Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO.: PB-A52NCvC-44-09/2025 ANTARA WELCOME POTENTIAL SDN. BHD. [Company No.: 201101012767(940907-V)] ... PLAINTIF
PB-B52NCvC-44-09/2025
Sessions Court of Malaysia19 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO.: PB-A52NCvC-44-09/2025 ANTARA WELCOME POTENTIAL SDN. BHD. [Company No.: 201101012767(940907-V)] ... PLAINTIF
2
PENGHUNI-PENGHUNI DI TS2990
3
PULAU PINANG RAJASEGARAN A/L THANEYMALLEY ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN 1) Ini ialah rayuan Defendan-defendan terhadap keputusan Mahkamah yang membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 10
Preamble
menurut Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM3000.00. 01/08/2026 00:30:54 PB-B52NCvC-44-09/2025 Kand. 24 B. PERMOHONAN PLAINTIF 2) Plaintif memfailkan Lampiran 10 pada 27.11.2025 menurut Aturan 14 dan/ atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ke atas Defendan-defendan secara bersesama dan berasingan seperti berikut: “1. Plaintif diberikan kebebasan untuk mendapatkan penghakiman muktamad di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ke atas Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan seperti berikut:-
1
1.1 Defendan-Defendan dengan serta-merta dari tarikh Penghakiman ini menyerahkan milikan kosong hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik GM312, No. Lot 1696, Mukim 11, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang (selepas ini dikenali sebagai “Hartanah tersebut”) kepada Plaintif;
1
1.2 Defendan-Defendan hendaklah dan dikehendaki membayar pampasan sewa kepada Plaintif secara bersesama dan berasingan dari tarikh pindah milik pada 23.4.2024 sehingga tarikh serahan milikan kosong Hartanah tersebut oleh Defendan-Defendan kepada
1
1.3 Ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah kelak;
1
1.4 Ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah kelak;
1
1.5 Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh pindah milik iaitu 23.4.2024 sehingga tarikh penyelesaian penuh oleh Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan;
1
1.6 Kos tindakan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan; dan
1
1.7 Sebarang relif yang dianggap suai dan manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.” 3) Alasan-alasan permohonan seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan Lampiran 11 dan secara ringkasnya ialah bahawa Defendan-Defendan telah mengakui pendudukan di atas Hartanah tersebut milikan Plaintif namun enggan menyerahkan milikan kosong kepada Plaintif dan Defendan-Defendan tiada pembelaan dalam tindakan ini. 4) Dokumen-dokumen yang berkaitan ialah: Afidavit Sokongan Plaintif - Lampiran 11 Afidavit Jawapan Defendan Pertama - Lampiran 12 Afidavit Balasan Plaintif - Lampiran 13 Hujah Plaintif - Lampiran 15 Hujah Defendan - Lampiran 16 Tiada hujah balas difailkan oleh kedua-dua pihak. C. RINGKASAN KES PLAINTIF 5) Plaintif telah menjadi pemilik berdaftar bagi hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik GM312, No. Lot 1696, Mukim 11, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang (selepas ini dikenali sebagai “Hartanah tersebut” sejak 23.4.2024. Dokumen hak milik dikemukakan sebagai eksibit “LSY-1”. 6) Defendan-defendan ialah penghuni-penghuni di atas tanah tersebut. 7) Plaintif telah menerusi peguamcara Plaintif mengeluarkan notis tuntutan bertarikh 7.7.2025 meminta Defendan-Defendan untuk menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dan Defendan-Defendan langsung tidak mempertikai dan membalas kepada Notis Tuntutan tersebut. Malah, Defendan-Defendan masih menduduki Hartanah tersebut sehingga kini. Salinan Notis Tuntutan bertarikh 7.7.2025 adalah dilampirkan sebagai Ekshibit “LSY-2”. 8) Pada 4.9.2025 Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan antara lain untuk serahan milikan kosong Hartanah tersebut. 