Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. SAMAN: BC-A51-2-10/2025 ANTARA WAN MUHAMMAD FARID BIN ZAMURI (NO. K/P: 910207-08-5789) …PLAINTIF
BC-A51-2-10/2025
Sessions Court of Malaysia12 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ang dan bukannya bagi tujuan sebenar untuk mencapai keadilan. Ia melibatkan penggunaan proses yang bertentangan dengan aturan dan amalan yang diterima pakai oleh Mahkamah. (Rujuk kes Castro v. Murray [1875] LR 10 Ex 213; Gabriel Peter & Partners (suing as a firm) v Wee Chong Jin [1998] 1 SLR 374; Harapan Permai Sdn Bhd”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. SAMAN: BC-A51-2-10/2025 ANTARA WAN MUHAMMAD FARID BIN ZAMURI (NO. K/P: 910207-08-5789) …PLAINTIF
1
DATO’ SHAZELI BIN DATO’ KAHAR (Disaman atas kapasiti sebagai Ketua Polis Selangor)
2
IG DATO’ SRI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL (Disaman atas kapasiti sebagai Ketua Polis Negara)
3
YM TKP RAJA NAZRIL AZMAN BIN RAJA AZAM ISKANDAR (Disaman atas kapasiti sebagai Pengarah Penjara Sungai
4
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (Disaman atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri)
5
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN [1] Mahkamah ini pada 12 Jun 2026 telah menolak permohonan defendan-defendan di Kandungan 17 untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos. [2] Plaintif di dalam Saman dan Pernyataan Tuntutannya telah memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap defendan-defendan atas dakwaan bahawa plaintif telah ditahan di Penjara Sungai Buloh secara tidak sah bermula 8 Mac 2024 sehingga 11 Mac 2024. Fakta Kes [3] Plaintif telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang pada 8 Mac 2024 untuk menghadapi dua (2) pertuduhan iaitu bagi kesalahan memiliki dadah di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (No. Kes BC-83D-435-03/2024) dan bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (No. Kes BC-83D-430-03/2024). [4] Setelah pertuduhan dibacakan, plaintif telah dibenarkan untuk diikat jamin oleh Mahkamah. Bagi pertuduhan untuk kes BC- 83D-430-03/2024, wang jamin yang ditetapkan ialah RM 2,000.00 dan bagi kes BC-83D-435-03/2024 wang jamin yang ditetapkan ialah RM 2,600.00. Adik plaintif telah menjadi penjamin kepada plaintif dan telah membayar wang ikat jamin tersebut namun plaintif telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada pukul 4 petang hari yang sama. [5] Defendan-defendan di dalam kes ini bersandarkan kepada afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Muniswaran a/l Rajendran, Pegawai Penyiasat Kanan di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, yang bertugas sebagai Pegawai Penjaga Mahkamah Ampang ini yang menyatakan bahawa penahanan plaintif dibuat atas waran menahan yang sah. Waran Menahan tersebut yang telah diterima dari Mahkamah bernombor eBC7306394 pada pukul 11.36 pagi bagi kes BC-83D-435-03/2024 dan Waran Menahan no. eBC7306155 bagi kes BC-83D-430- 03/2024 yang diterima pada pukul 12.18 tengahari (Eksibit MR-2). Plaintif telah dibawa semula ke Mahkamah Ampang pada 11 Mac 2024 berdasarkan dua (2) Perintah Bagi Mengemukakan Orang Dalam Jagaan (“OTP”) bagi kes BC-83D-430-03/2024 dan BC-83D- 435-03/2024 yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ampang pada 8 Mac 2024 (Eksibit MR-4). Menurut deponen, plaintif telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh berdasarkan waran-waran menahan dan OTP yang sah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah. Deponen di dalam afidavit balasannya turut menyatakan bahawa tugas anggota polis adalah untuk mematuhi arahan bertulis daripada pihak Mahkamah dan bukannya mempersoalkan arahan tersebut. Oleh itu, para anggota hanya melaksanakan Waran-waran menahan tersebut apabila telah diterima dari Mahkamah. [6] Seterusnya, deponen yang mengikrarkan afidavit balasan bagi pihak defendan-defendan, PP Abduh Haleem bin Azeezur Rahman yang bertugas sebagai Pegawai Penguasa Penjara KA10 di Penjara Sungai Buloh di dalam afidavitnya mendeposkan bahawa tugas pegawai-pegawai dan anggota penjara adalah untuk mematuhi dan melaksanankan arahan bertulis iaitu waran menahan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah. Pendeponen turut menyatakan bahawa pegawai dan anggota Penjara Sungai Buloh tidak terlibat di dalam urusan jamin plaintif dan Mahkamah. [7] Plaintif di dalam afidavit jawapannya menyatakan bahawa bayaran wang ikat jamin telah dibuat oleh adiknya, Muhammad Fahmi bin Zamuri pada pukul 11.48 pagi untuk kes BC-83D-430- 03/2024 namun Waran Menahan yang dirujuk defendan-defendan di dalam Eksibit AH-1 dan MR-1 menunjukkan bahawa Waran Menahan tersebut dikeluarkan pada pukul 12.18 tengahari. Selanjutnya bagi kes