(iv) Lebih kurang 10 saat selepas vallium diberikan kepada Plaintif, kadar pernafasan Plaintif kembali 25 kali perminit. S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [50] Berdasarkan keterangan tersebut, Defendan berhujah dengan adanya peralatan dan kemudahan di Klinik Kaseh, Defendan dapat menilai keadaan klinikal Plaintif berdasarkan tanda-tanda yang ada. [51] Semasa diperiksa balas, Defendan telah menekankan bahawa seorang doktor yang terlatih perlu mempunyai kemahiran dalam menentukan keadaan pesakit melalui pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan denyut nadi dan kadar pernafasan selain menekan ibu jari kaki dan capillary refill untuk mengetahui keadaan bayi yang kurang oksigen. [52] Dalam kes ini, Defendan turut berhujah bahawa Defendan telah memastikan Plaintif dalam keadaan stabil sebelum meninggalkan Klinik Kaseh untuk menunaikan solat Zohor. Keterangan Defendan semasa pemeriksaan balas dirujuk – “S: So, pemantauan Qaayed, saya nak tanya, Doktor tidak tunggu untuk lihat keadaan Qaayed selepas prosedur sunat telah selesai, betul? SD1: Masa sebelum saya serahkan kepada mak dia, saya telah pastikan keadaan respiratory, kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan dia adalah lebih pada tahanp normal dan selepas itu baru saya bagi pada ibu dia”. [53] Berkaitan dengan pemantauan pula, pihak Defendan turut menggunapakai keterangan Dr Abdul Majid Abdullah (SP3) untuk menyokong tindakan Defendan. SP3 semasa pemeriksaan balas menyatakan jika parameter telah dipatuhi dan keadaan pesakit stabil, tiada keperluan untuk doktor berada disisi pesakit. (ms 101 Nota Keterangan). Keterangan SD3 yang menyokong penggunaan bius S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw setempat kepada bayi dan kanak-kanak adalah lebih sesuai untuk mengelakkan risiko. [54] Setelah meneliti keterangan pakar-pakar dari kedua-dua pihak, pada hemat saya bukanlah kini menjadi persoalan umur Plaintif ketika dikhatankan dan dimanakah prosedur khatan dilakukan. Pertimbangan utama adalah tempat dan prosedur tersebut selamat. [55] Saya juga mendapati keterangan SP2 dan Defendan adalah konsisten iaitu sejurus pembedahan selesai, Defendan telah meninggalkan Plaintif dalam jagaan SP2 dan staf Kinik Kaseh. Menjadi fakta yang ketara melalui keterangan pembantu klinik Defendan baik Nur Afiqah Husan binti Abdul Malek mahu pun Siti Zulaikha binti Md Shariff, kedua-dua mereka tidak mempunyai latihan formal dalam bidang penjagaan kesihatan. [56] Selanjutnya semasa ketiadaan Defendan, Plaintif telah mengalami sawan dan kardio-pernafasan Plaintif mengalami penurunan mendadak. Defendan dimaklumkan tentang insiden tersebut oleh staf Klinik Kaseh. Setelah kembali ke klinik, Defendan memulakan bantuan pernafasan termasuk memberikan suppository valium untuk menghentikan sawan. Plaintif kemudiannya dirujuk oleh Defendan ke Hospital Ampang. [57] Dalam menimbangkan isu kedua ini, keterangan pihak-pihak perlu diteliti termasuk keterangan dokumentari. Keterangan dokumentari perubatan yang kontemporari merupakan salah satu keterangan material yang penting untuk dinilai terutamanya apabila melibatkan dua versi keterangan yang bercanggah. S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [58] Dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) and Anor v The Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108, diputuskan bahawa – “...In a situasion where there are some contemporaneous records, the oral evidence of the witnesses must be tested. They must be tested against the contemporaneous documents, the undisputed facts and the overall probabilities of the case in order to determine the reliability of the oral evidence..” [59] Saksi Plaintif pertama ialah Dr Anwar Zuhdi bin Mat Idris bertugas di Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang. Semasa Plaintif dirujuk oleh Defendan ke Hospital Ampang pada hari kejadian 16.5.2018, SP1 adalah pegawai perubatan pertama yang melihat keadaan Plaintif semasa diterima di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Ini