Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-A52NCvC-89-05/2022 ANTARA WONG HEONG YEE [ Identity Card No.: 900314086702] [ ONG, RIC & PARTNERS (KUALA LUMPUR)] …PLAINTIF
BB-A52NCvC-89-05/2022
Sessions Court of Malaysia31 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. Ada skim yang dirujuk, ada skim yang tidak dirujuk. Tindakan Defendan-Defendan tidak konsisten. [46] Mahkamah merujuk kepada kes DUA RESIDENCY MANAGEMENT CORPORATION V. EDISI UTAMA SDN. BHD. & ANOR [2021] CLJU 174; [2021] 1 LNS 174; [2021] MLJU 140 yang menyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used”
“ang tidak dirujuk. Tindakan Defendan-Defendan tidak konsisten. [46] Mahkamah merujuk kepada kes DUA RESIDENCY MANAGEMENT CORPORATION V. EDISI UTAMA SDN. BHD. & ANOR [2021] CLJU 174; [2021] 1 LNS 174; [2021] MLJU 140 yang menyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-A52NCvC-89-05/2022 ANTARA WONG HEONG YEE [ Identity Card No.: 900314086702] [ ONG, RIC & PARTNERS (KUALA LUMPUR)] …PLAINTIF
1
DAN INNOQUEST DIAGNOSTICS SDN BHD [ Company No.: 201101013401 (941541-V)]
2
GRIBBLES PATHOLOGY (M) SDN BHD [ Company No.: 198501016573 (149032-W)] [ CLINTON TAN (KUALA LUMPUR)] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATAR BELAKANG KES Ini adalah Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu-Perayu/Defendan-defendan di sini, INNOQUEST DIAGNOSTICS SDN BHD DAN 24/09/2024 16:38:08 BB-A52NCvC-89-05/2022 Kand. 68 GRIBBLES PATHOLOGY (M) SDN BHD yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen Malaya di Petaling Jaya yang diberi pada 31 hari bulan Julai 2024 merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang membenarkan tuntutan Responden yang difailkan pada 19 hari bulan Mei 2022 (Lampiran 1). TUNTUTAN PLAINTIF [1] Pada semua masa yang material, Plaintif adalah seorang pekerja Defendan-Defendan dengan jawatan Pengurus Akaun Utama (Key Account Manager) dalam bahagian pemasaran. [2] Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dahulunya dikenali sebagai Quantum Diagnostics Sdn Bhd di mana Defendan Pertama telah bertukar nama kepada Innoquest Diagnostics Sdn Bhd pada 7.10.2021. [3] Defendan Kedua adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Defendan Pertama merupakan pemegang saham tunggal (sole shareholder) Defendan Kedua dengan 45,421,000 saham. [4] Pada semua masa yang material, Defendan-Defendan adalah dalam bidang pembekalan servis yang berkaitan dengan makmal patologi. [5] Plaintif telah diupah oleh Defendan Pertama sejak 17.4.2019, di mana Defendan Pertama telah mengeluarkan suatu surat tawaran pekerjaan bertarikh 13.3.2019 kepada Plaintif yang mana telah diterima dan dipersetujui oleh Plaintif pada 25.3.2019 untuk posisi Pengurus Akaun Utama (Key Account Manager) (“Surat Tawaran tersebut”). [6] Walaupun Plaintif adalah diupah oleh Defendan Pertama, namun pada semua masa yang material kesemua skim komisen dan hal perkara mengenai skop kerja Plaintif adalah ditetapkan, diputuskan dan diisytiharkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersama. Dalam pada itu, antara lainnya: -
i
Jabatan Plaintif dikategorikan dalam carta organisasi Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersama;
II
(ii) Plaintif menerima arahan berkenaan dengan kerja daripada Pengurusan Defendan Pertama dan Defendan Kedua;
III
(iii) Plaintif menerima surat dan e-mel daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua;
IV
(iv) Plaintif menyerahkan invois yang dikeluarkan oleh Defendan Kedua kepada pelanggan-pelanggan;
v
Plaintif bertanggungjawab untuk memastikan bayaran dibuat daripada pelanggan-pelanggan kepada Defendan Kedua; dan
VI
(vi) Plaintif bertanggungjawab untuk memberi khidmatan jualan kepada pelanggan-pelanggan Defendan Kedua. [7] Syarat tawaran adalah sebagaimana dalam Surat Tawaran. Daripada terma-terma Surat Tawaran tersebut, Plaintif sebagai Pengurus Akaun Utama Defendan Pertama berhak untuk mendapatkan komisen berdasarkan skema komisen yang ditetapkan oleh Defendan-Defendan dan berdasarkan jumlah jualan yang berjaya didapati oleh Plaintif. Kriteria yang perlu dicapai oleh Plaintif untuk menikmati komisen akan ditetapkan oleh Defendan-Defendan dari semasa ke semasa. [8] Susulan daripada Surat Tawaran tersebut, Defendan-Defendan telahpun menawarkan, melalui suatu internal memo yang bertarikh 22.7.2019, skim komisen untuk tahun 2019 yang bertajuk “2019 Commission Structure” yang telahpun dipersetujui oleh Plaintif (“Skim Komisen 2019”). Komisen juga telah dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif menurut Skim Komisen 2019 untuk jualan yang dicapai oleh Plaintif dalam tahun 2019. [9] Defendan-Defendan juga telah memperkenalkan suatu skim komisen baru untuk tahun 2020 (“Skim Komisen 2020 Pertama”) yang telah diisytiharkan melalui E-mel yang dihantar oleh seorang yang bernama Lucy Ling bagi dan untuk pihak Defendan-Defendan pada 9.1.2020 (“E-mel bertarikh 9.1.2020”). Plaintif telahpun bersetuju dengan Skim Komisen 2020 Pertama. Bersama dengan E-mel bertarikh 9.1.2020, Defendan-Defendan juga telah menyebarkan suatu FAQ berkenaan dengan penstrukturan semula korporat (corporate restructuring) (“FAQ tersebut”). [10] Dalam FAQ tersebut, Defendan-Defendan telah memberi akujanji kepada antara lainnya Plaintif bahawa segala komisen yang telah dijanji oleh Defendan-Defendan akan ditepati, tidak kira latihan penstrukturan semula korporat Defendan-Defendan. [11] Selepas Skim Komisen 2020 Pertama telah dipersetujui, Malaysia telah dilanda dengan pandemik COVID-19. Bersusulan dengan pandemik tersebut dan sebagai suatu galakkan kepada pekerja-pekerja Defendan-Defendan, Defendan-Defendan telah memperkenalkan suatu skim komisen yang baru yang bertajuk “COVID-19 rtPCR Incentive Scheme” yang telah diisytiharkan oleh Defendan-Defendan pada 30.6.2020 dan efektif sepanjang tempoh 1.7.2020 sehingga 31.6.2021 (“Skim Komisen 2020 Kedua”). [12] Pada 17.8.2020, Defendan-Defendan telah memperkenalkan suatu skim komisen yang baru yang bertajuk “KAM Incentive Scheme 2020” bertarikh 17.8.2020 (“Skim Komisen 2020 Ketiga”). Skim Komisen 2020 Ketiga ini bertujuan untuk merangkumi dan terpakai terhadap kesemua komisen yang harus dibayar untuk jualan sepanjang tempoh 1.1.2020 sehingga 31.12.2020. [13] Pada 19.8.2020, Defendan-Defendan telah memperkenalkan suatu skim komisen yang baru yang bertajuk “KAM Incentive Scheme 2020” bertarikh 19.8.2020 (“Skim Komisen 2020 Keempat”). Skim Komisen 2020 Keempat ini mengandungi skim komisen yang sama dengan Skim Komisen 2020 Ketiga, melainkan bahawa Skim Komisen 2020 Keempat telah menambahkan bahagian koleksi (“Koleksi”), di mana Plaintif dikehendaki untuk memastikan bahawa jumlah yang telah diinvois oleh Defendan-Defendan dibayar oleh pelanggan, dan pembayaran komisen Plaintif akan dikurangkan sekiranya pembayaran oleh