Lampiran
LAMPIRAN A. Hasil penyelidikan lanjut SP1 mendapati video terbabit telah mendapat 53k tontonan, 944 tanda like, 374 comments dan 97 25 share. SP1 turut membuat cross check ke laman tik-tok video terbabit yang dimuatnaik oleh pemilik akaun @projekpapa pada 5 November, 2023 dan boleh diakses di pautan: https://vt.tiktok.com/zsnuu3ej4/ yang telah 5 mendapat 54.9k like, 2930 comments dan 8864. Susulan daripada penyelidikan dan penelitian yang dibuat oleh SP1 tersebut, SP1 telah mencapai dapatan bahawa kenyataan yang dibuat oleh OKT adalah berbentuk menghasut rakyat untuk membenci Kerajaan dengan mengatakan Kerajaan pada hari ini adalah Pro kepada Rejim Israel. 10 Selanjutnya SP1 menerangkan kepada mahkamah bahawa fakta ini adalah tidak benar kerana terdapat banyak program dan tindakan Kerajaan yang jelas mengutuk tindakan-tindakan Israel dan, SP1 juga mendapati Kerajaan sentiasa memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin. Di perenggan yang sama iaitu di perenggan 15 (5) P-SP1, SP1 membuat rumusan bahawa, kata-kata OKT seperti yang bergaris di LAMPIRAN A adalah penghinaan kepada Kerajaan dan boleh menjejaskan usaha Kerajaan untuk menyatakan pendirian konsisten Kerajaan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat negara yang Merdeka. 20 Setelah berpuashati dengan hasil penyelidikan beliau, tindakan lanjut oleh SP1 adalah dengan membuat laporan polis dengan nombor report Tun HS Lee 4803/23 pada tarikh yang sama, 8 November 2023 jam 14.40 (2.40) petang dan dikemukakan kepada mahkamah sebagai 25 eksibit P-2. Di baris terakhir P-2, dinyatakan bahawa ‘Tujuan laporan polis ini dibuat agar siasatan dilakukan ke atas individu terlibat yang telah mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam.’ Siasatan awal telah dimulakan oleh SP-4 yang telah membuat 30 permohonan bagi mendapatkan butiran profiling pada 9 November 2023 dan satu laporan Analisis Risikan Media Sosial bertarikh 10 November, 5 2023 telah diterima daripada SP-3 bagi kedua-dua akaun Media Sosial yang terlibat dan ditandakan seperti berikut: P11 – Analisa Media Sosial Halid Hamidi (www.facebook.com/halid.hamidi.5) P12 – Anlisa Media Sosial Projek Papa (www.tiktok.com/@projekpapa) 10 Seterusnya, siasatan telah diambil alih oleh SP-9 pada 23 Disember, 2023 sehingga selesai. SP-9 telah memohon untuk mendapatkan Analisa Perbandingan Wajah setelah memuat turun video terbabit ke dalam video cakera padat (DVD) kepada pihak Cybersecurity 15 Malaysia. Laporan Analisa Perbandingan Wajah telah disediakan oleh SP-8 dan dikemukakan kepada mahkamah sebagai eksibit P-27. SP-9 turut memohon kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini OKT dan selepas menerima cabutan daftar kad pengenalan OKT, suatu permohonan telah dibuat 20 untuk Analisa Perbandingan Wajah Tambahan Gambar kepada pihak pihak Cybersecurity Malaysia pada 5 Januari, 2024. SP-9 juga telah merakamkan percakapan SP-5 dan SP-7 serta mendapatkan Salinan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-15 Penggal 25 Kedua Mesyuarat Ketiga Bil. 54 bertarikh 16 Oktober, 2023 (P-14) dan Bil. 63 bertarikh 31 Oktober, 2023 (P-22) bagi menyangkal pernyataan OKT bahawa Kerajaan Malaysia pro-Barat dan pro-Israel. Ucapan YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di dalam P-14 di muka surat 30 hingga 31 dan di dalam P-22 di muka surat 3 telah dirujuk kepada 30 mahkamah bagi tujuan tersebut. Hasil dari siasatan yang telah dijalankan oleh SP-9, OKT telah dihadapkan ke Mahkamah bagi menghadapi 5 pertuduhan ini pada 9 Januari, 2024. BEBAN PEMBUKTIAN Bagi membuktikan Pertuduhan Pindaan terhadap OKT, pihak 10 pendakwaan hendaklah membuktikan keujudan kesemua elemen-elemen atau intipati-intipati bagi pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Seksyen 4(1)(b) berbunyi: “4(1) Mana-mana orang – (a) … 15 (b) menyebut apa-apa perkataan menghasut; (c) … (d) … melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau…” 20 Selanjutnya, bagi elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan, rujukan telah dibuat kepada Penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes Pendakwa Raya v Chua Tian Chang [2016] 1 LNS 102 di para [7] iaitu: 25 “[7] Adalah jelas bahawa bagi membuktikan kesalahan di bawah 5 seksyen 4(1)(b) ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan dua elemen bagi pertuduhan ini iaitu:- (i) Tertuduh menyebut perkataan-perkataan seperti dalam pertuduhan; (ii) Perkataan-perkataan tersebut mempunyai kecenderungan 10 menghasut seperti yang digariskan