Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: Kes: DJ-62JSK-34-08/2021: PERTUDUHAN PINDAAN. “Bahawa kamu pada sekitar hujung bulan Oktober 2018 jam lebih kurang 6.30 petang, di sebuah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123- 03-0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(3) Kanun Kesiksaan. Kes DJ-62JS-16-08/2021: PERTUDUHAN PERTAMA PINDAAN: “Bahawa kamu pada 1 Julai 2021 jam lebih kurang 10.30 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03- 0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(3) Kanun Kesiksaan. PERTUDUHAN KEDUA PINDAAN: “Bahawa kamu pada 2 Julai 2021 jam lebih kurang 9.00 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03- 0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(3) Kanun Kesiksaan. PERTUDUHAN KETIGA PINDAAN: “Bahawa kamu pada 7 Julai 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03- 0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(3) Kanun Kesiksaan.