BC-83D-435-03/2024, bayaran ikat jamin telah dibuat pada pukul 12.10 tengahari namun Waran Menahan yang dirujuk di dalam Eksibit AH-2 telah dikeluarkan pada pukul 11.36 pagi. Kedua-dua bayaran telah dibuat melalui kaedah pembayaran FPX menggunakan akaun CIMB No. 7619896027 milik adiknya melalui sistem e-Jamin. Resit pembayaran telah dieksibitkan sebagai WMF-1 dan WMF-2. [8] Plaintif di dalam affidavit balasannya turut menyatakan bahawa setelah proses pembayaran jamin diselesaikan, dia telah diminta untuk kekal berada di dalam bilik Mahkamah sehingga kes-kes lain selesai. Kemudian, plaintif menyatakan bahawa dia telah dibawa ke lokap Mahkamah Ampang dan diarahkan untuk menunggu di situ. Kemudiannya, pada pukul lebih kurang 2 petang, dia telah diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas untuk menaiki sebuah lori polis. Plaintif di dalam afidavitnya mendeposkan bahawa dia telah berulang kali memaklumkan kepada pegawai polis ketika itu bahawa dia telah dibenarkan untuk diikat jamin dan keluarganya sedang membayar wang jaminan namun tidak diendahkan oleh pegawai polis tersebut. Plaintif tiba di Penjara Sungai Buloh lebih kurang pukul 4 petang dan telah diarahkan untuk menjalani proses pendaftaran. [9] Plaintif dalam afidavitnya turut menyatakan bahawa semasa proses pendaftaran di penjara, dia telah menjalani pemeriksaan badan, menukar pakaian ke pakaian penjara dan rambutnya telah dipotong. Plaintif menyatakan bahawa dia telah ditahan di Penjara Sungai Buloh bermula pada 8 Mac 2024 pada pukul 4 petang sehingga 11 Mac 2024. Undang-undang berkaitan pembatalan tuntutan [10] Adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana pliding atau apa-apa writ tindakan dibatalkan atau dipinda di bawah peruntukan Aturan 19 Kaedah 19 (1) (a), (b), (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). (Lihat kes Bandar Builders Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, Hap Seng Consolidated Bhd v Darinsok bin Pangiran Apan [2014] 1 MLJ 335). [11] Aturan 18 Kaedah 19 (1) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: “19. Pembatalan pliding dan pengendorsan (A. 18 k. 19)
1
Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa-
a
ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
b
ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
c
ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
d
ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.” [12] Peruntukan ini jelas memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan tuntutan plaintif sekiranya defendan berjaya membuktikan salah satu daripada elemen-elemen di atas wujud. Adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) KKM 2012 hanya berjaya apabila Pernyataan Tuntutan secara jelas tidak boleh dikekalkan atau tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Mahkamah Agung di dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7 memutuskan bahawa prinsip yang Mahkamah bertindak dalam melaksanakan kuasanya di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah mantap dengan menyatakan – “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) of the Rules of the High Court 1980 are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule…, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obvious unsustainable.’ It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence… The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. r.3... The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” [13] Mahkamah Persekutuan di dalam kes New Straits Times (Malaysia) Bhd v. Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd [1985] 1 MLJ 226 memberikan panduan bagaimana penilaian terhadap pliding yang berkaitan dibuat. Mohamed Azmi HMP telah menyatakan seperti berikut: “It is therefore clear law that in an application to strike out pleadings under order 18 rules 19(1)(a), no evidence shall be admissible, and the court must consider only the pleadings for the purpose of determining whether the Statement of Claim disclosed no reasonable cause of action or the Statement of Defence disclosed no defence. The test to be applied is whether on the face of the pleading, the court is prepared to say that the cause of action or the defence is obviously unsustainable (see AG of the Duchy of Lancaster v. L and NW Ry Co) [1892] 3 Ch 274.” [14] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1, di mana Mahkamah memutuskan bahawa prosedur ringkas (summary process) hanya terpakai dalam keadaan-keadaan yang jelas menunjukkan bahawa sesuatu tuntutan adalah nyata dan jelas tidak boleh dipertahankan (clearly and obviously unsustainable). Ramly Ali HMP dalam penghakimannya memutuskan seperti berikut: “[56] In the present case, looking at the pleadings and the lengthy affidavits with various documentary exhibits filed by the parties, we find that there is serious conflict on material facts particularly relating to issues on the existence of fraud (be it extrinsic or intrinsic), and whether the fresh evidence could not have been obtained with reasonable diligence to be adduced during the previous trial. This conflict can only be resolved by subjecting the deponents of the various affidavits to cross- examination and/or calling other witnesses whose evidence can only be evaluated by the court after seeing and hearing them. [57] We are satisfied that paras 22-29 of the respondents statement of claim have sufficiently pleaded all the relevant particulars or elements to set for trial an action to impeach or set aside the earlier judgment as stated earlier either on the ground of fraud or on the ground of fresh/new evidence. The action is based on a valid cause of action recognised by law. Therefore, the respondents’ action as well as the issue of fraud as pleaded therein, cannot be said to be frivolous, vexatious and an abuse of the process of the court. [58] The ‘obviously unsustainable’ test as adopted by in Bandar Builder, would ensure fair trial and access to the court to litigants. The respondents (the plaintiffs) should be given their day in court to prove their case. The court should not strike out an action purely or for the simple reason that it is ‘unsustainable’. The degree of ‘unsustainability’ must be higher, ie it must be ‘obviously unsustainable’ before the action can be struck out summarily. The court should not pull its shutter down and close its door to the respondents, by striking out their action summarily. The tests as adopted in Bandar Builder must be applicable across the board, including action grounded on fraud, as in the case before us. The learned High Court judge and the Court of Appeal were right in holding that the respondents’ action is not obviously unsustainable and dismissed the appellant’s application for striking out.” [15] Perkataan “frivolous or vexatious” telah ditakrifkan sebagai bermaksud “obviously unsustainable” di dalam kes Technointan Holding Sdn Bhd v. Tetuan Tan Kim Siong & The Hong Jet [2007] 1 MLJ 163 dan kes Lau Siang Kok, Lionel v. Lau Chon Kun @ Lau Yu Chak, Datuk Seri Panglima [2013] 6 AMR 114; [2013] 2 MLJ 889. Selanjutnya, dalam kes Middy Industries Sdn Bhd & Ors v. Arensi-Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 511, Mahkamah telah menerangkan maksud “frivolous or vexatious” seperti berikut: “…The words ‘frivolous or vexatious’ generally refer to a groundless action or statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. In considering whether any proceedings were vexatious or frivolous, one is entitled to and ought to look at the whole history of the matter and it is not to be determined by whether the pleading discloses a cause of action or not (see Attorney General of Duchy of Lancaster v London & North Western Railway Co [1892] 3 Ch 274; and Re Vernazza [1959] 2 All ER 200)…” [16] Raja Azlan Shah HMT di dalam kes Malayan Banking Bhd v. Gan Kong Yam [1972] 1 MLJ 32 dalam menjelaskan maksud ‘frivilous or vexatious’ menyatakan seperti berikut: “…No precise legal definition can be found as yet, as to the meaning of “no reasonable defence” or “frivolous or vexatious” or “tending to delay the fair trial of the action”, but as can be observed a pleading will not be struck out under this rule “unless it is not only demurrable but something worse than demurrable”, that is, such that no legitimate amendment can save it from being demurrable: per Chitty J., in Republic of Peru v. Peruvian Guano Co. Then again, frivolous or vexatious actions mean cases which are obviously frivolous or vexatious or obviously unsustainable: See Attorney General of the Duchy of Lancaster v. London and North Western Railway Co.” [17] ‘Penyalahgunaan proses Mahkamah’ pula telah ditakrifkan sebagai secara umumnya merujuk kepada keadaan di mana proses Mahkamah digunakan bagi suatu tujuan yang menyalahi undang-undang dan bukannya bagi tujuan sebenar untuk mencapai keadilan. Ia melibatkan penggunaan proses yang bertentangan dengan aturan dan amalan yang diterima pakai oleh Mahkamah. (Rujuk kes Castro v. Murray [1875] LR 10 Ex 213; Gabriel Peter & Partners (suing as a firm) v Wee Chong Jin [1998] 1 SLR 374; Harapan Permai Sdn Bhd v Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 1 AMR 21; [2011] 2 MLJ 192). [18] Sehubungan itu, isu utama yang perlu diputuskan dalam permohonan ini adalah sama ada Pernyataan Tuntutan plaintif tersebut mengaibkan atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Analisa dan dapatan Mahkamah [19] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan plaintif, jelas tuntutan yang dibuat adalah berkaitan penahanan plaintif yang dikatakan tidak sah di Penjara Sungai Buloh walaupun jaminan telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret dan wang jaminan juga telah dibayar. Dakwaan defendan-defendan bahawa wujudnya waran menahan yang sah yang menjustifikasikan penahanan tersebut merupakan perkara penting yang perlu dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini. Terdapat isu yang perlu diputuskan di Mahkamah di mana ia melibatkan keesahan Waran Menahan bertarikh 8 Mac 2024 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada jam 11.36 pagi dan 12.18 tengahari walaupun bayaran jaminan dibuat pada 11.48 pagi dan 12.10 tengahari. Keterangan afidavit sahaja adalah tidak mencukupi untuk menentukan sama ada waran menahan yang dikeluarkan tersebut adalah sah memandangkan wang jamin telah dibayar pada hari yang sama dan waran menahan telah dikeluarkan sebelum wang jamin dibayar. Maka keterangan saksi-saksi di Mahkamah adalah perlu bagi mengetahui perkara sebenar. Isu selanjutnya yang perlu diputuskan adalah sama ada Waran Menahan boleh dikeluarkan atau dikuatkuasakan setelah pembayaran jaminan disempurnakan sepenuhnya dan sama ada tindakan menahan plaintif tersebut adalah suatu penahanan yang sah di sisi undang-undang. Jelas isu-isu tersebut merupakan isu-isu yang tidak boleh diputuskan melalui keterangan affidavit tetapi perlulah melalui keterangan oleh saksi-saksi di Mahkamah. [20] Mahkamah ini juga mendapati Pernyataan Tuntutan yang difailkan plaintif jelas memplidkan secara khusus fakta-fakta material berkenaan penangkapan, pertuduhan dan seterusnya jaminan yang telah diberikan oleh Mahkamah Majistret dan ia menjadi asas kepada tuntutan plaintif terhadap defendan. Ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh dipertahankan atau ‘obviously unsustainable’ yang boleh dibatalkan melalui permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) KKM 2012. Jelas berdasarkan eksibit dan afidavit yang diikrarkan plaintif, plaintif telah ditahan di Penjara Sungai Buloh walaupun telah dibenarkan ikat jamin dan adiknya telah membayar wang jaminan pada hari yang sama. Oleh itu, jelas tuntutan plaintif tersebut mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah dan membangkitkan isu-isu yang perlu diputuskan di Mahkamah ini melalui suatu perbicaraan penuh. Tuntutan plaintif tersebut bukanlah suatu tuntutan yang mengaibkan atau ‘frivolous or vexatious’ sepertimana yang telah diputuskan di dalam kes-kes yang dirujuk. Meskipun dakwaan defendan terdapat waran menahan yang sah, namun perkara tersebut merupakan perkara yang perlu diputuskan di Mahkamah ini melalui suatu perbicaraan penuh dengan mendengar keterangan saksi-saksi, bukannya melalui keterangan afidavit semata-mata. [21] Seterusnya, Mahkamah ini juga mendapati bahawa tuntutan yang difailkan plaintif ini juga bukanlah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Terdapat isu yang perlu diputuskan di dalam kes ini yang mana ia melibatkan isu hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Isu dalam kes ini memerlukan penentuan di Mahkamah melalui suatu proses perbicaraan dan bukannya suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana plaintif mempunyai suatu kausa tindakan yang munasabah. [22] Berdasarkan analisa terhadap fakta dan keterangan afidavit serta prinsip undang-undang, Mahkamah mendapati Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan plaintif ini bukanlah merupakan suatu tindakan yang mendedahkan kausa tindakan yang tidak munasabah dan bersifat mengaibkan, remeh atau menyusahkan. Ia juga bukanlah merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Plaintif mempunyai suatu kausa tindakan yang munasabah dan bermerit serta membangkitkan isu dan fakta dan undang-undang yang serius yang perlu diputuskan di Mahkamah melalui keterangan saksi-saksi dan dokumen. Kes sebegini tidak wajar dianggap sebagai sesuatu kes yang tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan boleh dibatalkan melalui permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (b) dan (d) KKM 2012 sepertimana permohonan defendan-defendan. Kesimpulan [23] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini mendapati defendan-defendan gagal untuk memenuhi peruntukan undang-undang berkenaan pembatalan pliding di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) (b) dan/atau (d) KKM 2012. Oleh yang demikian, permohonan defendan-defendan untuk membatalkan Saman dan Pernyataan Tuntutan plaintif di Kandungan 17 adalah ditolak dengan kos. Kos ditetapkan pada jumlah RM 2,000.00. Bertarikh: 7 Julai 2026. (Fadzlin Suraya binti Mohd Suah) Hakim Mahkamah Sesyen (2) Ampang Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.