Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51-1-07/202 ANTARA WAN ZAINAB BINTI WAN MAHMUD (WAKIL LITIGASI DAN IBU KEPADA PLAINTIF BUDAK, MUHAMMAD ARIF HAFIZUDDIN BIN MOHD SHUKOR) …PLAINTIF
TA-B51-1-07/2022
Sessions Court of Malaysia10 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“s upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him (see s 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Theref”
“the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was right in ordering that summary judgme”
“rden rests on the plaintiff to prove the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was”
“judicial to the defendants if the plaintiff could now be allowed to raise an issue that was not within the contemplation of the parties in the first place (see Esso Petroleum Co Ltd v SouthPort Corpn [1956] AC 218; Playing Cards (M) Sdn Bhd v China Mutual Navigation Co Ltd [1980] 2 MLJ 182 (FC)).” **Note : Serial numbe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51-1-07/202 ANTARA WAN ZAINAB BINTI WAN MAHMUD (WAKIL LITIGASI DAN IBU KEPADA PLAINTIF BUDAK, MUHAMMAD ARIF HAFIZUDDIN BIN MOHD SHUKOR) …PLAINTIF
1
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL BAYAN (TURUT DIKENALI SEBAGAI "SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN"),
2
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL BAYAN (TURUT DIKENALI SEBAGAI "SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN")
3
AHLI-AHLI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN (TURUT DIKENALI SEBAGAI “SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN")
4
4.
5
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Plaintif. Pada 10.12.2025, setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya.
2
Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM 8000 diberikan kepada Defendan-Defendan.
3
Walaupun Mahkamah telah menolak tuntutan pihak Plaintif, Mahkamah telah memberikan keputusan berkaitan ganti rugi yang dituntut atas dasar 100% liabiliti sebagaimana berikut: Ganti Rugi Am a) Malunited fracture proximal 3rd of left tibia dan malunited fracture proximal 4th of left tibia: RM 40,000 b) Open fracture of distal phalanx of left big toe: RM 7000 c) Muscle wasting: RM 5000 d) Multiple scarring : RM 18,000 Ganti rugi Khas a) Laporan perubatan daripada Kuantan Medical Centre : RM 1, 677 (dipersetujui) b) Pembedahan masa hadapan : RM 1670 [1/3 x RM 5000] c) Krim parut: RM63,600: Ditolak d) Kos perjalanan/kehadiran mahkamah doktor-doktor dan pakar perubatan: RM6,920
4
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif-Plaintif telah memfailkan notis rayuan bertarikh 16.12.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terhadap sebahagian keputusan tersebut iaitu berkaitan liabiliti sahaja.
5
TUNTUTAN PLAINTIF Tuntutan Plaintif adalah untuk ganti rugi am dan khas berserta faedah dan kos bagi kecederaan diri yang dialami oleh anaknya
6
Arif merupakan budak di bawah umur yang diwakili oleh wakil litigasi iaitu ibunya yang beralamat di Lot 2380 Jalan Cacar Baru 23100 Paka Terengganu dan pada masa materialnya adalah seorang pelajar asrama di Maahad Tahfiz AI-Quran Darul Bayan (turut dikenali atau beroperasi sebagai Sekolah Menengah Islam Darul Bayan") yang berada di bawah kawalan, penyelenggaraan dan pantauan Defendan-Defendan.
7
Defendan Pertama merupakan pengetua sekolah terlibat manakala pihak Plaintif turut menamakan pihak sekolah sebagai Defendan Kedua. Defendan Kedua menurut penyata tuntutan merupakan badan yang bertanggungjawab mendaftarkan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan di kod JHEAT.03-018/14/222.
8
Defendan Ketiga merupakan ahli lembaga pengurusan sekolah yang dikatakan bertanggungjawab menguruskan, menjaga keselamatan, memelihara kebajikan pelajar-pelajar dan menyelenggarakan sekolah.
9
Pihak Plaintif telah menarik balik tuntutan terhadap Defendan Keempat dan Defendan Kelima pada 28.8.2022.
10
Pada 25.08.2020 jam lebih kurang 11.00 malam, semasa anak Plaintif menetap di Asrama Lelaki Sekolah Menengah Islam Darul Bayan sebagai pelajar asrama yang sah, tiba-tiba terdapat sebuah dinding simen konkrit telah terjatuh dan menghempap kaki anak Plaintif.
11
Anak Plaintif telah mengalami kecederaan dan Plaintif mendakwa kecederaan yang dialami oleh anaknya tersebut adalah berpunca daripada kecuaian Defendan-Defendan yang tidak menyelenggara persekitaran sekolah dengan baik.
12
Pembelaan Defendan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan tidak ditubuhkan atau diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang yang boleh mewujudkan entiti berkeperibadian undang-undang (legal entity).
13
Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga merupakan satu entiti yang tidak diiktiraf wujud oleh undang-undang dan tidak tertakluk kepada tuntutan Plaintif.
14
Anak Plaintif yang sebenarnya telah cuai kerana Arif telah bersama dengan pelajar-pelajar lain, telah secara salah, cuai, tidak mematuhi peraturan-peraturan tempat berajar, tidak mematuhi peraturan-peraturan tempat kediaman pelajar, tidak mematuhi jadual waktu bermalam yang ditetapkan, mencuri keluar bermain- main di luar asrama penginapan, berlari-lari di kaki lima, memanjat dan melompat tembok mengakibatkan tembok jatuh sekaligus merosakkan tembok yang dibina.
15
Anak Plaintif sendiri yang telah mendedahkan dirinya serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta menyumbang cuai kepada risiko kejadian yang didakwa.
16
Perbicaraan telah berjalan dengan 7 orang saksi di pihak Plaintif dan 5 orang saksi di pihak Defendan. Saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Dr Muhammad Amli bin Abdul Razak (Doktor Hospital Dungun) b) SP2: Dr Ong Kiat Yee (Doktor Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu) c) SP3: Dr Mohd Nasirudin bin Johari (Doktor Pakar di Kuantan Medical Centre) d) SP4: Dr Mohd Hanifah bin Jusoh ( Pakar Othopedik HUSM) e) SP5: Dr Akmal Azim bin Ahmad Alwi (Consultant Plastic & Recontructive Surgeon) f) SP6: Muhammad Arif Hafizuddin bin Mohd Shukor (Anak Plaintif) g) SP7: Wan Zainab binti Wan Mahmud (Plaintif) h) SD1: Muhammad Aqiff Ikhwan bin Ismail (Rakan Asrama) i) SD2: Tengku Ahmad Thaqif bin Tengku Rosman (Rakan Asrama) j) SD3: Wan Mohamad Amiruddin bin Saidi (Penyelia Asrama) k) SD4: Tuan Sharifah Nor Asikin binti Tuan Ngah (Kerani litigasi firma guaman) l) SD5: Che Wan Mustaffa bin Che Wan Kaman (Defendan
17
Dapatan Mahkamah Plaintif menuntut di bawah “occupier liability” di mana Plaintif menghujahkan bahawa pihak Defendan-Defendan telah gagal menyelenggara, mengawal, menyelia dan memantau persekitaran sekolah termasuklah asrama untuk berada dalam keadaan baik dan selamat. Ini telah menyebabkan anak Plaintif mengalami kecederaan akibat dihempap tembok.
18
Isu-isu berbangkit yang harus diputuskan oleh Mahkamah sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif adalah sebagaimana berikut: a) Sama ada Plaintif merupakan individu yang mempunyai kebenaran untuk berada dalam premis sekolah tersebut menurut undang-undang liabiliti penghuni (‘occupiers’ liability’)? b) Sama ada Defendan-Defendan telah cuai dalam penyelenggara dan memastikan keselamatan persekitaran sekolah menurut undang-undang liabiliti penghuni (‘occupiers’ liability’)?
