Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES SAMAN PEMULA NO: KF-A54-7-08/2024 ANTARA WONG CHEE KHEONG (Mendakwa sebagai Pengerusi Kelab Lions Kulim) - PLAINTIF
KF-A54-7-08/2024
Sessions Court of Malaysia17 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n the plaintiffs and the society and its office bearers pertaining to the outcome of the 37th AGM. Two avenues are provided for the resolution of the said dispute, namely the manner prescribed by the PBPM Constitution or by reference of the dispute to the Registrar by consent. [19] As section 40 of Act 335 have prescri”
“26. Sebagaimana rujukan pihak Defenden kepada kes Shafie Bakri & Ors v Dr. Hassan Yusoff & Ors [2018] MLJU 1295 di mana YA Hakim menyatakan seperti berikut; [18] Section 40 of Act 335 provides the statutory formula for the resolution of disputes between the parties herein, inter alia the disputes between the”
“antara ahli dan sesebuah persatuan sebagaimana kes undang-undang yang dikemukakan iaitu Lo Chang Geng & Anor v Foo Wah Chek sebagai Presiden Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan & 2 Ors [2024] CLJU 645.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES SAMAN PEMULA NO: KF-A54-7-08/2024 ANTARA WONG CHEE KHEONG (Mendakwa sebagai Pengerusi Kelab Lions Kulim) - PLAINTIF
1
Thamodharan a/l Muniandy (didakwa sebagai Setiausaha
2
Kelab Lions Kulim) Supramaniam a/l Muthusamy (didakwa sebagai Bendahari Kelab Lions Kulim) - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Saman Pemula yang difailkan oleh pihak Plaintif (Lampiran 1) adalah untuk perintah-perintah seperti berikut:
a
Satu deklarasi bahawa surat yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Lions Kulim yang bernama Thangaraj a/l Muniandy pada 25.7.2024 adalah tidak sah;
b
Suatu perintah bahawa segala mesyuarat ditangguhkan sehingga pendengaran Permohonan ini;
c
Satu perintah supaya Bendahari Kelab Lions Kulim atau Defenden Kedua menyerahkan kesemua resit-resit bayaran bagi Kelab Lions Kulim kepada Plaintif agar Plaintif dapat mengaudit akaun kelab dan menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun 2023-2024;
d
Suatu perintah supaya Setiausaha Kelab Lions Kulim menyerahkan kesemua minit mesyuarat bagi tahun 2022-2024 kepada Plaintif;
e
Suatu perintah supaya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan setelah selesai pendengaran permohonan ini dan setelah Plaintif mengaudit akaun Kelab Lions Kulim;
f
Segala kos permohonan ini dan kos sampingan dibayar oleh pihak Defenden kepada pihak Plaintif; dan
g
Perintah atau relif selanjutnya yang dianggap wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini. B. LATAR BELAKANG KES
2
Melalui satu mesyuarat agung Kelab Lions Kulim yang telah diadakah, Plaintif telah dilantik sebagai Pengerusi kelab bagi tahun 2023 – 2024.
3
Sepanjang tempoh kepengerusian Plaintif ke atas kelab tersebut, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh Plaintif sehingga kelab tidak dapat menjalankan aktivitinya.
4
Antara perkara-perkara yang berlaku adalah Plaintif tidak dibekalkan dengan penyata akaun dan minit-minit mesyuarat yang sebelumnya bagi oleh Setiausaha dan Bendahari bagi Plaintif meneliti apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan seterusnya untuk meneruskan aktiviti yang sedang berjalan walaupun telah diminta beberapa kali oleh Plaintif.
5
Disamping itu, mesyuarat bulanan juga tidak dapat diadakan kerana kekurangan korum disebabkan ketidakhadiran Setiausaha, Bendahari dan juga ahli-ahli lain pada mesyuarat tersebut. Oleh yang demikian, tiada sebarang aktiviti atau projek dapat dijalankan kerana tiada kelulusan dapat diberikan kepada agenda mesyuarat. C.
6
Kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan masing-masing berkait dengan saman pemula yang difailkan ini.
7
Pihak Plaintif berhujah bahawa isu-isu yang dibangkitkan di dalam Saman Pemula ini adalah bersifat kepentingan awam kerana wang yang diterima daripada orang awam.
8
Disamping itu, saman pemula ini difailkan kerana kegagalan Defenden-Defenden untuk menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Plaintif berkenaan dengan kedudukan dana kelab dan juga kegagalan Defenden-Defenden hadir ke mesyuarat untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Plaintif.
