Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-126-04/2025 ANTARA WEALTH GROUP HOLDING LIMITED (No. Syarikat C-029069) − PLAINTIF
BA-22NCvC-126-04/2025
High Court of Malaysia29 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Shah Alam serta saksi dan pegawai Defendan yang terlibat berada di Melaka, adalah alasan yang tidak kukuh untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Melaka. [11] Peruntukan seksyen 23(1) Courts of Judicature Act 1964 dan Aturan 57 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah punca kuasa mengenai budibicara Mahkamah un”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-126-04/2025 ANTARA WEALTH GROUP HOLDING LIMITED (No. Syarikat C-029069) − PLAINTIF
1
Kandungan 836 ialah Notis Permohonan oleh Defendan untuk memperoleh perintah-perintah seperti berikut: a) prosiding kes ini digantung sementara menunggu pemindahan kes ini ke Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka. b) Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka. c) Kes ini didaftarkan di dalam pendaftaran Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka. d) Kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif. 03/12/2025 14:54:51 BA-22NCvC-126-04/2025 Kand. 60 Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Pengurus Kanan Defendan, warganegara China (Taiwan) menyatakan alasan, secara ringkas, seperti berikut: a) tindakan ini tidak berada dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah ini dan/atau Mahkamah ini bukan forum yang sesuai untuk membicarakan kes ini. b) kausa tindakan dan fakta-fakta kes (jika ada) telah timbul di Melaka dan bukan di Shah Alam. c) Defendan serta saksi-saksi Defendan berada di Melaka. d) tindakan ini dapat dibicarakan dengan lebih adil dan selesa di Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka.
2
Plaintif membantah permohonan Defendan.
3
Pada 29-9-2025, Mahkamah ini menolak Notis Permohonan ini dan kos dalam kausa. Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
4
Plaintif ialah sebuah syarikat pemasaran hartanah yang diperbadankan di Hong Kong dan beroperasi sebagai sebuah global property agent. Defendan ialah pemaju yang memajukan tanah di Daerah Melaka Tengah bagi sebuah projek yang dikenali sebagai The Rise Residence & Resort Melaka. Plaintif menyatakan bahawa alamat berdaftar Defendan ialah di Damansara Utama, Petaling Jaya.
5
Melalui Perjanjian Agensi bertarikh 8-4-2019, Defendan melantik Plaintif sebagai ejen hartanah untuk menjual unit-unit kondominium bagi projek tersebut. Seterusnya, melalui Perjanjian Jual Beli Secara Pukal (Bulk Sales and Purchase Agreement) bertarikh 2-7-2019, Defendan melantik Plaintif sebagai ejen hartanah yang menyatakan bahawa Plaintif bersetuju untuk membeli dan menjual semula unit tertentu bagi projek tersebut mengikut terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
6
Plaintif telah membayar deposit sebanyak RM150,000.00 kepada akaun Defendan sebagaimana dalam klausa 3.1 Bulk Sales and Purchase Agreement. Akaun Defendan ialah di United Overseas Bank (UOB) cawangan Dataran Sunway, Petaling Jaya.
7
Klausa 4 Bulk Sales and Purchase Agreement memperuntukkan hak Plaintif untuk menerima komisen atas dasar seunit yang dikira berasaskan kepada peritus harga jualan sebenar yang dibayar oleh pembeli. Kaedah dan peringkat pembayaran komisen dinyatakan dalam
Schedule
Jadual 3 Bulk Sales and Purchase Agreement. [8] Plaintif memplidkan bahawa Plaintif berjaya menjual beberapa unit bagi projek tersebut maka Plaintif menuntut komisen tersebut daripada Defendan. Pada akhir tahun 2019, Defendan telah membayar kepada Plaintif komisen sebanyak RM45,012.57 dan RM42,267.15 melalui akaun bank di Selangor (UOB Petaling Jaya, Selangor; dan UOB USJ Taipan, Selangor). Komisen tertunggak yang dituntut oleh Plaintif ialah sebanyak RM2,769,426.97 dan/atau secara alternatifnya Defendan memulangkan semula deposit sebanyak RM150,000.00. [9] Plaintif membantah permohonan pemindahan kes ini dari Mahkamah Tinggi Shah Alam ke Mahkamah Tinggi Melaka. Alasan Mahkamah menolak pemindahan kes [10] Mahkamah ini mendapati alasan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Melaka kerana projek perumahan tersebut adalah di Klebang, Melaka; Defendan mempunyai alamat perniagaannya di Bandar KLV Melaka; perkhidmatan/pelantikan Plaintif ialah untuk menjual unit-unit di projek tersebut; dan fakta kes berlaku di luar negara dan Melaka tetapi tidak berlaku di Shah Alam serta saksi dan pegawai Defendan yang terlibat berada di Melaka, adalah alasan yang tidak kukuh untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Melaka. [11] Peruntukan seksyen 23(1) Courts of Judicature Act 1964 dan Aturan 57 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah punca kuasa mengenai budibicara Mahkamah untuk memindahkan prosiding kes dari 1 Mahkamah ke Mahkamah lain. Budibicara Mahkamah perlu dilaksanakan apabila ada keperluan keadilan dan keselesaan. [12] Dalam kes ini, kausa tindakan ialah mengenai tunggakan komisen yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan. Transaksi perbankan berlaku di bank-bank di Selangor. Mahkamah ini hanya perlu meneliti isu perlanggaran obligasi menurut Perjanjian yang menyatakan bahawa Defendan memungkiri untuk membayar baki komisen kepada Plaintif. Mahkamah ini tidaklah perlu untuk menyiasat mengenai projek perumhan tersebut