pelanggan akan kurang daripada 90% berbanding dengan jumlah yang telah diinvois oleh Defendan-Defendan. [14] Plaintif telah menerima Skim Komisen 2020 Keempat sebagai Skim Komisen yang paling baru dan yang akan menggantikan Skim Komisen 2020 Pertama, Skim Komisen 2020 Kedua dan Skim Komisen 2020 Ketiga. Ini juga telah disahkan oleh E-mel Defendan-Defendan yang dihantar oleh seorang bernama “Izz” pada 19.8.2020 (“E-mel bertarikh 19.8.2020”). E-mel bertarikh 19.8.2020 telah mengesahkan bahawa “…please find the updated commission scheme here.” [15] Pada 16.10.2020, wakil daripada Defendan-Defendan yang dikenali sebagai Dr. Izz juga telah mengesahkan keesahan Skim Komisen 2020 Keempat, di mana Dr. Izz telah menyatakan dalam kumpulan Whatsapp bahawa jumlah jualan setakat Kuarter Ketiga tahun 2020 telah dipaparkan bersama dengan janji untuk memasukkan insentif setakat Kuarter Ketiga tahun 2020 ke dalam akaun bank Plaintif bersama dengan gaji Plaintif pada bulan Oktober 2020, bersusulan dengan Skim Komisen 2020 Keempat. [16] Pada semua masa yang material, Skim Komisen 2020 Keempat adalah skim komisen yang terbaru untuk tahun 2020 dan tidak ada sebarang skim komisen baru untuk menggantikan Skim Komisen 2020 Keempat sehingga hujung tahun 2020. [17] Sejak 19.8.2020 dan sehingga hujung tahun 2020, Plaintif telah melaksanakan tugas Plaintif dengan penuh tekun, usaha dan semangat berdasarkan Skim Komisen 2020 Keempat yang lebih lumayan kepada pekerja seperti Plaintif jika berbanding dengan Skim Komisen 2020 Pertama. [18] Ia adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Plaintif telah berjaya mencapai jualan sebanyak RM6,781,287.38 untuk tahun 2020, di mana jumlah jualan Plaintif telah melebihi sasaran jualan yang telah ditetapkan berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak 169.5%. Plaintif juga telah berjaya untuk mengesahkan sebanyak 88.09% daripada jumlah jualan tersebut telah dibayar oleh pelanggan Defendan-Defendan. [19] Mengikut pengiraan Plaintif berdasarkan cara pengiraan yang tertakluk dalam Skim Komisen 2020 Keempat, Plaintif berdasarkan jumlah jualan RM6,781,287.38 dan pembayaran pada tahap 90% sepatutnya harus dibayar komisen sebanyak RM268,926.39. [20] Namun, Defendan-Defendan dalam suatu mesyuarat townhall (townhall meeting) pada 22.4.2021 pada 2.30 petang (“Mesyuarat tersebut”) telah secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Defendan-Defendan secara unilateral membuat cadangan untuk mengubah Skim Komisen 2020 Keempat, dimana Plaintif walaupun mencapai jumlah jualan yang tinggi hanya berhak untuk mendapati komisen yang sama rata dengan gaji bulanan Plaintif untuk 12 bulan sahaja (“Skim Komisen yang Dipertikaikan”). [21] Bersusulan dengan Mesyuarat tersebut, Defendan-Defendan telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 26.4.2021 kepada Plaintif, di mana Skim Komisen yang Dipertikaikan tersebut telah secara drastiknya mengurangkan komisen Plaintif daripada jumlah RM268,926.39 kepada hanya RM46,381.18 (“Surat Defendan-Defendan bertarikh 26.4.2021”). Dalam Surat Defendan-Defendan bertarikh 26.4.2021 tersebut. [22] Kelakuan Defendan-Defendan yang telah memperkenalkan suatu skim komisen yang baru yang bertentangan dengan hak Plaintif selepas Plaintif telah berusaha untuk memenuhi obligasi Plaintif dan telah mendapatkan jualan untuk Defendan-Defendan adalah suatu pelanggaran hak Plaintif, penindasan terhadap Plaintif dan adalah sesuatu pemikiran semula (afterthought) yang hanya bertujuan untuk memelihara kebaikan Defendan-Defendan secara niat jahat. [23] Setakat tarikh pemfailan tuntutan ini, Defendan-Defendan telah membayar jumlah RM46,381.18 kepada Plaintif daripada jumlah hutang RM268,926.39, dan oleh itu terdapat suatu jumlah RM222,545.21 yang masih terakru dan dihutang oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. [24] Pada 8.5.2021, Plaintif secara sendiri telah menulis suatu surat kepada Defendan-Defendan untuk menuntut bayaran komisen Plaintif mengikuti Skim Komisen 2020 Keempat. [25] Pada 24.5.2021, Defendan-Defendan telah membalas kepada Plaintif dan telah menyatakan, antara lainnya, secara ringkas seperti berikut: -
i
Defendan-Defendan mengakui kesusahan Plaintif dalam pencapaian jumlah jualan Plaintif dalam masa 2020 memandangkan situasi COVID-19 di Malaysia;
II
(ii) Skim Komisen 2020 Keempat adalah tanpa mengambil kira impak COVID-19 terhadap jumlah jualan Defendan-Defendan;
III
(iii) Defendan-Defendan ada hak yang sepenuhnya untuk membuat pindaan terhadap mana-mana terma komisen pada bila-bila masa;
IV
(iv) Defendan-Defendan telah menyatakan dalam Skim Komisen 2020 Keempat bahawa Defendan-Defendan mempunyai hak untuk meminda Skim Komisen 2020 Keempat berdasarkan situasi kewangan Defendan-Defendan pada akhir tahun; dan
v
Berdasarkan di atas, Defendan-Defendan tidak akan membayar komisen menurut Skim Komisen 2020 Keempat. [26] Pada 23.2.2022, Plaintif melalui peguamcaranya, Tetuan Ong, Ric & Partners, telah mengeluarkan suatu surat tuntutan kepada Defendan-Defendan untuk menuntut bayaran komisen tertunggak sebanyak RM222,545.21 daripada Defendan-Defendan. [27] Pada 11.3.2022, Defendan-Defendan telah mengarah peguamcara Defendan-Defendan, Tetuan Clinton Tan, untuk membalas surat peguamcara Plaintif yang menyatakan, antara lainnya, berikut: -
i
Plaintif adalah diupah oleh Defendan Pertama dan oleh itu tidak ada hak untuk menuntut terhadap Defendan Kedua;
II
(ii) Defendan Pertama pada semua masa yang material mempunyai hak untuk mengubah skim komisen berdasarkan, antara lainnya, prestasi kewangan Defendan Pertama untuk tahun tersebut;
III
(iii) Skim Komisen yang diperkenalkan oleh Defendan Pertama sebelum Malaysia dilanda dengan COVID-19 tidak merangkumi sebarang produk berkenaan dengan COVID-19. Oleh itu, Defendan Pertama telah memperkenalkan skim komisen yang baru selepas COVID-19 untuk merangkumi produk berkenaan dengan COVID-19. Sekiranya Defendan Pertama tidak berbuat demikian, pekerja Defendan Pertama termasuk Plaintif tidak akan bermanfaat daripada pengenalan produk berkenaan dengan COVID-19 dan tidak akan mencapai prestasi untuk tahun tersebut;
IV
(iv) Defendan Pertama turut berusaha untuk memperkenalkan skim komisen yang menarik dan bermanfaat kepada pekerja Defendan Pertama. Semasa bulan Ogos 2020, selepas kajian oleh Defendan Pertama, Defendan Pertama telah memperkenalkan Skim Komisen Keempat 2020. Namun dalam Skim Komisen Keempat 2020, terdapatnya pengendorsan “Management may review scheme depending on Company financial performance for the year.”
v
Selepas pengulasan oleh Defendan Pertama, Defendan Pertama telah menggunakan hak Defendan Pertama untuk mengubah Skim Komisen Keempat 2020 dan telah memperkenalkan skim komisen yang baru pada bulan April 2021, di mana Plaintif berhak untuk menerima RM46,381.18.