9) Defendan-Defendan kemudian melalui Pernyataan Pembelaan bertarikh 28.10.2025 telah mengakui lama menduduki Hartanah tersebut sejak tahun 1984. 10) Oleh yang demikian, Plaintif sesungguhnya percaya Defendan-defendan tidak mempunyai pembelaan dalam tindakan ini. D. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 11) Peruntukan Aturan 14 Kaedah (1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dirujuk. 12) Rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300, bahawa: “For the purpose of an application under Order 14 the preliminary requirements are: a) the defendant must have entered an appearance; b) the Statement of Claim must have been served on the defendant; and c) the affidavit in support of the application must comply with the requirement of Rule 2 of the Order 14. …… If the Plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment. This burden then shifts to the defendant to satisfy the court why judgment should not be given against him.” 13) Mahkamah mendapati Plaintif telah Berjaya memenuhi “preliminary requirements” di dalam permohonan untuk Penghakiman Terus, oleh itu beban telah beralih kepada Defendan untuk menunjukkan bahawa terdapat “triable issue” atau keperluan untuk perbicaraan penuh dijalankan. 14) Defendan perlu menunjukkan terdapat isu-isu dibicarakan atau terdapat sebab-sebab bahawa perlu diadakan satu bicara penuh, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 seperti berikut: - “A defendant ought not to be shut out from defending unless it is very clear that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue or question or that for some reason there ought to be a trial.” E. DAPATAN MAHKAMAH 15) Setelah meneliti Pliding, Afidavit-Afidavit dan Hujah kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati tiada “triable issue” atau isu-isu yang perlu dibicarakan untuk tuntutan Plaintif. 16) Defendan-defendan mendakwa sekitar tahun 1984 pemilik hartanah telah menjual plot bahagian tanah kepada Defendan-defendan, dan Defendan-defendan telah mendirikan premis di atas plot tersebut. Namun demikian, tiada sebarang bukti dokumentasi dikemukakan. 17) Defendan-defendan mendakwa mereka mempunyai kepentingan benefisiari dalam hartanah dan mereka berhak untuk memiliki bahagian yang telah dibeli tersebut. Juga tiada sebarang bukti dikemukakan. 18) Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pembelaan Defendan-defendan ialah dakwaan kosong semata-mata tanpa sebarang bukti evidential. 19) Berkenaan dengan Defendan Ketiga pula, tiada Afidavit Jawapan difailkan walaupun lanjutan masa telah diberikan. 20) Defendan Ketiga telah memfailkan permohonan untuk mencelah pada 3.4.2026, memohon antara lain, untuk mencelah dalam prosiding ini dan memfailkan Afidavit kepada Lampiran 10. Plaintif tiada bantahan dan permohonan tersebut dibenarkan pada 27.4.2026. 21) Mahkamah telah mengarahkan Defendan Ketiga, Rajasegaran A/L Thaneymalley untuk memfailkan Afidavit Jawapan kepada Lampiran 10 dalam masa 2 minggu. 22) Pencelah gagal memfailkan Afidavit Jawapan dalam masa 2 minggu dan lanjutan masa seminggu telah diberikan sehingga ke 19.5.2026. 23) Pada 19.5.2026, semakan Mahkamah setakat pukul 10.25 pagi, Defendan Ketiga masih tidak memfailkan Afidavit Jawapan kepada
Lampiran
Lampiran 10. 24) Memandangkan hujahan-hujahan bagi Lampiran 10 telah sempurna difailkan oleh Plaintif dan Defendan Pertama dan Kedua pada Februari 2026, dan Defendan Ketiga tidak memfailkan Afidavit Jawapan dalam masa yang diarahkan sebanyak dua kali, Plaintif memohon agar keputusan bagi Lampiran 10 diberikan. 25) Seperti yang dihujahkan oleh Peguam Plaintif, hak Plaintif sebagai pemilik tanah adalah dilindungi oleh Seksyen 44 (1) Kanun Tanah Negara. 26) Perlindungan hak menurut Seksyen 44 (1) Kanun Tanah Negara ini telah disahkan di dalam kes Terra Damansara Sdn Bhd v. Nandex Development Sdn Bhd [2006] 8 CLJ 657 oleh YA Abdul Malik Ishak J (pada ketika itu). 27) Keputusan Abdul Malik Ishak J (pada ketika itu) telah dirujuk di dalam keputusan kes Paulus & Ors v. Lestari Ltc. Sdn Bhd & Anor [2025] 3 CLJ 425 di muka surat 439 seperti berikut: “[66] On the essential elements of the tort of trespass, I would draw upon the succinct decision of Malik Ishak J (as His Lordship then was) in Terra Damansara Sdn Bhd v. Nandex Development Sdn Bhd [2006] 8 CLJ 657: The tort of trespass to land or what is known as trespass quare clausum fregit consist of three significant factors. Firstly, it is the act of entering upon land in the possession of another – here it would be the plaintiff as against the defendant who is the trespasser. Secondly, having entered upon such land the trespasser continues to remain on the land. Thirdly, the trespasser placing or projecting any object upon such land. It must be emphasised that in each case, the entry is without lawful justification (Barker v. The Queen [1983] 153 CLR 338, 356).” 28) Berdasarkan peruntukan undang-undang dan nas-nas kes di atas, adalah jelas bahawa sebagai pemilik berdaftar hartanah tersebut, Plaintif mempunyai hak untuk menggunakan dan menikmati hartanah tersebut secara eksklusif. 29) Plaintif telah melalui Peguamcara Plaintif mengeluarkan notis tuntutan bertarikh 7.7.2025 meminta Defendan-Defendan untuk menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif dan Defendan-Defendan tidak mempertikai dan/ atau membalas kepada Notis Tuntutan tersebut. 30) Selanjutnya Plaintif juga telah memfailkan tindakan ini. Tindakan-tindakan yang diambil oleh Plaintif jelas menunjukkan bahawa Plaintif sebagai pemilik tanah tidak memberikan kebenaran kepada Defendan-defendan untuk berada di atas hartanah tersebut. 31) Lampiran 10 telah diserahkan kepada Defendan-defendan pada 2.12.2025. 32) Defendan-defendan mendakwa gambar yang dikemukakan di dalam Afidavit Sokongan Plaintif bukan premis Defendan-defendan. 33) Pada 8.1.2026, Peguam Defendan telah memohon lanjutan masa untuk mengumpul bukti-bukti. Mahkamah telah membenarkan lanjutan masa sehingga 15.1.2026 untuk Defendan-defendan memfailkan Afidavit Jawapan. 34) Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati tiada sebarang eksibit dikepilkan kepada Afidavit Jawapan Defendan-defendan. 35) Nas-nas kes memutuskan bahawa pendudukan lama Defendan-defendan di atas hartanah tersebut tidak memberikan sebarang hak kepada mereka untuk terus menduduki hartanah tersebut tanpa kebenaran Pemillik berdaftar hartanah dan tanpa membayar sebarang sewa. Rujukan dibuat kepada salah satu kes iaitu Yap Lai Yoke v Chin Fook Wah & Another Case [1984] 1 CLJ Rep 452. 36) Dakwaan Defendan-defendan bahawa tindakan Plaintif bertentangan dengan prinsip ekuiti telah terbukti tidak terpakai menurut keputusan Mahkamah Atasan Malaysia. 37) Nas-nas kes telah memutuskan bahawa undang-undang yang mengawal undang-undang tanah di Malaysia ialah Kanun Tanah Negara dan undang-undang ekuiti tidak boleh mengatasi peruntukan jelas dalam Kanun Tanah Negara. Salah satu kes ialah Punca Klasik Sdn Bhd v All Persons In Occupation of the Wooden Houses Erected on a Portion of Land Held under Grant No. 26977 for Lot 4271 in the Township of Johor Bahrum Johor and Another Case [1995] 4 BLJ 337. F. KESIMPULAN 38) Oleh yang demikian, setelah meneliti permohonan Plaintif, Afidfavit-afidavit dan hujah-hujah yang difailkan, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 10 dengan kos sebanyak RM3000.00, kecuali untuk prayer 1.3 dan 1.4. Bertarikh pada 20 Julai 2026 (OOI SHEOW YEAN) Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang. Peguam Plaintif: Tetuan Lim, Lim & Associates Telah digantikan pada 16.6.20226 oleh: Tetuan Khor Ong & Co. Suite 17-H, Level 17, Menara Northam, No. 55, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 Penang. Peguam Defendan-defendan: Tetuan Amareson & Meera Tingkat 1, No. 14, Lebuh Penang, 10200 Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.