di Melaka. [13] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah − “… all banking arrangements, the Plaintiff’s designated account, and the very diversions that form the crux of this dispute are anchored in Selangor. It follows that the High Court at Shah Alam, being proximate to the cause of action, is the natural and proper forum for adjudication. The Defendant clings to the fact that the project is in Klebang, Melaka. That is a red herring. The Plaintiff’s claim is not about construction defects or land disputes — it is about unpaid commissions. All purchasers introduced by the Plaintiff are foreign nationals from Hong Kong and China. The Defendant admits that nearly all Sale and Purchase Agreements were signed overseas. Kuala Lumpur and Selangor are the international hubs through which such purchasers enter Malaysia. Requiring them to attend proceedings in Melaka would be illogical, costly, and inconvenient. This reinforces Shah Alam as the natural and convenient forum.”. [14] Peguam cara terpelajar Defendan pula berhujah − “Forum conveniens On the issue of location of the witnesses, we humbly submit that − a) the Plaintiff is blowing hot and cold in this respect, firstly by listing the witnesses located in Selangor in para 27 as witnesses who “matter”, yet in para 28 goes on to say that the location of witnesses are irrelevant; b) we reiterate that the Plaintiff has failed to adduce any documentary evidence pertaining to the relevant payment transactions alleged and submit that WGMSB did not receive any payment from the Defendant and OWPSB is not a party to this suit, and therefore the witnesses listed by the Plaintiff are not relevant; and c) while witness location is not a statutory factor, it lends credibility to the Defendant’s position that the factor of the Defendant’s place of business is the appropriate factor to be taken into consideration. The Melaka High Court has the closest nexus to the dispute in this matter. We humbly submit that requiring the Defendant’s officers to attend trial at the Shah Alam High Court as witnesses would result in additional costs, logistical difficulties and operational disruption, given that the Defendant’s principal place of business is in Melaka. We emphasise that this suit was initiated by the Plaintiff. Hence, the relative inconvenience should not fall on the Defendant. The Plaintiff ought to bring proceedings in the forum most connected to the Defendant, failing which the Defendant is entitled to seek for an order to transfer to the appropriate forum which is Melaka High Court.” [15] Setakat ini, Mahkamah Tinggi ini telah menetapkan tarikh perbicaraan dan pemfailan dokumen pra bicara. Tarikh perbicaraan selama 4 hari iaitu pada 29 dan 30 Jun 2027 dan 1 dan 2 Julai 2027. Plaintif mempunyai 2 hingga 3 orang saksi dan Defendan mempunyai 4 orang saksi. [16] Mahkamah ini berpendapat dari arah mana atau Negeri mana pun saksi-saksi yang akan memberikan keterangan masing-masing dalam perbicaraan kelak, isu logistic dan sebagainya bukanlah isu yang material. [17] Mahkamah ini berpendapat peruntukan Aturan 57 k. 1(4) (a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan apa-apa prosiding dipindahkan ke Mahkamah Tinggi lain yang mempunyai “co-ordinate jurisdiction”. Mahkamah Tinggi ini dan Mahkamah Tinggi Melaka adalah “of co-ordinate jurisdiction” dan peruntukan ini selanjutnya menghendaki Mahkamah mempertimbangkan perenggan (A), (B), (C), (D) atau (E) kepada Aturan 57 k. 1(4). Dalam kes ini Mahkamah teleh mempertimbangkan kesemua alasan tanpa menganggap bahawa sesuatu alasan itu mempunyai kepentingan melebihi alasan lain. Mahkamah ini mengambil panduan daripada kes Pose Ti Sdn Bhd V. Kerajaan Negeri Terengganu & Anor [2015] 1 LNS 1416, di mana Mahkamah memutuskan bahawa “It is also evident from a proper reading of Order 57 rule 1 (4), not any one factor will prevail over the other. The Court is to weigh any or all the factors relied on in making a decision on whether the application ought to be acceded to.”. [18] Selepas mempertimbangkan kesemua alasan, Mahkamah mendapati berdasarkan kepada perenggan (A), (C), dan (E) kepada Aturan 57 k. 1(4), prosiding bagi kes ini kekal di Mahkamah Tinggi Shah Alam. [19] Dengan keputusan penolakan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi Melaka maka permohonan Stay yang dipohon oleh Defendan adalah juga ditolak. [20] Atas permohonan Defendan, atas sebab-sebab tersebut, memandangkan faktor-faktor yang dinyatakan dalam Aturan 57 k.1(4) (juga dibaca dengan seksyen 23(1) Courts of Judicature Act 1964) adalah tidak mampan dan gagal dibuktikan. Dengan keputusan penolakan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi Melaka maka permohonan Stay yang dipohon oleh Defendan adalah juga ditolak. Penutup [21] Berdasarkan alasan bahawa fakta material khususnya mengenai pengaturan pembayaran melalui bank bagi komisen adalah berlaku di Selangor maka wajarlah kes ini diteruskan perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Bertarikh: 3 Disember 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam Cara: Bagi Plaintif: En. Ng Yew Huoi Tetuan Yew Huoi, How & Associates, Kuala Lumpur Bagi Defendan: En. Kee Tong Kiak bersama-sama dengannya En. Jason Tze-Xi Nathan Tetuan Chee Siah Le Kee & Partners, Melaka
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.