VI
(vi) Berdasarkan di atas, Plaintif telahpun menerima hak Defendan Pertama untuk membuat pindaan kepada Skim Komisen yang didapati munasabah oleh Defendan Pertama, dan oleh itu Plaintif tidak berhak untuk mencabar hak Defendan Pertama untuk menukar skim komisen. [28] Kenyataan dalam Surat Balasan Defendan-Defendan bertarikh 11.3.2022 adalah salah di sisi undang-undang dan segala pindaan terhadap Skim Komisen Keempat 2020 tidak pernah dipersetujui oleh Plaintif, berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Plaintif menegaskan bahawa Defendan-Defendan (terutamanya Defendan Kedua yang telah menerima keuntungan daripada produk-produk Defendan-Defendan) telahpun mendapati keuntungan yang lumayan hasil daripada usaha Plaintif untuk tahun 2020 dan Defendan-Defendan tidak berhak untuk membuat pindaan terhadap Skim Komisen Keempat 2020 yang diterima oleh Plaintif sesuka hati selaku afterthought yang telah memprejudiskan hak Plaintif untuk mendapat komisen yang sepatutnya didapati oleh Plaintif. [29] Walaupun dituntut, Defendan-Defendan dengan salahnya telah gagal, cuai ataupun enggan membayar jumlah bayaran komisen tertunggak sebanyak RM222,545.21 kepada Plaintif sehingga tarikh pemfailan tuntutan ini. [30] Oleh yang demikian, Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan seperti berikut:- i) Jumlah bayaran komisen tertunggak sebanyak RM222,545.21; ii) faedah atas jumlah baki hutang prinsipal sebanyak RM222,545.21 pada kadar 5% setahun dari tarikh saman sehingga tarikh penghakiman; iii) faedah atas jumlah baki hutang principal sebanyak RM222,545.21 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; iv) kos; dan v) lain-lain relif yang dianggap berpatutan oleh Mahkamah yang Mulia ini. PEMBELAAN DEFENDAN [1] Terma-terma dan syarat-syarat tawaran pekerjaan Plaintif dengan Defendan Pertama dinyatakan dalam surat bertarikh 13.03.2019 dengan subjek “Offer of Employment – Key Account Manager” (“Surat Tawaran” tersebut).
1
1.1. Peranan Plaintif sebagai Pengurus Akaun Utama (‘Key Account Manager’) adalah, pada asasnya, untuk menjual produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Defendan-Defendan kepada klinik-klinik dan hospital-hospital, dan untuk menguruskan bil-bil dan kutipan-kutipan yang relevan. [2]
Preamble
Menurut Klausa 1.5 Surat Tawaran tersebut, Plaintif layak untuk mengambil bahagian dalam pelan-pelan insentif jualan Defendan Pertama seperti yang diisytiharkan oleh Defendan Pertama untuk setiap tahun kewangan ("Skim-Skim Insentif"). [3] Pada setiap masa, Defendan-Defendan mempunyai budi bicara mutlak dalam menentukan formula Skim-Skim Insentif tersebut. Defendan-Defendan akan mengkaji semula Skim-Skim Insentif berdasarkan, antara lainnya, prestasi kewangan Defendan-Defendan untuk tahun sebelumnya dan jangkaan Defendan-Defendan berkenaan prestasi kewangan mereka untuk tahun semasa. [4] Pada 18.02.2020, Defendan-Defendan telah mengeluarkan “KAM Incentive Scheme 2020” (“Skim Insentif Februari 2020” tersebut).
1
Formula yang dinyatakan di dalamnya bertujuan untuk digunakan kepada jualan yang dicapai dari 1.01.2020 hingga 31.12.2020.
2
Skim Insentif Februari 2020 tersebut mengandungi kedua-dua komponen-komponen insentif suku tahunan dan insentif tahunan.
3
Seperti yang selalu berlaku sebelum pandemik COVID-19, Skim Insentif Februari 2020 hanya berdasarkan jualan produk teras Defendan-Defendan, seperti ujian dan pemeriksaan-pemeriksaan sel-sel darah, organ-organ dan/atau tisu-tisu; dan perkhidmatan-perkhidmatan bank darah (“Produk-Produk Teras”).
4
Sebelum pandemik COVID-19, Defendan-Defendan tidak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan ujian-ujian rt-PCR COVID-19 (“Ujian Covid-19”). [5] Apabila pandemik COVID-19 berlaku pada tahun 2020, Defendan-Defendan telah menyemak semula Skim Insentif untuk tahun 2020 beberapa kali. Secara umum, ini adalah kerana:
1
Pandemik COVID-19 mengakibatkan, antara lainnya, pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan oleh kerajaan Malaysia.
2
Sebagai pandemik yang belum pernah berlaku dalam masa yang terdekat, ia adalah mustahil bagi Defendan-Defendan untuk menganggarkan sejauh mana kesan-kesan wabak itu bukan sahaja kepada perniagaan Defendan-Defendan, tetapi kepada keseluruhan ekonomi Malaysia.
3
Oleh itu, pandemik COVID-19 telah dengan ketar menjejaskan jangkaan Defendan-Defendan terhadap prestasi kewangan mereka bagi tahun 2020 [6] Lanjutan kepada perkara di atas, Defendan-Defendan juga terpaksa menyemak semula Skim Insentif bagi tahun 2020 kerana:
1
Semasa peristiwa-peristiwa berlaku, pandemik COVID-19 telah menyebabkan, antara lainnya, penurunan yang ketara dalam jualan Produk Teras Defendan-Defendan.
2
Penurunan yang ketara dalam jualan Produk-Produk Teras bermakna jika Defendan-Defendan mengekalkan Skim Insentif Februari 2020, semua Pengurus Akaun Utama, termasuk Plaintif, pasti tidak akan mencapai sasaran masing-masing untuk berhak mendapatkan sebarang bayaran insentif untuk tahun 2020.
3
Selanjutnya, dari sekitar Februari 2020, Defendan-Defendan mula membekalkan Ujian-Ujian Covid-19.
4
Oleh itu, Defendan-Defendan telah melakukan pelbagai semakan-semakan terhadap Skim Insentif bagi tahun 2020 atas niat baik dengan matlamat untuk memberikan insentif-insentif yang munasabah kepada Pengurus-Pengurus Akaun Utama walaupun pandemik tersebut. [7] Oleh itu, Defendan-Defendan telah menyemak semula Skim Insentif bagi tahun 2020 untuk memasukkan satu Skim Insentif lanjut pada 30.06.2020 bertujuan untuk mengiktiraf dan mengambil kira jualan-jualan Ujian-Ujian Covid-19 ("Skim Insentif Jun 2020" tersebut). [8] Walaupun selepas mengeluarkan Skim Insentif Jun 2020 tersebut, Defendan-Defendan sentiasa memantau prestasi mereka untuk menentukan, antara lainnya, formula seimbang yang boleh memberikan insentif-insentif kepada Pengurus-Pengurus Akaun Utama sambil berdaya maju dari segi kewangan kepada Defendan-Defendan semasa pandemik yang berlangsung. [9] Selepas itu, Defendan-Defendan atas niat baik telah selanjutnya menyemak semula Skim Insentif KAM bagi tahun 2020 pada 17.08.2020 dan 19.08.2020 ("Skim Insentif Ogos 2020" tersebut).
