Lampiran
Lampiran A-3) iaitu sebelum lot terlibat diwartakan untuk pengambilan. Ini menunjukkan ia tiada kaitan dengan penggantian tanah baharu kerana semasa pembelian tersebut, lot terlibat belum ada warta yang menunjukkan akan ada pengambilan. Setiap tuntutan oleh tuan tanah perlu ada bukti atau dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan tersebut dan didapati tiada dokumen sokongan. Oleh itu, selaras dengan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960, maka Pengapit Hakim berpendapat pampasan ini tidak wajar dipertimbangkan. Oleh itu, Award Pentadbir adalah dikekalkan. 6.0 Oleh itu saya berpendapat pampasan yang berpatutan dan munasabah adalah seperti berikut: i) Pampasan tanah dikekalkan. ii) Pampasan lain juga adalah dikekalkan. iii) Deposit dikembalikan dan terma-terma lain adalah seperti biasa. iv) Yuran Pengapit dibayar oleh Pihak Pemohon. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Tarikh : 13 April 2025 S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg RUJUKAN TANAH : BA-15-68-09/2023 1.0 1.1 Hakim - Y.A Hakim Dr. Shahnaz binti Sulaiman 1.2 Pengapit - Sr Rosliza binti Ramli (Kerajaan) Sr Noor (Swasta) 1.3 Tujuan Pengambilan - Bagi Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) Pakej 3 (dari Persimpangan SAE - Persimpangan NKVE/FHR2), Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. 1.4 Tarikh warta - Seksyen 8 Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1350 bertarikh 27 Mei 2021. 1.5 Tarikh nilaian - 27 Mei 2021 (tarikh warta Sek 8). 1.6 Pemohon - Kee Heok Kang (tuan tanah 1/8 bahagian) 1.7 Responden - Pentadbir Tanah Daerah Klang 1.8 Penilai Kerajaan - Sr Elmi bin Loman (JPPH Klang) 1.9 Penilai Swasta - Sr Ho Sek Chuen daripada Tetuan Raine & Horne International Zaki & Partners Sdn. Bhd. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg 2.0 (RAINE & HORNE) A. Tanah Luas diwarta: 5,677.00 meter persegi (pengambilan sebahagian lot) (RM800.00 smp) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM567,700.00 RM6,358,240.00 (RM1,120.00 smp) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM794,780.00 (RM900.00 smp) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM638,662.50 B. Bangunan Tiada Tiada Tiada C. Pecah Pisah (Severance) ke atas tanah baki Luas tanah baki: 27,178.3634 mp (kejatuhan nilai tanah baki @ 2%) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM54,356.73 RM4,565,904.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 15%) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM570,738.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 10%) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM305,756.59 D. Kesan Mudarat (Injurious Affection) ke atas tanah baki Luas tanah baki: 33,646.00 mp Tiada RM3,043,976.70 (kejatuhan nilai tanah baki @ 10%) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM380,492.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 10%) Pemilik: Kee Heok Kang (1/8 bahagian) RM305,756.59 E. Kos Sampingan Tiada Tiada i. Kos Caj Pemajuan: RM65,000.00 ii. Kos Konsultansi permit bangunan sementara: RM24,000.00 iii. Kos Profesional: RM19,000.00 iv. Kos Kerja Survey: RM1,800.00 Jumlah (Bahagian Perayu) RM622,056.73 RM1,746,010.00 RM1,359,975.68 3.0 Tujuan Pengambilan : Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) Pakej 3 (dari Persimpangan SAE - S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Persimpangan NKVE/FHR2), Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. b. No. Hakmilik : Lot 9897, Geran 26592, Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. c. Pegangan : Selama-lamanya. d. Kategori : Tiada. e. Syarat Nyata : Tiada. f. Tuan Tanah Berdaftar : Arumugan a/l Thangaveloo 35/3328 bahagian Che Yoke Seng 1/80 bahagian Chellamah a/p Ramasamy 1/128 bahagian Gan Siew Lim 1/16 bahagian Josephine Grace 1/p T Sathianathan 1/8 bahagian Kee Heok Kang 1/8 bahagian Krishnan a/l Thangaveloo 69/6656 bahagian Law Kooi Keong 51/640 bahagian Lee Sing Gee 1/80 bahagian Lim Yoke Bee 7/128 bahagian Machapuvaliah a/l Neelakandan 1/128 bahagian Manimela a/p Erulan 1/32 bahagian Melvin a/l Ramiaya Joseph 1/128 bahagian Ng Mok Lan 1/80 bahagian Saraswathi a/p Karuppiah 1/16 bahagian Saroja a/p P.Raju 1/128 bahagian Saroja Dewi a/p Anaikutty 1/32 bahagian Saw Kok Seng 1/64 bahagian Saw Kok King 1/16 bahagian Seevinasangam a/l Sankapillai 1/128 bahagian Shanmugam a/l Raju 1/32 bahagian Subramaniam a/l Sinnasamy 1/128 bahagian Tee Kim Chan 1/16 bahagian Vallamah a/p Arumugam 1/128 bahagian Vellasamy S/O Chilampan 1/8 bahagian Vereya a/l Thangaveloo 69/6656 bahagian g. Tarikh Nilaian : 27 Mei 2021. h. Keluasan Lot Asal : 4.861 hektar (48,610.00 meter persegi) sebagaimana dalam hakmilik. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg i. Keluasan Diambil : 3.2855 hektar (32,855.3634 meter persegi) pengambilan sebahagian lot. j. Keluasan tanah baki selepas pengambilan : 27,178.3634 meter persegi. k. Perancangan : Perindustrian. l. Perihal Harta Tanah : Merupakan lapisan pertama jalan utama, akses jalan tar, berbentuk empat segi bujur dan rupabumi adalah rata. Terdapat lebih kurang 40 buah bangunan dan struktur di atas tapak di mana 10 bangunan terlibat dengan pengambilan ini. 4.0 A. Berdasarkan kepada Borang N bertarikh 23 Mei 2023, tuan tanah membantah tentang: (a) Jumlah pampasan. Alasan bantahan adalah: Nilai tanah yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang adalah terlalu rendah. Kesan kemudaratan dan pengasingan tanah yang ditawarkan ke atas baki tanah tidak berpatutan. Perusahaan di atas tanah tidak diambilkira. Bantahan pegangan 