Any rule requiring the Court to warn itself before convicting an accused or finding a child charged with any offence guilty for an offence on the basis of the evidence of a child witness given upon oath or otherwise merely because the evidence is given by a child shall also cease to apply. [30] Peruntukan-peruntukan tersebut walaupun tidak berkaitan dalam kes ini kerana Pengadu bukanlah saksi kanak-kanak sewaktu memberikan keterangan secara jelas menunjukkan bahawa tiada keperluan untuk keterangan mangsa kanak-kanak kepada sebarang koroborasi atau disokong oleh keterangan lain, Akan tetapi, peruntukkan-peruntukan ini pada hemat mahkamah ini masih mengekalkan kuasa budibicara mahkamah untuk menerima atau tidak keterangan kanak-kanak tanpa koroborasi/sokongan apabila penggubal undang-undang menggunakan perkataan “may convict”, “may be liable to be convicted” dan “may be found guilty” yang tidak bersifat mandatori. [31] Dalam satu nota yang lain melibatkan saksi utama dalam kes ini, Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman YAA Abdul Hamid Mohamed FCJ dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP and another appeal [2004] 1 MLRA 634; [2004] 3 CLJ 737 yang menyatakan; Even though a conviction founded on the uncorroborative (sic) evidence of the complainant is not illegal provided that the presiding judge warns himself of the danger of convicting on such uncorroborated evidence (see Chiu Nam Hong v. PP [1964] 1 MLRA 602; [1965] 1 MLJ 40, it is unsafe to convict on an uncorroborated testimony of the person on whom the offence is said to have been committed unless for any special reason that testimony is of special weight - see Ganpart v. Emperor AIR [1918] Lab 322 and Bal Mukundo Singh v. Emperor) [1937] 38 Cr LJ 70 (Cal). [32] Mahkamah ini juga mendapatkan suluh panduan penghakiman berbeza YA Rahmah Hussain FCJ dalam kes yang sama di atas yang turut memetik penghakiman daripada kes yang diraikan iaitu kes PP v Mardai [1950] MLJ 33 yang menyatakan: In PP v. Mardai [1950] MLJ 33 the accused was charged for an offence of outraging the modesty of a woman under s. 354 of the Penal Code. On the issue of the need for corroboration of the complainant’s evidence Spenser Wilkinson had this to say at p. 33: Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant’s story. An allegation of sodomy can be easily made but very difficult to refute and the evidence in support of such a charge has to be very convincing in order to convict the accused. In Emperor v. Sari Das AIR [1926] Lah 375 it was said: A charge under s. 377 is one very easy to bring and very difficult to refute. Therefore the evidence in support of such a charge has to be very convincing. The evidence in support of such a charge must also be corroborated. It is said that ‘it is unsafe to convict on the uncorroborated testimony of the person on whom the offence is said to have been committed unless for any reason that testimony is of special weight – see Ganpart v. Emperor AIR [1918] Lah 322. See also Bal Mukundo Singh v. Emperor [1937] 38 Cr LJ 70 (Cal). It is therefore trite law that a complainant’s evidence in a sexual offence requires corroboration although a conviction founded on the uncorroborated evidence of the complainant is not illegal provided that the presiding judge must warn himself of the danger of convicting on such uncorroborated evidence (see Chiu Nang Hong v. PP [1965] 31 MLJ 40). I find no flaw in the exposition of the law. The remaining issue is on the application of the law to the evidence adduced. [33] Oleh itu, mahkamah ini dengan penuh pertimbangan terhadap hasrat penggubal undang-undang serta amaran bahaya yang ada dalam membuat satu sabitan hanya berdasarkan keterangan mangsa kanak-kanak atau mangsa dewasa dalam kes seksual membuat satu kesimpulan bahawa tiada keperluan undang-undang untuk keterangan tersebut disokong atau koroborasi oleh keterangan lain namun mahkamah ni mestilah menimbang sepenuhnya keterangan tersebut dan hanya jika keterangan tersebut “is of special weight” atau “unusually convincing”. [34] Namun, dalam kes ini Mahkamah ini mendapati terdapat keperluan untuk keterangan sokongan atau koroborasi dikemukakan bagi menyokong keterangan Pengadu dalam kes ini. Hal ini kerana, mahkamah ini mendapati bahawa bahawa keterangan Pengadu dalam kes ini bukan lah satu keterangan “is of special weight” atau “usually convincing” sebagaimana yang dinyatakan dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP (supra) dan PP v Mardai [1950] MLJ 33. Selain itu, keterangan Pengadu yang bercanggah atau samar-samar tentang bila dan bagaimana kejadian-kejadian tersebut berlaku turut memerlukan satu pengesahan sokongan bagi memastikan sabitan berdasarkan keterangan Pengadu semata-mata adalah selamat. [35] Antara percanggahan fakta yang diberikan adalah keterangan yang diambil oleh dokor perubatan sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan perubatan (ekhibit P4) menyatakan bahawa “Her last sexual intercourse was on 19/09/2020 at around 2030H at her boyfriend house” manakala sewaktu keterangan diberikan oleh Pengadu di Mahkamah ini, masa yang dinyatakan adalah pada waktu petang pukul 5.00 petang dan kemudiannya ditukar kepada jam 6.40 petang dan sewaktu Pengadu dipanggil semula untuk kali kedua, Pengadu menyatakan tidak pasti waktu yang tepat antara pukul 5 petang hingga 7 malam. [36] Berikut merupakan keterangan yang diberikan Pengadu sewaktu pemeriksaan utama pada 9/2/2023; Soalan : Waktu 19.9.2020 apa yang jadi Jawapan : Masa tu saya lepak dengan kawan saya dekat Bukit Jana, lepas tu chat dgn dia sebab nak jumpa, pastu saya naik bas ke rumah dia. Lepas tu dia bagi saya masuk ikut pintu dapur, lepas tu dia buka pintu terus masuk bilik dia, bilik dia dekat bahagian dapur juga. Lepas dia bagi masuk, dia suruh saya duduk dekat bilik air supaya tak bagi parents dia nampak. Pastu dia ambil bantal dgn selimut untuk saya duduk dekat situ. Dalam petang dalam pukul 5 lebih kitorang buat sex. Dekat dalam bilik air, air mani dia buang dalam lantai bilik air. Lepas dah buat tu, dia pakai tuala mandi dekat bilik air lain. ............................ ............................. Soalan : Adik kata adik sampai rumah (Kanak-kanak) pukul 5 tapi kata buat sex pukul 5, ingat tak sebenarnya pukul berapa Jawapan : Rasanya pukul 640 macam tu. Lepas tu dalam pukul 7 macam tu dia ikut ayah dia pergi masjid. Pastu saya duduk dalam bilik air tunggu dia balik. [37] SP2 sebagai doktor yang menyediakan laporan perubatan ekhibit P4 sewaktu pemeriksaan utama pula menyatakan; Soalan : tadi cik kata sebab Pengadu dirujuk kepada cik kerana disyaki Pengadu kes rogol, macam mana tahu pasal kes ini Jawapan : doktor bahagian kecemasan memberitahu detail cerita complain pesakit. Dia ada surat report polis Soalan : apa yg diceritakan oleh doktor bahagian kecemasan Jawapan : pesakit berumur 15 tahun, alleged rape at boyfriend house around 830 pm on 19 Sept 2020. ............ ............ Soalan : Jawapan : saya pergi memeriksa pesakit di jabatan kecemasan bilik OSCC. Tanya semula history cerita dan tally dgn apa yg kecemasan punya history and examination of perineum [38] Dalam masa yang sama, laporan perubatan bertarikh 17/11/2020 (ekhibit P21) pula merekodkan seperti berikut hasil penceritaan Pengadu sendiri: “they had their first sexual encounter around the end of 2019, she was unable to recall the exact date of this event. This encounter was consensual and unprotected. Since then, they have been having regular sexual intercourse about once or twice per week, their last sexual intercourse was on the day of admissiion 20/9/2020 around 6 pm” [39] Antara kesamaran fakta yang diberikan adalah laporan polis yang dibuat oleh Pengadu (P3) menyatakan bahawa pada tarikh 24/5/2020 jam lebih kurang 6.45 petang “(Kanak-kanak) telah memasukkan kemaluannya kedalam kemaluan saya dan setelah itu (Kanak-kanak) telah membuang air maninya di luar kemaluan saya”. Jika dilihat pada Pertuduhan Kedua, masa yang dinyatakan dalam Pertuduhan adalah pada 1645 petang dan masa dalam pertuduhan itu kekal sehingga pihak pendakwaan menutup kes dan tiada pindaan dibuat bagi pertuduhan tersebut. [40] Berikut merupakan keterangan yang diberikan Pengadu sewaktu pemeriksaan utama; Soalan : Lepas kejadian kali pertama ni ada lagi tak adik buat hubungan sex dgn zafry. Jawapan : Ingat Soalan : Ada lah Jawapan : uhumm Soalan : Adik ingat tak tarikh dia bila Jawapan : 24.5.2020 Soalan : Macam mana adik boleh ingt tarikh yang ni Jawapan : Sebab yang tu sebelum kejadian 19.9 Soalan : Adik ingat tak yang 24.5.2020 ni jadi kat mana Jawapan : Dekat Taman Tasik Kamunting, tempat yg sama Soalan : Adik ingat tak pukul berapa adik buat hubungan sex Jawapan : Dalam pukul 5 [41] Berdasarkan jawapan yang diberikan, masa yang dikatakan berlakunya Pertuduhan Kedua adalah pada pukul 5 dan keterangan ini tidak selari dengan masa pertuduhan dan masa yang dinyatakan sewaktu laporan polis dibuat oleh Pengadu. Dalam soalan dan jawapan yang sama juga, Pengadu lansung tidak menyatakan bahawa dia dan Kanak-kanak melakukan hubungan seks secara kerap sebagaimana yang dinyatakan dalam ekhibit P21 iaitu “Since then, they have been having regular sexual intercourse about once or twice per week”. [42] Sebagai tambahan, terdapat motif lain yang menggangu gugat kebolehpercayaan keterangan Pengadu untuk diterima tanpa koroborasi dimana laporan polis oleh Pengadu hanya dibuat setelah Pengadu ditemui berada di dalam rumah keluarga Kanak-kanak tanpa kebenaran keluarga Kanak-kanak dan setelah keluarga Kanak-kanak membuat laporan berkenaan perkara tersebut dan perkara ini disahkan oleh Pegawai Penyiasat sendiri dan ekhibit P21. Atas pertimbangan ini juga, Mahkamah ini memerlukan keterangan sokongan untuk memastikan keterangan yang diberikan oleh Pengadu adalah keterangan yang selamat untuk satu sabitan dibuat berdasarkan kepada keterangan Pengadu sahaja. [43] Walau bagaimanapun, sebagaimana rumusan sebelum ini, Mahkamah ini mendapati kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sewaktu perbicaraan adalah kredibel dan pihak pembelaan telah gagal untuk menggugat kredibiliti atau kebolehpercayaan keterangan-keterangan yang dikemukakan. Namun, mengambil kira keterangan Pengadu merupakan keterangan yang berdasarkan kepada pertimbangan Mahkamah ini adalah lemah sebagaimana alasan-lasan yang diberikan di atas, maka, keterangan sokongan atau koroborasi diperlukan untuk menjamin suatu sabitan yang selamat jika mahkamah ingin bergantung sepenuhnya kepada keterangan Pengadu tersebut. [44] Oleh itu, persoalan keduanya adalah samada terdapat keterangan sokongan atau koroborasi yang menyokong keterangan Pengadu tersebut. [45] Sebagai menjawab persoalan kedua tersebut, mahkamah ini sepenuhnya meneliti kesemua keterangan yang diberikan in totality. Sewaktu perbicaraan, saksi SP6 iaitu ibu kepada Pengadu menyatakan seperti berikut; Pemeriksaan utama Soalan : boleh tak ceritakan apa yang diberitahu anak Jawapan : anak saya cerita yang dia pernah melakukkan hubungan seks dengan (Kanak-kanak) pada 2019 sekali bulan ogos, tahun 2020 bulan mei dan yang terbaru 19.9.2020 Soalan : selepas anak cik ceritakan ni apa tindakan ni Jawapan : saya suruh anak saya buat laporan polis pada malam tu Soalan : laporan polis ni dibuat siapa Jawapan : anak saya NLNK Soalan : bila Jawapan : pada ah..19.9 tu. Dia buat laporan polis tapi dalam pukul 1 macam tu, jatuh pada 20.9 la Soalan : kejadian tu, anak ada beritahu kejadian-kejadian sebelum tu kan? Kenapa insiden sebelum itu tak buat report Jawapan : sebab saya tak tahu lansung Pemeriksaan balas Soalan : pernah dapat apa-apa cerita tak berkenan apa anak puan buat sebelum buat laporan polis Jawapan : malam dekat balai polis dia dah cerita, dia kata telah lakukan hubungan seks sebanyak 2 kali, terbaru 19.9. Soalan : tak pernah beritahu sebelum buat report Jawapan : tak pernah Pemeriksaan semula Soalan : PKK tanya pasti tak apa anak cerita benar, puan jawab saya percaya anak saya, jelaskan Jawapan : saya percaya anak saya, tak pernah lagi la bohong saya buat masa ini Soalan : Cik jawab malam tu anak cik beritahu 2 kali lakukan seks Ogos 2019, Mei 2020 dan 19.9.2020. Jelaskan Jawapan : malam tu 19.9 dekat balai polis kamunting saya tanya anak saya betul-betul sebelum ni pernah buat tak, pastu dia beritahu saya dia pernah buat pada tahun 2019 baru 15 tahun bulan ogos sekali, tahun 2020 bulan mei sekali dan pada 19.9 sekali tahun 2020. [46] Pada tarikh 27/11/2024, pegawai penyiasat (SP11) dalam kes ini juga memberikan keterangan berdasarkan siasatannya terhadap Pengadu sebagaimana berikut; Soalan ; sebentar tadi inspektor kata ada buat temubual dengan mangsa, apakah yang mangsa telah beritahu inspektor