1
Yang penting, Defendan-Defendan pada setiap masa telah menjelaskan kepada Pengurus-Pengurus Akaun Utama, termasuk Plaintif, bahawa Skim Insentif Ogos 2020 tersebut tertakluk kepada semakan lanjut selepas akhir tahun 2020 kerana, antara lainnya: a. Pada permukaan, Ujian-Ujian Covid-19 mempunyai volum dan hasil (‘revenue’) yang tinggi. Walaubagaimanapun, ia juga mempunyai margin keuntungan yang jauh lebih rendah daripada Produk-Produk Teras; dan b. Defendan-Defendan tidak mempunyai cara untuk menentukan sejauh mana impak pandemik tersebut sehingga ia memuktamadkan rekod kewangannya bagi tahun 2020.
2
Perkara di atas telah dimaklumkan beberapa kali secara lisan kepada, antara lainnya, Plaintif, dan juga dinyatakan secara jelas dalam Skim Insentif Ogos 2020. [10] Selepas Defendan-Defendan menentukan prestasi-prestasi kewangan sebenar mereka bagi tahun 2020, Defendan-Defendan telah selanjutnya menyemak semula Skim Insentif bagi tahun 2020 pada 22.04.2021 ("Skim Insentif April 2021" tersebut).
1
Skim Insentif April 2021 tersebut mengambil kira jualan daripada Produk-Produk Teras dan Ujian-Ujian Covid-19 dalam menentukan sama ada Pengurus-Pengurus Akaun Utama mencapai sasaran masing-masing.
2
Formula itu disemak untuk mengambil kira, antara lainnya, fakta bahawa jualan daripada Ujian-Ujian Covid-19 mempunyai margin keuntungan yang jauh lebih rendah daripada Produk Teras, yang menyebabkan Defendan-Defendan berprestasi lebih teruk dari segi kewangan daripada tahun-tahun sebelum 2020. [11] Pada setiap masa, Skim Insentif tersebut bagi tahun 2020 dan pelbagai semakannya pada 18.02.2020, 30.06.2020, 17.08.2020, dan 19.08.2020 telah dibuat dan dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak Defendan-Defendan. Dalam pada ini:
1
Plaintif tidak pernah membantah atau mempertikaikan hak Defendan-Defendan untuk menyemak semula Skim Insentif bagi tahun 2020 mengikut budi bicara mereka sendiri.
2
Malah, Plaintif telah menerima bayaran insentif bagi suku kedua 2020 berdasarkan Skim Insentif Februari 2020, dan selepas itu bayaran insentif bagi suku ketiga dan keempat bagi tahun 2020 berdasarkan Skim Insentif Ogos 2020.
3
Ia adalah jelas dan tersirat daripada peristiwa-peristiwa yang diterangkan di atas bahawa Plaintif telah pada setiap masa mengiktiraf dan menerima hak Defendan-Defendan untuk menyemak dan melaksanakan Skim-Skim Insentif mengikut budi bicara Defendan-Defendan. [12] Walau bagaimanapun, apabila Defendan-Defendan selanjutnya menyemak semula Skim Insentif kepada Skim Insentif April 2021, Plaintif kini cuba mencabar perkara yang sama. [13] Defendan-Defendan berpendapat bahawa cabaran Plaintif terhadap Skim Insentif April 2021 adalah tanpa asas undang-undang atau fakta atas sebab-sebab berikut:
1
Skim Insentif Ogos 2020 telah menyatakan, antara lainnya, “Management may review scheme depending on Company financial performance for the year”.
2
Seperti yang dinyatakan dalam perenggan 16 di atas, Plaintif pada setiap masa tidak pernah membantah atau mempertikaikan hak Defendan-Defendan untuk menyemak semula Skim Insentif mengikut budi bicara mutlak mereka pada 18.02.2020, 30.06.2020,
17
17.08.2020, dan 19.08.2020.
3
Malah, Defendan-Defendan telah membuat semakan-semakan lanjut dan melaksanakan Skim Insentif yang berbeza bagi tahun-tahun 2021 dan 2022 yang, pada dasarnya, mencipta formula-formula sasaran yang berasingan dan membayar untuk Produk Teras dan Ujian Covid-19 masing-masing.
4
Plaintif tidak pernah mempertikaikan atau mencabar hak Defendan-Defendan untuk melaksanakan Skim-Skim Insentif bagi tahun-tahun 2021 dan 2022 sebagaimana yang mereka fikirkan patut dan mengikut budi bicara mutlak mereka.
5
Dalam hal keadaan ini, Plaintif adalah diestop secara tingkahlaku daripada mempertikaikan hak Defendan-Defendan untuk melaksanakan Skim Insentif April 2021. [14] Selaras dengan Skim Insentif April 2021, Plaintif telah menerima bayaran insentif sebanyak RM 46,381.18 bagi tahun 2020. Dalam pada ini:
1
Sasaran Plaintif bagi tahun 2020 ialah RM 4,000,745.00.
2
Jumlah jualan yang dicapai oleh Plaintif ialah RM 6,772,678.00, yang terdiri daripada RM 2,002,157.00 untuk Produk-Produk Teras dan RM 4,770,521.00 untuk Ujian-Ujian Covid-19.
3
Sekiranya Skim Insentif Februari 2020 telah dikekalkan, Plaintif tidak mungkin akan mencapai sasarannya kerana hanya jualannya daripada Produk-Produk Teras yang akan dipertimbangkan. Ini akan menyebabkan Plaintif tidak menerima sebarang bayaran insentif bagi tahun 2020.
4
Sebaliknya, Defendan atas niat baik melaksanakan Skim Insentif April 2021 yang menyebabkan Plaintif diberi ganjaran bayaran insentif selama 13 bulan. Berdasarkan Skin Insentif April 2021, Plaintif sepatutnya hanya menerima ganjaran bayaran insentif selama 12 bulan. Defendan-Defendan telah atas niat baik memberikan beliau satu bulan bayaran insentif lebihan. Dalam industri ini, seperti kebanyakan yang lain, pekerja-pekerja cenderung menerima bayaran bonus antara 1 hingga 3 gaji bulanan.
