Melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan, plaintif menuntut terhadap defendan remedi-remedi berikut – a) Suatu deklarasi bahawa Defendan, sebagai Pengarah kepada Plaintif, telah melanggari tanggungjawab dan kewajipan statutori, fidusiari dan undang undangnya terhadap Plaintif terutamanya melanggari Seksyen-Seksyen 213, 218, 219 dan 221 Akta Syarikat 2016; b) Defendan didakwa dan dihukum oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Defendan dalam perlanggaran Seksyen-Seksyen Akta Syarikat 2016; c) Gantirugi Am dibayar oleh Defendan kepada Plaintif; d) Gantirugi teladan dan/atau gantirugi punitif dibayar oleh Defendan kepada Plaintif akibat kemungkiran dan/atau perlanggaran duti dan kewajipan oleh Defendan terhadap Plaintif; e) Gantirugi umum dibayar oleh Defendan kepada Plaintif; f) Secara alternatif, gantirugi untuk ditaksirkan oleh Mahkamah; g) Faedah sebanyak 5% setahun ke atas perenggan (c), (d),