(ii) Tertuduh juga merupakan kenalan kepada mangsa. 16) Selanjutnya, setelah mahkamah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada Tertuduh dan hujahan pemberatan daripada TPR, maka mahkamah menjatuhkan hukuman Penjara 15 bulan dari tarikh tangkap. D. ALASAN 17) Objektif sesuatu hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh di sesebuah negara adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, patuh kepada undang-undang dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Merujuk kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 telah diputuskan bahawa (dengan izin): “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offender’s means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (l) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw 18) Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas OKS. Diantaranya ialah: Kepentingan Awam 19) Faktor kepentingan awam adalah salah satu faktor utama yang diambil kira oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud mahkamah ini mengabaikan kepentingan Tertuduh. Hal ini kerana kepentingan awam merupakan konsep yang mempunyai taksiran subjektif bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ini jelas dirujuk di dalam satu kes klasik iaitu di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime a seeming to offer easy money on the supposition, that if the offence is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest indeed served and the best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, the sentence for a particular crime, but a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe? S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw 20) Merujuk kepada kes di hadapan mahkamah ini, ianya merupakan satu kes menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan menggunakan senjata sebilah pisau. Mahkamah terlebih dahulu perlu menentukan keseriusan kes tersebut sebelum memutuskan hukuman terhadap Tertuduh. Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah serius maka hukuman yang dijatuhkan juga adalah lebih berat berbanding kesalahan-kesalahan jenayah yang lain. 21) Mahkamah juga merujuk kepada trend hukuman yang diberikan oleh lain-lain mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. Merujuk kes PP v. Lee Chit Chiung [2020] 2 SMC 404, hukuman yang diberikan kepada Tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan adalah hukuman penjara 6 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM2,000 ingkar denda penjara 3 bulan. Merujuk juga kes PP v. Soh Ah Huat [2024] 1 SMC 540, hukuman yang diputuskan bagi kesalahan yang sama adalah penjara 4 bulan dari tarikh tangkap dan denda RM2,000 gagal bayar penjara 2 bulan. Begitu juga di dalam kes PP v. Ng Chee Kong & Ors [2022] 5 LNS 74, di mana mahkamah berpendapat tempoh pemenjaraan 24 bulan dari tarikh tangkap terhadap kedua-dua OKT yang dijatuhkan adalah berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan. 22) Dengan hukuman yang setimpal juga dapat memberi kesedaran yang lebih kepada Tertuduh ini agar tidak mengulanginya. Justeru secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pelanggaran undang-undang di dalam masyarakat umumnya malah kepentingan masyarakat secara umumnya dijamin dan terjaga kerana secara tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan ini. S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw 23) Selain daripada itu, kepentingan awam tidak hanya tertumpu kepada kepentingan masyarakat umum semata-mata. Kepentingan Tertuduh juga merupakan salah satu kepentingan awam kerana setiap tindakan daripada Tertuduh memberi kesan kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan kepada Tertuduh bagi kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan adalah adil dan bersesuaian bagi Tertuduh. Dengan itu, hukuman yang diberikan adalah munasabah bagi Tertuduh dalam memberikan kesedaran kepada Tertuduh untuk memperbaiki diri dan berubah sekaligus ia akan mengubah kepentingan awam di mana Tertuduh akan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi perbuatannya sekaligus kepentingan awan turut terjaga. Pengajaran/Deteren 24) Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya Tertuduh tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. 25) Merujuk semula kes PP v. Soh Ah Huat [2024] 1 SMC 540, dinyatakan bahawa: “Jika mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara bagi kesalahan menetak orang dengan sabit seperti dilakukan oleh OKT ini, mahkamah bimbang mesej yang salah akan disampaikan kepada masyarakat di luar sana yang akan menganggap kesalahan ini bukannya satu kesalahan yang serius. Mahkamah tidak mahu untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa setiap kesalahan itu boleh diselesaikan dengan hanya membayar denda sahaja dan perkara ini akan membuka ruang kepada mereka-mereka yang S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw mempunyai duit untuk mencederakan orang lain tanpa rasa gentar dan takut kerana mereka mampu untuk membayar denda.” 26) Mahkamah meneliti fakta kes di mana Tertuduh dengan secara tiba-tiba telah datang di hadapan rumah mangsa lalu menetak kepala mangsa beberapa kali. Hasil siasatan menunjukkan bahawa telah berlaku salah faham di tempat kerja. Namun Tertuduh datang menyerang mangsa tanpa memberitahu sebab apa-apa pada hari kejadian. Tindakan yang di luar kawalan tersebut telah menjadikan pengajaran kepada Tertuduh setelah Tertuduh ditangkap dan dituduh di mahkamah ini. 27) Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah patut dan bersesuaian terhadap Tertuduh. Ia memberikan pengajaran terhadap Tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, hukuman juga bertujuan untuk Tertuduh berasa insaf dan sedar atas perbuatannya sekaligus memberikan pengajaran kepada masyarakat secara amnya. Ia seharusnya dijadikan pengajaran terhadap perbuatan tersebut. 28) Oleh itu, mahkamah berpendapat hukuman penjara yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan setimpal serta memberikan pengajaran kepada Tertuduh. Begitu juga dengan masyarakat secara amnya. Latar Belakang Tertuduh 29) Tertuduh berusia 49 tahun dan bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta di Kuala Perlis. Tertuduh mempunyai pendapatan yang tidak menentu. Tertuduh merupakan seorang duda yang menanggung dua orang anak. 30) Berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh Tertuduh, jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah berusia matang dan mempunyai tahap pemikiran S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw yang waras. Tertuduh telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak ulangi lagi. Tertuduh juga dilihat telah insaf dan mengakui tidak berfikir panjang semasa melakukan kesalahan tersebut. Tertuduh pohon dikenakan hukuman penjara yang ringan dikenakan memandangkan Tertuduh seorang duda yang mempunyai dua orang anak. 31) Mahkamah ini merujuk kepada kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, di mana di dalam kes ini Augustine Paul JC menyatakan (dengan izin); “A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in the case”. 32) Berdasarkan faktor tersebut di atas, mahkamah mengenakan hukuman yang munasabah supaya Tertuduh sedar dan insaf atas perbuatannya. Ianya adalah sebagai pengajaran kepada Tertuduh. Tambahan pula, mahkamah boleh memberikan hukuman berbentuk penjara setelah mahkamah menimbangkan faktor keseriusan jenayah yang dilakukan Tertuduh di dalam kes ini. Mahkamah juga mempertimbangkan latar belakang dan rayuan Tertuduh dalam menjatuhkan hukuman. 33) Walaubagaimanapun, mahkamah turut mempertimbangkan bahawa Tertuduh telah cukup dewasa dan sewajarnya Tertuduh lebih matang dalam mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. Tertuduh sepatutnya waras dalam menangani keadaan tersebut. Namun demikian, Tertuduh gagal membuat pertimbangan sewajarnya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas tubuh badan individu lain iaitu mangsa. 34) Di samping itu juga, mahkamah turut mempertimbangkan tahap pendapatan dan kadar ekonomi Tertuduh yang perlu menanggung anak-anak pada masa kini. Oleh itu, mahkamah ini berpendapat adalah munasabah dan setimpal S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh setelah mengambil kira latar belakang Tertuduh dan faktor ekonomi yang mempengaruhi Tertuduh sendiri serta kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh. Pengakuan Salah Tertuduh. 35) Tertuduh juga telah mengaku salah di hadapan mahkamah setelah pertuduhan dibacakan pada peringkat awal sebutan kes. Ini telah menjimatkan masa mahkamah dan kos pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pertimbangan patut diberikan kepada pengakuan salah Tertuduh. 36) Sepertimana yang digariskan di dalam kes PP v. Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 seperti berikut (dengan izin); “It is a generally accepted rule that a person should be given credit or discount for pleading guilty.” 37) Merujuk juga kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134, di mana telah diputuskan bahawa (dengan izin); “The plea of guilty by both accused persons saved court time. This court's therefore, found this as a factor that would work in favour of the accused persons. Whether a person is a hardened criminal or otherwise, a plea of guilt is a mitigating factor.” 38) Pengakuan salah merupakan salah satu faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kepada Tertuduh. Setelah mengambil kira faktor tersebut, adalah munasabah dan setimpal hukuman yang telah dikenakan kepada Tertuduh. S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw Tiada Rekod Kesalahan Lampau 39) Mahkamah juga mendapati Tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kerana tidak dikemukakan sebarang rekod kesalahan lampau oleh pihak pendakwaan. Tertuduh juga di dalam rayuannya menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya. 40) Merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] MLJ 315, Mohamed Azmi J, memutuskan seperti berikut (dengan izin); “A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature of value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor. (emphasis added”. 41) Memandangkan Tertuduh merupakan Pesalah Pertama dan tiada rekod kesalahan lampau yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, dengan ini, adalah amat wajar dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw di atas kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak menafikan fakta di mana Tertuduh telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa adalah bertentangan dengan undang-undang dan sahsiah manusia. 