Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-5049-06/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN WONG LOO MENG (NO K/P: 710716-10-5809) ALASAN PENGHAKIMAN
WA-83-5049-06/2025
Magistrates Court of Malaysia18 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-5049-06/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN WONG LOO MENG (NO K/P: 710716-10-5809) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan dari pihak Pendakwaan terhadap hukuman yang diberikan oleh Mahkamah pada 18.6.2025.
2
Tertuduh, Wong Loo Meng telah membuat pengakuan salah di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepertimana berikut: “Bahawa kamu pada 12/12/24 jam lebih kurang 1340 hrs di Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur telah menghentikan kenderaan no: WQQ 933 di lorong kiri jalan tersebut yang menyebabkan halangan tidak berpatutan kepada pengguna jalanraya yang lain, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 48(1) akta pengangkutan jalan 1987. Hukuman: Denda tidak kurang daripada RM 1,000 dan tidak lebih daripada RM 5,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya”.
3
Tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda RM2000 gagal bayar 2 bulan penjara.
4
FAKTA KES Pihak pendakwaan tidak mengemukakan fakta kes secara bertulis ataupun lisan. Pihak pendakwaan menyatakan fakta kes seperti pertuduhan.
5
HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN Tertuduh ini tidak diwakili peguam. Dalam rayuan mitigasinya Tertuduh mohon denda dikurangkan kerana bekerja sendiri sebagai tukang cacat, Tertuduh juga ingin menjaga maknya berumur 80-an dan 1 anak yang berumur 30 tahun.
6
HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN Pegawai Pendakwa terpelajar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap Tertuduh.
7
SABITAN DAN HUKUMAN Mahkamah mendapati Tertuduh disabitkan sebagaimana pertuduhan dan dijatuhkan hukuman denda RM2000.00 gagal bayar 2 bulan penjara.
8
ALASAN PENGHUKUMAN Tertuduh telah membuat pengakuan salah dan hakikat bahawa Tertuduh adalah seorang pesalah pertama adalah antara hal keadaan yang perlu dipertimbangkan. Tertuduh kini berusia 54 tahun semasa jatuh hukum.
9
Mahkamah mendapati Tertuduh telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat awal dan sebagai pesalah pertama wajar diberikan kredit peringanan hukuman penjara.
10
Tidak dinafikan pengakuan salah segera Tertuduh ini telah menyelesaikan kes ini dengan cepat tanpa melalui perbicaraan terus sekaligus menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak.
11
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah Tertuduh di peringkat paling awal mencerminkan penyesalan dan keinsafan Tertuduh.
12
Mahkamah bergantung sepenuhnya kepada eksibit-eksibit pendakwaan yang dikemukakan. Mengikut laporan polis mangsa iaitu Repot Trafik Kuala Lumpur/131390/24; eksibit P2, mangsa sedang menunggang motosikal AKV 9467 bersama seorang pembonceng. Mangsa telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan motokar Tertuduh yang sedang parkir bertindih di kiri jalan raya.
13
Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan seperti berikut; jahit di bibir, dagu, hidung, gigi patah, muka dan lutut sebelah kanan. Mangsa telah mendapatkan rawatan selama 24 jam di HTCM. Manakala pembonceng tidak cedera.
14
Selain itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian fork depan bengkok, mudguard pecah, lampu signal sebelah kanan pecah, coverseat pecah dan lain-lain kerosakan belum dipastikan.
15
Walaubagaimanapun, tiada laporan perubatan mangsa mahupun laporan Puspakom yang ditender pihak pendakwaan yang dapat membantu Mahkamah mengesahkan kecederan dan kerosakan yang dialami mangsa.
16
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah berusaha mencari trend sentencing. Walaubagaimanapun tiada sebarang kes di bawah seksyen ini yang dilaporkan.
17
Hukuman yang diberikan Mahkamah ini adalah hukuman yang setimpal tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi serta dapat memberikan pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain khususnya Tertuduh agar tidak mengulangi tindakan memberhentikan kenderaan di tempat yang bukan sepatutnya sehingga menyebabkan hakangan tidak berpatutan kepada pengguan jalan raya yang lain. Mahkamah amat mementingkan kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ini.
18
Berhubung isu kepentingan awam, Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: “In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed.”
19
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap Tertuduh adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang djatuhkan tersebut adalah menurut prinsip landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang.
2
NUR BATRISYIA BINTI RAZIB JABATAN PEGUAM NEGARA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.