Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR (BIDANG KUASA JENAYAH) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (DALAM KES JENAYAH NO: WA-83JS-248-08/2022) ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-83JS-248-08/2022
Magistrates Court of Malaysia24 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“ah didapati melakukan kesalahan yang sama. Mengenai perkataan “kehormatan” (“modesty”), MK Mukherjee J berpendapat seperti berikut (di ms 385):- “Since the word ‘modesty’ has not been defined in the Indian Penal Code we may profitably look into its dictionary meaning. According to Shorter Oxford English Dictionary (Thi”
“erify the originality of this document via eFILING portal 10 [21] Merujuk kepada kes Zulkifli Hashim V PP [2017] 1 LNS 1768 di mana Mahkamah merujuk kes dalam kes State of Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63 di mana ‘reasonable test’ terpakai untuk menunjukkan niat cabul. Mahkamah menyatakan: “Intention and knowledg”
“P. Pihak pembelaan hanya menimbulkan individu bernama Guan Long di peringkat pembelaan dan tidak di peringkat pendakwaan. [60] Mahkamah merujuk kepada kes Lim Chooi Huat & anor v Public Prosecutor [2014] MLJU 49 di mana Mahkamah menilai keseluruhan keterangan sebelum memutuskan pembelaan adalah munasabah. [61] Jika dil”
“10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali atau sebatan atau mana-mana dua hukuman. Mahkamah mempertimbangkan cara kekerasan jenayah dilakukan dan rujukan kepada kes Public Prosecutor v Ali bin Ahmad [2019] MLJU 361, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Majistret iaitu hukuman denda RM5000 jika”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR (BIDANG KUASA JENAYAH) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (DALAM KES JENAYAH NO: WA-83JS-248-08/2022) ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Pertuduhan asal dan pindaan adalah seperti berikut: PERTUDUHAN ASAL: BAHAWA KAMU PADA 16/7/2019 JAM DI ANTARA 1650 HRS HINGGA 1700 HRS, BERTEMPAT DI KAUNTER KEDAI VIEWNET HYPERSTORE LOW YAT, DALAM DAERAH DANG WANGI, DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, TELAH MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA YOSHIKO WONG MEI CHI, NO KP: 970707-14-5834 DENGAN NIAT UNTUK MENCABUL KEHORMATANNYA DENGAN CARA MENYENTUH TANGAN KIRI PENAMA, ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: SEKIRANYA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN SEBAT ATAU MANA-MANA DUA DARIPADA SEKSAAN-SEKSAAN ITU. PERTUDUHAN PINDAAN: BAHAWA KAMU PADA 16/7/2019 DI ANTARA 1630 HRS HINGGA 1700 HRS BERTEMPAT DI KEDAI VIEWNET HYPERSTORE LOW YAT DALAM DAERAH DANG WANGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TELAH MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA YOSHIKO WONG MEI CHI, NO. KP: 970707- 14-5834 MAKSUD UNTUK MENCABUL KEHORMATANNYA CARA MENYENTUH PEHA KANAN, BAHU KIRI DAN TANGAN KIRI PENAMA, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: SEKIRANYA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN SEBAT ATAU DENGAN MANA-MANA DUA DARIPADA SEKSAAN-SEKSAAN ITU.
2
Tertuduh tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan asal dan pertuduhan pindaan dan memohon perbicaraan. Pihak pendakwaan telah memanggil 8 saksi bagi menyokong kes pihak pendakwaan.
3
Mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan pindaan dan Mahkamah telah memanggil tertuduh membela diri. Pada peringkat akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Justeru, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas pertuduhan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3000 dan sekiranya gagal bayar boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama 3 bulan.
4
Tertuduh tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini dan telah memfailkan rayuan ke atas keseluruhan keputusan.
5
Pada 16 Julai 2019, pengadu (SP1) bersama dengan teman lelakinya (SP2), telah berkunjung kedai Viewnet di Plaza Low Yat untuk membeli alat peranti komputer yang dikenali “card reader”. Mereka telah bertanya dengan salah seorang pembantu jualan di kaunter dan pembantu jualan telah membawa mereka ke bahagian tempat pameran jualan alat peranti tersebut.
6
Ketika mereka sedang melihat produk sambil dilayan oleh pembantu jualan, tertuduh telah hadir dan mengambil alih daripada pembantu jualan untuk memperkenalkan produk yang dikehendaki oleh mereka.
7
Mengikut keterangan pengadu, terdapat 3 kali sentuhan dilakukan oleh tertuduh sepanjang proses pembelian di premis tersebut. Pengadu menyatakan sentuhan pertama berlaku apabila tertuduh berdiri di antara pengadu dan teman lelakinya dan tertuduh telah menyentuh peha kanan pengadu. Apabila pengadu merasa tangan tertuduh menyentuh pehanya, lantas pengadu telah menurunkan tangannya untuk menghalang perbuatan tertuduh. Pengadu berasa tidak selesa dan berjalan ke tempat lain dan kemudian berdiri semula di sebelah teman lelakinya.
8
Setelah teman lelaki pengadu, SP2 telah membuat keputusan untuk membeli produk, tertuduh berjalan ke arah stor untuk menyemak harga dan stok produk tersebut. Bilik stor terletak di bahagian belakang mereka. Semasa tertuduh berlalu di sebelah pengadu dan tertuduh telah menyentuh bahu kiri pengadu. Pengadu dan teman lelaki berasa terkejut dengan kelakuan tertuduh dan pengadu berasa marah dan kemudian teman lelaki pengadu memujuk pengadu. Sentuhan kedua pada bahu merupakan sentuhan kedua yang diadukan oleh pengadu. Atas sebab ketidakselesaan, pengadu telah keluar daripada kawasan tersebut dan keluar kedai dan kembali ke kedai apabila teman lelakinya ingin membuat bayaran dan uji produk tersebut.
9
Menurut pengadu, sentuhan ketiga berlaku telah berlaku di meja kaunter. Semasa di kaunter pembayaran, pengadu menyatakan bahawa tertuduh berada di sebelah dalam kaunter dan ketika itu pengadu berasa selamat kerana terdapat jarak dengan tertuduh. Hal ini kerana terdapat meja kaunter berada di antara pengadu dan tertuduh. Ketika tangan kiri pengadu berada di atas meja kaunter, tertuduh telah mengalihkan barang-barangan di atas meja dan 5 menyentuh tangan kiri pengadu yang berada di atas meja kaunter. Pengadu terus bertindak mengalihkan tangannya daripada meja kaunter. Selepas mereka keluar daripada kedai, pengadu dan teman lelaki telah pulang ke rumah. Semasa berada di dalam kereta, pengadu telah menanggis dan menceritakan kejadian di premis kepada teman lelakinya. Apabila tiba di rumah, pengadu telah berbincang dengan teman lelakinya dan ahli keluarga pengadu untuk membuat laporan polis pada malam tersebut. C. UNDANG-UNDANG
10
Pada akhir pendakwaan, Mahkamah perlu membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 173(h)(iii) Kanun Tatacara Jenayah. “173. Procedure in summary trials.
h
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [11] Prinsip undang-undang mengenai prima facie telah dibincangkan dalam pelbagai kes. Mahkamah ini telah mengikut prinsip undang-undang dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 AMR 321, Augustine Paul JCA (later FCJ) explained prima facie case as follows at 338 - 339: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can only be overthrown by evidence in rebuttal... Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” [12] Bagi membuktikan kes prima facie, pihak pendakwaan perlu dua elemen yang diperuntukkan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “354. Assault or use of criminal force to a person with intent to outrage modesty. Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extent to ten years, or with fine, or with whipping, or with any two of such punishment. [13] Berdasarkan Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes, 25th Ed, terdapat 3 elemen perlu dibuktikan bagi kesalahan cabul. Elemen-elemen bagi seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:
a
mangsa merupakan seorang perempuan;
b
(b)tertuduh telah menggunakan kekerasan; dan
c
kekerasan jenayah tersebut dilakukan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya. [14] Seksyen 351 Kanun Keseksaan telah memberikan definisi “assault” dan Seksyen 350 Kanun Keseksaan menjelasakan maksud “criminal force”. Kedua-dua seksyen dinyatakan seperti berikut:
350
Criminal force Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.
351
Assault Whoever makes any gesture or any preparation, intending or knowing it to be likely that such gesture or preparation will cause any person present to apprehend that he who makes that gesture or preparation is about to use criminal force to that person, is said to commit an assault. [15] Perkataan “kehormatan” dinyatakan dalam kebanyakan kes seumpamanya adalah bergantung kepada mangsa di dalam fakta kes yang dihadapkan kepada Mahkamah. Tafsiran kehormatan tidak dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan. Namun dalam kes Hiroshi Iwa buchi lwn. PP, Mahkamah Tinggi [2002] 1 LNS 322 yang mengunapakai tafsiran kes Rupan Deol Bajaj v KPS Gill [1966] Cri L.J 381(SC) yang menyatakan: “Perkataan “woman” yang terdapat dalam seksyen 354 Kanun Keseksaan India tidak wujud dalam Kanun Keseksaan kita yang mana terdapat perkataan-perkataan “any person”. Walau pun demikian, pendapat AK Sarkar CJ boleh di beri pertimbangan sewajarnya. Jika saya tidak salah, perkataan “kehormatan” (“modesty”) tidak ditafsirkan dalam Kanun Keseksaan. Keadaannya adalah serupa dalam Kanun Keseksaan India. Dalam Rupan Deol Bajaj v. KPS Gill [1996] Cr LJ 381, seorang pegawai polis telah didapati melakukan kesalahan yang sama. Mengenai perkataan “kehormatan” (“modesty”), MK Mukherjee J berpendapat seperti berikut (di ms 385):- “Since the word ‘modesty’ has not been defined in the Indian Penal Code we may profitably look into its dictionary meaning. According to Shorter Oxford English Dictionary (Third Edition) modesty is the quality of being modest and in relation to woman means “womanly propriety of behaviour; scrupulous chastity of thought, speech and conduct.” The word ‘modest’ in relation to woman is defined in the above dictionary as “decorous in manner and conduct; not forward or lewd; shamefast” D. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [16] Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan pengadu dan teman lelakinya adalah kredibel dan disokong oleh rakaman CCTV di tempat kejadian. Kesemua elemen pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan telah dipenuhi. [17] Elemen pertama bahawa SP1 adalah seorang perempuan adalah tidak dinafikan. Elemen kedua berjaya dibuktikan melalui keterangan SP1 di mana peha kanan, bahu kiri dan tangan kiri pengadu telah disentuh oleh tertuduh dan sentuhan tersebut telah adalah di bawah maksud seksyen 350 Kanun Keseksaan. [18] Pembuktian elemen ketiga, SP1 telah memberikan tindak balas bahawa beliau berasa amat tidak selesa dengan sentuhan oleh tertuduh dan tidak pada bila-bila masa mengizinkan sentuhan tersebut. [19] Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kekerasan jenayah yang dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan pengadu. Tindakan menyentuh adalah merupakan perbuatan yang terjatuh dalam definisi kekerasan jenayah. Perbuatan