di bawah seksyen 3(1)(a) hingga (f) Akta Hasutan 1948.” Seterusnya, rujukan telah dibuat kepada peruntukan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan Mahkamah 15 Persekutuan di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 iaitu: “After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended section is to call for defence when it is satisfied 20 that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case”. Selanjutnya, mahkamah ini turut menggunapakai ‘ujian’ yang telah digariskan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 25 iaitu: “Ujian yang betul untuk dipakai dalam menentukan samada satu kes prima facie telah dibuat di bawah s.180 Kanun Acara Jenayah (KAJ) (‘dan ini dipakai untuk satu perbicaraan di bawah s. 173 KAJ) adalah sebagaimana yang terkandung di dalam penghakiman Hashim Yeop Sani 30 HP (beliau pada masa itu) dalam Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v. PP. 5 Oleh itu, seorang Hakim yang bersidang seorang di bawah s.180 KAJ mesti menilai keterangan pendakwaan kepada tahap maksimum dan menyatakan soalan kepada diri sendiri ‘if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution 10 case?’ Jika jawapan adalah tidak, maka tiada kes prima facie telah dibuat dan tertuduh berhak kepada satu pembebasan. Dengan meletakkan keterangan pendakwaan kepada penilaian maksimum untuk menentukan jika pembelaan perlu dipanggil tidak bermaksud pendakwaan perlu membuktikan kesemuanya melalui keraguan yang munasabah di 15 peringkat pertengahan ini” Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 pula, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “Oleh yang demikian, ujian yang patut digunakan pada penutup kes 20 pendakwaan ialah samada terdapat keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan tertuduh jika beliau memilih untuk berdiam diri, dan jika dijawab secara alternatif, bermakna satu kes prima facie telah dibuat. Pertimbangan tentang kewujudan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan, jika wujud, tidak akan menuju kepada dapatan 25 bahawa terbuktinya kes prima facie.” 30 DAPATAN MAHKAMAH 5 Setelah meneliti dan menimbang atas dasar ‘maximum evaluation’ atau penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang telah dikemukakan di sepanjang perbicaraan kes ini, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah 10 gagal untuk membuktikan elemen atau intipati kedua kepada Pertuduhan Pindaan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan tersebut. Berkenaan elemen pertama, adalah jelas dan tidak dipertikaikan lagi bahawa individu yang membuat pernyataan seperti mana yang tertera 15 di LAMPIRAN A iaitu transkrip kepada rakaman video yang dipaparkan di laman facebook SP2 adalah OKT yang juga turut dikenali di media sosial sebagai papagomo. Bagi elemen kedua pula, rujukan dibuat kepada seksyen 3(1)(a) 20 hingga (f) Akta Hasutan yang memperuntukkan: “3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan – (a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan; 25 (b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain secara yang sah, apa-apa yang wujud menurut undang- undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah 5 oleh Kerajaan itu; (c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri; (d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di 10 kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri; (e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di 15 Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,153 atau 181 Perlembagaan 20 Persekutuan.” Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pernyataan OKT adalah mempunyai kecenderungan untuk menghasut dengan mendatangkan kebencian atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Kerajaan 25 Malaysia. Dihujahkan juga bahawa pihak pendakwaan tidak perlu mengemukakan apa-apa bukti bahawa pernyataan OKT tersebut telah menyebabkan keganasan sebenar. Begitu juga turut dihujahkan bahawa bukanlah tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan perkataan-perkataan tersebut adalah benar atau palsu. 30 Selanjutnya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa susulan 5 daripada pernyataan OKT ini juga telah menimbulkan kebencian dan rasa tidak puas hati umat Islam di Malaysia khususnya sehingga telah melancarkan boikot terhadap syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel seperti McDonald’s dan Starbuck. 