Content
JB-25-3-03/2024 Kand. 25 15/07/2026 15:11:41 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JB-25-3-03/2024 ANTARA WENCESLIUS BIN ROBIN (RF 187617(K), NO. K/P:920408-12-6339) ...PEMOHON
/akn/my/judgment/high-court/2026/ba29c89e-01bc-4a66-bcef-dd00b8853154
High Court of Malaysia30 Apr 2026JB-25-3-03/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tation. The authorities are now well settled that the punishment of dismissal deprives a person of his livelihood and therefore of his "life" within the meaning of that expression in art. 5(1) of the Federal Constitution. See, R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147;; [1997] 1 MLJ 14”
“ething badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though un”
“bahawa penjawat awam tidak boleh dibuang kerja tanpa peluang untuk didengar secara adil. [15] Dalam kes Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Hospital Besar Pulau Pinang & Anor v Utra Badi K Perumal [2000] MLJU 837, Mahkamah Rayuan telah menegaskan kepentingan procedural fairness, khususnya apabila hukuman berat dikenak”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JB-25-3-03/2024 Kand. 25 15/07/2026 15:11:41 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JB-25-3-03/2024 ANTARA WENCESLIUS BIN ROBIN (RF 187617(K), NO. K/P:920408-12-6339) ...PEMOHON
2
KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG FAKTA KES [1] Pemohon ialah seorang penjawat awam yang berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa material memegang jawatan Lans Koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. [2] Pada 14 November 2021, beberapa perbuatan dikatakan berlaku semasa Pemohon bertugas sebagai Pengawal Lokap, antaranya: a) berurusan dengan orang kena tahan (OKT); b) membawa masuk makanan ke lokap; c) meninggalkan tempat bertugas; dan d) perbuatan lain yang didakwa melanggar Perintah Tetap Polis dan Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [3] Susulan itu, Pemohon telah: a) menerima Surat Tunjuk Sebab bertarikh 15 Oktober 2023 di bawah Peraturan 37; b) mengemukakan representasi bertulis pada 13 Disember 2023; dan c) pada 27 Disember 2023, Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor telah mendapati Pemohon bersalah ke atas lima (5) pertuduhan dan menjatuhkan pelbagai hukuman, termasuk hukuman buang kerja bagi Pertuduhan Kedua. [4] Pemohon kemudiannya memfailkan permohonan ini untuk, antara lainnya mendapatkan: a) Suatu perintah Certiorari dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberi oleh Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bagi pihak Responden Kedua terhadap keseluruhan keputusan terutamanya keputusan buang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia berkuatkuasa mulai 27 Disember 2023 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Kedua, Kerajaan Malaysia; b) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Mandamus dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini agar Pemohon dikembalikan semula ke jawatan Lans Koperal tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan lain-lain manfaat; c) Suatu perintah Certiorari dilangsungkan kepada Responden Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberi oleh Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bagi pihak Responden Kedua terhadap keseluruhan keputusan terutamanya keputusan buang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia berkuatkuasa mulai 27 Disember 2023 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Kedua, Kerajaan Malaysia; d) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Mandamus dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini agar Pemohon dikembalikan semula ke jawatan Lans Koperal tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan lain-lain manfaat; e) Perintah-perintah sampingan dan berbangkit dari perintah Certiorari / Deklarasi / Mandamus tersebut seperti berikut:-
e
(e)(i) Suatu siasatan oleh Pendaftar untuk menentukan tunggakan gaji termasuk tunggakan kenaikan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedahfaedah lain yang Pemohon sepatutnya menerima dari tarikh buang kerja (27/12/2023) dan/atau dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh;
e
