Lampiran
Lampiran 1 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1953631 2 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6193954 3 (1) Keping RM 100: No Siri DJ9287710 15 4 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4138474 5 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7050287 6 (1) Keping RM 100: No Siri DJ3764066 7 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5240937 8 (1) Keping RM 100: No Siri DJ8679055 20 9 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5437892 10 (1) Keping RM 100: No Siri DJ3374726 11 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4041073 12 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1408616 13 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4810004 25 14 (1) Keping RM 100: No Siri DJ2741186 15 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7620457 16 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4406503 17 (1) Keping RM 100: No Siri DJ8876464 S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 3 | P a g e 18 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6948987 19 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1621770 20 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5104538 21 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7701803 22 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5233066 5 23 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6204219 24 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1346413 25 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4345766 26 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6268487 27 (1) Keping RM 100: No Siri DJ2050618 10 28 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6498561 29 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1968750 30 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5200129 31 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4220529 32 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7890888 15 33 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5388791 34 (1) Keping RM 100: No Siri DJ2523188 35 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7051075 36 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4991847 37 (1) Keping RM 100: No Siri DJ8167352 20 38 (1) Keping RM 100: No Siri DJ8852802 39 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7982912 40 (1) Keping RM 100: No Siri DJ1919320 41 (1) Keping RM 100: No Siri DJ2473123 42 (1) Keping RM 100: No Siri DJ3208837 25 43 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6075696 44 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7866276 45 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4464849 46 (1) Keping RM 100: No Siri DJ6301403 S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 4 | P a g e 47 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4458031 48 (1) Keping RM 100: No Siri DJ8144068 49 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7887689 50 (1) Keping RM 100: No Siri DJ3464406 51 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7985488 5 52 (1) Keping RM 100: No Siri DJ7445801 53 (1) Keping RM 100: No Siri DJ4965513 54 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5396791 55 (1) Keping RM 100: No Siri DJ3624066 56 (1) Keping RM 100: No Siri DJ2962679 10 57 (1) Keping RM 100: No Siri DJ5631748 [2] OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut dan telah memohon untuk dibicarakan. 15 [3] Untuk membuktikan kes terhadap OKT, pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima (5) orang saksi seperti yang berikut: Bil. SP Nama Saksi Jawatan/Peranan (a) SP1 Syarurizal bin Mohd Sabri Pegawai Bank Negara Malaysia (b) SP2 Mervyn Tan Jian Yu Pengadu (c) SP3 Insp. Muhammad Hafiz bin Mohd Saidi Pegawai Tangkapan (d) SP4 Insp. Burhan bin Abdullah Pegawai Kawad Cam (e) SP5 Insp. Mohamad Ridhwan bin Ramli Pegawai Penyiasat [4] Pada 27/10/2025 setelah mendengar keseluruhan keterangan kes pendakwaan dan membuat penilaian maksima, Mahkamah 20 mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 5 | P a g e facie terhadap OKT. OKT telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pindaan tersebut tanpa dipanggil untuk membela diri. [5] Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati di atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan. 5 B. RINGKASAN FAKTA KES [6] Pada 02/07/2023 jam lebih kurang 4 petang, SP2 telah menerima pesanan WhatsApp daripada nombor telefon 010-7084896 yang 10 berminat untuk membeli kasut yang diiklankan oleh SP2 di aplikasi Carousell seperti yang berikut: (a) Sepasang Nike 1 University Blue UK 8.5 RM1750; (b) Sepasang Adidas Yeezy Slide Axure UK 9 RM450; (c) Sepasang Adidas Yeezy 350 UK 9.5 RM1650; dan 15 (d) Sepasang Adidas Yeezy 350 Pirate Black UK 9 RM1850. [7] Pada jam lebih kurang 11.10 malam, SP2 kemudiannya telah pergi ke Jalan Impian Emas 3, Taman Impian Emas, Skudai, Johor dan berjumpa OKT. OKT telah meminta untuk melihat kasut-kasut 20 tersebut dan SP2 telah menunjukkannya kepada OKT. Setelah berpuas hati dengan keadaan kasut-kasur tersebut, OKT bersetuju untuk membayar RM5,700.00 dan menyerahkan wang note RM100 sebanyak 57 keping [selepas ini dirujuk sebagai “Eksibit P7(1-57)” / “barang kes”] kepada SP2. Setelah transaksi tersebut selesai, 25 mereka masing-masing telah beredar dari tempat kejadian. [8] Pada jam lebih kurang 11.30 malam setibanya SP2 di rumah, SP2 melihat semula barang kes tersebut dan mendapati bahawa ia S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 6 | P a g e berwarna agak berbeza daripada biasa. Dari segi sentuhan dan rasa juga berbeza daripada duit biasa. SP2 mengesyaki bahawa barang kes tersebut adalah palsu. [9] SP2 kemudiannya telah memasukkan barang kes tersebut ke 5 dalam sampul plastik dan membawanya ke balai polis. Laporan polis SP2 adalah sebagaimana Eksibit P16. SP2 kemudiannya telah menyerahkan barang kes tersebut kepada SP5 selaku Pegawai Penyiasat sebagaimana dalam Borang Serah Menyerah Eksibit P17. SP5 telah mengambil gambar barang kes dan merekodkan 10 nombor siri wang barang kes serta menghubungi pihak Bank Negara untuk penetapan temujanji berhubung pengesahan ketulenan wang tersebut. SP5 kemudiannya telah menyimpan barang kes tersebut di dalam peti besi berkunci dalam bilik SP5 yang berkunci. 15 [10] Pada 07/07/2023, SP5 telah membawa barang kes tersebut ke Bank Negara Malaysia Cawangan Johor dan menyerahkannya kepada SP1 yang merupakan pegawai Bank Negara Malaysia untuk pengesahan ketulenan wang. 20 [11] SP1 telah membuat pemeriksaan ke atas barang kes tersebut secara fizikal dan hasil analisa SP1 mengesahkan bahawa barang kes tersebut adalah palsu. Pada tarikh yang sama, SP1 telah mengeluarkan laporan berserta sijil di bawah seksyen 399A Kanun 25 Tatacara Jenayah (selepas ini dirujuk sebagai “KTJ”) dan Surat Akuan sebagaimana Eksibit P8(A-H). SP1 kemudiannya telah menyerahkan barang kes tersebut kepada SP5 dalam beg bahan bukti Bank Negara Malaysia iaitu Eksibit P4. S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 7 | P a g e [12] OKT kemudiannya telah berjaya ditangkap dan hasil pandu arah OKT, 4 pasang kasut iaitu Eksibit P10, P11, P12 dan P13 yang dibeli OKT daripada SP2 telah ditemui. Kesemua kasut tersebut telah berjaya dicamkan oleh SP2. SP2 juga telah berjaya camkan bahawa OKT lah yang telah menyerahkan Eksibit P7 (1-57) hasil 5 pembelian ke atas Eksibit P10, P11, P12 dan P13 tersebut. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [13] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa Mahkamah 10 perlu meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan di akhir kes pendakwaan untuk menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [14] Seksyen 173(f) KTJ memperuntukkan bahawa pihak pendakwaan 15 hendaklah membuktikan suatu kes prima facie di akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: “Procedure in summary trials 20 173. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trial: (a) … … (f) (i) When the case for the prosecution is concluded the 25 Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 8 | P a g e (ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order for acquittal. …” [15] Definisi perkataan prima facie telah banyak dibincangkan dan 5 diputuskan dalam kes-kes dari Mahkamah Tinggi sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Dalam kes BALACHANDRAN V. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa— 10 “The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase “prima facie case” …A prima facie case is therefore one that is sufficient for 15 the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by the evidence in rebuttal.” [16] Prinsip dalam kes BALANCHANDRAN ini diikuti seterusnya dalam 20 kes AHMAD NAJIB BIN ARIS LAWAN PENDAKWA RAYA [2009] 2 CLJ 800 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan kedudukan undang-undang di akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: 25 “In dealing with the question as to the position of the law at the end of the prosecution’s case and the steps to be taken by the trial Judge, useful reference may be made to the judgment of this Court S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 9 | P a g e in Balachandran v. P.P. (2005) 1 AMR 321 [(2005) 2 MLJ 301 – Tag 2] where the following pronouncements were made: (a) In deciding whether a prima facie case has been established under the new section 180 CPC, a maximum 5 evaluation of all the evidence adduced by the prosecution must be done and a prima facie case is one that is sufficient for the accused to answer, and the evidence adduced must be such that it can only be surmounted by evidence in rebuttal. 10 (b) If the evidence is unrebutted, and the accused remains silent, he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution’s case is whether there is sufficient evidence to convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the 15 affirmative, meand that a prima facie case has been made out. (c) Whenever the accused has chosen to remain silent, there is no necessity to re-evaluate the evidence to determine 20 whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence.” [17] Dalam kes LOOI KOW CHAI & ANOR v. PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah juga telah memutuskan bahawa— 25 “The correct test to be applied whether a prima facie case had been made out under S. 180 CPC was that as encapsulated in the judgement of Hashim Yeop Sani FJ in Dato’ Mokhtar Hashim & Anor S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 10 | P a g e v. PP. Therefore, a judge sitting alone under S. 180 of the CPC must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question “if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case?” If 5 the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…”. [18] Berdasarkan kepada peruntukan dan nas undang-undang yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa Mahkamah bertanggungjawab 10 untuk membuat penilaian dan pertimbangan maksima terhadap semua keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan sama ada ia dapat menimbulkan satu kes prima facie terhadap OKT. 15 D. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 489B KANUN KESEKSAAN [19] Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen seperti yang berikut bagi membuktikan pertuduhan pindaan di 20 bawah seksyen 489B Kanun Keseksaan ke atas OKT: (a) Bahawa barang kes [Eksibit P7(1-57)] adalah palsu; (b) OKT menggunakan Eksibit P (1-57) sebagai tulen; dan (c) OKT mengetahui bahawa Eksibit P7(1-57) adalah palsu. 