Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANAH MERAH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DC-84-13-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN MABM … PESALAH KANAK-KANAK
DC-84-13-04/2025
Magistrates Court of Malaysia27 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“h, serta faktor peringanan dan pemberatan yang dihujahkan, selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak dan peranan Mahkamah dalam melindungi kepentingan awam (lihat PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661). [15] Mahkamah menegaskan, kepentingan awam tidak diketepikan. Kepentingan awam juga”
“ringanan dan pemberatan yang dihujahkan, selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak dan peranan Mahkamah dalam melindungi kepentingan awam (lihat PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661). [15] Mahkamah menegaskan, kepentingan awam tidak diketepikan. Kepentingan awam juga menuntut suatu pe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANAH MERAH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DC-84-13-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN MABM … PESALAH KANAK-KANAK
1
MABM, seorang pesalah kanak-kanak (“PKK”) berumur 15 tahun 10 bulan, telah dituduh atas empat pertuduhan dalam dua kes yang berasingan: DC-84-12-04/2025 (“Kes 12”) dan DC-84-13-04/2025 (“Kes 13”). Kedua-dua kes tersebut telah dibicarakan bersama memandangkan semua pertuduhan adalah berpunca daripada rentetan fakta yang sama.
2
Kes 12, PKK dituduh atas dua pertuduhan di bawah s. 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol perempuan berumur 15 tahun 9 bulan. Kes 13, dituduh atas dua pertuduhan di bawah s. 5 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, kerana merakam perbuatan tersebut.
3
Semua pertuduhan dibacakan kepada PKK, dengan kehadiran kakaknya selaku penjaga. PKK akui faham sifat pertuduhan dan akibat S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 pengakuan salah, lalu mengaku bersalah tanpa syarat. Pendakwaan kemudian mengemukakan beberapa dokumen sokongan, termasuk fakta kes yang dibacakan dan diakui PKK. Laporan Akhlak turut dibacakan kepada PKK dan kakaknya, dan disahkan benar oleh mereka.
4
Setelah menimbangkan Laporan Akhlak, pandangan para Penasihat Mahkamah, hujahan mitigasi dan pemberatan pihak-pihak, serta kepentingan terbaik PKK, Mahkamah memerintahkan agar PKK:
a
Kes 12: Ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (“STB”) selama tiga tahun, dengan lawatan berkala oleh kakaknya setiap tiga bulan. PKK turut dikehendaki mengikuti sesi kaunseling sepanjang tempoh tersebut, bagi kedua-dua pertuduhan.
b
Kes 13: Dilepaskan dengan amaran bagi kedua-dua pertuduhan. [5] Terkilan dengan perintah bagi Kes 13, pendakwaan merayu. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [6] Pertuduhan-pertuduhan dalam kes 13 adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 07/01/2025 jam l/kurang antara 0113 petang di sebuah alamat XXXXX, dalam jajahan Tanah Merah dalam negeri Kelantan kamu telah didapati merakam video pornografi kanak-kanak milik SNAMBA (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX). Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 11/01/2025 jam l/kurang 0900 pagi di sebuah rumah alamat XXXXX, dalam jajahan Tanah Merah dalam negeri Kelantan kamu telah didapati merakam video pornografi kanak-kanak milik SNAMBA (No. KP: XXXXXX-XX-XXXX). Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” [7] Hukuman yang diperuntukkan adalah penjara tidak melebihi tiga puluh (30) tahun dan sebat tidak kurang daripada enam (6) sebatan. RINGKASAN FAKTA KES [8] Pada 19.04.2025, sekitar jam 5:00 petang, SNAMBA (“mangsa”), telah dihantar oleh pengadu ke asrama SMK XXXXX. Namun, sekitar jam 10:30 malam, pengadu dimaklumkan bahawa mangsa masih tidak hadir. Pengadu syak mangsa di rumah PKK, dan telah pergi ke rumah tersebut keesokan pagi. PKK awalnya menafikan, tetapi setelah dibawa ke balai polis, dia mengaku mangsa di rumahnya dan mereka telah bersetubuh. Polis kemudian hubungi kakak PKK untuk bawa mangsa ke balai. [9] PKK dan mangsa berkenalan melalui aplikasi “Litmatch” sejak Jun 2024 sebagai pasangan kekasih, dan hubungan itu diketahui keluarga mangsa. Mangsa menyatakan persetubuhan berlaku secara sukarela S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg sebanyak dua kali, iaitu pada 07.01.2025 dan 11.01.2025 di bilik tidur PKK semasa ketiadaan kakaknya. Dalam kedua-dua kejadian, mangsa pergi ke rumah PKK, melakukan persetubuhan dan dirakam oleh PKK. [10] Pemeriksaan ke atas mangsa mengesahkan koyakan lama pada hymen di kedudukan jam 2, 5 dan 9. Oleh yang demikian, PKK telah dituduh atas empat pertuduhan berasingan dalam Kes 12 dan Kes 13. SYOR BAGI KES 13 DAN HUJAHAN PIHAK-PIHAK [11] Laporan Akhlak mengesyorkan PKK dilepaskan dengan amaran di bawah s. 91(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (“AKK”). Turut disyorkan penjaga menyempurnakan bon berkelakuan baik tanpa cagaran di bawah s. 93(1)(e), dengan syarat memantau PKK dan mencegah pengulangan kesalahan. Para Penasihat Mahkamah bersetuju dengan syor tersebut. [12] Dalam mitigasi, peguam berhujah bahawa ini kesalahan pertama PKK, masa depannya masih panjang, dia telah insaf semasa dalam tahanan dan kesalahan ini berlaku atas dasar suka sama suka tanpa unsur paksaan. Peguam pohon perintah sebagaimana disyorkan. [13] Pendakwaan pula tidak bersetuju dan pohon PKK dihantar ke STB serta mengikuti sesi kaunseling, sebagaimana perintah bagi Kes 12. Soal keizinan juga tidak timbul memandangkan mangsa masih di bawah umur. PERTIMBANGAN MENGENAI PERINTAH BAGI KES 13 [14] Dalam menentukan perintah yang sesuai, Mahkamah perlu menilai fakta dan keadaan kes secara menyeluruh, termasuk tahap kematangan S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg mental dan emosi, umur, jenis kesalahan, serta kesan jangka panjang sesuatu perintah terhadap pembangunan moral, sosial dan masa depan PKK. Pertimbangan ini turut meliputi Laporan Akhlak, pandangan para Penasihat Mahkamah, serta faktor peringanan dan pemberatan yang dihujahkan, selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak dan peranan Mahkamah dalam melindungi kepentingan awam (lihat PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661). [15] Mahkamah menegaskan, kepentingan awam tidak diketepikan. Kepentingan awam juga menuntut suatu perintah bersifat pemulihan, bagi mencegah pengulangan kesalahan serta membolehkan PKK kembali menyumbang kepada masyarakat (lihat R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164). [16] Mahkamah sedar bahawa kesalahan dalam Kes 13 adalah satu kesalahan serius. Namun, dalam konteks kes kanak-kanak, kepentingan awam tidak seharusnya disempitkan kepada hukuman berat semata-mata. Ia turut merangkumi perlindungan jangka panjang melalui proses pemulihan kanak-kanak yang masih mempunyai potensi untuk berubah. [17] Pada masa kejadian, PKK dan mangsa merupakan pasangan kekasih bawah umur. Kedua-duanya belum matang dari segi emosi dan pertimbangan moral. Kejadian ini lebih mencerminkan kekhilafan akibat ketidakmatangan dan keghairahan usia muda. Malah, tiada keterangan menunjukkan adanya paksaan, atau kekerasan (lihat PP v. Mohammad Arfah Jasmi [2008] 7 CLJ 836; Nor Afizal Azizan v. PP [2012] 6 CLJ 370). [18] Mahkamah turut mengambil kira bahawa ini merupakan kesalahan pertama PKK. Berdasarkan Laporan Akhlak, PKK seorang anak yatim piatu, masih bersekolah dan tinggal bersama kakaknya. Meskipun tabiat S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg merokok dan menghisap vape mushroom tidak boleh dipandang ringan bagi seorang kanak-kanak seusianya, tiada rekod penglibatan bahan terlarang lain dikemukakan. Ini menunjukkan PKK masih mempunyai potensi untuk dibimbing dan dipulihkan. [19] Mahkamah mengakui bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak perempuan mesti diberi keutamaan. Namun, keadilan juga menuntut agar hak PKK sebagai kanak-kanak turut diberi perhatian. Pada pandangan Mahkamah, memperlakukan kanak-kanak berumur 15 tahun 10 bulan setaraf pesalah dewasa dari segi tanggungjawab moral dan jenayah adalah kurang sejajar dengan semangat AKK. Pendekatan yang terlalu menghukum boleh menjejaskan potensi pemulihan yang masih wujud dalam diri PKK. Maka, keseimbangan perlu dicapai antara kepentingan masyarakat, perlindungan mangsa dan perkembangan sahsiah PKK. [20] Pada pandangan Mahkamah, perintah penempatan di STB selama tiga tahun bagi Kes 12 merupakan intervensi yang menyeluruh. PKK akan menerima pendidikan, kaunseling dan pemulihan, yang turut menangani isu-isu dalam Kes 13. Syor Pegawai Akhlak, yang disokong oleh para Penasihat Mahkamah, mengukuhkan dapatan bahawa perintah bagi Kes 12 sudah mencukupi. Maka, bagi Kes 13, mesej yang sesuai disampaikan kepada PKK adalah melalui teguran kehakiman yang tegas tetapi bersifat mendidik, tanpa perlunya menambah intervensi berganda yang tidak diperlukan. [21] Sehubungan itu, perintah dilepaskan dengan amaran bagi Kes 13 adalah wajar, seimbang dan memadai. Ia menepati prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak sambil mengekalkan mesej bahawa salah laku tetap membawa akibat—sebagaimana perintah bagi Kes 12. S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg SYOR TAMBAHAN MENGENAI BON BERKELAKUAN BAIK [22] Sebagai tambahan kepada perintah di bawah s. 91(1)(a) AKK, Pegawai Akhlak telah mengesyorkan agar penjaga menyempurnakan bon berkelakuan baik tanpa cagaran di bawah s. 93(1)(e), seperti berikut: “93 Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah menyempurnakan bon
1
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, sebagai tambahan kepada mana-mana kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen 91(1), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon bagi kelakuan baik kanak-kanak itu dengan atau tanpa jaminan dan dengan satu atau lebih daripada satu syarat yang berikut: …
e
apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.” [23] Untuk memahami konteks syor bon tersebut, rujukan perlu dibuat kepada s. 91(1), yang memperuntukkan seperti berikut: “91 Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak apabila kesalahan dibuktikan
1
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk-
a
memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;
b
melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
c
memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai-
i
selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
II
(ii) dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
d
memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos; (da) membuat perintah khidmat masyarakat;
e
membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98;
f
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney; S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg
g
(Dipotong oleh Akta A1511:s.66)
h
mengenakan ke atas kanak-kanak itu, jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2), apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen.” [24] Mahkamah menghargai syor Pegawai Akhlak. Namun, Mahkamah berpandangan bahawa perintah di bawah s. 91(1)(a) adalah bersifat tidak bersyarat, iaitu pelepasan muktamad tanpa perlu mengenakan obligasi lanjut ke atas kanak-kanak atau penjaganya. Sekiranya bon dikenakan ke atas penjaga, sifat dan maksud pelepasan tersebut akan terhakis dan secara tersirat menjadi seumpama pelepasan bersyarat di bawah s. 91(1)(b). [25] Pada pandangan Mahkamah, pendekatan sedemikian boleh menjejaskan struktur berperingkat yang digubal dalam AKK dan menjadi tidak selari dengan prinsip tafsiran berasaskan tujuan (purposive interpretation) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah s. 17A Akta Tafsiran 1948 dan 1967, yang menyatakan tafsiran yang menggalakkan maksud atau objektif sesuatu Akta hendaklah diutamakan. [26] Walaupun s. 93(1) menggunakan perkataan “hendaklah”, Mahkamah berpandangan bahawa kewajipan tersebut tidak bersifat mandatori dalam semua keadaan. Dalam konteks perintah tanpa syarat di bawah s. 91(1)(a), perkataan tersebut wajar ditafsirkan sebagai bersifat arahan (directory), agar struktur perintah berperingkat AKK dan niat perundangan Parlimen dapat dipelihara. S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg [27] Pendekatan ini sejajar dengan prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Agung dalam Hee Nyuk Fook v. PP [1988] 1 LNS 15; [1988] 2 MLJ 360, di mana Mahkamah Agung menyatakan: “… In our view, the word "shall" appearing therein, though generally taken as mandatory, does not mean to be so in every case. No hard and fast rule can be laid down because it depends on the facts and circumstances of a particular case, the purpose and object for which such provision is made, the intention of the legislature in making the provision and the serious inconvenience or injustice which may result in treating the provision one way or the other (see Interpretation of Statutes by Bindra, 7th Ed., p. 662). We are of the view that the safest way is to look into the subject-matter of the case, consider the importance of the provision that has been disregarded, the relation of the provision to the object of the Code and decide in that order whether the matter is imperative or only directory (see Howard v. Bodington (1877) 2 PD 203 at p 211).” (penekanan ditambah) [28] Pada hemat Mahkamah, s. 93(1) perlulah dibaca secara harmoni dengan s. 91(1). Jika perkataan “hendaklah” dalam s. 93(1) ditafsir secara literal, ia akan mewujudkan kewajipan automatik terhadap ibu, bapa atau penjaga dalam semua bentuk perintah, termasuk perintah pelepasan dengan amaran di bawah s. 91(1)(a). Tafsiran sedemikian berisiko membawa kepada keputusan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan maksud perintah tersebut. S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg KESIMPULAN [29] Berdasarkan pertimbangan di atas, Mahkamah berpandangan bahawa perintah dilepaskan dengan amaran bagi Kes 13 adalah sesuai dan mencukupi. Ia menepati prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak serta menyampaikan mesej bahawa kesalahan tetap membawa akibat. Bon berkelakuan baik di bawah s. 93(1) turut tidak diperintahkan kerana tidak selari dengan maksud pelepasan tanpa syarat di bawah s. 91(1)(a). Bertarikh: 29hb Julai 2025 (TUN FAEZ FIKHRIE BIN TUN ASRUL SAINI) Majistret Mahkamah Majistret Tanah Merah PIHAK-PIHAK Bagi pendakwaan : Siti Hajar binti Mazlan Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan Bagi PKK : Farah Syafiqa binti Sulaiman Peguambela & Peguamcara Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Negeri Kelantan S/N /6mb1khA2Ee5LWeT9poFdg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.