahkamah (Court shall take into account) sekiranya ianya: (1) berjaya dibuktikan (proved), (2) diakui (admitted) oleh SP3. Memandangkan peguamcara Defendan semasa pemeriksaan balas tidak pernah sesekali membuktikan (prove) potongan bagi living expenses dan tiada sebarang jumlah bagi living expenses telah diakui (admitted) oleh SP3 sepanjang perbicaraan, tiada sebarang penolakan perlu dilakukan untuk living expenses. GANTI RUGI KHAS [ 10 ] Item (B)- kos perjalanan ulang alik dari hospital ke rumah dan kos makan minum, parking dan membeli barang keperluan oleh keluarga SP3 yang menjaga dan menziarahi SP3 sepanjang berada di hospitalRM 4,200.00 [ 11 ] Berdasarkan keterangan SP3 ketika perbicaraan , beliau memaklumkan kepada Mahkamah bahawa “Ahli keluarga saya telah bergilir-gilir berulang-alik dari rumah ke hospital. Kos pengangkutan seperti minyak kereta dan bayaran parking, makan minum dan kos membeli barang-barang keperluan untuk kegunaan saya adalah lebih kurang sebanyak RM 300.00 sehari. Namun begitu, saya tidak mempunyai resit bagi perbelanjaan yang dikeluarkan kerana keluarga saya tidak menerima resit ketika mengisi minyak dan membeli makanan. Mereka juga tidak mengetahui perlu menyimpan resit-resit pembelian barang keperluan saya pada peringkat awal sejurus selepas kemalangan.” Mahkamah awardkan RM2100 adalah sesuai dan berpatutan. [ 12 ] Item (D); Kos kerosakan pakaian, kasut dan barangan berharga-RM 300.00 - Berdasarkan keterangan SP3 ketika perbicaraan, pakaian koyak dan telefon bimbit beliau telah pecah dan pakaian koyak dalam kemalangan tersebut. Oleh itu, jumlah sebanyak RM300.00 adalah sesuai dan berpatutan sebagaimana keterangan SP3 ketika perbicaraan. [ 13 ] Item (F); Laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia-RM
200
200.00 [ 14 ] Item (G); Laporan polis, rajah kasar dan kunci-RM 200.00 [ 15 ] Item (H); Carian JPJ-RM 10.00 [ 16 ] Item (I); Kos Laporan Pakar Ortopedik - RM 1,200.00 i-Laporan Pakar Ortopedik Hospital Universiti Sains Malaysia RM 1,200.00- Sebagaimana invois pada m/s 36 Ikatan B [ 17 ] Item (N), (O) & (Z); Kos rawatan dan/atau pembedahan masa hadapan-RM 18,000.00 - Berdasarkan Laporan Pakar Ortopedik Plaintif , dapat dirumuskan, SP3 telah dicadangkan untuk menjalani rawatan dan pembedahan masa hadapan implant removal – RM 18,000.00(private hospital). i-Ketika perbicaraan, SP3 telah memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk menjalani rawatan-rawatan yang dicadangkan oleh doktor pakar tersebutSP3 percaya rawatan itu akan memudahkan dirinya menjalani kehidupan seharian meskipun tidak boleh sembuh seperti sediakala. SP3 juga berhasrat untuk membuang implan yang ada kerana ia menyebabkan berasa sakit dan sengal terutamanya ketika cuaca hujan dan sejuk. SP3 berhasrat untuk menjalani prosedur yang dicadangkan di hospital swasta kerana tidak perlu menunggu lama, selesa dan lebih cepat”. ii-Oleh itu, Mahkamah awardkan jumlah sebanyak RM 18,000.00 kepada SP3 bagi kesemua kos rawatan masa hadapan ini [ 18 ] Item (Q); Kos rawatan fisioterapi-RM 3,600.00 a) Berdasarkan Perenggan 3(b) Laporan Pakar Ortopedik Plaintif, dapat disimpulkan bahawa SP3 perlu menjalani sesi fisioterapi yang intensif sebanyak 3 sesi yang mana melibatkan kos sebanyak RM 150.00 bagi 1 sesi untuk muscle wasting yang dialami selama 8 minggu. b) SP3 telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjalani sesi fisioterapi yang dicadangkan oleh doktor pakar kerana beliau percaya saranan doktor adalah yang terbaik untuk beliau. Oleh itu, adalah jumlah keseluruhan sebanyak RM 3,600.00 Mahkamah berpendapat wajar diawadkan kepada SP3. [ 19 ] Item (S) & (T)- Telah dihujahkan di bawah Ganti Rugi Am: Item 8 [ 20 ] Item (Y); Kos implan (Synthes Plates & Screws)- RM 6,550.00 - sebagaimana resit pada m/s 21 Ikatan B [ 21 ] Item (aa); Kos Analgesic – RM 1,200.00 i-Berdasarkan Laporan Pakar Ortopedik Plaintif , dapat dirumuskan, SP3 telah dicadangkan untuk menggunakan regular analgesic bagi mengurangkan kesakitan pada kecederaan yang dialami– RM 1,200.00 ( RM 200.00 x 6 bulan). ii-Ketika perbicaraan, SP3 telah memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk menjalani rawatan-rawatan yang dicadangkan ini. SP3 percaya saranan doktor pakar akan mengurangkan kesakitan dan memudahkannya menjalani kehidupan seharian meskipun tidak boleh sembuh seperti sediakala. KESIMPULAN [ 22 ] Mahkamah berpendapat award yang diberikan adalah wajar berdasarkan fakta dan undang-undang yang terpaaki. Berdasarkan peruntukan Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah juga membenarkan kos dan faedah dibenarkan sebagaimana yang telah diplidkan di dalam saman dan pernyataan tuntutan kami. Sekian, terima kasih. Bertarikh pada 14 Disember 2025 ……………………..t.t………………………….
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.