5
Semua Pengurus-Pengurus Akaun Utama, termasuk Plaintif, telah menerima bayaran insentif yang terbesar bagi tahun 2020 berbanding semua tahun-tahun yang lain dalam operasi-operasi Defendan-Defendan sehingga kini. Ini walaupun Defendan-Defendan telah mengalami keuntungan yang jauh lebih rendah bagi tahun 2020 berbanding tahun-tahun sebelumnya. [15] Surat Tawaran tersebut disempurnakan antara Plaintif dan Defendan Pertama. Tiada priviti kontrak antara Plaintif dan Defendan Ke-2. Plaintif adalah pada setiap masa pekerja Defendan Pertama dan menerima bayaran untuk gaji dan insentif daripada Defendan Pertama. Oleh itu, Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan Ke-2. [16] "FAQ" yang dirujuk oleh Plaintif di dalamnya tidak berkaitan dengan Skim-Skim Insentif dan tidak relevan dengan pertikaian ini. [17] Defendan-Defendan sebelum ini telah tersalah kira nilai jualan yang dicapai oleh Plaintif bagi tahun 2020 sebanyak RM6,781,287.38; ia sebenarnya RM 6,772,678.00. Pengiraan yang salah ini telah memberi manfaat kepada Plaintif. Pengiraan-pengiraan yang dinyatakan di dalamnya tidak diguna pakai kerana Skim Insentif yang terpakai bagi tahun 2020 adalah Skim Insentif April 2021 tersebut. [18] Ia adalah amalan biasa bagi syarikat-syarikat, termasuk Defendan-Defendan, untuk melarang pekerja-pekerja daripada membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan gaji dan pembayaran insentif, kerana ini adalah isu-isu sensitif. Malah sebelum tawaran pekerjaan Plaintif, Defendan-Defendan telah pada setiap masa melarang pekerja-pekerja daripada membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan gaji dan bayaran insentif. Larangan tersebut bukan khusus untuk Skim Insentif bagi tahun 2020. [19] Defendan-Defendan memohon agar tuntutan Plaintif ditolak dengan kos. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH. [1] Pihak-pihak dalam tindakan ini telah memanggil saksi sebagaimana berikut: SP1 - Wong Heong Yee – Plaintif SD1 - Izzhar Putra bin Amirudin - Commercial Director (Defendan Pertama) SD2 - Nelson Nheu - Chief Executive Officer (Defendan-Defendan) [2] Pihak-pihak telah bersetuju bagi isu-isu untuk dibicarakan sebagaimana dalam Lampiran 48 sebagaimana di bawah: 1) Samada Plaintif telah bergantung kepada Skim Insentif Ogos 2020 untuk keseluruhan 2020? 2) Samada Defendan-Defendan berhak atau dihalang untuk menyemak semula skim-skim insentif surat pekerjaan Plaintif bertarikh 17/4/2019? 3) Samada Defendan-Defendan perlu membayar jumlah RM222,545.21 kepada Plaintif sebagai insentif yang tertunggak? 4) Samada Plaintif diestop daripada menafikan hak Defendan-Defendan untuk menyemak semula skim-skim insentif, termasuk skim insentif Ogos 2020? [3] Beban pembuktian bagi tuntutan sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah merujuk keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact. [4] Dalam tindakan ini, Plaintif telah dilantik sebagai seorang Key Accounts Manager (KAM) di Syarikat Defendan Pertama melalui surat tawaran pekerjaan bertarikh 13/03/2019 (“Surat Tawaran Pekerjaan”). Dalam masa yang sama, Plaintif juga adalah pekerja kepada Defendan Kedua iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh kumpulan yang sama. [5] Ini adalah selari dengan keterangan SD1 sendiri semasa di Mahkamah. Mahkamah merujuk kepada pemeriksaan Balas SD1 antara lain menyatakan seperti berikut: “TMR: Can you have a read at Question and Answer 2? DR. IZZ: So the question is what is your position in the Defendant’s. TMR: Yes. I just want to confirm that you are not an employee of the 2nd Defendant. My question is does your daily job require you to perform work for the 2nd Defendant? TMR: Would you agree if I suggested that both the 1st Defendant and the 2nd Defendant belong to the same group under the PAH Group? TMR: As the commercial director for the Defendants, does your scope of work include supervising the performance of KAMs, key account managers, which includes the Plaintiff? TMR: Then would you agree if I suggested that the Plaintiff also performs work for the 2nd Defendant? “TMR : And if I suggested that the Plaintiff’s collection of invoices on behalf of the 2nd Defendant is included in the calculation when calculating her incentive scheme, would you agree? SD-1 : Sorry, could you repeat the question? TMR : Yes. The Plaintiff’s collection on behalf of the 2nd Defendant is included when calculating her incentive scheme? SD-1 :Yes.” [6] Oleh demikian, dakwaan Defendan-Defendan bahawa “Surat Tawaran tersebut disempurnakan antara Plaintif dan Defendan Pertama. Tiada priviti kontrak antara Plaintif dan Defendan Ke-2” adalah tidak berasas. Dalam pembelaan Defendan-Defendan juga sejak awal memplidkan pembelaan yang sama bagi kedua-dua Defendan dan bukan Defendan Pertama secara sendiri atau Defendan Kedua satu pendirian yang lain. [7] Oleh itu, dalam isu ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif perlu membuktikan tuntutan terhadap kedua-dua Defendan dan Defendan-Defendan adalah bergantung kepada pembelaan yang sama. [8] Tuntutan Plaintif di Mahkamah adalah untuk mendapatkan komisen yang tertunggak yang beliau layak dan sepatutnya dibayar oleh Defendan-Defendan. Ini adalah berdasarkan Klausa 1.5 Surat Tawaran Pekerjaan tersebut. Klausa 1.5 adalah sebagaimana berikut: “1.5 You will also be eligible to participate in the company’s sales incentive plan as declared by the board for each financial year”. [9] Plan insentif (sales incentive plan) ini adalah berdasarkan skema komisen yang ditetapkan oleh Defendan-Defendan dan berdasarkan jumlah jualan yang berjaya didapati oleh Plaintif. Kriteria yang perlu dicapai oleh Plaintif untuk menikmati komisen akan ditetapkan oleh Defendan-Defendan dari semasa ke semasa. [10] Ini adalah selari dengan: a) “Internal Memo – 2019 Commission Structure” bertarikh 22/9/2019 sebagaimana mukasurat 33 Ikatan Dokumen Bersama. Ia berkuatkuasa mulai “backdated from Januari 2019” dan “to be paid out by March 2020”. b) Skim komisen 2020 yang diperkenalkan pada 18/02/2020 berkuat kuasa dari 01/01/2020 hingga 31/12/2020. [11] Pada tahun 2020, Skim pertama telah disemak semula melalui skim komisen yang dikemas kini yang diperkenalkan pada 30/6/2020 yang berkuatkuasa pada 1/7/2020 sehingga 31/6/2021. Skim tahun 2020 kemudiannya ditukar pada 17/8/2020 dan 19/08/2020 yang juga berkuatkuasa dari 01/01/2020 hingga 31/12/2020. [12] Apa yang menjadi isu adalah Defendan-Defendan telah memilih untuk meminda skim komisen Ogos 2020 sekali lagi iaitu hanya pada April 2021. [13] Pada peringat ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa tindakan ini sendiri nampaknya tidak wajar dibuat pada peringkat ini kerana Skim ini diwujudkan untuk suatu sasaran (target) yang perlu dicapai dan terdapat peruntukan dalam skim-skim yang dinyatakan bahawa “Annual Commission to be paid out in April 2021”. Sudah semestinnya setiap Key Accounts Manager (KAM) akan bertungkuslumus mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Samada Plaintif telah bergantung kepada Skim Insentif Ogos 2020 untuk keseluruhan 2020? [14] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif sememangnya bergantung kepada Skim yang ditawarkan oleh Defendan-Defendan sejak beliau menyertai syarikat Defendan-Defendan sebagai Key Accounts Manager (KAM) dari tahun 2019. [15] Oleh sebab itu, Mahkamah dapati Plaintif dari keterangan menerima skim untuk tahun 2020 yang diperkenalkan pada 18/02/2020 dan juga skim yang dikemaskini yang diperkenalkan pada 30/6/2020, 17/8/2020 dan 19/08/2020. Ini kerana Skim ini tidak mempunyai banyak perbezaan dan ada asas yang Plaintif serta KAM lain akur tanpa bantahan. Tambahan pula, pada pandangan kasar Mahkamah, tempoh pindaan adalah dibuat sebelum berakhir tahun sasaran. Oleh sebab itu, ia tidak menjadi isu. [16] Ini dapat disahkan daripada keterangan SP1 dan juga SD1 sendiri sebagaimana di bawah: Pemeriksaan Balas SD1 TMR : Yes, 148A. And 152. Can you cross refer these two pages? You have it? 148A is the KAM incentive scheme 2020 in February. Can I just confirm with you, Dr Izz, because looking at these two documents, I think that the annual commission is the same and the quarterly revenue incentive is also the same. Can you confirm that? SD-1 : Yes, if you are checking about the percentage of the pay-out – TMR: Yes. SD-1 : Yes, it’s the same. TMR : The percentage of the pay-out is same? SD-1 : Yes. TMR : One more thing that is added in the August scheme is that there is a pay-out percentage according to the collection percentage. Is that correct? SD-1 : That is correct, yes. Pemeriksaan Balas SP1 CT: Ms Wong, the fact that you accepted all these payments even when the schemes are changed, you accepted them without dispute, that means that you accepted that my clients have the right to change the scheme. Do you agree? WONG: Disagree. Pemeriksaan Semula SP1 TMR: It was also asked towards the end of the questions, it was asked to you that, you know there was a February scheme, there was a June scheme, there were two August schemes. You have actually chosen the August scheme for the entire year. And my recorded answer here is disagree. Can you please explain that? WONG: Because the commission scheme for February is for the core business before the pandemic of COVID-19. Then during the month of June, due to the fact that the pandemic of COVID has already started, so the company has came out with a special commission scheme specialise on COVID-19. And then a revision was held in August. The purpose of the revision was to actually omit the June commission scheme. And then it’s actually the same commission scheme as per the month of February. And then they have entered another clause is which is for collection. That’s all.” [17] Skim-Skim ini sangat penting bagi Plaintif dan KAM lain. Plaintif dan KAM bergantung sepenuhnya kepada skim-skim ini dalam menetapkan sasaran komisyen suku tahun dan tahunan mereka. Ini juga diberi perhatian oleh Defendan-Defendan yang mana boleh dilihat bahawa Defendan-Defendan akan memanggil perjumpaan (Townhall meeting), mengeluarkan memo dan juga FAQ bagi memberi penjelasan dan makluman berhubung isu ini. Samada Defendan-Defendan berhak atau dihalang untuk menyemak semula skim-skim insentif surat pekerjaan Plaintif bertarikh 17/4/2019? [18] Pada pandangan Mahkamah dan daripada keterangan yang ada, aduan Plaintif sebenarnya adalah berkait dengan pindaan skim komisyen/insentif yang dibuat pada April 2021 bagi sasaran tahun
2020
Ini jelas daripada keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SP1 CT: Let me come to the things you wanted to explain just now, Ms Wong. Correct me if I’m wrong. Your entire case is you are challenging this last change at page 279 and your reason, there are two main reasons, Ms Wong. The first reason is you say, you have worked hard through the year 2020. You should be allowed to be paid on the August 2020 scheme. Because you already worked hard through 2020. You should be paid on the August 2020. The company cannot change last minute in April. That’s one of your arguments, correct? WONG: Correct. [19] Defendan-Defendan pula pada kesemua masa material bergantung kepada klausa 1.5 Surat Tawaran berhubung hak Defendan-Defendan untuk mengubah, menilai semula dan meminda Skim-skim tersebut. Ini disahkan oleh SD2 sebagaimana keterangan di bawah: Pemeriksaan Utama SD2 “…Importantly, this was accepted by the Plaintiff as recorded in clause 1.5 of her employment letter which specifically states that the Plaintiff was eligible to participate in the 1st Defendant’s sales incentive plans as declared by the 1st Defendant for each financial year [p.27, Encl.49]. The phrase “as declared by the 1st Defendant” gives the 1st Defendant full discretion on the incentive schemes. Pemeriksaan Balas SD2 “TMR: At the same time, the KAMs are entitled to incentives. But at the same time, they are subject to the absolute discretion of the Defendants to amend the formula at any time. Is that your evidence, Dr Nelson? DR. NELSON: Yes.” [20] Mahkamah tidak menafikan terdapat klausa 1.5, klausa 14 Surat Tawaran serta perkataan “Management may review scheme depending on Company financial performance for the year” pada setiap skim yang dipinda. Walaupun begitu, adakah Defendan-Defendan berhak meminda sewenang-wenangnya dan pada bila-bila masa yang dirasakan perlu? Adakah ia boleh di buat secara satu pihak (unilateral) atau dengan mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak. [21] Berhubung isu persetujuan, Mahkamah ingin ulang semula berhubung skim-skim sebelum pindaan April 2021 yang telah diterima Plaintif tanpa bantahan. Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif tidak menolak skim-skim tersebut kerana ia tidak banyak perbezaan dan masih dalam tempoh sasaran yang dibuat. [22] Ia juga bukan tidak sama sekali bermaksud atau merupakan representasi yang jelas bahawa Plaintif akan bersetuju dengan semua pindaan kepada skim komisen pada masa hadapan. [23] Mahkamah juga bersetuju dengan pihak Plaintif bahawa berdasarkan kes PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO SDN BHD V. CHENG CHOR TONG & ORS [2006] 5 MLJ 431 Defendan-Defendan tidak dapat bergantung kepada estoppel kerana gagal membuktikan representasi yang jelas dan tidak berbelah bahagi yang dibuat oleh Plaintif, serta pergantungan kepada representasi tersebut oleh Defendan-Defendan. [24] Plaintif juga tidak bersetuju dengan pendirian Defendan-Defendan berhubung hak mereka meminda skim-skim yang ada mengikut kehendak mereka sendiri. Ini boleh dilihat daripada keterangan SP1 sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SP1 CT: Based on the document I showed you earlier Ms Wong, in particular two things. One is your letter of employment, Clause 5.1. And the second one is the August scheme at the bottom where it will say management has the right to review. Do you remember these two documents, Ms Wong? Your letter of employment, Clause 5.1 and the August scheme that says, management has right to review. Do you remember these two? WONG: Remember. CT: Ms Wong, as a matter of contract, looking at your Clause 1.5, the wording clearly says that you are entitled to bonus but it would be as declared by the board. Which means Ms Wong, that as a matter of law, the bonus and the formulas are all to be decided, the right to decide is with the Defendants. Do you agree? WONG: I agree but I wish to give another explanation, if I may? CT: Ms Wong, is your explanation that, I can guess because I think I’ve seen in it in your witness statement. Your explanation is this. The company can change but not when at the last minute after we have already worked through the whole year. That’s your explanation. Is that correct? WONG: Yes. [25] Ini yang menjadi isu utama. Pindaan April 2021 adalah dibuat disaat akhir dan setelah semua KAM bekerja bersungguh-sungguh mengikut sasaran yang sedia ada yang telah ditetapkan oleh Defendan-Defendan sendiri. Ini selari dengan keterangan SD1 yang mana konsisten menyatakan skim ini diperkenalkan setiap tahun dan semua pihak termasuk KAM dan Defendan-Defendan akan bergantung kepadanya. Pemeriksaan Balas SD1. TMR : As a matter of practice, Dr Izz, for the Defendants, do you agree if I suggested that the Defendants would announce a new commission scheme to be followed by the KAMs every year? SD-1 : Sorry, could you repeat the question again? TMR : Yes. Do you agree that the Defendants would announce a new commission scheme to be followed by KAMs every year? Yes. … TMR : Would you agree with me if I suggested that the announced commission scheme for each year would be applied to the entire year? Yes. Generally, if I can just add? TMR : Generally. Generally, yes. [26] Perkataan “management has right to review” dan “the right to decide is with the Defendants” dalam Surat Tawaran tidak dapat dinafikan dan ia wujud dalam Surat Tawaran. Walaupun begitu, Mahkamah membuat dapatan bahawa Defendan-Defendan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah atau membuat keputusan mengikut kesesuaian Defendan-Defendan semata-mata. [27] Sebagai contoh, Plaintif atau KAM lain tidak mencabar pindaan, kemaskini, perubahan lain yang dibuat pada tahun 2020 walaupun bukan sekali pindaan dibuat. Ia masih munasabah kerana dibuat dalam tahun atau tempoh sasaran yang ditetapkan dan belum tamat tempoh tersebut. Pada peringkat ini, adalah adil dan munasabah untuk Defendan-Defendan begantung kepada terma tersebut. [28] Masalahnya adalah pindaan yang dibuat pada April 2021 bagi tahun sasaran 2020 yang mana Mahkamah faham tempoh akhir jika sekalipun Defendan-Defendan ingin menyemak semula, ia sepatutnya paling lewat adalah pada Mac 2021 kerana bayaran bous dan insentif ini adalah bagi suku tahun (quarterly) (Annual Commission to be paid out in April 2021). [29] Tindakan Defendan-Defendan ini jelas suatu pemikiran semula (after thought) tanpa mempedulikan hak dan nasib Plaintif atau KAM di bawah seliaannya. [30] Pindaan skim di saat-saat akhir adalah suatu pemikiran semula dan tidak adil serta menindas. SD1 sendiri akui Defendan-Defendan adalah bergerak dan bertindak secara konsisten sepanjang tahun dengan sasaran yang telah ditetapkan dan tidak akan mengubah skim sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagaimana keterangan berikut: Pemeriksaan semula SD1 CT: And I believe you wanted to explain a bit more after you said “generally yes.” Can you kindly explain? DR. IZZ: Yes. So, you know we, when we come out with this commission schemes, as management we don't want to change it often so we want to stick with it and be consistent throughout the whole financial period. In this particular year, as we all know it was, we got hit by the COVID pandemic and went through multiple waves of the pandemic. So with that, the company had to pivot and you know, focus on COVID products and we also had issues with collections. So this is why the commission schemes would, in this particular case, had to be revised during the year.” [31] Keterangan SD1 bercanggah dengan keterangan SD2 dalam isu ini. Ini boleh dibandingkan daripada keterangan SD2 sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SD2 TMR: I understand where you are coming from, Dr Nelson. Essentially, let me summarise your position and you can correct me if I’m wrong. Year 2020 was uncertain due to COVID, the pandemic. According to you, you and Dr Izz have informed the KAMs verbally multiple times that the incentive schemes are subject to change. And No.3, that under the footnote, you say that the incentive scheme is very likely to change according to the financial circumstances of the company. Is that correct? DR. NELSON: Yes. TMR: Essentially, three points. Let’s take that point by point, Dr. Is there anything in this incentive scheme over here that suggests to a reader of the incentive scheme that this incentive scheme is uncertain and its subject to change? DR. NELSON: Yes, the footnote. TMR: Can you just read the footnote for me very quickly please. DR. NELSON: Ok. TMR: Does it say uncertainty or does it say that it is subject to change because of the uncertain nature of the year? Or anything along that line, Dr? DR. NELSON: No, it doesn’t say but it certainly implies it. TMR: Alright. DR. NELSON: Implies the message. TMR: What it says in the footnote here is management review scheme depending on company financial performance for the year. DR. NELSON: Correct. TMR: The uncertainty over here that you are mentioning is the uncertainty of the company’s financial performance. Not the uncertainty of the situation created because of COVID. Is that correct? DR. NELSON: No. That’s not correct. So, uncertainty really is how much of our financial performance is going to be impacted by COVID testing. TMR: Ultimately, it is the company’s financial performance that you are uncertain of that might lead to changes to the incentive scheme. Is that correct? DR. NELSON: Yes, but obviously, the company’s financial performance will be impacted by the economy. TMR: Because your testimony is that if you look at the footnote, you would know it is very likely to change. My question is, the word “very likely” doesn’t appear here. The word – DR. NELSON: I know, It doesn’t appear there. [32] Mahkamah membuat dapatan bahawa sebenarnya, pindaan mengikut budibicara Defendan-Defendan semata-mata mengikut keperluan dan kehendak mereka sahaja. Ini boleh dilihat daripada keterangan SD2 sebagaimana berikut: Keterangan balas SD2 TMR: And according to your testimony, the Defendants’ absolute discretion can be exercised at any time and the KAMs have no other choice other than to accept the formulas determined by the Defendants. DR. NELSON: Actually, yes, we’ve been doing this ever since the – TMR: You have always bene changing the incentive scheme. DR. NELSON: No, we haven’t been changing. But we’ve never considered the changing is something that we cannot do. DR. NELSON: So, we are at liberty of changing because especially with the COVID. The market moved so much that it just, it did not make sense to use the same commission. TMR: Whatever the formulas maybe determined by the Defendants, the KAMs would have to accept it. Is that your evidence? DR. NELSON: The short answer is yes but I’ll like to expand on that.” [33] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif berhak menerima komisen berdasarkan skema komisen yang ditetapkan oleh Defendan-Defendan dan berdasarkan jumlah jualan yang berjaya didapati oleh Plaintif. Pindaan skim pada April 2021 dibuat secara berat sebelah, tidak adil dan secara satu pihak (unilateral). [34] Saksi Defendan memberi keterangan bahawa klausa 14 Surat Tawaran tidak terpakai kepada skim komisyen. Ini sebagaimana keterangan SD2 semasa Pemeriksaan Balas sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SD2 TMR: And coming back to the offer of employment, Dr Nelson, at page 31 of the same bundle. Clause 14 which I’ve referred to you earlier. DR. NELSON: Ok TMR: Do you agree that amendments to the terms and conditions will only be affected after consultation? DR. NELSON: I disagree. TMR: According to Clause 14, yes, amendments will only be effected but you do not agree entirely in this case. Is that correct? DR. NELSON: Can I explain? TMR: You can. DR. NELSON: Ok. Clause 14 does not talk about the commission scheme itself. We deliberately leave out any kind of incentive scheme because it’s subject to change from time to time. So, the Clause 14 addresses whatever is stated in the employment contract. TMR: Clause 14 only addresses terms that are reflected in the employment contract. In your opinion, it does not include incentive schemes introduced by the company. Is that correct? DR. NELSON: The scheme itself, correct (00:40:27). TMR: Yes, in the scheme, ok. DR. NELSON: Correct. DR. NELSON: The fact that they are entitled to an incentive is written – [35] Kesimpulan yang Mahkamah boleh buat adalah bahawa Defendan-Defendan menterjemah Surat Tawaran/Perjanjian mengikut kesesuaian dan apabila ia menyebelahi Defendan-Defendan sahaja. Terma Surat Tawara nada menyebut tentang hak untuk skim insentif/komisyen. Klausa 14 dalam Surat Tawaran menyentuh berhubung sebarang pindaan perlu dibuat selepas perbincangan dan melalui hitam putih (bertulis). [36] Memandangkan Tiada perbincangan dibuat dengan Plaintif sebelum pindaan dalam bulan April 2021 dan ia bertentangan dengan Klausa 1.5 dan klausa 14 Surat Tawaran Pekerjaan. [37] Pindaan skim komisyen secara unilateral dalam bulan April 2021 adalah satu tindakan tidak adil dan menindas Plaintif yang mana Plaintif telah bekerja keras untuk mencapai sasaran sebagaimana ditetapkan bagi tahun sebelumnya. [38] Defendan berfikiran terkemudian (afterthought) dan menjaga kepentingan serta keuntungan sendiri dan mengabaikan hak pekerja/Plaintif dalam membantu syarikat. Pembelaan/isu estoppel tidak boleh digunapakai oleh Defendan pada peringkat ini. [39] Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan. Keterangan SD1 dan SD2 pula bercanggah terutama dibahagian pindaan kepada skim yang mana satu pihak memberi keterangan bahawa syarikat sangat konsisten dengan skim yang dikeluarkan manakala satu pihak lagi memberi keterangan bahawa perubahan-perubahan adalah perlu dan biasa bergantung kepada keadaan ekonomi syarikat. [40] Tindakan Defendan-Defendan menukar dan meminda Skim setelah selesai tahun sasaran diakui sendiri oleh pihak Plaintif semasa menyoalbalas SP1 sebagaimana keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SP1 CT: In particular, I’m referring you to page 279, Ms Wong. WONG: Can see. CT: Page 279, this is when the Defendant said, “alright we have finished the year 2020. Finished the financial accounts, we are now changing the incentive scheme for the last time into the formula” at page 279. WONG: Yes. CT: And it is this particular formula, this last change, this is the one that you are challenging, you are disputing, correct? WONG: Yes Pemeriksaan Balas SD2 TMR: And I also put it to you that the April 2021 amendment was done after the end of 2020. DR. NELSON: Yes. [41] Mahkamah menilai juga tindak tanduk Defendan-Defendan dalam menangani isu ini. Masalah lain berhubung Surat Tawaran pekerjaan atau kontrak pekerjaan Plaintif tidak pernah timbul sebelum ini. Begitu juga dengan skim-skim insentif/komisyen yang ditawarkan sebelum pindaan April 2021. [42] Defendan-Defendan konsisten pada setiap masa dalam isu skim komisyen/insentif ini sebelum April 2021. Wakil Defendan-Defendan khususnya SD1 menggalakkan dan menyatakan penghargaan kepada Plaintif dan KAM selepas mencapai sasaran bagi skim yang ditetapkan. Ini boleh dilihat daripada Whatssap dalam kumpulan Whatsapp di mukasurat 154 Ikatan B dan keterangan sebagaimana berikut:
5
Pemeriksaan Utama SD1 Q: Please refer to page 154 of Enclosure 49. Can you explain in brief what is this document about? A: This is a message sent by me on 16.10.2020 in the WhatsApp group chat to all Key Account Managers. In short, I sent this message to congratulate the Key Account Managers who had achieved their sales targets in the third quarter of 2020, and to inform them that the company will pay their respective quarterly incentives in October 2020. [43] Kenyataan Defendan-Defendan bahawa hak membuat apa-apa keputusan sepenuhnya dibawah Defendan-Defendan dan tidak perlu merujuk kepada Plaintif atau KAM juga tidak benar kerana Defendan-Defendan sememangnya mengalu-alukan maklumbalas daripada pihak KAM dan kakitangan bawahannya melalui email, Whatsapp, memo dan “townhall meeting”. Ini selari dengan keterangan SD1 seperti berikut:
6
Pemeriksaan Utama SD1 Q: Please refer to page 155 of Enclosure 49. Can you explain in brief what is this document about? A: This is a WhatsApp message that I sent to all Key Account Managers sometime in 2020. If my memory serves me correctly, this message aimed to address the Key Account Managers’ complaints regarding the delayed payout of the 2019 annual incentive, as well as their dissatisfaction with the Incentive Scheme introduced by the company in early 2020, which excluded the sales of Covid tests.” [44] Tindak tanduk Defendan-Defendan juga menunjukkan skim April diubah di saat-saat akhir dan merupakan pemikiran semula (afterthought). Ini kerana, daripada keterangan SD1 dan SD2, mereka perlu merujuk kepada CEO terlebih dahulu bagi setiap skim. Pemeriksaan Balas SD1 TMR: Let’s put it at that, July or August 2020. If you look at page 155, Dr Izz, at point No.5, you mentioned “management.” And the word “management” also appears in page 152 at the bottom of the page. Where it says “The management may review scheme depending on company financial performance for the year.” TMR: Just want to confirm, Dr Izz, “management” means the committee that is between you, Dr Nelson and Mr Daybalan. Is that correct? TMR: And just to confirm, this committee of three people doesn’t include any director sitting in the board of directors. Is that correct? DR. IZZ: I'm not sure. Pemeriksaan semula SD2 CT: Can you just kindly explain first what do you mean by senior managers? Who are these senior managers? DR. NELSON: Actually, so again, we never consult commission schemes with the sales staff. We seek feedback, just would like to clarify that. We did consult for the April 2021 scheme. We did consult both Dr Izz, the commercial director and Mr Daya, senior advisor to the commercial team. And myself. So, the three of us were the ones who pretty much drew the 2021 commission in April. CT: Ok. DR. NELSON: Yes. And it was actually brought up to the Group CEO and again, we consulted him. And he did give his feedback and his amendments which we also took into consideration. CT: And just to clarify from that. When you say that the Defendants nevertheless sought feedback from the sales team, just to clarify, are you talking about seeking feedback from the sales team only for the, for example, sorry. There are a few schemes at play here. February 2020, June 2020, August 2020 and then, finally the April 2021. Just to be clear, when you say that the Defendant sought feedback from the sales team, was it for only one scheme or which one was it? DR. NELSON: Actually, we didn’t seek feedback from the Defendants for, sorry, from the sales team for the April commission scheme. For the June one, actually, it was straightforward. Feedback was from many members of our sales team including the commercial director. [45] Keterangan ini sekali lagi menunjukkan bahawa Defendan-Defendan memilih untuk merujuk atau membuat keputusan sendiri tanpa merujuk bergantung kepada kehendak mereka sendiri sahaja. Ada skim yang dirujuk, ada skim yang tidak dirujuk. Tindakan Defendan-Defendan tidak konsisten. [46] Mahkamah merujuk kepada kes DUA RESIDENCY MANAGEMENT CORPORATION V. EDISI UTAMA SDN. BHD. & ANOR [2021] CLJU 174; [2021] 1 LNS 174; [2021] MLJU 140 yang menyatakan seperti berikut: "Agreement is not a mental state, but an act, and as an act, is a matter of inference from conduct. The parties are to be judged not by whats in their minds but what the have said or written or done". Samada Defendan-Defendan perlu membayar jumlah RM222,545.21 kepada Plaintif sebagai insentif yang tertunggak? [47] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan tuntutan dan kiraan komisyen yang sepatutnya diperolehi oleh Plaintif berdasarkan keuntungan tahunan Defendan-Defendan sebagaimana diplidkan oleh Plaintif di perenggan C – perenggan 20 hingga 25. [48] Jumlah ini juga diakui oleh SD2 sebagaimana keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD2 TMR: Well, the Plaintiff’s calculation, Dr Nelson, was that under the August 19th commission scheme, she was entitled to RM260,000 over while after the amendment, it was reduced to RM46,000. Would you agree with that? DR. NELSON: Yes, I would agree with that. [49] Defendan-Defendan tidak pernah mencabar kiraan ini. Ia juga adalah berdasarkan formula yang telah ditetapkan oleh Defendan- Defendan. Adalah tidak dinafikan dan diakui oleh pihak Defendan-Defendan sendiri bahawa jika skim ini tidak dipinda, Plaintif layak dan berhak menerima jumlah RM268,926.39 dan jika ditolak dengan komisyen yang telah dibayar iaitu RM46,381.18 meninggalkan baki RM222,545.21 yang merupakan jumlah yang dituntut oleh Plaintif di sini. Samada Plaintif diestop daripada menafikan hak Defendan-Defendan untuk menyemak semula skim-skim insentif, termasuk skim insentif Ogos 2020? [50] Isu ini telah terjawab dalam ulasan Mahkamah di atas. Hak Defendan-Defendan untuk menyemak semula tidak dapat dinafikan. Walaupun begitu, tindakan tanduk Defendan-Defendan sendiri tidak selari dengan Surat Tawaran dan juga tidak dibuat dengan suci hati (bona fide) dan juga merupakan satu pemikiran semula (after thought). Kesimpulan. [51] oleh demikian, setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif seperti diperenggan 32 Penyataan Tuntutan seperti berikut: i) Jumlah bayaran komisyen tertunggak sebanyak RM222,545.21; ii) Faedah atas baki hutang prinsipal sebanyak RM222,545.21 pada kadar 5% setahun dari Tarikh saman sehingga Tarikh penghakiman; iii) Faedah atas baki hutang prinsipal sebanyak RM222,545.21 pada kadar 5% setahun dari Tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh; iv) Kos mengikut skala. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :24/9/2024 PEGUAMCARA PLAINTIF: EN. TUW MIN RIC CIK CHEE WAI YEE CIK LEE HUIING [TETUAN ONG, RIC & PARTNERS] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. CLINTON TAN CIK RACHEL NYOW QIANG WEI [TETUAN CLINTON TAN]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.