menyentuh adalah daya yang dikenakan ke atas bahagian peha, bahu dan tangan pengadu tanpa kerelaan pengadu dan perbuatan tersebut adalah untuk mencabul kehormatan pengadu. [20] Sentuhan tangan tanpa kerelaan adalah bertentangan dengan budaya dan keinginan wanita disentuh dengan apa cara. Tubuh badan wanita melambangkan kehormatan wanita dan sensitif bagi mana-mana wanita di budaya negara ini. [21] Merujuk kepada kes Zulkifli Hashim V PP [2017] 1 LNS 1768 di mana Mahkamah merujuk kes dalam kes State of Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63 di mana ‘reasonable test’ terpakai untuk menunjukkan niat cabul. Mahkamah menyatakan: “Intention and knowledge are of course states of mind. They are nonetheless facts which can be proved. They cannot be proved by direct evidence. They have to be inferred from the circumstances of each case. Such an inference, one way or the other, can only be made if a reasonable man would, on the facts of the case, make it. The question in each case must, in my opinion, be: will a reasonable man think that the act was done with the intention of outraging the modesty of the woman or with knowledge that it was likely to do so? The test of the outrage of modesty must, therefore, be whether a reasonable man will think that the act of the offender was intended to or was known to be likely to outrage the modesty of the woman. In considering the question, he must imagine the woman to be a reasonable woman and keep in view all circumstances concerning her, such as, her station and way of life and the known notions of modesty of such a woman. The expression ‘outrage her modesty’ must be read with the words ‘intending to or knowing it to be likely that he will’. So read, it would appear that though the modesty to be considered is of the woman concerned, the word ‘her’ was not used to indicate her reaction. Read all together, the words indicate an act done with the intention or knowledge that it was likely to outrage the woman’s modesty, the emphasis being on the intention and knowledge.” [22] Berdasarkan ujian reasonable test di atas, perbuatan tertuduh, adalah mempunyai niat mencabul apabila menyentuh tangan SP1 dan SP1 jelas tidak ingin diperlakukan sedemikian dengan bertindak mengalihkan tangannya. Selain itu, niat tertuduh dapat dilihat daripada insiden pertama dan kedua di mana tertuduh beberapa kali mendekati SP1 dan telah menyentuh peha dan bahu SP1. [23] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di dalam kes-kes seksual, sabitan tanpa keterangan sokongan bukanlah salah. Ianya jelas kerana keperluan keterangan sokongan adalah bersifat ‘rule of practice’. Mahkamah Tinggi di dalam kes Aziz Bin Muhammad Din v PP [1996] 5 MLJ 473 (HC), membincangkan bahawa sabitan di dalam kes seksual tanpa keterangan sokongan bukanlah illegal: “In a case involving a sexual offence a conviction based on uncorroborated evidence is not illegal” [24] Namun begitu, Mahkamah perlu memastikan keterangan SP1 adalah kredibel dan menyakinkan sekiranya ketiadaan keterangan sokongan. Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat terdapat keterangan sokongan di mana SP2 berada bersama dan telah melihat insiden kedua dan juga boleh menjelaskan kelakuan SP1 semasa kejadian berlaku. SP1 telah bertindak menjauhkan diri dan menghalang perbuatan tertuduh daripada terus menyentuh SP1. SP1 telah menceritakan kejadian kepada SP2 di dalam kereta selepas beredar daripada premis tersebut. SP1 telah melaporkan kejadian kepada pihak polis selepas beberapa jam kejadian berlaku. SP2 mengesahkan bahawa SP1 telah menceritakan kejadian dan SP2 telah melihat insiden kedua iaitu sentuhan bahu. Keterangan SP1 turut disokong oleh rakaman CCTV di mana pegawai penyiasat turut mengesahkan terdapat pergerakan tangan tertuduh dan SP1 di atas meja kaunter dan SP1 bertindak mengelak daripada sentuhan tertuduh. [25] Pihak pembelaan telah berhujah pertuduhan adalah defektif memandangkan pihak pendakwaan telah menyatakan tiga insiden namun pertuduhan hanya melibatkan satu insiden. Peguam bela turut menyatakan bahawa siasatan ke atas tertuduh dilakukan selepas satu tahun daripada laporan polis yang dibuat dan setelah tindakan guaman difailkan oleh tertuduh ke atas pengadu. Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa SP1 mempunyai niat mala fide untuk memohon siasatan diteruskan ke atas tertuduh. [26] Pihak pembelaan menimbulkan isu percanggahan antara saksi-saksi pendakwaan. Antara percanggahan yang ditimbulkan adalah percanggahan antara SP3 dan SP8 berkenaan dengan CD yang mengandungi gambar kejadian. [27] Pihak pembelaan juga menyatakan SP1 tidak membuat laporan dengan segera dan hanya membuat pada waktu malam. Peguam bela menyatakan bahawa tindakan SP1 yang memuat naik status mengenai insiden di media sosial seperti Instagram adalah tidak masuk akal dan memilih memuat naik status daripada membuat laporan polis. [28] Pihak pembelaan menyatakan SP1 cuba memfitnah tertuduh kerana SP1 merupakan seorang pempengaruh (Influencer) yang mempunyai pengikut lebih seratus ribu orang. [29] Selain itu, pihak pembelaan menyatakan bahawa SP2 yang selaku teman lelaki sepatutnya bertindak dengan sewajarnya apabila melihat teman wanitanya dicabul namun SP2 tidak melakukan apa-apa dan meneruskan pembelian. Pihak pembelaan menyatakan terdapat percanggahan keterangan SP1 dan SP2 di mana menerusi status SP1 di media sosial, SP1 menyatakan teman lelakinya tidak mempunyai pengetahuan insiden yang berlaku. Akan tetapi, SP2 menjadi saksi untuk insiden kedua. [30] Pihak pembelaan cuba menimbulkan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan di mana pihak pendakwaan gagal memanggil saksi yang menyediakan dokumen bagi ID17 pendrive, ID19 iaitu CD bagi gambar kejadian dan ID20 iaitu borang kawad cam untuk memberikan keterangan di Mahkamah. [31] Pihak pembelaan berhujah bahawa hasil siasatan dalam juga mendapati tiada keputusan konklusif kerana tiada saksi mata yang melihat kejadian dan gambar kejadian tidak dikemukakan sebagai bukti. Tindakan SP1 membuat laporan polis adalah untuk memburukkan nama tertuduh. [32] Selepas mendengar dan menilai kesemua keterangan, Mahkamah mendapati keterangan SP1 adalah kredibel berdasarkan keterangan CCTV dan SP2 dan juga laporan polis. Percanggahan yang dipersoalkan oleh pihak pembelaan bukan percanggahan yang material yang boleh menggugat kredibiliti SP1. [33] Berkenaan isu pertuduhan adalah defektif, Mahkamah mendapati tiga kali sentuhan adalah dalam satu transaksi dan tidak merujuk kepada tiga transaksi yang berbeza di mana sentuhan dilakukan berkali-kali ke atas pengadu. Perbuatan tertuduh yang melakukan tiga sentuhan ke atas pengadu adalah terjumlah kepada satu pertuduhan. Pada awalnya pihak pendakwaan telah meneruskan kes dengan satu sentuhan namun pertuduhan telah dipinda kepada tiga sentuhan. Pertuduhan pindaan dibacakan dan tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah. Pihak pembelaan telah mengambil maklum pertuduhan pindaan dan telah menyoal balas kesemua saksi pendakwaan bagi ketiga-tiga sentuhan yang dilakukan. [34] Isu berkenaan percanggahan SP3 dan SP8 mengenai dokumen gambar kejadian dan CD tidak menjejaskan kredibiliti saksi pendakwaan terutama SP1. Ketiadaan gambar kejadian tidak menjejaskan siasatan yang telah dilakukan oleh SP8. Kejadian berlaku pada tahun 2019 dan pegawai penyiasat telah bertukar. Kini, SP7 merupakan pegawai penyiasat warisan. Maka apabila saksi tidak dapat mengingat sebahagian bukan bermaksud saksi tidak kredibel di terutama saksi hanya hadir untuk keterangan diberikan selepas 4 tahun. Gambar kejadian hanya membantu Mahkamah untuk memahami kejadian yang berlaku. Selain gambar kejadian, terdapat dokumen lain seperti rajah kasar (P3) telah dikemukakan untuk membantu Mahkamah mengetahui kawasan tempat kejadian. Isu gambar kejadian tidak diterima sebagai ekhibit kerana terdapat satu gambar telah diambil daripada laman sesawang dan tidak menjejaskan gambar-gambar lain yang telah diambil oleh jurufoto. Penjelasan pengambilan gambar tersebut daripada laman sesawang adalah disebabkan keciciran pegawai penyiasat untuk mengarahkan mengambil gambar pintu masuk kedai. Jurufoto telah hadir bahawa beliau telah mengambil gambar kejadian kecuali satu gambar iaitu gambar hadapan kedai yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Namun begitu, Mahkamah masih boleh merujuk kepada gambar kejadian yang diambil oleh jurufoto. [35] Pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan yang ditimbulkan adalah tidak terpakai dalam kes ini apabila saksi SP3 dan SP8 mempunyai kekeliruan tentang orang yang menyediakan CD. Saksi pendakwaan SP3 mengesahkan bahawa beliau telah mengambil 6 keping gambar dan 1 keping gambar yang dalam CD bukan diambil oleh beliau. SP8 kemudian menjelaskan bahawa SP8 hadir bersama jurufoto ke tempat kejadian tetapi telah terlupa mengambil gambar hadapan kedai maka telah mengambil gambar melalui laman sesawangan google. Pada kali pertama SP3 hadir ke Mahkamah, terdapat isu untuk membuka CD maka menyebabkan CD kedua diwujudkan. SP3 telah dipanggil semula dan telah hadir semula bersama CD asal yang telah dibaik pulih. Mahkamah menerima 6 keping gambar kejadian di mana adalah keterangan tersebut yang relevan dan SP3 telah mengesahkan telah mengambil gambar dan CD asal yang mengandungi gambar telah dikemukakan. Isu hanya terdapat satu gambar diambil melalui google tidak menjejaskan penerimaan gambar lain untuk rujukan Mahkamah. [36] Berkenaan dengan borang kawad cam, adalah pilihan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi pendakwaan untuk membuktikan kes pendakwaan. Beban pembuktian adalah pada pihak pendakwaan. Dalam kes ini, tiada isu identiti tertuduh kerana pengadu telah mengecam tertuduh di Mahkamah. Selain itu, gambar tertuduh turut dimuat naik dalam media sosial dan juga wajah tertuduh dan wajah tertuduh boleh dilihat melalui rakaman CCTV. Maka, ketiadaan pegawai kawad cam tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana bukti yang dikemukakan adalah memadai untuk kes prima facie. Tambahan, pihak pembelaan gagal menunjukkan saksi pembuat dokumen kawad cam merupakan saksi penting dan kegagalan pihak pendakwaan di peringkat pendakwaan memanggil saksi tersebut akan mendatangkan prejudis kepada pihak pembelaan. Ini kerana tiada halangan kepada pihak pembelaan untuk memanggil saksi tersebut di peringkat pembelaan sekiranya diperlukan. Segala dokumen turut diberikan kepada pihak pembelaan. [37] Mahkamah mendapati tiada kelewatan oleh SP1 untuk membuat laporan polis di mana laporan dibuat selepas beberapa jam selepas kejadian. SP1 juga menjelaskan bahawa SP1 membuat keputusan untuk melaporkan insiden kepada pihak polis setelah berbincang dengan ahli keluarga di rumah. SP1 telah menjelaskan status media sosialnya di mana ketika itu, SP1 ingin berkongsi pengalamannya yang beliau telah disentuh di kedai tersebut. Berkenaan dengan percanggahan SP1 dan SP2 yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan telah dijelaskan oleh SP1 di mana maksud “he didn’t know” dalam siaran ekhibit D6B adalah SP2 tidak tahu emosi SP1 dan bukan bermaksud SP2 tidak melihat insiden kedua. SP2 sememang tidak melihat insiden pertama. SP2 hanya mengetahui sentuhan lain apabila SP1 menanggis di dalam kereta. [38] Keterangan SP1 dan SP2 adalah konsisten dan munasabah serta selari dengan rakaman CCTV. Oleh itu, kredibiliti SP1 dan SP2 tidak terjejas sekiranya ada percanggahan yang kecil. Mahkamah menerima keterangan SP1 dalam kes ini kerana keterangan pengadu adalah kredibel dan konsisten. Walaupun SP1 tidak bertindak menjerit, ianya tidak menjadikan satu alasan untuk mendapati keterangan SP1 adalah tidak munasabah. Ini adalah kerana setiap manusia mempunyai cara bertindak dan SP1 telah bertindak untuk mengelak sentuhan dan menjauhi diri daripada tertuduh. Ini jelas bahawa SP1 enggan diperlakukan sedemikian oleh tertuduh. SP2 juga tidak bertindak untuk tidak melakukan apa-apa sewaktu kejadian kerana sewaktu itu, kedai tersebut mempunyai banyak CCTV dan hanya ingin bertindak rasional untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak polis. [39] SP2 menyatakan pada ketika itu, beliau baru berumur 22 tahun dan beliau bersama teman wanita. Beliau khuathir untuk bersemuka atau berkonfrontasi dengan tertuduh kerana beliau tidak tahu apa akan berlaku terhadap beliau dan teman wanita memandangkan tertuduh bekerja di kedai tersebut. SP2 menyatakan bahawa SP2 tidak bertindak apa-apa apabila memikirkan SP1 berasa tidak selesa dan cemas dan SP1 masih muda dan tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegitu dan berpendapat membuat laporan polis adalah cara terbaik. [40] Mahkamah tidak menjumpai apa-apa percanggahan yang material yang mewujudkan keraguaan. Mahkamah merujuk kes Fairus Nizam Bin Shueb v Public Prosecutor [2001] 5 MLJ 224. Dalam kes tersebut, peguam bela telah menimbulkan isu kredibiliti dan kekurangan keterangan sokongan. Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “Further, there is no mandatory requirement for any corroboration of a witness’s evidence in criminal trials of this nature. Even where corroboration is normally required as a rule of prudence, ie accomplice evidence, or adults in sexual cases, so long as it is clear the trial judge had in mind the risk of convicting on uncorroborated testimony, but nevertheless decided to do so, because he was convinced of the truth of the victim’s evidence, such conviction is not illegal. Similarly in this instance, there is no rule of law that the victim’s evidence should be corroborated, and as long as the learned session judge accepted the truth of his evidence, it is enough.” [41] Pada kes di akhir pendakwaan, Mahkamah perlu berpuas hati satu kes prima facie berjaya dibuktikan dengan mengguna pakai penilaian maximum terhadap semua keterangan diberikan. Prinsip ini telah dijelaskan oleh Hakim Gopal Sri Ram JCA (ketika masa itu) in the case of PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393: “….. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. See Tai Chai Keh v Public Prosecutor [1948-49] MLJ Supp 105: Public Prosecutor v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230. If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution’s case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? See Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232. If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted [42] Penilaian maximum dilakukan ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan seksyen 354 Kanun Keseksaan. Oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri. [43] Mahkamah ini telah membacakan tiga pilihan diberikan kepada tertuduh bagi kes pembelaan. Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dan juga memohon dua saksi pembelaan memberi keterangan. E.KES PEMBELAAN [44] Pada peringkat kes pembelaan, beban pembuktian telah dinyatakan secara jelas dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob vs Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169. Tertuduh hanya perlu mewujudkan satu keraguan munasabah dan tidak perlu membuktikan bahawa beliau adalah tidak bersalah. Oleh itu, beban bukti masih tertakluk kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie yang melangkaui keraguan munasabah. Petikan yang relevan daripada kes tersebut adalah seperti berikut: “To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [45] Mahkamah juga merujuk kepada Public Prosecutor v Datuk Hai Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 yang menerangkan keraguan munasabah seperti berikut: “ It cannot be a fanciful of whimsical or imaginary doubt, and in considering the question as to whether a reasonable doubt has been rasied, the evidence adduced by and the case for the defence must be viewed in at least some amount of light, not necessarily bright sunlight, but certainly not against the dark shadows of the night..” [46] Oleh itu, mahkamah perlu menilai keterangan atau alasan diberikan oleh tertuduh adalah cukup secara munasabah yang dinilai secara adil dan keraguan tersebut bukan kabur. [47] Kes peringkat pembelaan, tertuduh telah memberikan keterangan tentang kejadian dan memanggil dua saksi iaitu Encik Ng Lock En, bekas General Manager Viewnet (SD2) dan Encik Cheng Onn Loon, rakan sekerja OKT (SD3). [48] Tertuduh, SD1 menafikan bahawa terdapat kejadian sentuhan seperti yang dinyatakan oleh SP1. Keterangan tertuduh adalah seperti berikut: i. Tertuduh hanya mengetahui insiden melalui kawannya yang memaklumkannya bahawa terdapat siaran di media sosial yang tertuduh ada mencabul SP1. ii. Apabila SP2 masuk ke premis, SP2 telah bertanyakan produk namun tertuduh ketika sedang sibuk dan meminta rakan sekerja, Guan Long untuk membawa SP2 ke bahagian produk tersebut dan kemudian tertuduh datang ke SP2 untuk mengambil alih daripada rakan sekerja untuk memberikan perkhidmatan jualan. iii. Tertuduh menafikan terdapat sentuhan pada peha SP1 pada insiden pertama dan menyatakan terdapat jarak antara tertuduh dan SP1. iv. Selepas mereka bersetuju dengan produk, tertuduh telah pergi ke belakang untuk menyemak harga dan stok. Tertuduh menyatakan tertuduh ada pusing badan dan elak SP1 untuk pergi ke stor. Tertuduh menyatakan bahawa dia tidak tahu ada mana-mana bahagian badannya telah menyentuh SP1. v. Selepas semakan dibuat, tertuduh telah membawa produk ke bahagian kaunter untuk pembayaran dan menguji produk tersebut. vi. Semasa di kaunter, SP2 menyatakan produk tidak dapat digunakan. Tertuduh yang berada di bahagian kaunter telah bongkok ke depan dan untuk melihat komputer riba SP2. vii. Tertuduh ingin melihat sebab apa produk tersebut tidak berfungsi dan tertuduh telah mengalihkan produk di hadapannya supaya dapat melihat komputer riba SP2. Memandangkan produk masih tidak dapat digunakan, tertuduh telah keluar dari kaunter dan menuju ke komputer syarikat untuk membuat ketetapan semula pada produk tersebut. viii. Tertuduh menyatakan bahawa dia tidak menyentuh SP1 dan tidak melihat ketidakselesaan oleh SP1 dan SP2. [49] SD2 merupakan bekas Chief Operation Officer (COO) di kedai Viewnet. SD2 mendapat mesej melalui sebaran oleh pembekal dan rakan tentang kejadian cabul yang berlaku di premis Viewnet. SD2 telah bertanyakan tertuduh dan juga menyemak rakaman CCTV. SD2 cuba berhubung dengan SP1. SD2 telah mengarahkan mengeluarkan dua siaran kenyataan di media sosial untuk memberikan amaran bahawa tindakan undang-undang diambil terhadap SP1 sekiranya SP1 menulis siaran tanpa bukti di media sosial. [50] Selepas kenyataan disiarkan, SP1 bersama 2 orang lagi telah hadir berjumpa dengan SD2 untuk menceritakan kejadian. SD2 menyatakan rakaman CCTV tidak menunjukkan insiden cabul dan SP1 tidak bersetuju dan bertegas bahawa SP1 telah dicabul. SP1 bersetuju untuk menurunkan siarannya kerana melibatkan reputasi syarikat Viewnet. SD2 menyatakan Lee Chee Keong yang merupakan pengurus operasi telah memberikan rakaman CCTV kepada pihak polis untuk membantu siasatan. [51] SD3 merupakan pembantu jualan di kedai Viewnet dan merupakan rakan sekerja tertuduh. SD3 menerima mesej daripada kumpulan melalui Whatsapp tentang insiden cabul oleh tertuduh. SD3 tidak melihat kejadian dan hanya mengetahui tertuduh ada melayan pelanggan SP1 dan SP2. SD3 hanya melihat rakaman CCTV di pejabat peguam sebelum hadir menjadi saksi. [52] Peguam bela berhujah bahawa tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah dan kredibel. Peguam bela menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes dan tertuduh telah menjelaskan bahawa dia telah menjalankan tugasnya sebagai penasihat jualan dan pergerakkannya sepanjang masa di premis adalah suatu pergerakan normal. [53] Peguam bela telah mengulangi hujahan sama dan isu sama yang ditimbulkan di peringkat pendakwaan. Peguam bela berhujah bahawa tertuduh telah menjelaskan tindakannya dengan rakaman CCTV di mana tiada tanda-tanda perbuatan cabul bagi insiden pertama. Bagi insiden kedua, tertuduh menyatakan SP1 berada di belakang tertuduh dan tertuduh tidak sedar kedudukan SP1 dan apabila tertuduh lalu ke stor. Tertuduh menyatakan kawasan tersebut adalah sempit dan sekiranya ada sentuhan ianya adalah suatu kemalangan dan bukan sentuhan yang disengajakan oleh tertuduh. [54] Tertuduh telah menjelaskan tindakannya di kaunter yang mengalih barang-barangan di atas meja kaunter adalah mengalihkan barang yang menghalang penglihatannya untuk melihat komputer riba SP2 untuk membantu SP1 untuk mencuba produk tersebut di komputer riba SP2. [55] Pihak pembelaan menyatakan kekurangan reaksi dan perlindungan daripada SP2 dan pengelakan tindakan SP1 yang masih kekal berada di premis meskipun insiden-insiden tersebut berlaku menimbulkan keraguan munasabah terhadap kepercayaan bagi dakwaan-dakwaan SP1 dan SP2. [56] Tertuduh telah menunjukkan tindakan yang aktif dalam menangkis alegasi dengan membuat laporan polis (D21) dan juga mengambil tindakan sivil ke atas SP1. Tindakan SP1 untuk meneruskan tindakan ini adalah disebabkan untuk membela diri daripada tindakan sivil ke atasnya. [57] Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan SD1 hanya bersifat penafian semata-mata. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa penafian tertuduh ini tidak dapat menyangkal keterangan yang menyakinkan dan boleh dipercayai oleh SP1 yang diberikan. [58] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan tertuduh adalah satu pemikiran terkemudian kerana di peringkat pendakwaan SP1 telah menyatakan bahawa pada awalnya SP1 dan SP2 telah dilayan oleh seorang pembantu jualan berbangsa Melayu dan keterangan bahawa SP2 dan SP1 telah berjumpa dengan tertuduh di kaunter dan tertuduh adalah orang pertama yang mereka jumpa tidak langsung dibangkitkan kepada SP1 dan SP2 semasa kes pendakwaan. [59] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa cadangan bahawa SP2 (bersama dengan SP1) telah berjumpa dengan tertuduh di kaunter sebelum berjumpa dengan Guan Long, maka SP2 (bersama dengan SP1) adalah pelanggan tertuduh sebab itu tertuduh melayan mereka dengan mengambil alih daripada Guan Long adalah merupakan satu recent invention seperti yang telah diputuskan di dalam kes Megat Halim Megat Omar v PP. Pihak pembelaan hanya menimbulkan individu bernama Guan Long di peringkat pembelaan dan tidak di peringkat pendakwaan. [60] Mahkamah merujuk kepada kes Lim Chooi Huat & anor v Public Prosecutor [2014] MLJU 49 di mana Mahkamah menilai keseluruhan keterangan sebelum memutuskan pembelaan adalah munasabah. [61] Jika dilihat keseluruhan versi cerita pembelaan, tertuduh menyatakan tertuduh tidak melakukan perbuatan cabul dan SP1 mempunyai motif mala fide untuk memfitnah dan dan memalukan tertuduh memandangan SP1 merupakan pempengaruh di media sosial dan mempunyai ramai pengikut. [62] Selain itu, Mahkamah menilai keterangan SP1, SP2 dan tertuduh dan mendapati keterangan SP1 adalah lebih konsisten dengan rakaman CCTV berbanding versi tertuduh. Walaupun rakaman CCTV bukan berkualiti tertinggi namun ianya masih cukup untuk memberikan gambaran keseluruhan kejadian. Tertuduh telah ditunjukkan rakaman CCTV dan keterangan tertuduh tidak selari dengan pergerakan tertuduh dalam rakaman CCTV. Insiden pertama, tayangan telah dimainkan dengan perlahan untuk melihat pergerakan tangan tertuduh. Adalah dapat dilihat pergerakan tubuh badan tertuduh yang semakin mendekati SP1 dan tertuduh telah menurunkan tangannya dan tangan telah bersentuhan dengan kaki SP1. Walaupun ditunjukkan sentuhan tersebut, tertuduh menafikan terdapat sentuhan yang berlaku. Penjelasan tertuduh bahawa terdapat jarak antara SP1 dan tertuduh adalah tidak konsisten dengan rakaman CCTV. Tindak balas secara spontan oleh SP1 adalah jelas untuk menghalang sentuhan tertuduh yang dapat dilihat dalam rakaman CCTV. Tertuduh menyatakan SP2 yang berinteraksi dengan tertuduh untuk pembelian dan tertuduh tidak berinteraksi dengan SP1. Namun tindakan tertuduh boleh dilihat mendampingi atau mendekatkan dirinya dengan SP1 berbanding SP2 semasa memberikan penjelasan produk walaupun SP2 merupakan pembeli dan bukannya SP1. [63] Keterangan tertuduh yang menyatakan bahawa laluan sempit apabila tertuduh ingin berjalan ke arah stor juga tidak sepadan dengan ruang yang dilihat dalam rakaman CCTV serta gambar kejadian. Tertuduh bergerak dekat dengan SP1 walaupun terdapat ruang yang mencukupi dan sekiranya benar tidak mencukupi ruang untuk berlalu, tertuduh boleh meminta izin supaya diberikan ruang untuk berlalu di sebelah SP1. Tindak balas oleh SP1 dalam rakaman CCTV dapat dilihat di mana SP1 berasa tidak selesa dan SP2 sedang memujuk SP1 adalah selari dengan keterangan SP1 dan SP2. Tertuduh menyatakan tiada reaksi daripada SP1 dan SP2 adalah tidak selari dengan rakaman CCTV. Ketika itu, tertuduh telah membelakangi SP1 dan SP2 dan masuk ke bilik stor maka tertuduh tidak dapat memberikan keterangan ketidakselesaan yang dialami oleh SP1 dalam insiden kedua. Keterangan tertuduh yang menyatakan SP1 dan SP2 tidak menunjukkan apa-apa adalah tidak berasas memandangkan tertuduh telah bergerak dari kawasan tersebut dan tidak melihat reaksi SP1 dan SP2. [64] Penjelasan tertuduh bagi insiden ketiga iaitu tindakan tertuduh mengalih barangan di hadapannya supaya dia dapat melihat komputer riba SP1 adalah seakan munasabah. Namun begitu, versi SP1 adalah lebih kredibel dan konsisten dengan rakaman CCTV. Hal ini demikian, pergerakan tangan tertuduh dapat dilihat menuju ke arah hadapan di mana tangan pengadu berada di atas meja kaunter. Mahkamah mendapati tiada sebab tertuduh perlu mengerakkan tangan ke hadapan lagi untuk melihat komputer riba SP2. Sekiranya tertuduh ingin melihat komputer riba SP2, tertuduh boleh memusingkan komputer riba SP2. Tertuduh sekali menyatakan tiada tindak balas daripada SP1 juga tidak selari dengan keterangan SP1 dan rakaman CCTV. SP1 terus mengalihkan tangan daripada meja dan berkali-kali menarik tangan SP2 untuk mengesa SP2 untuk beredar. Mahkamah mendapati bahawa SP1 telah memberikan reaksi spontan untuk menjauhi tertuduh dan menghalang tertuduh terus menyentuhnya. Keterangan tertuduh adalah tidak kredibel dan tidak dipercayai oleh Mahkamah ini. [65] SP1 terus memuat naik atas ketidakpuasan hati beliau kena dicabul merupakan salah satu bentuk keterangan sokongan. Mahkamah juga mendapati tiada sebab SP1 perlu memfitnah tertuduh yang tidak dikenali di media sosial hanya semata-mata untuk memburukan dan memalukan tertuduh sejurus kejadian pembelian selesai. Mahkamah mendapati tiada motif SP1 untuk berbuat demikian memandangkan tertuduh menyatakan tiada apa-apa yang timbul sewaktu pembelian produk. Alasan diberikan oleh tertuduh bahawa SP1 sewenang-wenangnya ingin memfitnah tertuduh adalah tidak berasas dan tidak disokong dengan mana-mana keterangan. [66] Keterangan SD2 dan SD3 juga tidak menimbulkan keraguan munasabah memandangkan SD2 dan SD3 tidak berada di tempat kejadian dan hanya bergantung kepada rakaman CCTV serta memberikan keterangan mereka mengikut rakaman CCTV. Kedua-dua saksi juga tidak ditunjukkan rakaman CCTV semasa perbicaraan berkenaan ketiga-tiga insiden untuk menjelaskan perbuatan tertuduh. Nilai keterangan SD2 dan SD3 adalah rendah dan tidak memadai untuk menimbul apa-apa keraguan munasabah atau membantu pembelaan tertuduh. Mahkamah mendapati tindakan SP1 memadamkan siaran (posting) di media sosial adalah berdasarkan hasil persetujuan pihak-pihak berkenaan reputasi syarikat Viewnet dan tindakan tersebut tidak menjejaskan kredibiliti SP1. Lebihan lagi, SD2 turut menyatakan SP1 bertegas dengan pendirian bahawa SP1 telah dicabul walaupun ditunjukkan rakaman CCTV oleh SD2. Oleh itu, SP1 tetap bertegas dengan kejadian cabul sebelum tindakan sivil diambil oleh tertuduh. [67] Tertuduh juga hanya menimbulkan individu yang dikenali Guan Long yang merupakan rakan sekerja yang bangsa cina di peringkat pembelaan. Peranan Guan Long adalah orang pertama yang membawa SP1 dan SP2 sebelum ke tempat pameran seperti mana dalam rakaman CCTV. Di peringat pendakwaan, peguam bela tidak pernah mencabar keterangan SP1 dan SP2 yang menyatakan pembantu jualan yang membawa mereka ke tempat produk adalah rakan sekerja tertuduh yang berbangsa Melayu. Malahan peguam bela telah menyoal balas SP1 berkenaan rakan sekerja yang melayan mereka adalah berbangsa Melayu di peringkat pendakwaan. Pembantu jualan berbangsa Cina hanya ditimbulkan semasa kes pembelaan dan tidak ditimbulkan semasa peringkat pendakwaan kes. Tertuduh sewajarnya dapat mengenali rakan sekerja apabil rakaman CCTV yang dimainkan berkali-kali diperingkat pendakwaan namun tertuduh gagal menimbulkan identiti Guan Long di peringkat pendakwaan semasa pemeriksaan balas terhadap SP1 dan SP2. [68] Setelah penilaian maksimum dilakukan ke atas kesemua saksi di peringkat pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah mendapati kredibiliti saksi pendakwaan adalah kukuh dan pihak pembelaan gagal menimbulkan pembelaan bermerit mahupun keraguan munasabah. Oleh yang demikian, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas pertuduhan. F. HUKUMAN [69] Antara faktor mitigasi yang dikemukakan oleh peguam bela adalah seperti berikut: a) pesalah pertama dan memberikan kerjasama yang baik; b) tertuduh berumur 33 tahun; c) bekerja sebagai ajen hartanah dan pendapatan tidak menentu; d) mempunyai tanggungan ibu bapa yang masing-masing berumur 73 dan 70 tahun; e) ibu tertuduh mempunyai penyakit sakit jantung dan memerlukan penjagaan; f) bapa tertuduh baru selesai pembedahan mata. [70] Berdasarkan faktor mitigasi di atas, peguam bela memohon suatu hukuman denda ringan dikenakan ke atas tertuduh. Pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal dengan mengambil faktor kepentingan pengadu dan juga tertuduh yang merupakan penasihat jualan. Pihak pendakwaan memohon hukuman bersifat pencegahan bagi melindungi kepentingan masyarakat awam. [71] Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Low Kok Wai [1988] 3 MLJ 123 dan Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 di mana Mahkamah perlu mempertimbangkan fakta setiap kes. Juga di dalam kes Mohamed Jusoh bin Abdullah and another v Public Prosecutor [1947] 1 MLJ 130, terdapat pelagai faktor mitigasi yang perlu dipertimbangkan seperti latar belakang, karakter tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman dan bukan hanya melihat hukuman maxima. [72] Mahkamah merujuk kes Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J menyatakan bahawa: A “sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. [73] Seksyen 354 memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali atau sebatan atau mana-mana dua hukuman. Mahkamah mempertimbangkan cara kekerasan jenayah dilakukan dan rujukan kepada kes Public Prosecutor v Ali bin Ahmad [2019] MLJU 361, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Majistret iaitu hukuman denda RM5000 jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Hukuman denda masih boleh diberikan bagi kesalahan cabul berdasarkan faktor yang diambil kira oleh Majistret berkenaan. [74] Mahkamah telah mempertimbangkan latar belakang tertuduh di mana tertuduh yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Tertuduh mempunyai tanggungan ibu bapa yang memerlukan penjagaan tertuduh. [75] Mahkamah juga mengambil kira fakta kes iaitu perbuatan tertuduh. Di dalam kes Ali bin Ahmad (supra). Perbuatan tertuduh dalam kes tersebut selain melakukan sentuhan pada pinggang. Tertuduh selaku pemandu bas telah menakutkan pengadu dan menyebabkan pengadu berpindah dan duduk di belakang tertuduh. Tertuduh telah meraba kaki dan menarik pengadu di atas peha tertuduh dan melakukan perbuatan memegang kemaluan pengadu dan meraba payu dara pengadu dan seterusnya tangan pengadu ke atas kemaluan tertuduh. Apabila pengadu cuba melepaskan diri, tertuduh telah mengejar pengadu di dalam bas dan menarik baju pengadu sehingga baju pengadu terkoyak. [76] Di dalam kes ini, perbuatan dilakukan oleh tertuduh adalah sentuhan sebanyak tiga kali ke atas bahagian peha kanan, bahu kiri dan tangan kiri pengadu. Tiada unsur ugutan atau kekasaran dilakukan terhadap pengadu untuk melakukan perbuatan cabul ke atasnya. Oleh itu, Mahkamah mempertimbangkan hukuman denda berdasarkan latar belakang dan graviti kesalahan mengikut fakta kes dalam menjatuhkan hukuman. [77] Mahkamah juga mengambil kira bahawa tertuduh merupakan pesalah pertama dan wajar diberikan peluang untuk memperbaiki diri. Selain itu, tertuduh tidak lagi bekerja di syarikat tersebut. [78] Oleh itu, Mahkamah berpendapat satu hukuman denda berjumlah RM3000 adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh dan hukuman tersebut telah memberi pengajaran kepada tertuduh di mana tertuduh perlu menghadapi perbicaraan penuh. Disediakan oleh: Wong Chai Sia Majistret Kuala Lumpur Pendakwa Raya : Sareeka a/p Balakrishnan Peguambela : Lim Meng Guan, Nur Sazierah
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.