Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22NCVC-159-10/2014
22NCVC-159-10/2014
High Court of Malaysia3 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sini. 50. Seterusnya, perubahan-perubahan keadaan yang ditunjukkan dalam afidavit Defendan, pada dapatan Mahkamah ini tidak terjumlah kepada kekecewaan sebagaimana yang diistilahkan di dalam s.57(2) Contract Act 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:- “Contract to do act afterwards becoming impossible or unlawful 57”
“the Federal Court referred to Hock Hua Bank, supra, and allowed a final order to be set aside on ground of illegality being in contravention of an express provision of a written law ie, s. 13 of the Malay Reservations Enactment (FMS Cap 142). At p. 409 Mohd Azmi FCJ (as he then was) explained that: It is settled law th”
“pensation for failure to carry out the terms of the contract…” 45. Seterusnya juga, perlu diberikan perhatian bahawa perintah pelaksanaan spesifik merupakan kuasa budi bicara Mahkamah. Seksyen 21(1) Specific Relief Act 1950 memperuntukkan seperti berikut:- “21. (1) The jurisdiction to decree specific performance is dis”
“the defendants and the plaintiff became aware of it. It would be unjust to allow the plaintiff to procrastinate at the expense of the defendants in the present case (see Lindsay Petroleum Co v. Hurd [1874] LR 5 PC 221 at page 239). To borrow the words of Lord Blackburn in Erlanger v. New Sombrero Phosphate Co [1878] 3”
“The plaintiff may obtain judgment for specific performance even though there has not been, in the strict sense of the word, any default by the defendant before the issue of the writ (Hasham v. Zenab [1960] AC 316, [1960] 2 WLR 374 P.C.; Oakacre **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docum”
“ang bukan berada di dalam bidangkuasanya atau, dalam perkara-perkara yang berada di bawah bidangkuasanya Mahkamah tidak boleh bertindak melebihi kuasa-kuasanya (rujuk: Lee Lee Cheng v Seow Peng Kwang [1960] MLJ 1). 27. Keduanya, kuasa sedia ada Mahkamah sebagaimana yang terkandung di dalam A.92, k.4 KKM, walau tidak me”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22NCVC-159-10/2014
1
1.
2
2.
3
LEW CHEE SIONG … PLAINTIF-PLAINTIF DAN PRISMA SURIA SDN. BHD. ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 40)
1
Tindakan Writ Saman Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di sini telah selesai dibicarakan melalui perbicaraan penuh di mana pada 05/12/2025 10:07:14 22NCVC-159-10/2014
27
27.07.2015, Mahkamah ini telah menghakimi bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan adalah ditolak dan Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif adalah dibenarkan dengan terma-terma penghakiman seperti berikut (selepas ini akan dirujuk sebagai “Penghakiman 2015”):- “(i) Bahawa Defendan berhak untuk mendapatkan Pelaksanaan Spesifik dikuatkuasakan terhadap satu Perjanjian Usaha (Specific Performance) bagi Perjanjian Usahasama bertarikh 2.3.2006 terhadap Plaintif-Plaintif;
II
(ii) Satu Deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif adalah bertanggungan di bawah Perjanjian Usahasama tersebut menyerahkan pemilikan kosong Tanah tersebut kepada Defendan;
III
(iii) Bahawa satu perintah diberi terhadap Plaintif-Plaintif bagi memulakan prosiding undang-undang bagi pengusiran setinggan-setinggan tersebut dan merobohkan bengkel dan gudang dalam masa tiga (3) bulan daripada tarikh Perintah ini;
IV
(iv) Bahawa satu Perintah diberikan untuk 14 suratan hakmilik tersebut hendaklah terus berada di dalam jagaan Tetuan JP Thai & Co. Peguambela dan Peguamcara sebagai Pemegang Pertaruhan (stakeholders) selaras dengan klausa 5(b) Perjanjian Usahasama tersebut;
VI
(vi) Bahawa satu perintah diberikan terhadap Plainfif-Plaintif untuk menandatangani satu Surat Kuasa Wakil (Powers of Attorney) yang memihak kepada Defendan di dalam terma-terma yang sama dalam Surat Kuasa Wakil bertarikh 17/3/2006 kecuali bahawa tanah-tanah yang terkandung di dalam 14 suratan hakmilik yang telah dipecah bahagikan tersebut digantikan dengan Tanah tersebut di dalam Bacaan (Recital) pertama.”
2
Selepas lebih (8) tahun berlalu, Defendan kini memfailkan Notis Permohonan (Lampiran 40) bertarikh 24.08.2023 dengan dakwaan bahawa Penghakiman 2015 tersebut telah menjadi kecewa (frustration) untuk dikuatkuasakan berikutan terdapatnya perubahan-perubahan keadaan tertentu yang akan diperjelaskan seketika nanti.
3
Untuk itu, di dalam Lampiran 40, Defendan secara spesifiknya memohon untuk mendapatkan perintah-perintah dan relif-relif berikut:-
a
Bahawa Perintah Pelaksanaan Spesifik bagi Perjanjian Usahasama bertarikh 2.3.2006 antara Defendan dan Law Mok Chin @ Lew Mok Chin yang diperintahkan oleh Mahkamah di bawah Penghakiman bertarikh 27.07.2015 dalam tindakan ini, dibatalkan (be discharged);
b
Satu deklarasi bahawa Defendan berhak menganggap Plaintif-Plaintif mengingkari Perintah Pelaksanaan Spesifik tersebut kerana Plaintif-Plaintif gagal menyerahkan dan/atau terdapat kelewatan yang melampau pada Plaintif-Plaintif menyerahkan pemilikan kosong suatu tanah yang terdahulunya dikenali sebagai HS(M) 3669 MLO2411, Mukim Sedenak Daerah Kulai Negeri Johor kepada Defendan;
c
Satu deklarasi bahawa Defendan dan Plaintif-Plaintif tidak bertanggungan untuk melaksanakan obligasi-obligasi di bawah Perjanjian Usahasama bertarikh 2.3.2006 dan/atau perjanjian tersebut tersebut dibatalkan (terminated) atas sebab pelanggaran perjanjian tersebut oleh Plaintif-Plaintif;
d
Bahawa gantirugi yang dialami oleh Defendan secara akibat daripada pelanggaran Perjanjian Usahasama bertarikh 2.3.2006 oleh Plaintif-Plaintif, ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang Mulia ini;
e
Kos; dan
f
Relif-relif lain Mahkamah yang Mulia ini fikir sesuai.
4
Mahkamah ini, selepas meneliti Lampiran 40 dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, dan setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh peguam-peguam bijaksana, pada 03.10.2024 telah menolak Lampiran 40 dengan kos.
5
Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah ini bagi keputusan tersebut. Latar belakang dan fakta-fakta penting kes
6
Plaintif-Plaintif merupakan waris-waris (isteri dan anak-anak) kepada seorang yang bernama Law Mok Chin @ Lew Mok Chin (“Simati”) yang meninggal dunia pada 20.11.2010.
7
Semasa hayatnya, Simati telah memasuki satu Perjanjian Usahasama bertarikh 02.03.2006 dengan Defendan (selepas ini akan dirujuk sebagai “Perjanjian Usahasama tersebut”) bagi tujuan Defendan selaku pemaju membangunkan projek perumahan untuk jualan awam di atas tanah milik simati dikenali sebagai HS(M) 3669 MLO2411, Mukim Sedenak Daerah Kulai Negeri Johor (selepas ini akan dirujuk sebagai “tanah tersebut”).
8
Pada 10.10.2014, Plaintif-Plaintif telah memulakan tindakan Writ Saman di sini terhadap Defendan atas dakwaan bahawa Defendan telah gagal menyiapkan projek pembinaan rumah dalam tempoh lima (5) tahun sebagaimana menurut klausa 13(b) Perjanjian Usahasama tersebut.
9
Defendan menafikan perlanggaran kontrak Perjanjian Usahasama tersebut dan mendakwa bahawa Plaintif-Plaintif yang sebenarnya melakukan perlanggaran kontrak apabila gagal menyerahkan milikan kosong tanah tersebut kepada Defendan kerana telah gagal menghalau setinggan-setinggan dan merobohkan bangunan bengkel dan kilang di atas tanah tersebut sebagaimana menurut klausa 5(e) Perjanjian Usahasama tersebut. Untuk itu, Defendan sebagai Tuntutan Balas menuntut pelaksanaan spesifik terhadap Plaintif-Plaintif bagi Perjanjian Usahasama tersebut.
10
Sebagaimana yang dinyatakan pada awalan tadi, Mahkamah ini melalui Penghakiman 2015 tersebut telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif seperti terma-terma yang dirujuk di perenggan 1 di atas. Alasan-alasan Mahkamah ini menolak Lampiran 40
11
Pertama sekali, Mahkamah ini mendapati tujuan Defendan memfailkan
Lampiran
Lampiran 40 adalah secara efektifnya untuk membatalkan Penghakiman 2015 yang secara jelasnya memihak kepada Defendan sendiri. 12. Mengenai isu ini, peguam Plaintif berhujah sebagai bantahan preliminari bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk membatalkan Penghakiman 2015 atas alasan Mahkamah ini telah menjadi functus officio. Selain itu, jika pun Defendan bercadang untuk melapangkan (to vacate) Penghakiman 2015 tersebut, Defendan hendaklah melakukannya dengan cara memfailkan tindakan baharu dan bukannya melalui Notis Permohonan seperti di Lampiran 40 ini. 13. Peguam Defendan pula sebaliknya berhujah bahawa sifat Penghakiman 2015 tersebut menjadikan Perjanjian Usahasama tersebut berada dalam ‘kawalan’ atau ‘pengawasan’ Mahkamah ini, maka tidak berbangkit isu functus officio. Nas undang-undang yang dirujuk oleh beliau untuk itu adalah daripada sebuah kes Mahkamah Inggeris iaitu Johnson and another Respondents v Agnew [1980] A.C. 367. 14. Pada hemat Mahkamah ini, kesan kumulatif Penghakiman 2015 menguatkan lagi kedudukan Defendan dari sudut Perjanjian Usahasama tersebut, kali ini dengan memberikan hak kepada Defendan untuk memaksa Plaintif-Plaintif melaksanakan obligasi-obligasi mereka sebagaimana menurut Perjanjian Usahasama tersebut. 15. Sebagaimana apa-apa perintah atau penghakiman yang diumumkan selepas penutupan perbicaraan penuh, sifat perintah atau penghakiman tersebut adalah muktamad. Itulah juga dapatan pertama Mahkamah ini terhadap Penghakiman 2015 tersebut. 16. Berikutan itu, perkara pertama yang perlu ditunjukkan oleh Defendan adalah di bawah undang-undang mana Lampiran 40 ini hendak digerakkan oleh pihaknya. 17. Jika diteliti Lampiran 40, Defendan memplid A.42, k.13 dan A.94, k.4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”) sebagai sumber undang-undang di bawah mana Lampiran 40 ini dibuat. 18. Meneliti A.42, k.13 KKM terlebih dahulu, peruntukannya adalah seperti berikut: - 13. “Setting aside or varying judgment and orders (O. 42, r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him.”. 19. Pada hemat Mahkamah ini, maksud A.42, k.13 KKM adalah jelas dan terang sebagaimana ayat-ayat yang digunakan, iaitu hanyalah bagi tujuan untuk mengetepikan atau mengubah sesuatu perintah atau penghakiman dan tidaklah sehingga membatalkan sesuatu penghakiman seperti mana yang dimohon oleh Defendan di dalam Lampiran 40. 20. Selanjutnya, pembacaan keseluruhan A.42, k.13 KKM juga menzahirkan bahawa permohonan mengetepikan atau mengubah sesuatu perintah atau penghakiman itu juga hanya boleh dibuat jika terdapat peruntukan khusus di dalam KKM sendiri mengenai pengepian atau pengubahan perintah atau penghakiman sedemikian. Dalam erti kata lain, Defendan wajib untuk tunjukkan terlebih dahulu di bawah peruntukan mana yang membenarkan sesuatu perintah atau penghakiman selepas perbicaraan penuh boleh dibatalkan. 21. Panduan undang-undang untuk itu adalah sebagaimana keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Halim Saad v Chan Yok Peng [2021] 1 CLJ 499 yang mana telah mengesahkan dapatan undang-undang oleh Mahkamah Tinggi bahawa: - “O. 42 r. 13 of the ROC is only applicable in respect to the provisions under the ROC which specifically provide for a setting aside or varying any order or judgment in a situation provided under O. 13 r. 8 of the ROC (setting aside judgment in default of appearance to a writ), O. 14 r. 11 of the ROC (setting aside judgment against a defendant who does not appear at the hearing of a summary judgment application), O. 70 r. 18(6), r. 20(9) (setting aside judgment for failure to lodge a preliminary act in an admiralty proceeding), O. 81 r. 7 of the ROC (setting aside judgment against a defendant who does not appear at the hearing of an application under O. 81 r. 1 of the ROC)”. 22. Seterusnya, Mahkamah ini mendapati tempoh masa bagi membuat permohonan mengetepikan atau mengubah sesuatu perintah atau penghakiman yang ditetapkan di dalam A.42, k.13 KKM adalah jelas iaitu dalam tempoh 30 hari sahaja selepas salinan termeterai perintah atau penghakiman termeterai tersebut diterima oleh pihak yang hendak memohon untuk ketepikan atau mengubah perintah tersebut. Untuk itu, Mahkamah ini perlu menekankan bahawa Lampiran 40 ini telah difailkan oleh Defendan pada 24.08.2023 iaitu selepas lebih 8 tahun dari tarikh Penghakiman 2015 diumumkan iaitu pada 27.07.2015. 23. Berdasarkan kedudukan tersebut, Mahkamah ini mendapati permohonan Defendan melalui Lampiran 40 ini, jika didasarkan di atas A.42, k.13 KKM, adalah tidak teratur dari sudut undang-undang prosedur. 24. Beralih pula kepada A.92, k.4 KKM, ia memperuntukkan seperti berikut:- 4. “Inherent powers of the Court (O. 92, r. 4) For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court.” 25. Bagi peruntukan ini, perbahasan mengenai ‘kuasa sedia ada Mahkamah’ (inherent powers of the Court) telah begitu banyak dilaporkan dalam jurnal undang-undang mengenainya. 26. Cukup bagi Mahkamah ini menyatakan sebagai panduan asas bahawa pertamanya, Mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa-kuasanya atas perkara yang bukan berada di dalam bidangkuasanya atau, dalam perkara-perkara yang berada di bawah bidangkuasanya Mahkamah tidak boleh bertindak melebihi kuasa-kuasanya (rujuk: Lee Lee Cheng v Seow Peng Kwang [1960] MLJ 1). 27. Keduanya, kuasa sedia ada Mahkamah sebagaimana yang terkandung di dalam A.92, k.4 KKM, walau tidak mendefinisikan atau mewujudkan bidangkuasa tetapi memperingatkan Mahkamah bahawa kuasa-kuasa mahkamah menurut Common Law Inggeris yang berupa kuasa sisa atau simpanan (residuary or reserve) masih boleh dijadikan sandaran dan berkuatkuasa (rujuk: R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145, penghakiman majoriti oleh Edgar Joseph Jr, HMP). 28. Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, Mahkamah ini pertama sekali bersetuju dengan hujahan peguam Defendan mengenai kedudukan undang-undang bahawa apabila sesuatu perintah pelaksanaan spesifik kontrak diumumkan oleh Mahkamah, maka kontrak berkenaan adalah kekal berkuatkuasa. Kedudukan ini begitu jelas sehingga tidak memerlukan apa-apa nas bagi menyokongnya. Dalam erti kata lain, Penghakiman 2015 tersebut menzahirkan bahawa Defendan telah melaksanakan pilihan (‘option’) untuk meneruskan dengan Perjanjian Usahasama tersebut walau pun wujud perlanggaran kontrak di pihak Plaintif-Plaintif. 29. Kedua, Mahkamah ini juga bersetuju dengan kedudukan undang-undang yang dihujahkan oleh Defendan bahawa jika sesuatu perintah pelaksanaan spesifik kontrak diperoleh tetapi kemudiannya didapati pelaksanaannya menjadi mustahil untuk dilaksanakan, maka pihak yang memperoleh perintah pelaksanaan spesifik tersebut boleh memohon kepada Mahkamah untuk ia dilapangkan (rujuk: Loo Choo Teng v Cheok Swee Lee [2002] 2 MLJ 265; Sekemas Sdn Bhd v Lian Seng Co Sdn Bhd [1989] 2 MLJ 155). 30. Ketiga, berdasarkan fakta-fakta yang dikemukan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati tidak ada pertikaian fakta yang material yang menjadikan Lampiran 40 tidak layak untuk diadili melalui keterangan afidavit semata-mata. Oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif-plaintif bahawa Mahkamah ini telah menjadi functus officio dan tidak boleh lagi mendengar Lampiran 40. 31. Seterusnya, prinsip-prinsip matan mengenai pengenepian sesuatu penghakiman yang telah disempurnakan (perfected) melalui pemfailan satu tindakan lain hanyalah terpakai dalam keadaan-keadaan yang amat terhad, iaitu jika terdapatnya perlanggaran rukun keadilan asasi, tiada bidangkuasa, tidak absah, kecacatan serius atau frod. Prinsip ini jelas dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Macquairie (Malaysia) Sdn Bhd v HSBC Bank Malaysia Bhd & Anor v And Another Appeal [2007] 6 CLJ 176 seperti berikut:- “[43] In Badiaddin, supra, the Federal Court referred to Hock Hua Bank, supra, and allowed a final order to be set aside on ground of illegality being in contravention of an express provision of a written law ie, s. 13 of the Malay Reservations Enactment (FMS Cap 142). At p. 409 Mohd Azmi FCJ (as he then was) explained that: It is settled law that one High Court cannot set aside a final order regularly obtained from another High Court of concurrent jurisdiction. But one special exception to this rule is where the final judgment of the High Court could be proved to be null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction. Apart from breach of rules of natural justice, in any attempt to widen the door of the inherent and discretionary jurisdiction of the superior courts to set aside an order of court ex debito justitiae to a category of cases involving orders which contravened ‘any written law’, the contravention should be one which defies a substantive statutory prohibition so as to render the defective order null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction. The discretion to invoke the inherent jurisdiction should also be exercised judicially in exceptional cases where the defect is of such a serious nature that there is a real need to set aside the defective order to enable the court to do justice. In all cases, the normal appeal procedure should be adopted to set aside a defective order, unless the aggrieved party could bring himself within the special exception.” 32. Selain itu, Mahkamah ini juga berpuashati bahawa Lampiran 40 tidak mewujudkan apa-apa kausa tindakan yang baharu, melainkan kembali ke Mahkamah yang sama atas dasar ‘pengawasan’ dan ‘kawalan’ Mahkamah terhadap Perjanjian Usahasama tersebut sebagaimana menurut prinsip-prinsip matan mengenai perintah pelaksanaan spesifik (rujuk: Johnson and another Respondents v Agnew [1980] A.C. 367; Loo Choo Teng v Cheok Swee Lee [2002] 2 MLJ 265; Sekemas Sdn Bhd v Lian Seng Co Sdn Bhd [1989] 2 MLJ 155). 33. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati Defendan boleh menggunakan A.92, k.4 KKM sebagai sandarannya bagi mengerakkan ‘kuasa sedia ada Mahkamah’ dalam Lampiran 40 ini. 34. Sekarang, berdasarkan fakta-fakta yang tidak dipertikaikan, adalah jelas Plaintif telah melaksanakan obligasi-obligasinya sebagaimana menurut terma-terma yang terkandung di dalam Penghakiman 2015 dan Perjanjian Usahasama tersebut, khususnya mengenai pengusiran setinggan dan tindakan merobohkan bangunan di atas tanah tersebut. 35. Selain tindakan-tindakan pengusiran setinggan dan perobohan bangunan, kes-kes yang difailkan oleh Plaintif-plaintif sejak tahun 2015 bagi tujuan mendapatkan pemilikan kosong daripada setinggan-setinggan yang berkenaan juga tidak dipertikaikan oleh Defendan. Malahan, Defendan turut menyenaraikan kes-kes yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif bagi tujuan sedemikian iaitu seperti berikut: - (i) MTJB Saman Pemula No: JA-24NCVC-683-10/2015 (“OS 683”); dan (ii) MTJB Writ Saman No: JA-22NCVC-274-12/2017 (“Writ 274”). 36. Di sini, peguam Plaintif-Plaintif berhujah bahawa berikutan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihaknya tersebut, maka Defendan-Defendan tidak boleh lagi memohon untuk membatalkan Penghakiman 2015 apatah lagi menuntut gantirugi terhadap Plaintif-Plaintif. 37. Manakala Defendan pula mendakwa, meskipun Plaintif-Plaintif telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak ketiga (setinggan di atas tanah tersebut), kes Writ 274 telah mengambil masa yang terlalu lama dan hanya selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan pada tahun 2022. Ini menjadikan keseluruhan masa yang diambil oleh Plaintif-Plaintif dalam tindakan mengusir setinggan-setinggan adalah lebih tujuh (7) tahun dari tarikh Penghakiman 2015. 38. Akibat itu, Defendan mengambil posisi bahawa telah berlaku perubahan keadaan-keadaan secara keseluruhan yang menjadikan Perjanjian Usahasama tersebut menjadi kecewa atau mustahil untuk diteruskan. Perubahan-perubahan keadaan yang dinyatakan oleh Defendan dalam afidavit sokongannya adalah mengenai kedudukan kewangan defendan kini yang menyusut dan kesan Covid-19 kepada kos barang-barang binaan yang semakin tinggi. Selain itu, Defendan turut membangkitkan isu tempoh pajakan tanah tersebut yang kini hanya tinggal lebih kurang 85 tahun sahaja lagi. 39. Kesemua perubahan keadaan ini, dakwa Defendan, menjadikan tidak lagi ekonomikal untuk Defendan meneruskan dengan Perjanjian Usahasama tersebut. Oleh yang demikian, Defendan berhujah adalah wajar supaya perintah pelaksanaan spesifik terhadap Perjanjian Usahama tersebut dibatalkan dan Plaintif-Plainif diperintahkan untuk membayar gantirugi yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah. 40. Plaintif-Plaintif pula dalam menentang Lampiran 40 menegaskan bahawa oleh kerana pihaknya telah berjaya mengusir setinggan-setinggan walau terpaksa melalui prosiding mahkamah yang lama, mereka kini bersedia untuk menyerahkan milikan kosong tanah tersebut kepada Defendan. Maka Plaintif-Plainif berhujah adalah tidak adil pada waktu ini untuk Defendan menamatkan Perjanjian Usahama tersebut dan menuntut gantirugi terhadap Plaintif-Plaintif. 41. Mahkamah ini setelah meneliti hal keadaan kes berpandangan penamatan perintah pelaksanaan spesifik yang dimohon oleh Defendan di Lampiran 40 ini tidak tergolong dalam kategori kes-kes seumpama sebagaimana yang dihujahkan oleh Defendan. 42. Dalam meneliti kes Loo Choo Teng dan Sekemas Sdn Bhd yang menjadi sandaran Defendan, Mahkamah ini pertama sekali mendapati kedua-dua kes berkenaan adalah mengenai perintah pelaksanaan spefisifik yang berbangkit daripada perjanjian jual beli hartanah simpliciter dan tidak sebagaimana perjanjian usahasama dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang. 43. Bahawa perbezaaan sebegini adakah material untuk dipertimbangkan kerana secara prinsipnya, perintah pelaksanaan spesifik merupakan suatu remedi ekuiti di mana prinsip-prinsip ekuiti hendaklah diterima pakai dan dirujuk bagi mencapai keputusan yang adil (rujuk: Choy Ching Wan @ Chua Cheng Wan Meng v Land Development Specialist Sdn Bhd & Anor [2007] 1 AMR 214). 44. Prinsip pemberian gantirugi dalam kes-kes seumpama ini juga telah dijelaskan seterusnya oleh YA Abduk Malik Ishak di dalam kes Zainab Bte Mohamed @ Jenap Bte Mahmud v Syarikat Permodalan Johor (PP) Sdn Bhd (in liquidation) [1998] 4 AMR 4110 seperti berikut:- “Simply put, specific performance is an equitable relief given by the court to enforce against a defendant the duty of doing what he agreed by contract to do. The plaintiff may obtain judgment for specific performance even though there has not been, in the strict sense of the word, any default by the defendant before the issue of the writ (Hasham v. Zenab [1960] AC 316, [1960] 2 WLR 374 P.C.; Oakacre Ltd v. Claire Cleaners (Holdings) Ltd [1982] Ch 197, [1981] 3 ALL ER 667). It can be seen that the remedy of specific performance is in sharp contrast with the remedy by way of damages for breach of contract - where the court orders pecuniary compensation for failure to carry out the terms of the contract…” 45. Seterusnya juga, perlu diberikan perhatian bahawa perintah pelaksanaan spesifik merupakan kuasa budi bicara Mahkamah. Seksyen 21(1) Specific Relief Act 1950 memperuntukkan seperti berikut:- “21. (1) The jurisdiction to decree specific performance is discretionary, and the court is not bound to grant any such relief merely because it is lawful to do so; but the discretion of the court is not arbitrary but sound and reasonable, guided by judicial principles and capable of correction by a court of appeal.” 46. Oleh yang demikian, apabila Mahkamah ini telah mengumumkan Penghakiman 2015, maka Mahkamah ini harus melihat kepada prinsip-prinsip ekuiti dalam memutuskan Lampiran 40. 47. Di dalam hal ini, rumusan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini melalui afidavit Defendan adalah alasan utama Defendan untuk melapangkan Penghakiman 2015 hanya tertumpu kepada faktor ekonomi semata-mata, iaitu kelewatan penyerahan milikan kosong tanah tersebut telah menyebabkan berlakunya kekecewaan (frustration) kepada Perjanjian Usahasama tersebut. 48. Sungguh pun demikian, Mahkamah ini berpandangan kelewatan di pihak Defendan dalam memfailkan Lampiran 40 ini juga tidak seharusnya diremehkan. Ini kerana salah satu prinsip utama ekuiti adalah sesuatu pihak hendaklah membawa tindakannya tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Sekali lagi, Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman YA Abdul Malik Ishak di dalam kes Zainab Bte Mohamed @ Jenap Bte Mahmud v Syarikat Permodalan Johor (PP) Sdn Bhd (in liquidation) (supra) yang telah menyatakan seperti berikut:- “It is trite law that in equity a plaintiff is bound to prosecute his claim without undue delay. A court of equity will not entertain stale demands or where the plaintiff, just like the plaintiff here, has slept upon his legal right and acquiesced for a considerable length of time. Lord Camden aptly described a sleeping plaintiff in Smith v. Clay [1767] 3 Bro CC 639n as: 'Equity aids the vigilant. not the indolent.' If that happens, just like in the present case before me, the plaintiff is said to be barred by his laches. Two principle factors must be considered when determining whether the delay was such as to amount to laches. Firstly, acquiescence on the plaintiff's part. Secondly, a change of position on the defendant's part. In the context of the present case, acquiescence would be after the purported dismissal of the plaintiff by the defendants and the plaintiff became aware of it. It would be unjust to allow the plaintiff to procrastinate at the expense of the defendants in the present case (see Lindsay Petroleum Co v. Hurd [1874] LR 5 PC 221 at page 239). To borrow the words of Lord Blackburn in Erlanger v. New Sombrero Phosphate Co [1878] 3 App Cas 1218 at page 1279: Two circumstances always important in such cases are the length of the delay and the nature of the acts done during the interval, which might affect either party and cause a balance of justice or injustice in taking the one course or the other, so far as relates to the remedy.” 49. Dalam perkara semasa, Defendan sememangnya mengetahui sejak awal mengenai kes Writ 274 yang difailkan oleh Palintif-Plaintif telah berlanjutan lama dan telah sendiri menunggu sehingga kes tersebut dilupuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian, kelewatan jika pun ada, tidak boleh diumpukkan ke atas Plaintif-Plaintif semata-mata dan itulah dapatan Mahkamah ini dalam menolak isu kelewatan penyerahan milikan kosong yang dibangkitkan oleh Defendan di sini. 50. Seterusnya, perubahan-perubahan keadaan yang ditunjukkan dalam afidavit Defendan, pada dapatan Mahkamah ini tidak terjumlah kepada kekecewaan sebagaimana yang diistilahkan di dalam s.57(2) Contract Act 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:- “Contract to do act afterwards becoming impossible or unlawful 57(2) A contract to do an act which, after the contract is made, becomes impossible, or by reason of some event which the promisor could not prevent, unlawful, becomes void when the act becomes impossible or unlawful.” 51. Malahan, apa yang cuba ditunjukkan oleh Defendan hanyalah merupakan kedudukan kewangannya yang berkurangan dan kenaikan kos pembinaan yang menjadikan Perjanjian Usahasama tersebut yang tidak lagi menjadi ekonomikal untuk dilaksanakan. 52. Pada hemat Mahkamah ini, perkara tidak ekonomikal tersebut tidak terjumlah kepada mustahil untuk Perjanjian Usahasama tersebut dilaksanakan. Di dalam kes Ramli bin Zakaria v Government of Malaysia [1982] 2 MLJ 257, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sesuatu kontrak itu tidak menjadi kecewa hanya kerana ia menjadi susah atau lebih mahal untuk dilaksanakan. Selanjutnya, apa yang menjadi ukuran adalah sama sama ada kontrak tersebut mengalami perubahan radikal dari sudut obligasi pihak-pihak iaitu seperti berikut:- “In short it would appear that where after a contract has been entered into there is a change of circumstances but the changed circumstances do not render a fundamental or radical change in the obligation originally undertaken to make the performance of the contract something radically different from that originally undertaken, the contract does not become impossible and it is not discharged by frustration.” 53. Pada pandangan Mahkamah ini, obligasi pihak-pihak dalam Perjanjian Usahasama tersebut tidak berubah. Malahan Plaintif-Plaintif telah menjalankan obligasinya untuk mengusir setinggan-setinggan dan kini bersedia untuk menyerahkan milikan kosong tanah tersebut kepada Defendan. Maka Defendan tidak boleh menjadikan alasan kekangan kewangan atau kenaikan harga barang-barang binaan atau tempoh pajakan tanah tersebut yang hanya tinggal 85 tahun lagi sebagai alasan untuk mengenepikan Penghakiman 2015 yang terdahulunya memihak kepada Defendan sendiri. 54. Akhir sekali, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Johnson and another Respondents v Agnew [1980] A.C. 367 yang dirujuk oleh Defendan khususnya kepada petikan berikut:- “There is one final point, on this final part of the case, on which I should make a brief observation. Once the matter has been placed in the hands of a court of equity, or one exercising equitable jurisdiction, the subsequent control of the matter will be exercised according to equitable principles. The court would not make an order dissolving the decree of specific performance and terminating the contract (with recovery of damages) if to do so would be unjust, in the circumstances then existing, to the other party…” 55. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mendapati secara keseluruhannya bahawa kelewatan penyerahan milikan kosong hartanah tersebut bukan merupakan kesalahan Plaintif-Plaintif. Defendan sendiri telah menyanggahi prinsip ekuiti apabila lewat mengemukakan permohonan untuk mengenepikan Perjanjian Usahama tersebut. 56. Maka atas dasar ekuiti, adalah tidak adil sama sekali untuk Mahkamah ini membenarkan Lampiran 40 termasuklah memerintahkan Plaintif-Plaintif untuk membayar gantirugi kepada Defendan. Kesimpulan 57. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menolak Lampiran 40 dengan kos sebanyak RM5,000.00 (tertakluk kepada fi alokator). Bertarikh: 30 Oktober 2025 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Peguam Plaintif : Tetuan Chiong & Partners No. 33 & 33A, Jalan Dedap 19 Taman Johor Jaya 81100 Johor Bahru Peguam Defendan : Tetuan Yong Law Office No. 8B, Jalan Suria 19 Taman Putra 81100 Johor Bahru, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.