Defendan-defendan memfailkan Notis Permohonan ini (Lampiran 9) di bawah A 92 k 4 KKM 2012 memohon perintah-perintah seperti berikut: i. Bahawa plaintif hendaklah membayar Defendan Pertama (“D1”) dan Defendan Kedua (“D2”) sejumlah RM391,971.90 dikira setakat 14.4.2025 dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh perintah di sini; ii. Bahawa prosiding tindakan di sini digantung (be stayed) sehingga pembayaran RM391,971.90 tersebut dibuat oleh plaintif dalam masa yang diperintahkan; iii. Bahawa tindakan ini ditolak sekiranya RM391,971.90 tersebut tidak dibayar oleh plaintif kepada D1 dan D2; iv. Lain-lain perintah, arahan atau relif yang selanjutnya sebagaimana dianggap adil dan wajar.