10 Pihak pembelaan pula di dalam hujahan mereka telah merujuk kepada seksyen 3 (2)(b) yang berbunyi: “3(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak boleh 15 disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan- (b) bagi menunjukkan kesilapan atau kecacatan dalam mana-mana Kerajaan atau Perlembagaan sebagai mana yang diwujudkan oleh 20 undang-undang”. Sehubungan dengan itu, pihak pembelaan menghujahkan bahawa kenyataan OKT hanya akan terjumlah kepada hasutan yang boleh mendatangkan kebencian kepada Kerajaan atau Raja tetapi jika 25 pernyataan OKT di LAMPIRAN A dibaca dalam konteks keseluruhannya, kritikan yang dibuat OKT bukan terhadap Kerajaan Malaysia tetapi terhadap Perdana Menteri. Rujukan dibuat kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang telah 5 membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada pertuduhan menghasut di dalam kes Public Prosecutor v Param Cumaraswamy [1986] CLJ (Rep) 606 di muka surat 626 yang berbunyi: “Mr Cumaraswamy’s appeal was directed at the Pardon Board, not 10 at the Ruler which in the instant case is the Yang di-Pertuan Agong. Therefore, there can be no question of the statement having a tendency to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the Yang di-Pertuan Agong. I find Mr Cumaraswamy Not Guilty. I acquit and discharge him” 15 Kedua – dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah menarik perhatian mahkamah ini kepada Penghakiman Mahkamah Rayuan berkenaan penilaian yang hendaklah dibuat oleh Mahkamah ke atas sesuatu pernyataan di dalam menentukan samada ianya 20 berkecenderungan untuk menghasut atau sebaliknya di dalam kes PP v Karpal Singh Ram Singh [2012] 5 CLJ 580 di muka surat 634 hingga 637 iaitu: [70] “…Apa yang penting ialah sama ada perkataan- 25 perkataan tersebut mempunyai kecenderungan menghasut di bawah mana-mana satu atau lebih dari enam kecenderungan menghasut yang diperuntukkan di bawah s. 3(1). ltu persoalan penting yang mesti ditimbangkan" oleh mahkamah. Dalam memutuskan persoalan tersebut 30 mahkamah hendaklah menimbangkan pertamanva, 5 bahagian-bahagian tertentu perkataan-perkataan responden dalam kenvataan akhbar tersebut. Kedua, mahkamah hendaklah menimbangkan keseluruhan perkataan-perkataan responden dalam kenyataan akhbar tersebut dan ketiga mahkamah hendaklah juga 10 menimbangkan konteks dalam mana perkataan-perkataan tersebut diucapkan. Dalam PP v. Mark Koding, (supra) Mohamed Azmi H (pada masa itu) menyatakan: From the judgment of the Federal Court in the Reference 15 pertaining to this case, it was held that whether or not the Accused's speech as contained in Appendix 'X' was seditious within the Act will depend, firstly, on a reading of particular parts of it, secondly, on a reading of it as a whole, and, thirdly, on consideration of the context in which it was 20 made. [71] Apa yang dimaksudkan dengan pertimbangan tentang keseluruhan perkataan-perkataan yang didakwa menghasut telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam PP v. 25 Oh Keng Seng (supra): We are only in partial agreement with what the learned trial judge considered to be the proper approach to the question as to whether those parts of the speech now alleged by Mr. Mahalingam to be seditious are indeed so. We agree that 30 particular words or sentences taken out of context "may sound obnoxious or innocuous and that this might convey 5 an altogether wrong impression". However, to say that to determine whether particular passages are seditious the speech in which such words are uttered should be read as a whole is. with respect going too far if by that is meant that in a long speech two passages (or for that matter four) 10 cannot be seditious if numerous other topics discussed are not seditious. At most one could say that the speech as a whole would assist in giving the court a proper perspective of, and so assist it to decide whether the passage giving offence were mere episodes of over exuberance in a speech 15 coming fairly under the exceptions envisaged in section 3(2) or something more than that. [72] Sehubungan ini dalam PP v. Param Cumaraswamy [1986] 1 CLJ 101; [19861 CLJ (Rep) 606, Chan H (pada 20 masa itu) menyatakan: In deciding whether the words have this tendency. it is proper (to borrow the words of Coleridge J In Rex v. Aldred at p. 3) … 25 to look at all the circumstances surrounding the publication with the view of seeing whether the language used is calculated to produce the results imputed; that is to say, you are entitled to look at the audience addressed, because language which would be innocuous, practically 30 speaking, if used to an assembly of professors or divines, might produce a different result if used before an excited 5 audience of young and uneducated men. On the other hand (to use the language of Cave J in Reg. v. Burns): A man cannot escape from the consequences of uttering words with [a seditious tendency] solely because the 10 persons to whom they are addressed may be too wise or too temperate to be seduced [by those words]. Therefore, words are seditious (1) if they are likely to incite or influence the audience actually addressed or (2) if they are likely to incite or influence ordinary people even though the 15 audience addressed was unaffected by the words. [73] Seperti yang telah kami nyatakan, mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan-perkataan responden itu menghasut atau tidak (lihat PP v. Mark Koding). 20 Mahkamahlah yang mesti membuat garis yang memisahkan pandanqan atau komen politik yang dibenarkan oleh undang-undang dari perkataan perkataan yang menghasut. Hal ini dijelaskan oleh mahkamah dalam PP v. Ooi Kee Saik: 25 A line must therefore be drawn between the right to freedom of speech and sedition. In this country the court draws the line. The question arises: where is the line to be drawn; when does free political criticism end and sedition begin? In my view, the right to free speech ceases at the point where it comes within the 30 mischief of section 3 of the Sedition Act. The dividing line between lawful criticism of Government and sedition is this — if 5 upon reading the impugned speech as a whole the court finds that it was intended to be a criticism of Government policy or administration with a view to obtain its change or reform, the speech is safe. But if the court comes to the conclusion that the speech used naturally, clearly and indubitably, has the tendency 10 of stirring up hatred, contempt or disaffection against the Government, then it is caught within the ban of paragraph (a) of section 3(1) of the Act. In other context the word "disaffection" might have a different meaning, but in the context of the Sedition Act it means more than political criticism: it means the absence 15 of affection, disloyalty, enmity and hostility. To 'excite disaffection' in relation to a Government refers to the implanting or arousing or stimulating in the minds of people a feeling of antagonism, enmity and disloyalty tending to make government insecure. If the natural consequences of the impugned speech is 20 apt to produce conflict and discord amongst the people or to create race hatred, the speech transgresses paragraphs (d) and (e) of section 3(1). Again paragraph (f) of section 3(1) comes into play if the impugned speech has reference to question any of the four sensitive issues — citizenship, national language, special 25 rights of the Malays and the sovereignty of the Rulers.” Mengambilkira otoriti-otoriti kes di atas, meneliti akan keseluruhan keterangan yang ada di hadapan mahkamah ini serta eksibit-eksibit yang telah dikemukakan di sepanjang perbicaraan, saya telah mencapai 30 dapatan bahawa tiada kes prima facie yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 5 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Fakta sejarah menunjukkan Akta Hasutan ini telah diperkenalkan pada tahun 1948 oleh para penjajah British serentak dengan pengisytiharan darurat kerana ancaman komunis, maka Akta Hasutan ini 10 pada masa tersebut telah dijadikan sebagai batu asas atau mekanisme untuk membina keamanan dan mengekang dari terjadinya situasi yang dapat menjejaskan keamanan seperti rusuhan, pergaduhan dan ancaman pengganas. 15 Darurat sudah lama berakhir dan Malaysia telah merdeka selama 68 tahun, maka daya pemikiran rakyat juga jauh maju ke hadapan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dihasut dengan pernyataan-pernyataan seperti di LAMPIRAN A sehingga mendatangkan situasi-situasi yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) (a) hingga (f) Akta 20 Hasutan. Tambahan pula, SP-1 yang merupakan pengadu yang telah membuat laporan polis Tun H.S. Lee Report 48039/23 (eksibit P-2) pada 8 November, 2023, yang menjadi asas kepada kertas siasatan bagi kes 25 terhadap OKT ini dibuka serta membawa kepada pendakwaan di hadapan Mahkamah ini telah menarik balik laporan polis tersebut pada tarikh 11 Julai, 2024 iaitu selepas 8 bulan. Fakta bahawa laporan polis bagi menarik balik laporan polis eksibit 5 P-2 telah dibuat oleh SP-1 pada tanggal 11 Julai, 2024 telah diakui dan disahkan oleh pegawai penyiasat (SP-9). Alasan mengapa SP-1 telah menarik balik laporan P-2 selagi tidak ada bukti berlakunya sebarang elemen paksaan, ugutan atau dijanjikan dengan apa-apa hadiah atau ganjaran oleh mana-mana pihak semasa proses laporan tarik balik 10 tersebut dibuat, saya berpendapat adalah wajar untuk menganggap ianya adalah kerana SP-1 tidak lagi berpendapat pernyataan oleh OKT seperti di LAMPIRAN A Pertuduhan Pindaan berkecenderungan untuk menghasut sehingga boleh membawa kepada situasi-situasi di bawah sesyen 3(1)(a) hingga (f) Akta Hasutan. 15 Fakta kes ini boleh dibezakan dengan kes Pendakwa Raya v Rozita bt Mohamad Ali [2018] 9 MLJ 1 yang melibatkan semakan ke atas hukuman yang man OKT telah dilepaskan dengan bon berkelakuan baik untuk jumlah RM 20,000 bagi tempoh 5 tahun di bawah seksyen 20 294(1) Kanun Tatacara Jenayah bagi selepas didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan. OKT di dalam kes ini telah menukar pengakuan kepada mengaku bersalah selepas 10 orang saksi pendakwaan selesai memberikan keterangan bagi pertuduhan menyebabkan cedera parah dengan sengaja 25 terhadap pembantu rumah warga Indonesia tersebut. Di para (3) Diputuskan, mengenepikan perintah pengikat dan menggantikannya dengan hukuman 8 tahun penjara berkuatkuasa dari 29 Mac 2018, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan 30 seperti mana berikut: “(3) HMS yang bijaksana telah salah melaksanakan budi bicaranya 5 dalam memilih untuk s 294(1) KTJ. Secara nyata, fakta bahawa pengadu memilih untuk tidak meneruskan tidak boleh menjadi faktor dipertimbangkan.” Keadaan jelas berbeza dengan kes yang dibicarakan di hadapan 10 saya ini kerana mahkamah ini bukan memberikan pertimbangan fakta penarikan balik laporan polis sebagai faktor peringanan untuk menjatuhkan hukuman tetapi di dalam membuat ‘maximum evaluation’ samada suatu kes prima facie telah berjaya diwujudkan di akhir kes pihak pendakwaan. 15 SP-2 yang memaparkan video terbabit di facebook beliau juga telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa tujuan beliau berbuat demikian adalah kerana rasa tidak puas hati dengan harga barang keperluan yang semakin meningkat. Bukan semata-mata kerana apa 20 yang dikatakan oleh OKT di dalam video tersebut telah berjaya menghasut SP-2 untuk bertindak sehingga timbulnya mana-mana situasi yang dinyatakan di bawah seksyen 3(1)(a) hingga (f). Untuk mengatakan bahawa pernyataan OKT inilah punca kepada 25 tindakan memboikot McDonald’s dan Starbuck sehingga syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar juga adalah tidak tepat. Kempen boikot ke atas produk-produk syarikat yang berkait dengan Israel telah lama bermula sebelum pernyataan di LAMPIRAN A ini dibuat OKT lagi. Setiap kali terdapat laporan bahawa serangan telah dibuat ke atas Palestin oleh 30 pihak Israel, kempen boikot akan bermula dan berakhir apabila serangan diberhentikan. Cuma untuk kali ini walaupun sudah lebih 700 hari, 5 serangan masih lagi berterusan dan kempen boikot ini masih lagi diteruskan. Namun, untuk mengaitkan dengan pernyataan OKT yang menjadi punca kepada bermulanya kempen boikot ini adalah tidak begitu munasabah. 10 Saya bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan bahawa peranan mahkamah di dalam perbicaraan kes ini bukanlah untuk memastikan sama ada apa yang dinyatakan oleh OKT di LAMPIRAN A tersebut adalah benar atau tidak benar. Ini bukan perbicaraan kes fitnah atau defamation yang memerlukan kebenaran pernyataan yang telah 15 dibuat oleh pihak yang dituduh atau disaman dibuktikan di hadapan mahkamah. Oleh itu, dapatan mahkamah ini untuk melepaskan dan membebaskan OKT kerana tidak ada kes prima facie tidak langsung membawa maksud bahawa mahkamah ini telah memutuskan bahawa apa yang dinyatakan oleh OKT di LAMPIRAN A adalah benar. 20 Sebaliknya, alasan utama mengapa mahkamah mendapati tiada kes prima facie adalah kerana Pengadu (SP-1) yang pada mulanya telah merasa terhasut oleh pernyataan OKT telah menarik balik laporan polis eksibit P-2 pada 11 Julai, 2024 seperti yang telah diterangkan di peringkat 25 awal. 30 KESIMPULAN 5 Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas maka mahkamah ini telah mencapai dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT bagi satu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) 10 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Oleh yang demikian, OKT telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk mengemukakan pembelaan. 15 BERTARIKH 3 SEPTEMBER 2025 20 SITI AMINAH BINTI GHAZALI HAKIM MAHKAMAH SESYEN