tentang kes ini? Jawapan ; mangsa telah beritahu saya bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan tertuduh sejak tahun 2019 Soalan ; ada tak mangsa bagitahu siapa telah merogol dia Jawapan ; ya dengan (nama kanak-kanak) Soalan ; inspektor sejak bila mangsa bagitahu inspektor mereka telah lakukan hubungan seks Jawapan ; sejak 2019 dan kejadian tersebut berlaku beberapa kali Soalan ; pada ketika itu usia Pengadu berapa tahun Jawapan ; Pengadu buat laporan polis ketika usia 15 tahun, kejadian pertama berlaku pada usia Pengadu 14 tahun iaitu pada tahun 2019 Soalan ; ada tak diberitahu beberapa kali tu berapa banyak kali Jawapan ; Yang Arif pohon izin rujuk diari siasatan, Pengadu tidak ingati semua kejadian namun Pengadu katakan ingat pada bulan 24/5/2020, bulan 7 tahun 2020, dan pada 19/9/2020. Soalan ; ada tak dia bagitahu inspektor pada tarikh yang inspektor tersebut kejadian berlaku dekat mana Jawapan ; untuk 24/5/2020 dan bulan 7 tahun 2020 kejadian berlaku di Taman Tasik Kamunting manakala untuk kejaidan pada 19/9/2020 kejadian berlaku di rumah tertuduh. Soalan ; ada mangsa bagitahu kepada inspektor macam mana dia boleh ingat kejadian-kejaidan tersebut? Jawapan ; dia boleh ingat kerana dia pernah beritahu kepada ibu mangsa [47] Keterangan yang diberikan oleh ibu mangsa (SP6) dan pegawai penyiasat (SP11) adalah keterangan yang dibuat berdasarkan cakap dengar (hearsay) daripada Pengadu. Keterangan itu sekalipun jika diterima oleh Mahkamah ini masih tidak menyokong sepenuhnya keterangan Pengadu. Secara asasnya, ia hanyalah satu pengulangan semula keterangan mangsa melalui lisan orang lain dan keterangan tersebut adalah lemah. Selain itu juga, keterangan SP6 juga tidak menjelaskan kesamaran keterangan yang diberikan Pengadu dalam laporan polis dan dalam laporan perubatan yang dikatakan. Bahkan sewaktu keterangan diberikan, saksi SP6 dan menyatakan Pengadu sendiri maklumkan kepadanya hanya 3 kali berlaku dan SP6 percaya kepada anaknya kerana anaknya tidak pernah berbohong kepadanya. Hal ini masih bercanggah dengan keterangan Pengadu dalam sejarah perubatan dan keterangan kanak-kanak itu sendiri antara satu sama lain. [48] Keterangan SP11 juga menyatakan bahawa Pengadu maklumkan masih mengingati tarikh-tarikh kejadian yang berlaku sebelum ini kerana Pengadu pernah beritahu kepada ibunya. Namun sebagaimana keterangan ibunya SP6 di atas, ibunya secara jelas menyatakan sewaktu pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas bahawa dia tidak mengetahui kejadian sebelum ini sebab itu tiada laporan polis dibuat sebelum itu. Dalam kes Karthiyayani & Anor v. Lee Leong Sin & Anor [1974] 1 LNS 61: It is settled law that a person cannot corroborate himself but it would appear that s. 157 of the Evidence Act enables a person to corroborate his testimony by his previous statement. The section adopts a contrary rule of English jurisprudence by enacting that a former statement of a witness is admissible to corroborate him, if the former statement is consistent with the evidence given by him in court. The rule is based on the assumption that consistency of utterance is a ground for belief in the witness's truthfulness, just as inconsistency is a ground for disbelieving him. (emphasis added) [49] Kembali kepada isu penetrasi kemaluan Kanak-kanak ke dalam kemaluan mangsa sebagai satu intipati pertuduhan, Mahkamah ini mendapati hanya ibu Pengadu dan Pegawai Penyiasat sahaja sepanjang perbicaraan dijalankan diminta oleh pihak pendakwaan untuk menjelaskan fakta-fakta bagi Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua. Walaupun ada fakta yang diberikan, ianya sangatlah minima terutamanya berkenaan bagaimana penetrasi itu berlaku. Jika dibandingkan kepada Pertuduhan Ketiga, terdapat saksi-saksi pakar dipanggil dan laporan perubatan yang dikemukakan untuk menyokong kes pendakwaan bagi Pertuduhan Ketiga namun tiada sebarang penemuan, rampasan barang kes atau saksi dan laporan bebas dikemukakan bagi Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua melainkan gambar tempat kejadian dan rajah kasar. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat, elemen penetrasi telah gagal dibuktikan sebaiknya bagi Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua. [50] Mahkamah ini mendapat panduan daripada penghakiman kes Baharudin Kulop v. PP [2019] 1 LNS 1374 di mana YA Muniandy telah menyatakan; Re-examination of SP2, ought to have been directed to the explanation of matters referred to in cross-examination (See section 138(3) Evidence Act 1950). But what has taken place is a brief and scanty re-examination in relation to the identity of the accused as well as the sexual intercourse which had taken place, to the extent that she was only able to confirm that she only felt (rasa) her private part was penetrated without any further confirming details. This is where the Deputy Public Prosecutor having conduct of the prosecution could have embarked on a thorough re-examination on the varied account of the victim, during examination in chief and cross-examination, so as to leave no stone unturned at the end of the case for the prosecution. Bereft of this, the court is left to guess, if she was ravished by the accused at the material time, for the consummation of an offence of rape. The discrepancies, diversions, contradictions and inconsistencies, apparent in the victim’s testimony, goes to show that the victim’s young mind was so muddled and overwhelmed by the sexual exploits of the accused, so much so she could not differentiate those exploits with the rape episode. The discrepancies apparent from the evidence of the victim, goes to the root of the matter, as it has a great bearing on the fact in issue of this case, which is, did the offence of rape take place and was it committed by the accused. [51] Mahkamah juga merujuk kepada penghakiman kes Razi Amnin v PP [2009] 4 MLRH 412 yang juga telah dirujuk oleh pihak pendakwaan yang secara jelas menyatakan; [22] What is a lot more material in sexual offences of this nature are the ingredients of the offence, the most vital being the identity of the offender and the sexual act itself, ie, the factum of penetration of the male private parts into the female private parts. The testimony of PW1 very clearly adverted to the sexual act committed by the appellant. Obviously, the presence of spermatozoa inside PW1’s private parts or presence of seminal stains at the rear seat of the car or on the clothings of PW1, PW12 and the appellant are not ingredients of the offence of rape. But penetration is. In fact even the slightest penetration is sufficient to constitute the offence of rape - see Sidek Bin Ludan v. Pendakwa Raya [1995] 4 MLRH 630; [1995] 3 MLJ 178 at p 186. The offence is complete without seminal ejaculation. The presence of spermatozoa or seminal stains would only act as corroborative evidence. Its absence is not fatal to the prosecution if there are other evidence sufficient to corroborate the ommission of the offence [52] Berdasarkan kes Razi Amnin v PP diatas, dapatan Mahkamah Tinggi tersebut secara jelas menyatakan bahawa kewujudan spematozoa atau kesan air mani hanyalah bersifat koroboratif dan ketiadaannya tidaklah fatal jika terdapat keterangan lain yang menyokong perlakuan kesalahan tersebut. Namun bagi Pertuduhan Pertama dan Kedua, tiada sebarang penemuan spematozoa ataupun kesan air mani di lokasi kejadian mahupun pada pakaian yang dipakai sewaktu kejadian untuk menyokong kes pendakwaan bahkan tiada keterangan sokongan lain yang menyokong keterangan mangsa atau Pengadu dalam kes ini. Mahkamah cakna bahawa kejadian tersebut telah lama berlalu dan kemungkinan besar tiada lagi kesan air mani pada tempat atau pada pakaian. Namun memandangkan tiada lansung rampasan yang dibuat langsung oleh pihak polis, Mahkamah ini berpendapat siasatan yang dijalankan adalah tidak menyeluruh bagi Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua. Oleh itu, adalah tidak selamat untuk mahkamah ini memanggil Kanak-kanak membela diri bagi Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua. Isu Ketiga: samada keterangan tersebut jika tidak dibidas atau diterangkan akan menjamin satu sabitan [53] Memandangkan isu kedua telah dijawab oleh mahkamah ini sebagai negatif, maka tiada keperluan lanjut untuk mahkamah menjawab isu ketiga ini. KESIMPULAN [54] Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati terdapat keperluan yang mendesak bagi keterangan Pengadu itu disokong dan dengan satu keterangan koroborasi yang bebas bagi menjamin satu sabitan yang selamat. Keraguan dan kesamaran dalam keterangan yang diberikan oleh Pengadu itu sendiri menyebabkan sabitan yang dibuat semata-mata atas keterangan Pengadu adalah sangat tidak selamat bagi pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua. [55] Isu utamanya adalah kelompangan keterangan dalam membuktikan intipati penetrasi kemaluan Kanak-kanak ke dalam kemaluan Pengadu pada masa dan ketika itu di tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan. Jika pihak pendakwaan berpendapat tiada keperluan untuk koroborasi, Mahkamah ini bersetuju tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan keperluan tersebut dan peruntukan Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak dan juga Akta Keterangan Kanak-kanak juga jelas. Akan tetapi, sebagaimana yang diterangkan diatas, perkataan yang digunakan oleh Parlimen adalah “may” atau ‘bolehlah” yang tidak bersifat mandatori kerana ianya berbalik kepada kehendak keadilan sewaktu perbicaraan dijalankan atau “is of special weight” atau “usually covincing”. Oleh itu, atas kehendak keadilan dalam memastikan suatu sabitan itu selamat, Mahkamah ini berpendapat keterangan Pengadu hendaklah disokong oleh satu keterangan bebas bagi membuktikan intipati-intipati Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua. [56] Mahkamah ini dalam masa yang sama meneliti setiap keterangan yang dikemukakan untuk menyokong keterangan Pengadu namun hasilnya mendapati tiada keterangan bebas yang dikemukakan. Mahkamah ini jelas dengan penerangan Mahkamah Persekutan dalam kes yang sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP (supra) berkenaan undang-undang berkenaan keterangan sokongan (law on corroboration) seperti berikut: Before considering whether there is a need for corroboration and whether there is in fact corroboration in this case, I propose to state briefly the law on this subject. The word corroboration had no special technical meaning; by itself it meant no more than evidence tending to confirm other evidence (see Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] 1 All ER 440). It has also been said that what is required is some additional evidence rendering it probable that the story of the complainant is true and that it is reasonably safe for the court to act upon the evidence. In the celebrated case of R v. Baskerville [1916] 2 KB 658 at p 667 Viscount Reading LCJ said: We hold that the evidence in corroboration must be independent testimony which affects the accused by connecting or tending to connect him with the crime. In other words, it must be evidence which implicates him, that is, which confirms in some material particular not only the evidence that the crime has been committed, but also that the prisoner committed it. It has also been held that corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. Corroboration can equally be well afforded by established facts and the logic of established facts sometimes speaks even more eloquently than words (see Brabakaran v. PP [1966] 1 MLJ 64). [57] Adalah wajar juga Mahkamah ini merekodkan di sini bahawa walaupun kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP (supra) yang dirujuk di atas adalah berkenaan pertuduhan di bawah seksyen yang berbeza dan melibatkan isu rakan subahat (accomplice) namun ianya tetap merujuk kepada keterangan mangsa dalam satu kes seksual yang sama sifatnya dengan kes ini. Bahkan penghakiman berbeza oleh YA Rahmah Hussain dalam kes tersebut masih menekankan peri pentingnya keterangan sokongan atau koroborasi walaupun pengadu dalam kes tersebut bukan rakan subahat mengikut penghakiman beliau dan undang-undang tidak memerlukan koroborasi namun menyatakan: I shall now deal with the question whether corroboration is required. It was contended by the defence that Azizan, a victim of the alleged sodomy, committed by both the accused is an accomplice and therefore his evidence needs to be corroborated. I have earlier in this judgment dealt with the question of an accomplice and the need for corroboration in respect of the evidence of an accomplice and made a ruling that Azizan is not an accomplice. Nevertheless in a case of this nature which is a sexual offence corroboration of Azizan’s evidence is desirable though not technically essential and the court should give sufficient attention to the matter (see Koh Eng Soon v. Rex [1950] MLJ 52). [58] Keadaan sebaliknya pula dalam kes pendakwaan bagi Pertuduhan Ketiga Pindaan di semua keterangan yang dikemukakan sepanjang tempoh perbicaraan adalah berfokus kepada Pertuduhan Ketiga sahaja. Semua saksi pakar dan bebas yang dipanggil hanya menjurus kepada pembuktian intipati pertuduhan bagi Pertuduhan Ketiga. Ironinya, jika pada hemat pihak pendakwaan, tiada lansung keterangan sokongan diperlukan dalam membuktikan pertuduhan dan cukup sekadar keterangan pengadu/mangsa, maka tiada keperluan untuk memanggil pakar perubatan, ahli kimia bagi membuktikan keterangan sejak dari awal. Perlu ditekankan semula disini bahawa saksi-saksi lain yang dipanggil selain Pengadu, pegawai penyiasat dan ibu Pengadu hanya memberikan keterangan berkenaan pertuduhan ketiga sahaja dan sangat minima untuk dua pertuduhan lain. Kendatipun begitu, keterangan oleh Pegawai Penyiasat dan ibu Pengadu adalah keterangan yang samar dan terbit daripada apa yang diceritakan oleh Pengadu semata-mata. [59] Akhir sekali, juga sebagai satu pedoman Mahkamah ini sebagai satu mahkamah undang-undang, penutup bagi penghakiman YAA Abdul Hamid Mohamad FCJ dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP (supra) diperturunkan disini untuk rujukan bersama; To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law. We may be convinced in our minds of the guilt or innocence of the appellants but our decision must only be based on the evidence adduced and nothing else. In this case Azizan’s evidence on the “date” of the incident is doubtful as he had given three different “dates” in three different years, the first two covering a period of one month each and the last covering a period of three months. He being the only source for the “date”, his inconsistency, contradiction and demeanor when giving evidence on the issue does not make him a reliable source, as such, an essential part of the offence has not been proved by the prosecution. We also find the second appellant’s confession not admissible as it appears not to have been made voluntarily. Even if admissible the confession would not support the “date” of the commission of the offences charged. We have also found Azizan to be an accomplice. Therefore corroborative evidence of a convincing, cogent and irresistable character is required. While the testimonies of Dr. Mohd. Fadzil and Tun Haniff and the conduct of the first appellant confirm the appellants’ involvement in homosexual activities, such evidence does not corroborate Azizan’s story that he was sodomised by both the appellants at the place, time and date specified in the charge. In the absence of any corroborative evidence it is unsafe to convict the appellants on the evidence of an accomplice alone unless his evidence is unusually convincing or for some reason is of special weight which we find it is not. Furthermore, the offence being a sexual offence, in the circumstances that we have mentioned, it is also unsafe to convict on the evidence of Azizan alone. [60] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie kes bagi Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua setelah satu penilaian maksima dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan sewaktu perbicaraan dan Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Kanak-kanak jika keterangan yang diberikan tidak dibidas atau disanggah. Prima facie yang jika dikatakan dibuktikan bagi Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua berdasarkan keterangan saksi SP1 iaitu mangsa sendiri tidak mampu pada hemah Mahkamah ini menjamin satu sabitan yang selamat. Maka, Kanak-kanak dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan Pertama Pindaan dan Pertuduhan Kedua tanpa perlu untuk membela diri. Bertarikh: 5 Mac 2025 (AHMAD HAMDI BIN MUSTAFAR) MAJISTRET Mahkamah Majistret Taiping Negeri Perak Darul Ridzuan Pihak-pihak Pihak Pendakwaan: Puan Nazura binti Azman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping LIDO Business Center 10/21 dan 12/21, Tingkat Atas Jalan Manecksha 34000 Taiping, Perak Pihak Pembelaan: Kanak-kanak tidak diwakili peguam