Power to punish for contempt The Federal Court, the Court of Appeal or a High Court shall have power to punish any contempt of itself.. [12] Aturan 52 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 menggariskan tatacara bagi prosiding pengkomitan. [13] Dalam kes Wee Choo Keong; Houng Hai Hong & Anor v MBF Holdings Berhad & Anor & 3 other appeal [1995] 4 CLJ 427 Mahkamah Agung memutuskan bahawa – [1] In contempt of Court proceedings, the standard of proof required is proof beyond reasonable doubt, and where there is doubt, such doubt ought to be resolved in favour of the person charged. In other words, the proof must be of the standard as is required in a criminal case. E. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [14] Mahkamah ini mendapati satu isu utama iaitu sama ada plaintif berjaya melepaskan beban bukti penghinaan Mahkamah melampaui keraguan yang munasabah terhadap defendan. F. ANALISIS DAN DAPATAN [15] Permohonan komital oleh plaintif disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Chen Chee Hock, pengarah plaintif pada 25.6.2024. [16] Mahkamah ini turut terpandu dengan prinsip undang-undang matan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Sri Dato' (Dr) Rozali Ismail & Ors v. Lim Pang Cheong @ George Lim & Ors [2012] 2 CLJ 849; [2012] 3 MLJ 458 bahawa - [29] It is settled law that committal proceeding is criminal in nature since it involves the liberty of the alleged contemnor. Premised upon that, the law has provided procedural safeguards in committal proceeding which requires strict compliance..." [17] Dalam melaksanakan kuasa budi bicara kehakiman sama ada untuk mengkomitkan defendan ke penjara, adalah jelas prosiding penghinaan Mahkamah merupakan prosiding quasi-criminal yang melibatkan kebebasan hak asasi defendan. [18] Mahkamah ini hendaklah menilai sama ada plaintif berjaya membuktikan permohonan penghinaan Mahkamah terhadap defendan melampaui keraguan munasabah sebagaimana prinsip yang diputuskan dalam kes Edmund Ming Kwan @ Kwaun Yee Ming, Edmund v. Extra Excel (Malaysia) Sdn Bhd & Ors (Part 2) [2007] 9 CLJ 400; [2007] 7 MLJ 276, iaitu – "It is trite law that due to the quasi criminal nature of the contempt proceedings now before me, a heavy onus rests with the petitioner to prove his case beyond reasonable doubt.” Isu: Sama ada plaintif berjaya melepaskan beban bukti penghinaan Mahkamah melampaui keraguan yang munasabah terhadap defendan. [19] Asas permohonan pengkomitan di sini adalah berpaksikan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25.2.2015. Saya telah meneliti Penghakiman tersebut yang ditunjukkan dalam eksibit CC-1 Afidavit Sokongan plaintif. [20] Berdasarkan Perintah tersebut, terdapat tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh defendan iaitu antaranya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman diserahkan, defendan perlu melaksanakan yang berikut – i. Perenggan (b), menandatangani perjanjian jual beli dan menyerahkannya kepada plaintif; ii. Perenggan (c),menandatangani surtcara pindahmilik tanah tersebut dan dokumen bersampingan dan menyerahkannya kepada plaintif; iii. Perenggan (e), mengemukakan kepada plaintif nombor cukai pendapatan, alamat pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menjadi tempat defendan menyerahkan borang cukai pendapatan, salinan kad pengenalan (depan dan belakang), resit cukai tanah dan cukai taksiran dan salinan asal Suratan Hakmilik Geran; iv. Perenggan (f), mengemukakan permohonan untuk kelulusan pindahmilik memihak kepada plaintif di pejabat tanah berkenaan. [21] Afidavit Sokongan (Kandungan 32) Chen Chee Hock difailkan oleh plaintif untuk menyokong permohonan komital telah merujuk dan mengulangi kandungan Afidavit Sokongan untuk kebenaran permohonan pengkomitan dalam Kandungan 21, kerana pindahmilik tanah tidak dapat dilaksanakan. [22] Meneliti Kandungan 21, didapati plaintif telah menyatakan defendan telah memungkiri Perintah Mahkamah Tinggi. [23] Sebelum meneliti isi yang perlu diputuskan, saya berpandangan sejajar dengan panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Sri Dato' (Dr) Rozali Ismail & Ors v. Lim Pang Cheong @ George Lim & Ors (supra) iaitu - “Committal is a very serious matter. The courts must proceed very carefully before they make an order to commit to prison” maka adalah perlu untuk saya menilai keadaan keseluruhan latar belakang kes ini dan alasan-alasan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan. [24] Memandangkan kebenaran untuk prosiding pengkomitan telah diberikan oleh Mahkamah ini, maka ini bermaksud Mahkamah ini telah menerima bahawa terdapat penghinaan mahkamah secara prima facie oleh defendan. [25] Saya juga berpandangan dalam permohonan pengkomitan ini, plaintif perlu memenuhi prinsip asas berkaitan kebebasan individu sebagaimana yang diputuskan dalam kes McIlraith v Grady [1968] 1 QB 468 – The second appeal is as to the committal order. Here we must remember the fundamental principle that no man’s liberty is to be taken away unless every requirement of the law has been strictly complied with. [26] Bagi tujuan memerintahkan suatu perintah pengkomitan, saya telah meneliti kembali Afidavit-afidavit oleh plaintif dan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25.2.2015. [27] Saya mendapati bahawa perenggan 6 dalam Pernyataan Menurut Aturan 52 kaedah 3(2) KKM 2012 tidak memperincikan apa perbuatan sengaja yang dilakukan oleh pihak penghina yang dicadangkan. Begitu juga dalam Afidavit Sokongan Kandungan 32. Tiada fakta dideposkan oleh plaintif tentang butiran terma Perintah yang gagal dilaksanakan oleh defendan. [28] Seterusnya saya merujuk perenggan (d) Perintah tersebut, yang memperuntukkan terma bahawa kuasa diberi kepada Penolong Kanan Pendaftar (PKP) untuk menandatangani perjanjian jual beli bagi pihak defendan dan jika para (f) gagal dipatuhi, kuasa diberi kepada PKP dalam para (g) untuk mengemukakan permohonan kelulusan pindahmilik ke Pejabat Tanah. Plaintif tidak mendeposkan butiran terma yang manakah dalam Perintah yang telah gagal dilaksanakan oleh defendan. [29] Mahkamah ini juga tidak didedahkan dengan fakta sama ada terma-terma lain yang merangkumi kuasa yang diberikan oleh Mahkamah kepada PKP sebagai menggantikan terma yang diperintahkan kepada defendan telah dilaksanakan. Begitu juga tidak didedahkan sama ada dengan adanya perintah sedemikian kepada PKP, adakah pindahmilik masih gagal dilaksanakan. Hal ini penting untuk dinyatakan dengan jelas kerana, alegasi utama plaintif adalah sehingga kini pindahmilik masih gagal dilaksanakan. [30] Selain itu, dalam kes Tan Sri Dato Dr Rozali Ismail & Ors v Lim Pang Cheong & Ors [2012] 2 MLRA 717, Mahkamah Persekutuan memutuskan- [29] it is a settled law that committal proceeding is criminal in nature since it involves the liberty of the alleged contemnor. Premised upon that, the law has provided procedural safeguards in committal proceeding which requires strict compliance. [31] Selain itu, saya juga mendapati plaintif gagal menunjukkan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25.2.2015 mengandungi endorsemen berkenaan penal notice. Adalah menjadi keperluan menurut Aturan 45 kaedah 5 and kaedah 7(2) KKM 2012 bahawa endorsement sedemikian dan penyampaian kediri perintah mahkamah yang berkaitan kepada pihak penghina yang dicadangkan sebelum perintah komital dikeluarkan. [32] Mahkamah Rayuan dalam Loh Eng Leong & Anor v Lo Mun Sen & Sons Sdn Bhd & Anor [2003] 4 MLJ 283 memutuskan kegagalan membuat endorsemen berkenaan penal notice pada perintah mahkamah adalah fatal. [33] Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan sedemikian Mahkamah ini mendapati plaintif gagal melepaskan beban bukti melampaui keraguan yang munasabah untuk membolehkan perintah pengkomitan dikeluarkan terhadap defendan. G. KESIMPULAN [34] Justeru, permohonan plaintif untuk perintah komital terhadap defendan ditolak tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh pada 7 Mei 2025. Ditandatangani ..........................................................