19
Pihak Plaintif memikul beban pembuktian untuk membuktikan bahawa pihak Defendan-Defendan telah cuai dalam kes ini. Ini selaras dengan peruntukan dalam seksyen 101 hingga 103 Akta
101
Keterangan 1950 sebagaimana berikut:-
1
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu.
102
Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.
103
Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu, melainkan jika diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu.
20
Dalam kes Datuk Mohd Ali bin Hj Abdul Majid & Anor (both practising as Messrs Mohd Ali & Co) v Public Bank Bhd [2014] 4 MLJ 465 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him (see s 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham-Carter v Hyde Park Hotel (1948) 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages.’ They have to prove it. This statement was cited with approval by Edgar Joseph JR FCJ in Tan Sri Khoo Teck Puat v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777. [34] The claim by the plaintiff in the present case is for general and special damages arising out of breach of contract and/or negligence. Therefore, the burden rests on the plaintiff to prove the damages and it is not sufficient for the plaintiff to merely assert that he had suffered such damages without proving it (see Admiralty Comrs v SS Susquehanna [1926] AC 655 and Bolag v Hutchison [1905] AC 515). In the circumstances, we hold that the learned High Court judge was right in ordering that summary judgment be entered on liability with damages to be assessed (see Dummer v Brown and Another [1953] 1 QB 710; Tan Ah Chim & Sons Sdn Bhd lwn Lim Kean Siew dan lain-lain [2000] 6 MLJ 670).”
21
Beban pembuktian tersebut kekal ditanggung oleh Plaintif sehinggalah Plaintif melunaskannya dan tidak berpindah kepada Defendan-Defendan membuktikan sebaliknya.
22
Dalam kes Mohd Shukri bin Mat v. Wan Rahmah bt Wan Abdullah [2018] 3 MLJ 89, Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[99] As clearly enunciated by this court in the case of Sivalingam a/l Periasamy & Anor v Periasamy & Anor [1995] 3 MLJ 395; [1996] 4 CLJ 545) through Gopal Sri Ram and Mahadev Shankar JJCA: It is trite law that this court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case where, as here, the trial court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion. [100] We further observed that the learned JC also misdirected himself on the law regarding the burden of proof of a defendant in a civil case. He had in finding in favour of the plaintiff held that the defendant had completely failed to prove his defence which he found to be nothing more than a bare denial and an afterthought. Now as previously discussed, the law is trite that until and unless the plaintiff had discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities, the burden did not shift to the defendant to prove his defence and no matter if the defendant’s case was completely unbelievable, the claim against him must be dismissed (see: Johara Bi binte Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fou & Anor and UN Pandey v Hotel Marco Polo Pte Ltd [1980] 1 MLJ 4). [101] In UN Pandey v Hotel Marco Polo Sinnathury J in dismissing the plaintiff’s case held at p 4: It is not often realised that in civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side. In a criminal case the prosecution’s burden is a heavy one. In a civil case, it is on a balance of probabilities. But the proof is that the balance must be tilted by the plaintiff before the defendant makes his case. [102] We were entirely in agreement with learned counsel for the defendant that the plaintiff in the instant case had failed to discharge her evidential burden of establishing a prima facie case against the defendant on a balance of probabilities.
23
Consequently, there was simply no case for the defendant to answer or rebut.” Pihak Plaintif sebelum membuktikan elemen dalam “occupier liability” terlebih dahulu perlu memastikan bahawa pihak Plaintif membuat tuntutan pada pihak yang betul dan sepatutnya. Ini kerana pihak-pihak adalah terikat dengan pliding.
24
Dalam intitulement dan penyata tuntutan, terdapat kecelaruan mengenai pihak-pihak. Pihak Plaintif menyatakan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan merupakan entiti yang sama. Oleh sebab itu, pihak Plaintif menggunakan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan juga Sekolah Menengah Islam Darul Bayan secara berselang seli seolah-olah mengambarkan pihak yang sama.