(e)(ii) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang yang tertunggak dari tarikh Pemohon dibuang kerja (27/12/2023) dan/atau dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh; f) Sebarang relif lanjut dan/atau lain-lain relif sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia Ini; dan g) Bahawa kos-kos yang disebabkan oleh usul ini hendaklah menjadi kos dalam kausa. ISU-ISU UNTUK PENENTUAN [5] Mahkamah mendapati isu-isu utama adalah seperti berikut: a) Sama ada pertuduhan-pertuduhan tatatertib adalah cacat, bersifat bertindih (duplicity) dan tidak sah di sisi undang-undang b) Sama ada prosedur di bawah Peraturan 1993 dipatuhi sepenuhnya c) Sama ada Pemohon telah diberikan hak pendengaran yang adil menurut Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan d) Sama ada keputusan dan hukuman buang kerja adalah tidak munasabah (Wednesbury unreasonable) dan tidak berkadar (disproportionate) e) Tahap campur tangan Mahkamah dalam semakan kehakimankes tatatertib. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN SEMAKAN KEHAKIMAN [6] Prinsip asas undang-undang semakan kehakiman adalah mantap. Mahkamah ini tidak berfungsi sebagai Mahkamah yang mendengar rayuan. Akan tetapi, Mahkamah pada peringkat ini hanya menilai proses pembuatan keputusan dan bukan berdasarkan kepada merit semata-mata. [7] Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam kes R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 telah memutuskan bahawa dalam keadaan yang sesuai, Mahkamah boleh menyentuh intipati dan merit, terutamanya apabila terdapat illegality, irrationality atau procedural impropriety. Perkara ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- But Lord Diplock's other grounds for impugning a decision susceptible to Judicial Review make it abundantly clear that such a decision is also open to challenge on grounds of 'illegality' and 'irrationality' and, in practice, this permits the courts to scrutinize such decisions not only for process, but also for substance. In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp 410-411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality, (ii) irrationality, and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By 'illegality' as a ground for Judicial Review I mean that the decision maker must understand directly the law that regulates his decision making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of a dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exerciseable. By 'irrationality' I mean what can by now be succinctly referred to as 'Wednesbury unreasonableness' (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by the decision maker. 'Irrationality' by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as 'procedural impropriety' rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to Judicial Review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned 'proportionality' as a possible fourth ground of review which called for development. [8] Prinsip ini kemudiannya diperhalusi dalam kes-kes seperti Petroliam Nasional Bhd v Nik Ramli Nik Hassan [2004] 2 MLJ 288 dan Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1 di mana Mahkamah, antara lainnya, menegaskan bahawa pendekatan Rama Chandran (supra) hanya terpakai dalam kes-kes yang benar-benar sesuai. ANALISIS MAHKAMAH Isu 1: Kecacatan Pertuduhan (Duplicity & Overlapping Charges) [9] Mahkamah ini mendapati Pertuduhan Pertama, Kedua dan Ketiga: a) berpunca daripada satu episod fakta yang sama; b) berlaku dalam jangka masa yang sangat hampir; dan c) memecahkan satu rangkaian perbuatan kepada beberapa pertuduhan berasingan. [10] Pendekatan ini bercanggah dengan Arahan Ketua Polis Negara Bil. (PR) 42/2004, serta prinsip bahawa seorang penjawat awam tidak boleh dihukum berulang kali atas kesalahan yang berasaskan fakta yang sama. [11] Mahkamah ini berpendapat, walaupun prinsip di bawah Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan mencerminkan dasar undangundang bahawa seseorang tidak seharusnya dihukum dua kali ataskesalahan yang sama, peruntukan tersebut secara ketatnya terpakaikepada prosiding jenayah. Bagi prosiding tatatertib, prinsip yangsama diterapkan melalui undang-undang dan prinsip tatatertibperkhidmatan awam, yang tidak membenarkan seseorang pegawaidikenakan hukuman berulang kali berdasarkan pertuduhan atau faktayang sama. [12] Mahkamah bersetuju bahawa pertuduhan tersebut cacat dari segi undang-undang, dan kecacatan ini menjejaskan keseluruhan prosiding, khususnya apabila hukuman paling berat dikenakan. Isu 2: Pelanggaran Hak Pendengaran Adil [13] Pemohon berhujah bahawa Lembaga Tatatertib telah :a) mengambil kira laporan dan dokumen dalaman tanpa didedahkan; b) tidak memberi peluang untuk Pemohon menjawab ata menyangkal bahan prejudisial; c) tidak membekalkan alasan keputusan. [14] Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa penjawat awam tidak boleh dibuang kerja tanpa peluang untuk didengar secara adil. [15] Dalam kes Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Hospital Besar Pulau Pinang & Anor v Utra Badi K Perumal [2000] MLJU 837, Mahkamah Rayuan telah menegaskan kepentingan procedural fairness, khususnya apabila hukuman berat dikenakan. Perkara ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- ...The issue in this appeal concerns the right to procedural fairness. It is a constitutional right. It forms one of the cornerstones of our public law jurisprudence... ... Now, it cannot be gainsaid that any sort of punishment imposed upon a public servant has serious consequences. It carries with it a stigma. It tarnishes reputation. The authorities are now well settled that the punishment of dismissal deprives a person of his livelihood and therefore of his "life" within the meaning of that expression in art. 5(1) of the Federal Constitution. See, R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147;; [1997] 1 MLJ 144; Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor (supra); Hong Leong Equipment Sdn Bhd v. Liew Fook Chuan [1997] 1 CLJ 665;; [1996] 1 MLJ. Similarly, when a person is derived of his reputation, it would in my judgment, amount to a deprivation of "life" within art. 5(1) of the Federal Constitution. The right to reputation is part and parcel of human dignity. And it is the fundamental right of every person within the shores of Malaysia to live with common human dignity... Procedural fairness demands not only the right in a public servant to make representations on the truth of the charges framed against him. It includes the right, after a finding of guilt is made against him, to make representations on the question of punishment. That this must be the case may be seen by examining the disciplinary process itself. [16] Mahkamah mendapati kegagalan memberi akses kepada bahan penting dan kegagalan memberikan alasan keputusan merupakan pelanggaran serius keadilan asasi. Isu 3: Ketidakmunasabahan & Ketidakberkadar Hukuman [17] Hukuman buang kerja dikenalan terhadap Pemohon walaupun: a) tempoh perkhidmatan hampir 10 tahun; b) rekod prestasi cemerlang (SKT 90% ke atas); c) tiada kesalahan tatatertib lampau; d) rakan setugas dan pegawai atasan yang berkaitan tidak menerima hukuman setara. [18] Prinsip Wednesbury unreasonableness dalam: Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corporation [1948] 1.KB 223 dan prinsip proportionality menuntut hukuman mestilah seimbang dengan kesalahan. a) bersifat mekanikal; [19] Mahkamah mendapati bahawa hukuman buang kerja dalam fakta kes ini adalah: b) gagal mengambil kira faktor mitigasi; dan c) tidak setimpal dengan salah laku yang didakwa. DAPATAN & KEPUTUSAN MAHKAMAH [20] Berdasarkan keseluruhan alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa: a) Keputusan Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bertarikh 27 Disember 2023 adalah cacat di sisi undang-undang; b) Prosiding tatatertib telah tercemar dengan procedural impropriety, pelanggaran keadilan asasi, dan ketidakmunasabahan keputusan; c) Mahkamah adalah berhak campur tangan di bawah prinsip R Rama Chandran (supra). PERINTAH MAHKAMAH [21] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan bahawa :b) Perintah Certiorari dikeluarkan untuk membatalkan keputusan Responden Pertama bertarikh 27 Disember 2023; a) Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon dibenarkan; c) Perintah Mandamus supaya Pemohon dikembalikan ke jawatan asal tanpa kehilangan kekananan, pangkat, kenaikan gaji, emolumen dan segala faedah yang berkaitan tertakluk kepada pemakaian undang-undang semasa; d) Kos sebanyak RM 4000-00 dibayar oleh Responden Responden kepada pemohon. Penutup [22] Mahkamah ini berpendapat bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, malah mesti dilihat dilaksanakan. Tatatertib yang adil tidak boleh dicapai melalui proses yang cacat. BERTARIKH PADA 30 APRIL 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR Peguam bagi pihak Pemohon TETUAN MANIAM NAIR & CO. Bagi pihak Responden-Responden PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.