Perayu telah membantah surat tersebut melalui suratnya bertarikh 19 November 2020. Dalam surat itu, Perayu membangkitkan beberapa bantahan terhadap perpindahan yang "hurried manner" dan "no justifiable reason", dakwaan prestasi tidak memuaskan, pengeluaran elaun komunikasi dan perbuatan Mr David Yap "shouting at me barbarously" dalam mesyuarat 17 November 2020. Perayu juga dalam surat yang sama telah membantah "the wrongful commission/incentive practice over the past 5 years". Surat tersebut telah diterima dan dicop oleh Responden. S/N jy7h5qPO5EivtNzeOMxZiA 5 7. Menerusi surat bertarikh 26 November 2020 yang bertajuk "Cancellation of Transfer/Re-Assignment", Responden telah menarik balik perpindahan jawatan tersebut. Namun, dalam surat yang sama, Responden telah bergantung kepada Klausa 6 "Duties & Transfer" kontrak perkhidmatan Perayu bagi menjustifikasikan arahan perpindahan asal, serta amaran "termination of the contract of service" bagi "wilful breach". Responden juga mengakui bahawa perbincangan pada 17 November 2020 "had somehow got carried away" dan menjanjikan bahawa "a detailed evaluation of your performance will be presented to you for your corrective actions and improvement in due course".