25
Ini dapat dilihat sebagai contoh pada Defendan Kedua. Pihak Plaintif pada tajuk penyata tuntutan (“intitulement”) menyatakan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan (Turut Dikenali Sebagai "Sekolah Menengah Islam Darul Bayan"). Namun pada penyata tuntutan di para 2 dinyatakan Defendan Pertama mempunyai alamat berdaftar di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka Terengganu dan pada masa yang berkaitan merupakan pengetua di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan.
26
Pada “intitulement”, Defendan Ketiga dinyatakan sebagai Ahli-Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (Turut Dikenali Sebagai "Sekolah Menengah Islam Darul Bayan'') sedangkan pada penyata tuntutan di para 4 dinyatakan bahawa Defendan Ketiga merupakan Ahli-Ahli Lembaga Pengurusan di Maahad Tahfiz AI-Quran Darul Bayan (turut dikenali dan beroperasi sebagai "Sekolah Menengah Islam Darul Bayan").
27
Jelasnya di sini, pada pihak Plaintif, Maahad Tahfiz Al-Ouran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan merupakan satu entiti yang sama sedangkan pada hakikatnya Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan merupakan entiti yang berbeza dan ditadbir oleh pihak yang berbeza.
28
Saksi-saksi Plaintif dan juga saksi-saksi Defendan telah mengesahkan bahawa kedua-dua Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan merupakan dua sekolah yang berbeza.
29
Keterangan SP6 adalah sebagaimana berikut: Keterangan Pertama P/D : Sekali lagi saya katakan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan dan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan adalah dua sekolah yang berbeza. Setuju atau tidak? SP6 : Setuju. Keterangan Kedua P/D : Tapi Arif boleh sahkan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan adalah dua pusat pengajian yang berbeza, betul?
30
SP6 : Betul Dalam Pemeriksaan semua (“Re Examination”) apabila ditanya Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengah Islam adalah sama pada masa kemalangan. SP6 menjawab “Tidak, berbeza”.
31
Berikut keterangan Plaintif dalam Pemeriksaan Semula: P/P : Tidak mengapa, saya move kepada soalan lain. Peguam cara Defendan ada bertanya sama ada Cikgu Pa yang berada di belakang sebagai pengetua Sekolah Menengah Islam Darul Bayan. Pada waktu kejadian, adakah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan ini dengan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan adalah sama? SP6 : Tidak, berbeza.
32
Keterangan sama diberikan oleh SP7, ibu Plaintif. Berikut keterangan SP7: P/D : Dalam keterangan Puan, ada disebut Arif bersekolah di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, betul? SP7 : Ya betul. P/D : Betul jika saya katakan Arif tidak pernah belajar atau didaftarkan belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan? SP7 : Saya tak pasti. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan dengan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan dua institusi berbeza kan? Saya rasa bukan maahad. P/D : Sekolah biasa dan bukannya hafiz al-Quran, betul? SP7 : Bukan. P/D : Dia duduk di asrama semasa bersekolah di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan kan? SP7 : Ya.
33
Terdapat juga bukti dokumen yang menunjukkan Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan merupakan sekolah yang berlainan.
34
Eksibit P8 dan P9 merupakan dua buah dokumen Plaintif yang dipersetujui dalam perbicaraan. Kedua-dua P8 dan P9 jelas membuktikan Maahad Tahfiz dan sekolah Menengah Islam adalah dua tempat belajar yang berbeza.
35
Eksibit P8 dan P9 merupakan dokumen yang dipersetujui semasa perbicaraan berjalan dan jatuh atau terletak dalam kategori “A”, iaitu kewujudan dan isi kandungannya diperakui dan terbukti dan tidak boleh pertikaikan.
36
Dalam kes Tiow Weng Theong v Melawangi Sdn Bhd [2018] 6 MLJ 761 Mahkamah Rayuan memutuskan sebagaimana berikut: “Diputuskan, membenarkan rayuan dengan kos:
1
Apabila pihak berlitigasi meletakkan dokumen mereka dalam kumpulan yang ditandakan sebagai Bahagian A, berbanding dengan Bahagian B atau C, mereka dengan jelas mengakui dan menerima bahawa: (a) kesahihan dokumen yang dipersoalkan itu tidak dipertikaikan; dan (b) kebenaran kandungan dokumen itu tidak dipersoalkan. Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam menyatakan bahawa dokumen-dokumen dalam Bahagian A memerlukan bukti kebenaran isi dokumen tersebut. Oleh itu, pembelaan justifikasi telah dibuat (lihat perenggan 72 & 76).”
37
Mahkamah merujuk kepada hujahan pihak Defendan dan pihak Defendan telah menggariskan perbezaan antara Maahad Tahfiz Al Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan berdasarkan P8, P9 serta keterangan lisan yang ada sebagaimana berikut: Bil Perbezaan Maahad Tahfiz Sekolah Menengah Islam 60.1. Nombor daftar JHEAT.03- 018/14/222 (P9) JHEAT.03-018/14/192
60
60.2. Alamat sekolah Lot 3193, Tanjong Kambing Pinang Merah, 23100 Dungun, Terengganu (P9) Lot 852, Kg. Pinang Merah, 23100 Paka, Terengganu (para 2 dan 4 SOC, ID14,
60
60.
3
Nama Guru Besar Mohd Ridza bin Mohd Adnan (P9) Che Wan Mustaffa bin Che Wan Kaman
60
60.4. Gender pelajar Lelaki sahaja (P9) Campur
60
60.5. SP6 mendaftar
38
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defenfan bahawa tindakan Plaintif menamakan Pengetua Maahad Tahfiz dan Maahad Tahfiz sebagai Defendan Pertama dan Kedua adalah salah.
39
Walaupun Plaintif menamakan ahli Defendan Ketiga sebagai Ahli-Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Darul Bayan tetapi pihak Plaintif telah memplidkan sebagai “Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Maahad Tahfiz Al Quran Darul Bayan” dalam perenggan 4 Pernyataan Tuntutan Terpinda. Oleh yang demikian Mahkamah bersetuju bahawa Defendan Ketiga ini juga salah dinamakan sebagai pihak.
40
Pada masa yang sama, tiada keterangan daripada mana-mana saksi mengenai Ahli Lembaga Pengurusan ini. Siapakah mereka? Bagaimana Ahli Lembaga Pengurusan ini dilantik dan apakah tugas-tugas ahli Lembaga ini.
41
Pihak Plaintif telah memplidkan butir-butir kecuaian Defendan Ketiga dalam penyata tuntutannya. Namun begitu, tiada keterangan mengenai kecuaian pihak Defendan Ketiga. Pihak Plaintif juga tidak memplidkan kecuaian secara vikarius Defendan Ketiga. Oleh yang demikian, Defendan Ketiga adalah berdiri sendiri dan perlu dibuktikan kecuaian Defendan Ketiga secara spesifik.
42
Plaintif terikat dengan apa yang diplidkan dalam penyata tuntutan. Mahkamah Persekutuan dalam kes Giga Engineering & Construction Sdn Bhd v Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd & Anor [2015] 6 MLJ 449 telah menyatakan sebagaimana berikut:- “[42] Now, it is trite law that the plaintiff is bound by its own pleadings (see R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145; Anjalal Anmal & Anor v Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22; Gimstern Corporation (M) Sdn Bhd & Anor v Global Insurance Co Sdn Bhd [1987] 1 MLJ 302 (SC); Joo Chin Kia v Loh Seng Tek [1987] 1 CLJ 194; KEP Mohamed Ali v KEP Mohamad Ismail [1981] 2 MLJ 10 (FC)). The plaintiff is not permitted to improve its pleading in any other manner other than by way of an application to amend. Otherwise it would be unfair and prejudicial to the defendants if the plaintiff could now be allowed to raise an issue that was not within the contemplation of the parties in the first place (see Esso Petroleum Co Ltd v SouthPort Corpn [1956] AC 218; Playing Cards (M) Sdn Bhd v China Mutual Navigation Co Ltd [1980] 2 MLJ 182 (FC)).”
43
Kedua-dua Maahad Tahfiz Al Quran Darul Bayan dan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan adalah tidak didaftarkan atau diperbadankan dibawah Akta Syarikat atau Akta Pendaftaran Perniagaan atau Akta Pertubuhan atau mana-mana undang-undang yang memberikan keperibadian undang-undang (“legal entity”) kepada kedua-duanya.
44
Sekolah merupakan bangunan yang tidak sepatutnya disaman. Pihak yang sepatutnya disaman ialah orang yang dikatakan bertanggung jawab terhadap tuntutan Plaintif. Oleh sebab itu, pihak yang sepatutnya disaman adalah pengetua, guru atau sesiapa sahaja dan bukannya bangunan sekolah atau pun nama sekolah terlibat. Oleh yang demikian, tuntutan terhadap Defendan Kedua adalah silap kerana Defendan Kedua yakni sekolah tidak mempunyai entiti perundangan.
45
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa Plaintif telah menyaman pihak yang salah. Berdasarkan kepada tajuk Writ, tajuk penyata tuntutan, dan butir-butir yang diplidkan dalam penyata tuntutan, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa pihak Plaintif sebenarnya menyaman Maahad Tahfiz. Plaintif tidak menyaman Sekolah Menengah Islam. Plaintif hanya mendakwa Sekolah Menengah Islam adalah nama lain bagi Maahad Tahfiz. Dengan kata lain, Sekolah Menengah Islam dan Maahad Tahfiz Al-Quran merupakan sekolah yang sama.
46
SP6 memberi keterangan yang dia bersekolah di Sekolah Menengah Islam, mendaftar di Sekolah Menengah Islam, membayar yuran Sekolah Menengah Islam. Kemalangan berlaku di asrama Sekolah Menengah Islam dan SP6 juga berhenti dari Sekolah Menengah Islam.
47
SP6 iaitu anak Plaintif sama sekali tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang dia belajar di Maahad Tahfiz walaupun pihak Plaintif dalam perenggan pertama penyata tuntutannya menyatakan anak Plaintif merupakan pelajar Maahad Tahfiz.
48
Keterangan SP6 adalah sebagaimana berikut: P/D : Saya katakan sekarang Arif menyaman apa yang Arif katakan sebagai sekolah Arif, betul? SP6 : Betul. P/D : Setuju saya katakan bahawa Arif sebenarnya telah tersalah saman Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan kerana ia bukan sekolah Arif, betul? SP6 : Betul. P/D : Dalam surat berhenti tadi ada meyebut Sekolah Menengah Islam Darul Bayan ada nama lain? Tiada, kan? SP6 : Tiada. P/D : Arif setuju saya katakan sebenarnya Arif telah saman orang yang salah? Bukan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan tetapi Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan. Setuju atau tidak? SP6 : Setuju.
49
Peguam Plaintif cuba membaiki keterangan SP6 melalui pemeriksaan semula dan bertanya samada Maahad Tahfiz dan Sekolah Islam adalah sama. SP6 kekal dengan keterangan yang kedua-duanya berbeza. P/P : Tidak mengapa, saya move kepada soalan lain. PeguamcaraDefendan ada bertanya sama ada Cikgu Pa yang berada di belakang sebagai pengetua Sekolah Menengah Islam Darul Bayan. Pada waktu kejadian, adakah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan ini dengan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan adalah sama? SP6 : Tidak, berbeza. P/P : Jadi, Cikgu Pa ini adalah pengetua maahad tahfiz atau sekolah menengah? SP6 : Sekolah menengah.
50
Pihak Plaintif memhujahkan bahawa pihak Defendan-Defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan Plaintif melalui Lampiran 10 dengan alasan Defendan-Defendan tidak mempunyai entiti undang-undang tetapi telah ditolak oleh Hakim terdahulu dengan kos dalam kausa.
51
Oleh yang demikian, prinsip res judicata terpakai dan pihak Defendan tidak boleh mengulangi hujahan berkaitan entiti pihak Defendan-Defendan sekali lagi setelah perbicaraan selesai dijalankan.
52
Namun begitu, Mahkamah tidak bersetuju bahawa prinsip res judicata terpakai dalam kes ini. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa persoalan yang sama ini telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lin Wen-Chih & Anor v Pacific Forest Industries Sdn Bhd & Anor (2021) 4MLJ 367 melalui perenggan 186 hingga 188 keputusan kes dimana dalam menolak rayuan Perayu dan membenarkan rayuan balas Responden, Mahkamah Rayuan menegaskan: “[186] The judge declined to consider the issue of res judicata which had been raised in the striking out application and which had not been abandoned. In fact the plea of res judicata was clearly extant, alive and quite central to the defendants’ position in opposing the 2013 Suit. [187] The judge seemed to think that since the striking out application had failed previously, therefore the issue(s) is/are barred by res judicata. In our view, the correct principle is that interlocutory decisions generally do not give rise to res judicata (see the decision of Justice Azizah Nawawi in Code Brilliant Sdn Bhd (in liquidation) & Ors v Heng Ji Keng & Ors [2013] 9 MLJ 212; [2012] 1 LNS 873 (HC)). [188] We also have in mind the important decision of Justice Edgar Joseph Jr in Cheng Hang Guan & Ors v Perumahan Farlim (Penang) Sdn Bhd & Ors [1988] 3 MLJ 90; [1988] 1 CLJ Rep 435; [1988] 2 CLJ 35 where the principle of res judicata was discussed. In that case, the court held that issues raised at the interlocutory (injunction) stage are not res judicata and may be subsequently taken up at the substantive stage. At p 93 Justice Edgar stated: Firstly, it is trite law that for a judicial decision to operate as res judicata it must be final in the sense that it leaves nothing to be judicially determined or ascertained thereafter in order to render it effective and capable of execution, and is absolute, complete, and certain, and when it is not lawfully subject to subsequent rescission, review or modification by the tribunal which pronounced it. The true test of res judicata in its wider sense or issue estoppel may be stated thus: has there been a final determination of the issue? That is the crucial factor”
53
Mahkamah bersetuju dengan rumusan yang diberikan oleh pihak Defendan-Defendan iaitu: a) Pihak yang disaman oleh Plaintif ialah Maahad Tahfiz yang Plaintif dakwa dikenali dengan nama Sekolah Menengah Islam. Ini diplidkan oleh Plaintif dalam penyata tuntutannya. b) Plaintif salah menyaman Maahad Tahfiz. Plaintif bukan pelajar berdaftar dengan Maahad Tahfiz. Ini diakui oleh Plaintif dalam keterangan Cross Exam. Ini juga dibuktikan oleh Plaintif melalui keterangan dokukmen. c) Ibu Plaintif, SP7 juga mengakui fakta ini. Saksi-saksi Defendan, SD1, SD2, SD3 dan SD5 juga mengesahkan fakta ini. d) Kejadian kemalangan didakwa berlaku diasrama Sekolah Menengah Islam bukan di asrama Maahad Tahfiz. e) Plaintif dan semua saksi-saksi diatas mengakui dan membuktikan Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengah Islam adalah dua (2) institusi berbeza. f) Oleh yang demikian, Defendan-Defendan, Maahad Tahfiz dan semua yang dinamakan tidak mempunyai atau menanggung sebarang liabiliti.
54
KESIMPULAN Memandangkan pihak Plaintif telah salah menamakan dan menyaman pihak yang sepatutnya, Mahkamah tidak mempertimbangkan sama ada pihak Plaintif berjaya membuktikan elemen “ocuppier liability” dalam kes ini. Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas. Bertarikh: 15.2.2026 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam cara bagi pihak Plaintif : Encik Kam Kar Wy Tetuan Kam & Associates (Kemaman) Peguam cara bagi pihak Defendan-Defenfan :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.