NA-62K-92-12/2021 Pertuduhan 10 03/03/2016 RM191,000.00 Pertuduhan 11 07/03/2016 Pertuduhan 12 23/03/2016 RM121,000.00 5. NA-62K-93-12/2021 Pertuduhan 13 06/04/2016 RM19,000.00 Pertuduhan 14 07/04/2016 RM35,000.00 Pertuduhan 15 22/04/2016 RM36,000.00 6. NA-62K-94-12/2021 Pertuduhan 16 25/04/2016 RM55,000.00 Pertuduhan 17 15/04/2016 [22] Di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan ini, elemen-elemen yang harus dipenuhi oleh pihak pendakwaan adalah seperti yang berikut: i) Tertuduh adalah ejen bagi syarikat tersebut; ii) Tertuduh mempunyai penguasaan terhadap dana syarikat tersebut dan telah diberi amanah dalam kapasitinya sebagai ejen; iii) Tertuduh telah dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana tersebut. Elemen Pertama: Tertuduh adalah ejen bagi syarikat G5 [23] Untuk membuktikan Tertuduh adalah ejen, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa Tertuduh adalah ejen bagi syarikat G5 tersebut. [24] Untuk itu, pihak pendakwaan merujuk kepada keterangan SP1 yang menyatakan bahawa selepas pengambilalihan syarikat G5 tersebut, SP1 telah melantik Tertuduh sebagai pengurus projek perumahan tersebut pada 03/07/2014. [25] Pihak pendakwaan menyatakan berdasarkan keterangan SP1 tersebut walaupun lantikan Tertuduh sebagai pengurus bagi projek perumahan tersebut telah dibuat secara lisan, tapi ianya dapat dibuktikan Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] dengan bayaran gaji yang diterima oleh Tertuduh sebanyak RM6,385.85 dengan ekshibit P74 iaitu salinan penyata gaji Tertuduh. [26] Pihak pendakwaan menyatakan bahawa walaupun tiada surat pelantikan bertulis oleh SP1 dalam melantik Tertuduh sebagai pengurus projek perumahan tersebut namun, adalah jelas melalui keseluruhan keterangan di dalam kes ini terutamanya keterangan SP3 dan SP4, meunjukkan bahawa Tertuduh adalah individu yang digajikan oleh SP1. [27] Pihak pembelaan sebaliknya menyatakan bahawa Tertuduh dilantik sebagai pengurus bagi projek perumahan tersebut namun, pihak pembelaan menyatakan bahawa gaji Tertuduh bukan dibayar oleh syarikat G5 tetapi sebaliknya dibayar oleh syarikat Sindi Development Sdn. Bhd. dan oleh itu, secara tidak langsung Tertuduh bukanlah ejen bagi maksud di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan tersebut. [28] Mahkamah mendapati walaupun Tertuduh dilantik secara lisan oleh SP1 sebagai pengurus bagi projek perumahan tersebut dan gajinya dibayar oleh syarikat Sindi Development Sdn. Bhd. dan bukannya syarikat G5, namun Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan tindakan Tertuduh sendiri menunjukkan bahawa Tertuduh adalah ejen kepada SP1 dan telah memenuhi elemen pertama bagi pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan ini bahawa Tertuduh adalah ejen yang dilantik oleh SP1 telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai penguasaan terhadap dana syarikat G5 tersebut dan telah diberi amanah dalam kapasitinya terhadap dana tersebut [29] Untuk membuktikan Tertuduh mempunyai penguasaan terhadap dana syarikat G5, pihak pendakwaan menyatakan bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi, Tertuduh adalah penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun CIMB HDA syarikat tersebut. Keterangan ini juga disahkan oleh SP6 yang merupakan pegawai CIMB Bank. [30] SP1 menyatakan bahawa setelah dia mengambil alih syarikat tersebut, segala urusan berkaitan projek perumahan tersebut telah diserahkan kepada Tertuduh kerana dia mahir dan berpengalaman menguruskan segala pembayaran kepada kontraktor-kontraktor serta pihak-pihak yang terlibat di dalam projek perumahan tersebut. [31] SP3 dan SP4 dalam keterangan mereka juga menjelaskan bahawa di dalam syarikat G5 tersebut, Tertuduh bertindak sebagai pengurus projek perumahan tersebut yang mengendalikan segala urusan operasi dan kewangan syarikat G5 tersebut. [32] Ini jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah diamanahkan dengan dana projek perumahan tersebut dan mempunyai penguasaan terhadap dana milik syarikat tersebut yang ada di dalam akaun CIMB HDA syarikat G5 tersebut bagi tujuan projek perumahan tersebut. [33] Tertuduh juga telah diamanahkan oleh SP1 untuk menguruskan segala dokumen permohonan pengeluaran wang (request for withdrawal) yang dikemukakan kepada pihak CIMB Bank bagi 17 pengeluaran dana daripada akaun CIMB HDA tersebut kepada pihak ketiga. Berdasarkan Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] ini, jelas menunjukkan bahawa Tertuduhlah yang menjaga dan menguruskan akaun-akaun syarikat G5 tersebut. [34] Tertuduh juga adalah individu yang berurusan dengan kontraktor sepertimana yang disahkan oleh SP9 dan SP10. SP9 dan SP10 juga mengesahkan tuntutan bayaran kontraktor dibuat oleh Tertuduh melalui cek dan kadangkala secara tunai. [35] Pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen kedua berkenaan pengamanahan dengan penguasaan ke atas sesuatu harta merangkumi keadaan seseorang itu dalam menjalankan tugasnya dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia harta tersebut atau seseorang itu mempunyai pengawalan atau kawalan am ke atas harta tersebut. [36] Pihak pembelaan pula tidak berhujah berkenaan elemen kedua ini secara spesifik selain bersetuju bahawa Tertuduh adalah penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun CIMB HDA tersebut. [37] Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Tertuduh yang telah dilantik sebagai pengurus projek perumahan tersebut telah diberi kuasa menandatangani serta kawalan terhadap akaun CIMB HDA milik syarikat G5 tersebut. Tertuduh juga mempunyai kawalan terhadap urusan kewangan syarikat apabila Tertuduh sendiri yang menguruskan segala tuntutan bayaran oleh kontraktor-kontraktor berkaitan projek perumahan tersebut. [38] Oleh itu, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] Elemen Ketiga: Tertuduh telah dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana tersebut [39] Untuk elemen ketiga ini dipenuhi, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa Tertuduh telah dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana tersebut. [40] Pihak pendakwaan menyatakan bahawa wujud transaksi-transaksi pengeluaran oleh Tertuduh daripada akaun CIMB HDA syarikat ke akaun CIMB CA syarikat tanpa pengetahuan SP1 yang merupakan pemilik syarikat G5 tersebut. [41] Pihak pendakwaan menyatakan bahawa kesemua transaksi tersebut telah berlaku selepas SP3 meninggalkan syarikat G5 tersebut. [42] SP3 dalam keterangannya mengesahkan bahawa dia telah berhenti dan melepaskan jawatannya sebagai pengarah di syarikat G5 tersebut pada tahun 2013. [43] SP5 yang telah meneliti 17 dokumen permohonan pengeluaran wang oleh syarikat G5 tersebut kepada CIMB Bank menyatakan hanya 5 dokumen yang disahkan oleh arkitek manakala baki 12 dokumen tidak disertakan dokumen sokongan dan kesemua 17 salinan hanyalah “certified true copy (ctc)” dan bukannya dokumen asal. [44] SP5 juga mengesahkan pengeluaran yang tidak teratur ini tidak mematuhi peraturan HDA dan sepatutnya ditolak oleh bank. Namun bank tetap meluluskan pengeluaran tersebut. [45] Pihak pendakwaan menyatakan ini menunjukkan wujudnya niat Tertuduh untuk dengan curangnya melakukan pecah amanah terhadap dana tersebut. Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] [46] Berdasarkan keterangan saksi-saksi di atas, pihak pendakwaan menyatakan bahawa elemen ketiga tersebut telah dipenuhi. [47] Pihak pembelaan sebaliknya menyatakan bahawa SP16 sebagai kerani akaun syarikat G5 tersebut telahpun mengesahkan bahawa dia yang menyediakan permohonan pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA untuk ditandatangani oleh Tertuduh dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan untuk pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA. SP16 menyatakan bahawa setiap arahan untuk membuat permohonan pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA tersebut telah mendapat arahan secara bertulis setelah pentadbiran syarikat yang dianggotai oleh Tertuduh, SP3, SP4 dan adakalanya dengan kehadiran SP1 selesai bermesyuarat. [48] SP16 menyatakan setiap kali permohonan pengeluaran wang daripada CIMB HDA dibuat, pihak CIMB Bank telah meluluskan permintaan tersebut dan memasukkan wang yang diminta di dalam akaun yang dinyatakan iaitu akaun CIMB CA. [49] SP16 juga telah mengesahkan bahawa setiap wang yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB CA kemudiannya telah dikeluarkan melalui cek sama ada secara tunai ataupun terus kepada kontraktor bertujuan untuk membayar komitmen kepada kontraktor dan perbelanjaan pengurusan syarikat. [50] Kesemua ini disahkan oleh SP16 selepas dirujuk dengan dokumen-dokumen pembelaan di dalam D86 yang mempunyai baucar bayaran dan lain-lain dokumen. [51] Berkenaan pengeluaran wang tunai melalui cek atas nama individu seperti Tertuduh, Alif Haikal atau Sobri, SP16 mengesahkan bahawa Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] wang yang ditunaikan daripada bank akan dikembalikan semula kepada SP16 untuk disemak jumlahnya dan disimpan di dalam peti besi dan seterusnya dibayar kepada kontraktor-kontraktor yang berkenaan. [52] Pihak pembelaan menyatakan bahawa SP3 telah mengesahkan bahawa dia mempunyai pengetahuan berkenaan akaun CIMB CA tersebut dan bersetuju bahawa adalah menjadi keperluan untuk pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA dimasukkan ke dalam akaun CIMB CA bagi tujuan praktikal. [53] SP3 juga mengesahkan walaupun SP4 bukan pengarah syarikat tersebut pada tahun 2013 sehingga dia mengambil alih sebagai pengarah pada Julai 2014, SP4 masih turut serta dalam pentadbiran syarikat tersebut dan mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan akaun CIMB CA tersebut. [54] Pihak pembelaan menyatakan bahawa Tertuduh membuat permohonan pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA dan disokong dokumen-dokumen yang dilampirkan yang seterusnya diluluskan sebagai teratur oleh pihak bank. [55] Seterusnya, kesemua wang yang diluluskan ini kemudiannya dikeluarkan daripada akaun CIMB CA bagi tujuan membayar kontraktor yang berkenaan dan perbelanjaan pengurusan syarikat yang bukan sahaja tidak merugikan syarikat tersebut sebaliknya memanfaatkan syarikat tersebut juga. [56] Pihak pembelaan menyatakan pembayaran-pembayaran kepada kontraktor dan pembekal yang telah dibuat sepertimana dibuktikan melalui ekshibit pembelaan yang ditandakan sebagai ekshibit D86. Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] [57] Namun, tiada siasatan dibuat oleh SP20 terhadap ekshibit D86 kerana SP20 mengambil kedudukan untuk tidak menyiasatnya walaupun ekshibit D86 dan kandungannya ini termasuk salinan asal telahpun diberi notis untuk dikemukakan kepada SP20 sebelum perbicaraan bermula. [58] Pihak pembelaan juga menyatakan bahawa SP4 sebagai pengarah syarikat G5 tersebut tidak mempertikaikan bahawa dia dan Tertuduh akan berjumpa dan berbincang setiap 2 minggu bagi tujuan pembayaran kontraktor dan pembekal. [59] Namun, SP4 tidak dapat mengingati setiap perbincangan yang dibuat. SP4 bersetuju bahawa setiap bayaran kepada kontraktor dan pembekal perlu dibuat dan tiada masalah untuk menggunakan wang daripada akaun CIMB HDA. Walaupun sebelumnya SP4 menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang pembayaran yang dibuat oleh Tertuduh, namun apabila ditanya berkenaan pembayaran cukai untuk syarikat G5 tersebut, SP4 bersetuju ianya patut dibayar dan sememangnya diluluskan olehnya semasa berbincang dengan Tertuduh dan tiada masalah untuk menggunakan wang daripada akaun CIMB HAD tersebut. [60] Berikut adalah keterangan SP4 semasa disoal balas: DC PREAKAS: Okay now, tuan beritahu Mahkamah tadi kita kena bayar semua kontraktor-kontraktor kita? DC PREAKAS: Dan perbincangan akan dibuat berkenaan bayaran? Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] DC PREAKAS: Tuan tahu bagi projek tersebut kita ada kontaktor nama CK Vista, BADC, Matrix Consortium, WKB Enterprise, then also kita ada orang yang buat drain, landscape? Betul, tinggal nama saya tidak pastilah. DC PREAKAS: Dan pembayaran ini akan dibuat melalui HDA account. Bila kita progres, kita buat claim, kita bayar, betul? Betul … DC PREAKAS: Sebelum itu, tuan tahu saya nak tanya. Sebelum itu tuan kata tadi untuk menjalankan projek kita akan duduk berbincang bersama-sama semua bayaran yang perlu dibuat kepada kontraktor? DC PREAKAS: Ada tuan buat apa-apa catatan, rekod sendiri berkenaan dengan details-details yang diberi oleh James kepada kamu pembayaran kepada supplier-supplier yang terlibat di dalam? Tiada DC PREAKAS: Tuan juga setuju dengan saya dalam kes ini memang tiada minutes of meeting yang mengatakan ataupun dicatit oleh pihak tuan berkenaan dengan detail-details yang dibincang? Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] Tiada minit mesyuarat tetapi dibincangkan dalam meeting. DC PREAKAS: Tuan boleh ingat ke apa yang dibincang? Tiap 2 kali satu minggu. Boleh ingat? Saya ingat pada waktu tersebutlah. DC PREAKAS: Kita bincang berapa tahun? 1 tahun lebih berkenaan dengan pembayaran. Setiap details setiap pembayaran kamu ingat ke tidak? Setiap bayaran memang saya tidak ingat. DC PREAKAS: Tetapi memang ada buat perbincangan? Ya betul. …. DC PREAKAS: Tidak tahu lagi. Kamu juga kena bayar tax bagi syarikat. Itu kamu tahu? Itu memang kena. DC PREAKAS: Macam mana kamu bayar? Semuanya diuruskan oleh Jameslah. DC PREAKAS: Dia uruskan sekarang you complaint kenapa dia bayar untuk tax? Saya tak ada complaint. DC PREAKAS: So, you are saying it is okay for him to pay from the CIMB HDA? Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] Even dia bawa dalam meeting dan dipersetujui, sudah pastilah diluluskan. Itu sahaja. DC PREAKAS: Maksudnya kamu ada luluskan pembayaran income tax? Income tax ya. DC PREAKAS: Good. Kamu tahu dan perlu dibayar? Yes … DC PREAKAS: You see tidak tahu is a different, this is a very simple question. Kalau kita bayar supplier G5 ia adalah untuk benefit G5? Betul [61] Daripada keterangan SP4 di atas, pihak pembelaan menyatakan sememangnya terdapat perbincangan berkenaan bayaran kepada kontraktor dan pembekal dan bahawa bayaran tersebut telah diluluskan untuk dikeluarkan melalui akaun CIMB HDA. Perkara ini sememangnya di dalam pengetahuan SP4 sebagai pengarah syarikat G5 tersebut. [62] Mahkamah mendapati melihat kepada keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan, tiada satu pun keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh telah secara tidak jujur atau dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana tersebut. Tiada keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa permohonan pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA tersebut Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] ataupun wang yang diluluskan tersebut telah disalahgunakan atau dijadikan kegunaan sendiri oleh Tertuduh. [63] Mahkamah mendapati walaupun SP5 menyatakan bahawa hanya 5 permohonan pengeluaran wang sahaja yang mempunyai dokumen sokongan yang lengkap manakala 12 permohonan pengeluaran wang tidak mempunyai dokumen yang lengkap, ini tidak menunjukkan bahawa Tertuduh telah curang menggunakan dana syarikat G5 tersebut. [64] Setakat keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh membuat permohonan pengeluaran wang daripada akaun CIMB HDA tersebut adalah untuk keperluan membayar komitmen kepada kontraktor dan perbelanjaan pengurusan yang memanfaatkan syarikat G5 tersebut juga. [65] Keterangan SP9 dan SP10 juga jelas menunjukkan bahawa pembayaran telahpun diselesaikan kepada mereka. [66] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa elemen ketiga untuk menunjukkan bahawa Tertuduh telah dengan curang menggunakan dana syarikat G5 tersebut telah gagal dipenuhi atau dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dapatan Mahkamah [67] Mahkamah mendapati bahawa walaupun pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan 2 elemen di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan tersebut namun pihak pembelaan telah gagal membuktikan elemen ketiga bahawa Tertuduh telah dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana tersebut syarikat G5 tersebut. Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021] [68] Oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan terhadap Tertuduh. Kes Predikat seksyen 468 Kanun Keseksaan [69] Bagi 78 pertuduhan predikat (kes predikat iaitu pertuduhan alternatif) di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan, intipati pertuduhannya adalah Tertuduh dengan curangnya atau secara tidak jujurnya di syarikat G5 telah memalsukan suatu dokumen iaitu cek-cek dengan niat supaya dokumen itu digunakan untuk menipu. [70] Seksyen 468 Kanun Keseksaan adalah seperti yang berikut: Section 468. Forgery for the purpose of cheating. Whoever commits forgery, intending that the document forged shall be used for the purpose of cheating, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine. [71] Butiran kes predikat di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan adalah sebagaimana yang berikut: Bil. No. Kes Pertuduhan Tarikh No. Cek Jumlah 1. NA-62K-95-12/2021 Pertuduhan 1 27/01/2016 000022 CIMB Pertuduhan 2 27/01/2016 000023 CIMB RM6,007.50 Pertuduhan 3 27/01/2016 000025 CIMB RM14,441.38 2. NA-62K-96-12/2021 Pertuduhan 4 27/01/2016 000026 CIMB RM1,671.98 Pertuduhan 5 27/01/2016 000027 CIMB RM22,300.00 Pertuduhan 6 27/01/2016 000028 CIMB RM1,816.75 3. NA-62K-97-12/2021 Pertuduhan 7 29/01/2016 000029 CIMB Pertuduhan 8 29/01/2016 000030 CIMB RM1,666.00 Pertuduhan 9 02/02/2016 000031 CIMB RM11,500.00 4. NA-62K-98-12/2021 Pertuduhan 10 02/02/2016 000032 CIMB Pertuduhan 11 04/02/2016 000033 CIMB RM16,000.00 Pertuduhan 12 11/02/2016 000034 CIMB RM3,000.00 5. NA-62K-99-12/2021 Pertuduhan 13 11/02/2016 000035 CIMB RM7,000.00 Pertuduhan 14 15/02/2016 000037 CIMB RM9,881.93 Pertuduhan 15 05/02/2016 000038 CIMB Pendakwa Raya v Wong Tze Wei [NA-62K-(2-7)-03/2021 dan NA-62K-(89-120)-12/2021]