42) Berdasarkan faktor tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diberikan kepada Tertuduh adalah munasabah dan wajar setelah mengambil kira rekod kesalahan kali pertama bagi Tertuduh. Pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman denda bagi kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan 43) Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan adalah hukuman pemenjaraan yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua hukuman. Dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh, mahkamah meneliti fakta kes yang dikemukakan, rayuan Tertuduh dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan. 44) Dalam kes PP v. Mustapha Abdullah [1996] 3 CLJ 458, Mahkamah Tinggi telah menukar hukuman denda RM2000 yang dijatuhkan oleh Majistret kepada hukuman penjara 4 bulan terhadap OKT yang dituduh di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. OKT di dalam kes ini berusia 60 tahun tetapi Mahkamah Tinggi menyatakan hukuman denda adalah tidak memadai bagi kes melibatkan kekerasan fizikal dan menggunakan senjata berbahaya. 45) Merujuk semula kes PP v. Lee Chit Chiung [2020] 2 SMC 404, di mana mahkamah telah mengambil kira bahawa semasa kejadian, mangsa adalah warga emas yang diserang tanpa apa-apa provokasi dan sedang berehat di rumahnya sendiri sebelum diserang dengan menggunakan senjata tajam S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw yang boleh meragut nyawa. Rujukan juga telah dibuat kepada kes Veerian T Lacthmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi menyata bahawa: “However, the facts of the instant appeal as contained in the record of appeal discloses that the appellant had not only entered the victim’s with a piece of wood when she woke up on seeing the appellant’s presence in her house. The victim suffered serious injuries on her hand as in the medical report as reffered above. It is important to note that had the victim not been sent to the hospital immediately, the seriousness of the injuries could have caused severe damage to the vict’m's head and as a consequence it could have led to other serous consequences which could probably even have affected her brain if she was not attended to immediately. Rampancy of this nature of the offence still continues and those who commite such offences should be prepared to accept the punishment prescribed by law (per Nik Hashim bin Nik Ab Rahman J “… since he was so brave to commit the offence, he must also be brave to suffer the penalties as prescribed by law…” 46) Berdasarkan fakta kes, kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah akibat daripada salah faham di tempat kerja iaitu tempat letak kereta Kuala Perlis. Akibat daripada itu Tertuduh telah tiba-tiba datang di hadapan rumah mangsa di waktu tengah malam lalu menetak kepala mangsa. Tindakan di luar kawalan Tertuduh tersebut tidak munasabah bagi orang yang boleh berfikiran waras seperti Tertuduh. 47) Mahkamah juga merujuk kepada Laporan Awal Pemeriksaan Perubatan, P6. Hasil pemeriksaan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan (dengan izin) ‘multiple laceration wound over parietal area left and right temporal’ di mana mengakibatkan mangsa telah mendapat rawatan dan S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw jahitan di kepala. Mahkamah juga turut merujuk gambar mangsa di P9 A-F dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh. 48) Mahkamah juga meneliti faktor pemberatan pihak pendakwaan dan rayuan mitigasi Tertuduh. Di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ Rep 209, telah ditekankan bahawa: “A sentence must give sufficient discount for all ectenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentence not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence.” 49) Di dalam kes yang sama, telah diberikan penekanan bahawa (dengan izin): “The court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any.” 50) Berdasarkan faktor-faktor tersebut, mahkamah lebih cenderung untuk memberikan hukuman berbentuk pemenjaraan kerana keseriusan jenayah yang dilakukan Tertuduh. mencederakan orang lain secara fizikal adalah satu jenayah yang serius apatah lagi dalam kes ini senjata yang digunakan bukan senjata tumpul seperti kayu tetapi senjata tajam iaitu pisau pemotong daging. 51) Mahkamah juga percaya keadilan perlu diberikan kepada mangsa kerana mangsa dalam kes ini telah mengalami kesakitan yang teruk apabila kepalanya ditetak oleh Tertuduh dengan pisau pemotong daging. S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw 52) Hukuman yang diputuskan oleh mahkamah adalah suatu hukuman munasabah, setimpal dan adil sebagai suatu bentuk pengajaran kepada Tertuduh secara khusus dan juga sebagai satu bentuk amaran kepada masyarakat di luar sana supaya tidak melakukan kesalahan jenayah seperti ini di masa hadapan. 53) Mahkamah juga mengambil (dengan izin) ‘judicial notice’ bahawa kesalahan jenayah yang melibatkan kecederaan fizikal seperti ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Mahkamah percaya hukuman pemenjaraan yang diberikan adalah setimpal sekaligus menunjukkan bahawa mahkamah mengambil serius berkenaan keadaan semasa pada masa kini. Ia juga turut memberikan pengajaran dan peringatan kepada Tertuduh supaya tidak mengulangi dan mengambil iktibar daripada kejadian yang telah berlaku. DISEDIAKAN PADA 3 MAC 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS S/N leJP7iFodUWfgoniOVfLAw