Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-30-10/2023 WAN MOHAMMAD ISKANDAR BIN WAN ZULKIFLI MOHD [No. K/P: 951129035487] …PERAYU
DA-12B-30-10/2023
High Court of Malaysia27 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“gganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-30-10/2023 WAN MOHAMMAD ISKANDAR BIN WAN ZULKIFLI MOHD [No. K/P: 951129035487] …PERAYU
1
SHUKRI BIN SULAIMAN [No. K/P: 740322035067]
2
AMIHASLIZA BINTI AWANG MOHAMAD [No. K/P: 740524035786] …RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Guaman No. DA-A53KJ-546-11/2021 WAN MOHAMMAD ISKANDAR BIN WAN ZULKIFLI MOHD [No. K/P: 951129035487] …PLAINTIF
1
SHUKRI BIN SULAIMAN [No. K/P: 740322035067]
2
AMIHASLIZA BINTI AWANG MOHAMAD [No. K/P: 740524035786] …DEFENDAN-DEFENDAN) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen. [2] Ini merupakan rayuan oleh Wan Mohammad Iskandar bin Wan Zulkifli Mohd (“Plaintif”) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu (“HMS”) pada 19.9.2023 yang memutuskan bahawa Shukri bin Sulaiman (Defendan 1) dan Amihasliza binti Awang Mohamad (Defendan 2) (secara kolektif dirujuk sebagai “Defendan-Defendan”) bertanggungan liabiliti 90% dan Plaintif bertanggungan kecuaian sumbangan liabiliti 10%. Walau bagaimanapun, rayuan oleh Plaintif ini adalah hanyalah terhadap kuantum gantirugi sahaja. [3] Pada 27.6.2024, Mahkamah ini telah memutuskan menolak rayuan oleh Plaintif dengan kos sebanyak RM2500.00. [4] Plaintif yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 18.7.2024. Latar belakang kes [5] Satu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 21.4.2021 di Pulai Chondong, Kota Bharu, Kelantan yang melibatkan motorsikal No. DDY 2366 yang ditunggang oleh Plaintif dengan motorsikal No. PHM 6699 yang ditunggang oleh Defendan 1 dan dimiliki oleh Defendan 2. [6] Plaintif mendakwa motorsikal yang ditunggang Defendan 1 telah keluar dari kiri jalan secara tiba-tiba tanpa memberikan tanda isyarat dan membuat pusingan “U” lalu memasuki laluan sah Plaintif. Tindakan Defendan 1 tersebut telah mewujudkan halangan dan menyebabkan berlakunya kemalangan. [7] Plaintif telah menuntut gantirugi am dan khas terhadap Defendan-Defendan. Pada 11.8.2022, Plaintif dan Defendan-Defendan telah bersetuju bagi isu liabiliti iaitu Defendan-Defendan bertanggungan cuai 90% dan Plaintif 10%. Oleh itu, perbicaraan di Mahkamah Sesyen hanya bagi menentukan isu kuantum sahaja. [8] Semasa perbicaraan di peringkat kes Plaintif, pihak Plaintif telah memanggil 4 saksi iaitu Dr. Sahran bin Yahaya (SP1) selaku Pakar Bedah Orthopedik HUSM, Chua Tan Ling (SP2) selaku bekas majikan Plaintif, Ashutosh Gawande (SP3) selaku consultant prosthetis & orthotist dan Plaintif sendiri (SP4). Manakala pihak Defendan-Defendan telah memanggil seorang Doktor Pakar Orthopedik HRPZ II iaitu Dr. Zairuddin bin Abdullah Zawawi (SD1). Prinsip undang-undang [9] Di dalam mana-mana rayuan, mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. The appellate court will intervene in a case where the trial court had so fundamentally misdirected itself.” [10] Dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa adalah merupakan satu undang-undang yang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan secara amnya akan keberatan untuk mengganggu penemuan fakta hakim bicara yang lebih berhak berdasarkan kelebihan audio visual yang dinikmati oleh hakim bicara di dalam penilaian dan penghayatan keterangan lisan saksi. [11] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah meneliti dan menilai isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan ini serta alasan penghakiman oleh HMS yang telah membuat analisis ke atas setiap isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak hingga mencapai dapatan dan keputusan sepertimana dalam penghakiman HMS bertarikh 19.9.2023 tersebut. Analisis dan dapatan Sama ada kuantum gantirugi yang diaward oleh HMS terlalu tinggi atau melampau [12] Adalah prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award gantirugi, sebagaimana diputuskan dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan:
1
It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best term by the word 'possibility' 'chance', 'risk', 'danger' or 'likehood' but regard of the word used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative." (Penekanan ditambah) [13] Begitu juga dalam kes Topaiwah v. Salleh [1968] 1 MLJ 284 yang turut menegaskan garis panduan bilakah hakim yang mendengar rayuan boleh campur tangan dalam gantirugi yang telah diputuskan oleh hakim bicara. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: "Or another way of putting it - that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this court is concerned we should, to paraphrase Greer L.J. in Flint Levell [1935] 1 KB 354 360 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate court will follow in the light of the special facts of each particular case." (Penekanan ditambah) [14] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang dinyatakan dalam kes Hang Jong Juan v Τan Yeo Soon [1985] 1 MLRA 235: "In an appeal against the quantum of damages, it is settled law that the onus on the appellant is a heavy one and it must be stablished plainly that the trial Judge's award was a wholly erroneous estimate" (Penekanan ditambah) [15] Pihak Plaintif dan juga Defendan-Defendan bergantung sepenuhnya kepada hujahan bertulis pihak-pihak mengenai isu kuantum. [16] Pihak Plaintif dalam perenggan 10 hujahan bertulis menghujahkan mengenai kuantum gantirugi am yang dipecahkan seperti berikut:
a
Open fracture midshaft left tibia and fibula with 4cm shortening dengan infeksi tulang;
b
Open chipped fracture tibial tuberosity;
c
Posterior cruciate ligament (PCL) Grade 3;
d
Extensor tendon cut of left middle, ring and little finger;
e
Muscle wasting 5cm left thigh, 2cm left calf, 1cm left arm and 1cm left forearm;
f
Multiple laceration wound;
g
Multiple scars;
h
Central slip rapture left ring finger; dan
i
Degloving injury of the left middle ring and little finger. [17] Hujahan Plaintif bahawa award yang diberikan oleh HMS berdasarkan panduan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) adalah tidak sesuai kerana trend award masa kini jauh berbeza berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018). Pada pandangan Mahkamah ini, hujahan tersebut adalah tidak berasas. Jelas dari penghakiman termeterai bahawa HMS telah membuat award bukan dengan hanya berpandukan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) tersebut sahaja tetapi mengambil kira semua keterangan yang ada. Sebagai contoh, award bagi kepatahan tulang tibia dan fibula yang mana HMS telah membuat award sebanyak RM60,000.00 sedangkan jika diteliti kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018), jumlah yang diperuntukkan adalah dalam lingkungan RM21,500.00 hingga RM42,000.00. [18] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif gagal menunjukkan atau menghujahkan mana-mana kesilapan atau kekhilafan HMS dalam membuat keputusan tentang kuantum gantirugi tersebut (erroneous estimate). Sebaliknya pihak Plaintif sekadar mengulangi alasan-alasan yang telah pun dipertimbangkan oleh HMS serta dinyatakan dalam alasan penghakimannya. [19] Dalam menetapkan gantirugi untuk setiap kecederaan, HMS telah merujuk kepada tuntutan Plaintif dan nas undang-undang yang menjadi sandaran untuk tuntutan tersebut. Beliau juga telah meneliti award yang disyorkan oleh Defendan-Defendan dan otoriti untuk syor tersebut. Kemudiannya, HMS terpelajar merujuk Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) sebagai panduan sebelum menetapkan award gantirugi. [20] Mahkamah ini berpendapat penelitian yang wajar telah dibuat oleh HMS dalam mencapai jumlah yang telah diawardkan dengan berpandukan laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi gantirugi kepada Plaintif. [21] Mahkamah ini berpandangan tiada keperluan untuk membincangkannya secara terperinci award yang telah dibenarkan oleh HMS tetapi memadai untuk menyatakan bahawa setelah meneliti alasan penghakiman HMS dan keterangan saksi-saksi serta dokumen-dokumen yang dikemukakan sepertimana dalam Rekod Rayuan, keputusan HMS dalam hal tersebut adalah wajar dan tidak ada sebarang alasan untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan tersebut. [22] Pada pandangan Mahkamah ini, HMS terpelajar telah menggunapakai prinsip undang-undang yang tepat dalam menimbang isu gantirugi. Mahkamah ini telah meneliti semula kesemua award gantirugi dan pada pendapat Mahkamah ini, kuantum yang ditetapkan oleh HMS bagi kecederaan-kecederaan yang dipertikaikan oleh Plaintif adalah dalam julat yang munasabah dan bersandarkan nas undang-undang. Ia bukanlah award yang terlampau tinggi dan bukan juga terlalu rendah. Mahkamah juga berpandangan Plaintif gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa, award yang diberikan oleh HMS adalah satu award yang dianggarkan atas pertimbangan yang salah sepenuhnya (rujuk kes Hang Jong Juan v Τan Yeo Soon, supra). Maka, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk Mahkamah ini menggangu keputusan HMS yang terpelajar. Open fracture midshaft left tibia and fibula with 4cm shortening dengan infeksi tulang [23] Mahkamah ini mendapati keputusan HMS adalah tepat apabila memberikan award sebanyak RM60,000.00 untuk kecederaan ini berdasarkan kependekan 3 cm yang berpunca dari tibia yang patah dan bukannya mengambil 4 cm keseluruhan kependekan yang termasuk sekali diakibatkan oleh FFD pada bahagian lutut. Open chipped fracture tibial tuberosity dan Posterior cruciate ligament (PCL) Grade 3 [24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa award yang diberikan oleh HMS adalah sesuai dan munasabah dengan tahap kecederaan iaitu kecederaan yang melibatkan patah kepala lutut kiri serta limited flexion. Kecederaan ini juga berkaitan dengan PCL injury Grade 3 yang mana ligament lutut berada pada kepala lutut yang sama yang mana HMS telah memberikan award secara berasingan. Malahan menurut laporan pakar pihak Plaintif sendiri mencadangkan bahawa kedua masalah ini boleh dirawat bersekali. Extensor tendon cut of left middle, ring and little finger dan Central slip rapture left ring finger [25] Mahkamah ini juga bersetuju dengan HMS bahawa award yang diberikan adalah munasabah mengambilkira bahawa tendon cut tersebut adalah pada 3 jari tangan yang mana ia juga bertindan dengan kecederaan jagged wound pada jari-jari tersebut. Kepatahan dan tendon cut pada left ring finger tersebut juga telah menyebabkan terjadinya stiffness, fixed flexion deformity dan hyperextension pada jari manis Plaintif yang mana award yang berasingan sebanyak RM8,000.00 telah diberikan. Muscle wasting 5cm left thigh, 2cm left calf, 1cm left arm and 1cm left forearm [26] Mahkamah ini juga mendapati award RM5000.00 oleh HMS adalah memadai mengambilkira bahawa muscle wasting adalah bukan pada kadar severe. Malahan award tersebut bukanlah satu award yang terlampau rendah atau tidak mengikut trend semasa. Multiple laceration wound dan Multiple scars; [27] Mahkamah ini juga mendapati award yang diberikan oleh HMS untuk kecederaan ini adalah memadai kerana ia berkaitan parut-parut yang terhasil daripada kecederan luka laceration dan parut pembedahan. Oleh itu, jumlah keseluruhan award RM23,000.00 bagi kedua-dua item ini adalah sangat wajar dan munasabah. Kuantum award bagi gantirugi khas [28] Pihak Plaintif juga membangkitkan isu gantirugi khas yang gagal diambilkira atau ditolak oleh HMS seperti berikut:
a
Kos shoe raise;
b
Knee brace;
c
Kehilangan pendapatan sebenar;
d
Loss of earning capacity;
e
Kehilangan pendapatan masa hadapan;
f
Ubat tahan sakit;
g
Kos pembedahan lanjut akibat infeksi;
h
Kos pembedahan implant removal;
i
Kos pembedahan rekonstruktif jari kiri;
j
Kos pembedahan total knee replacement (TKR); dan
k
Kos ankle foot orthosis. [29] HMS telah memutuskan untuk membenarkan award bagi shoe raise mengikut sebutharga pihak Defendan-Defendan dengan alasan seperti mana dinyatakan dalam alasan penghakiman HMS tersebut. HMS telah membuat pertimbangan wajar ke atass keterangan Pakar Orthosis Defendan-Defendan dan keterangan Plaintif sendiri (SP4). [30] Keterangan berkenaan pendapatan Plaintif hanyalah berdasarkan kepada keterangan lisan Plaintif dan majikan beliau sendiri (SP2). Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, Mahkamah ini mendapati HMS telah menerima pakai pengiraan kehilangan pendapatan sebenar iaitu daripada tarikh kemalangan 21.4.2021 sehingga tarikh perbicaraan 9.7.2023 iaitu RM42.35 x 20 hari = RM847.00. Seterusnya ditolak 1/3 living expenses dan 3 bulan gaji yang dibayar iaitu RM13,551.84. Justeru, Mahkamah ini mendapati pengiraan HMS tersebut adalah tepat dan wajar. [31] Keputusan HMS yang memberikan award bagi loss of earning capacity dan menolak loss of future earning juga adalah wajar dan tepat. Memandangkan alat sokongan asas telah diberikan, semestinya ia boleh membantu Plaintif untuk kembali bekerja atau membuat kerja-kerja ringan. [32] Mengenai ubat tahan sakit pula, ia merupakan ubat-ubatan yang boleh didapati secara percuma dari mana-mana klinik atau hospital Kerajaan memandangkan Plaintif telah mempunyai rekod di hospital dan klinik Kerajaan. [33] Begitu juga dengan award RM3000.00 untuk kos pembedahan lanjut akibat infeksi dan RM500.00 untuk kos pembedahan rekonstruktif jari kiri yang diberikan oleh HMS adalah wajar dan munasabah memandangkan Plaintif pada setiap masa mendapat rawatan di hospital Kerajaan. Tiada sebarang halangan untuk Plaintif bagi mendapat rawatan selanjutnya di mana-mana hospital Kerajaan. Malahan, tiada keterangan lain yang menunjukkan Plaintif menerima rawatan dari hospital swasta. [34] Memandangkan award bagi kos alatan knee brace telah diberikan kepada Plaintif, maka tiada lagi keperluan untuk pembedahan total knee replacement (TKR) seperti mana yang disarankan dalam laporan doktor pakar oleh pihak Defendan-Defendan. [35] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pertimbangan HMS yang tidak memberikan award bagi kos ankle foot orthosis adalah tepat kerana ia jelas tidak pernah dicadangkan oleh kedua-dua doktor pakar ortopedik.
para
[36] Setelah meneliti Rekod Rayuan secara keseluruhan dan mengambil kira penghujahan oleh pihak-pihak serta dapatan-dapatan terhadap isu-isu di atas, Mahkamah ini memutuskan menolak rayuan tentang kuantum gantirugi oleh Plaintif dengan kos sebanyak RM2500.00. [37] Keputusan HMS berkenaan award kuantum gantirugi adalah dikekalkan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.