menjadikan keterangan SP1 signifikan dalam kes ini. [60] Menurut SP1 semasa Plaintif diterima, Plaintif sudah tidak bernafas dengan spontan, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan unresponsive. Laporan oleh Hospital Ampang telah merekodkan keadaan Plaintif dengan catatan berikut – On arrival to RZ Asystole CPR commenced Intubated with ett 3.5mm anchored at 10cm Given Iv adrenaline 1:10000 o.5ml x2 ph-6.675 pco2 131 hco3.6.7 lact 10.9 iv nahco3.5ml over 30 minutes ROSC after 12 minutes S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [61] Saya mengambil perhatian bahawa keterangan SP1 ini tidak dicabar oleh Defendan. Maka adalah munasabah untuk Mahkamah ini membuat dapatan bahawa semasa berada di dalam ambulans, Plaintif sudah tidak sedarkan diri. Sekaligus ini bermakna keadaan Plaintif bukanlah stabil semasa dipindahkan dari Klinik Kaseh ke Hospital Ampang sebagaimana yang dinyatakan oleh Defendan. [62] Saya juga telah merujuk dokumen perubatan Hospital Ampang iaitu mukasurat 128 Ikatan Dokumen B yang tertera rekod 2% 3cc 60mg yang merujuk kepada dos lignocaine yang diberikan kepada Plaintif. Menurut SP1 maklumat ini diperolehi daripada Defendan sendiri melalui perbualan telefon antara mereka. Plaintif telah didiagnos mengalami hypoxic enceplhalopathy with bilateral non-traumatic SDH, possible cause – Hx of CPR ost lignocaine toxicity during circumcision. [63] Keterangan SP1 ini telah dicabar oleh pihak Defendan. Menurut Defendan, beliau bercakap dengan seorang doktor perempuan dan telah memberikan maklumat lignocaine yang diberikan kepada Plaintif adalah 1% pada 2cc ditambah dengan normal saline 1% jadi jumlah cecair 3cc. [64] Pada hemat saya, versi Defendan bercanggah dengan dokumen kontemporari. Saya mendapati, berdasarkan rekod-rekod dari Hospital Ampang yang dikemukakan di Mahkamah ini, tiada nama doktor perempuan sedemikian seperti yang dibangkitkan oleh Defendan. Saya turut meneliti pembelaan Defendan dan mendapati fakta sedemikian tidak pun diplidkan. [65] Keterangan SP1 juga konsisten dengan keterangan SP2 bahawa semasa di Bahagian Kecemasan Hospital Ampang, SP2 bercakap S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw dengan seorang doktor lelaki. Pada hemat Mahkamah ini, pencabaran oleh Defendan adalah tidak bermerit. [66] Selanjutnya SP1 telah bersetuju dengan cadangan peguam cara Defendan bahawa working diagnosis yang dibuat ke atas Plaintif adalah overdose toxicity yang timbul berasaskan kepada jumlah dos lignocaine yang diterima oleh Plaintif semasa menjalani prosedur khatan. Selain itu, SP1 menegaskan diagnosis toxiticy lognocaine, turut dibuat berdasarkan penceritaan oleh ibu Plaintif mengenai gejala yang berlaku sejurus dalam masa yang terdekat setelah dos diberikan kepada Plaintif semasa prosedur khatan di Klinik Kaseh. Berdasarkan kepada dua hal ini, SP1 membuat diagnosis yang paling dekat dengan gejala yang dialami oleh Plaintif. [67] Pada hemat saya, keterangan SP1 bahawa informasi dalam clerking dimasukkan pada jam 4.15 petang iaitu setelah 12 minit melakukan CPR kepada Plaintif memberi indikasi yang penting bahawa maklumat dalam clerking sheet amat berkemungkinan sekali tepat dalam menggambarkan apa yang berlaku semasa Plaintif berada di Unit Kecemasan Hospital Ampang. [68] Selanjutnya dalam konteks keperluan pengamal perubatan menyimpan rekod perubatan yang tepat dan kontemporari, SD3 saksi pakar Defendan bersetuju terdapat keperluan yang penting bagi rekod perubatan pesakit disediakan. [69] Saya juga telah merujuk laporan pakar oleh SD3 dan mendapati sebahagian daripada keterangan saksi pakar Defendan adalah memihak kepada penegasan Plaintif. Ia ketara dalam konteks SD3 tidak dapat S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw memberi pandangan pakar berkaitan dengan prosedur khatan yang dilakukan oleh Defendan kepada Qaayed termasuk jenis bius, kadar kepekatan anesthesia, lokasi khatan dilaksanakan dan risiko serta komplikasi yang mungkin timbul. Hal ini kerana SD3 menyatakan – “I could not find any consent form or notes in the case notes on whether this was done, as such I am not able to comment”. [70] Menyorot kembali keterangan Defendan, penyata saksinya sebagai SD1 menyatakan- “J5: Bagi tujuan prosedur tersebut, saya telah menyediakan ubat bius/anastesia tempatan iaitu Lignocaine 1% sebanyak 2cc dan dicampur dengan ‘normal saline’ sebanyak 1cc yang menjadikan jumlah keseluruhan cecair sebanyak 3cc dalam picagari”. [71] Selanjutnya Defendan memberi keterangan berikut – “J8: Plaintif diletakkan di katil rawatan yang mana daripada keseluruhan cecair sebanyak 3cc dalam picagari yang mengandungi 2cc Lignocaine 1% dengan 1 cc ‘normal saline’ yang disediakan oleh saya, saya hanya memberi suntikan sebanyak 2 cc daripada picagari tersebut pada pangkal zakar Plaintif pada kedudukan pukul 2 (2 o’clock) dan pukul 10 (10 o’clock). Semasa suntikan cecair bius yang bercampur dengan normal saline tersebut diberikan, Plaintif telah menangis.” S: Selepas lignocaine diberikan kepada Plaintif, apa berlaku? J9: Sementara menunggu kesan bius mengambil efek, saya telah menerangkan kepada ibu Plaintif tentang perjalanan prosedur S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw sirkumsisi sehingga apa yang perlu dibuat selepas sirkumsisi tersebut dari aspek penjagaan di rumah. Selepas 10 minit, saya mula memotong kulit luar zakar Plaintif secara “dorsal slit” yang mana kulit di “prepuse” jam 12 dikepit dengan dua arteri forcep kiri dan kanan, dan “cautery” haba digunakan untuk memotong kulit antara dua arteri forcep. Pengepit kemudiannya dibuka dan diletakkan di bahagian kulit dari jam 12 ke 6 sekeliling “gland” zakar dan “cautery” haba digunakan untuk memotong kulit sekeliling “gland” zakar sehingga lengkap kulit bahagian bawah (posisi jam 6) zakar terputus. Setelah selesai memotong dan memastikan tiada pendarahan, saya menjahit kulit bawah dengan kulit sekeliling gland penis secara berterusan (continuous stitches). Sepanjang masa prosedur sirkumsisi tersebut dijalankan, saya dibantu oleh Afiqah. [72] Defendan juga melalui keterangan menyatakan telah menyediakan laporan perubatan berhubung dengan prosedur khatan tersebut yang dapat dilihat dalam mukasurat 422-424 IDB (Bahagian B). [73] Merujuk laporan perubatan Defendan tersebut, saya mendapati dokumen tersebut tidak ditarikhkan dan tidak dapat dipastikan bilakah Defendan menyediakan dokumen ini. Namun demikian, jika mukasurat 423 laporan Defendan tersebut dibaca, dapat dipastikan bahawa laporan ini disediakan selepas Plaintif dirujuk ke Hospital Ampang. Meneliti keterangan Defendan semasa pemeriksaan balas pula, dokumen tersebut disediakan sekitar bulan November ke Disember 2020 iaitu 2 tahun lebih selepas tarikh kejadian. [74] Saya juga mendapati melalui perenggan 2 laporan Defendan tersebut, Defendan menyatakan – S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw “Saya telah menyediakan ubat bius iaitu lignocaine 1% sebanyak 2cc ke dalam syringe dan..”; [75] Manakala melalui perenggan 3 laporan tersebut, Defendan melaporkan – “..Saya telah memberikan suntikan lignocaine 1% pada pangkal penis pesakit pada kedudukan pukul 2 (2 o’clock) dan pukul 10 (10 o’clock) berjumlah 2 cc. [76] Ironinya, jika keterangan Defendan diteliti timbul persoalan bagaimanakah Defendan boleh mengingati secara terperinci masa, keadaan Plaintif dan tindakan yang dilakukan olehnya dan pembantu klinik dalam keadaan tiada rekod perubatan yang disediakan oleh Defendan sebelum dan sejurus selepas prosedur khatan dilakukan terhadap Plaintif pada hari kejadian. [77] Saya turut mendapati bahawa adalah amat ketara Defendan tidak menyentuh langsung tentang normal saline dalam laporan tersebut yang menjadikan jumlah 3cc dalam picagari semasa memberikan dos lignocaine kepada Plaintif sebagaimana yang diplidkan dalam pembelaan dan keterangan utama Defendan. Keterangan pakar berkaitan dengan diagnosis toxiticy lignocaine [78] Dalam memutuskan isu kedua ini, saya turut memberi pertimbangan kepada keterangan pakar Plaintif iaitu Profesor Madya Dr. Choo Yao Mun, Senior