Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: C05(SH)-167-06/2020, C-05(M)-168-06/2020 & C-05(SH)-169-06/2020
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2022/c44243ca-1dca-497e-9e15-2c381f04e357
Court of Appeal of Malaysia5 Apr 2022C-05(SH)-169-06/2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“yu-perayu kepada SP8 dan SP18 bukan suatu “confession” tetapi merupakan satu “admission”. [41] Dalam konteks ini, kami ingin merujuk kepada penghakiman Privy council dalam kes Anandagoda v The Queen [1962] MLJ 285 yang mentaksirkan peruntukan mengenai confession. Dalam penghakiman tersebut, Lord Guest telah menyatakan”
“cie) merupakan keterangan-keterangan substantif dan boleh diterima sebagai keterangan. Rujuk kes Public Prosecutor v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (NO 3) [1999) 2 MLJ 1.188 (HC); Anandagoda v The King [1962] MLJ 289 dan juga kes Ho Sek Kong v PP [2011] 6 CLJ 522. Tambahan lagi berdasarkan s.25 Akta Keterangan 1950, peng”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: C05(SH)-167-06/2020, C-05(M)-168-06/2020 & C-05(SH)-169-06/2020
1
SHAHRUL HAFIZAM BIN SAMSUL KAMAL - PERAYU- (No: K/P: 020420-06-0885)
2
ZAMIRUL ALIFF BIN MOHD ZAKI (NO: K/P: 981103-13-5567) DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Perbicaraan Jenayah No: CB-45B-4-06/2018 & CB-45-8-08/2018 di Mahkamah Tinggi Temerloh Antara PENDAKWA RAYA Lawan
1
SHAHRUL HAFIZAM BIN SAMSUL KAMAL (No: K/P: 020420-06-0885)
2
ZAMIRUL ALIFF BIN MOHD ZAKI (NO: K/P: 981103-13-5567)] 08/09/2022 10:49:50 C-05(SH)-169-06/2020 Kand. 43 KORUM: KAMALUDIN BIN MD. SAID, HMR AHMAD NASFY BIN YASIN, HMR AZMAN BIN ABDULLAH, HMT PENGHAKIMAN MAHKAMAH INI PENDAHULUAN [1] Shahrul Hafizam bin Samsul, dikenali sebagai “J” (“Perayu Pertama”) seorang kanak-kanak dan Zamirul Aliff bin Mohd Zaki (“Perayu Kedua”) masing-masing telah dituduh dengan niat bersama dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan (KK) melakukan kesalahan membunuh di bawah s.302 KK dan Perayu Kedua juga dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan merogol di bawah s.376 KK. [2] Pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu-perayu adalah sepertimana berikut: - Pertuduhan di bawah s.302 KK Bahawa kamu bersama-sama pada 25hb. Oktober 2017 antara jam lebih kurang 1.10 pagi hingga 3.30 pagi, bertempat di kawasan ladang kelapa sawit di tepi Sungai Triang Estate, Triang di dalam Daerah Bera, Pahang, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nur Amira binti Abdullah, No. K/P: 030927-06-0250, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s.302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s.34 Kanun yang sama. [3] Pertuduhan di atas kesalahan merogol terhadap Perayu Kedua adalah seperti berikut: - Pertuduhan di bawah s.376 KK Bahawa kamu pada 25 Oktober 2017 antara 02.00 pagi sehingga 04.00 pagi bertempat di kawasan ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Triang di dalam Daerah, Bera, di dalam Negeri Pahang Darul Maklum, telah didapati merogol Nur Amira binti Abdullah KPT: 030927-06-0250, umur 14 tahun. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. [4] Selesai perbicaraan, Hakim Bicara mendapati dan memutuskan bahawa kedua-dua Perayu dan Perayu Kedua gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas pertuduhan-pertuduhan. Pihak Pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap Perayu-perayu dan Perayu Kedua melampaui keraguan yang munasabah Perayu-perayu. Oleh itu, kedua-dua Perayu telah disabitkan di bawah s.302 KK dan dikenakan hukuman mati manakala Perayu Kedua turut disabitkan di bawah s.376 KK dan dihukum 15 tahun penjara dari tarikh tangkap 18.12.2017 dan 10 sebatan. Di hadapan kami kini adalah rayuan terhadap keputusan bicara yang tersebut. KES PENDAKWAAN [5] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan keterangan dokumentar yang dikemukakan di mahkamah, kes pendakwaan yang dibentangkan di dalam alasan penghakiman Hakim Bicara adalah seperti berikut:
a
(a) Pada pertengahan bulan November 2017 antara jam 2.30 petang hingga 5.00 petang selepas tamat sesi pembelajaran di Kolej Yayasan Pahang, SP8 bertanya kepada Perayu Kedua kenapa lama tidak menghadiri kelas. Pasa masa itu SP18 juga ada bersama. Perayu Kedua mengatakan dia telah ditangkap polis dan dirakam percakapan. SP8 seterusnya, bertanya kepada Perayu Kedua kenapa ditangkap dan dirakam percakapan. Perayu Kedua berpesan kepada SP8 dan SP18 supaya tidak memberitahu ceritanya kepada orang lain;
b
(b) SP8 mengatakan Perayu Kedua memberitahunya, dia dan Perayu Pertama telah membunuh Simati. Perayu Pertama telah membunuh Simati dan dia ada bersama masa itu. SP8 telah bertanya kepada Perayu Kedua kenapa dia membunuh Simati. Perayu Kedua mengatakan Simati selalu menipu Perayu Pertama; Perayu Pertama telah mengajak Simati keluar pada malam kejadian. Kedua-dua mereka pergi ke rumah Simati dan membawa Simati dengan menaiki motosikal yang sama menuju ke ladang kelapa sawit berdekatan dengan landasan keretapi Sungai Triang. Perayu Kedua mengatakan dia dan Perayu Pertama telah merogol Simati;
c
(c) Perayu Kedua mengatakan Perayu Pertama telah menikam Simati dengan pisau miliknya. Setelah dibunuh, dia dan Perayu Pertama telah membuang mayat Simati ke dalam Sungai Triang. Perayu Kedua telah mencampak pisau di suatu tempat. SP8 mengatakan Perayu Kedua menceritakan kejadian tersebut dalam keadaan biasa;
d
(d) SP8 mengatakan beliau ada terjumpa dengan Perayu Pertama di rumahnya selepas diajak oleh Perayu Kedua. Perayu Pertama mengaku dia telah membunuh Simati kerana Simati selalu menipunya dan mempunyai lelaki lain. Perayu Pertama ada menunjukkan telefon bimbit, P12A(1) milik Simati kepada SP8. Telefon bimbit itu kemudiannya diambil oleh Perayu Kedua untuk disimpan;
e
(e) SP8 mengatakan Perayu Kedua ada meminta tolong pergi bersama dengannya dan Perayu Pertama ke suatu kawasan semak dekat landasan keretapi Sungai Triang mencari pisau yang dibuang oleh Perayu Kedua pada hari kejadian tetapi tidak dijumpai;
f
(f) SP18 mengesahkan dirinya ada bersama SP8 semasa Perayu Kedua menceritakan kejadian bunuh dan rogol tersebut. Perayu Kedua mengatakan pada satu malam dia dan Perayu Pertama membawa Simati pergi ke ladang kelapa sawit di Sungai Triang. Mereka merogolnya dan air mani pancut ke dalam. Selepas itu, Perayu Pertama menikam Simati bertubi-tubi dan mereka mencampakkannya ke dalam Sungai Triang;
g
(g) SP9 mengesahkan ada membawa Perayu Pertama, Perayu Kedua dan SP8 ke dalam semak landasan keretapi Sungai Triang dengan keretanya tetapi Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah membohonginya dengan mengatakan tujuan mereka ke situ untuk mencari kad pengenalan Perayu Pertama yang kononnya tercicir dalam semak tersebut;
h
(h) SP4 iaitu kakak Simati, mengatakan pada sebelah petang dan malam 24.10.2017 ketika berada di rumah, Simati ada mengajak beliau menemani dirinya keluar dengan Perayu Pertama dan Perayu Kedua pada malam itu tetapi SP4 menolaknya. Pada malam itu, SP4 tidur jam lebih kurang 10.45 malam. Beliau terjaga apabila Simati yang tidur sebilik dengannya bangun membuka pintu untuk atoknya yang baru pulang dari karaoke pada jam lebih kurang 12.00 malam. Selepas itu, Simati masuk semula ke dalam bilik dan SP4 sambung tidur. Pada 25.10.2017 lebih kurang 1.15 pagi, SP4 terjaga untuk membuang air kecil dan mendapati Simati telah tiada lagi di dalam bilik;
i
(i) SP5 ialah sepupu Simati, mengatakan pada 25.10.2017 jam lebih kurang 1.10 pagi dalam perjalanan balik ke rumahnya dari cyber cafe di Triang melalui jalan dalam Bukit Emas-Triang Estate, sewaktu menuruni bukit motosikal yang dinaikinya berselisih dengan sebuah motosikal yang dinaiki oleh Simati. Beliau dapat mengecam muka Simati melalui cahaya telefon Simati dan selendang yang selalu dipakai oleh Simati;
j
(j) SP20 iaitu bapa Perayu Pertama mengesahkan pada jam lebih kurang 12.45 malam 25.10.2017. Perayu Pertama ada memberitahunya hendak pergi ke rumah Perayu Kedua. Perayu Pertama pulang ke rumah pada jam 4.00 pagi hari yang sama. SP21 iaitu bapa Perayu Kedua mengatakan pada jam 2.00 pagi 25.10.2017 beliau ada menelefon Perayu Kedua supaya balik ke rumah kerana keesokan hari Perayu Kedua perlu pergi ke kolej untuk belajar. Perayu Kedua hanya balik ke rumah pada jam 3.00 pagi pada 25.10.2017;
k
(k) SP2 iaitu nenek Simati mengecam P12A(1) milik Simati. SP6 mengatakan beliau ada membeli P12A(1) daripada Perayu Kedua melalui SP7 dengan harga RM150.00 pada akhir November 2017;
l
(l) SP1 mengatakan pada 26.10.2017 jam lebih kurang 3.00 petang ketika tiba di atas jambatan Sungai Triang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Triang Maju beliau melihat satu mayat terapung dalam sungai dan terus menghubungi pihak polis dan telah membuat laporan polis Triang Report: 3541/17 (P4). Mayat mangsa kemudiannya telah dikeluarkan dari sungai oleh anggota polis di atas arahan SP15;
m
(m) Mayat mangsa telah dibedah siasat oleh Dr. Sri Marni binti Zainal Abidin, Pakar Forensik Pathologi (SP17) dan mengesahkan bahawa punca kematian Simati adalah disebabkan oleh luka tikaman berganda pada badan. SP17 telah menyediakan laporan bedah siasat Ekshibit P84; dan
n
(n) Ahli Kimia Encik Abdul Hail bin Ahmad Tarmizi (SP16) mengesahkan bahawa air mani Perayu Kedua terdapat dalam vagina Simati dan spesimen darahnya dijumpai pada seluar dalam Simati, P9A(1). SP16 telah menyediakan laporan kimia ekshibit P82. DAPATAN HAKIM BICARA DI AKHIR KES PENDAKWAAN Elemen I [6] Hakim Bicara telah membuat dapatan fakta bahawa Simati telah mati. Pengecaman mayat Simati telah dibuktikan melalui keterangan SP2, Rafiah binti Nain nenek simati, SP4, Nurol Shafiwah binti Ramlan, kakak Simati, dan SP5 Siti Nordiana binti Abdullah, emak saudara Simati. Mereka telah mengecam Simati melalui gambar P7(2) dan P7(3). Manakala SP17 mengesahkan telah menjalankan bedah siasat mayat Simati di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh pada 27.10.2017. Elemen II [7] SP17 telah mengesahkan bahawa Simati mengalami 43 luka tikaman pada badan dan terdapat luka hiris dan satu luka lebam. Daripada 43 luka tikaman tersebut, 7 luka tikaman pada dada dan abdomen menyebabkan kematian. Kesan tikaman di bahagian tersebut telah mencederakan organ paru-paru menyebabkan berlaku pendarahan dalaman yang banyak lalu menyekat bekalan oksigen ke organ-organ dalam penting seperti jantung, otak dan buah pinggang. Selain itu, pernafasan menjadi terbantut akibat pengumpulan darah dalam ruang dada (haemothorax) menyebabkan bekalan oksigen berkurangan, dan kebocoran udara akibat luka-luka pada paru-paru menyebabkan pengumpulan udara dalam ruang dada (pneumothorax) telah mengganggu pernafasan yang juga menjejaskan bekalan oksigen. SP17 telah merumuskan bahawa punca kematian adalah disebabkan luka tikaman berganda pada badan di bahagian dada dan abdomen. Ciri-ciri luka tersebut boleh disebabkan oleh senjata tajam seperti pisau dan bukan berpunca dari penyakit atau lain-lain. Elemen III [8] Seterusnya, Hakim Bicara membuat dapatan bahawa kematian Simati disebabkan oleh Tertuduh-tertuduh dengan niat bersama mendatangkan bencana tubuh ke atas Simati dan bencana tubuh itu cukup pada lazimnya menyebabkan kematian sepertimana diperuntukan di bawah seksyen 300(c) KK. [9] Hakim Bicara telah berpuas hati bahawa kedua-dua Perayu dengan niat bersama telah mendatangkan bencana tubuh sehingga menyebabkan kematian ke atas Simati. Keterangan-keterangan menunjukkan kedua-dua Perayu telah bertindak bersama bagi mencapai niat bersama mereka telah diperincikan oleh Hakim Bicara dalam alasan penghakiman. [10] Keterangan-keterangan tersebut bolehlah diringkaskan seperti berikut:
i
(i) Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah membuat perancangan awal untuk bertemu dan membawa keluar Simati pada malam/ pagi kejadian;
Subparagraph
(ii) Simati telah mengikut mereka dan dibawa ke ladang kelapa sawit dekat Sungai Triang dengan menaiki satu motosikal;
Subparagraph
(iii) Sebilah pisau telah dibawa bersama;
Subparagraph
(iv) Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah merogol Simati kemudian menikamnya;
v
(v) Mereka kemudiannya telah mencampakkan mayat Simati ke dalam Sungai Triang;
Subparagraph
(vi) Perayu Kedua telah membuang pisau yang digunakan untuk membunuh Simati;
Subparagraph
(vii) Perayu Pertama telah mengambil P12A(1) dan selepas itu diberikan kepada Perayu Kedua kemudiannya yang telah menjualnya kepada SP6; dan
Subparagraph
(viii) Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah mencari semula pisau yang dibuang. [11] Di akhir kes pendakwaan, berdasarkan penilaian maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan Hakim Bicara telah merumuskan bahawa penglibatan Perayu Kedua langsung tidak dipertikaikan dalam kes ini walaupun dia telah menafikan menikam Simati dan mengatakan Perayu Pertama yang menikam Simati. Penemuan fakta membuktikan Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah bertindak bersama demi mencapai niat bersama untuk membunuh Simati. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi pertuduhan membunuh di bawah seksyen 302 KK. [12] Bagi pertuduhan di bawah seksyen 376(2) KK, Hakim Bicara berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Perayu Kedua sepertimana dinyatakan dalam alasan penghakiman. [13]
Preamble
Menurut keterangan SP8 dan SP18, mereka telah mengesahkan bahawa Perayu Kedua telah membuat pengakuan di hadapan mereka bahawa dia telah merogol Simati. Keterangan mereka turut disokong oleh keterangan SP16 dan laporan DNA ekshibit P82 yang mengesahkan terdapat kesan air mani Perayu Kedua dalam vagina Simati. Kehadiran air mani tersebut membuktikan telah berlaku kemasukan zakar Perayu Kedua dalam vagina Simati selain pengakuan Perayu Kedua kepada SP8 dan SP15. [14] Oleh itu, Perayu Kedua dan Perayu Pertama dipanggil membela diri di atas pertuduhan di bawah seksyen 302 KK dibaca bersama seksyen 34 KK. Perayu Kedua juga dipanggil membela diri di atas pertuduhan di bawah seksyen 376 KK. PEMBELAAN PERAYU [15] Kes pembelaan Perayu-perayu adalah berdasarkan keterangan bersumpah mereka masing-masing dan juga seorang saksi lain. PEMBELAAN PERAYU PERTAMA (“J”) [16] Pada 24.10.2017 jam lebih kurang 8.30 malam ketika berada di kedai Kopitiam Nanyang Triang, Perayu Kedua memberitahunya dia berjaya ajak Simati keluar. Perayu Kedua mengajak Perayu Pertama pergi bersama ambil Simati di rumah nenek Simati. [17] Pada jam lebih kurang 1.00 pagi 25.10.2017 mereka telah membawa Simati keluar dengan menaiki satu motosikal yang ditunggang oleh Perayu Pertama ke kawasan ladang kelapa sawit Triang Estet. Simati yang mencadangkan tempat tersebut. Sampai di ladang, Perayu Pertama memberhentikan motosikalnya di B dalam Rajah Kasar, P90A. Selepas bersembang, Perayu Kedua meminta Perayu Pertama beredar dari B dengan motosikalnya dan tunggu di simpang jalan masuk ke kawasan itu di D dalam P90A. [18] Selang 15-20 minit, Perayu Kedua berlari datang ke tempat Perayu Pertama. Perayu Pertama bertanya di mana Simati, lalu Perayu Kedua memberitahunya Simati akan diambil oleh teman lelakinya, Kicap di B. Selepas itu, Perayu Pertama dan Perayu Kedua beredar dan balik ke rumah masing-masing dengan menaiki motosikal yang sama. [19] Pada 26.10.2017 jam lebih kurang 8.00 malam, Perayu Kedua datang ke rumah Perayu Pertama untuk meminjamkan handphone kawannya, P12A(1) kepada Perayu Pertama. Pada 27.10.2017, Perayu Pertama ditangkap polis untuk siasatan kes ini tetapi dilepaskan keesokan harinya. [20] Pada 02.12.2017 jam 8.00 malam Perayu Kedua bawa SP8 ke rumahnya. Perayu Kedua beritahu Perayu Pertama, SP8 adalah tuan punya P12A(1) yang dipinjamnya dan perlu dipulangkan. Perayu Pertama serahkannya kepada SP8. Selepas Perayu Kedua mengajak Perayu Pertama pergi ke suatu semak berdekatan semak landasan keretapi Sungai Triang untuk mencari kad pengenalan Perayu Kedua yang tercicir dan meminta tolong SP9 menghantar mereka dengan keretanya. [21] Perayu Pertama telah menafikan pada 02.12.2017 dia ada mengaku di hadapan SP8 atau Perayu Kedua telah menikam dan membunuh Simati. Pada hari itu dia hanya pulangkan P12A(1) kepada SP8. Dia tidak rapat dan tidak pernah menghubungi Simati sebelum ini. Dia hanya membawa Perayu Kedua dan Simati ke tempat kejadian. PEMBELAAN PERAYU KEDUA [22] Perayu Kedua mengatakan pada 24.10.2017 jam lebih kurang 8.00 malam, dia bersama Perayu Pertama di kedai kopi. Dia hantar Wechat untuk berjumpa Simati dan Simati bersetuju. Perayu Kedua dan Perayu Pertama telah pergi mengambil Simati di rumah neneknya pada jam lebih kurang 12.30 pagi pada 25.10.2017 dan mereka kemudiannya telah masuk ke kawasan ladang kelapa sawit. [23] Setelah sampai di ladang kelapa sawit tersebut, Perayu Pertama pergi ke tepi sungai untuk menghisap rokok dan meninggalkan Perayu Kedua bersama Simati. Perayu Kedua mengajak Simati melakukan hubungan seks. Setelah selesai melakukan hubungan seks, Perayu Pertama datang dan mengajak Simati pergi ke tepi sungai. Simati berjalan mengikuti Perayu Pertama ke tepi sungai sehingga hilang dari pandangan Perayu Kedua. [24] Perayu Kedua mengatakan dia menyangka Perayu Pertama ingin melakukan hubungan seks dengan Simati di tepi sungai. Sambil menunggu Perayu Pertama dan Simati, Perayu Kedua menghubungi teman wanitanya, SD3 jam 1.30 hingga 2.00 pagi dengan telefon bimbit. Setengah jam kemudian Perayu Pertama datang ke arah Perayu Kedua. Dia terus menghidupkan enjin motosikalnya dan mengajak Perayu Kedua beredar dari situ. Dalam perjalanan Perayu Kedua bertanya Perayu Pertama di mana Simati, Perayu Pertama menjawab dia telah membunuh Simati. [25] Pada 26.10.2017 melalui status Wechat Perayu Kedua baru tahu bahawa Simati telah dibunuh dan mayatnya ditemui di tepi Sungai Triang. Pada 27.10.2017, Perayu Kedua ditangkap polis untuk siasatan kes bunuh tetapi dilepaskan esoknya. [26] Pada sekitar November 2017, Perayu Kedua memberitahu SP8 dan SP18 bahawa dia telah terlibat di dalam kes bunuh dan Perayu Pertama yang telah membunuh Simati. [27] Pada bulan Disember, Perayu Kedua telah membawa SP8 berjumpa Perayu Pertama di rumahnya dan Perayu Pertama mengaku dia yang membunuh Simati. Selepas itu, Perayu Pertama membawa SP8, SP9 dan Perayu Kedua ke stesen Keretapi Triang Bera dengan menaiki kereta untuk membeli tiket. Sampai di sana Perayu Pertama memberitahu kad pengenalannya tercicir di kawasan semak berdekatan landasan tersebut. Mereka cuba mencarinya tetapi tidak menjumpainya. Dalam perjalanan balik Perayu Pertama ada serahkan P12A(1) yang dikatakan miliknya kepada Perayu Kedua untuk dijual dan Perayu Kedua telah menjualnya kepada SP6 melalui SP7. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [28] Di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan di bawah seksyen 302 KK dibaca bersama seksyen 34 KK. Hakim Bicara juga membuat dapatan fakta bahawa keterangan pembelaan Perayu Pertama, Perayu Kedua dan keterangan SD3 hanyalah suatu penafian kosong dan suatu pemikiran terkemudian, justeru keterangan pembelaan mereka tersebut ditolak. [29] Hakim Bicara telah mengambil kira keseluruhan keterangan saksi-saksi di akhir perbicaraan selaras dengan kehendak seksyen 182A(1) Kanun Prosedur Jenayah (“KPJ”). Hakim Bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu, Perayu Pertama dan Perayu Kedua didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 302 KK dibaca bersama seksyen 34 Akta yang sama manakala Perayu Kedua juga didapati bersalah dan disabitkan di bawah Seksyen 376 KK. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DALAM RAYUAN TERHADAP SABITAN DAN HUKUMAN [30] Dalam penghujahan lisan, peguam Perayu-perayu telah membangkitkan isu-isu utama seperti berikut: Perayu Pertama
a
(a) Hakim Bicara telah terkhilaf mengambil keterangan yang “hearsay” dan “inadmissible” semasa kes pendakwaan;
b
(b) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memasukkan pengakuan Perayu melalui SP8, SP18 dan SP19 sebagai suatu “confession” di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan;
c
(c) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal memberi sebarang pertimbangan kepada pembelaan Perayu dan menolak sepenuhnya pembelaan Perayu; dan
d
(d) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa penjelasan Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah. Perayu Kedua
a
(a) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal memberikan sebarang “favourable inference” dan/ atau “benefit of doubt” kepada Perayu berdasarkan fakta kes dan/ atau keterangan saksi-saksi;
b
(b) Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen “common intention” terhadap perbuatan membunuh oleh Perayu-perayu;
c
(c) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira fakta bahawa elemen “penetration” gagal dibuktikan samada melalui “direct” atau “circumstantial evidence”;
d
(d) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memutuskan pembelaan Perayu sebagai suatu fikiran terkemudian (“afterthought”); dan
e
(e) Hakim Bicara telah terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman di bawah seksyen 376 KK tanpa mengikut trend semasa dan mengambil pertimbangan faktor mitigasi. ANALISIS DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI [31] Sepertimana yang dinyatakan terdahulu Perayu-perayu dituduh dengan satu kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 KK dibaca bersama seksyen 34 KK dan satu pertuduhan terhadap Perayu Kedua di bawah seksyen 376 KK. [32] Kami mendapati elemen pertama iaitu Simati telah mati, dan elemen kedua, kematian Simati adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya tidak dicabar oleh peguambela bijaksana Perayu-perayu. Oleh itu, kami berpendapat elemen-elemen ini tidak perlu dibincangkan secara terperinci. [33] Di hadapan kami, peguambela bijaksana Perayu-perayu, hanya membangkitkan beberapa isu. Secara ringkas tiga (3) isu-isu utama yang dihujahkan adalah seperti berikut: -
i
(i) Samada pengakuan salah yang dibuat oleh Perayu-perayu kepada SP8 dan SP18 boleh diterima masuk di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950;
Subparagraph
(ii) Samada elemen niat bersama terhadap perbuatan membunuh telah dibuktikan; dan
Subparagraph
(iii) Samada Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa pembelaan Perayu-perayu adalah suatu fikiran terkemudian (“afterthought”). Samada pengakuan bersalah kedua-dua Perayu kepada SP8 dan SP18 bahawa mereka telah membunuh dan merogol Simati boleh diterima masuk di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950 [34] Dihujahkan oleh peguambela bijaksana Perayu Pertama bahawa mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima kemasukan pengakuan salah melalui SP8 kerana ada kemungkinan terdapatnya tokok tambah keterangan yang mengaitkan Perayu Pertama kepada pembunuhan tersebut. Pengakuan salah Perayu Kedua kepada SP8 tidak menyokong keterangan ikut keadaan yang menjurus kearah penglibatan Perayu Pertama dalam perbuatan membunuh Simati dan pengakuan tersebut dibuat oleh Perayu Kedua kepada SP8 lebih kurang sebulan selepas kejadian. [35] Dihujahkan oleh peguambela bijaksana Perayu Pertama bahawa fakta kes dalam rayuan ini harus dibezakan dengan kes Iskandar Danial Md Yunos & Satu lagi v PP [2019] 1 LNS 89 dan PP v KK [2007] 6 CLJ 367. Di dalam kes Iskandar Danial, Hakim Bicara menerima masuk pengakuan Perayu Pertama kepada SP3 dan SP12 pada hari yang sama dengan hari kejadian, SP3 bukan seorang sahaja yang mendengar pengakuan tetapi dengan dibantu oleh SP14 telah pergi ke tempat kejadian pada esok harinya untuk membantu melupuskan mayat dan SP12 bapa SP3 juga turut mendengar pengakuan tersebut, seterusnya bertanya Perayu Pertama tentang apa yang berlaku dan Perayu Pertama menceritakan perihal kejadian terserbut. Dalam rayuan ini, keterangan SP8 mengenai pengakuan Perayu Pertama telah dicabar dan dinafikan oleh Perayu Pertama dalam pembelaannya. [36] Peguambela bijaksana Perayu Kedua pula berhujah bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila membuat andaian “admission” oleh Perayu Kedua sebagai “confession”. Dapatan ini sangat tidak selamat dan memprejudiskan Perayu Kedua apabila Hakim Bicara memutuskan bahawa pengakuan tersebut telah menyokong suatu kes prima facie terhadap Perayu-perayu. [37] Timbalan Pendakwa Raya bijaksana menghujahkan bahawa pengakuan kedua-dua Perayu kepada SP8 dan SP18 sepertimana dinyatakan terdahulu adalah boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950 yang berbunyi: “(1) Pengakuan ialah suatu pernyataan, lisan atau dokumentari yang menyarankan apa-apa inferens mengenai suatu fakta persoalan atau mengenai sesuatu fakta berkaitan dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan dalam hal keadaan yang disebut kemudian daripada ini.
Subsection
(2) Pengakuan salah ialah suatu pengakuan yang dibuat pada bila-bila masa oleh seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang menyatakan atau menyarankan inferens bahawa dia telah melakukan kesalahan itu.
Subsection
(3) Subseksyen (2) tidak terpakai di Sarawak.” [38] Seterusnya, dihujahkan bahawa pengakuan kedua Perayu kepada SP8 dan SP18 boleh diterima masuk sebagai keterangan. Fakta dalam kes rayuan ini hampir sama dengan kes Iskandar Danial bin Md Yunos dan Satu lagi lwn Pendakwa Raya [2019] 1 LNS 89 yang dirujuk oleh peguambela Perayu-perayu. Mahkamah Rayuan dalam kes Iskandar Danial telah membincangkan mengenai isu kebolehterimaan pengakuan tertuduh di bawah s.17(2) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: - “(18) Kami tidak diyakinkan dengan penghujahan tersebut. Dicatatkan cabaran peguam tersebut merangkumi dua perkara pokok iaitu samada keterangan SP3 dan SP12 itu terjumlah kepada keterangan dengar cakap; dan keduanya samada pengakuan salah bagi maksud s.17(2) Akta Keterangan 1950 itu hendaklah dikemukakan secara verbatim bagi penerimaannya sebagai keterangan. Bagi perkara pertama, peguam telah merujuk kepada prinsip am mengenai penerimaan keterangan dengar cakap sepertimana yang diisytiharkan dalam kes Subramaniam v PP [1956] 1 WLR 965 yang telah diikuti dan disegarkan dalam kes PP v Jitneer Singh a/l Ojagar Singh, supra, dan mengatakan bahawa dalam kes ini keterangan SP3 dan SP12 telah dikemukakan bukan untuk membuktikan kewujudan perbualan tetapi sebagai keterangan untuk membuktikan kesahihan fakta. Kami berpandangan penghujahan ini jauh meleset. Terlebih dahulu harus dicatatkan pertimbangan perkara pertama ini tidak melibatkan apa-apa pengecualian kepada penerimaan keterangan dengar cakap. Di sini tidak dapat dipertikaikan keterangan yang dicabar itu bukan merupakan sesuatu yang dikatakan kepada saksi (SP3 dan SP12 di sini) oleh seseorang yang tidak dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan kesemua kes yang dirujuk oleh peguam melibatkan pernyataan yang dibuat kepada saksi oleh orang yang tidak dipanggil sebagai saksi. Itu jelas dan tidak terpakai di sini kerana apa yang diperkatakan oleh SP3 dan SP12 itu ialah sesuatu yang didengar terus daripada Perayu Pertama, tertuduh dalam dalam kes ini. Keterangan meraka merupakan keterangan sedemikian merupakan keterangan langsung di bawah s.60 Akta Keterangan 1950. Selain itu, keterangan sedemikian merupakan keterangan yang relevan dan boleh juga diterima masuk di bawah s.8 dan s.9 Akta Keterangan 1950. Pada hemat kami, dalam kes-kes sebegini yang biasanya melibatkan keterangan ikut keadaan boleh dipermudahkan jika adanya keterangan langsung daripada tertuduh mengenai apa yang dilakukan secara terus atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika terdapatkan pengakuan daripada tertuduh itu sendiri. Tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam perundangan, keterangan yang bernilai ini tidak seharusnya dibuang begitu saja tanpa alasan yang kukuh yang pada kami yang gagal ditunjukkan oleh kedua-dua peguam. Dari sudut ini, penghujahan peguam ternyata suatu falasi dan harus ditolak in limine.
Subsection
(19) Tentang perkara kedua iaitu bentuk pengalaman bersalah, kami juga mendapati tidak ada kekuatan dalam penghujahan peguam. Daripada apa yang dapat kami fahami, peguam tidak mempertikaikan bahawa pernyataan yang dikatakan dimaklumkan oleh Perayu Pertama kepada SP3 dan SP12 terjumlah kepada satu pengakuan bersalah. Pada kami pernyataan tersebut terjumlah kepada pengakuan salah sepertimana yang ditakrifkan di bawah s.17(2) Akta Keterangan 1950 iaitu: 17(2) A confession is an admission made at anytime by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence.” Dicatatkan takrifan ini merupakan kodifikasi makna pengakuan salah sepertimana yang telah diputuskan dalam kebanyakan kes. Tidak dapat dipertikaikan, sebenarnya telah mantap (trite) bahawa pengakuan (admission-genus) dan pengakuan salah (confession-specie) merupakan keterangan-keterangan substantif dan boleh diterima sebagai keterangan. Rujuk kes Public Prosecutor v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (NO 3) [1999) 2 MLJ 1.188 (HC); Anandagoda v The King [1962] MLJ 289 dan juga kes Ho Sek Kong v PP [2011] 6 CLJ 522. Tambahan lagi berdasarkan s.25 Akta Keterangan 1950, pengakuan salah di luar mahkamah (extra-judicial confession) yang dibuat kepada mana-mana orang selain daripada pihak polis atau pihak dinyatakan dalam Akta Keterangan 1950, merupakan fakta relevan dan boleh diterima kecuali jika pengakuan salah itu tidak dibuat secara sukarela…” [39] Kami bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa pengakuan salah oleh Perayu-perayu kepada SP8 dan SP18 telah dibuat dengan mematuhi seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950. Kami berpendapat dalam kes ini, pengakuan salah Perayu Kedua kepada SP8 dan SP18 telah dibuat secara sukarela kepada rakan sekolejnya dan pengakuan Perayu Pertama di hadapan SP8 juga telah dibuat secara sukarela tanpa sebarang unsur ugutan, paksaan atau janji daripada mana-mana pihak sebelum pengakuan tersebut dibuat. Kami juga berpendapat bahawa tiada keperluan undang-undang pengakuan tersebut perlu dicatit oleh SP8 dan SP18. Hakim Bicara juga telah memutuskan bahawa SP8 dan SP18 adalah saksi yang kredibel dan terlibat sama membantu kedua-dua Perayu mencari pisau yang dibuang oleh Perayu Kedua pada hari kejadian. Turut bersama adalah SP9 yang membawa kedua-dua Perayu bersama SP8 dengan keretanya ke kawasan semak tersebut. Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya di perenggan 23 Rekod Rayuan Jilid 1 menyatakan: “(23) Elemen (iii) dibuktikan melalui keterangan SP8, SP18, SP4, SP5, SP16, SP20 dan SP21. Pengakuan OKT2 dan J kepada SP8 dan SP18 bahawa mereka telah membunuh dan merogol Simati boleh diterima masuk di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950 (AK) dan isu ini telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Iskandar Danial bin Md Yunos dan satu lagi lawan Pendakwa Raya (2019) MLJU 5.” Di para 25 Alasan Penghakiman, Hakim Bicara menyatakan: “(25) Berdasarkan kes Iskandar Danial [supra] pengakuan dimaklumkan oleh OKT 2 dan J kepada SP8 dan SP18 terjumlah kepada satu pengakuan salah. Pengakuan salah ini boleh diterima masuk sebagai keterangan apa yang diperkatakan oleh SP8 dan SP18 ialah sesuatu yang didengar terus daripada OKT 2 dan J.” Keterangan mereka merupakan keterangan langsung di bawah seksyen 60 Akta Keterangan 1950. Selain itu, keterangan ini juga relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 8 dan seksyen 9 Akta Keterangan 1950. [40] Kami berpandangan bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguambela bijaksana Perayu-perayu tidak bermerit terutama apabila dihujahkan pengakuan Perayu-perayu kepada SP8 dan SP18 bukan suatu “confession” tetapi merupakan satu “admission”. [41] Dalam konteks ini, kami ingin merujuk kepada penghakiman Privy council dalam kes Anandagoda v The Queen [1962] MLJ 285 yang mentaksirkan peruntukan mengenai confession. Dalam penghakiman tersebut, Lord Guest telah menyatakan seperti berikut:- “The test whether a statement is a confession is an objective test one whether to the mind of a reasonable person reading the statement at the time and in the circumstance in which it was made it can be said to amount to a statement that the accused committed the offence or which suggested the inference that he committed the offence. The statement must be looked at as a whole and it must be considered on its own terms without reference to extrinsic facts. …The appropriate test in deciding whether a particular statement is a confession is whether the words of admission in the context expressly or substantially admit guilt or do they taken together in the context inferentially admit guilt? Seterusnya menambah bahawa: “We need only add that, for a statement to amount to a confession, it need not be of a plenary or unqualified nature and can also be of non-plenary nature, so as long as the statement connects the accused in some way with the offence. Applying that definition to the present case, the admission by the first appellant in his statements that he was in possession of the package containing the drugs unequivocally connected him with the offence and his three statements therefore amounted to confessions.” [42] Berpandukan kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Anangoda di atas dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi SP8 dan SP18, kami berpandangan bahawa Hakim Bicara tidak khilaf dalam dapatannya untuk menerima pengakuan salah Perayu-perayu kepada SP8 dan SP18 di bawah s.17(2) Akta Keterangan 1950 dan setelah meneliti keterangan merumuskan Hakim Bicara telah berpuas hati bahawa SP8 dan SP18 adalah saksi yang kredibel. [43] Pandangan kami, Hakim Bicara tidak semata-mata bergantung kepada pengakuan bersalah Perayu-perayu di bawah s.17(2) Akta Keterangan 1950 tetapi terdapat keterangan ikut keadaan yang diambil kira oleh Hakim Bicara yang menjurus kepada penglibatan kedua-dua Perayu dalam perbuatan membunuh Simati. Keterangan-keterangan tersebut boleh didapati daripada keterangan saksi-saksi berikut: -
a
(a) SP4, kakak Simati mengesahkan pada sebelah petang dan malam pada 24.10.2017 ketika berada di rumah Simati ada mengajak SP4 menemani dirinya keluar dengan Perayu Pertama dan Perayu Kedua pada malam itu tetapi SP4 menolaknya;
b
(b) Pada malam itu, SP4 tidur jam lebih kurang 10.45 malam. Simati tidur sebilik dengan SP4. Pada jam lebih kurang 12.00 malam Simati bangun membuka pintu untuk atoknya yang baru pulang dari karaoke. Selepas itu, Simati masuk semula ke dalam bilik dan SP4 sambung tidur. Pada 25.10.2017 jam lebih kurang 1.15 pagi SP4 terjaga untuk membuang air kecil dan mendapati Simati telah tiada lagi di dalam bilik;
c
(c) SP20, bapa Perayu Pertama, mengesahkan pada jam lebih kurang 12.45 malam 25.10.2017, Perayu Pertama memberitahunya hendak pergi rumah Perayu Kedua. Perayu Pertama pulang ke rumah pada jam 4.00 pagi hari yang sama. Bapa Perayu Kedua, SP21 pula mengesahkan pada jam 2.00 pagi 25.10.2017, beliau ada menelefon Perayu Kedua supaya balik ke rumah kerana perlu pergi ke kolej untuk belajar. Perayu Kedua hanya balik ke rumah pada jam 3.00 pagi hari yang sama;
d
(d) SP5, sepupu Simati dalam perjalanan balik ke rumahnya dari cyber cafe di Triang jam lebih kurang 1.10 pagi, 25.10.2017 ketika melalui jalan dalam Bukit emas Triang Estate, sewaktu menuruni bukit motosikalnya telah berselisih dengan sebuah motosikal yang dinaiki Simati;
e
(e) SP1, mengatakan pada 26.10.2017 jam lebih kurang 3.00 petang ketika tiba di atas jambatan Sungai Triang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Triang Maju, telah melihat satu mayat terapung dalam sungai dan terus menghubungi pihak polis dan membuat laporan polis Triang Report 3541/17 (P4). Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dari sungai oleh anggota polis di atas arahan SP15;
f
(f) SP2 nenek Simati mengecam telefon bimbit Simati (P12A(1)) yang dibeli oleh SP6 daripada Perayu Kedua melalui SP7 dengan harga RM150.00 pada akhir November 2017;
g
(g) SP16, ahli kimia mengesahkan air mani Perayu Kedua terdapat dalam vagina Simati dan spesimen darah Perayu Kedua dijumpai pada seluar dalam Simati (P9A(1)) dan telah dinyatakan oleh SP6 secara terperinci dalam laporan kimia (P82);
h
(h) SP17 pakar forensik pathologi mengesahkan punca kematian Simati adalah disebabkan oleh luka tikaman berganda pada badan dan dinyatakan sepertimana di dalam laporan bedah siasat (P84). Hakim Bicara membuat dapatan perbuatan Perayu-perayu menyebabkan kematian Simati terangkum di bawah s.300(c) KK;
i
(i) Perbuatan kedua-dua Perayu untuk mendatangkan bencana tubuh sehingga menyebabkan kematian Simati telah dilakukan dengan niat bersama sepertimana dinyatakan oleh Hakim Bicara di perenggan 39, muka surat 13, Alasan Penghakiman Rekod Rayuan Jilid 1;
j
(j) Berdasarkan keterangan pembelaan Perayu-perayu adalah ternyata mereka masing-masing menafikan terlibat dalam membunuh Simati. Sebaliknya menyalahkan satu sama lain. Perayu Pertama mendakwa Perayu Kedua orang terakhir bersama Simati dan begitulah sebaliknya. Walau bagaimanapun, Perayu Kedua tidak menafikan dia ada melakukan hubungan seks dengan Simati. Hakim Bicara telah membuat dapatan fakta bahawa Perayu-perayu berbohong untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada pertuduhan membunuh. Semua nama-nama yang disebut dalam keterangan pembelaan mereka seperti Misi, Idham, Najmi, Kicap tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes pendakwaan. Oleh itu, pembelaan mereka hanyalah semata-mata penafian dan suatu fikiran terkemudian; dan
k
(k) Pengakuan salah kedua-dua Perayu kepada SP8 dan SP18 disokong dengan perbuatan mereka yang cuba mencari pisau supaya pisau tersebut dilupuskan dan tidak ditemui oleh pihak polis boleh diterima masuk di bawah s.8 Akta Keterangan 1950 (rujuk kes Pathmanabhan Nalliannen v PP [2017] 4 CLJ 137). SEKSYEN 376 KK [44] Peguambela bijaksana Perayu Kedua menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kemasukan kemaluan Perayu Kedua ke dalam kemaluan Simati. [45] Pada pandangan kami, Hakim Bicara telah membuat dapatan fakta yang tepat apabila mensabitkan Perayu Kedua di bawah s.376 KK. [46] Selain dinyatakan dalam pengakuan salah Perayu Kedua, Perayu Kedua juga di dalam keterangan pembelaannya telah mengaku mengadakan hubungan seks dengan Simati. Seterusnya SP16 dan laporan kimia (P82) jelas membuktikan elemen kemasukan kerana air mani Perayu Kedua didapati dalam vagina Simati. Pada masa yang sama keterangan ini telah menyokong keterangan SP8 dan SP18 dan membuktikan pengakuan kedua-dua bagi kejadian rogol dan bunuh adalah benar. [47] Keterangan-keterangan ikut keadaan di atas telah membentuk rantaian yang amat kuat dan jelas bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Simati. [48] Adalah pendapat kami bahawa tidak terdapat sebarang kelompangan di dalam kes pihak pendakwaan terhadap Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Meneliti rekod rayuan, kami dapati keterangan terhadap Perayu-perayu adalah overwhelming. Oleh itu, kami mendapati sabitan terhadap Perayu-perayu bagi kesalahan s.302 KK dan sabitan Perayu Kedua di bawah s.376 KK adalah selamat. Seterusnya, hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 10 sebatan rotan bagi kesalahan di bawah s.376 KK adalah mengikut trend hukuman terkini. [49] Kesimpulannya, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. Bertarikh: 6 September 2022 -sgd- (AHMAD NASFY YASIN) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Peguamcara bagi pihak Perayu: Dato’ Sri M. Rama Chelvam (bersama Ameerul Radzi bin Abdullah) [Tetuan Rama-Rozi & Associates (Temerloh)] Peguamcara bagi pihak Responden : Ku Hayati binti Ku Haron (bersama Dhiya Syazwani Izyan binti Mohd Akhir) [Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.