lelaki yang diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai berumur lebih daripada lima puluh tahun, kecuali lelaki yang dijatuhkan hukuman sebat di bawah seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan. [10] Pada 25 Februari 2025, sewaktu OKT membuat rayuan kepada Mahkamah berkenaan hukuman yang akan dikenakan, OKT tidak memaklumkan kepada Mahkamah berkenaan umur OKT. Mahkamah ini telah terkhilaf dalam memberikan hukuman sebatan rotan sebanyak 3 kali kepada OKT. Hal ini demikian kerana OKT dalam kes ini telah berumur lebih 50 tahun iaitu umur OKT pada tarikh jatuh hukum adalah 55 tahun. S/N rB55FEu8qkeD3dAkv9xbqA [11] Selain itu, kesalahan yang dilakukan OKT adalah kesalahan menurut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya yang jelas tidak termasuk dalam pengecualian yang membolehkan OKT dikenakan hukuman sebat. Oleh itu, saya dengan rendah diri pohon maaf atas kekhilafan ini serta pohon Yang Arif Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman menggunakan kuasa menurut seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah bagi membatalkan hukuman 3 sebatan rotan yang telah diberikan terhadap OKT. [12] OKT dalam Notis Rayuan [Kandungan 12] telah menyatakan bahawa rayuan ini dibuat terhadap hukuman yang dijatuhkan agar dapat berjalan dari tarikh ditangkap. Tarikh tangkap OKT dalam kes ini ialah pada 10 Ogos 2024. Mahkamah ini telah menjatuhi OKT hukuman penjara selama 2 tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu 25 Februari 2025. [13] Mahkamah ini dalam memutuskan hukuman terhadap OKT telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 1 MLRA 457; [1998] 3 MLJ 14; [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 AMR 2079, yang telah diputuskan seperti berikut: "The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, S/N rB55FEu8qkeD3dAkv9xbqA any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.” [14] Selain itu, faktor-faktor yang sepatutnya diambil kira oleh mahkamah sewaktu menjatuhkan hukuman telah dirumuskan dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLRAU 276 seperti berikut: "Jurisprudence relating to sentence: It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: