Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
DA-12B-4-02/2024
High Court of Malaysia10 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“gganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is s”
“ipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah terlalu tinggi bagi keilatan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Surendran Jaya Seelan V. Muhammad Aizat Mohd Sani [2023] MLRHU 477 yang dirujuk oleh Defendan di perenggan 13 hujahan bertulis Defendan. Malah, laporan tersebut juga menc”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
WAN ILHAM AISAR BIN WAN AHMAD KHALIS (Seorang budak bawah umur yang menuntut melalui sahabat wakil dan bapanya yang sah, WAN AHMAD KHALIS BIN WAN MOHAMMAD) [No. K/P: 050530030203]
2
ALI DARWISY BIN MOHD ZAMRI (Seorang budak bawah umur yang menuntut melalui sahabat wakil dan bapanya yang sah, MOHD ZAMRI BIN SAHAK) [No. K/P: 050302030519] … PERAYU-PERAYU DAN WAN MOHD HAWARIY BIN WAN YUSOF [No. K/P: 920712035749] … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia
1
WAN ILHAM AISAR BIN WAN AHMAD KHALIS (Seorang budak bawah umur yang menuntut melalui sahabat wakil dan bapanya yang sah, WAN AHMAD KHALIS BIN WAN MOHAMMAD) [No. K/P: 050530030203]
2
ALI DARWISY BIN MOHD ZAMRI (Seorang budak bawah umur yang menuntut melalui sahabat wakil dan bapanya yang sah, MOHD ZAMRI BIN SAHAK) [No. K/P: 050302030519] … PLAINTIF-PLAINTIF DAN WAN MOHD HAWARIY BIN WAN YUSOF [No. K/P: 920712035749] … DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen. [2] Ini merupakan rayuan oleh Wan Ilham Aisar bin Wan Ahmad Khalis (“Plaintif Pertama”) dan Ali Darwisy bin Mohd Zamri (“Plaintif Kedua”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Plaintif-Plaintif”) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu (“HMS”) pada 31.1.2024 yang memutuskan Wan Mohd Hawariy Bin Wan Yusof (“Defendan”) bertanggungan liabiliti 100%. Rayuan oleh Plaintif-Plaintif ini hanyalah terhadap kuantum gantirugi sahaja. [3] Pada 10.9.2024, Mahkamah ini telah memutuskan rayuan oleh Plaintif-Plaintif dibenarkan setakat gantirugi tambahan kos orthosis sebanyak RM153,400.00 sahaja. [4] Plaintif-Plaintif yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan merayu terhadap kos orthosis (extra depth orthopedic shoes and extra depth orthopedic sandal) ke Mahkamah Rayuan bertarikh 11.10.2024. Defendan juga tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini dan telah juga memfailkan notis rayuan silang merayu terhadap isu kuantum sahaja ke Mahkamah Rayuan bertarikh 11.10.2024 Latar belakang kes [5] Satu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 9.4.2022 di Kampung Sokor, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan yang melibatkan motorsikal No. CDA 3470 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dan dibonceng oleh Plaintif Kedua dengan kereta No. JNX 6252 yang dipandu oleh Defendan. [6] Plaintif-Plaintif telah menuntut gantirugi am dan khas terhadap Defendan. Pada 31.1.2024, HMS memutuskan bagi isu liabiliti iaitu Defendan bertanggungan cuai 100% dengan tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos dan tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos. [7] Semasa perbicaraan di peringkat kes Plaintif, pihak Plaintif telah memanggil 5 saksi iaitu Dr. Sahran bin Yahaya (SP1) selaku Doktor Pakar Orthopedik HUSM, Wan Ilham Aisar bin Wan Ahmad Khalis (SP2), Ali Darwisy bin Mohd Zamri (SP3), Ashutosh Gawande selaku consultant prosthetis & orthotist (SP4) dan Mohd Syukri bin Mohd Ghafar selaku Pegawai Penyiasat Trafik (SP5). [8] Manakala pihak Defendan telah memanggil 2 saksi iaitu Dr. Muhd Zuraimi bin Abd Razak (SD1) selaku Doktor Pakar Ortopedik dan HSIP Orthopaedic Consultant Klinik Dr. Azhar dan Defendan sendiri, Wan Mohd Hawariy bin Wan Yusof (SD2). Prinsip undang-undang [9] Di dalam mana-mana rayuan, mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. The appellate court will intervene in a case where the trial court had so fundamentally misdirected itself.” [10] Dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa adalah merupakan satu undang-undang yang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan secara amnya akan keberatan untuk mengganggu penemuan fakta hakim bicara yang lebih berhak berdasarkan kelebihan audio visual yang dinikmati oleh hakim bicara di dalam penilaian dan penghayatan keterangan lisan saksi. [11] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah meneliti dan menilai isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan ini serta alasan penghakiman oleh HMS yang telah membuat analisis ke atas setiap isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak hingga mencapai dapatan dan keputusan sepertimana dalam penghakiman HMS bertarikh 31.1.2024 tersebut. Analisis dan dapatan Sama ada kuantum gantirugi yang diaward oleh HMS terlalu tinggi atau melampau [12] Prinsip asas mengenai rayuan terhadap kuantum gantirugi dalam kes kemalangan jalan raya adalah jelas iaitu mahkamah yang mendengar rayuan akan hanya mengusik award yang diberikan oleh hakim bicara bila mana hakim bicara didapati telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah, atau telah memberikan award yang terlalu tinggi atau terlalu rendah tanpa justifikasi yang wajar atau tanpa mengikut trend kuantum gantirugi yang kebiasaannya diawardkan oleh mahkamah-mahkamah. [13] Begitu juga dalam kes Lim Eng Kay v. Jaafar [1982] 2 MLJ 156, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: - "The proper approach which we will adopt in this case is therefore to avoid conjecturing into the unchartered sphere of public policy and to confine ourselves merely to the examination of the award in order to see whether its assessment is perverse or whether it was arrived at on an incorrect principles". (Penekanan ditambah) [14] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang dinyatakan dalam kes Sambaga Valli KR Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors And Other Appeal [2018] 1 MLJ 784 menyatakan seperti yang berikut: "[8] The Court of Appeal may interfere with the quantum of damages awarded by the judge only if it is shows that the latter:
a
acted on the wrong principles
b
misapprehended the facts; and
c
had for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of his damages." (Penekanan ditambah) [15] Plaintif-Plaintif dan juga Defendan bergantung sepenuhnya kepada hujahan bertulis pihak-pihak mengenai isu kuantum. [16] Pihak Plaintif dalam hujahan bertulis kandungan 10 menghujahkan mengenai kuantum gantirugi am kepada Plaintif Kedua (Ali Darwisy bin Mohd Zamri) bagi pain and suffering during future procedure seperti berikut:
a
HMS telah membenarkan sejumlah RM42,000.00 bagi kepatahan closed fracture midshaft femur with 1 cm lengthening, maka tiada award untuk pain and suffering bagi implant removal surgery.
b
HMS perlu menimbangkan kes-kes terkini yang telah diputuskan oleh Mahkamah untuk menentukan jumlah yang munasabah. [17] Manakala, bagi kos pemakaian alatan orthosis, pihak Plaintif menghujahkan seperti berikut:
a
HMS telah membenarkan sejumlah RM2,950.00 berdasarkan kiraan RM50.00 x 59 tahun.
b
HMS gagal mengambil kira Laporan Pakar Ortopedik Plaintif, Laporan Penilaian Ortotik dan Sebutharga Plaintif serta keterangan saksi-saksi Plaintif. [18] Plaintif-Plaintif hujahkan bahawa award bagi pain and suffering during future procedure yang diberikan oleh HMS tidak berdasarkan kes-kes terkini yang diputuskan oleh Mahkamah. Pada pandangan Mahkamah ini, hujahan tersebut adalah tidak berasas. Jelas dari penghakiman termeterai bahawa HMS telah membuat award dengan mengambil kira semua keterangan yang ada. [19] Bagi pain and suffering for future procedure terdapat dua future procedure yang dirayu ditolak oleh HMS iaitu scar removal dan juga implant removal surgery. Bagi scar removal, Mahkamah ini berpandangan HMS tidak terkhilaf ketika menolak tuntutan Plaintif-Plaintif kerana berdasarkan Laporan Pakar Defendan yang lebih terkini [m/s 334-339 Jilid kandungan 6] doktor pakar telah menyatakan bahawa tiada keperluan untuk scar revision kerana tiada keloid pada bahagian tersebut. Maka dapatan HMS bahawa tiada keperluan untuk pain and suffering for scar revision adalah tepat. Malah, HMS telah membenarkan gantirugi berjumlah RM6,000.00 bagi parut tersebut yang mana pada pandangan Mahkamah ini adalah memadai memandangkan ia hanya bersaiz 12x1cm sahaja. Jika diteliti kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018), jumlah yang diperuntukkan adalah dalam lingkungan RM2,750.00 hingga RM12,000.00. [20] Bagi pain and suffering untuk future implant removing procedure, HMS menyatakan jumlah award sebanyak RM42,000.00 yang diberikan telah mengambil kira pain and suffering for future procedure. Plaintif-Plaintif hujahkan bahawa Defendan menghujahkan jumlah yang memadai bagi pain and suffering ini ialah RM5,000.00. Sekiranya jumlah RM42,000.00 yang diawardkan oleh HMS telah mengambilkira pain and suffering, maka award sebenar bagi closed fracture midshaft femur with 1cm lengthening yang diberikan oleh HMS hanya berjumlah RM37,000.00 sahaja. Mahkamah ini berpandangan jumlah yang diawardkan oleh HMS adalah memadai kerana jika diteliti kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018), jumlah yang diperuntukkan bagi kepatahan femur with shortening adalah dalam lingkungan RM36,000.00 hingga RM60,000.00. Pada pandangan Mahkamah ini, gantirugi secara berasingan adalah keterlaluan. Award yang diberikan oleh HMS adalah munasabah dengan kecederaan. [21] Selanjutnya, bagi kos orthosis (right custom moulded insole (foot orthosis) with 1cm raise, extra depth orthopedic shoes and extra depth orthopedic sandal), Plaintif-Plaintif hujahkan bahawa HMS gagal mengambil kira Laporan Pakar Ortopedik Plaintif, Laporan Penilaian Ortotik dan Sebutharga Plaintif serta keterangan saksi-saksi Plaintif. Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman HMS yang mana HMS membenarkan gantirugi berjumlah RM2,950.00 (RM50.00 x 59 tahun) iaitu nilai insole raise yang dicadangkan oleh pakar ortopedik Defendan kerana berdasarkan laporan pakar ortopedik Defendan, limb length discrepancy (LLD) yang dialami oleh Plaintif can be compensated by insole raise [m/s 334-339 Jilid kandungan 6] dan ianya boleh diperolehi di hospital kerajaan pada harga RM50.00 dengan jangka hayat setahun bagi setiap insole. [22] Plaintif-Plaintif hujahkan bahawa dapatan HMS adalah khilaf kerana ianya berdasarkan kepada laporan pakar ortopedik Defendan semata-mata sedangkan Plaintif-Plaintif mengemukakan laporan daripada certified orthosis. Plaintif-Plaintif hujahkan jumlah ini wajar diberikan kerana Defendan tidak mengemukakan laporan orthosis mereka. Berdasarkan laporan certified orthosis tersebut, jumlah sebut harga bagi insole yang diperlukan Plaintif-Plaintif ialah RM413,00.00. [23] Mahkamah ini berpandangan jumlah yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah terlalu tinggi bagi keilatan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Surendran Jaya Seelan V. Muhammad Aizat Mohd Sani [2023] MLRHU 477 yang dirujuk oleh Defendan di perenggan 13 hujahan bertulis Defendan. Malah, laporan tersebut juga mencadangkan agar Plaintif diberikan orthopedic shoes dan orthopedix sandal. Pada pandangan Mahkamah ini, sandal dan shoes ini bukanlah satu keperluan kerana berdasarkan pandangan pakar ortopedik Defendan, LLD can be compensated by insole raise. Oleh itu insole raise adalah memadai sebagaimana dapatan HMS. Mahkamah ini juga berpandangan walaupun doktor pakar ortopedik Defendan bukan certified orthosis, namun dia mempunyai pengetahuan berkenaan disiplin orthosis sebagaimana keterangannya di m/s 58- 59 Rekod Rayuan Tambahan kandungan 8. [24] Bagi item kecederaan ini, Mahkamah ini berpendapat adalah lebih adil dan munasabah untuk menerima laporan orthosis Plaintif di m/s 245-265 Jilid kandungan 6. Oleh itu, Mahkamah ini mengubah award HMS bagi item ini. Kiraan yang dicadangkan adalah dengan merujuk kepada sebut harga orthosis Plaintif iaitu right custom moulded insole (foot orthosis) with 1cm raise bagi 1 unit berjumlah RM2,600.00 x 59 tahun = RM153,400.00. [25] Bagi item lain selain kos orthosis yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal menunjukkan atau menghujahkan mana-mana kesilapan atau kekhilafan HMS dalam membuat keputusan tentang kuantum gantirugi tersebut (erroneous estimate). Sebaliknya Plaintif-Plaintif di dalam hujahan balasnya juga sekadar mengulangi alasan-alasan yang telah pun dipertimbangkan oleh HMS serta dinyatakan dalam alasan penghakimannya. [26] Dalam menetapkan gantirugi untuk setiap kecederaan, HMS telah merujuk kepada tuntutan Plaintif-Plaintif dan nas undang-undang yang menjadi sandaran untuk tuntutan tersebut. Beliau juga telah meneliti award yang disyorkan oleh Defendan dan otoriti untuk syor tersebut. Kemudiannya, HMS terpelajar merujuk Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) sebagai panduan sebelum menetapkan award gantirugi. [27] Mahkamah ini berpendapat penelitian yang wajar telah dibuat oleh HMS dalam mencapai jumlah yang telah diawardkan dengan berpandukan laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi gantirugi kepada Plaintif-Plaintif. [28] Mahkamah ini mendapati hakim bicara telah mengambil kira semua fakta yang relevan dalam membuat keputusan dan telah memberikan alasan mengapa beliau membuat keputusan yang diberikan. Hakim bicara telah berpeluang untuk melihat dan mendengar saksi-saksi memberikan keterangan dan dengan demikian berupaya membuat penilaian terhadap kredibiliti setiap saksi.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.