Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa analisa menunjukkan bahawa sampel tanah yang diambil dari kasut yang dipakai oleh perayu dan sampel tanah yang diambil dari tempat kejadian adalah berpadanan (matched). 8 Kesemua alasan di atas dirangkumkan oleh peguam perayu kepada tiga iaitu ketiadaan motif, pembelaan alibi dan kegagalan menilai keseluruhan keterangan. Motif Peguam perayu menghujahkan pendakwaan gagal membuktikan perayu mempunyai motif untuk membunuh simati kerana perayu telah selesai membayar hutang simati melalui eksibit P65. Mengenai isu motif, di dalam alasan penghakimannya di muka surat 20 Rekod Rayuan Jilid 1, hakim bicara menyatakan: “In a criminal prosecution,it is not incumbent upon the prosecution to prove the motive for the crime.However, when a case is based on circumstantial evidence, the motive behind a crime assume greater importance as it is an important strand of circumstantial evidence to impute the accused’s guilt … The motive in the instant case could have been the dissatisfaction that the accused had to pay RM11500 for a loan of RM5000 which was double the amount borrowed from the deceased. With a salary of RM1900 a month and to pay off the exorbitant amount would be insufficient for other expenses working on a tight budget. More so it was done by the deceased as a fellow colleague on the accused without due regard to the fact that the deceased and the accused were in the Special Branch and had known each other although not close. This reason for the murder cannot be ruled out.” 9 Peguam perayu hanya berpegang kepada eksibit P65 semata-mata untuk menidakkan motif. Eksibit P65 itu hanya bertujuan untuk mengesahkan hutang telah diselesaikan. Suka atau pun tidak, perayu mesti selesaikan hutang. Motif adalah berkaitan dengan perasaan marah atau tidak puashati. Bagi maksud perbandingan, pemberi pinjaman berlesen hanya boleh mengenakan faedah 18% setahun ke atas peminjam. Maknanya, bagi pinjaman RM5000, faedah 18% hanya berjumlah RM900. Maka, peminjam hanya perlu bayar balik RM5900 dalam masa satu tahun. Sedangkan dalam kes ini, perayu kena bayar balik dua kali ganda jumlah yang dipinjam. Perbezaan antara RM11500 dan RM5900 adalah RM5600. Perbezaan ini adalah tinggi. Pendapatan perayu pula tidaklah tinggi untuk membayar balik RM700 sebulan kepada simati. Dengan membayar RM700 sebulan juga, perayu tidak akan dapat menyelesaikan hutang dalam masa satu tahun. Perayu nampaknya mempunyai masaalah kewangan kerana beliau juga meminjam dari Koperasi dan Bank. Maka, bayaran balik pinjaman sebanyak dua kali ganda itu tidak boleh dinafikan adalah suatu bebanan kewangan yang telah memberikan tekanan perasaan kepada perayu yang berkemungkinan besar telah menyebabkan perayu marah dan tidak puashati dengan simati. Oleh itu, kami berpendapat hakim bicara tidak terkhilaf bila memutuskan motif perayu membunuh simati ialah kerana tidak puashati beliau terpaksa membayar balik hutang sebanyak dua kali ganda. Walaupun perayu menafikan, tetapi perasaan tidak puashati perayu itu tidak boleh diketepikan. 10 Pembelaan alibi dan penafian semata-mata Pembelaan perayu ialah beliau tidak berada di tempat kejadian antara jam 4.11 hingga jam 4.50 petang. Tetapi, perayu tidak menyerahkan notis alibi kepada pendakwaan. Pembelaan tidak memberikan penjelasan atas kegagalan menyerahkan notis alibi. Atas kegagalan memberikan notis alibi, hakim bicara memutuskan perayu gagal membuktikan beliau tidak berada di tempat kejadian. Kami mendapati tidak ada apa-apa kekhilafan di dalam keputusan hakim bicara mengenai isu alibi. Jika notis alibi diberikan, pendakwaan boleh membuat siasatan perayu berada di mana dan bersama siapa di antara jam 4.11 hingga 4.50 petang. Oleh kerana notis alibi tidak diberikan, adalah mudah untuk perayu menafikan beliau berjumpa dengan simati pada waktu kejadian. Tanpa ada notis alibi, pembelaan perayu hanyalah penafian semata-mata. Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah tidak dipatuhi Peguam perayu menghujahkan hakim bicara gagal menilai keseluruhan keterangan yang menunjukkan bahawa bukan perayu yang menembak dan menyebabkan kematian simati. Peguam bergantung kepada fakta-fakta berikut : a) Terdapat percanggahan keterangan mengenai lokasi di mana dua kelongsong peluru yang dikaitkan dengan pistol perayu ditemui. b) SP8 mengakui ujian-ujian yang beliau jalankan adalah tidak konklusif untuk mengaitkan dua kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian dengan pistol milik perayu. 11 c) Serbuk tembakan (Gun Shot Residue atau GSR) yang ditemui pada tangan perayu menunjukkan beliau hanya menyentuh senjata api dan bukannya menembak senjata api. d) Jumlah peluru yang diserahkan dan diisytiharkan oleh perayu di stor senjata api pada 4.2.2014 adalah sama dengan jumlah peluru yang diserahkan kepada beliau pada 21.1.2014 iaitu 20 butir. Fakta ini menunjukkan perayu tidak pernah melepaskan apa-apa tembakan. Mengenai isu tembakan, hakim bicara menyatakan di muka surat 24 Rekod Rayuan Jilid 1: “As to the defence that it was not the accused who had caused the gunshot wound to the head, the learned counsel seems to rely on the fact that the evidence of SP8 admitted that the ballistic test conducted on the spent bullet castings was not conclusive to impute that the two spent bullet castings found at the scene of crime came from the accused’s pistol. The same witness SP8 nevertheless also said that the gunshot residue analysed came from the barrel of the pistol belonging to the accused. SP20 in his analysis of the 2 spent bullet castings marked as ER2 and ER3 found at the scene of crime have the 12 same characteristics of bullet discharged from the pistol belonging to the accused marked ER6. The court accepted the evidence of all the prosecution witnesses as credible and believable. There are no material discrepancies if any between SP8 and SP20.” Adalah undang-undang mantap bahawa penemuan fakta hakim bicara mengenai kredibiliti saksi tidak boleh dikacau ganggu oleh mahkamah yang menjalankan bidangkuasa rayuan kerana hakim bicara yang mendengar dan melihat saksi-saksi pendakawaan memberi keterangan. Dengan menerima keterangan SP8 dan SP20, hakim bicara menerima sebagai suatu fakta bahawa dua kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian telah dilepaskan dari pistol perayu. Dalam kes Chan Chwen Kong v PP [ 1962] 28 ML J 307, mahkamah menyatakan: “It has been held inter alia that ‘It must, however be borne in mind that in cases like this where the evidence is wholly circumstantial, what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope. The real question is: is the rope strong enough to hang the prisoner.” 13 Dalam kes di hadapan kami, terdapat cukup keterangan untuk mensabitkan perayu dengan pertuduhan. Perayu baru selesai bayar hutang yang tinggi dengan simati, sampel tanah yang diambil dari motosikal perayu adalah sama dengan sampel tanah di tempat kejadian; dua kelongsong peluru yang dijumpai ditempat kejadian menyerupai karektoristik peluru yang dilepaskan daripada pistol perayu; perayu ada berjumpa simati pada tarikh kejadian; perayu memiliki pistol pada tarikh dan masa kejadian, swab yang diambil dari muncung pistol perayu, swab dari tangan perayu dan dari pakaian perayu terdapat sisa serbuk senjata api. Kesemua keterangan ini bila disambungkan bersama menunjukkan perayu adalah satu-satunya orang yang membunuh simati. Atas fakta dan keadaan kes ini, kami berpuashati bahawa sabitan ke atas perayu adalah selamat. Dengan itu rayuan perayu ditolak. Bertarikh : 17 March 2020 t.t Hadhariah bt Syed Ismail Hakim Mahkamah Rayuan Peguamcara Perayu : En Anwar bin Ab Raof; Tetuan Anwar Raof & Co. Peguamcara Responden : Puan Nurshafini bt Mustafha; Timbalan Pendakwa Raya; Jabatan Peguam Negara.