9
Pihak Defenden-Defenden berhujah bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk menggunapakai secara keseluruhan (exhausted) peruntukan yang ditetapkan di bawah Seksyen 40 Akta Pertubuhan.
10
Bagi sesuatu Saman Pemula yang difailkan, peruntukan undang-undang yang terpakai adalah mengikut kepada Aturan 7 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut;
2
(1) Every Originating Summon shall be in Form 5 or 6 whicever is appropriate.
1A
Every originating summon shall state in its intitulement any provision of these Rules and any provision of any written law under which the Court is being moved.
11
Di dalam saman pemula yang difailkan di hadapan Mahkamah ini, tidak ada intitulement diletakkan untuk membawa perhatian Mahkamah apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran pihak Plaintif menuntut segala tuntutan yang difailkan.
12
Mahkamah ini merujuk kepada kes Cheow Chew Khoon v Abdul Johari Abdul Rahman [1995] 1 MLJ 457 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan tegas berkenaan dengan ketiadaan intitulement ; The plaintiff, as noted earlier, says that if one were to undertake a careful scrutiny of the originating summons and the affidavit in support, one would come to the conclusion that it is not an application made under O 89. The summons does not, as I observed very early in this judgment, state any particular rule of court in its intitulement. Now, I think that that is not only wrong but plainly embarrassing. How, might one ask, is a defendant or the court to determine which rule of court the plaintiff is invoking unless he explicitly specifies it? If a defendant and the court should have to conduct a close examination of the supporting affidavit in each case in order to determine the particular jurisdiction or power that is being invoked by an originating summons or other originating process that requires an intitulement, then a plaintiff will be at liberty to shift from one rule to another or indeed from one statute to another as it pleases him without any warning whatsoever to his opponent or the court. It would make a mockery of the principle that there must be no surprise in civil litigation. If the submission of counsel be the law, then it is wrong. But I am firmly of the view that it is not. In my judgment, this matter, which is a point of practice and procedure, is to be resolved by reference to the fundamental principle that a party must not take his opponent or the court by surprise. It is my opinion that an originating process requiring an intitulement must state, with sufficient particularity, either in its heading or in its body, the statute or rule of court under which the court is being moved: otherwise it would be an embarrassing pleading and be may be liable to be struck out, unless sooner amended.
13
Mahkamah ini adalah terikat dengan Keputusan Mahkamah atasan dan kegagalan pihak Plaintif meletakkan intitulement di dalam saman pemula telah menyebabkan pihak Mahkamah dan Defenden-Defenden berada di dalam teka teki apakah peruntukan yang akan digunakan oleh pihak Plaintif bagi saman pemula ini. Adakah ianya melibatkan peruntukan undang-undang di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 20212, Akta Pertubuhan, Akta Relif Spesifik atau selainnya?
14
Mahkamah telah meneliti hujahan yang telah difailkan oleh pihak Plaintif dan satu-satunya indikasi yang ditonjolkan di dalam hujahan berkenaan peruntukan undang-undang adalah berkaitan hubungan di antara sebuah persatuan dan ahlinya. Namun tiada sebarang penekanan kepada peruntukan yang jelas di bawah Akta Kontrak telah dihujahkan oleh pihak Plaintif di dalam hujahannya.
15
Maka, dia atas alasan ini sahaja Mahkamah boleh menolak permohonan di dalam saman pemula yang difailkan ini.
16
Namun bagi melengkapkan keseluruhan alasan penghakiman ini, Mahkamah telah juga meneliti hujahan yang telah difailkan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak.
17
Di dalam hujahan pihak Plaintif, telah dibangkitkan berkenaan dengan fakta yang membawa kepada pemfailan saman pemula ini dan juga hubungan kontrak di antara ahli dan sesebuah persatuan sebagaimana kes undang-undang yang dikemukakan iaitu Lo Chang Geng & Anor v Foo Wah Chek sebagai Presiden Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan & 2 Ors [2024] CLJU 645.
18
Mahkamah bersetuju berkenaan dengan hubungan di antara seorang ahli dengan sesebuah persatuan dan ianya tidak menjadi persoalan di dalam kes ini.
19
Tetapi disebabkan oleh kegagalan pihak Plainitf menjelaskan dengan terperinci dan tepat peruntukan undang-undang yang menjadi pilihan dalam menggerakan saman pemula ini, maka Mahkamah tidak mempunyai pilihan dan tidak mempunyai asas untuk memilih dan menggunapakai mana-mana peruntukan yang dianggap sesuai bagi menyesuaikannya dengan permohonan-permohonan yang dipinta oleh pihak Plaintif.
20
Setiap peruntukan undang-undang mempunyai elemen-elemen yang tersendiri. Mahkamah mendapati dan berpendapat, berpandukan kepada hujahan pihak Plaintif, tiada apa-apa elemen kepada peruntukan undang-undang dihujahkan oleh pihak Plaintif. Misalnya, sekiranya pihak Plaintif ingin menyatakan bahawa terdapat pemecahan kontrak di antara persatuan dengan ahli, tiada apa-apa elemen berkenaan dengan pemecahan kontrak dibangkitlan atau dihujahkan di dalam mana-mana kertas kausa dan hujahan. Begitu juga tiada apa-apa elemen injunksi atau pelaksanaan spesifik dibangkitkan di dalam kes ini.
21
Oleh yang demikian, mahkamah mendapati bahawa saman pemula ini tidak mempunyai asas yang kukuh dan jelas kepada hala tujunya.
22
Seterusnya, Mahkamah juga telah meneliti dan menilai kepada affidavit jawapan dan hujahan pihak Defenden-Defenden.
23
Defenden-Defenden di dalam affidavit jawapan menyatakan bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam saman pemula merupakan isu dalaman (internal affair) yang sepatutnya dikemukakan secara dalaman untuk penyelesaian dan menurut Akta Pertubuhan 1966.
24
Di dalam hujahan, Defenden telah mengemukakan beberapa kes undang-undang untuk berhujah bahawa pihak Plaintif hendaklah merujuk apa-apa pertikain di dalam sesuatu persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan 1966.
25
Sebelum itu, Seksyen 40 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukan seperti berikut;
1
A dispute between—
a
a member or subscriber or person claiming through a member or a subscriber or under the rules of a registered society and the society or an office-bearer thereof; and
b
any person aggrieved who has ceased to be a member of a registered society or any person claiming through such person aggrieved, and the society or an office-bearer thereof, shall be decided in the manner directed by the rules of the registered society; and the decision so given shall be binding and conclusive on all parties without appeal, and shall not be removable to any court or restrainable by injunction; and application for the enforcement thereof may be made to a Sessions Court.
2
The parties to a dispute involving a registered society may by consent refer the dispute to the Registrar.
3
The Registrar to whom a dispute is referred shall either by himself or by any Assistant Registrar, hear and determine the dispute and shall have power to order the expenses of determining the dispute to be paid either out of the funds of the society or by such parties to the dispute as he may think fit; and his determination or order shall have the same effect and be enforceable in the same manner as a decision made in the manner directed by the rules of the society.
4
The Registrar or Assistant Registrar to whom a dispute is referred may administer oaths and may require the attendance of all parties concerned and of witnesses, and the production of all books and documents relating to the matter in question.
26
Sebagaimana rujukan pihak Defenden kepada kes Shafie Bakri & Ors v Dr. Hassan Yusoff & Ors [2018] MLJU 1295 di mana YA Hakim menyatakan seperti berikut; [18] Section 40 of Act 335 provides the statutory formula for the resolution of disputes between the parties herein, inter alia the disputes between the plaintiffs and the society and its office bearers pertaining to the outcome of the 37th AGM. Two avenues are provided for the resolution of the said dispute, namely the manner prescribed by the PBPM Constitution or by reference of the dispute to the Registrar by consent. [19] As section 40 of Act 335 have prescribed the mode for the settlement of the dispute, I am of the considered opinion that the plaintiffs must resort to these avenues and exhaust the remedies available before seeking recourse to this Court for declaratory orders.
27
Kes di atas dengan jelas menyatakan berkenaan formula untuk penyelesaian kepada sesuatu pertikaian di di dalam sesuatu pertubuhan adalah sebagaimana yang tercatit di dalam perlembagaan pertubuhan tersebut atau melalui Pendaftar Pertubuhan sebelum memfailkan kes di Mahkamah untuk mendapatkan sebarang perintah deklarasi.
28
Bagi kes ini tiada apa-apa indikasi yang menunjukkan bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan telah dirujuk oleh pihak Plaintif untuk penyelesaian kepada pertikaian dan juga tiada indikasi menunjukkan bahawa Pendaftar Pertubuhan telah enggan untuk mendengar permohonan dari mana-mana pihak untuk penyelesaian. E.
29
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan permohonan di dalam Saman Pemula ini. Oleh yang demikian, Saman Pemula ini ditolak dengan kos RM 2,000.00. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 17 Julai 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.