25% jumlah pampasan (Seksyen 29A) B. Berdasarkan kepada Borang N terpinda bertarikh 9 Januari 2024, tuan tanah membuat tambahan bantahan tentang: Pentadbir Tanah gagal untuk mempertimbangkan dan juga menawarkan pampasan yang setimpal terhadap kos-kos yang terlibat bagi tujuan pembelian hartanah baru oleh perayu iaitu yuran guaman bagi pembelian hartanah baru tersebut sebanyak RM10,274.30 dan kos penyeteman perjanjian jual beli bagi pembelian hartanah baru tersebut sebanyak RM70,0111.50. Pentadbir Tanah gagal untuk merujuk dan juga menawarkan pampasan yang setimpal terhadap kehilangan kos sewaan hartanah baru tersebut sebagai tanah kosong selaa dua (2) tahun tempoh sepertimana pada surat tawaran berjumlah RM240,000.00 S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Pentadbir Tanah gagal untuk mempertimbangkan dan juga menawarkan pampasan yang setimapal terhadap kehilangan kehilangan kos seaan bangunan (kedai hardware) di atas hartanah baru tersebut selama dua (2) tahun tempoh sepertimana pada surat tawaran berjumlah RM1,036,800.00 Nota : Merujuk kepada Borang N, bantahan yang dirujuk adalah melibatkan nilai pasaran tanah, pecah pisah, kesan mudarat, bangunan dan kos sampingan lain. Oleh itu, Pengapit Hakim hanya akan berhujah dari segi tuntutan yang melibatkan bantahan sebagaimana Borang N. Pemegang konsesi pengambilan WCE juga membuat bantahan ke atas lot terlibat (Rujukan tanah BA-15-141-11/2023). Oleh itu, laporan ini hendaklah dibaca bersama dengan bantahan oleh pemegang konsesi. 5.0 Pembatalan Pengambilan Terdahulu Pemohon/Perayu di dalam afidavit tambahan (Encl. 9) telah membangkitkan mengenai pengambilan terdahulu lot terlibat yang telah dibuat pendengaran pada tahun 2017 tetapi telah dibuat Penarikan Balik /Pembatalan Balik (Borang LC) di mana disebabkan oleh pengambilan terdahulu, pemohon terpaksa membeli harta tanah baharu pada tahun 2016. Pengapit Hakim merujuk kepada peruntukan subPerenggan (1)(1) Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memperuntukkan berkenaan penentuan Nilai Pasaran iaitu berkenaan tarikh nilaian yang perlu digunakan bagi penentuan pampasan di mana berdasarkan subPerenggan berkenaan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua penilai adalah tarikh nilaian lot terlibat adalah pada 27 Mei 2021 dengan berdasarkan Seksyen 8 Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1350 bertarikh 27 Mei 2021. Tindakan pemohon membangkitkan mengenai pendengaran pengambilan terdahulu dan penarikan balik pengambilan terdahulu tidak wujud dalam penentuan pampasan yang dirujuk ke Mahkamah melalui rujukan tanah BA-15- 68-09/2023. Pengapit Hakim akan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan penentuan pampasan ke atas lot terlibat adalah berdasarkan tarikh nilaian 27 Mei 2021. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Nilai Pasaran Tanah Penilai Pemohon mengemukakan 6 bukti perbandingan dan Penilai Responden mengemukakan 4 bukti perbandingan. Terdapat 1 bukti perbandingan sepunya yang digunakan oleh kedua-dua penilai. Kedua-dua penilai bersetuju lot terlibat merupakan tanah kategori Tiada, syarat nyata Tiada dan di bawah zoning Perindustrian (sila rujuk laporan penilai pemohon dan responden). Komen ke atas bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Pemohon adalah daripada kesemua perbandingan yang digunakan oleh Penilai Pemohon, saya berpendapat 1 bukti perbandingan yang sesuai digunakan dan 5 lagi tidak sesuai digunakan atas sebab berikut:- i) Perbandingan 1 (Lot 1933) yang dipindahmilik pada 12.10.2020: perbandingan ini merupakan pindahmilik yang terletak di Jalan Bukit Kemuning. Bukti perbandingan ini kurang sesuai kerana kedudukan yang agak jauh dari lot terlibat dan merupakan pindahmilik syer. Telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. ii) Perbandingan 2 (Lot 128702) yang dipindahmilik pada 13.8.2019 yang merupakan perbandingan sepunya. Perbandingan ini sesuai digunakan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iii) Perbandingan 3 (Lot 4373) yang dipindahmilik pada 10.6.2019, Perbandingan 4 (Lot 1304) yang dipindahmilik pada 8.1.2018 dan Perbandingan 5 (Lot 2399) yang dipindahmilik pada 10.9.2020: perbandingan ini merupakan pindahmilik yang terletak di kawasan Bukit Kemuning. Bukti perbandingan ini kurang sesuai kerana kedudukan yang agak jauh dari lot terlibat. Telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. iv) Perbandingan 6 (Lot 1886) yang dipindahmilik pada 19.8.2020 yang merupakan pindahmilik yang terletak di kawasan Jalan Sungai Kandis yang terletak di bawah zoning Perumahan. Terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Komen ke atas bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Responden: Daripada 4 bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Responden, saya berpendapat hanya 2 perbandingan yang sesuai digunakan manakala 2 perbandingan lain tidak sesuai digunakan atas sebab berikut: i) Perbandingan 1 (PT 2724) yang dipindahmilik pada 29.7.2020 yang merupakan pindahmilik yang terletak di Jalan Abdul Karim. Bukti perbandingan ini kurang sesuai kerana kedudukan yang agak jauh dan telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. ii) Perbandingan 2 (PT 128702) yang dipindahmilik pada 13.8.2019 yang merupakan perbandingan sepunya. Perbandingan ini sesuai digunakan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iii) Perbandingan 3 (PT 155311) yang dipindahmilik pada 31.12.2018. Perbandingan ini terletak berhampiran dengan lot terlibat. Ia sesuai dijadikan bukti perbandingan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iv) Perbandingan 4 (Lot 2569) yang dipindahmilik pada 16.10.2018. Perbezaan masa perbandingan ini dipindahmilik dengan tarikh nilaian lot terlibat adalah lebih kurang 2 tahun 7 bulan iaitu perbezaan tempoh masa yang agak jauh dan bukan merupakan pindahmilik terkini di kawasan sekitar. Telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. Kesimpulannya, 5 bukti perbandingan daripada Penilai Pemohon dan 2 bukti perbandingan daripada Penilai Responden hendaklah ditolak dan tidak menepati kehendak Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 di bawah Perenggan - mana tanah dijadualkan, penilai boleh menggunakan apa-apa penilaian yang sesuai pada nilai pasaran untuk mencapai nilai pasaran itu, dengan syarat perhatian hendaklah diberi kepada harga yang dibayar bagi penjualan yang terkini tanah yang mempunyai ciri-ciri yang serupa sebagaimana tanah yang dijadualkan itu terletak di dalam kawasan yang sama dengan tanah dijadualkan ditolak. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Berdasarkan hujahan daripada kedua-dua Penilai, saya mencadangkan pelarasan nilaian semula bagi bukti perbandingan adalah seperti berikut: Perbandingan 2 Penilai Pemohon dan Penilai Responden iaitu PT 128702, Mukim Klang, Daerah Klang Faktor Pelarasan Penilai Pemohon Penilai Responden Pendapat Pengapit Hakim Asas Nilaian RM938.97 smp RM938.97 smp RM938.97 smp Faktor masa (5.2021 vs 6.2019) -beza 1 tahun 9 bulan +5% 0% 5% Kadar terlaras RM985.92 smp RM938.97 smp RM985.92 smp Lokasi 0% 0% 0% Lapisan (pertama jalan utama vs pertama jalan utama)/Aksesibiliti +5% 0% 0% Pegangan (Kekal vs Kekal) 0% 0& 0% Akses (jalan tar vs jalan tar) 0% 0% 0% Saiz Tanah (32,855 mp vs 4,047 mp) +10% -15% -15% Bentuk (4 segi bujur vs 4 segi bujur) 0% 0% 0% +15% -15% -15% Kadar Nilaian terlaras RM1,133.81 smp RM798.12 smp RM838.03 smp Kadar Nilaian terlaras (katakan) RM1,113.81 smp RM800.00 smp RM840.00 smp Perbandingan 3 Penilai Responden iaitu PT 155311, Mukim Klang, Daerah Klang Faktor Pelarasan Cadangan Penilai Pemohon Penilai Responden Pendapat Pengapit Hakim Asas Nilaian RM645.66 smp RM645.66 smp RM645.66 smp Faktor masa (5.2021 vs 12.2018) -beza 2 tahun 5 bulan +10% +5% +10% Kadar terlaras RM710.23 smp RM677.95 smp RM710.23 smp Lokasi +10% +10% +10% Kedudukan/Lapisan +5% Saiz Tanah (32,855 mp vs 12,362 mp) -5% -5% -5% Bentuk (Empat segi bujur vs bentuk L) +10% +5% +5% Faktor binaan/penambahbaikan 0% 0% 0% +20% 10% +10% Kadar Nilaian terlaras RM852.28 smp RM745.74 smp RM781.25 smp Kadar Nilaian terlaras (katakan) RM850.00 smp RM750.00 smp RM780.00 smp S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Berdasarkan pelarasan di atas, kadar nilaian terlaras adalah antara RM780.00 hingga RM840.00 smp. Asas nilaian dan kadar pelarasan yang digunakan adalah berdasarkan hujahan bertulis daripada Penilai Pemohon dan Penilai Responden. Berdasarkan pelarasan semula yang dijalankan, didapati kadar nilaian yang diperolehi oleh pengapit adalah lebih rendah daripada Award Pentadbir Tanah. Oleh itu, Pengapit Hakim berpendapat kadar nilaian yang diaward oleh Pentadbir Tanah adalah berpatutan dan munasabah. Oleh itu, award Pentadbir adalah dikekalkan. Tuntutan Bangunan dan Struktur Penilai Pemohon mengemukakan tuntutan bagi bangunan dan struktur binaan lain yang dimiliki oleh pemohon. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk faktor ini. Penilai Responden menyatakan di dalam Jawapan Penilai Responden (Encl. No. 19) bahawa lot terlibat telah dinilai sebagai tanah potensi industri di mana bangunan yang terdapat di atas tapak tidak diambilkira kerana akan menjadikan pengiraan dua kali (Pekeliling BOVAEA Bil. 9/2015). Award Pentadbir tidak memberikan pampasan sebanyak ke atas bangunan rumah kayu, setor dan bangunan struktur lain. Pengapit Hakim merujuk kepada hujahan oleh kedua-dua penilai dan bersetuju dengan hujahan oleh Penilai Responden. Pekeliling yang dikeluarkan oleh BOVAEA bertarikh 2 Disember 2015 telah jelas menjelaskan mengenai prinsip dan asas nilaian bagi mengelakkan pengiraan dua kali. Merujuk kepada dokumen hakmilik lot terlibat di mana kategori penggunaan sebelum 1 Januari 1966 iaitu tarikh Kanun Tanah Negara mula berkuatkuasa iaitu bagi tanah yang diluluskan pemberimilkan sebelum itu dan didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara menyatakan bagi Tanah Desa menurut subseksyen 53(2) Kanun Tanah Negara menjelaskan bahawa jika tidak ditetapkan syarat kegunaan tanah, maka semua tanah desa tanpa mengira di bawah hakmilik Pendaftar atau Pejabat Tanah penggunaan tanah itu tertakluk kepada syarat tersirat iaitu digunakan bagi maksud pertanian sahaja. Merujuk kepada peruntukan di bawah subseksyen 115(1)(a), Kanun Tanah Negara 1965 memperuntukkan tanah berimilik dengan kategori tanah pertanian tidak boleh didirikan bangunan kecuali bagi maksud yang diperuntukkan di bawah subseksyen 115 (4) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pemilik tanah S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg dibolehkan membina rumah kediaman untuk diduduki olehnya atau orang yang diambil bekerja bagi tanah pertanian dengan syarat tidak melebihi satu perlima (1/5) dari keluasan keseluruhan tanah itu atau dua hektar, mengikut mana yang lebih kurang. Seksyen 115, Kanun Tanah Negara ini memberi kelonggaran pembinaan bangunan ke atas tanah kategori pertanian yang tertakluk kepada tujuan yang berkaitan dengan pertanian atau bangunan dengan mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Manakala di bawah peruntukan subseksyen 205(3) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa bagi kategori tanah pertanian, seluas 2/5 hektar (lebih kurang 1 ekar) hanya boleh dipindahmilik kepada seorang sahaja. Oleh itu, tuntutan pemohon adalah tidak dapat dipertimbangkan kerana bangunan kilang yang dibina telah melanggar syarat kategori dan syarat nyata tanah dan binaan bangunan yang terdapat di atas tapak adalah tidak mematuhi peruntukan seksyen 115, Kanun Tanah Negara 1965. Lot terlibat juga telah dinilai sebagai tanah potensi industri dan oleh itu semua bangunan di atas tapak tidak diambilkira kerana ia melibatkan pengiraan dua kali. Oleh itu, award Pentadbir Tanah adalah dikekalkan. Pecah Pisah (Severance) Penilai Pemohon telah menuntut pampasan bagi pecah pisah iaitu kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 15%. Hujahan Penilai Pemohon adalah berkenaan kerosakan ke atas bentuk tanah baki, kesan ke atas laluan masuk ke tanah baki arah jalan utama dan jalan sekunder dan baki tanah tidak ekonomik untuk dibangunkan kerana perlu setback bagi pembangunan masa hadapan. Penilai Responden telah mencadangkan pampasan pecah pisah sebanyak RM434,853.11 iaitu kejatuhan 2% nilai tanah baki yang disebabkan oleh pengambilan. Award Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan untuk tuntutan ini iaitu kejatuhan nilai tanah baki @ 10%. Pengapit Hakim berpendapat, terdapat hujahan Penilai Pemohon yang boleh dipertimbangkan iaitu dari segi kesan laluan keluar masuk selepas pengambilan berkenaan. Perkara ini juga telah diberi pertimbangan dan diaward oleh Pentadbir Tanah dengan kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 10%. Penilai Pemohon gagal membuktikan ketidakcukupan award Pentadbir Tanah. Oleh itu Pengapit Hakim berpendapat, Award Pentadbir adalah dikekalkan. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg E. Kesan Mudarat (Injurious Affection) Penilai Pemohon telah menuntut pampasan ke atas Kesan Mudarat ke atas tanah baki iaitu sebanyak RM3,043,976.70 (kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 10%). Hujahan penilai pemohon berkenaan tuntutan ini adalah disebabkan oleh halangan pemandangan yang disebabkan oleh wujudnya jambatan yang merintangi tanah akibat pembunaan lebuhraya. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk Kesan Mudarat dengan menyatakan bahawa bahawa tiada permohonan pembangunan ke atas lot terlibat. Award Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan iaitu sebanyak 10% ke atas kejatuhan nilai tanah baki. Pengapit Hakim berpendapat, terdapat kewajaran alasan tuntutan pampasan yang dikemukakan oleh pemohon iaitu gangguan halangan pemandangan yang disebabkan oleh gangguan jambatan di hadapan yang menyukarkan jalan keluar masuk ke tanah baki. Oleh itu, Pengapit Hakim bersetuju terdapat kejatuhan nilai tanah baki dan tuntutan ini boleh dipertimbangkan. Kadar kejatuhan nilai tanah baki selepas pengambilan adalah seperti berikut: Tanah Baki Penurunan nilai ke atas baki tanah yang disebabkan oleh pengambilan @ 5% Jumlah kejatuhan nilai adalah 5%. Award Pentadbir telah memberikan kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 10% iaitu lebih tinggi daripada kadar yang disyorkan oleh Pengapit. Oleh itu, Award Pentadbir adalah dikekalkan. F. Tuntutan Kos Sampingan Penilai Pemohon telah menuntut pampasan ke atas kos sampingan lain seperti kehilangan pendapatan, kos sewa tempat baru, kos penggantian tanah baru, yura guaman, kos Duti Setem dan lain-lain tuntutan. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk faktor tuntutan ini. Award Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan ke atas sebahagian tuntutan ini kos konsultansi, kos profesional fi dan kos kerja survey. Pengapit Hakim berpendapat, tuntutan ini tidak wajar dipertimbangkan. Setiap tuntutan oleh tuan tanah perlu ada bukti atau dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan tersebut dan didapati tiada dokumen sokongan yang disertakan di dalam laporan dan jawapan bertulis. Merujuk kepada Jawapan Bertulis Penilai Pemohon (Encl. 16) juga menunjukkan tiada hujahan berkaitan perkara ini. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Award Pentadbir juga dilihat telah memberikan pampasan ke atas kos-kos yang terlibat dengan pembelian bangunan baharu di tempat lain pada tahun 2016 yang disebabkan oleh pengambilan terdahulu yang telah dibuat penarikan balik. Perkara ini sepatutnya tidak dipertimbangkan kerana rujukan tanah ini melibatkan pengambilan di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah dengan berdasarkan tarikh nilaian 27 Mei 2021. Oleh itu, selaras dengan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960, maka Pengapit Hakim berpendapat pampasan ini tidak wajar dipertimbangkan. Oleh itu, Award Pentadbir adalah dikekalkan. 6.0 Oleh itu saya berpendapat pampasan yang berpatutan dan munasabah adalah seperti berikut: i) Pampasan tanah dikekalkan. ii) Pampasan lain juga adalah dikekalkan. iii) Deposit dikembalikan dan terma-terma lain adalah seperti biasa. iv) Yuran Pengapit dibayar oleh Pihak Pemohon. Tarikh : 19 April 2025 S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg RUJUKAN TANAH : BA-15-70-09/2023 1.0 1.1 Hakim - Y.A Hakim Dr. Shahnaz binti Sulaiman 1.2 Pengapit - Sr Rosliza binti Ramli (Kerajaan) Sr Noor (Swasta) 1.3 Tujuan Pengambilan - Bagi Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) Pakej 3 (dari Persimpangan SAE - Persimpangan NKVE/FHR2), Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. 1.4 Tarikh warta - Seksyen 8 Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1350 bertarikh 27 Mei 2021. 1.5 Tarikh nilaian - 27 Mei 2021 (tarikh warta Sek 8). 1.6 Pemohon - Law Kooi Keong (tuan tanah 51/640 bahagian) 1.7 Responden - Pentadbir Tanah Daerah Klang 1.8 Penilai Kerajaan - Sr Elmi bin Loman (JPPH Klang) 1.9 Penilai Swasta - Sr Mohammad Nazri bin Budin daripada Tetuan Jaz International Malaysia Sdn. Bhd. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg 2.0 A. Tanah Luas diwarta: 5,677.00 meter persegi (pengambilan sebahagian lot) (RM800.00 smp) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM361,908.75 (RM1,081.00 smp) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM489,029.00 (RM900.00 smp) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM407,147.34 B. Bangunan Tiada Bangunan Kilang B: RM329,175.00 Rumah kayu: RM200,640.00 Stor Kayu: RM46,800.00r Rumah kayu: RM90,000.00 Stor kayu: Struktur binaan lain: RM53,500.00 C. Pecah Pisah (Severance) ke atas tanah baki Luas tanah baki: 27,178.3634 mp (kejatuhan nilai tanah baki @ 2%) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM34,652.41 Tiada (kejatuhan nilai tanah baki @ 10%) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM194,919.83 D. Kesan Mudarat (Injurious Affection) ke atas tanah baki Luas tanah baki: 33,646.00 mp Tiada (kejatuhan nilai tanah baki @ 30%) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM702,352.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 10%) Pemilik: Law Kooi Keong (51/640 bahagian) RM194,919.83 E. Kos Sampingan Tiada i. Utiliti: ii. Kos Tambak Tanah: RM63,000.00 iii. Lepaan konkrit: RM296,000.00 iv. Menanam cerucuk kayu: RM16,200.00 v. Tembok Pagar: RM16,500.00 i. Kos Sewa Sementara: RM54,000.00 ii. Kos Pindah: RM30,000.00 S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg vi. Longkang Konkrit: RM9,600.00 vii. Hording kos: RM5,600.00 viii. Pagar: RM1,000.00 ix. Kandang anjing: RM2,000.00 x. Kehilangan Pendapatan: RM1,723,840.00 xi. Kos cari tapak baru: RM31,969.00 xii. Kos Guaman: RM7,844.00 xiii. Duti Setem: RM25,969.00 xiv. Kos Pindah: xv. Kos sewa tempat baru: RM420,000.00 xvi. Sewa lori: RM76,600.00 Jumlah (Bahagian Perayu) RM395,561.16 RM4,555,507.00 RM1,064,487.00 3.0 Tujuan Pengambilan : Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) Pakej 3 (dari Persimpangan SAE - Persimpangan NKVE/FHR2), Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. b. No. Hakmilik : Lot 9897, Geran 26592, Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor. c. Pegangan : Selama-lamanya. d. Kategori : Tiada. e. Syarat Nyata : Tiada. f. Tuan Tanah Berdaftar : Arumugan a/l Thangaveloo 35/3328 bahagian Che Yoke Seng 1/80 bahagian Chellamah a/p Ramasamy 1/128 bahagian Gan Siew Lim 1/16 bahagian Josephine Grace 1/p T Sathianathan 1/8 bahagian S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Kee Heok Kang 1/8 bahagian Krishnan a/l Thangaveloo 69/6656 bahagian Law Kooi Keong 51/640 bahagian Lee Sing Gee 1/80 bahagian Lim Yoke Bee 7/128 bahagian Machapuvaliah a/l Neelakandan 1/128 bahagian Manimela a/p Erulan 1/32 bahagian Melvin a/l Ramiaya Joseph 1/128 bahagian Ng Mok Lan 1/80 bahagian Saraswathi a/p Karuppiah 1/16 bahagian Saroja a/p P.Raju 1/128 bahagian Saroja Dewi a/p Anaikutty 1/32 bahagian Saw Kok Seng 1/64 bahagian Saw Kok King 1/16 bahagian Seevinasangam a/l Sankapillai 1/128 bahagian Shanmugam a/l Raju 1/32 bahagian Subramaniam a/l Sinnasamy 1/128 bahagian Tee Kim Chan 1/16 bahagian Vallamah a/p Arumugam 1/128 bahagian Vellasamy S/O Chilampan 1/8 bahagian Vereya a/l Thangaveloo 69/6656 bahagian g. Tarikh Nilaian : 27 Mei 2021. h. Keluasan Lot Asal : 4.861 hektar (48,610.00 meter persegi) sebagaimana dalam hakmilik. i. Keluasan Diambil : 3.2855 hektar (32,855.3634 meter persegi) pengambilan sebahagian lot. j. Keluasan tanah baki selepas pengambilan : 27,178.3634 meter persegi. k. Perancangan : Perindustrian. l. Perihal Harta Tanah : Merupakan lapisan pertama jalan utama, akses jalan tar, berbentuk empat segi bujur dan rupabumi adalah rata. Terdapat lebih kurang 40 buah bangunan dan struktur di atas tapak di mana 10 bangunan terlibat dengan pengambilan ini. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg 4.0 A. Berdasarkan kepada Borang N bertarikh 23 Jun 2023, tuan tanah membantah tentang: (a) Jumlah pampasan. Alasan bantahan adalah: Nilai tanah yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang adalah rendah dan tidak mencerminkan nilai pasaran. Kesan kemudaratan dan pengasingan tanah yang ditawarkan ke atas baki tanah tidak berpatutan jika dibandingkan dengan keadaan yang akan ditanggung oleh pemilik setelah projek ini disiapkan nanti. Bantah pegangan 25% jumlah pampasan (Seksyen 29A) B. Berdasarkan kepada Borang N terpinda bertarikh 4 Januari 2024, tuan tanah membuat tambahan bantahan tentang: Pentadbir Tanah gagal untuk mempertimbangkan dan juga menawarkan pampasan yang setimpal untuk Bangunan Kilang B sepertimana yang dituntut oleh perayu melalui Laporan Penilaian Swasta yang dikemukakan iaitu sebanyak RM329,175.00. Pentadbir Tanah gagal untuk merujuk dan/atau mempertimbangkan bahawa Pengambilan Hartanah terbabit (melalui pemberian pengambilan No. 704/2015, yang kemudiannya ditarikbalik melalui pendengaran pengambilan No/ 11/2021), suatu pampasan berkenaan Bangunan Kilang B telah diberikan kepada perayu sebanyak RM300,000.00 melalui Borang H bertarikh 22/9/2017. Pentadbir Tanah gagal mempertimbangkan dan juga menawarkan pampasan yang setimapal terhadap kos kehilangan pendapatan/kos operasi perayu sepertima yang dituntut oleh perayu melalui Laporan Penilaian Swasta yang dikemukakan iaitu sebanyak RM1,723,840.00 Pentadbir Tanah gagal untuk merujuk dan/atau mempertimbangkan bahawa pada Pengambilan Hartanah terbabit (melalui pemberian pengambilan No. 704/2015, yang kemudiannya ditarikbalik melalui pendengaran pengambilan No/ 11/2021), suatu pampasan berkenaan Kos Kehilangan Pendapatan/Kos Operasi Perayu telah diberikan kepada perayu sebanyak RM775,728.00 melalui Borang H bertarikh 22/9/2017. Pentadbir Tanah gagal untuk merujuk dan/atau mempertimbangkan Kos Kehilangan Pendapatan/Kos Operasi Perayu terkini sedangkan pada Pendengaran Pembatalan LC, Responden telah membenarkan pampasan S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg kepada perayu sebanyak RM727,152.00 bagi Kos Kehilangan Pendapatan, Kos Pindah dan Kos Sewa Sementara akibat bangunan Kilang A dan pangkin besi telah dibuka (dismantled) oleh Perayu. Pampasan yang ditawarkan Pentadbir Tanah ke atas kos rumah kayu, stor kayu, struktur binaan lain, sewa sementara dan kos pindah adalah tidak setimpal dan tidak berpatutan jika dibandingkan dengan Laporan Penilaian Swasta yang dikemukakan sewaktu bicara pengambilan. Nota : Merujuk kepada Borang N, bantahan yang dirujuk adalah melibatkan nilai pasaran tanah, pecah pisah, kesan mudarat, bangunan dan kos sampingan lain. Oleh itu, Pengapit Hakim hanya akan berhujah dari segi tuntutan yang melibatkan bantahan sebagaimana Borang N. Pemegang konsesi pengambilan WCE juga membuat bantahan ke atas lot terlibat (Rujukan tanah BA-15-141-11/2023). Oleh itu, laporan ini hendaklah dibaca bersama dengan bantahan oleh pemegang konsesi. 5.0 Pembatalan Pengambilan Terdahulu Pemohon/Perayu di dalam afidavit tambahan (Encl. 19) telah membangkitkan mengenai pengambilan terdahulu lot terlibat yang telah dibuat pendengaran pada tahun 2017 tetapi telah dibuat Penarikan Balik /Pembatalan Balik (Borang LC) di mana award Pentadbir Tanah semasa pendengaran pertama adalah tidak sama semasa perbicaraan penarikan balik. Pemohon di dalam afidavit memasukkan perkara-perkara ini di dalam Borang N yang terpinda dan menuntut. Pengapit Hakim merujuk kepada peruntukan subPerenggan (1)(1) Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memperuntukkan berkenaan penentuan Nilai Pasaran iaitu berkenaan tarikh nilaian yang perlu digunakan bagi penentuan pampasan di mana berdasarkan subPerenggan berkenaan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua penilai adalah tarikh nilaian lot terlibat adalah pada 27 Mei 2021 dengan berdasarkan Seksyen 8 Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1350 bertarikh 27 Mei 2021. Tindakan pemohon membangkitkan mengenai pendengaran pengambilan terdahulu dan penarikan balik pengambilan terdahulu tidak wujud dalam S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg penentuan pampasan yang dirujuk ke Mahkamah melalui rujukan tanah BA-15- 70-09/2023. Pengapit Hakim akan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan penentuan pampasan ke atas lot terlibat adalah berdasarkan tarikh nilaian 27 Mei 2021. Nilai Pasaran Tanah Penilai Pemohon mengemukakan 4 bukti perbandingan dan Penilai Responden mengemukakan 4 bukti perbandingan. Terdapat 1 bukti perbandingan sepunya yang digunakan oleh kedua-dua penilai. Kedua-dua penilai bersetuju lot terlibat merupakan tanah kategori Tiada, syarat nyata Tiada dan di bawah zoning Perindustrian (sila rujuk laporan penilai pemohon dan responden). Komen ke atas bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Pemohon adalah daripada kesemua perbandingan yang digunakan oleh Penilai Pemohon, saya berpendapat 2 bukti perbandingan yang sesuai digunakan dan 2 lagi tidak sesuai digunakan atas sebab berikut:- i) Perbandingan 1 (Lot 4373) yang dipindahmilik pada 12.10.2020 dan Perbandingan 3 (PT 141930) yang dipindahmilik pada 17.12.2018: perbandingan ini merupakan pindahmilik yang terletak di Jalan Bukit Kemuning. Bukti perbandingan ini kurang sesuai kerana kedudukan yang agak jauh dari lot terlibat. Telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. ii) Perbandingan 2 (Lot 128702) yang dipindahmilik pada 13.8.2019 yang merupakan perbandingan sepunya. Perbandingan ini sesuai digunakan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iii) Perbandingan 4 (Lot 10365) yang dipindahmilik pada 21.3.2017 yang merupakan pindahmilik yang terletak di Jalan Sungai Jati. Perbezaan masa perbandingan ini dipindahmilik dengan tarikh nilaian lot terlibat adalah lebih kurang 4 tahun 2 bulan iaitu perbezaan tempoh masa yang agak jauh dan bukan merupakan pindahmilik terkini di kawasan sekitar. Terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Komen ke atas bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Responden: Daripada 4 bukti perbandingan yang digunakan oleh Penilai Responden, saya berpendapat hanya 2 perbandingan yang sesuai digunakan manakala 2 perbandingan lain tidak sesuai digunakan atas sebab berikut: i) Perbandingan 1 (PT 2724) yang dipindahmilik pada 29.7.2020 yang merupakan pindahmilik yang terletak di Jalan Abdul Karim. Bukti perbandingan ini kurang sesuai kerana kedudukan yang agak jauh dan telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. ii) Perbandingan 2 (PT 128702) yang dipindahmilik pada 13.8.2019 yang merupakan perbandingan sepunya. Perbandingan ini sesuai digunakan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iii) Perbandingan 3 (PT 155311) yang dipindahmilik pada 31.12.2018. Perbandingan ini terletak berhampiran dengan lot terlibat. Ia sesuai dijadikan bukti perbandingan dan pelarasan semula akan diberikan berdasarkan hujahan kedua-dua penilai. iv) Perbandingan 4 (Lot 2569) yang dipindahmilik pada 16.10.2018. Perbezaan masa perbandingan ini dipindahmilik dengan tarikh nilaian lot terlibat adalah lebih kurang 2 tahun 7 bulan iaitu perbezaan tempoh masa yang agak jauh dan bukan merupakan pindahmilik terkini di kawasan sekitar. Telah terdapat bukti perbandingan lain yang terletak lebih hampir dan merupakan pindahmilik terkini yang lebih sesuai dijadikan perbandingan dalam menilai lot terlibat. Oleh itu, ianya wajar ditolak. Kesimpulannya, 3 bukti perbandingan daripada Penilai Pemohon dan 2 bukti perbandingan daripada Penilai Responden hendaklah ditolak dan tidak menepati kehendak Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 di bawah Perenggan - mana tanah dijadualkan, penilai boleh menggunakan apa-apa penilaian yang sesuai pada nilai pasaran untuk mencapai nilai pasaran itu, dengan syarat perhatian hendaklah diberi kepada harga yang dibayar bagi penjualan yang terkini tanah yang mempunyai ciri-ciri yang serupa sebagaimana tanah yang dijadualkan itu terletak di dalam kawasan yang sama dengan tanah dijadualkan ditolak. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Berdasarkan hujahan daripada kedua-dua Penilai, saya mencadangkan pelarasan nilaian semula bagi bukti perbandingan adalah seperti berikut: Perbandingan 2 Penilai Pemohon dan Penilai Responden iaitu PT 128702, Mukim Klang, Daerah Klang Faktor Pelarasan Penilai Pemohon Penilai Responden Pendapat Pengapit Hakim Asas Nilaian RM938.97 smp RM938.97 smp RM938.97 smp Faktor masa (5.2021 vs 6.2019) -beza 1 tahun 9 bulan +10% 0% 5% Kadar terlaras RM1,032.87 smp RM938.97 smp RM985.92 smp Lokasi 0% 0% 0% Lapisan (pertama jalan utama vs pertama jalan utama) 0% 0% 0% Pegangan (Kekal vs Kekal) 0% 0& 0% Akses (jalan tar vs jalan tar) 0% 0% 0% Saiz Tanah (32,855 mp vs 4,047 mp) -15% -15% -15% Bentuk (4 segi bujur vs 4 segi bujur) 0% 0% 0% -15% -15% -15% Kadar Nilaian terlaras RM877.94 smp RM798.12 smp RM838.03 smp Kadar Nilaian terlaras (katakan) RM880.00 smp RM800.00 smp RM840.00 smp Perbandingan 3 Penilai Responden iaitu PT 155311, Mukim Klang, Daerah Klang Faktor Pelarasan Cadangan Penilai Pemohon Penilai Responden Pendapat Pengapit Hakim Asas Nilaian RM645.66 smp RM645.66 smp RM645.66 smp Faktor masa (5.2021 vs 12.2018) -beza 2 tahun 5 bulan +15% +5% +10% Kadar terlaras RM742.51 smp RM677.95 smp RM710.23 smp Lokasi +10% +10% +10% Saiz Tanah (32,855 mp vs 12,362 mp) -5% -5% -5% Bentuk (Empat segi bujur vs bentuk L) 0% +5% +5% Faktor binaan/penambahbaikan +20% 0% 0% +25% 10% +10% Kadar Nilaian terlaras RM928.14 smp RM745.74 smp RM781.25 smp Kadar Nilaian terlaras (katakan) RM930.00 smp RM750.00 smp RM780.00 smp S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg Berdasarkan pelarasan di atas, kadar nilaian terlaras adalah antara RM780.00 hingga RM840.00 smp. Asas nilaian dan kadar pelarasan yang digunakan adalah berdasarkan hujahan bertulis daripada Penilai Pemohon dan Penilai Responden. Berdasarkan pelarasan semula yang dijalankan, didapati kadar nilaian yang diperolehi oleh pengapit adalah lebih rendah daripada Award Pentadbir Tanah. Oleh itu, Pengapit Hakim berpendapat kadar nilaian yang diaward oleh Pentadbir Tanah adalah berpatutan dan munasabah. Oleh itu, award Pentadbir adalah dikekalkan. Tuntutan Bangunan dan Struktur Penilai Pemohon mengemukakan tuntutan bagi bangunan dan struktur binaan lain yang dimiliki oleh pemohon. Penilai Pemohon menyatakan perkara ini telah diberikan award oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang sewaktu Pengambilan Pertama melalui Warta Kerajaan No. 3817/08.10.2015. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk faktor ini. Penilai Responden menyatakan di dalam Jawapan Penilai Responden (Encl. No. 9) bahawa lot terlibat telah dinilai sebagai tanah potensi industri di mana bangunan yang terdapat di atas tapak tidak diambilkira kerana akan menjadikan pengiraan dua kali (Pekeliling BOVAEA Bil. 9/2015). Award Pentadbir telah memberikan pampasan sebanyak ke atas bangunan rumah kayu, setor dan bangunan struktur lain. Pengapit Hakim merujuk kepada hujahan oleh kedua-dua penilai dan bersetuju dengan hujahan oleh Penilai Responden. Pekeliling yang dikeluarkan oleh BOVAEA bertarikh 2 Disember 2015 telah jelas menjelaskan mengenai prinsip dan asas nilaian bagi mengelakkan pengiraan dua kali. Merujuk kepada dokumen hakmilik lot terlibat di mana kategori penggunaan sebelum 1 Januari 1966 iaitu tarikh Kanun Tanah Negara mula berkuatkuasa iaitu bagi tanah yang diluluskan pemberimilkan sebelum itu dan didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara menyatakan bagi Tanah Desa menurut subseksyen 53(2) Kanun Tanah Negara menjelaskan bahawa jika tidak ditetapkan syarat kegunaan tanah, maka semua tanah desa tanpa mengira di bawah hakmilik Pendaftar atau Pejabat Tanah penggunaan tanah itu tertakluk kepada syarat tersirat iaitu digunakan bagi maksud pertanian sahaja. Merujuk kepada peruntukan di bawah subseksyen 115(1)(a), Kanun Tanah Negara 1965 memperuntukkan tanah berimilik dengan kategori tanah pertanian S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg tidak boleh didirikan bangunan kecuali bagi maksud yang diperuntukkan di bawah subseksyen 115 (4) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pemilik tanah dibolehkan membina rumah kediaman untuk diduduki olehnya atau orang yang diambil bekerja bagi tanah pertanian dengan syarat tidak melebihi satu perlima (1/5) dari keluasan keseluruhan tanah itu atau dua hektar, mengikut mana yang lebih kurang. Seksyen 115, Kanun Tanah Negara ini memberi kelonggaran pembinaan bangunan ke atas tanah kategori pertanian yang tertakluk kepada tujuan yang berkaitan dengan pertanian atau bangunan dengan mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Manakala di bawah peruntukan subseksyen 205(3) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa bagi kategori tanah pertanian, seluas 2/5 hektar (lebih kurang 1 ekar) hanya boleh dipindahmilik kepada seorang sahaja. Oleh itu, tuntutan pemohon adalah tidak dapat dipertimbangkan kerana bangunan kilang yang dibina telah melanggar syarat kategori dan syarat nyata tanah dan binaan bangunan yang terdapat di atas tapak adalah tidak mematuhi peruntukan seksyen 115, Kanun Tanah Negara 1965. Lot terlibat juga telah dinilai sebagai tanah potensi industri dan oleh itu semua bangunan di atas tapak tidak diambilkira kerana ia melibatkan pengiraan dua kali. Oleh itu, award Pentadbir Tanah adalah dikekalkan. Pecah Pisah (Severance) Penilai Pemohon tidak membuat tuntutan di bawah pecah pisah. Penilai Responden telah mencadangkan pampasan pecah pisah sebanyak RM434,853.11 iaitu kejatuhan 2% nilai tanah baki yang disebabkan oleh pengambilan. Award Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan untuk tuntutan ini iaitu kejatuhan nilai tanah baki @ 10%. Pengapit Hakim berpendapat, faktor ini tidak perlu dipertimbangkan kerana tiada dalam tuntutan pemohon semasa perbicaraan dan juga dalam laporan penilain pemohon. Pampasan ini tidak wajar dipertimbangkan kerana ia tidak mematuhi peruntukan di bawah Perenggan 4(a) Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Batasan Award). Walau bagaimanapun, merujuk kepada bantahan lot terlibat, didapati terdapat tuan tanah lain (pemegang syer bahagian ke atas lot terlibat) yang menggunakan khidmat penilai swasta lain telah membuat tuntutan bagi faktor ini. Pentadbir Tanah semasa membuat keputusan ke atas lot terlibat telah memberikan award pampasan yang sama kepada kesemua pemilik berdaftar S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg lot terlibat. Merujuk kepada bantahan oleh Perayu dan berdasarkan peruntukan di bawah Perenggan 4(a) Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 mengenai Batasan Award, maka Pengapit Hakim menghujahkan beliau tidak layak dipertimbangkan sebarang bayaran tambahan pampasan bagi tuntutan ini kerana pemohon tidak menuntut pampasan ini di dalam laporan penilaian yang dikemukakan semasa perbicaraan di hadapan Pentadbir Tanah. Oleh itu Pengapit Hakim berpendapat, Award Pentadbir adalah dikekalkan. E. Kesan Mudarat (Injurious Affection) Penilai Pemohon telah menuntut pampasan ke atas Kesan Mudarat ke atas tanah baki iaitu sebanyak RM8,813,825.00 (kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 30%). Hujahan penilai pemohon berkenaan tuntutan ini adalah disebabkan oleh baki tanah akan menjadi bentuk yang tidak sekata dan tidak ekonomik untuk dibangunkan serta kerumitan dalam pembahagian semula kawasn antara pemilik berdaftar. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk Kesan Mudarat dengan menyatakan bahawa alasan penilai pemohon bagi perkara kerosakan bentuk adalah sepatutnya dituntut di bawah pecah pisah dan bukannya kesan mudarat. Di samping itu, projek pengambilan yang akan dibina adalaj jenis yang tidak akan menjejaskan akses ke lot terlibat. Award Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan iaitu sebanyak 10% ke atas kejatuhan nilai tanah baki. Pengapit Hakim berpendapat, terdapat alasan tuntutan pampasan yang dikemukakan oleh pemohon sepatutnya dituntut di bawah kerosakan pecah pisah dan bersetuju dengan hujahan Penilai Responden. amun begitu, terdapat kewajaran tuntutan yang dipohon oleh Penilai Pemohon berkaitan dengan gangguan jambatan di hadapan yang menyukarkan jalan keluar masuk ke tanah baki. Oleh itu, Pengapit Hakim bersetuju terdapat kejatuhan nilai tanah baki dan tuntutan ini boleh dipertimbangkan. Kadar kejatuhan nilai tanah baki selepas pengambilan adalah seperti berikut: Tanah Baki Penurunan nilai ke atas baki tanah yang disebabkan oleh pengambilan @ 5% Jumlah kejatuhan nilai adalah 5%. Award Pentadbir telah memberikan kejatuhan nilai tanah baki sebanyak 10% iaitu lebih tinggi daripada kadar yang disyorkan oleh Pengapit. Oleh itu, Award Pentadbir adalah dikekalkan. S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg F. Tuntutan Kos Sampingan Penilai Pemohon telah menuntut pampasan ke atas kos sampingan lain seperti kehilangan pendapatan, kos sewa sementara, kos penggantian tanah baru, yura guaman, kos Duti Setem dan lain-lain tuntutan. Penilai Responden tidak mencadangkan pampasan untuk faktor tuntutan ini. Award Pentadbir Tanah tidak memberikan pampasan ke atas tuntutan ini. Pengapit Hakim berpendapat, tuntutan ini tidak wajar dipertimbangkan. Setiap tuntutan oleh tuan tanah perlu ada bukti atau dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan tersebut dan didapati tiada dokumen sokongan yang disertakan di dalam laporan dan jawapan bertulis. Merujuk kepada Jawapan Bertulis Penilai Pemohon (Encl. 14) juga menunjukkan tiada hujahan berkaitan perkara ini. Oleh itu, selaras dengan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960, maka Pengapit Hakim berpendapat pampasan ini tidak wajar dipertimbangkan. Oleh itu, Award Pentadbir adalah dikekalkan. 6.0 Oleh itu saya berpendapat pampasan yang berpatutan dan munasabah adalah seperti berikut: i) Pampasan tanah dikekalkan. ii) Pampasan lain juga adalah dikekalkan. iii) Deposit dikembalikan dan terma-terma lain adalah seperti biasa. iv) Yuran Pengapit dibayar oleh Pihak Pemohon. Tarikh : 19 April 2025 S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg ANNEXURE B S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg S/N vW8EqsW7kGlwwfWSJegDg