Consultant Neonatologist and Paediatrician, University Malaya Medical Centre. Antara petikan laporan pakar Dr Choo Yao Mun menyatakan – S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw “Lignocaine has a rapid onset and it is effective for about 30-60 min in its plain form (or up to 90 min when used with a vasoconstrictor). Peak level bloods of lidocaine usually occur 10-25 min after injection. Large doses of local anesthetics, more than 3 mg. kg for lidocaine, can lead to acute cardiovascular and central nervous system (CNS) toxicity. The first symptoms and signs of local anesthetic toxicity are usually neurological with numbness of the mouth and tounge. Shortly afterwards, there is the onset of tinnitus, confusion, seizures and potentially coma. Cardiovascular toxicity usually manifests itself as tachycardia and hypertension but with increasing toxicity bradycardia and hypertension occur. Ventricular arrythmias and cardiac arrest are also known side effects. Despite the apparent safety of lidocaine, it is widely held view that extra care should be taken when administering local anesthesia to young children as it can be easy to overestimate the dose to weight ration. It is essential that the weight of the child is measured before starting any procedure that entails local anaesthesia.” [79] Defendan dalam kes ini menyatakan telah memberikan Plaintif 2ml lignocaine 1% (20mg atau 4mg per kg). Adalah didapati, berbeza dengan maklumat dalam dokumen kontemporari yang dikeluarkan oleh Hospital Ampang, SP1 merekodkan hasil perbualan telefon dengan Defendan, dos lignocaine yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif adalah lignocaine 2% 3ml (60mg atau 12mg per kg). [80] Justeru, menurut Dr Dr Choo Yao Mun lagi, “Therefore whether it was 2ml 1% (20mg atau 4mg per kg) or 3ml 2% (60mg or 12mg per kg), this overdose of lignocaine exceeded the safe dose of 3mg per kg. As the receiving Hospital Ampang called to clarify the dose with confirmed dosage by Dr Norzaidi, it was stated that 3ml S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw 2% was given as per conversation (Ikatan Bahagian B page 365). Hence, the episode of HIE was caused by lignocaine toxicity given by Dr Norzaidi as it correlates with the period onset of cyanosis after 25 minutes of lignocaine administration requiring resuscitation at Klinik Kaseh itself. There is no other explaination for this episode of cyanosis requiring CPR except for lignocaine toxicity as MQ was perfectly well prior to the procedure. [81] Mahkamah ini mendapati keterangan pakar yang diberikan oleh Dr Choo Yao Mun adalah reasonable, responsible and respectable and stands up to a logical analysis dan wajar diterima oleh Mahkamah ini. [82] Dalam keterangan Defendan semasa pemeriksaan utama, Defendan turut menyatakan bahawa selepas dimaklumkan keadaan Plaintif yang bertukar biru sekitar jam 3.52 petang, Defendan mendapati muka Plaintif telah dipakaikan dengan high flow mask dengan oksigen oleh pembantu klinik. Sementara menunggu kedatangan ambulans, ambu bag dipasang dengan gas sebanyak 10 liter per minit dan Defendan memberi bantuan pernafasan pada kadar 30 pam per minit. [83] Menurut Defendan lagi, setelah siap satu pusingan, Plaintif mengalami kekejangan dan mata naik ke atas dengan kadar denyutan nadi 140 per minit dan daya pernafasan yang lemah. Plaintif kemudiannya diberi bantuan pernafasan oleh pembantu klinik pada 2 saat satu pam sementara Defendan memasukkan suppository Valium (2.5kg) ke dalam dubur Plaintif. Setelah itu, ambu bag ditukar kepada high Flow Mask dengan oksogen 5 liter per minit. S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [84] Mengambilkira fakta di atas, Dr Choo Yao Mun memberi pendapat pakar seperti berikut - MQ received resuscitation at 1552H at Klinik Kaseh and at 1605H, he required CPR with ROSC after 12 minutes. The blood gas with severe metabolic and respiratory of pH 6.67 pCO2 131 HCO3 6.7 correlates with the severe degree of hypoxia. Infants with ongoing CPR at 10 minutes after birth are at high risk for mortality and neurodisability. Therefore, MQ’s subsequent development of global developmental delay and cerebral palsy were due to the result of the prolonged CPR and prolonged period of ROSC (12 minutes) and the cardiac arrest requiring CPR was due to the lignocaine overdose toxicity.” [85] Justeru, berhubung dengan isu kedua ini saya bersama dengan Plaintif dan membuat dapatan fakta bahawa tiada alasan lain yang munasabah yang telah menyebabkan Plaintif mengalami kecederaan kekal selain daripada kecuaian Defendan. Bahkan lebih dari itu, Dr Abdul Majid (SP1) dan Dr Gunalan (SD3) yang merupakan saksi pakar Defendan telah bersetuju bahawa jika Plaintif telah diberikan dengan dos lignocaine sebagaimana yang direkodkan dalam rekod perubatan Hospital Ampang, ia merupakan dos yang sangat tinggi untuk Plaintif. [86] Saya merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co. [1979] 2 MLJ 229 bahawa – “…For myself, I would with respect feel somewhat safe to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness of purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings.Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity..” [87] Berdasarkan penilaian kepada keseluruhan keterangan Defendan di atas, keterangan pakar dan mengambilkira dokumen kontemporari yang ada, pada hemat saya adalah amat berkemungkinan Defendan telah memberikan lignocaine melebihi dos yang selamat kepada Plaintif sebelum Plaintif dikhatankan. [88] Selanjutnya peguam cara Plaintif yang terpelajar telah membangkitkan isu sama ada Consultation Details Report muka surat 431 IDB (Bahagian B) sebagai sebahagian daripada dokumen perubatan kontemporari. [89] Pihak Plaintif telah mencabar laporan yang disediakan oleh Defendan kerana dokumen m/s 431 BB – Consultation Details Report adalah invois dan bukan dokumen perubatan kontemporari. Menurut Defendan, dokumen tersebut merekodkan aktiviti yang dilakukan di Klinik Kaseh. Ketika diperiksa balas, Defendan bersetuju dokumen tersebut tidak mengandungi maklumat terperinci tentang masa dan keadaan bayi termasuk maklumat tindakan yang dilakukan oleh Defendan dan pembantu klinik. S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [90] Justeru, saya menerima penghujahan pihak Plaintif dan mendapati Consultation Details Report bukanlah dokumen kontemporari untuk tujuan prosedur khatan bagi Plaintif. Defendan secara nyata telah melanggar Peraturan 44 Private Healthcare Facilities and Services (Private Hospitals And Other Private Healthcare Facilities) Regulations 2006 yang menjadikan keperluan mandatori bagi doktor merekodkan clinical events bagi setiap pesakit yang mengandungi maklumat sebagaimana dalam Jadual 6 Peraturan tersebut. Antara lain maklumat yang mesti direkodkan adalah nombor daftar pesakit, nama penuh, tarikh lahir, jenis kelamin, nama dan maklumat penjaga, keadaan klinikal semasa pesakit diterima, nota berkaitan keadaan pesakit semasa menerima rawatan selain prosedur kelulusan bagi tujuan pemberian ubat bius. [91] Saya turut merujuk keterangan SD3, berkaitan dengan keperluan menyimpan rekod perubatan pesakit. SD3 menegaskan menjadi kemestian menyimpan untuk pengamal perubatan menyimpan rekod perubatan. SD3 turut menambah pemantauan ketat diperlukan jika melibatkan pesakit berusia 2 ½ bulan yang tidak boleh berkomunikasi. [92] Selain itu, pakar-pakar perubatan yang membantu Mahkamah ini dalam kes ini telah sepakat memberi pandangan bahawa gejala klinikal yang dialami oleh Plaintif adalah konsisten dengan LAST (local anaesthesia systemic toxicity). [93] Saya juga telah menilai keterangan SD2, Nurruffidah binti Musa yang berkhidmat sebagai pembantu klinik dan merupakan isteri kepada Defendan. Keterangan saksi ini tidak dapat membantu pembelaan Defendan. SD2 bukanlah orang yang terlibat dalam penyediaan peralatan S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw untuk prosedur khatan dan maklumat terperinci kelikatan lignocaine yang digunakan oleh Defendan. Meskipun SD2 mengatakan melihat Defendan menyediakan lignocaine mengikut