(iii) left posterior cruciate ligament (PCL) injury grade 3 [31] Bagi item ini peguamcara Perayu Kedua menuntut sebanyak RM30,000, manakala peguamcara Responden menghujahkan sebanyak RM20,000. L/HMS telah memberikan gantirugi sebanyak RM20,000. [32] Dalam memutuskan award bagi item ini, saya mendapati L/HMS telah menimbangkan bahawa Perayu Kedua telah dapat berjalan dengan normal, melakukan aktiviti harian tanpa bantuan, hanya mengalami kesakitan serta ketidakstabilan di bahagian lutut kiri, laporan pakar perubatan, kes undang-undang dan panduan dari Compendium. [33] Saya merujuk kepada laporan pakar Perayu Kedua dari Klinik Tegoh bertarikh 23.2.2020 (muka surat 201 – 206, Rekod Rayuan) yang merumuskan seperti berikut: “The left PCL injury causes discomfort upon climbing stairs due to knee instability. He should be advised for reconstruction surgery. He will need to pay around RM30,000 if done at private hospital.” [34] Laporan pakar Pihak Responden dari Hospital Kuala Krai bertarikh 5.10.2020 (muka surat 220 – 223, Rekod Rayuan) merumuskan lebih kurang sama dengan laporan pakar Perayu Kedua iaitu: “Fracture of his left tibial tuberosity has united. However, he has a right posterior cruciate ligament (PCL) laxity grade 3. He is able to ambulate with a normal gait and performs his ADL independently but he still has occasional pain and instability over his left knee. Since his left knee instability and pain is persistent and disturbing his daily tasks, he should be considered for surgical intervention, which is left PCL Reconstruction surgery. The cost of surgery is about RM10,000.” [35] Merujuk kepada laporan pakar kedua-dua pihak berhubung dengan keadaan Perayu Kedua masakini, adalah didapati Perayu Kedua memerlukan PCL Reconstruction surgery di mana kosnya di hospital kerajaan lebih kurang RM10,000 atau di hospital swasta lebih kurang RM30,000. [36] Dalam keadaan ini range kos pembedahan berkenaan adalah antara RM10,000 hingga RM30,000. Sehubungan itu saya berpendapat award yang diberikan oleh L/HMS sebanyak RM20,00 adalah suatu award yang munasabah, adil, tidak terlalu rendah dan berupaya memampaskan Perayu Kedua. [37] Oleh itu rayuan Perayu Kedua terhadap item ini ditolak dan keputusan L/HMS dikekalkan.