Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-812-11/2019 ANTARA WRP ASIA PACIFIC SDN BHD (NO. SYARIKAT : 147817-V) … PLAINTIF
WA-22NCVC-812-11/2019
High Court of Malaysia26 Oct 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-812-11/2019 ANTARA WRP ASIA PACIFIC SDN BHD (NO. SYARIKAT : 147817-V) … PLAINTIF
1
LEE SON HONG
2
TOO SOOI KENG
3
LEE KIEN HAN
4
TETUAN HAN & PARTNERS
5
AXIS MEGALINK SDN BHD
6
6.
7
7.
8
TETUAN IVAN ANG LAU & XUEN
9
LIU WEI MIN
10
LIM SAN PEEN …. DEFENDAN-DEFENDAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 42 ) RAYUAN [1] Perayu / Defendan Ke-10 yang dinamakan di atas tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah pada 26.10.2021 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut dimana Notis Permohonan Defendan Ke-10 bertarikh 28.2.2020 (Lampiran 42) ditolak dengan kos. PENDAHULUAN [2]
Lampiran
Lampiran 42 adalah permohonan Defendan Ke-10 menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk satu perintah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 dibatalkan dan kos untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Ke-10 atas dasar tanggung rugi. LATARBELAKANG [3] Pihak-pihak dalam alasan penghakiman ini akan disebut sebagai Plaintif dan Defendan. [4] Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan 1 hingga Defendan Ke-10 untuk menuntut gantirugi atas dakwaan konspirasi untuk menggulungkan Plaintif untuk mencederakan dan/atau menipu pemegang-pemegang saham Plaintif dan pemiutangnya. 3 [5] Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai alamat berdaftar di No. 7-1, Jalan 109F, Plaza Danau 2, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan serta beralamat perniagaan di Lot 1, Jalan Tiga, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. [6] Pada 21.11.2018, CRT Insights Technologies Sdn Bhd ( No Syarikat 722460-T ) ( CRT ) membuat suatu petisyen penggulungan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ( Mahkamah Penggulungan tersebut ) untuk menggulungkan Plaintif. Petisyen tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Petisyen ( Penggulungan ) Syarikat No. BA-28NCC-615-11/2018 ( Petisyen Penggulungan Pertama tersebut ). [7] Pada 17.6.2019, kaunsel bagi CRT telah memaklumkan Mahkamah bahawa hutang yang membentuk dasar Petisyen Penggulungan telah diselesaikan oleh Plaintif dan memohon untuk petisyen tersebut ditarik balik. [8] Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah telah membatalkan Petisyen Penggulungan CRT. Semua ini dalam kehadiran peguamcara Plaintif, Defendan-Defendan Ke-6 hingga Ke-8 bertarikh 13.6.2019 memohon bahawa Defendan Ke-5 digantikan sebagai Pempetisyen dalam prosiding tersebut dan untuk Defendan Ke-10 dilantik sebagai Pelikuidasi Plaintif. ( Permohonan Penggantian tersebut ) [9] Permohonan Penggantian tersebut tidak seharusnya melibatkan penggulungan Plaintif. Walaupun Petisyen Penggulungan tersebut dibatalkan, Defendan Ke-6 tidak memaklumkan Mahkamah bahawa Permohonan 4 Penggantian tersebut tidak sepatutnya didengar. Sebaliknya Defendan Ke-6 telah memaklumkan Mahkamah bahawa hutang Defendan Ke-5 yang didakwa adalah tidak dipertikaikan dan tidak mampu dibayar oleh Plaintif. [10] Berdasarkan perkara diatas, Mahkamah terus membenarkan Permohonan Penggantian tersebut menurut terma-terma yang dipohon oleh Defendan Ke-5 dan Defendan Ke-10 yang seterusnya dilantik sebagai Pelikuidasi Plaintif pada tarikh yang sama iaitu 17.6.2019. ( ekshibit A-1 dalam Afidavit Sokongan Defendan Ke-10) [11] Pada 24.6.2019, atas permohonan 3 penyumbang Plaintif, TAEL Tijari Partners Ltd, TAEL Two Partners Limited and Healthcare Products (Labuan) Pte Ltd telah memfaikan suatu permohonan untuk mengenepikan, dan/atau untuk menamatkan Perintah Penggulungan tersebut melalui Mahkamah Tinggi Shah Alam Pasca Penggulungan Kes No.BA-28PW-157-06/2019. ( Permohonan Pengenepian tersebut ). [12] Pada 3.10.2019 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengenepikan Perintah Penggulungan tersebut. Mengikut Defendan Ke-10 akibat Perintah Pengenepian tersebut beliau bukan lagi bertindak sebagai Pelikuidasi Plaintif berkuatkuasa dari tarikh 3.10.2019. (rujuk ekshibit A-3 Afidavit Sokongan Defendan Lampiran 43) [13] Perlu diambilkira bahawa sebelum pengenepian Perintah Penggulungan tersebut. Kumpulan TAEL juga telah pada 19.7.2019 melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Saman Pemula No. WA-24NCC (ARB)-25-06/2018 memohon untuk pelepasan suatu injunksi yang diberikan pada 18.3.2019 yang 5 menghalang pelantikan dua orang Pengarah tambahan dalam Plaintif melalui suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 18.6.2018. [14] Pada 23.10.2019, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan pelepasan injunksi tersebut atas dasar bahawa antara lainnya, fakta-fakta material telah disembunyikan pada masa injunksi tersebut diberikan. ( rujuk kepada eksibit A-1 Afidavit Sokongan Defendan ; Minit Prosiding pada 17.6.2019; Notis Usul bertarikh 13.6.2019 oleh Defendan Ke- 5; Alasan Penghakiman YA Dato Azmi Bin Arifin bertarikh 3.10.2019 dan Alasan Penghakiman YA Tuan Ong Chee Kwan bertarikh 1.11.2019) [15] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 adalah berkenaan dengan peranan Defendan Ke-10 sebagai pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah kepada Plaintif. Plaintif mendakwa Defendan Ke-10 telah mengambil bahagian dalam konspirasi yang di pra-bayangkan (“pre-conceived”) oleh Defendan 1 hingga Defendan Ke-9. Plaintif menyatakan Defendan Ke-10 gagal berkelakuan secara bebas apabila memihak kepada Defendan 1 hingga Defendan Ke-9 dalam menjalankan hal ehwal Plaintif dalam likuidasi. [16] Defendan Ke-10 telah memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 42 menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk satu perintah bahawa Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 dibatalkan dan kos untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Ke-10 atas dasar tanggung rugi. 6 [17] Asas permohonan Lampiran 42 adalah, Defendan Ke-10 menyatakan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan atas alasan-alasan seperti berikut: 1) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 adalah berkenaan dengan peranan Defendan Ke-10 sebagai Pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah kepada Plaintif dari tempoh 17.6.2019 hingga 3.10.2019. 2) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ke-10 adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan atas alasan-alasan berikut:- a) Tiada kebenaran terdahulu diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memulakan tuntutan ini terhadap Defendan ke-10. Oleh itu, tuntutan terhadap Defendan Ke-10 adalah cacat (“defective”); b) Tuntutan Plaintif berdasarkan dakwaan konspirasi yang melibatkan Defendan Ke-10 adalah tanpa sebarang butirandan oleh itu, ia adalah tanpa asas dan tidak boleh dikekalkan secara keseluruhan; dan c) Dakwaan-dakwaan terhadap Defendan Ke-10 adalah remeh kerana ia adalah berdasarkan kepada peristiwa yang telahpun berlaku sebelum perlantikan Defendan Ke-10 7 sebagai pelikuidasi dan hanya merupakan sebahagian daripada tugas-tugas biasa Defendan Ke-10 sebagai seorang pelikuidasi. [18] Isu Untuk Dibicarakan i) Samada Plaintif perlu mendapatkan kebenaran dari Mahkamah sebelum memulakan tindakan ini. ii) Samada terdapat isu untuk dibicarakan dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif. KEPUTUSAN LAMPIRAN 42 Samada Plaintif perlu mendapatkan kebenaran dari Mahkamah sebelum memulakan tindakan ini. [19] Defendan Ke-10 menyatakan bahawa dakwaan Plaintif terhadapnya adalah atas kapasiti sebagai pelikuidasi dari 17.6.2019 hingga 3.10.2019 pada masa material tersebut. Defendan Ke-10 menyatakan bahawa peranannya sebagai Pelikuidasi sehingga 3.10.2019 sahaja. [20] Defendan menyatakan bahawa walaupun terdapatnya Perintah Pembatalan Penggulungan tersebut Plaintif perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Penggulungan sebelum memulakan Guaman ini terhadapnya. Atau secara alternatif tindakan Guaman Plaintif perlu mendapat kebenaran dan persetujuan dari Pelikuidasi-Pelikuidasi Interim terlebih dahulu. 8 [21] Mahkamah berpandangan bahawa tiada keperluan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk memulakan tindakan ini memandangkan Perintah Penggulungan telah diketepikan pada 3.10.2019 oleh YA Hakim Mahkamah ( rujuk kepada Alasan Penghakiman YA Dato Azmi bin Arifin bertarikh 3.10.2019 dalam ekshibit A-1 Afidavit Balasn Plaintif) [22] YA Dato Azmi bin Arifin dalam Alasan Penghakiman menyatakan diantara lain seperti berikut:- “ Even though this court find that the application for substitution was in order the learned counsel for Axis and the Respondent are duty bound to notified this court that the order for substitution require the substituted Petitioner to file an amended petition re-filed, re-served on the company re-advertised and re-gazette (unless there was dispensation on the advertisement and gazette is granted by this court which is not the case here) before the Petition for winding - up is heard in order to allow other creditors to come in as per the mandatory requirement under rule 24 of Companies (Winding-Up) Rules 1972. With that, I have no hesitation to say that the above requirement is substantive in nature and not a mere procedure rule as if will affects creditors and contributories or any other party who is interested in the petition.” [23] Mahkamah sependapat dengan YA Hakim Dato Azmi Bin Arifin bahawa walaupun terdapat Perintah Penggantian oleh Defendan Ke-5. 9 Defendan Ke-5 perlu memfailkan semula pindaan petisyen, mengiklankan dan mengazet semula sebelum perintah penggulungan dibuat. [24] Semasa pendengaran Notis Usul Defendan Ke-5 pada 13.6.2019 Permohonan Penggantian tersebut tidak memohon untuk Penggulungan Plaintif. [25] Mahkamah juga merujuk kepada Eu Finance Bhd v Lim Yoke Foo [1982] 2 MLJ 37 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:- “ In the circumstances it is abundantly clear that the second order on which the respondent relies is no order at all within and for the purposes of section 263 and is a nullity and devoid of any effect. … The general rule is that where an order is a nullity, an appeal is somewhat useless as despite any decision an appeal, such an order can be successfully attacked in collateral proceedings; it can be disregarded and impeached in any proceedings, before any court or tribunal and wherever it is relied upon-in other words, it is subject to collateral attack. In collateral proceedings the court may declare an act that purports to bind to be non-existent. In Harkness v Bell’s Asbestos and Engineering Ltd [1967] 2 QB 729. 736. Lord Diplock L.J (now a Law Lord)said (at page 736) that ‘it has been long laid down that where an order is a nullity, the person whom the order purports to affect has the option either of ignoring it or of going to the court and asking for it to be set aside.” 10 [26] YA Hakim Mahkmah Shah Alam Selangor, telah mengenepikan Perintah Penggulungan tersebut pada 3.10.2019 atas sebab ianya didapati sebagai null and void on ground of illegality, berikutan perintah tersebut Mahkamah ini berpendapat bahawa perlantikan Defendan Ke-10 sebagai Pelikuidasi adalah terbatal dan tidak sah. Oleh itu, tiada keperluan untuk mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Penggulungan mahupun dari Pelikuidasi Interim ( yang telah digantung oleh Perintah Mahkamah) untuk memulakan tindakan ini terhadap Defendan Ke-10. Samada terdapat isu untuk dibicarakan dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif. [27] Rujukan dibuat kepada :- O 18 r 19 of the ROC 2012: “(1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that— (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be”. [28] Dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, [1993] 3 MLJ 36 the court held that : 11 “The principles upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable” (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L. & N.W. Ry. Co. [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA.). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” [29] Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan konspirasi yang ditimbulkan oleh Plaintif dalam Guaman ini. Dalam perenggan 11, 21 dan 22 Penyataan Tuntutan Plaintif telah memplidkan bahawa Defendan Ke-10 telah pada asasnya menjalankan hal ehwal Plaintif dalam liquidasi selaras dengan konspirasi yang didakwa. Perenggan tersebut adalah seperti dibawah:- 12 “ 11. Defendan Ke-10 merupakan seorang warganegara Malaysia dan seorang Pelikuidasi (No. Lesen. 02774/12/2019P) yang beralamat di Level 10, 1 Sentral, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Defendan Ke-10 merupakan Pelikuidasi pilihan Defendan Ke- 5 dalam Petisyen Penggulungan Defendan Ke-5. 11.1 Dari 17.06.2019 sehingga 03.10.2019, Defendan Ke-10 merupakan Pelikuidasi Plaintif sehingga Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan Perintah Penggulungan tersebut pada 03.10.2019. 21. Sepanjang penggulungan Plaintif, dari 17.06.2019 hingga 03.10.2019, Defendan Ke-10, sebagai Pelikuidasi terdahulu Plaintif telah menjalankan hal ehwal Plaintif dalam likuidasi selaras dengan konspirasi yang pra-dibayangkan ("pre-conceived") oleh Defendan-defendan Pertama hingga Ke-9. 22. Defendan Ke-10 telah mengambil bahagian dalam konspirasi tersebut pada atau selepas 17.06.2019 dan membantu konspirasi tersebut dan/atau dalam pelanjutan konspirasi tersebut dalam cara sedemikian: 22.1. Beliau telah menubuhkan Exco bersama dengan Defendan Pertama untuk menjalankan perniagaan Plaintif tanpa perundingan dan/atau mengambil kira pandangan seorang lagi 13 Pengarah Plaintif pada masa material tersebut, Cik Loong Mei Yin; 22.2. Exco yang ditubuhkan beliau untuk menjalankan perniagaan Plaintif dibuat dengan pengecualian Cik Loon Mei Yin; 22.3. Beliau telah enggan untuk bekerjasama dengan permintaan berulang Cik Loong Mei Yin untuk suatu audit ke atas Plaintif, meskipun Cik Long Mei Ying memberi akujanji untuk menanggung semua perbelanjaan sendiri; 22.4. Beliau telah membentangkan satu laporan di Perjumpaan Pemiutang dan Penyumbang pada 14.08.2019 di mana ia adalah jelas bahawa beliau tergesa-gesa untuk menjual Plaintif secara keseluruhan pada suku ke-2 tahun 2020; 22.5. la merupakan hasratnya untuk melaksanakan suatu Perjanjian Jual Beli untuk penjualan Plaintif pada Disember 2019 yang hanya 6 bulan selepas tarikh Perintah Penggulungan tersebut; 22.6. Beliau gagal untuk berkelakuan secara bebas tetapi berkelakuan memihak kepada Defendan-defendan Pertama dan/atau Ke-2. 14 [30] Diantara isu lain yang memerlukan keterangan saksi dalam perbicaraan adalah seperti berikut:- 1) Isu berkaitan dengan penyelesaian hutang CRT dan penggantian Defendan Ke-5 sebagai Pempetisyen dan pelantikan Defendan Ke-10 sebagai Pelikuidasi. 2) Penglibatan Defendan Ke-10 dalam tindakan-tindakan Defendan Pertama hingga Defendan Ke-9 sebelum penggulungan Plaintif. 3) Tindakan Defendan Ke-10 berkenaan usaha menjual Plaintif walaupun pada masa itu terdapatnya suatu rayuan terhadap Perintah Penggulungan tersebut. 4) Defendan ke-10 juga pada mesyuarat pada 14.8.2019 mengemukakan senarai pemiutang tanpa cagaran, dimana Defendan Ke-4 ( yang pernah bertindak untuk Plaintif dalam beberapa prosiding guaman) telah disenaraikan sebagai suatu pemiutang tanpa cagaran untuk jumlah wang RM12,460.878.00 yang mana jumlah yang agak besar terhutang oleh pihak Plaintif. Perkara ini diiktiraf oleh Defendan Ke-10. Persoalan ini perlu dijelaskan oleh Defendan Ke-10 dan Defendan Ke-4 melalui perbicaraan penuh. 5) Terma-terma Perintah Penggulungan Plaintif perlu dijelaskan oleh Defendan Ke-5 dan perkaitan dengan Defendan Pertama dan Defendan-Defendan yang lain. 15 [31] Mahkamah berpendapat isu konspirasi yang ditimbulkan oleh Plaintif dalam tuntutannya perlu dibicarakan secara perbicaraan penuh. [32] Mengambilkira perkara diatas Mahkamah menolak Lampiran 42 dengan kos RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 30.12.2021 16 Peguam Bagi Pihak Perayu/Plaintif Tetuan Bodipalar Ponnudurai De Silva D3-1-8, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. (Tel : 03-62055000 Faks: 03-62055533 ) (email : info@bpdlex.com) (Ruj. : 05.1.3059.19) Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Thomas Philip 5-1, Jalan 22A/70A Wisma CKL, Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.