(iii) Tujuan perintah diberikan bukan pencegahan tapi untuk kepentingan awam dan perintah haruslah memberikan mesej yang kelas bahawa kesalahan seksual PKK tidak boleh diterima. 15) Laporan Akhlak juga dirujuk dan diteliti. Berdasarkan Laporan Akhlak, adalah disyorkan bahawa PKK diperintahkan di bawah perenggan 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama seksyen 93(1)(a) dan seksyen 93(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu menyempurnakan bon berkelakuan baik dengan cagaran dan dicadangkan selama tempoh dua tahun. 16) Penasihat yang hadir juga turut memberikan nasihat kepada PKK seterusnya memberikan syor kepada mahkamah di mana kedua-dua penasihat bersetuju dengan syor dari Pegawai Akhlak dengan mengambil pendekatan turut memberikan nasihat dan panduan untuk PKK. 17) Selanjutnya, setelah mahkamah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada PKK dan hujahan pemberatan daripada TPR, serta mengambil kira Laporan Akhlak termasuk syor Penasihat Mahkamah Kanak-kanak maka mahkamah menjatuhkan perintah sepertimana tersebut di atas (rujuk Perintah Mahkamah). D. ALASAN 18) Objektif sesuatu hukuman dijatuhkan kepada PKK di sesebuah negara adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, patuh kepada undang-undang dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Merujuk kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 telah diputuskan bahawa (dengan izin): “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offender’s means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (l) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” 19) Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum mahkamah menjatuhkan perintah ke atas PKK. Diantaranya ialah: Kepentingan Awam 20) Faktor kepentingan awam adalah salah satu faktor utama yang diambil kira oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan perintah terhadap PKK. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud mahkamah ini mengabaikan kepentingan PKK. Hal ini kerana kepentingan awam merupakan konsep yang mempunyai taksiran subjektif bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ini jelas dirujuk di dalam satu kes klasik iaitu di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime a seeming to offer easy money on the supposition, that if the offence is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest indeed served and the best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, the sentence for a particular crime, but a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe? 21) Merujuk kepada kes di hadapan mahkamah ini, ianya merupakan satu kes bersubahat melakukan amang seksual di mana mangsa juga merupakan kanak-kanak. Berdasarkan fakta kes, PKK bersama dua orang kawan menyuruh mangsa menutup mata dan menjelirkan lidah lalu kawan PKK mencalitkan kemaluan PKK pada lidah mangsa. Setelah mangsa tidak dapat meneka apakah jenis makanan tersebut mangsa ditertawakan oleh PKK dan kawan-kawannya. PKK telah mengaku tentang kejadian yang berlaku dan bersama-sama membuatkan mangsa menyentuh kemaluan PKK sendiri. 22) Kesalahan jenayah amang seksual seperti ini kerap kali berlaku pada remaja yang seusia dengan PKK dan berdasarkan fakta kes ia dianggap seperti mainan dan gurauan terhadap kawan-kawan seasrama. Jenayah ini perlu dipandang serius oleh pelbagai sudut ahli masyarakat dan tidak memandang enteng baik bagi PKK mahupun mangsa. Dalam menyeimbangkan kedua-dua kepentingan awam iaitu kepada PKK, mangsa dan masyarakat umumnya mahkamah perlu mempertimbangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala tidak sihat ini berlaku. 23) Mahkamah ini mengambil perhatian dan panduan di dalam kes PP lwn Muhamad Abdul Rahim & Satu Lagi [2007] 9 CLJ 672, di mana diputuskan seperti berikut; “Adalah diakui bahawa penentuan hukuman yang sesuai dalam sesuatu kes jenayah terutama kes-kes yang melibatkan kanak-kanak adalah merupakan suatu pelaksanaan budi bicara yang sukar oleh pihak mahkamah atas pelbagai sebab. Pertama, dalam kebanyakan kes, Parlimen hanya menetapkan pilihan hukuman yang boleh dijatuhkan atau menetapkan hukuman maksimum. Dengan demikian terpulanglah kepada mahkamah untuk membuat pilihan mengenai hukuman yang sesuai berdasarkan fakta sesuatu kes. Kedua, dalam memilih hukuman yang sesuai, mahkamah bukan sahaja perlu mempertimbangkan fakta kes tetapi perlu juga mengambil kira kesan hukuman tersebut kepada kepentingan awam sebagai suatu langkah kawalan sosial (‘social control’). Oleh itu, kesan hukuman yang perlu dipertimbangkan bukan sahaja terhad ke atas pesalah itu sendiri tetapi juga terhadap masyarakat seluruhnya. Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sesuatu hukuman bukan sahaja perlu mengambil kira apa yang telah terjadi dalam sesuatu kes tetapi juga ‘should have its eye to the future.’ Ketiga, …” 24) Dengan perintah yang setimpal juga dapat memberi kesedaran yang lebih kepada PKK ini agar tidak mengulanginya. Perintah yang setimpal perlu diberikan dalam menangani kesalahan ini. Perintah setimpal dapat memberi kesedaran yang lebih kepada PKK ini agar tidak mengulanginya. Justeru secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pelanggaran undang-undang dan keruntuhan moral di dalam masyarakat umumnya. 25) Oleh yang demikian, kepentingan masyarakat secara umumnya dijamin dan terjaga kerana secara tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan tidak sihat yang bercanggah dengan ajaran agama Islam dan juga moral. 26) Selain daripada itu, kepentingan awam tidak hanya tertumpu kepada kepentingan masyarakat umum semata-mata. Kepentingan PKK juga merupakan salah satu kepentingan awam kerana setiap tindakan daripada PKK memberi kesan kepada masyarakat. 27) PPK merupakan kanak-kanak yang masih memerlukan sokongan yang kuat daripada institusi keluarga. Merujuk kepada Laporan Akhlak di mana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melihat kepada pentingnya proses intervensi yang holistik untuk PKK berubah secara menyeluruh dan proses ini sewajarnya adalah kepada ibu bapa dan keluarga PKK. 28) Berdasarkan Laporan Akhlak dinyatakan bahawa PKK mempunyai sokongan sosial yang baik daripada ibu tiri dan bapa kandung PKK. Ibu kandungnya juga mengambil berat perihal PKK walaupun tinggal berjauhan. Ibu saudara yang tinggal Bersama juga sentiasa memberikan semangat dan mengawal tingkah laku PKK. Keluarga maklumkan masih mampu mengawal PKK. Ini menunjukkan bahawa PKK mampu berubah lantas akan memberikan perubahan atau impak dalam kehidupan PKK serta masyarakat umumnya. Dengan ini kedua-dua kepentingan baik dari segi kepentingan PKK juga kepentingan masyarakat umum dapat diseimbangkan dengan faktor pemulihan dan intervensi keluarga. Mahkamah percaya sokongan social daripada keluarga adalah faktor utama yang dapat mengubah diri PKK sendiri. 29) Perintah yang diberikan kepada PKK bagi kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan adalah adil dan bersesuaian bagi PKK. Dengan itu, perintah yang diberikan adalah munasabah bagi PKK dalam memberikan kesedaran kepada PKK untuk memperbaiki diri dan berubah sekaligus ia akan mengubah kepentingan awam di mana PKK akan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi perbuatannya sekaligus kepentingan awan turut terjaga. Pengajaran/Deteren 30) Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya PKK tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. 31) Ini selaras dengan petikan dari kes R v. Kenneth John Ball dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 di mana dinyatakan (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore fix the sentence and leaves to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court has the right and the duty to decide whether to be lenient od severe…” 32) Maka, setelah mahkamah meneliti fakta kes dan eksibit yang dikemukakan dengan membandingkan juga dengan Fakta Kes (P1), dan Laporan Polis berkenaan pengaduan kes di dalam Kangar rpt 5170/24 (P2) dan Padang Besar rpt 3220/24 (P4), perintah yang diberikan adalah munasabah. 33) Mahkamah juga menetili Laporan Akhlak (P5), yang menyatakan secara terperinci berkenaan latar belakang PKK, faktor yang menyumbang kepada kesalahan yang dilakukan serta pemerhatian yang dibuat oleh pihak Pegawai Akhlak dan syor yang dikemukakan. 34) Mahkamah berpendapat bahawa PKK telah tersalah langkah dan faktor kematangan serta persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan kematangan PKK. PKK juga disahkan sebagai OKU pembelajaran. Tahap pemikiran PKK juga turut dipertimbangkan dalam menjatuhkan perintah terhadap PKK. 35) PKK juga dilihat telah insaf di atas kesalahan yang dilakukan dan telah faham bahawa kejadian yang berlaku adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara mahupun ajaran agama Islam walaupun ianya dilakukan atas dasar gurauan atau suka-suka dengan ‘junior’ asrama. Namun hakikat bahawa PKK adalah seorang Islam dan mangsa merupakan seorang yang di bawah umur ianya merupakan kesalahan yang berat yang dilakukan oleh PKK. Ia juga adalah bertentangan dengan moral dan agama Islam. 36) Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah patut dan bersesuaian terhadap PKK. Ia memberikan pengajaran terhadap PKK supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, hukuman juga bertujuan untuk PKK berasa insaf dan sedar atas perbuatannya sekaligus memberikan pengajaran kepada masyarakat secara amnya. Ia seharusnya dijadikan pengajaran terhadap perbuatan tersebut. 37) Oleh itu, mahkamah berpendapat peluang perlu diberikan kepada PKK ditambah pula perintah-perintah tambahan yang lain merupakan perintah yang munasabah dan setimpal serta memberikan pengajaran kepada PKK. Begitu juga dengan masyarakat secara amnya. Latar Belakang Pesalah Kanak-kanak 38) Berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh PKK juga merujuk Laporan Akhlak (PK), PKK semasa kejadian berumur 17 tahun 5 bulan dan semasa perintah dijatuhkan PKK berumur 17 tahun 10 bulan. 39) PKK telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini yang berakhir pada Februari 2025. PKK belajar di dalam bidang kemahiran Penghawa Dingin. 40) Dari aspek kokurikulum pula, PKK adalah pelajar yang aktif dalam sukan ragbi dan bakal menyertai pasukan Ragbi Negeri Perlis. 41) Berdasarkan latar belakang peribadi pula, PKK bukan dari kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial kerana tidak merokok atau terlibat dengan di rumah dengan menyiapkan kerja sekolah dan membantu keluarga di rumah. PKK juga tidak keluar malam kerana dikawal oleh keluarga. 42) Tindakan dan kesalahan yang dilakukan PKK adalah atas faktor ketidakmatangan, ketidakpekaan terhadap undang-undang sedia ada dan keadaan persekitaran serta keinginan ingin mencuba perkara baru. 43) Mahkamah ini merujuk kepada kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, di mana di dalam kes ini Augustine Paul JC menyatakan (dengan izin); “A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in the case”. 44) Berdasarkan faktor tersebut di atas, mahkamah mengenakan perintah munasabah supaya PKK sedar dan insaf atas perbuatannya. Ianya adalah sebagai pengajaran kepada PKK. 45) Mahkamah berpendapat PKK telah sedar dan insaf serta menunjukkan usaha PKK untuk berubah. Melihat kepada latar belakang PKK, perubahan dapat dilakukan hasil bimbingan dan pemantauan yang lebih kepada PKK. Ketidakupayaan PKK telah menjejaskan pertimbangannya dalam membuat keputusan. 46) Oleh yang demikian, mahkamah ini berpendapat adalah munasabah dan setimpal perintah yang dikenakan terhadap PKK setelah mengambil kira latar belakang PKK dan keluarganya serta faktor persekitaran dan juga fakta kes kesalahan yang dipertuduhkan terhadap PKK. Laporan Akhlak dan Syor Pegawai Akhlak 47) Laporan Akhlak (P5) telah dikemukakan oleh Pegawai Akhlak dan telah dibacakan dan diterangkan kepada PKK dan difahami serta diakui oleh PKK. Pegawai Akhlak di dalam laporannya mencadangkan agar PKK diberikan peluang dan diberi perintah di bawah perenggan 91(1)(b) Akta Kanak-kanak dengan memerintahkan supaya PKK menyempurnakan Bon Berkelakuan Baik dengan cagaran selama dua tahun. 48) Sebagai tambahan selaras dengan seksyen 93(1), ibu atau bapa hendaklah memastikan PKK melaporkan diri ke balai polis berdekatan dan juga turut hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan sepanjang tempoh bon agar proses intervensi ini mendapat sokongan daripada pihak keluarga. 49) Syor tersebut juga mengambil kira PKK yang masih belajar dalam bidang kemahiran Penghawa Dingin dan PKK juga bakal menyertai pasukan Ragbi Negeri Perlis pada SUKMA tahun 2025. Sistem sokongan baik dari keluarga di mana ibu tiri dan bapa kandung memaklumkan kesanggupan untuk membimbing PKK serta memohon diberikan peluang dan ruang untuk memperbaiki diri adalah antara faktor tambahan syor tersebut. 50) Manakala perintah Denda tidak disyorkan kerana hanya akan dibayar oleh keluarga sedangkan kesalahan dilakukan oleh PKK sendiri. Seterusnya Perintah Khidmat Masyarakat juga tidak disyorkan kerana PKK masih bersekolah. Perintah Bon Berkelakuan Baik dikatakan dapat memberikan satu nilai tambah kepada PKK yang mana pemantauan daripada pihak jabatan dapat membantu PKK terus kekal berubah serta khidmat nasihat dan kaunseling jika diperlukan. 51) Turut disimpulkan bahawa syor Pegawai Akhlak adalah mengutamakan dibawah umur 18 tahun dan kemasukan ke institusi atau pemenjaraan bukan penyelesaian yang terbaik pada pandangan Pegawai Akhlak. 52) Dalam mempertimbangkan perintah bagi kesalahan melibatkan pesalah kanak-kanak, mahkamah memberi keutamaan kepada tujuan pencegahan dan pemulihan kerana kesalahan sebegini telah membawa trauma dan kesan negatif kepada kanak-kanak yang lain iaitu mangsa. 53) Tambahan pula, ia makin berleluasa di kalangan orang muda dengan mengambil kira umur PKK 17 tahun semasa kejadian berlaku. 54) Pegawai Akhlak turut menyatakan bahawa PKK masih mempunyai sokongan sosial yang baik daripada pihak keluarga yang menjadi faktor penting dalam proses pemulihan PKK. Ibu tiri dan bapa kandung PKK turut mengesahkan bahawa masih mampu mengawal PKK serta ingin memberikan anak mereka peluang yang terakhir untuk PKK berubah dalam persekitaran keluarga. 55) Mahkamah juga mempertimbangkan syor daripada kedua-dua Penasihat Mahkamah Kanak-kanak yang turut bersetuju dengan syor yang dikemukakan oleh Pegawai Akhlak. 56) Mahkamah ini sedar bahawa perintah yang diberikan perlu mencerminkan perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Mahkamah sentiasa sedar kepentingan awam perlu dititikberatkan tanpa meminggirkan kepentingan peribadi PKK. 57) Walaubagaimanapun mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan ini merupakan kesalahan berturut-turut yang dilakukan kepada mangsa yang berbeza pada hari yang sama. Oleh itu mahkamah berpendapat perintah yang sama tidak wajar diberikan bagi memberikan kesedaran yang lebih kepada PKK supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. 58) Perintah Khidmat Masyarakat adalah perintah yang dianggap munasabah untuk diberikan kepada PKK bagi kesalahan pertama. Perintah untuk kemasukan ke institusi pula adalah terlalu keterlaluan sepertimana yang dinyatakan oleh Pegawai Akhlak iaitu demi kepentingan kepada kanak-kanak (The best interest of the child) dan tidak menghukum serta kemasukan ke institusi adalah pilihan terakhir. 59) Mahkamah ingin memberikan peringatan dan amaran yang tegas dan jelas bahawa kesalahan tersebut tidak wajar diulangi dan peluang yang diberikan adalah bernilai untuk PKK mengubah diri kepada yang lebih baik. 60) Mahkamah berpendapat dengan memberikan peluang kepada PKK untuk berubah dengan perintah-perintah tambahan yang wajar mampu memberikan kesedaran kepada PKK dengan merasa susah payah dirinya dan keluarga menjalani perintah-perintah tambahan tersebut. Perintah tersebut juga mampu membentuk semula displin mematuhi peraturan dan menanam semula sahsiah yang dapat mengubah sifat dan tingkah laku PKK agar berpadanan dengan norma masyarakat madani. E. KESIMPULAN 61) Setelah mahkamah meneliti secara keseluruhan laporan akhlak yang diakui benar oleh PKK dan ibubapa serta pandangan daripada Penasihat-penasihat Mahkamah Kanak-kanak, mahkamah berpendapat syor yang dikemukakan adalah tidak memadai kerana perintah bon berkelakuan baik telah diberikan bagi kesalahan yang sama dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah dibincangkan seperti di atas. 62) Di samping itu juga, mahkamah berpandangan bahawa perintah khidmat masyarakat tersebut adalah munasabah dalam memberikan kesedaran dan peringatan kepada PKK supaya tidak mengulanginya dan PKK juga telah menerima kesannya di mana terpaksa hadir ke mahkamah dengan membawa bapa yang tidak bersalah turut terpalit akibat daripada kesalahan yang dilakukan PKK. 63) Selain itu beberapa perintah lain juga turut dikenakan kepada PKK sebagai tambahan bagi memberi kesedaran kepada PKK serta menyokong pemulihan PKK. 64) Mahkamah juga sedar tanggungjawab ibu bapa PKK dalam mendidik anak mereka pada zaman moden ini adalah tugas yang mencabar terutamanya dalam keadaan kesibukan ibu bapa mencari rezeki. 65) Mahkamah berpendapat kurang pemantauan oleh ibu bapa PKK dengan tidak mengambil tahu aktiviti masa lapang dan juga faktor persekitaran menyebabkan PKK terpengaruh dengan aktiviti di luar tabii yang melanggar undang-undang sehingga membawa kepada aktivit di asrama sekolah. 66) PKK sepatutnya diberikan perhatian ketat oleh ibubapa dari segi keselamatan, pengawasan dan kebajikan. 67) Sehubungan itu, mahkamah percaya PKK ini wajar diberikan peluang akhir yang bersesuaian dengan perintah-perintah yang dikenakan oleh mahkamah. 68) Mahkamah juga berpendapat bahawa perintah yang dikenakan adalah memadai dan berpatutan dalam kes ini yang mana mahkamah telah mengambil kira kesemua faktor peringanan dan pemberatan dengan sewajarnya. Keputusan tersebut adalah sentiasa berlandaskan kepada prinsip undang-undang dan keadilan. DISEDIAKAN PADA 8 MEI 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS