Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-473-11/2024 ANTARA XSPEC RESOURCES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 904738-H) ...PLAINTIF
BA-22NCvC-473-11/2024
High Court of Malaysia9 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ralatan Teknikal Untuk Operasi Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia. 5. Defendan Pertama (D1) dahulunya adalah sebuah syarikat liabiliti terhad yang ditubuhkan di bawah undang-undang Singapura iaitu Companies Act 1967 yang ditadbir oleh Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA) dan mempunyai alamat perniagaa”
“ll be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 status”. The company “ceased to exist”. It “has no legal status”-Loke Kooi Chuan Properties Sdn Bhd v. Lee Kwee Foh Sdn Bhd [2013] CLJU 462 (HC); [2013] MLRHU 227, at paragraphs [4] and [5].” 21. Isu kedudukan undang-undang (legal standing) mana”
“he originality of this document via eFILING portal 8 status”. The company “ceased to exist”. It “has no legal status”-Loke Kooi Chuan Properties Sdn Bhd v. Lee Kwee Foh Sdn Bhd [2013] CLJU 462 (HC); [2013] MLRHU 227, at paragraphs [4] and [5].” 21. Isu kedudukan undang-undang (legal standing) mana-mana pihak untuk mene”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-473-11/2024 ANTARA XSPEC RESOURCES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 904738-H) ...PLAINTIF
1
THADDEUS INTELLIGENCE PTE. LTD
2
ALFIAN DANIEL BN MUSTAFA (NO. K/P: 780629-14-5697) ...DEFENDAN-DEFENDAN
1
1.
Lampiran
Lampiran 12 adalah permohonan Defendan untuk membatalkan Penyataan Tuntutan Plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). 15/12/2025 15:11:03 BA-22NCvC-473-11/2024 Kand. 26 2. Permohonan telah dibenarkan pada 9.9.2025 dengan kos. 3. Terkilan dengan keputusan tersebut, Plaintif kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan saya. Pihak-Pihak 4. Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016. Plaintif telah ditawarkan satu kontrak yang dinamakan Kontrak Perolehan Peralatan Teknikal Untuk Operasi Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia. 5. Defendan Pertama (D1) dahulunya adalah sebuah syarikat liabiliti terhad yang ditubuhkan di bawah undang-undang Singapura iaitu Companies Act 1967 yang ditadbir oleh Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA) dan mempunyai alamat perniagaan di Singapura. D1 menjalankan perniagaan teknologi maklumat seperti perisian dan programming. 6. Status semasa D1 adalah telah dibatalkan (struck off) oleh pihak berkuasa Singapura, ACRA pada 5.7.2021. 7. Defendan Kedua (D2) adalah bekas pengarah D1, seorang warga negara Malaysia beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Latar Belakang Ringkas dan Fakta Kes 8. Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah atas kemungkiran kontrak membekalkan peralatan yang dipesan mengikut satu Surat Sebut Harga bertarikh 21.1.2019 dan pengembalian wang pendahuluan yang telah dibayar oleh Plaintif. Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membekalkan Peralatan Teknikal kepada Plaintif berupa peralatan Active Interception System serta perisian yang berkenaan. Jumlah kontrak adalah RM31,282,500.00 dan wang pendahuluan telah dibayar berjumlah RM4.995,000.00 kepada D2. 9. D1 dikatakan telah gagal dan abai untuk menghantar peralatan walaupun wang pendahuluan telah dibayar kepada D1 melalui akaun peribadi D2. 10. Setelah hampir setahun, D1 dan D2 seolah-olah mengelak dari menunaikan tanggunjawab mereka membekalkan peralatan tersebut menyebabkan Plaintif berhadapan risiko dibatalkan perjanjian antara Plainitf dengan pelanggannya (Polis DiRaja Malaysia). 11. Oleh kerana Defendan-Defendan masih gagal menghantar serah peralatan tersebut, Plaintif telah membatalkan pesanan dan menuntut kembali jumlah pendahuluan yang telah dibayar. 12. Defendan-Defendan memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 12 untuk membatalkan tuntutan Plaintif atas alasan penyalahgunaan proses Mahkamah kerana proses penyampaian Writ dan Penyataan Tuntutan adalah tidak teratur. 13. Alasan permohonan Defendan-Defendan adalah seperti berikut: (1) D1 tidak lagi mempunyai personaliti undang-undang kerana ia telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak berkuasa Singapura, ACRA dibawah undang-undang negara itu. (2) Proses penyampaian Writ dan Penyataan Tuntutan terhadap D1, yang merupakan entiti luar negara, tidak teratur kerana Plaintif tidak mendapatkan kebenaran dari Mahkamah terlebih dahulu. (3) D2 dilindungi dibawah satu tirai korporat. (4) D2 juga bukan pihak kepada kontrak dalam tuntutan ini. 14. Plaintif mempertahankan tuntutan ini dan berhujah bahawa: (1) D2 telah berjanji dan menjamin untuk membekalkan peralatan teknikal yang dipesan. (2) Plaintif terikat dengan perjanjian dengan pelanggan, maka Plaintif perlu memastikan Defendan-Defendan mematuhi segala tanggungjawab mereka membekalkan peralatan tersebut. (3) D2 telah berjanji untuk mengatur dan menyerahkan alatan pada tarikh penghantaran setelah wang pendahuluan di masukan ke dalam akaun peribadi D2. (4) Plaintif telah memplidkan kausa tindakan yang jelas dan Defendan-Defendan tidak pernah menafikan penerimaan pembayaran wang pendahuluan daripada Plaintif. (5) Defendan-Defendan telah membuat pengakuan berkaitan penerimaan wang pendahuluan, rujuk seksyen 17(1) dan 18(1) Akta Keterangan 1950. (6) Penyampaian Writ dan Penyataan Tuntutan adalah teratur dan Defendan-Defendan telah memasukkan kehadiran mereka. Analisa dan Dapatan 15. Undang-undang berkait pembatalan kes di bawah Aturan 18 Kaedah 19 adalah mampan sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation Bhd (1993) 3 MLJ 36, iaitu hanya boleh digunakan dalam kes yang terang dan nyata dan “obviously unsustainable”. 16. Dalam penelitian saya, isu teras yang perlu diputuskan dalam permohonan pembatalan ini antaranya menjurus kepada sama ada penyampaian untuk entiti diluar bidang kuasa harus melalui proses mendapatkan kebenaran untuk penyampaian terlebih dahulu dan sama ada jika kehadiran telah dimasukkan, proses tersebut tidak lagi relevan atau diperlukan. 17. Proses meyampaikan kertas kausa di luar bidang kuasa telah diperuntukan dalam Aturan 10 Kaedah 3(2) KKM dan Aturan 11 Kaedah 2, 3 dan 4 adalah jelas bahawa perlu ada kebenaran dari Mahkamah bagi tujuan serahan dan penyampaian di luar bidang kuasa. Walaupun ada undang-undang kes yang memutuskan bahawa tanpanya ia hanya satu salah aturan (irregularity), namun, terdapat juga kes yang mengatakan walaupun ia satu salah aturan tetapi mendapatkan kebenaran terlebih dahulu lebih diutamakan di mana Mahkamah pada kebiasaannya tidak akan mengenepikan atau tidak mengendahkannya tanpa alasan (obtaining leave is of such importance that the court is unlikely to waive or disregard it) – rujuk kes Leal v Dunlop Bio-Process International Ltd (1984) 1 WCR 874. 18. Fakta bahawa Defendan-Defendan telah memasukkan kehadiran tidak boleh dianggap sebagai penepian kepada apa-apa ketidakaturan berkaitan penyampaian writ di luar bidang kuasa. Aturan 12 Kaedah 9 KKM adalah dirujuk. 19. D1 merupakan syarikat liabilti terhad yang diperbadankan di bawah undang-undang di Singapura. Pada 5.7.2021 D1 telah dibatalkan pendaftarannya oleh ACRA menyebabkan D1 tidak lagi mempunyai personaliti undang-undang untuk menyaman mahupun disaman oleh Plaintif. 20. Rujukan telah dibuat kepada kes Public Bank Bhd v G.M.P Masyhur Sdn Bhd (2014) MLJU 3088 di mana Mahkamah dalam menentukan locus standi syarikat yang dibatalkan pendaftarannya telah memutuskan seperti berikut: “[8] A company that is dissolved no longer exists. When a company is incorporated, it becomes a legal entity. As a legal entity, it can attain legal rights and incur legal liabilities. It can sue and it can be sued. But when a company is dissolved, it stops being a legal entity. It ceases to exist. It is extinguished. It no longer has any legal rights, as it no longer has any legal identity. [9] Citing Justice Harmindar Singh Dhaliwal J (later FCJ), the “dissolution of a company ends its legal personality and status”. The company “ceased to exist”. It “has no legal status”-Loke Kooi Chuan Properties Sdn Bhd v. Lee Kwee Foh Sdn Bhd [2013] CLJU 462 (HC); [2013] MLRHU 227, at paragraphs [4] and [5].” 21. Isu kedudukan undang-undang (legal standing) mana-mana pihak untuk meneruskan prosiding undang-undang merupakan isu yang wajar diputuskan pada awalannya. Oleh itu saya berpandangan, jika D1 sudah tidak lagi “wujud”, maka ia juga tidak lagi mempunyai hak atau kapasiti untuk membela dari tuntutan Plaintif. Tambahan pula, saya dapati, pengataan bahawa D1 tidak lagi mempunyai personaliti undang-undang tidak sangkal atau dititikberatkan oleh Plaintif. Plaintif lebih berat bergantung kepada pengakuan (admission) yang dibuat oleh D2. Malangnya, konsep privity of contract pula terpakai terhadap D2 kerana beliau bukan penama dalam kontrak yang dimasuki antara pihak-pihak. 22. Defendan-Defendan juga merujuk kepada kes Khaled Abdullah Lafi Nasser & Anor v Sentuhan Budiman Sdn Bhd (2014) MLJU 691 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa syarikat yang dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen 554 Akta Syarikat 2016, tidak lagi mempunyai legal personality atau status dan tidak lagi wujud (cease to exist), malah tidak juga ada locus standi walaupun telah memohon untuk diterima semula (reinstatement). 23. Prosidur untuk mengembalikan status syarikat dalam daftar syarikat ada diperuntukkan di bawah undang-undang Singapura iaitu seksyen 344(5) Companies Act 1967. Ia memperuntukkan seperti di bawah: “344. Power of Registrar to strike defunct company off register … (5) If any person feels aggrieved by the name of the company having been struck off the register, the Court, on an application made by the person at any time within 6 years after the name of the company has been so struck off may, if satisfied that the company was, at the time of the striking off, carrying on business or in operation or otherwise that it is just that the name of the company be restored to the register, order the name of the company to be restored to the register, and upon a copy of the order being lodged with the Registrar the company is deemed to have continued in existence as if its name had not been struck off, and the Court may by the order give such directions and make such provisions as seem just for placing the company and all other persons in the same position as nearly as may be as if the name of the company had not been struck off.” 24. Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif sewajarnya terlebih dahulu memulakan proses mengembalikan semula (reinstatement) D1 dan menghidupkan semula personaliti undang-undang yang sah D1 sebelum memulakan tindakan ini. 25. Saya bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan dan berpendapat, kegagalan Plaintif mematuhi kehendak tersebut menyebabkan tindakan ini boleh terjumlah kepada satu penyalahgunaan proses Mahkamah. 26. Plaintif mendakwa mereka tidak mengetahui kedudukan D1 yang telah dibubarkan. Saya berpendapat alasan ini tidak boleh diterima kerana adalah tanggungjawab pra-litigasi Plaintif untuk memastikan status D1 yang berada di luar bidang kuasa sebelum memulakan tindakan ini. 27. Saya juga telah telusuri pengataan fakta sepertimana yang dihujahkan oleh Plaintif, dan mendapati tiada alegasi frod terhadap Defendan-Defendan dibutirkan maka saya bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa doktrin tirai korporat terpakai terhadap D2. 28. Isu seterusnya adalah mengenai kedudukan D2 yang dikatakan terlindung di bawah tirai korporat (corporate veil) di bawah seksyen 20(a) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan bahawa D1 sebagai syarikat yang diperbadankan mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan dengan anggotanya iaitu D2 yang merupakan pengarah D1 (separate legal personality) (rujuk juga kes Tenaga Nasional Bhd v Irham Niaga Sdn Bhd (2011) 1 MLJ 752). 29. Saya menerima hujahan Defendan-Defendan bahawa tirai ini tidak wajar disingkap kerana tiada perincian atau pengataan wujudnya frod, penipuan atau tujuan yang menyalahi undang-undang (fraudulent, dishonest or unlawful purposes) ditunjukkan oleh Plaintif dalam pliding mereka (Aturan 18 Keadah 12 (1) KKM) – rujuk kes Giga Engineering & Construction Sdn Bhd v Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd (2015) 6 CLJ 537, FC dan Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn hd (2021) 3 MLJ 622. 30. Seterusnya, saya ulangi, D2 juga terlindung di bawah doktrin “privity of contract” kerana beliau bukan pihak kepada kontrak antara D1 dengan Plaintif. Maka, pada prinsip amnya, sesuatu kontrak tidak boleh dipertanggunjawabkan terhadap orang asing (strangers) iaitu mana-mana pihak yang tidak dinamakan dalam kontrak tersebut – rujuk kes Mahkamah Persekutuan dalam Badiaddin bin Mod Mahidin & Anor v Arab Malaysia Finance Bhd (1998) 1 MLJ 393 dan Suwiri Sdn Bhd v Government of the State of Sabah (2008) 1 MLJ 743. ~This space intentionally left blank~ Kesimpulan 31. Oleh yang demikian, bersandarkan alasan di atas, saya bersetuju dengan Defendan-Defendan bahawa kes ini sesuai di batalkan secara terus dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM. Permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 12 dibenarkan dengan kos RM3000 tertakluk kepada fi alokator Bertarikh: 15 Disember 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR Peguam bagi pihak Plaintif : Alizain bin Mohamad Tetuan Edly Firdaus & Co Peguam bagi pihak Defendan : Suzearitz bin Suhimi Tetuan Wan Juhrah & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.