kepekatan sebagaimana dalam keterangan Defendan, namun dalam ketiadaan rekod perubatan sukar bagi Mahkamah ini mempercayai keterangan SD2. ISU KETIGA: SAMA ADA KEADAAN PLAINTIF SEMASA DILAHIRKAN SAMA ADA MENYUMBANG KEPADA KECEDERAAN PLAINTIF SEMASA DAN SELEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN KHATAN DI KLINIK KASEH. [94] Pada hemat saya, Mahkamah perlu meneliti isu causation dan melihat jika timbul dapatan fakta yang mungkin akan mempengaruhi dapatan Mahkamah ini berhubung dengan isu liabiliti. [95] Mahkamah ini merujuk kepada laporan perubatan Hospital Selayang dan laporan pakar Defendan oleh Dr Lydia Abdul Latif muka surat 5 (K.33). Dr Lydia ada menyentuh tentang sejarah Plaintif semasa kelahiran yang dikatakan sebagai mengalami Neonatal Encephalopathy and Congenital pneumonia dengan catatan – “born full term via vacuum assisted delivery for fetal bradycardia with tight cord around neck x2. Admission to NICU Hospital Selayang with history of Hypoxic Ischaemic Encephalopathy. Apgar Score 4/8/8.” [96] Dr Lydia turut mencatatkan Plaintif ketika lahir sebagai mengalami “Global developmental delay with risk of cerebral palsy.” [97] Mahkamah ini memahami dalam konteks Defendan, apa yang ingin cuba diketengahkan di Mahkamah ini adalah keadaan Plaintif sekarang S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw turut disumbangkan oleh keadaan Plaintif ketika dilahirkan. Jika sedemikian, ini adalah di dalam pengetahuan peribadi SP2, ibu Plaintif. [98] Namun demikian, saya dapati penegasan dan fakta ini tidak diplidkan dalam pembelaan Defendan. Menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding. Bahkan dalam kes Mohd Sabri bin Mohamad Zin v Dr M Nachiappan & Anor [2017] MLJU 2443 diputuskan bahawa – “[16] … The preexisting disposition may have been aggravated the Plaintiff’s injuries, but the 1st Defendant must take the Plaintiff as he finds him, i.e. the thin skull rule applies. And in this regard if the 1st Defendant thinks that there is some other cause for the Plaintiff’s injuries, then it is incumbent upon the 1st Defendant to plead his case on causation. He has not done so. See Patrick Curran on Personal Injury Pleadings, para F7-OG4”. [99] Maka, fakta berkaitan keadaan Plaintif semasa kelahiran tidak diberi pertimbangan oleh Mahkamah ini dalam menyokong pembelaan Defendan. [100] Kendati pun, Mahkamah ini ingin merujuk keterangan pakar oleh Dr Choo Yao Mun (SP4) yang tidak bersetuju Plaintif memenuhi kriteria HIE (Hypoxic Ischaemic Encephalopathy). Keadaan Plaintif selepas dilahirkan dan sebelum menjalani pembedahan sunat tidak sebagaimana ciri-ciri HIE yang diterangkan oleh Dr Choo Yao Mun semasa pemeriksaan semula iaitu “If you have HIE, you will have problems sucking, the baby will not be able to suck usually and the movement of the baby and the interaction with the parents will be very abnormal”. S/N i8lacq8GtUSw0lqkvNCXPw [101] Keterangan Dr Choo Yao Mun sebagai pakar yang membantu Mahkamah pada hemat Mahkamah adalah munasabah, bertanggungjawab dan gagal dicabar. Justeru, Mahkamah ini menerima keterangan pendapat pakar yang diberikan oleh Dr Choo Yao Mun. [102] Maka, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Plaintif tidak mempunyai kecacatan selepas lahir yang menyumbang kepada keadaan yang dialami oleh Plaintif semasa dan selepas prosedur khatan di Klinik Kaseh. H. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH TERHADAP ISU KUANTUM ISU KEEMPAT: SAMA ADA PLAINTIF BERHAK TERHADAP GANTI RUGI YANG DITUNTUT [103] Selaras dengan prinsip dan keadah penentuan kuantum dalam kes kecuaian perubatan, ganti rugi masa hadapan untuk keperluan Plaintif akan diputuskan sekali gus pada tahap ini. Dalam hal ini, prinsip dalam Bolitho v City Hackney Health Authority [1997] 4 All ER 771 menjadi panduan Mahkamah ini. [104] Dalam menentukan isu sama ada Plaintif berhak terhadap ganti rugi yang dituntut, ganti rugi semestinya akan ditaksirkan dan diperintahkan terhadap kehilangan dan keperluan Plaintif tertakluk kepada dua prinsip iaitu: