Schedule
SCHEDULE (Regulations 2(1), 4(1) and 18) PART I (Regulation 2(1)) 5. Cooking Oil” Elemen (iii): TGRGV membeli minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd. [30] Toh Boon Hwa (SP2) merupakan pengurus syarikat Sawit Raya Sdn Bhd. SP2 bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan minyak masak syarikat Sawit Raya Sdn kepada TGRGV. SP2 menerangkan bahawa semua urusan perjalanan perniagaan, termasuk penjualan minyak masak syarikatnya kepada TGRVG adalah di bawah arahan dan pengetahuannya. SP2 juga menjelaskan bahawa atas arahannya, syarikat Sawit Raya Sdn Bhd telah mengeluarkan invois-invois kepada TGRVG seperti yang berikut: Cash Sale Invoice CS085417 bertarikh 03.09.2021 (P7), Cash Sale Invoice CS085448 bertarikh 10.09.2021 (P8), Cash Sale Invoice CS085449 bertarikh 10.09.2021 (P9), Cash Sale Invoice CS085473 bertarikh 15.09.2021 (P10) dan Cash Sale Invoice CS085513 bertarikh 30.09.2021 (P11). [31] Invois-invois tersebut (P7 hingga P11) dikeluarkan kepada TGRVG atas urusan pembelian minyak masak Cap Menara yang dikeluarkan oleh S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q syarikat Sawit Raya Sdn Bhd. Selain itu, SP2 juga telah menjelaskan bahawa semua pembayaran yang dibuat oleh TGRGV untuk pembelian minyak masak Cap Menara sepanjang bulan September adalah selaras dengan invois-invois tersebut. SP2 telah menjelaskan setiap pembayaran yang dibuat oleh TGRGV telah direkodkan di dalam penyata Current Account UOB Bank atas nama Sawit Raya Sdn Bhd. [32] Tang See Meng (SP1) merupakan pemilik syarikat Sawit Raya Sdn Bhd. SP1 telah mengesahkan bahawa kesemua invois tersebut (P7 hingga P11) adalah invois-invois yang dikeluarkan bagi urus niaga penjualan minyak masak Cap Menara kepada TGRGV sepanjang bulan September 2021. SP1 juga menerangkan bahawa penghantaran minyak masak telah dibuat kepada TGRGV hanya setelah pembayaran dibuat. Oleh itu, keterangan SP1 mengesahkan bahawa TGRGV telah membeli minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd sebagaimana yang dicatatkan dalam invois-invois tersebut. [33] SP6 menyatakan bahawa berdasarkan siasatannya, TGRGV telah membeli minyak masak sebanyak 2,400 karton atau 40,300 kilogram minyak masak Cap Menara berjumlah RM97,200.00. Hasil siasatan SP6 juga telah mendapati bahawa TGRGV sebagai pemborong minyak masak telah membuat pembelian minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd. SP6 selanjutnya merumuskan bahawa kelima-lima invois tersebut dan Current Account Sawit Raya Sdn Bhd (P12) jelas menunjukkan terdapat transaksi pembelian minyak masak Cap Menara oleh TGRGV. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan SP1, SP2, SP6 dan juga invois-invois tersebut, saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen (iii) ini, bahawa TGRGV membeli minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q Elemen (iii): TGRGV membeli minyak masak daripada Bidara Flour Sdn Bhd. [34] Ahmad bin Hassan (SP7) adalah pengarah dan pemillik syarikat Bidara Flour Sdn Bhd. SP7 telah mengemukakan tiga (3) invois jualan kepada SP6 semasa siasatan dijalankan. Invois-invois tersebut adalah Invoice No. IV003549 bertarikh 27.8.2021 (P55), Invoice No. IV003559 bertarikh 28.8.2021 (P56) dan Invoice No. IV003566 bertarikh 30.8.2021 (P57). Invois-invois tersebut menunjukkan rekod penjualan minyak masak Cap Bidara yang dikeluarkan oleh syarikat Bidara Flour Sdn Bhd kepada TGRGV. SP7 juga menjelaskan bahawa kesemua transaksi di dalam invois-invois tersebut telah dibayar secara tunai oleh TGRGV. Setelah pembayaran dibuat dan minyak masak diambil, Invois dan Delivery Order telah dikeluarkan kepada TGRGV. [35] SP7 juga menerangkan bahawa syarikat Bidara Flour Sdn Bhd telah merekodkan setiap pembelian barang kawalan oleh pemegang lesen yang sah. Rekod tersebut telah dicatatkan dalam Buku Stok milik syarikat Bidara Flour Sdn Bhd (ekshibit P54). Keterangan SP7 juga menunjukkan bahawa rekod invois-invois tersebut telah dimasukkan ke dalam ekshibit P54. [36] SP6 juga telah membuat siasatan dan secara kesimpulannya mendapati bahawa TGRGV telah membeli minyak masak daripada Bidara Flour Sdn Bhd berdasarkan invois-invois tersebut (P55, P56 dan P57) dan juga berdasarkan semakan yang dibuat ke atas Buku Stok (P54). Maka, berdasarkan keterangan SP6 dan SP7, saya berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (iii) ini, bahawa TGRGV membeli minyak masak daripada Bidara Flour Sdn Bhd. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [37] Saya telah menjelaskan dapatan-dapatan saya berkaitan elemen (i), (ii) dan (iii) bagi ketiga-tiga pertuduhan. Dapatan seterusnya pula adalah berkaitan dengan elemen (iv) bagi Pertuduhan Pindaan, Pertuduhan Kedua dan juga Pertuduhan Ketiga. Dalam Pertuduhan Pindaan, OKT dituduh gagal menyenggara buku stok bagi urus niaga bulan Ogos 2021. Oleh itu Elemen (iv) yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah: Elemen (v): TGRGV gagal menyenggara buku stok bagi urus niaga bulan Ogos 2021 [38] SP6 telah menjelaskan bahawa beliau telah mengeluarkan satu ‘Arahan Mengemukakan Maklumat’ di bawah seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang bertarikh 02.06.2022 iaitu ekshibit P81 (A hingga E). Arahan tersebut telah diterima oleh OKT sendiri. Arahan tersebut antara lainnya menghendaki OKT mengemukakan Buku Stok Minyak Masak bagi tempoh Jun 2021 hingga September 2021. [39] Pada 02.06.2022 OKT telah memberikan maklumbalas (ekshibit P82) dengan menyatakan “tiada” bagi kesemua maklumat dan dokumen yang diminta melainkan salinan SSM dan salinan lesen CSA milik syarikat TGRGV. Ekshibit P82 tersebut jelas menunjukkan bahawa TGRGV tidak mempunyai buku stok yang menunjukkan tarikh, kuantiti, harga, nama dan alamat penjual atau pembeli bagi tiap-tiap pembelian atau penjualan minyak masak bagi bulan Ogos tahun 2021. Maka, saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen (v) ini, bahawa TGRGV gagal menyenggara buku stok bagi urus niaga bulan Ogos 2021. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [40] Memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dan memenuhi elemen-elemen Pertuduhan Pindaan, iaitu pertuduhan gagal menyenggara buku stok bagi urus niaga bulan Ogos 2021, saya dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu prima facie kes bagi Pertuduhan Pindaan terhadap OKT. [41] Kembali kepada Pertuduhan Kedua, persoalan yang perlu saya putuskan adalah, sama ada Elemen (iv) bagi Pertuduhan Kedua dapat dipenuhi oleh pihak pendakwaan? Elemen ke (iv) di bawah Pertuduhan Kedua adalah seperti yang berikut: Eleven (iv) [Pertuduhan Kedua]: TGRGV gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi Invois Nombor CS085417, CS085448, CS085449, CS085473 dan CS085513 daripada Sawit Raya Sdn Bhd [42] SP6 telah mengeluarkan satu ‘Arahan Mengemukakan Maklumat’ di bawah seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang bertarikh 02.06.2022 kepada OKT (P81 [A hingga E). Arahan tersebut telah diterima oleh OKT dengan sempurna. Arahan tersebut antara lainnya menghendaki OKT mengemukakan dokumen / invois pembelian minyak masak bagi tempoh Jun 2021 hingga September 2021. Merujuk kepada maklumbalas yang diberikan oleh OKT (ekshibit P82), OKT menyatakan bahawa dokumen atau invois tersebut tiada dalam milikannya. [43] Namun begitu, berdasarkan rekod pihak KPDN, invois-invois bernombor CS085417 (P7), CS085448 (P8), CS085449 (P9), CS085473 (P10) dan CS085513 (P11) telah dikeluarkan oleh Sawit Raya Sdn Bhd kepada TGRGV bagi pembelian minyak masak Cap Menara sebanyak S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q 2,400 karton atau 40,800 kilogram yang bernilai RM97,200.00. Oleh itu, OKT sepatutnya memiliki salinan invois-invois tersebut atau dokumen lain yang berkaitan dengan pembelian minyak masak tersebut. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa TGRGV gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi invois-invois tersebut. Maka, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (iv) bagi Pertuduhan Kedua. [44] Memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dan memenuhi elemen-elemen Pertuduhan Kedua, iaitu pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi Invois-invois tersebut (P7 hingga P11), saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu prima facie kes bagi Pertuduhan Kedua terhadap OKT. [45] Bagi Pertuduhan Ketiga pula, elemen ke (iv) di bawah Pertuduhan Ketiga yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti yang berikut: Eleven (iv) [Pertuduhan Ketiga]: TGRGV gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi Invoice Nombor IV003549, IV003559 dan IV003566 daripada Bidara Flour Sdn Bhd. [46] ‘Arahan Mengemukakan Maklumat’ di bawah seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 (P81 [A hingga E]) telah diserahkan kepada OKT. Arahan tersebut bertarikh 02.06.2022 dan telah dikeluarkan oleh SP6. Berdasarkan arahan tersebut, OKT dikehendaki, antara lainnya, mengemukakan dokumen / invois pembelian minyak masak bagi tempoh S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q Jun 2021 hingga September 2021. Setelah menerima ekshibit P81 (A hingga E) tersebut, OKT memberikan maklum balas kepada KPDN dan menyatakan bahawa dokumen atau invois tersebut tiada dalam milikan pihak TGRGV (ekshibit P82). [47] Pihak KPDN mendakwa bahawa maklum balas daripada OKT tersebut (P82) adalah tidak benar. Ini kerana, berdasarkan siasatan pihak KPDN dan juga melalui dokumen-dokumen yang diterima oleh pihak KPDN, Bidara Flour Sdn Bhd telah menjual minyak masak Cap Bidara sebanyak 1,200 karton atau 20,400 kilogram yang berjumlah RM49,200.00 pada bulan Ogos 2021 kepada TGRGV. Lanjutan daripada pembelian tersebut, Bidara Flour Sdn Bhd telah mengeluarkan Invois bernombor: IV003549 (P55), IV003559 (P56) dan IV003566 (P57). Oleh itu, OKT sepatutnya memiliki salinan invois-invois tersebut atau dokumen lain yang berkaitan dengan pembelian minyak masak Cap Bidara tersebut. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa TGRGV gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi invois-invois tersebut. Maka, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (iv) bagi Pertuduhan Ketiga. [48] Oleh kerana pendakwaan telah berjaya membuktikan dan memenuhi elemen-elemen Pertuduhan Ketiga, iaitu pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian minyak masak bagi Invois-invois tersebut (P55, P56 dan P57), saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu prima facie kes bagi Pertuduhan Ketiga terhadap OKT. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [49] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas dan dengan mengambil kira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, maka Mahkamah ini telah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan sebagaimana dituntut di dalam kes Balachandran v. PP (supra) dan kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805. Maka adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT sebagaimana Pertuduhan Pindaan, Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga. Sehubungan dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Kes Pembelaan [50] Setelah OKT diperintahkan untuk membela diri bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, OKT diberikan 3 pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), OKT telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah dan telah memanggil seorang saksi yang lain, iaitu Zetty Nuraini Binti Mohd Jiani (SD2) yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa di Seksyen AMLA, KPDN Putrajaya. Keputusan di Akhir Kes Pembelaan [51] Pada peringkat kes pembelaan ini, persoalan utama yang perlu saya rungkaikan adalah, sama ada saya boleh menerima penjelasan saksi-saksi pembelaan. Sekiranya saya menerima penjelasan mereka, sudah pasti saya perlu melepaskan OKT. Langkah seterusnya, walaupun sekiranya saya tidak mempercayai penjelasan pihak pembelaan, tidak S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q semestinya saya perlu mensabitkan OKT. Ini kerana, OKT masih berhak dilepaskan dan dibebaskan sekiranya pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Panduan undang-undang yang mantap ini telah digariskan di dalam kes Mat v. Public Prosecutor (1963) 1 MLJ 263 yang memutuskan seperti yang berikut: "The position may be conveniently stated as follows:- (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt.....Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation........ Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt...........Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt...... Acquit." [52] Maka, di peringkat kes pembelaan ini, adalah memadai untuk pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam kes Hiew Min Yong v. PP [2001] 5 MLJ 1. [53] Berkenaan dengan tahap keraguan munasabah yang diperlukan untuk menyangkal kes pendakwaan dalam satu perbicaraan jenayah, saya merujuk kepada panduan yang diberikan oleh kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 yang memutuskan bahawa: S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q “A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. [54] Dengan berpegang kepada otoriti-otoriti yang tersebut di atas, saya telah meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan termasuk kredibiliti saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. Secara khususnya, saya juga telah membuat analisis terhadap pembelaan OKT bagi ketiga-tiga pertuduhan. Penemuan Mahkamah di Akhir Kes Pembelaan bagi Pertuduhan Pindaan, Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga [55] Merujuk kepada kes pembelaan, terdapat tiga (3) isu yang dibangkitkan oleh OKT dalam pembelaanya iaitu: (i) Prosedur Pembelian TGRGV di bawah Milikan OKT; (ii) Laporan Polis D131, D132 dan D133 (iii) Penglibatan Pihak Ketiga [56] Analisis dan dapatan saya bagi setiap isu yang menjadi sandaran kepada pembelaan OKT. Saya huraikan seperti yang berikut: (i) Prosedur Pembelian TGRGV di bawah Milikan OKT [57] Dalam pembelaanya, OKT hanya menjadi pemilik sah syarikat TGRGV bermula dari 13.7.2021 hingga 25.1.2022 (rujuk ekshibit P21). OKT telah dituduh dalam kes ini dalam kapasitinya sebagai pemilik syarikat TGRGV. Maka, OKT menyatakan bahawa sebarang salah laku S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q yang dilakukan sebelum 13.7.2021 dan / atau selepas 25.1.2022 adalah bukan tanggungjawabnya atau dalam pengetahuannya. [58] OKT telah memberi keterangan bahawa terdapat prosedur yang perlu dipatuhi bagi setiap pembelian yang dibuat oleh TGRGV. Sewaktu OKT menjadi pemilik TGRGV, setiap pembelian yang melibatkan minyak masak bersubsidi hendaklah dikemukakan lesen CSA TGRGV sebagaimana yang dikehendaki oleh penjual minyak masak tersebut. Selepas itu, TGRGV sebagai pembeli akan mengeluarkan Purchase Order kepada penjual berkaitan. Pihak penjual pula akan mengeluarkan invois berdasarkan Purchase Order. Kemudiannya TGRGV akan membuat pembayaran sepertimana jumlah yang tertera dalam invois tersebut melalui Fund Transfer atau Telegraphic Transfer (TT) daripada akaun Bank CIMB milik TGRGV kepada akaun bank penjual. [59] Peguam bela OKT menghujahkan bahawa prosedur pembelian TGRGV, sewaktu OKT menjadi pemiliknya, adalah melibatkan pengeluaran Purchase Order, invois, delivery order, quotation dan sebagainya. Pembelian oleh TGRGV juga dilakukan melalui Fund Transfer atau Telegraphic Transfer (TT) dan bukan melalui CDM (Cash Deposit Machine) atau secara tunai, sepertimana berlaku dalam kes ini. Memandangkan prosedur pembelian tidak diikuti dalam setiap pembelian minyak masak bersubsidi yang kononnya dibuat oleh TGRGV daripada Sawit Raya Sdn Bhd (berdasarkan invois CS085417 [P7], CS085448 [P8], CS085449 [P9], CS085473 [P10], CS085513 [P11]) dan juga pembelian daripada Bidara Flour Sdn Bhd (Invois IV003549 [P55], IV003559 [P56] dan IV003566 [P57]), maka sebenarnya pembelian-pembelian tersebut tidak dilakukan secara sah oleh TGRGV dan di luar pengetahuan OKT. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [60] Pihak pendakwaan pula secara ringkasnya menghujahkan bahawa, versi pembelaan yang dibangkitkan OKT hanyalah penafian kosong, tidak boleh dipercayai, pemikiran terkemudian dan rekaan semata-mata yang tidak menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagi menyokong hujahannya, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Terumurugan A/L Kolandai Gounder & Pendakwa Raya [2024] CLJU 1242. [61] Saya telah meneliti keterangan-keterangan yang berkaitan dengan isu prosedur pembelian oleh TGRGV. Pertamanya, saya mendapati keterangan OKT berkaitan prosedur pembelian minyak masak oleh syarikat TGRGV telah diterangkan secara terperinci dan boleh dikatakan sebagai satu prosedur pembelian yang wajar dan sepatutnya diamalkan oleh mana-mana syarikat yang terlibat dengan urus niaga minyak masak bersubsidi. Saya juga mendapati bahawa prosedur pembelian minyak masak yang dilaksanakan oleh TGRGV adalah munasabah dan merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana syarikat yang terlibat dengan urus niaga melibatkan jumlah wang yang besar. Berikut diturunkan keterangan OKT yang menerangkan prosedur pembelian minyak masak bersubsidi oleh TGRGV: “Berikut merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Proses Pembelian dan Penjualan Minyak Masak Subsidi yang dipraktiskan dan diguna pakai oleh Perniagaan TG Rizal Global Ventures (002852100-V): A. Corvo Network Sdn. Bhd. (Pembekal) kepada TG Rizal Global Ventures (Pembeli): i. Purchase Order dihantar oleh Pembeli (TG Rizal) kepada Pembekal (CORVO). S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q ii. Profoma Invois dikeluarkan oleh Pembekal (CORVO) kepada Pembeli (TG Rizal). iii. Setelah dipersetujui bersama, bayaran dilakukan oleh Pembeli (TG Rizal) kepada Pembekal (CORVO). Bayaran dilakukan melalui TT ke akaun MAYBANK CORVO NETWORK SDN. BHD., nombor akaun 5621 0669 4799. iv. Invois dikeluarkan oleh Pembekal (CORVO) kepada Pembeli (TG Rizal) setelah menerima Resit Pembayaran secara TT daripada TG Rizal. v. Delivery Order dikeluarkan oleh Pembekal (CORVO) kepada Pembeli (TG Rizal) bersama-sama invois yang dikeluarkan. vi. Pengambilan Stok di kilang Pembekal (CORVO). Wakil TG Rizal akan berada di kilang Pembekal semasa Pengambilan Stok dilakukan untuk memastikan stok yang dibekalkan cukup dan mengawal selia lori yang ditugaskan untuk mengambil stok. vii. Stok tersebut terus dihantar kepada Pemborong (Maju Midah Trading) di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur. viii. Rekod pembelian dan penjualan direkodkan ke dalam buku stok yang dibuat secara elektronik iaitu menggunakan komputer. ........................................................... ......................................................... .......................................................... Bagi urusan jual beli yang pertama dilakukan oleh TG Rizal adalah merujuk kepada fail rujukan : SAMA-CORVO/1339888/1/2022. Prosedur yang pertama, TG Rizal bersama Samareka Sdn.Bhd (9817326-T) mengeluarkan Purchase Order kepada Penjual / Pembekal iaitu Corvo Network Sdn.Bhd. (1277905-M). Produk yang dipesan adalah seperti Deskripsi Item yang dilampirkan iaitu 1 Kg Minyak Masak Paket Bersubsidi mengikut Malaysian Local Standard. Incoterm yang ditetapkan adalah TG Rizal perlu mengambil stok di kilang / gudang pembekal. Pembayaran adalah melalui Telegraphic Transfer (TT) dan bayaran dibuat sebelum pengambilan stok dilakukan. Pembelian yang pertama adalah 300 S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q kotak/carton yang berjumlah RM12,450.00 bersamaan dengan RM41.50 sekotak yang mengandungi 17 peket minyak masak 1 Kg, jenama HAQEEM.” [62] Saya mendapati keterangan OKT mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses pembelian minyak masak bersubsidi yang dipraktikkan oleh TGRGV telah disahkan oleh SD2 yang merupakan Pegawai Penguatkuasa di Seksyen AMLA, KPDN Putrajaya. Keterangan SD2 yang berkaitan adalah sebagaimana yang berikut (pemeriksaan utama): Ceritakan. Selepas saya bagi perintah di bawah seksyen 32(1) saya minta dia hadir seperti perintah dan perlu bawa dokumen, jual beli seperti invois DO bagi siasatan minyak masak TG Rizal. Ada dia bawa dokumen? OKT telah berikan kepada saya salinan resit jual beli pembelian minyak masak peket bersubsidi melibatkan TG Rizal Global Ventures. Selain salinan resit? Invois, purchase order, profoma invois, resit bank yang telah berjaya, resit transfer yang berjaya. Rujuk dokumen D128, ada terima dokumen ini? Ada. Ada puan siasat pembelian dan sebagainya? Saya ada buat siasatan, yang mana ada pembelian minyak masak dengan Corvo Network Sdn Bhd, iaitu repacker minyak masak, dan S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q juga pembelian kepada Maju Midah Trading merupakan pemborong minyak masak yang masih berlesen pada masa itu. Jadi maklumat dalam ini lengkap? Maklumat dalam ini lengkap seperti dalam akaun CIMB TG Rizal Global Ventures.’” [63] Keterangan mengenai prosedur pembelian yang diguna pakai oleh OKT ketika menjadi pemilik TGRGV adalah bertujuan untuk menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan yang mendakwa bahawa TGRGV telah membeli minyak masak bersubsidi daripada Sawit Raya Sdn Bhd dan Bidara Flour Sdn Bhd sepertimana elemen (iii) bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Walaupun secara prima facie, pihak pendakwaan telah menunjukkan terdapat pembelian TGRGV daripada kedua-dua syarikat tersebut bagi tempoh seperti dipertuduhkan, namun saya berpendapat keterangan mengenai prosedur pembelian yang dipraktikkan oleh OKT berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap dakwaan kedua-dua pembelian tersebut. Dapatan saya adalah berdasarkan alasan-alasan yang berikut: (a) Keterangan OKT mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses pembelian minyak masak bersubsidi yang dipraktikkan oleh TGRGV telah disahkan dan disokong oleh keterangan SD2. SOP yang dilaksanakan oleh TGRGV di bawah milikan OKT jelas bertentangan dengan prosedur pembelian daripada Sawit Raya Sdn Bhd dan Bidara Flour Sdn Bhd. Tambahan pula, TGRGV juga telah merekodkan setiap pembelian minyak masak bersubsidi dalam buku stok miliknya (D128 dan D129). SD2 juga telah memberi keterangan bahawa D128 dan D129 dianggap sebagai buku stok kerana ia mengandungi butiran penjualan dan S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q pembelian yang patuh kepada undang-undang. Oleh itu, Keterangan OKT mengenai SOP pembelian tersebut wajar diterima. Untuk memudahkan rujukan, keterangan SD2 yang relevan mengenai D128 dan D129 adalah seperti yang berikut: Tadi kamu kata ada beberapa dokumen, ada minta buku stok dari OKT? Ada. Adakah D128 itu buku stok tersebut? Saya anggap ini buku stok TG Rizal. Kenapa kamu anggap ini buku stok? Kerana mengandungi butiran-butiran pembelian dan penjualan. Adakah butiran-butiran dalam itu mematuhi undang-undang? Setakat ini cukup untuk menunjukkan rekod pembelian dan penjualan sepertimana dalam akta.” (b) Ketiadaan Purchase Order yang dikeluarkan oleh TGRGV dalam setiap pembelian minyak masak bersubsidi yang kononnya dibuat oleh TGRGV daripada Sawit Raya Sdn Bhd (invois CS085417 [P7], CS085448 [P8], CS085449 [P9], CS085473 [P10], CS085513 [P11]) dan juga pembelian daripada Bidara Flour Sdn Bhd (Invois IV003549 [P55], IV003559 [P56] dan IV003566 [P57]). Ketiadaan Purchase Order dalam pembelian-pembelian tersebut jelas bertentangan dengan prosedur standard pembelian minyak masak bersubsidi oleh TGRGV dan seterusnya berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q (c) Pembayaran melalui CDM / bayaran tunai yang dibuat oleh TGRGV kepada Sawit Raya Sdn Bhd dan Bidara Flour Sdn Bhd jelas bertentangan dengan prosedur standard pembayaran oleh TGRGV (melalui Fund Transfer atau Telegraphic Transfer daripada akaun Bank CIMB milik TGRGV) bagi setiap pembelian minyak masak bersubsidi. Tambahan pula, pembayaran melalui CDM atau tunai melibatkan jumlah yang besar (RM97,200.00 kepada Sawit Raya Sdn Bhd dan RM49,200.00 kepada Bidara Flour Sdn Bhd) adalah di luar kelaziman dalam urus niaga melibatkan pembelian minyak masak bersubsidi. Pembayaran melalui CDM dan secara tunai tidak meninggalkan rekod yang boleh dikesan daripada siapakah duit tersebut diterima dan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan siapakah yang membuat pembayaran sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang. Selain itu, SD2 juga telah mengesahkan bahawa tiada transaksi melalui akaun bank CIMB kepunyaan syarikat TGRGV yang melibatkan syarikat Sawit Raya Sdn Bhd dan Bidara Flour Sdn Bhd bagi tempoh tahun 2021 seperti dipertuduhkan dalam ketiga-tiga pertuduhan. Berikut adalah keterangan SD2 mengenai akaun bank TGRGV tersebut: PO tanya jika ada kemuka buku stok pada 2021, kamu jawab tidak kenapa kamu tidak, ada kamu buat siasatan? Saya kata tidak selepas saya buat pertanyaan, OKT kata tiada kerana tiada urus niaga pada tarikh tersebut dan saya buat semakan melalui akaun CIMB TG Rizal dan tiada dijumpai transaksi berkaitan Bidara dan Sawit Raya atau transaksi pada 2021 yang libatkan Sawit Raya atau Bidara. Sebaliknya, saya jumpai transaksi melibatkan Corvo Network dan Maju Midah.” S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q (ii) Laporan Polis D131, D132 dan D133 [64] Dalam keterangannya, OKT telah membuat Laporan polis bertarikh 26.10.2021 (ekshibit D131) berkenaan pembelian minyak masak bersubsidi daripada kilang AVSB Adigo Ventures Sdn Bhd pada 28.9.2021 yang menggunakan lesen borong atas nama TGRGV. OKT juga telah membuat Laporan polis bertarikh 26.10.2021 (ekshibit D132) berkenaan pembelian minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd pada 28.9.2021, yang menggunakan lesen borong TGRGV. OKT seterusnya telah membuat laporan polis bertarikh 13.6.2022 (ekshibit D133) berkenaan pembelian minyak masak daripada Kilang AVSB Adigo Ventures Sdn Bhd pada 28.9.2021 yang menggunakan lesen borong TGRGV. Laporan Polis D131 dan D132 dibuat sebelum siasatan terhadap OKT dalam kes ini dimulakan, manakala laporan D133 dibuat selepas bermulanya siasatan ke atas OKT dalam kes ini. [65] Peguam bela OKT berhujah bahawa OKT telah mengambil segala langkah yang munasabah bagi menghalang penyalahgunaan Lesen tersebut dengan memfailkan laporan polis D131. D132 dan D133. Laporan-laporan polis tersebut dibuat bagi memastikan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghentikan penyalahgunaan Lesen tersebut oleh pihak ketiga. Berdasarkan seksyen 22(5) Akta Kawalan Bekalan 1961, OKT tidak boleh didapati bersalah di bawah mana-mana pertuduhan kerana OKT telah mengambil langkah yang munasabah bagi menghalang penyalahgunaan lesen tersebut. Pihak pembelaan merujuk kepada seksyen 22(5) Akta Kawalan Bekalan 1961, yang menyatakan: “(5) Any person who would have been liable for an offence against this Act to any penalty for anything done or omitted if the thing had been done or S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q omitted by him personally, shall be liable to the same penalty if the thing has been done or omitted by his partner, agent or servant, unless he proves that he took reasonable precautions to prevent the doing or omission of such thing.” [66] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan OKT berdasarkan D131 adalah tidak relevan kerana maklumat tersebut adalah berkaitan dengan syarikat AVSB Adigo Ventures Sdn Bhd yang tidak berkaitan dengan pertuduhan. Selanjutnya dihujahkan bawah keterangan OKT berdasarkan D132 hanya merujuk kepada pembekalan minyak masak oleh Sawit Raya Sdn Bhd sahaja dan tidak melibatkan Bidara Flour Sdn Bhd. Manakala D133 pula dibuat selepas siasatan dijalankan pada tahun 2022. [67] Saya telah meneliti keterangan berkaitan isu laporan-laporan polis tersebut. Saya tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa D131 tidak relevan, D132 pula tidak melibatkan Bidara Flour Sdn Bhd dan D133 hanya dibuat selepas siasatan dijalankan. Saya berpendapat laporan-laporan tersebut menyokong keterangan OKT bahawa terdapat penyelewengan pembelian minyak masak bersubsidi yang menggunakan lesen TGRGV. Laporan D131 dan D132 yang dibuat sebelum OKT disiasat dalam kes ini menunjukkan pembelaan OKT adalah bermerit dan bukannya pembelaan afterthought atau difikirkan kemudian. [68] Saya juga mendapati bahawa D132 dengan jelas menyatakan terdapat penyelewengan pembelian minyak masak daripada Sawit Raya Sdn Bhd. Maka ia jelas membuktikan dakwaan OKT berkaitan penyalahgunaan lesen TGRGV. D131 pula, walaupun tidak menyatakan S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q secara khusus pembelian daripada Bidara Flour Sdn Bhd, ia masih boleh menyokong keterangan OKT bahawa terdapat pihak ketiga yang terlibat dengan penyalahgunaan lesen TGRGV dan secara tidak langsung dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Selain itu, D133 wajar diterima sebagai keterangan sokongan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah walaupun ia dibuat selepas siasatan dalam kes ini dimulakan terhadap OKT. Berikut adalah keterangan OKT yang berkaitan dengan laporan polis D131: Rujuk kepada laporan polis, rujuk dokumen itu, laporan polis bertarikh 26.10.2021 (dirujuk), no. report: LUBUK CINA 000463/21 (dirujuk) laporan ini siapa yang buat? Saya. Boleh bagi background pasal laporan ini? Laporan ini berkaitan salah guna lesen. Bagi background pasal laporan ini? Ada pihak lain, telah salah guna lesen TG Rizal di Melaka. Salah guna lesen macam mana? Membeli atas lesen borong TG Rizal.” (iv) Penglibatan Pihak Ketiga [69] OKT dalam pembelaannya menjelaskan bahawa Hamzanye (atau dikenali juga sebagai Hamzah) merupakan salah seorang pekerja TGRGV yang terlibat dengan urus niaga syarikat TGRGV sebelum OKT mengambil alih pemilikan syarikat tersebut. Hamzanye juga mempunyai pengetahuan tentang butiran terperinci lesen borong TGRGV dan juga S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q mengetahui maklumat pelanggan-pelanggan dan juga pembekal-pembekal TGRGV. OKT telah menerangkan bahawa Hamzanye telah dipecat oleh OKT selepas bulan Oktober 2021 kerana telah menyalahgunakan lesen borong CSA syarikat TGRGV. Berikut adalah keterangan OKT yang berkaitan dengan penyelewengan lesen borong yang dilakukan oleh Hamzanye: Selepas dimaklumkan berkenaan dengan salah laku En. Hamzanye ini, kamu buat apa? Lepas saya dapat tahu, saya tegur dia, saya panggil dia dan bertanya sama ada benar atau tidak, jawapannya dia kata dia tidak lakukan. Kemudian saya rujuk semula kepada pembekal, pembekal maklumkan dia datang ke tempat pembekal dengan membawa lesen pemborong atas nama Maju Midah Enterprise. Kamu tidak berikan kuasa kepada dia untuk dia buat begitu? Benar. Selepas menegur Hamzanye, dia buat apa? Selepas ditegur sebulan lebih dia tak jumpa saya, kemudian pada satu tarikh dia jumpa saya untuk meminta lesen borong CSA atas pembelian minyak masak di kilang lain, saya maklumkan kepada dia, saya tidak benarkan. So Hamzanye telah salah gunakan lesen, lepas itu bila kamu tegur dia, dia kata tak buat, kemudian kamu periksa dengan pembekal, pembekal kata dia tipu, tapi yang betulnya dia buat la, macam mana pembekal tahu? Kerana Hamzanye datang ke kilang pembekal tersebut. Pembekal kenal Hamzanye? Kenal. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q Selepas dimaklumkan kepada kamu, dan Hamzanye kamu tegur, Hamzanye tak jumpa kamu sebulan, betul? Ya. Selepas itu dia datang minta lesen TG Rizal, lebih kurang bulan berapa? Bulan 10 rasanya, tahun 2021. Time itu kamu kata tak boleh guna? Ya, sebab saya tidak mahu berurusan dengan Hamzanye lagi. Lepas itu kamu pecat dia ke tak? Ya, pecat dan tidak benarkan dia menguruskan atas nama lesen TG Rizal, dan mengurus apa jua marketing atas nama TG Rizal.” [70] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa SP6 menyedari kemungkinan Hamzanye terlibat dalam penyelewengan urus niaga pembelian minyak masak oleh TGRGV, yang menyebabkan Hamzanye dipanggil oleh SP6 untuk disiasat. Namun begitu, pihak pendakwaan gagal mengemukakan Hamzanye sebagai saksi pendakwaan dalam kes ini untuk memberikan keterangan yang berkaitan. Usaha pihak pembelaan untuk mengesan dan memanggil Hamzanye sebagai saksi pembelaan juga gagal kerana beliau tidak dapat dikesan. Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tiada penglibatan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian minyak masak Cap Menara dan Cap Bidara oleh TGRGV, dan terdapat kemungkinan Hamzanye menyalahgunakan lesen borong TGRGV dalam pembelian minyak masak tersebut. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [71] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa semasa disoal balas, OKT sering kali menyebut nama Hamzanye bagi menyokong keterangan beliau. Laporan polis yang dirujuk semasa kes pembelaan, D131 dan D132, adalah berpunca daripada Hamzanye, bukannya daripada OKT sendiri. Dakwaan yang mengatakan berlaku penyelewengan lesen borong dalam urus niaga pembelian daripada Sawit Raya Sdn Bhd juga berpunca daripada Hamzanye. Oleh kerana Hamzanye tidak dipanggil untuk memberi keterangan, maka pembelaan yang diketengahkan oleh OKT merupakan ‘hearsay’ dan tidak boleh dijadikan satu pembelaan dalam kes ini. Pihak Pendakwaan merujuk kepada kes Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass & Puvanesvaran Sandaran dll [2024] CLJU 143 dan kes Siti Bainun Ahd Razali lwn. PP [2024] CLJU 1933 untuk menyokong hujahannya. [72] Saya tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang menyatakan kegagalan memanggil Hamzanye untuk memberi keterangan adalah satu kesilapan yang material dan menyebabkan OKT gagal membuktikan kesnya sebagaimana yang diputuskan dalam kes Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass & Puvanesvaran Sandaran dll (supra). Ini kerana kes tersebut adalah kes sivil yang berkaitan dengan beban pembuktian atas imbangan kebarangkalian (rujuk kes Mahkamah Persekutuan: Johara BI binte Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1981] 1 MLJ 139). Kes di hadapan Mahkamah ini adalah kes jenayah yang hanya menuntut OKT menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sebagaimana yang dijelaskan oleh kes Hiew Min Yong v. PP (supra) dan PP v. Saimin & Ors (supra). Oleh itu, adalah memadai untuk OKT menimbulkan keraguan yang munasabah berdasarkan penglibatan Hamzanye dalam isu penyelewengan lesen borong tersebut. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q [73] Berdasarkan keterangan, nama Hamzanye telah muncul dari awal siasatan kes ini lagi. Hamzanye telah dipanggil oleh SP6 untuk siasatan berkait kes ini dan Hamzanye juga dikehendaki mengemukakan maklumat di bawah seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 (ekshibit P87 dan P88). Oleh itu, saya berpendapat keterangan berkaitan Hamzanye boleh menimbulkan keraguan yang munasabah kerana keterangan tersebut adalah berasas dan disokong dengan keterangan SP6 dan juga ekshibit P87 dan P88. Maka, dakwaan mengenai penglibatan Hamzanye dalam penyalahgunaan lesen borong tersebut bukanlah keraguan rekaan atau sangkaan yang tidak berkaitan dengan bukti, sebagaimana yang dijelaskan dalam kes PP v. Saimin & Ors (supra): “cannot be imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. [74] Saya juga tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang menyatakan pembelaan yang diketengahkan oleh OKT merupakan ‘hearsay’ dan tidak boleh dijadikan satu pembelaan dalam kes ini. Hujahan pihak pendakwaan mengenai isu hearsay ini adalah mengelirukan dan kes yang dirujuk, Siti Bainun Ahd Razali lwn. PP (Supra) jelas mempunyai keterangan pembelaan yang berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Siti Bainun Ahd Razali dalam kes tersebut jelas tidak melihat insiden tumpahan air panas kerana insiden tersebut disampaikan kepadanya oleh pihak ketiga. Sedangkan keterangan OKT mengenai penglibatan Hamzanye dengan TGRGV adalah keterangan secara langsung. [75] Keterangan secara langsung merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh saksi di Mahkamah mengenai apa yang saksi sendiri saksikan, dengar, atau alami dalam suatu kejadian atau peristiwa. Keterangan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saksi dan tidak S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q melibatkan pendapat atau pemerhatian pihak ketiga. Maka, keterangan OKT bahawa Hamzanye telah ditegur olehnya setelah OKT menerima maklumat tentang salah laku Hamzanye adalah keterangan secara langsung. Selain itu, keterangan OKT bahawa Hamzanye telah dipecat olehnya atas sebab penyelewengan lesen borong juga adalah keterangan secara langsung. Oleh itu, keterangan OKT mengenai penglibatan Hamzanye dalam kes ini wajar diterima dan dipertimbangkan sewajarnya. Selanjutnya, saya dapati, keterangan tentang kemungkinan penglibatan Hamzanye dalam pembelian-pembelian minyak masak bersubsidi yang menggunakan lesen borong TGRGV secara tidak sah telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut. Kesimpulan [76] Di akhir kes pembelaan, saya telah merujuk kembali kepada prinsip di dalam kes Mat v. Public Prosecutor (supra) dan saya memutuskan bahawa pembelaan OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Oleh itu, OKT dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan tersebut. IZRALIZAM BIN SANUSI Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur Bertarikh: 12 Mac 2025. S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q Pihak Pendakwaan: Azmil bin Aspara Nur abyan Binti Anuar Pegawai Pendakwa, Seksyen Perundangan, KPDN Putrajaya, Bahagian Penguat Kuasa, Aras 3, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya. Pihak Pembelaan: Encik Kuhan Manoharan Tetuan Saha & Associates Suite 2.03, Tingkat 2, Wisma Bandar, No. 18, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur S/N aeiLalWaLkOdEl3tlGY4Q