25 S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 11 | P a g e ELEMEN PERTAMA: BAHAWA BARANG KES [EKSIBIT P7 (1-57)] ADALAH PALSU [20] SP1 yang merupakan seorang pegawai Bank Negara di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah diberi kuasa oleh 5 Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan sijil di bawah seksyen 399A KTJ. Surat pemberian kuasa kepada SP1 adalah sebagaimana Eksibit P1. [21] SP1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa Eksibit P7(1-57) 10 telah dianalisa oleh beliau dan berdasarkan analisa tersebut, SP1 telah mendapati barang kes tersebut merupakan wang palsu yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan tulen wang kertas Bank Negara Malaysia seperti yang berikut: (a) diperbuat daripada kertas yang tidak sama dengan wang tulen 15 di mana wang tulen dibuat daripada kapas dan akan berasa lembut; (b) cetakan bunga raya berada dalam keadaan statik dan sepatutnya jika ia wang tulen akan bergerak-gerak; (c) pada bahagian belakang tiada ciri-ciri keselamatan glossy patch 20 yang sepatutnya berwarna keemasan; (d) tiada perkataan RM100 di bahagian atas dan bawah note; (e) melalui pemeriksaan UV light, line microfiber hanya mempunyai warna kuning sahaja yang mana sepatutnya mempunyai 3 warna iaitu merah, biru dan kuning; dan 25 (f) menggunakan kanta pembesar, huruf micro BNM RM100 di bawah Gunung Kinabalu berada dalam keadaan pecah dan tidak kemas. S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 12 | P a g e [22] SP1 telah berpuas hati dan membuat kesimpulan bahawa barang kes iaitu Eksibit P7(1-57) adalah matawang palsu. [23] SP1 kemudiannya telah mengeluarkan Sijil Perakuan di bawah seksyen 399 KTJ sepertimana Eksibit P8(A-H). 5 [24] Mahkamah berpuas hati bahawa elemen ini berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. ELEMEN KEDUA: OKT MENGGUNAKAN EKSIBIT P7(1-57) SEBAGAI 10 TULEN [25] SP2 merupakan pengadu/mangsa dalam kes ini adalah seorang penjual kasut di platform aplikasi dalam talian yang dinamakan Carousell. SP2 dalam keterangannya mengatakan bahawa beliau 15 telah mendapat tempahan daripada seorang individu iaitu OKT yang berminat membeli kasut yang dijual olehnya. SP2 kemudiannya telah pergi ke tempat kejadian dan berjumpa dengan OKT. 20 [26] SP2 kemudiannya telah menunjukkan kasut-kasut tersebut kepada OKT dan OKT bersetuju untuk membeli kasut-kasut tersebut. OKT kemudiannya telah menyerahkan Eksibit P7(1-57) kepada SP2 sebagai pembayaran kasut tersebut. SP2 telah camkan OKT dengan jelas, baik semasa perjumpaan tersebut mahupun dari 25 kandang OKT semasa perbicaraan. Pandangan SP2 tidak terhalang semasa sedang berurusan dengan OKT dan dapat camkan OKT kerana mereka berbual agak lama. Tambahan pula, S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 13 | P a g e OKT tidak memakai pelitup muka ketika penyerahan barang kes dilakukan kepada SP2. [27] Hasil pandu arah OKT, kasut-kasut tersebut telah berjaya dijumpai di rumah No. 4, Jalan Bunga Ros 4, Taman Sri Kulai Baru 5 sebagaimana laporan polis Eksibit P2. Ini berdasarkan keterangan Pegawai Tangkapan iaitu SP3. Kasut-kasut tersebut telah berjaya dicamkan oleh SP2 di Mahkamah. ELEMEN KETIGA: OKT MENGETAHUI BAHAWA EKSIBIT P6 10 ADALAH PALSU [28] Berhubung isu pengetahuan atau niat ini, Mahkamah merujuk kepada kes MUHAMMAD AKMAL ZUHAIRI AZMAL & YANG LAIN V. PP & SATU LAGI RAYUAN [2025] 4 CLJ 837; [2025] 3 15 MLRA 609 di mana Mahkamah Persekutuan telah membincangkan mengenai isu niat dan bagaimana ia dibuktikan. Mahkamah Persekutuan menyatakan— "[71] Berhubung isu ini, niat seseorang itu merupakan suatu 20 persoalan fakta yang pastinya tidak dapat dibuktikan melalui keterangan langsung. Pembuktian niat ini perlu diteliti melalui inferens daripada perbuatan perayu dan keadaan sekeliling yang relevan. Ini dijelaskan juga oleh Thomson H dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 1 MLRH 44 25 seperti berikut: "Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 14 | P a g e inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case." [72] Selanjutnya dalam buku Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edn, di ms 1274, isu niat ini telah dikupas dan 5 dijelaskan seperti yang berikut: "Intention how to be deduced-The intention is a question of fact which is to be gathered from the acts of the parties. The Law books as regards intention to the natural result of a man's 10 act, and not to the condition of his mind. So, when a normal man does an act, he should be credited with the intention of doing that which is inevitable consequence of his act. Further, the nature of intention has to be gathered from various circumstances, for instance, the kind of weapon used, the part 15 of the body hit, the amount of force employed and the circumstances attending upon death."" [29] Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan pegawai penyiasat iaitu SP5 yang 20 menyatakan bahawa OKT mengetahui duit itu adalah duit palsu apabila OKT memegang duit yang banyak, sudah tentu OKT akan tahu duit itu palsu berdasarkan rasa ke atas duit palsu yang berbeza dengan duit asli, warna berbeza dengan asli dan pencahayaan pembiasan cahaya terhadap duit tersebut adalah berbeza. 25 [30] SP5 membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kepada duit barang rampasan yang banyak di Bukit Jalil dan OKT juga dikatakan terlibat dengan kes-kes lain bersabit repot JBS dan Bukit Jalil iaitu S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 15 | P a g e penggunaaan dan pembelian barang dengan menggunakan duit palsu. [31] Pihak pendakwaan selanjutnya menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP5 tersebut, modus operandi OKT 5 adalah OKT akan membuat pesanan atas talian dan akan bersemuka dengan mangsa untuk membuat pembayaran menggunakan wang palsu. E. DAPATAN MAHKAMAH 10 [32] Walaupun Mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan pindaan ke atas OKT. 15 [33] Mahkamah berpandangan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT adalah pemilik akaun atau individu sebenar yang sememangnya berurusan dengan SP2 di aplikasi Carousell. Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan 20 pihak pembelaan bahawa berdasarkan kepada ID-D19 di muka surat 8 dan keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas, SP2 memahami bahawa “orang yang sedang chat ini dia pass cash to friend dia”. SP2 juga bersetuju bahawa pembeli tidak datang ke tempat transaksi tetapi dia telah menghantar orang lain. Malah, SP2 25 turut mengatakan dia sendiri yang bertanya “COD with your friend” kepada pembeli. Pada hemat Mahkamah, ini menunjukkan SP2 sememangnya mengetahui bahawa dia sebenarnya sedang berurusan dengan orang lain yang mungkin bukanlah OKT. Bagi S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 16 | P a g e maksud ini, Mahkamah berpandangan adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk menjelaskan dan mengemukakan keterangan yang boleh menyangkal keraguan ini. [34] Selain itu, pembuktian bahawa Eksibit P7(1-57) adalah wang palsu 5 hanyalah dibuktikan melalui pegawai Bank Negara SP1 namun SP5 sendiri telah gagal membuat siasatan berhubung cap jari sekiranya wujud cap jari orang lain ke atas barang kes tersebut. Ini adalah kerana terdapat keraguan bahawa wujud individu lain yang terlibat dalam kejadian ini. 10 [35] Selanjutnya, pemilik nombor telefon 010-7084896 juga telah gagal disiasat oleh Pegawai Penyiasat SP5. Tiada sebarang telefon bimbit yang dirampas atau dikemukakan di Mahkamah dalam kes ini. SP5 di dalam keterangannya mengatakan telefon bimbit milik 15 OKT telah dirampas oleh pasukan anggota polis dari Bukit Jalil yang turut menyiasat kes melibatkan OKT dengan seorang penama Cheoh Chuan Wang. Walau bagaimanapun, malangnya penama ini telah tidak dipanggil untuk memberi keterangan mahupun ditawarkan sebagai saksi kepada pihak pembelaan, sekiranya OKT 20 dipanggil membela diri. Di peringkat ini, Mahkamah berpandangan isu ini adalah amat penting dan perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi menjelaskan keseluruhan naratif pembuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT. Pada hemat Mahkamah, kegagalan ini telah menimbulkan adverse inference di bawah 25 seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. [36] Selain itu, Mahkamah berpandangan pihak pendakwaan juga sewajarnya mengemukakan saksi pihak polis dari Bukit Jalil yang S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 17 | P a g e dikatakan terlibat dengan siasatan berkait OKT dan penama Cheoh Chuan Wang bagi menjelaskan berhubung siasatan lanjut terhadap telefon bimbit yang dikatakan digunakan oleh OKT untuk berurusan dengan SP2 di aplikasi Carousell. SP5 juga telah gagal memberi penjelasan mengapa pemilik nombor telefon 010-7084896 tidak 5 disiasat dan sama ada nombor tersebut adalah milik OKT atau pun penama Cheoh Chuan Wang atau individu lain. [37] Selanjutnya, kasut-kasut P10, P11, P12 dan P13 telah dirampas daripada salah satu bilik tingkat atas di rumah yang disewa oleh 10 OKT di No 2 Jalan Seroja 30, Taman Johor Jaya. SP3 dalam keterangannya mengatakan hasil pandu arah oleh OKT, kasut-kasut tersebut telah berjaya ditemui. Walau bagaimanapun, penama Randall Chen Yan Hui yang telah mula-mula membuka pintu rumah sewa tersebut telah gagal dipanggil oleh pihak 15 pendakwaan mahupun ditawarkan kepada pihak pembelaan sebagai saksi sekiranya OKT dipanggil membela diri. Pada hemat Mahkamah, memandangkan kasut-kasut telah dijumpai salah satu bilik di rumah tersebut dan telah timbul satu lagi nama iaitu Cheoh Chuan Wang yang dikatakan terlibat dalam kes ini, pihak 20 pendakwaan sepatutnya memanggil penama Randall Chen Yan Hui untuk membuktikan dan menolak keraguan ini. Tambahan pula, tiada sebarang rampasan wang palsu ditemui dalam rumah tersebut dan pihak pendakwaan melalui SP5 bergantung kepada report rampasan Eksibit P30 bahawa terdapat banyak wang palsu yang 25 ditemui dalam rampasan tersebut. Sekali lagi, dengan hormatnya Mahkamah berpandangan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai bagi maksud ini. S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 18 | P a g e [38] Merujuk kembali hujahan pihak pendakwaan, pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa OKT mengetahui bahawa Eksibit P7(1-57) adalah wang palsu berdasarkan kepada keterangan SP5. Dengan penuh hormat, Mahkamah berpandangan ini hanya andaian semasa-mata. Ia sepatutnya hendaklah turut disokong 5 dengan keterangan saksi-saksi sokongan lain seperti anggota polis dari JBS dan Bukit Jalil yang terlibat menyiasat kes berkait OKT serta keterangan dokumentar lain seperti laporan forensik telefon bimbit OKT dan siasatan berhubung pemilik nombor telefon 010- 7084896 dari pihak telco. Tambahan pula, kes-kes yang dikatakan 10 melibatkan OKT dan penama Cheoh Chuan Wang yang disiasat oleh pihak polis dari JBS dan Bukit Jalil tersebut tidak dibicarakan bersama dengan kes ini. Oleh itu, Mahkamah tiada pilihan lain dan terpaksa menolak keterangan SP5 tersebut yang jelas bersifat andaian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan kukuh yang 15 lain. F. KEPUTUSAN MAHKAMAH [39] Berdasarkan keseluruhan keterangan oleh saksi-saksi pihak 20 pendakwaan, Mahkamah telah membuat penilaian yang maksima terhadap keseluruhan keterangan tersebut. Sepertimana panduan prinsip undang-undang mantap dalam nas-nas iaitu LOOI KOW CHAI & ANOR V. PP dan BALACHANDRAN V. PP, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan 25 elemen-elemen pertuduhan pindaan dan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT di bawah seksyen 489B Kanun Keseksaan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah melepas dan S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg 19 | P a g e membebaskan OKT daripada pertuduhan pindaan tersebut tanpa dipanggil untuk membela diri. [40] Walau bagaimanapun, Mahkamah dengan rendah diri menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan dan 5 kebijaksanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi jua. Sekian, terima kasih. Bertarikh 26 Januari 2026 10 t.t Hazeelia binti Muhammad Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (5) Johor Bahru 15 S/N 8IgkonkoGk6XeqAoHwGLg