Berdasarkan hujahan bertulis peguamcara Perayu dan petisyen rayuan, terdapat satu isu pokok yang dibangkitkan peguamcara Perayu iaitu sama ada sabitan terhadap perayu selamat dan sah di sisi undang-undang memandangkan terdapatnya kecacatan semasa prosiding pengakuan salah perayu di hadapan hakim 2 sesyen. Kes Shaiful Azmi bin Sabri lwn Pendakwa Raya [2020] 6 MLJ 578 dirujuk. [2] Peguamcara perayu berhujah bahawa sabitan dan hukuman terhadap perayu wajar diketepikan kerana pengakuan salah Perayu adalah bersyarat apabila perayu tidak mengakui eksibit P3 pada 21.5.2024. Di dalam kes ini Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf apabila pada 20.06.2024 telah menyambung prosiding pada 21.05.2024 tanpa mematuhi peruntukan seksyen 173(a) dan seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah. [3] Hakim Sesyen gagal mempertimbangkan pengakuan salah Perayu adalah bersyarat. [4] Manakala rayuan atas keputusan Mahkamah Majistret, peguamcara perayu menghujahkan majistret telah khilaf apabila gagal mempertimbangkan dan memutuskan terdapat elemen niat dalam kes ini kerana ia melibatkan pemakaian seksyen 34 KK. Perenggan 11 Hujahan Bertulis peguamcara Perayu – tiada fakta kes dikemukakan. Jadi tidak ada keterangan perayu melakukan kesalahan yang dipertuduhkan walaupun kes melibatkan seksyen 34 KK. Oleh itu, perlu dibuktikan mengenai common intention berdasarkan kepada fakta kes. Oleh itu, tanpa fakta kes, Majistret tidak ada fakta untuk mengaitkan perayu atas pertuduhan terhadap perayu. Atas pengakuan salah perayu, Majistret telah jatuhkan hukuman 8 bulan penjara dari tarikh 21.5.2024. Perayu telah jalani hampir 4 bulan 20 hari penjara. Manakala TPR bijaksana menyerahkan kepada Mahkamah mengenai rayuan ini. [5] Terdapat 2 set jaminan – Mahkamah Sesyen (MS) RM10,000. Dan Mahkamah Majistret (MM) sebanyak RM5,000. Peguamcara perayu mohon jaminan di MS dikekalkan. Manakala wang jaminan di MM dikembalikan.